You are on page 1of 3

Tingkah Laku Langsang

Menurut Azizi (2004), tingkah laku langsang merujuk kepada tindakan sengaja untuk mencederakan atau menyakiti orang lain secara fizikal atau psikologi iaitu tingkah laku yang jarus dielakkan. Perasaan jengkel, kecewa dan serangan ini boleh menimbulkan perasaan marah. Perasaan marah ini merupakan salah satu unsur atau sebab kepada berlakunya tingkah laku langsang kerana kebiasaannya seseorang yang marah lebih cenderung untuk bersikap dengan tingkah laku langsang. Reed & Baali (1972), menjelaskan bahawa tingkah laku langsang merupakan tingkah laku yang berlainan daripada norma-norma atau perlakuan biasa yang telah ditetapkan oleh oleh institusi tertentu. Tingkah laku ini mungkin boleh diterima atau tidak boleh diterima oleh orang lain. Namun begitu, kebanyakan tingkah laku ini tidak boleh diterima oleh orang lain kerana ia merupakan tingkah laku yang tidak elok dan membahayakan. Terdapat lapan jenis tingkah laku langsang yang dapat dikenal pasti. Antara tingkah laku langsang yang dapat dikenal pasti ialah tingkah laku langsung (direct), tingkah laku tidak langsung (indirect), tingkah laku instrumental, tingkah laku hostile, tingkah laku proaktif, tingkah laku reaktif, tingkah laku fizikal dan tingkah laku hubungan. Tingkah laku langsung (direct) ialah serangan terhadap mangsa secara langsung yang bersifat fizikal atau lisan seperti menumbuk mangsa, dan mengeluarkan kata-kata kesat dihadapan mangsa. Hal ini berlaku kerana mereka marah atau tidak berpuas hati dengan mangsa dan bertindak demikian untuk memuaskan hati mereka. Tingkah laku tidak langsung pula ialah tindakan yang sukar dikenal pasti kerana ia melibatkan perasaan pelaku terhadap mangsanya. Contohnya tingkah laku tidak langsung ialah dengan menaruh perasaan dendam terhadap mangsa dalam diam tanpa diketahui oleh orang lain. Tingkah laku ini menyebabkan mereka yang akan menjadi tidak mengetahui mereka merupakan sasaran kepada tindakan yang akan dilakukan oleh si pelaku. Selain itu, tingkah laku instrumental pula ialah perlakuan untuk mendapatkan sesuatu atau mendapat keutamaan. Contohnya mereka mencederakan seseorang untuk mendapatkan

sesuatu atau ingin menang dalam sesuatu permainan. Tingkah laku ini pada asalnya bukan bertujuan untuk mencederakan tetapi bertujuan untuk mendapatkan matlamat yang diingini. Golongan ini percaya dengan bertindak demikian akan menguntungkan dan dapat meningkatkan harga diri dengan mendominasikan orang lain sebelum perkara serius berlaku. Tingkah laku hostile pula si pelaku sengaja untuk mencederakan atau menyakiti orang lain dengan mengancam untuk membunuh, mencederakan atau merosakkan hubungan orang lain. Tingkah laku ini amat bahaya kerana mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang mereka ingini. Manakala tingkah laku proaktif pula hampir sama dengan tingkah laku instrumental iaitu tindakan langsang secara sengaja terhadap orang lain sebagai cara untuk mendapatkan sesuatu atau mendapatkan matlamat tertentu. Mereka bertindak dengan sengaja menyekat laluan pelajar lain, menyembunyikan buku milik pelajar lain untuk mendapatkan kepuasan diri mereka dan sebagainya. Tingkah laku reaktif pula dikenali sebagai suatu tindak balas terhadap kekecewaan atau provokasi daripada orang lain. Tingkah laku ini berlaku kerana mereka menaruh perasaan dendam terhadap mereka yang menyembunyikan buku mereka dan bertindak dengan menyakiti pelajar tersebut. Mereka menganggap perlakuan mereka ini adalah sebagai salah satu cara untuk mendapatkan keadilan terhadap dirinya. Tingkah laku fizikal pula merupakan tindakan yang mempunyai potensi untuk mencederakan orang lain dengan sengaja. Contohnya mereka akan menghadang kaki semasa orang lain melalui tempatnya duduk. Ini kerana mereka sengaja dan mempunyai niat untuk menjatuhkan orang lain dengan perlakuan mereka itu. Manakala jenis tingkah laku yang terakhir pula ialah tingkah laku hubungan. Tingkah laku ini merupakan tindakan yang di ambil oleh mereka dengan tujuan untuk memberikan kesan yang negatif kepada hubungan orang lain. Contohnya, menghentikan komunikasi dengan orang lain dengan tujuan untuk menyakiti hatinya iaitu tidak bertegur sapa dengan orang yang pada kebiasaanya mereka tegur dan bersembang dengan tujuan menyakitkan hati.

Azizi yahaya & Faizah Idris. Tingkah laku agresif. Diperoleh pada April 4, 2012 daripada http://eprints.utm.my/10365/1/TINGKAH_LAKU_AGRESIF.pdf Suppiah nachiappan, Kamarulzaman Kamarudin, Abd. Aziz Abd. Shukor, Ramlah jantan, Roslinda Mustapha & Hazalizah Hamzah (2009). Pembelajaran dan perkembangan pelajar : kecelaruan tingkah laku. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

You might also like