You are on page 1of 4

Teori Structural Strain Robert K.

Merton mengutarakan teori Structural Strain yang diadaptasi daripada teori anomie dan mengaitkannya kepada kehidupan rakyat di Amerika. Beliau mengatakan bahawa kebanyakan rakyat Amerika memandang kekayaan duniawi sebagai matlamat budaya mereka. Walau bagaimanapun hanya beberapa cara sahaja yang boleh diterima pakai untuk mencapai matlamat ini, lazimnya melalui pendidikan yang tinggi dan mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan merupakan cara yang paling diterima. Ini tidak menjadi masalah sekiranya kesemua rakyat Amerika mendapat peluang untuk memasuki institusi pendidikan dalam mencari kejayaan kebendaan tetapi ini bukanlah keadaan yang sebenar.Mereka yang tergolong dalam kumpulan miskin dan minoriti mendapati diri mereka tidak berkesempatan untuk menerima pendidikan formal dan mengecapi sumber ekonomi.Mereka yang memegang matlamat kejayaan kebendaan ini tetapi tidakmendapat peluang untuk memperolehinya akan didorong oleh Structural Strain untuk menggunakan cara yang tidak konvensional. Merekamendapati kesukaran untuk menggunakan cara yang konvensional dalammemburu matlamat kehidupan mereka. Satu cara dalam mengatasidilemma ini ialah dengan melakukan apa sahaja untuk mendapatkannyatermasuk cara haram dan jenayah.Merton menekankan bahawa kekurangan peluang dan keinginan yangtinggi untuk kebendaan tidak mencukupi untuk menghasilkan tarikankepada perbuatan devians. Sebuah masyarakat yang mempunyai sistemkelas yang tegar, atau struktur caste mungkin mengalami kekuranganpeluang dan pada masa yang sama menyanjung kemewahan seperti dalamsistem feudal. Apabila wujud sebuah masyarakat yang menyanjungkemewahan sebagai tanda kejayaan dan pada masa yang sama menyekatpeluang ramai rakyat daripada mendapat kemudahan mencapai kejayaantersebut maka ini akan membawa kepada kemungkinan wujudnyatingkahlaku yang antisosial.Merton mengenalpasti lima respon kepada dilemma tingkahlaku devians, empat daripadanya menjurus kepada cara penyesuaian anomie Lima Respon kepada Dilema Tingkahlaku Devians 1 Keakuran (conformity) Keakuran terdapat dalam masyarakat di mana ahlinya menerimakejayaan kebendaan sebagai matlamat budaya dan juga wujud carauntuk mencapai matlamat tersebut. Tingkahlaku sedemikianmerupakan asas yang kukuh kepada fungsi masyarakat yang maju. 2 Inovasi (innovation) Inovasi merujuk kepada ahli masyarakat yang memegang kukuh budaya yang menekankan kepada kejayaan matlamat. Akantetapi, disebabkan cara untuk mencapainya tidak ada, makamereka berusaha mencapai matlamat mereka dengan carainovatif. Mereka akan melibatkan diri dalam pelacuran, mengedardadah, menipu, merompak atau mengugut untuk mendapatkan wang dan memperolehi simbol kejayaan.

3 Ritualisme (ritualism) Dalam ritualisme, individu menolak matlamat kejayaan tetapimengekalkan cara untuk mencapainya. Manusia melaluipengalaman ini tanpa mempercayai prosesnya. Contohnya,seorang birokrat yang menjalankan tugas sehariannya dan padamasa yang sama menolak idea kenaikan pangkat. Begitu juga,seorang pelajar universiti percaya bahawa kehidupan di universitiadalah tidak bermakna, pengalamannya mendukacitakan,matlamat untuk mencapai kejayaan ekonomi juga tidak akanterlaksana. Namun demikian, disebabkan oleh kehendak keluargaatau tidak ada jalan lain, maka dia terpaksa melalui kehidupan diuniversiti sehingga tamat pengajiannya. 4 Retreatisme (retreatism) Retreatisme merupakan respon di mana kedua-dua cara danmatlamat yang ingin dicapai ditolak tanpa mencuba norma baru.Contohnya, penagih dadah dan gelandangan yang dibiarkantercicir daripada masyarakat. 5 Memberontak (rebellion) Terdapat individu yang menolak matlamat budaya dan juga caramencapainya dan menggantikannya dengan norma baru.Individu tersebut mengalih kesetiaannya daripada kumpulansosialnya dan memindahkannya kepada kumpulan baru denganideologi baru. Contoh yang tepat mengenai cara penyesuaian iniialah pergerakan militia dan sosialisme radikal. Ahli sosiologi mengaplikasikan teori Structural Strain dalam banyak masalah.Contohnya, Albert Cohen (1955) mendapati kanak-kanak lelaki daripada kelas bawahan gagal dalam persekitaran sekolah yang sederhana, yang memberiganjaran kepada kemahiran bertutur, kemas dan keupayaan untuk mengelakdaripada melakukan perkara yang tidak diingini. Kanak-kanak lelaki ini akan berkumpul bersama dan menubuh geng juvenile di mana mereka akan tonjolkandiri mereka sebagai macho, street smart, dan troublemaking kejayaan mereka.Ahli sosiologi lain pula menambah bahawa devians menjadi lebih ketara apabilaekonomi menjadi institusi utama sesuatu masyarakat dan juga status sosialseseorang itu bergantung kepada pencapaiannya dalam peranan ekonomi. Tahap jenayah adalah lebih tinggi terutamanya dalam masyarakat di mana ahlinya bergantung kepada bekerja sebagai sumber hidup mereka. Sebaliknya dalammasyarakat yang menjanjikan pendapatan yang sederhana, tidak kira sama adaahlinya bekerja atau tidak, maka tahap jenayahnya adalah kurang

Teori Labeling

Apakah yang dimaksudkan dengan teori labeling ? Ahli teori Labeling berminat dalam proses dimana sesetengah individudilabel sebagai devians mula memikirkan diri mereka sebagai devians, dan masuk dalam pekerjaan devians. Tiga ahli sosiologi yang mengemukakan teori Labeling ialah Edwin M.Lemert, Howard S. Becker dan Kai Erikson. Mereka sepakat tentang beberapa perkara seperti berikut: (i) Pertama, mereka mengatakan bahawa tidak ada tindakan yang bersifat jenayah atau bukan jenayah. Sesuatu tindakan itu dikatakansebagai jahat bukan berpunca daripada niat yang intrinsik tetapidaripada cara manusia mendefinisikannya dan tindakbalaskepadanya. Devians adalah definisi sosial. Mengikut teori labeling, individu akan bertingkahlaku devians sekiranya individu tersebutdilabelkan sedemikian. Kedua, manusia melibatkan diri dalam tingkahlakudevians denganmelanggar sesetengah norma. Ahli sosiologi menolak pandanganyang mengatakan manusia boleh dibahagikan kepada mereka yangnormal dan yang kurang normal. Contohnya, ada manusia yangmelanggar had laju, mencuba kokain, meniru tugasan, melakukanvandalisme atau merempuh kawasan larangan. Ahli teoriLabeling menamakan tingkahlaku iniprimary devians iaitu tingkahlaku yangmelanggar norma sosial tetapi selalunya tingkahlaku ini dilepaspandang oleh agen pengawal sosial. Ketiga, ahli teoriLabeling mengatakan, sama ada tindakan manusiaitu dilihat sebagaidevians ia bergantung kepada apa yang merekalakukan dan apa yang orang lain lakukan ke atas tindakan mereka. Ini bermaksud,devians bergantung kepada peraturan yang manakahmasyarakat akan pilih untuk dilaksanakan, dalam situasi apa danuntuk siapa. Bukan semua individu yang melanggar had laju,mencuba kokain, meniru tugasan, melakukan vandalisme ataumerempuh kawasan larangan akan ditahan. Orang Afrika Amerikamungkin ditegah melakukan sesuatu yang orang kulit putihdibenarkan melakukannya. Begitu juga, kaum wanita tidakdibenarkan melakukan apa yang dibenarkan kepada kaum lelaki.Ada sesetengah individu dilarang melakukan sesuatu yang dilakukanoleh kawan mereka dan ada yang akan dilabel sebagaidevians walaupun mereka tidak melanggar sebarang norma tetapi disebabkanmereka tergolong dalam kumpulan tertentu seperti homoseksual. Keempat, melabelkan individu sebagaidevians akan ada kesannya.Kemungkinan akan wujud keadaan yang kondusif kepadasecondary devians, di mana individudevians tadi akan mengamalkan reaksiindividu lain terhadapnya. Seorang individu dikenalpasti di khalayakramai sebagai delinkuen, perogol, penagih dadah,penjenayah. Label tersebut meletakkan individu tersebut sebagaistatus luar. Individu yang melanggar peraturan mula menerimastatus yang diberikan kepada mereka sebagai satu bentukdevians dan akan membina kehidupan mereka di sekeliling status tersebut. Kelima, individu yang dilabel sebagaidevians mendapati dirinyadisisih dan disingkir oleh ahli masyarakat yang patuh kepadaperundangan. Rakan dan saudara mara juga akan menghindar diridaripada individu tersebut. Dalam setengah kes, individu ini

(ii)

(iii)

(iv)

(v)

bolehdimasukkan ke dalam penjara atau hospital sakit mental. Seterusnya,penyisihan dan pengasingan akan menjurus individu tersebutkedalam kumpulandevians bersama individu-individu lain yang berkongsi nasib yang sama. Melibatkan diri dalam subbudaya inimerupakan cara mereka mengatasi keadaan yang mengecewakan,cara mendapat sokongan emosi dan cara penerimaan terhadap situasihidup mereka. Individu yang mengikuti kumpuladevians akanmengukuhkan lagi imejnya sebagaidevians,merangsang gaya hidupdevians dan melemahkan hubungannya dengan komuniti yang akurkepada perundangan.Teori ini menolong kita memahami sama ada sesuatu tindakan itu bolehatau tidak dianggap sebagai perbuatandevians,terpulang kepada situasidan ciri-ciri individu yang terlibat.Ahli sosiologi William J. Chambliss (1973) menggunakan teori ini untukmenerangkan perbezaan persepsi dan definisi oleh ahli komuniti terhadaptingkahlaku dua kumpulan geng remaja. Chambliss memerhati pelajar diSekolah Menengah Hanibal, sekumpulan geng, Saints, yang terdiridaripada 8 orang remaja lelaki kulit putih kelas atasan dan sekumpulanlagi, Roughnecks, yang terdiri daripada 8 orang remaja lelaki kulit putihkelas bawahan. Kedua-dua kumpulan geng ini terlibat dalam banyaktingkahlakudevians tetapi kumpulan Roughnecks yang seringbermasalah dan dianggap sebagai delinkuen. Manakala kumpulan Saintspula dianggap oleh pihak komuniti, sekolah dan polis sebagai baik danremaja yang mempunyai masa depan cerah.Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada perbezaan layanan keatas kedua-dua kumpulan geng tersebut. Kumpulan Saints mempunyai dua kenderaan dan menggunakannyauntuk melarikan diri sama ada memasuki atau keluar dari bandar yangtidak mudah dilihat oleh masyarakat Hanibal berbanding dengan carayang digunakan oleh kumpulan Roughnecks.

Apabila kumpulan Saints dihampiri oleh pegawai polis mereka akanmemohon maaf dan menyesal atas tingkahlaku mereka. Manakalakumpulan Roughnecks pula akan bertindak kasar dan agresif. Pegawai polis tahu bahawa ibu bapa yang berpengaruh daripada kelaspertengahan dan atas akan datang menolong anak mereka manakalaibu bapa daripada kelas bawahan akan mengakur kepada undang-undang terhadap tingkahlaku anak mereka. Apabila persepsi komunis terhadap Roughnecks adalah sebagaikumpulan yang bermasalah, ini mengukuhkan lagi corak tingkahlakudevians mereka. Apabila persepsi kendiri mereka sebagaidevians menjadi lebih mantap mereka mula mencuba tindakan baru dan lebihketara lagi.

You might also like