You are on page 1of 1

Keistimewaan artikel ini ialah penulis berjaya memaparkan dasar-dasar pendidikan secara kronologi yang menunjukkan hala tuju

sistem pendidikan Negara kita. Pada pendapat saya, bahagian ini adalah penting untuk memberi gambaran yang menyeluruh kepada pembaca supaya lebih memahami dasar-dasar pendidikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan seterusnya dapat menilai keberkesanan pelaksanaannya. Lebih menarik lagi apabila ia dikaitkan dengan isu-isu dan masalah dalam sistem pendidikan dalam konteks pembinaan negara bangsa. Sementara sumbangan utama artikel ini ialah penulis telah memberikan cadangan-cadangan konstruktif untuk mengatasi masalah yang dibincangkannya. Penulis telah mengariskan beberapa cadangan yang menarik iaitu mencadangkan supaya peranan kerajaan dalam penggubalan dasar-dasar dan strategi dipertingkatkan. eliau menegaskan kerajaan yang bertindak sebagai penggubal dan pelaksana dasar awam, perlulah mempertahankan pendiriannya, perlu berani dan segera mengadakan strategi penambahbaikan. !elalui dasar pendidikan, beliau mencadangkan kerajaan boleh "#$mengabungkan ketiga-tiga aliran sekolah iaitu SK, S%K&, dan S%K' seterusnya menganjurkan program bersama yang melibatkan penyertaan semua murid dan guru. "($ Pengisisan pelajaran di ketiga-tiga aliran sekolah diselaraskan semula dengan menggunakan isi kandungan yang sama dengan menambah bahasa mandarin dan 'amil sebagai matapelajaran wajib. ")$Satu sistem persekolahan boleh dijalankan melalui penggabungan elemen-elemen termasuk kebudayaan, pemakanan, dan adat resam yang terdapat dalam SK, S%K& dan S%K'. "*$ Pengisian kurikulum dan kokurikulum perlu seiring dengan keperluan masyarakat kini yang menekankan nilainilai jati diri, mempunyai sifat patriotisme, dan bertoleransi. "+$!enjadikan # !alaysia sebagai matapelajaran tambahan yang wajib di semua jenis sekolah. Selain itu, penulis juga mencadangkan supaya kerajaan memberi perhatian yang serius tentang sistem penyampaian supaya semua dasar dan hasrat kerajaan dapat disampaikan kepada seluruh rakyat secara sistematik dan efisyen. ,nformasi mengenai pendidikan boleh disampaikan melalui media-media dan agensi-agensi kerajaan contohnya Kementerian Penerangan dan Komunikasi.

You might also like