You are on page 1of 19

GMGA3033

OPERASI DAN PENILAIAN


DASAR AWAM
BAB 4
PERINGKAT 2 PERUMUSAN
DASAR

MOHAMMAD BIN OMARBATHA


NO. MATRIK 201616

OBJEKTIF BAB
1. Mengenal pasti bentuk-bentuk penyelesaian dasar
yang bersesuaian untuk menyelesaikan
permasalahan awam.
2. Mengenal pasti kepentingan peramalan dalam
alternatif dasar.
3. Membezakan bentuk-bentuk peramalan alternatif
dasar.
4. Membincangkan kriteria yang digunakan dalam
membuat peramalan.

PENGENALAN
Perumusan dasar proses mengenal pasti tindakan yang
bersesuaian dan boleh diterima pakai untuk menyelesaian sesuatu
masalah awam melalui undang-undang.
Di Malaysia, setiap cadangan dasar haruslah tidak bercanggah
dengan Perlembagaan Malaysia.
Aktor yang terlibat dalam perumusan dasar ialah aktor rasmi dan
aktor tidak rasmi.
Aktor rasmi = Agensi-agensi kerajaan, pihak legislatif, dan juga
golongan elit politik.
Aktor tidak rasmi = Kumpulan berkepentingan, NGO, media dan
masyarakat.

BENTUK-BENTUK PENYELESAIAN
DASAR
Menurut Stone (1988), terdapat lima bentuk penyelesaian yang
boleh digunakan untuk mengatasi masalah awam:
1. Dorongan.
Kaedah untuk mengubah tingkah laku
menggunakan ganjaran dan hukuman.

manusia

dengan

2. Peraturan.
Peraturan rasmi akan memberi arahan kepada masyarakat,
organisasi dan kerajaan untuk melaksanakan sesuatu dengan
cara yang tertentu.

BENTUK-BENTUK PENYELESAIAN
DASAR
3. Fakta.
Digunakan untuk memberikan maklumat secukupnya kepada
individu bagi memilih keadaan mana yang benar dan mana
yang salah.
Masyarakat seringkali didedahkan dengan angka-angka,
statistik atau indeks yang menerangkan tentang sesuatu
keadaan seperti tahap jerebu, prestasi ekonomi, ramalan cuaca,
kadar kematian disebabkan dadah dan Aids.

BENTUK-BENTUK PENYELESAIAN
DASAR
4. Kuasa.
Pemberian kuasa kepada pihak tertentu sebagai salah satu cara
untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Pemberian kuasa ini lebih kepada pihak berkuasa.
Contohnya, pemberian kuasa terhadap pihak polis dalam
menjalankan tugas-tugas mereka.

BENTUK-BENTUK PENYELESAIAN
DASAR
5. Hak.
Hak-hak yang ada pada seseorang individu. Contohnya, hak untuk
bergerak, bersuara, untuk mendapatkan pelajaran, kesihatan dan
lain-lain lagi.
Dua (2) bentuk hak:
i. Hak positif - hak yang disokong oleh peraturan tertentu.
contoh - hak untuk mengundi semasa pilihanraya.
ii. Hak normatif - dilakukan oleh pihak tertentu tanpa mengikut
seperti yang ditetapkan oleh peraturan tetapi masih mendapat
kebenaran pihak tertentu
.
contoh - pihak polis mempunyai hak secara normatif apabila
meminta tahanan reman tok ketampi dalam keadaan tidak
berpakaian sekiranya mereka mengesyaki tahanan reman tersebut
menyembunyikan dadah di tempat yang sukar diramalkan.

TEKNIK DALAM PENGHASILAN ALTERNATIF


DASAR

Alternatif boleh wujud dalam pelbagai bentuk dasar, strategi,


undang-undang, atau tindakan yang wajar dan ia berkaitan isu
yang dihadapi.
Oleh itu, alternatif merupakan pilihan-pilihan yang perlu
disenaraikan oleh pembuat keputusan, dan daripada pilihanpilihan tersebut, hanya pilihan yang terbaik akan digunakan
untuk menyelesaikan sesuatu masalah

PENILAIAN ALTERNATIF
Terdapat tiga kriteria yang perlu diketahui dalam pemilihan
alternatif. Kriteria-kriteria tersebut ialah kriteria pilihan, kriteria
kekangan dan kriteria kos dan faedah.
i. Kriteria Pilihan.
Alternatif yang dibuat berdasarkan pilihan tertentu oleh pihak
yang ingin membuat keputusan atas sesuatu dasar.
Misalnya, untuk menyiapkan sesuatu program, kriteria yang
menjadi pilihan ialah dari segi kos. Oleh itu, juru analisis perlu
fikirkan kos yang paling minimum dalam menjayakan program
tersebut

PENILAIAN ALTERNATIF
ii. Kriteria Kekangan.
Kekangan merujuk kepada batasan yang terlibat dan ia perlu
diambil kira apabila membuat peramalan dalam alternatif dasar.
Sabitha (1997) menggariskan beberapa kekangan yang perlu
diberi perhatian iaitu:
a. Kekangan Fizikal.
Contoh, jika masih ada pekerja yang tidak mahir menggunakan
komputer, maka dia akan ketinggalan dalam melakukan tugas
dan mendapatkan maklumat pada masa kini.
b. Kekangan Perundangan.
Contohnya, objektif sesuatu dasar yang terhalang oleh
perundangan awam, hak milik kerajaan atau swasta, undangundang persatuan, undang-undang organisasi dan lain-lain lagi.

PENILAIAN ALTERNATIF
c. Kekangan Organisasi.
Organisasi yang kita ketahui dikuasai oleh birokrasi. Keadaan karenah
birokrasi boleh mempengaruhi pembentukan sesuatu alternatif dasar.
d. Kekangan Politik.
Tentangan politik mungkin akan menyebabkan pelaksanaan sesuatu
dasar tergugat, malahan penerimaan dasar itu sendiri akan diragui.
e. Kekangan Agihan.
Kerajaan mungkin tidak dapat memberi kesemua perkara yang diingini
oleh masyarakat secara maksimum kerana agihan selalunya terbatas
disebabkan ia harus dilaksanakan dalam keadaan kos dan faedah yang
diagihkan secara seimbang antara semua kumpulan sasaran. Contohnya
bantuan biasiswa hanya diberikan kepada pelajar-pelajar tertentu sahaja,
sedangkan ramai yang memerlukannya.
f. Kekangan Belanjawan.
Seperti yang kita ketahui, hukum ekonomi menyatakan kehendak kita
adalah tidak terbatas sedangkan sumber ekonomi adalah terhad.

PENILAIAN ALTERNATIF
iii. Kriteria Kos dan Faedah.
Kos dan faedah melihat kepada keuntungan dan kerugian yang akan
dikenal pasti apabila peramalan dibuat bagi setiap alternatif dasar untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
a. Kos - Faedah Luaran dan Dalaman.
Penganalisis perlu melihat sama ada kumpulan sasaran terdiri daripada
keseluruhan masyarakat atau hanya sekelompok masyarakat yang terlibat.
Contohnya, kesan program latihan pembuatan kraf tangan untuk Industri
Kecil Sederhana (IKS) kepada penduduk desa Permai. Sekiranya semua
masyarakat desa Permai terlibat dalam program tersebut, maka ia akan
menimbulkan kesan kepada semua komuniti desa Permai terutamanya dari
segi kemahiran kendiri dan juga peluang penambahan ekonomi untuk diri
dan keluarga. Tetapi, sekiranya program tersebut hanya disasarkan kepada
kumpulan tertentu sahaja, contohnya untuk kaum wanita sahaja,
peramalan perlu melihat kepada kesan dalam dan luaran sekaligus kerana
ia mewakili sekelompok masyarakat kecil sahaja.

PENILAIAN ALTERNATIF
b. Kos - Faedah Langsung dan Tidak Langsung.
Merujuk kepada Sabitha (1997), kos - faedah barangan dan
perkhidmatan yang boleh diukur secara langsung dengan
menggunakan harga pasaran yang diketahui. Contohnya harga
tanah dan harga rumah.
Manakala kos-faedah barangan dan perkhidmatan yang boleh
diukur secara tidak langsung ialah dengan melakukan anggaran
berdasarkan harga pasaran.
Apabila juru analisis terpaksa mengukur kos dan faedah untuk
udara
bersih,
maka
beliau
terpaksa
menggunakan
pertimbangan subjektif dalam menentukan nilai wang untuk kos
dan faedah untuk faktor tersebut.

PENILAIAN ALTERNATIF
c. Kos - Faedah Utama dan Sekunder
Kos-faedah utama merujuk kepada perkaitan yang paling rapat dengan
objektif utama sesuatu alternatif dasar. Manakala kos dan faedah sekunder
lebih menekankan aspek kurang penting atau kurang diberi keutamaan
terhadap objektif alternatif dasar.
Contohnya, program untuk siswazah menganggur. Tujuan utama untuk
menambahkan kemahiran pelatih dan seterusnya memberi peluang kepada
pelatih untuk mendapatkan kerja.
Faedah utama akan diperoleh oleh pelatih tersebut, manakala penerima
faedah sekunder merupakan keluarga pelatih tersebut di mana mereka juga
boleh
menumpang
kesenangan
anak-anak
yang
berkerja
atau
mengurangkan bebanan mereka setelah anak mereka bekerja.
Kos utama pula ialah kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan dalam
menyediakan program tersebut.
Manakala kos sekunder pula adalah kos tanggungan pihak yang terlibat
sama dalam menjayakan program tersebut seperti organisasi yang terpilih
untuk pelatih menjalani program tersebut.

PERAMALAN ALTERNATIF
DASAR
Proses peramalan penting untuk memahami keadaan
hadapan agar tindakan yang lebih berhati-hati akan diambil.

masa

Terdapat tiga bentuk peramalan alternatif dasar iaitu unjuran,


jangkaan dan tekaan.
i. Unjuran (Projection).
Unjuran merupakan ramalan yang dibuat mengenai sesuatu perkara
yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan tekaan
setelah melihat trend atau paten sejarah serta hal ehwal semasa.
Contohnya, metod yang boleh digunakan ialah analisis siri masa
seperti unjuran pencapaian ekonomi ataupun analisis dari isu-isu
yang sama seperti unjuran mengenai jumlah penduduk negara
dalam tempoh 5 tahun.

PERAMALAN ALTERNATIF
DASAR
ii. Jangkaan ( Prediction).
Ramalan berbentuk jangkaan adalah berdasarkan kaedah
tertentu, atau anggapan yang dikemukakan oleh teori-teori
tertentu yang menerangkan
sebab dan akibat atau hasil
daripada sesuatu peristiwa.
Jangkaan sering dikaitkan untuk ramalan ekonomi. Contohnya,
konsep permintaan dan penawaran.
Jangkaan juga boleh dikaitkan dengan konsep analogi atau
persamaan yang mana kita boleh membuat jangkaan
berdasarkan sesuatu perkara lain tapi mempunyai ciri-ciri yang
hampir sama. Contohnya, kes letupan penyerang berani mati
sering dikaitkan dengan kumpulan al-Qaeda berdasarkan Modus
Operandi yang digunakan.

PERAMALAN ALTERNATIF
DASAR
iii. Tekaan (Conjecture).
Bentuk ramalan ini memerlukan kepakaran yang tinggi. Ramalan
ini menggunakan penilaian yang dibuat oleh pakar dan
memerlukan maklumat yang lengkap mengenai sesuatu perkara
yang hendak dikaji.
Bentuk ramalan ini juga dikenali sebagai intuitif atau mengikut
gerak hati, ataupun hasil tahap keintelektualan yang kreatif oleh
individu terbabit.
Walau bagaimanapun, tekaan ini perlu disokong oleh pihak yang
mempunyai autoriti. Contohnya, untuk mentafsir tentang politik
masa depan negara, sudah tentu kita akan bertanya kepada pakar
politik ataupun penganalisis politik negara.

KESIMPULAN
Peringkat perumusan dasar merupakan peringkat yang cuba
mengenal pasti bentuk atau jalan penyelesaian yang perlu
difikirkan oleh penggubal untuk menyelesaikan suatu masalah.
Setiap cadangan alternatif-alternatif tersebut perlu diramal agar
analisis setiap alternatif tersebut mampu mewujudkan formula
yang terbaik untuk sesuatu masalah awam.

SEKIAN DAN TERIMA


KASIH

You might also like