You are on page 1of 3

NOTA TEORI PILIHAN AWAM (PENGANTAR

PENTADBIRAN AWAM)
Soalan: Sejauh manakah "public choice theory" ini diaplikasikan
dalam pentadbiran awam?

Teori Pilihan Awam (Public choice theory)

 Pembelajaran politik berdasarkan prinsip ekonomi.


 Mengaplikasikan metode (kaedah) dan teori ekonomi ke dalam analisis politik.
 Public choice is Politics without romance, that is common sense. (Buchanan,
1962)
 Common sense is the measure of the possible; it is composed of experience
and prevision; it is calculation applied to life. (Henri-Frederic)

Matlamat

 Memberikan lebih banyak pilihan kepada orang awam.


 Keputusan dibuat oleh individu yang membawa sepakat.
 Mengurangkan campur tangan kerajaan.
 Keuntungan yang maksima.

Aspek-aspek yang dibincangkan "public choice theory"

 Perlembagaan, kerajaan demokrasi

1. Cubaan untuk menyemak sistem kerajaan yang mana orang awam takrifkan hasil
daripada perlembagaan.
2. Peluang untuk berpartisipasi dalam politik.
3. Mengurangkan ketidaksamaan hak dalam pengagihan kuasa.
4. Menggalakkan respon kerajaan terhadap keperluan individu dan masyarakat.

 Pengundian (voting)

1. Salah satu cara dalam membuat keputusan.


2. Individu membuat pilihan untuk diri sendiri.
3. Keputusan adalah secara kolektif.
4. Akan tetapi, kaedah ini tidak berkesan kerana keputusan yang dicapai bukanlah
kehendak semua.
5. Kaedah pengundian alternatif diperiksa dan dinilai.

 Manipulasi politik

1. Tokoh-tokoh Public choice telah mengkaji bagaimana ahli politik berinteraksi


sesama sendiri, antara pengundi dan dengan penyokong mereka untuk mencapai
matlamat mereka.
2. Sebagai ganjaran, pembalasan jasa, wealth transfers.
3. Satu cara bagaimana ahli politik gunakan untuk mencapai “their own selfish
ends”.
 Rent-seeking (mencari sewa)

1. Public choice banyak berbicara mengenai penggunaan cari-sewa, yang


merupakan tindakan memperoleh perlakuan khusus oleh kerajaan dengan
mengorbankan orang awam.
2. Pemindahan tanah kepada pertubuhan-pertubuhan swasta.

 Keputusan kolektif

1. Akhirnya, sarjana Public Choice meneliti pilihan penyelesaian yang melibatkan


dilema sosial yang dihasilkan daripada hidup dalam kumpulan atau kolektif.
2. Kita tahu bahawa penswastaan bukanlah penyelesaian yang baik untuk masalah
pengedaran public goods.
3. Tidak boleh menyimpulkan bahawa kerajaan boleh melakukan pekerjaan dengan
lebih baik.
4. Public Choice --cabaran menentukan apa yang terbaik "penyelesaian yang tidak
sempurna".

 Mereka juga perlu menyesuaikan peraturan dengan rakyat supaya


rakyat, walau rendah tarafnya sekalipun tidak dihalangi hak- hak
tertentu berhubung dengan perkhidmatan awam seperti:

1. Hak untuk mendapat layanan menurut kedaulatan undang-undang (rule of


law) dan keadilan, dan berpatutan dalam semua perhubungan dengan
pentadbiran.
2. Hak untuk merayu terhadap keputusan pentadbiran sebagai pelindung dari
perbuatan arbitrari dan layanan berat sebelah, dan untuk dapatkan keadilan.

Aplikasi public choice theory dalam pentadbiran awam.

 Rasional "Dasar penswastaan"

1. Campur tangan kerajaan sedikit demi sedikit dapat dikurangkan dan pelbagai
peraturan dagangan cuba dihapuskan.
2. Kerajaan menyerahkan beberapa perkhidmatan dan pengurusan yang berada di
bawah bidang kuasanya kepada sektor swasta bagi melicinkan peranan kerajaan
dan meringankan beban kerajaan.
3. Dasar campur tangan kerajaan dalam ekonomi tidak berupaya untuk
menggurangkan pengganguran, inflasi dan untuk meningkatkan pertumbuhan
ekonomi.

 "Konsep penswastaan"

1. Penyerahan syarikat awam kepada persendirian dan seterusnya mengalih kuasa


membuat keputusan dari tangan orang ramai kepada tangan pihak swasta.
2. Kerajaan berharap penswastaan dapat mewujudkan mewujudkan organisasi yang
bersifat kompetatif dan berupaya melaksanakan tanggungjawab yang dahulunya
dilaksanakan oleh kerajaan.
3. Pada pertengahan tahun 1983, Perdana Menteri telah memperkenalkan Dasar
Persyarikatan Malaysia (INTAN,757).

 Matlamat Dasar Penswastaan Malaysia:


1. Mengurangkan beban kewangan kerajaan
2. Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja
3. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
4. Pengagihan sumber secara cekap
5. Mempercepatkan percapaian hasrat DEB

 Pelaksanaan dasar ini telah dikemudi oleh satu jawatankuasa khas yang telah
ditubuhkan di Unit Perancang Ekonomi (UPE).
 Terdapat juga beberapa jabatan lain yang dipertanggungjawabkan untuk
merancang strategi yang sepatutnya tantang Dasar Penswastaan negara.

1. Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri


2. Kementerian Kewangan
3. Jabatan Perkhidmatan Awam

 Pelbagai perkhidmatan agensi-agensi di bawah kerajaan telah


diswastakan. Antaranya ialah:

1. Sistem Televisyen Malaysia Berhad (1983)


2. Jalanpintas Selat Klang Utara (1983)
3. Sports Toto Malaysia Berhad (1985)
4. Sistem Penerbangan Malaysia (1985)
5. Malaysian International Shipping Corporation Berhad (MISC)(1986)
6. Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) (1990)
7. Syarikat Telekom Malaysia Berhad (1990)

 Walaupun pelbagai perkhidmatan dan syarikat awam telah diserahkan kepada


sektor swasta, namun begitu kerajaan tidak memberi kuasa mutlak kepada
sektor swasta.
 Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk menjaga kepentingan
pengguna dan pekerja yang berada di dalam sektor swasta.
Antara langkah-langkah yang diambil kerajaan ialah:

1. Kawalan ke atas bayaran-bayaran yang dikenakan


2. Mengenakan syarat tiada pembuangan pekerja selama lima tahun.
3. Memegang golden share dalam MAS dan MISC untu memastikan ia beroperasi
untuk kepentingan negara.

Untuk menambah kualiti perkhidmatan awam ini, struktur dan kebolehan sesebuah
organisasi perkhidmatan awam itu perlu lebih terkehadapan seiiring dengan
perkembangan teknologi maklumat. Dengan cara ini, ia boleh meningkatkan mutu
perkhidmatan awam.

You might also like