You are on page 1of 6

GMGA 2023 Dasar Awam (Jawapan)

Bahagian A ( 60 Markah)

Soalan No.1

Aktor tidak rasmi memainkan peranan penting dalam proses pembuatan


dasar awam. Kenalpasti LIMA (5) actor tidak rasmi dan huraikan peranan
setiap actor tersebut.

1. Agensi Swasta
merupakan pelaksana dasar dan peranan pihak swasta kian dianggap
penting dewasa ini dalam menjayakan sesuatu dasar awam.
Dalam menjayakan sesuatu dasar selalunya agensi swasta difokuskan
untuk menjayakan dasar utama ekonomi yang sepatutnya diwujudkan
untuk meneruskan usaha ke arah kemakmuran dan ekonomi yang
bersaing.
Dalam mempengaruhi persekitaran dasar, agensi swasta tidak dapat
dipisahkan sebagai aktor tidak rasmi yang paling utama mempengaruhi
dasar awam.

2. Media
merupakan satu alat penyampaian maklumat semasa yang
digunakan oleh pihak tertentu untuk memastikan maklumat
tersebut disebarkan secara meluas.
Awal permulaaan penulisan, media yang digunakan hanyalah
sekadar media cetak media elektronik dan media melalui teknologi
terkini yang dikenali sebagai teknologi maklumat.
Media juga berperanan memberi dan menambahkan pengetahuan
awam.Tidak dapat dinafikan pada zaman pasca-moden ini media
telah dilihat bukan sahaja sebagai penyebar maklumat mengenai
dasar-dasar kerajaan,berita dan sebagainya tetapi juga sebagai
pencetus minda masyarakat.
Cohen, 1995, seorang tokoh komunikasi terkemuka menyatakan,
"dalam kebanyakan keadaan, media tidak berupaya mempengaruhi
orang ramai menentukan bagaimana untuk berfikir tetapi yang
mengajaibkan ialah media berjaya mempengaruhi pembacanya
untuk menentukan apa yang perlu difikirkan".
media turut memainkan peranan penting dalam mengimbangi
keberkesanan dasar kerajaan. Di sini media berperanan sebagai
"check and balance" dalam menentukan keberkesanan dasar-dasar
negara.
Melalui media, dasar kerajaan akan kian mantap dan berkesan.
Penilaian secara tidak langsung boleh dilakukan oleh penganalisis
dasar melalui peranan yang dimainkan oleh media.
3. Kumpulan Bukan Kerajaan
Kumpulan Bukan Kerajaan (NGO) ialah sebuah badan yang tidak
berasaskan keuntungan politik mahupun kepentingan awam Di
Malaysia, NGO sering memainkan peranan dalam mempengaruhi
sesuatu pembentukan dasar.
Mereka memperjuangkan sesuatu perkara bagi memastikan
masyarakat mendapat hak mereka.
Antara badan NGO yang aktif membantu masyarakat ialah
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dll.
Secara keseluruhannya, NGO sememangnya berperanan aktif di
Malysia dalam memperjuangkan hal-hal tertentu dan Penubuhan
mereka bukan hanya sekadar sebagai pemangkin pembentukan
sesuatu dasar.

4. Kumpulan Berkepentingan
Tujuan kumpulan berkepentingan ini diwujudkan bagi mewakili
kepentingan golongan-golongon tertentu untuk kepentingan ahli-
ahlinya.
Secara praktikalnya, kumpulan berkepentingan memainkan
peranan yang penting dalam pembentukan sesuatu dasar awam.
Di Malaysia, kumpulan ini selalunya mewakili kumpulan-
kumpulan yang memperjuangkan hak pekerja seperti, hak-hak
pengguna oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna
Malaysia (FOMCA), hak wanita seperti Pertubuhan Organisasi
Wanita Kebangsaan (NCWO).

5. Individu Awam (Masyarakat)


sebenarnya individu awam boleh mempengaruhi sesuatu dasar
apabila mereka mempunyai hak untuk mengundi.
Pengundi sentiasa memberi sokongan terhadap parti yang
memerintah seandainya dasar yang diperkenalkan mampu
menjaga kepentingan mereka.
Aderson, (2000), sesetengah individu yang tergolong dalam
kategori bijak pandai mampu menyumbangkan idea-idea baru
dan arahan tertentu dalam pembentukan sesuatu dasar.

Soalan No.2
Jelaskan peranan Perdana Menteri dan Majlis Professor Negara (MPN) dalam
skop aktor rasmi dalam proses pembentukan dasar awam.
Soalan No.3 Perdana Menteri dan Majlis Profesor Negara (MPN) memainkan
peranan penting dalam sistem pasaran. Bezakan kedua-dua prinsip tersebut.
Soalan No.4
Isi Rumah dan Pasaran merupakan prinsip-prinsip penting dalam sistem
pasaran. Bezakan kedua-dua prinsip tersebut.

GMGA 2023 Dasar Awam..


GMGA 2023 DASAR AWAM 24 ogos 2015
Soalan Satu
Dasar Awam yang dijalankan oleh kerajaan boleh diklasifikasikan kepada beberapa
kategori. Jelaskan (4) kategori dasar awam dan berikan contohnya.

Menurut (Lowi dalam Lester, 2000) Ada sarjana yang mengklasifikasikan dasar
kepada dasar agihan, agihan semula, kawal selia (dan dasar keselamatan (Randall,
1988). Ada juga yang mengkategorikan dasar kepada dasar liberal dan dasar
konservatif; dasar substantif dan dasar prosedur; dan juga material dan simbolik
(Lowi dalam Lester, 2000).

1. Dasar Agihan
Merujuk kepada pengagihan dan peluang yang sama rata di kalangan
individu rakyat tanpa mengira status sosial, bangsa, jantina dan
sebagainya.
Setiap individu mempunyai peluang yang sama untuk mengecapi
nikmat pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan.
Contohnya ialah peluang pendidikan diberikan sama rata kepada
semua individu rakyat.

2. Dasar Agihan Semula
Merujuk kepada pengagihan sumber dan peluang yang ada dalam
pembangunan negara dan diagihkan kepada golongan tertentu sahaja
berdasarkan kepada status sosial, bangsa dan sebagainya.
Contohnya, Program Pembangunan Rakyat Termiskin hanya
dikhususkan kepada golongan termiskin yang mempunyai pendapatan
yang sedikit.
Wang untuk tujuan pembangunan tersebut diperoleh daripada cukai
yang dikenakan atau dikutip daripada golongan yang mempunyai
pendapatan yang lumayan yang menyebabkan beliau boleh dikenakan
cukai.

3. Dasar berbentuk kawal selia


Merujuk kepada satu bentuk dasar yang bertujuan mengawal tingkah
laku individu rakyat supaya patuh dengan peraturan yang ditetapkan.
Bagi tujuan kepatuhan tersebut, penggunaan hukuman dan denda
dikenakan sekiranya individu engkar atau melanggar peraturan yang
ditetapkan.
Contohnya, Akta Dadah Merbahaya diperkenalkan untuk memastikan
individu tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

4. Dasar Keselamatan
Merujuk kepada dasar keselamatan yang diamalkan oleh kerajaan
seperti memastikan perpaduan dan kestabilan politik wujud dalam
negara.
Ia juga berkait rapat dengan dasar luar yang diamalkan oleh
negara tertentu.
Contohnya, Malaysia menekankan dasar berkecuali dan tidak
mencampuri urusan negara-negara jirannya di Asia Tenggara
kerana menghormati kebebasan negara jiran dan untuk
mewujudkan kestabilan dan keamanan di rantau Asia Tenggara.

Soalan Dua
Pendekatan Teori sistem menggambarkan dasar awam sebagai suatu sistem yang
terdiri dari elemen-elemen yang saling berkaitan.
a). Lakarkan dan terangkan (5) elemen yang menggerakkan sistem tersebut.
Tidak dinafikan dasar yang dilaksanakan akan memberi kesan positif atau negatif
terhadap persekitaran dan permintaan-permintaan rakyat. Dasar awam juga
berkemungkinan akan mendatangkan kesan yang besar terhadap sistem politik itu
sendiri. Oleh itu, sistem tersebut cuba memelihara dirinya dengan tiga cara.
Antaranya, ialah

Mewujudkan hasil (output) yang memuaskan semua pihak.


Bergantung kepada ikatan atau peraturan yang terdapat dalam sistem itu
sendiri.
Mengenakan ancaman atau paksaan, iaitu kerajaan mampu mengenakan
tekanan kepada rakyat.

Sebagai kesimpulannya, beberapa perkara utama yang perlu kita ketahui dalam
teori sistem ini ialah;

Rangsangan persekitaran akan menyebabkan timbulnya tuntutan atau


permintaan dan sokongan daripada rakyat kepada kerajaan.
Kerajaan akan menilai pengaruh daripada tuntutan dan permintaan rakyat
dan keputusan akan dibuat yang dikenali sebagai dasar untuk menyelesaikan
masalah atau tuntutan.
Dasar kerajaan bertujuan memenuhi tuntutan daripada rakyat atau kelompok
walaupun tidak semuanya akan dipenuhi atau dapat dicapai.
Pelaksanaan dasar mengikut pengaruh atau desakan persekitaran, maka
rakyat terpaksa akur dengan apa juga bentuk keputusan yang bakal dan akan
dilaksanakan oleh kerajaan. Di sini kita tahu kerajaan ada kuasa (kuasa
daripada mandat rakyat) untuk mengenakan tekanan terhadap rakyat itu
sendiri.

b). Bincangkan isu rasuah dengan menggunakan pendekatan Teori Sistem.

Soalan Tiga
a). Menurut Dye (1995) Dasar Awam ialah apa jua keputusan atau pilihan kerajaan
untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu masalah dasar. Berdasarkan
pernyataan ini, terangkan dengan ringkas (2) bentuk dasar awam.

b). Jelaskan dengan ringkas perbezaan antara aktor rasmi dan aktor tidak rasmi.

Soalan Empat
a). Jelaskan dengan ringkas (2) sumber di luar kerajaan yang dapat memberikan
cadangan kepada pembentukan dasar awam.

b). Pada pandangan anda, apakah (2) faktor yang boleh mempengaruhi kualiti
cadangan tersebut.

Soalan Lima
Walaupun ahli ekonomi berpendapat abhawa sistem ekonomi pasaran bebas dapat
menyelesaikan masalah asa ekonomi dengan baik melalui mekanisme harga, tetapi
tidak ada negara yang mengamalkan sistem ini secara keseluruhannya. Sistem
ekonomi pasaran bebas mempunyai beberapa kelemahan yang menyebabkan
sumbet tidak dapat diperuntukkan secara optimum. Kegagalan sistem ekonomi
pasaran bebas menyelesikan masalah ekonomi dengan cekap menyebabkan
kerajaan perlu campur tangan dalam kegiatan ekonomi. Malaysia yang tidak
terkecuali memerlukan campurtangan kerajaan dalam menyelesikan masalah yang
wujud dalam pasaran.
Berdasarkan pernyataan diatas, huraikan (5) langkah campurtangan kerajaan dalam
sistem pasaran ekonomi di Malaysia.

You might also like