You are on page 1of 19

10

PENGENALAN Dasar-dasar kerajaan mencorakkan kehidupan rakyat sesebuah negara1. Sejak negara

mencapai kemerdekaan 54 tahun yang lalu, Malaysia masih lagi merangkak ke arah berkerajaan sendiri namun mengikut acuan yang telah ditetapkan kepada kita. Jika diimbas sepintas lalu, undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan oleh semua rakyat di negara ini merupakan Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara2. Ia digubal oleh Suruhanjaya Reid berpandukan parlimen British pada masa itu. Maka unsur sekular atau barat terlalu banyak dimasukkan ke dalamnya. Malahan, nama sistem pentadbiran kita Westminster juga diambil sempena nama parlimen British iaitu Westminster Abbey. Sejak perlembagaan digubal lagi, kerajaan telah berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaya saing dan aman makmur apatah lagi negara ini dihuni oleh pelbagai kaum dan etnik. Oleh itu, dalam usaha mencapai matlamat ini maka pelbagai dasar telah digubal dan dilaksanakan. Dasar merupakan suatu elemen yang penting dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. Dasar merupakan rangka dalam pelaksanaan rancangan kerajaan dan berbentuk pelan tindakan yang dilaksanakan bagi mencapai objektif untuk kepentingan masyarakat dan negara3. Sehingga tahun 2011, dasar kerajaan sudah mencapai sebanyak 35 dasar yang digubal4. Namun, kita bukanlah ingin mengkaji kuantiti dasar yang telah dilaksanakan itu, sebaliknya kualiti dan keberkesanan dasar itu kepada rakyat negara ini. Dasar-dasar kerajaan selain daripada rancangan untuk memajukan penduduk, ia juga bagi memenuhi kehendak rakyat dalam negara demokrasi. Penggubalan dan pelaksanaan dasar adalah ditentukan selaras dengan nilai-nilai sosioekonomi dan politik negara pada satu-satu masa. Oleh kerana sifatnya yang dinamik, dasar kerajaan sentiasa berubah-ubah mengikut nilai masyarakat dan pucuk kepimpinan dari masa ke masa. Bagi Malaysia, dasar-dasar kerajaan ini terutamanya dasar-dasar pembangunan mempunyai objektifnya yang khusus. Pencapaian matlamat Wawasan 2020 bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian yang maju dengan ciri-ciri sempurna.
1 Yusof ismail, Dasar-Dasar Utama Kerajaan Malaysia K.Lumpur, A.S. Noordeen 2 Mohd Syariefudin Abdullah, Mohd Kamal Kamaruddin & Ahmad Sohaimi Lazim Kenegaraan Dan Ketamadunan Oxford Fajar. 3 Ibid hal. 122 4 http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/190-dasar-dasarnegara.html

2.0

KATEGORI-KATEGORI DASAR AWAM a) Dasar Substentif dan Prosedural Dasar substantif melihat kepada apa yang akan dilaksanakan oleh kerajaan seperti pembinaan lebuh raya, pembayaran faedah kebajikan kepada masyarakat, pencegahan wabak penyakit, kawalan pencemaran dan sebagainya. Dasar substantif secara langsung memberikan kelebihan dan kekurangan atau kebaikan dan keburukan serta faedah dan kos kepada rakyat. b) Dasar Pengagihan, Pengagihan Semula dan Peraturan Dasar pengagihan melibatkan pengagihan semula perkhidmatan dan keuntungan tertentu kepada rakyat. Sesetengah dasar pengagihan mungkin memberikan satu atau beberapa faedah kepada rakyat seperti golongan miskin menerima faedah daripada Program Pembasmian Rakyat Termiskin yang dikendalikan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar Wilayah dan beberapa kementerian lain bagi membela nasib rakyat-rakyat termiskin di negara ini. Kategori dasar ini dilihat begitu mementingkan kehendak dan nasib rakyat. Dasar pengagihan ini juga biasanya melibatkan penggunaan dana awam untuk membantu rakyat di negara ini berbentuk subsidi, suntikan modal, dan pinjaman peribadi bagi mengelakkan perniagaan-perniagaan milik rakyat muflis. Faedah lain yang diperolehi dan dinikmati oleh rakyat ialah program membantu meningkatkan pendapatan pertanian, mengurangkan dan menghapuskan cukai pintu dan kadar pinjaman perumahan, pendidikan sekolah kerajaan yang percuma dan program latihan kerja yang percuma kepada rakyat. Semua ini dilakukan oleh kerajaan untuk membantu rakyat mencapai apa yang mereka inginkan dan dasar pengagihan ini juga memberikan peluang yang sama rata kepada semua pihak dan jika dalam konteks malaysia, ia merujuk kepada peranan Dasar Ekonomi Baru 5. Dasar pengagihan ini bertujuan untuk meningkatkan kebebasan atau kesukaan individu atau kelompok yang terlibat. Dasar pengagihan semula pula bertujuan memberikan persamaan daripada faedah yang tersedia ataupun memindahkan faedah atau sumber yang sedia ada

5 Sabitha (1997: 7)

kepada kumpulan-kumpulan tertentu dalam masyarakat6. Menurut Anderson (2000), dasar pengagihan semula ini ialah proses pemindahan sumber-sumber daripada orang kaya kepada orang miskin. Sebagai contoh, dasar awam kerajaan menetapkan sebuah syarikat besar akan dikenakan cukai pendapatan, cukai import dan sebagainya. Hasil cukai ini akan diagihkan semula kepada golongan yang memerlukan. Misalnya petani yang mendapat bantuan dalam bentuk subsidi benih, baja dan sebagainya. Dalam hal ini, orang kaya juga sebenarnya memperoleh keuntungan atau faedah daripada dasar pengagihan semula kepada orang miskin. Penanaman sayur yang telah mendapat subsidi daripada kerajaan memberikan faedah kepada orang kaya untuk memperoleh sayur yang segar daripada petani hasil cukai yang mereka bayar kepada pihak kerajaan. Namun, dasar pengagihan semula ini sukar untuk difahami secara mendalam kerana ia melibatkan keputusan pihak kerajaan khususnya dalam Belanjawan Negara yang akan memperuntukkan hanya beberapa peratusan bagi pelaksanaan dasar pengagihan semula kerana kategori dasar ini melibatkan soal wang, hak dan kuasa.

3.0

Respon Dasar Awam Terhadap Isu Semasa Dewasa ini, semakin banyak masalah dan tuntutan yang wujud dalam masyarakat. Di pihak

rakyat sama ada kelompok atau individu tertentu, sentiasa berharap dasar yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan memihak kepada mereka.7 Menurut Anderson (2000), dasar awam merupakan satu siri tindakan yang mempunyai objektif yang dibuat oleh aktor (pembuat dasar)8 dalam menangani masalah atau isu yang timbul dalam masyarakat. Di Malaysia telah banyak dasar awam yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang merangkumi pelbagai aspek iaitu sosial, ekonomi, pembangunan, kebudayaan, pendidikan dan sebagainya. Ternyata dasar-dasar yang telah dilaksanakan memberikan pulangan yang baik dan manfaat yang besar kepada negara dan masyarakat. Dasar awam dapat dijelaskan sebagai suatu hasil tindakan dan keputusan yang dibuat oleh individu yang dikenali sebagai elit politik kumpulan tertentu terutamanya birokrasi dan dalam kerajaan bagi mencapai sesuatu matlamat

berdasarkan keadaan semasa dan perkembangan di peringkat dalaman dan luaran mahupun yang
6 Sabitha (1997: 7) 7 Malike Brahim (2002: 90) 8 Malike Brahim (2008: 91)

melibatkan hal ehwal antarabangsa. Hubungan di antara dasar awam dengan isu atau masalah yang berlaku di dalam sesebuah masyarakat atau negara adalah sangat rapat dan kedua-dua perkara ini seolah-olah tidak dapat dipisahkan . Apabila ada isu ataupun masalah yang berlaku dalam masyarakat, maka pihak kerajaan melalui jentera-jentera atau institusi-institusinya akan meneliti dan mengkaji isu atau masalah yang timbul itu. Sebagai contoh masalah penyalahgunaan dadah yang berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini. Pihak berkuasa terutamanya Agensi Anti Dadah Kebangsaan akan sentiasa berusaha untuk membanteras dan mengatasi masalah ini bersama-sama agensi kerajaan yang lain seperti pihak Polis Di Raja Malaysia dan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP). Sebagai tindakbalasnya maka terbentuklah dasar awam, di mana pihak kerajaan telah memperkenalkan atau menggubal undang-undang seperti Akta Dadah Berbahaya 1985 bagi menangani masalah penyalahgunaan dadah. Sesungguhnya, terdapat banyak pendapat dalam mentafsirkan definisi dasar awam. Secara rumusannya dasar awam merupakan tindakan yang berorientasikan matlamat atau tujuan. Terdapat 6 implikasi daripada konsep dasar awam yang dikatakansebagai siri tindakan yang bertujuan atau bermatlamat . Namun, tugasan ini hanya akan memfokuskan kepada implikasi yang ketiga sahaja dimana, dasar awam dikatakan muncul daripada tindakan atau respon kepada desakan atau tuntutan dasar atau ketiadaan tindakan ke atas beberapa isu awam oleh aktor-aktor lain seperti individu persendirian, wakil-wakil kelompok, atau ahli badan perundangan dan pegawaipegawai kerajaan yang lain. Tuntutan tersebut mungkin ada hadnya daripada desakan awam misalnya pihak yang meminta kerajaan atau pihak berkuasa tempatan melakukan sesuatu tentang beberapa masalah di jalan raya seperti kesesakan lalu lintas, lampu jalan, kemalangan jalan raya, laluan pejalan kaki dan memperkenalkan sistem pengangkutan awam yang lebih sempurna dan mudah seperti komuter, LRT, monorel dan sebagainya. Hal ini jelas menunjukkan dimana dasardasar yang digubal oleh kerajaan adalah melaksanakan atau menunaikan hasrat rakyat. Sejak sekian lama, kerajaan yang diberi mandat telah mentadbir dan berusaha dengan ikhlas untuk memberikan yang terbaik kepada keperluan rakyat serta kemajuan negara dan ia boleh dilihat dengan pembinaan Lebuhraya Utara Selatan atau PLUS, Menara Berkembar Petronas dan Jambatan Pulau Pinang. Ternyata, projek-projek yang dirancang dan dilaksana oleh kerajaan selama ini telah membawa banyak manfaat kepada rakyat. Pucuk pangkalnya, kerajaan yang ada sejak dahulu, telah memberi perhatian kepada matlamat untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan kerana lonjakan kekayaan negara akan membolehkan peningkatan untuk perbelanjaan dan terlaksananya keadilan sosial. Ia berkadar terus, ertinya, semakin meningkat pendapatan kerajaan, maka semakin meningkat perbelanjaan untuk kesejahteraan rakyat.

4.0

Analisis Sejauh Mana Dasar Kerajaan Mencerminkan Hasrat Rakyat. Dalam negara demokrasi seperti Malaysia dan mungkin juga negara lain, pihak kerajaan

akan membuat dan melaksanakan dasar awam bagi menangani sesuatu masalah atau isu yang berlaku dalam masyarakat. Masalah-masalah yang berlaku dalam masyarakat jika tidak diselesaikan dengan baik dan tidak di ambil tindakan yang sewajarnya, masalah ini akan semakin membesar dan menyebabkan pelbagai masalah lain. Misalnya masalah penagih dadah yang boleh mendatangkan masalah lain seperti rompakan, peras ugut, pecah rumah, pembunuhan dan sebagainya. Untuk itu kerajaan telah melaksanakan dasar dan membelanjakan berjuta-juta ringgit supaya masalah ini dapat di atasi dan rakyat dapat hidup dengan aman dan selesa. Dalam konteks negara demokrasi seperti di Malaysia, para pembuat dan pelaksana dasar akan memastikan dasar awam yang dilaksanakan itu adalah adil dan saksama tanpa sebarang diskriminasi dan pilih kasih serta tidak mengabaikan hak golongan minoriti. Semua pihak akan dapat menikmati hasil dan faedah daripada dasar-dasar yang telah dilaksanakan. Pembuatan dasar awam bukanlah hasil yang dibuat secara melulu atau sambil lewa, tetapi dasar awam telah dibuat dengan penuh penelitian, penyelidikan, analisis dan penilaian keatas isuisu atau masalah yang sedang berlaku dalam negara demokrasi ini. Pembuatan dasar awam merupakan suatu tindakan yang penuh perancangan dan bersistematik hasil daripada kerjasama pemimpin atau elit politik dengan birokrasi (pentadbiran, media massa, kumpulan berkepentingan dan lain-lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembuatan mempengaruhi dasar awam. Sebagai negara yang berdemokrasi, sesungguhnya rakyat lah yang bertindak sebagai pemerintah dan menentukan apa yang perlu dan yang diperlukan oleh mereka di dalam sesebuah negara. Namun, rakyat tidak boleh memerintah secara terus kerana jumlahnya yang ramai. Untuk itu, wakil rakyat dipilih untuk menyampaikan hasrat dan keinginan mereka kepada kerajaan. 9 Namun, bukanlah sesuatu yang mudah untuk membuat sebarang keputusan, apatah lagi dalam konteks masyarakat majmuk di mana setiap kaum dan kelompok mempunyai kepentingan, kehendak dan matlamat yang berbeza-beza. Hal ini memerlukan pihak kerajaan mencari jalan yang terbaik dalam menyelesaikan masalah masyarakat yang pelbagai itu yang bersaing dan berkonflik sifatnya. Untuk menghasilkan keputusan yang rasional dan boleh diterima oleh semua pihak memang sukar dan tidak semua dasar yang digubal dan dilaksanakan serta dikuatkuasakan mendapat sokongan dan persetujuan daripada semua lapisan masyarakat. Walaubagaimanapun, matlamat utama dasar adalah untuk memberikan kebahagiaan, keselesaan, dan kesenangan
9 Suara Perak (september 2011 :4)

kepada rakyat. Namun, pada masa yang sama, ada juga dasar yang akan menimbulkan kesulitan, kesusahan dan mendapat tentangan daripada rakyat. Hakikatnya, kerajaan selaku pembuat dasar mempunyai kuasa dan autoriti untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan, di mana dasar yang dilaksanakan mempunyai keabsahan iaitu kerajaan akan melaksanakannya demi membangunkan negara dan menyelesaikan masalah yang berlaku dalam masyarakat secara adil dan saksama.

5.0

Senarai Dasar-dasar yang terdapat di Malaysia 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. Dasar Pembangunan Nasional Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) Dasar Perindustrian Negara Dasar Pertanian Negara Dasar Penswastaan Dasar Pensyarikatan Malaysia Dasar Halacara Baru Dalam Pembangunan Kampung Dan Luar Bandar Dasar Pengurangan Perbelanjaan Awam Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta Dasar/Program Pembaharuan dan Peningkatan Daya Pengeluaran Negara Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pentadbiran Dasar Pandang Ke Timur Dasar Bersih, Cekap Dan Amanah Kepimpinan Melalui Teladan Konsep Kawasan Aman, Bebas Dan Berkecuali (ZOPFAN) Antartika Rancangan Kerjasama Teknik Malaysia (MTCP)

6.0

Analisis Dasar 6.1 Dasar Belia Negara Dalam aspek guna tenaga dan memanfaatkan sepenuhnya penggunaan tenaga bagi pembangunan negara, kerajaan turut memberikan tumpuan kepada sumbangan dan peranan belia. Bagi mengkhususkan aspek belia di Malaysia, kerajaan telah melancarkan

Dasar Belia Negara (DBN). Belia yang sedia ada bakal mewarisi kepimpinan negara dan merupakan penggerak utama pembangunan negara. Disamping itu, belia juga merupakan satu kelompok masyarakat yang terbesar di negara ini. Bagi memanfaatkan penggunaan tenaga belia, maka perlu ada satu perancangan yang nyata dan jelas bagi tujuan ini, dan akhirnya DBN dilancarkan. Dalam meneliti bagaimana DBN ini dibentuk, Ahmad Atory (1992:168) mengatakan bahawa ia cenderung kepada teori kelompok dimana ia melibatkan keinginan yang tercetus dan bertujuan membela satu kelompok dalam negara ini iaitu golongan belia. Penggubalan dasar ini dianggap sebagai satu langkah dalam melaksanakan hasrat satu kelompok dalam kalangan rakyat iaitu kelompok atau golongan belia. Sebagai satu kelompok yang terbesar dalam negara, maka keinginan dan aspirasi golongan belia tidak boleh diketepikan. Majlis Belia Malaysia (MBM) misalnya merupakan badan yang bertanggungjawab dalam menjana pergerakan belia di negara ini. Jadi, segala kemahuan dan tuntutan golongan ini tidak boleh dipandang ringan. Golongan belia ini turut menuntut pembelaan khususnya dalam penyediaan peluang pekerjaan yang lebih baik terutama kepada graduan-graduan lepasan sekolah. Jika peluang pekerjaan dapat disediakan dengan banyak, maka pengangguran akan berkurangan dan menurun kepada peratusan yang lebih rendah. Kini, belia Malaysia telah mempunyai banyak kemahiran dan kelulusan dalam pelbagai bidang. Menjadi satu kerugian kepada kerajaan jika peluang ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya dalam membangunkan negara. Justeru, MBM berperanan besar dalam mengutarakan isu-isu belia di negara ini kepada pihak kerajaan agar nasib golongan ini sentiasa terbela. Oleh itu, DBN merupakan dasar yang dibentuk dengan menggunakan teori kelompok dan MBM memerjuangkan kelompok yang diwakilinya. Selain MBM, terdapat juag badan-badan lain yang mewakili kelompokkelompok tertentu dalam negara bagi menyeru kerajaan membela nasib ahli-ahlinya seperti CUEPACS dan MTUC yang masing-masing melibatkan pekerja dalam sektor awam dan swasta. Untuk memastikan, pelaksanankan DBN ini berjaya, DBN telah menetapkan beberapa matlamat seperti: 1. Melahirkan belia yang mengamalkan cara hidup beragama. 2. Ke arah melahirkan belia yang bermoral tinggi, hormat dan cintakan negara. 3. Melahirkan semangat kebangsaan dan perpaduan. 4. Ke arah penyertaan belia dalam proses penggubalan dasar belia di semua peringkat.

5. Ke arah menyediakan peluang yang seluas-luasnya bagi penyertaan belia dalam pembangunan negara. 6.2 Dasar Perindustrian Negara. Prinsip kerajaan tahu apa yang terbaik untuk semua adalah tidak relevan lagi. Matlamat negara yang mencabar, hanya dapat dicapai jika kerajaan secara aktif menerima pendapat dan maklum balas rakyat.10 Kenapa perlu dasar perindustrian negara kepada rakyat?

Rajah 1: Statistik Tinjauan Isu yang Perlu Diperjuangkan oleh Parti Politik Pilihan. Berikut menunjukkan bahawa rakyat amat memerlukan situasi ekonomi yang sangat berkesan untuk terus berada dalam keadaan selesa. Sebagai sebuah negara demokratik, kerajaan perlu untuk terus berkhidmat mengikut kata sepakat majoriti dimana pengurusan ekonomi yang efektif dan pembangunan yang mapan sangat diharapkan oleh rakyat. Oleh yang demikian, Dasar Perindustrian dilihat sebagai cerminan hasrat kerajaan untuk memenuhi kehendak rakyat dari aspek ekonomi. Pelbagai usaha kerajaan dapat dilihat melalui pelaksanaan dasar ini. Jika diteliti dasar ini tidak hanya dibiarkan statik tanpa

10 Pelan hala tuju GTP

perubahan yang membangun sebaliknya sentiasa melalui pelbagai fasa dan tahap mengikut keadaan dan kepentingannya yang tersendiri. 6.2.1 1. 2. Di dalam dekad 50-an dan 60-an, program perindustrian di negara ini dijalankan sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang pada masa itu amat bergantung kepada getah dan bijih timah. Dasar pembangunan perindustrian pada masa itu adalah tertumpu kepada industri-industri yang bercorak gantian import iaitu Industri Penggantian Import (ISI). Sejak tahun 70-an, kerajaan di samping mempelbagaikan ekonomi telah menitikberatkan pertumbuhan industri yang lebih pesat untuk menampung keperluan pekerjaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam hal ini, tumpuan telah diberikan kepada industri-industri yang berasaskan eksport dan industri yang lebih dikenali sebagai Industri Berorientasikan Eksport (EOI) yang mengunakan ramai buruh. Mulai tahun 80-an pula, program perindustrian negara mengalami satu lagi perkembangan menerusi penggalakan industri berat. Ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi asas perindustrian negara dan menambahkan kemahiran rakyat di bidang teknologi yang lebih tinggi. Fasa ini merangkumi Industri Berat, Industri Pelbagai Eksport dan Industri Penggantian Import Kedua. Walaupun pada keseluruhannya perkembangan industri negara dalam adalah memuaskan tetapi banyak Tahap Dasar Perindustrian Negara

tahun-tahun 60-an, 70-an dan awal 80-an

masalah dan kelemahan masih wujud di dalam sektor ini. Misalnya, pertumbuhan sektor eksport adalah tidak begitu memuaskan jika dibandingkan dengan sektor dalam negeri. Eksport barang-barang pembuatan Malaysia terlalu bergantung kepada segelintir industri sahaja seperti elektrik dan elektronik dan tekstil. Mutu keluaran juga pada keseluruhannya tidak begitu memuaskan dan tidak dapat bersaing dengan keluaran negara-negara asing. Hal ini disebabkan tahap teknologi yang masih rendah dan kurangnya kemahiran rakyat tempatan untuk mempertingkat atau memperbaharui teknologi yang diterima dari luar. Satu masalah besar ialah kurangnya hubungkait di antara sektor perindustrian dengan sektor-sektor lain menyebabkan tidak wujudnya integrasi ke hadapan dan ke belakang (back-ward and forward integration). Industri-industri yang ditubuhkan juga kurang mempunyai nilai ditambah (value added) kerana banyak

menumpukan kepada aktiviti

pemasangan

sahaja.

Oleh itu, sekiranya sektor

perindustrian dikehendaki terus memainkan peranan utama dalam pembangunan negara, perlulah diwujudkan matlamat-matlamat jangka panjang yang disokong dengan dasar dan strategi pembangunan yang baru. Selaras dengan hasrat untuk mengenalpasti Malaysia dan kelemahan ciri-ciri (KDPM) dan Pelan mengkaji semula

struktur serta mengatasinya, kerajaan telah melancarkan dua kajian utama pada tahun 1983, iaitu Kajian Dasar dasar-dasar perindustrian pelaburan Perindustrian Induk Perindustrian (PIP). KDPM bertujuan untuk menyemak dan mengubahsuai negara yang sedia ada galakan-galakan dan dasar-dasar peningkatan eksport. PIP pula

bertujuan untuk menggubal objektif pembangunan perindustrian secara am dalam mengenalpasti strategi-strategi untuk sektor-sektor kecil yang berpotensi untuk tumbuh dengan pesat. Situasi pada masa kemelesetan ekonomi era 80-an tersebut telah mendesak kerajaan untuk lebih peka terhadap keperluan rakyat yang ingin hidup selesa dalam keadaan ekonomi yang stabil. Penggubalan untuk dasar perindustrian lagi negara proses melambangkan keazaman kerajaan mempergiatkan

industrialisasi negara agar sektor pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara. Kemelesetan ekonomi yang melanda negara pada tahun 1985 sehingga 1986 telah menunjukkan kelemahan dalam struktur industri negara. Pengalaman dalam dekad 80-an di mana semua harga komoditi utama telah jatuh secara serentak mendorong kerajaan memikirkan strategi-strategi ekonomi jangka panjang untuk mengenalpasti dan mengatasi kelemahan-kelemahan struktur sektor pembuatan ini. Seandainya masalah-masalah ini dapat diatasi, kerajaan yakin sektor ini boleh memainkan peranan yang lebih dinamik lagi melalui sumbangansumbangan yang lebih besar dari segi menambah eksport, mengadakan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan serta memperbanyak lagi peluang latihan teknikal dan kemahiran. Dasar perindustrian negara bagi dekad 90-an pula lebih berfokus kepada peranan swasta serta pelaburan asing. Ini bagi meningkatkan lagi mutu kerja serta mencambahkan lagi rangkaian ekonomi negara dengan negara luar. 6.2.2 Objektif dan Strategi Pelaksanaan Dasar Perindustrian Negara. Menjadikan sektor perkilangan sebagai pertumbuhan perindustrian negara dan ekonomi keseluruhannya merupakan salah satu objektif pelaksanaan dasar ini.

Hal ini kerana sektor perkilangan menjanjikan keuntungan yang lebih besar disamping dapat diketegorikan sebagai serampang dua mata dalam meningkatkan ekonomi negara. Oleh itu kerajaan telah menjadikan Dasar Perindustrian yang berpandangan jauh bagi mengekalkan kadar pertumbuhan perindustrian yang tinggi. Malaysia harus menumpukan kepada pengeksportan keluaran perkilangan secara besar-besaran. perkilangan Memperluaskan barangan pasaran elektrik, ke peringkat antarabangsa menembusi dan meningkatkan produk tempatan. Malaysia banyak barangan terutama keluaran berkaitan elektronik pasaran antarabangsa seperti ASEAN dan APEC. Dengan cara ini Malaysia dapat memperolehi keuntungan yang lebih banyak. Ianya menyebabkan saiz pasaran dalam negara juga berkembang pesat. Masalah pasaran yang kecil telah menjadi satu faktor penghalang bagi industri-industri tempatan mencapai produktiviti yang lebih baik. Disamping itu, turut dimajukan industri berat terpilih untuk menyokong industri eksport. Juga memaju dan menggunakan sistem perkhidmatan maklumat yang bersepadu. Objektif kedua ialah bagi menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumbersumber asli negara. Tidak dinafikan negara Malaysia sememangnya kaya dengan sumber asli yang tidak seharusnya disia-siakan. Oleh itu kerajaan telah memajukan secara intensif industri berasaskan sumber untuk eksport dan mempelbagaikan industri. Daripada 12 sektor yang telah terpilih, beberapa keluaran industri telah dikenalpasti sebagai keluaran atau industri keutamaan untuk dimajukan. Melalui dasar ini, kerajaan yakin dan mensasarkan supaya dapat meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian. Membangunkan teknologi dan tenaga rakyat menjadi strategi utama dalam pelaksanaan objektif ini. Pembangunan R&D dilaksanakan melalui cara pemindahan teknologi, perkongsian kepakaran, latihan lanjutan, pinjaman tenaga pakar dan sebagainya. Bidang R&D ini amat penting untuk menghasilkan inovasi-inovasi baru dan meningkatkan kualiti produk yang dikeluarkan bagi mengekalkan daya saing dipasaran antarabangsa memandangkan citarasa pengguna atau pelanggan yang semakin berubah. Contohnya R&D dalam reka bentuk, sistem enjin dan aksesori kerta Proton yang di kemas kini dari semasa ke semasa. Pelan Induk Perindustrian Negara (PIP) yang digerakkan seiring dengan dasar perindustrian negara pula memiliki objektifnya yang sama dimana untuk

menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan perindustrian negara dan ekonomi keseluruhannya. Strategi kerajaan untuk memajukan industri ialah dengan menggubal (PIP). Memberikan taraf perintis dan menubuhkan zon perdagangan bebas (FTZ) yang mana ianya ditubuhkan melalui kaedah pemberian insentif dan kemudahan kredit serta prasarana jika pelabur melokasikan kilang mereka di kawasan yang ditetapkan seperti di kawasan Zon Perdagangan Bebas Bayan Lepas, Pulau Pinang. Seterusnya kerajaan mengambil langkah mengenakan tarif kepada barangan import bagi melindungi pembuatan produk keluaran Malaysia. 6.2.3 Kesan Pelaksanaan Dasar Perindustrian Negara Jelas menunjukkan bahawa bidang perindustrian memberikan banyak kepentingan kepada negara seperti memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan disamping dapat mengeluarkan pelbagai jenis barangan keperluan penduduk untuk gantikan barangan import. Selain itu, peningkatan bidang industri memberikan galakkan pertumbuhan kegiatan pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan sebagai bahan mentah industri negara. Seterusnya, kemajuan barangan kilang dapat menambah hasil pendapatan negara hasil daripada sumber pertukaran wang asing. Taburan dan pertumbuhan kawasan perindustrian di Malaysia terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu koridor industri pantai barat semenanjung Malaysia, koridor industri pantai timur semenanjung Malaysia, kawasan tengah semenanjung dan pedalaman Sabah dan Sarawak manakala taburannya adalah mengikut bandar-bandar utama. Koridor industri Pantai Barat Semenanjung Malaysia merupakan yang paling maju, padat dan mengalami pertumbuhan pesat. Bermula di Chuping Perlis sebagai kilang yang menghasilkan gula sehingga Pasir Gudang di Johor. Berikut merupakan taburan perindustrian di Malaysia.

Rajah 2: Gambar Rajah Peletakan Industri di Negara Malaysia Selain itu juga, beberapa pencapaian telah dicapai. Antaranya ialah iklim pelaburan untuk mengurangkan kos pengeluaran dan kos pengendalian perniagaan dapat diperbaiki. Melalui pelaksanan dasar ini juga mampu menggalakkan pelaburan swasta terutama pelabur asing. Banyak kajian semula undang-undang, syarat dan peraturan pentadbiran dalam aspek berkaitan terutamanya turut dilakukan dalam memastikan dasar ini dapat berjalan dengan lancar. Kesan gejala penyakit Aids meningkatkan permintaan barang diperbuat daripada getah. Kejayaan pertumbuhan ekonomi negara dilihat sangat memberansangkan menerusi pembangunan industri negara. Hal ini bertepatan dengan petikan daripada Malike Brahim, 2008 yang mengatakan: Malah laporan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia dan Bank Asia turut mengakui kejayaan Malaysia mencorakkan dasar perindustrian negara.11 6.3 Dasar Ekonomi Baru (DEB). Menurut Shamsul Amri, 2007: integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Manakala, perpaduan pula boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.12
11 Malike Brahim, 2008. Dasar Awam di Malaysia Suatu Pengenalan. IBS Buku Sdn Bhd.

Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

12 Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Putrajaya:

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah. Rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang unik. Keunikan masyarakat jelas kelihatan kerana selain terdapat tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India terdapat juga pelbagai kaum dan suku kaum yang berbeza dari segi bahasa, agama, dan budaya. Masyarakat yang sempurna adalah masyarakat yang terdiri daripada beberapa bangsa yang bersatu. Jelas menunjukkan bahawa keadaan yang aman dapat dizahirkan oleh masyarakat yang bersatu padu. Ketidakpuasan hati dalam kalangan semua kaum dipercayai telah mencetuskan peristiwa rusuhan kaum pada 23 Mei 1969. Berikutan peristiwa tersebut kerajaan melancarkan satu formula yang dikenali sebagai Daar Ekonomi Baru pada tahun 1970. Inisiatif ini diambil untuk memperbaiki keadaan sosio-ekonomi negara dalam mencapai perpaduan negara. 6.3.1 Objektif dan Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Objektif utama pelaksanaan DEB tersebut ialah untuk mencapai perpaduan bagi mewujudkan kestabilan masayarakat dan negara. DEB merupakan formula kerajaan untuk mewujudkan perpaduan kaum dan menghapuskana jurang perbezaan ekonomi dalam kalangan rakyat. DEB menpunyai matlamat serampang dua mata dalam mengimbangi ketidakseimbangan jurang ekonomi dan pendapatan di antara kaum-kaum di Malaysia. Matlamat yang pertama iaitu untuk membasmi kemiskinan digerakkan seiring dengan matlamat untuk menyusun semula masyarakt bagi memperbaiki ekonomiyang tidak stabil dan seterusnya menhapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Dasar ini meliputi Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980), Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) dan telah diteruskan sehingga kini, iaitu menerusi Rancangan Malaysia Keenam. Antara sejarah dan data yang dikaji masalah dan latar belakang masayarakat Malaysia sejak awal yang menimbulkan ketidakseimbangan dari segi pendapatan, taraf hidup, pekerjaan dan penyertaan dalam bidang ekonomi moden. Proses ini agak rumit kerana persepsi dan nilai manusia berbeza. Selaras dengan masalah yang timbul dan berasakan kepada tujuan dan matlamat awal penggubalan DEB maka, pendekatan awal yang dilakukan oleh pihak kerajaan adalah lebih kepada penyusunan semula masyarat terutamanya dalam aspek pengagihan ekonomi negara.

Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dilakukan dengan meninggikan taraf kehidupan dan daya pengeluaran golongan miskin dengan memodenkan kawasan-kawasan luar bandar. Kerajaan juga menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan bagi mengurangi masalah pengangguran disamping mencapai tingkat guna tenaga yang maksima. Usaha-usaha pembangunan juga dijalankan menerusi badan-badan berkanun seperti FELDA, RISDA, MADA, dan KADA. Bagi meninggikan pendapatan dan produktiviti semua golongan miskin samada di luar Bandar dan kawasan Bandar, kemudahan ditambah melalui peluang-peluang kemahiran, tanah, modal dan lain-lain lagi. Program yang telah dijalankan untuk mencapai matlamat ini temasuklah penerokaan dan pemajuan tanah-tanah baru, bantuaan alat-alat pengeluaran yang canggih, subsidi baja dan benih, khidmat nasihat, kemudahan pinjaman serta pemasaran dan pembukaan pusat-pusat kemajuan baru. Kerajaan juga telah mengadakan pelbagai program dalam sektor ekonomi seperti perindustrian, perdagangan, pertanian, pelajaran perumahan dan sebagainya. Pindaan terhadap beberapa perundangan negara seperti Akta Penyelarasan Perindustrian, Akta Galakan Pelaburan dan Akta Pelajaran turut dilakukan. Bagi melaksanakan usaha menyusun semula masyarakat, kerajaan tidak merampas hak milik kaum-kaum lain, sebaliknya membahagikan ekonomi untuk mengurangkan masalah ketidakseimbangan antara kaum. 6.3.2 Pencapaian DEB Tempoh pelaksanaan DEB telah menunjukkan keberkesanan apabila pendapatan semua kaum telah meningkat. Perkara ini dibuktikan melalui petikan daripada Yusof Ismail, 2008 : dalam sektor sekunder, peratusan gunatenaga Bumiputra meningkat daripada 30.8% (1970) kepada 41.9% (1980), 10 mata peratus lebih rendah daripada matlamat 51.9% pada tahun 1988 tetai melepasi sasaran 48.4% pada tahun 1990. Bagaimanapun dalam sektor pertanian bahagian Bumiputra terus menigkat daripada 73.2% kepada 74.5% dalam tempoh yang sama.13 Banyak juga pembangunan wilayah berjaya dilakukan menerusi pembukaan dan kawasan juga penempatan semula penduduk. Selain itu, isu ketegangan antara kaum dapat dikurangkan seperti statistik berikut.
13 Yusof Ismail, 2008. Dasar-dasar utama kerajaan Malaysia. A.S Noordeen. Kuala Lumpur.

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Rajah 3: Statistik Indeks Ketegangan Masyarakat Suku Tahun 2010-2011. 6.4 DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971-1990), ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Sesuatu yang tidak boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh namun banyak kejayaan telah dicapai. Jelas bahawa proses socio-economic engineering ala DEB ini memerlukan masa yang lebih lama daripada apa yang telah diperuntukkan dengan mengambil kira kesan-kesan daripada pergolakan dunia amnya . DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi. DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut:

(i)

Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan

ekonomi dengan pengagihan yang saksama; (ii) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk

meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan; (iii) Mengurangkan dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi

negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.

6.5

DASAR SAINS DAN TEKNOLOGI NEGARA Matlamat meningkatkan keupayaan sains dan teknologi berasaskan kepada hasrat

untuk membentuk satu "ekonomi yang cekap teknologinya mampu melakukan penyesuaian pembaharuan dan pelaburan yang berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi yang canggih". Selaras dengan strategi mengutamakan pembangunan sains dan teknologi, kerajaan pada bulan April 1986 telah mengumumkan Dasar Sains dan Teknologi Negara. Dasar Sains dan Teknologi Negara adalah bertujuan "menggalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai satu alat untuk pembangunan ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat dan untuk melindungi kedaulatan negara, yang merupakan sebahagian daripada dasar pembangunan sosioekonomi negara". Pembinaan Koridor Raya Multimedia (MSC) telah diusulkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir pada 1 Ogos 1996 semasa merasmikan persidangan Multimedia Asia di Kuala Lumpur. MSC merangkumi kawasan seluas 750 km persegi (15 km x 50 km) meliputi KLCC, KLIA dan Purajaya yang melebar ke selatan Kuala Lumpur, bermula dari Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur (PBKL) di utara hinggalah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (LTAB) di selatan. Keseluruhan MSC akan dilengkapi dengan rangkaian optik gential digital, 2.5 hingga 10 gigabit yang akan menghubungkannya secara langsung dengan ASEAN, Jepun, Amerika Syarikat, Eropah dan negara membangun yang lain . Untuk melaksanakan Dasar Sains dan Teknologi, Rancangan Malaysia Kelima (RM5) telah memperuntukkan sebanyak $4146 juta di bawah tanggungjawab Majlis Penyelarasan dan Kemajuan Sains Negara (MPKSN). Majlis ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan anggotanya terdiri daripada wakil agensi-agensi pusat dan juga saintis-saintis terkenal. Seterusnya dalam Rancangan Malaysia Keenam (RMK6), Sektor sains dan teknologi telah diperuntukkan sebanyak $600 juta. Peruntukan ini ditujukan kepada

rancangan memaju dan menyelaraskan projek-projek dengan tujuan mempertingkatkan keupayaan teknologi tempatan. Implikasi yang penting berkaitan dengan tindakan ini adalah rancangan pembangunan sains dan teknologi pada pertama kalinya disatukan dalam rancangan pembangunan ekonomi negara di bawah RMK5. Integrasi rancangan pembangunan sumber-sumber sains dan teknologi dalam RMK5 dan RMK6 akan menumpukan sumbangannya kepada usaha-usaha Pembaunan ekonomi. Untuk menyelaras dan menguruskan pembahagian peruntukan RMK5 dan RMK6, MPKSN telah memperkenalkan satu skim khas, Program Penekanan Penyelidikan Di Bidang Keutamaan (IRPA: Intensification of Research in Priority Areas). Matlamat skim ini adalah untuk menentukan supaya projek-projek penyelidikan yang dijalankan oleh institusiinstitusi diselaraskan untuk mencapai matlamat membangunkan keupayaan teknologi. Di bawah strategi ini, projek-projek dibahagikan kepada 4 sektor iaitu, pertanian, industri, strategik dan perubatan. Berdasarkan statistik yang terkandung dalam RMK6, 50 peratus daripada jumlah peruntukan di RM5 telah digunakan dalam sektor pertanian, 34 peratus sektor perindustrian dan 17 peratus sektor-sektor lain .

7.0

Penutup Pelaksanaan dasar bergantung kepada pentafsiran yang diberikan terhadap matlamat dan

rasional dasar itu oleh pihak pelaksana. Ini kerana, berjaya atau tidak sesuatu dasar kerajaan itu adalah bergantung sepenuhnya kepada pelaksanaan yang cekap dan berkesan. Kehendak rakyat menjadi asas kepada matlamat utama pelaksanaan sesuatu dasar.

Dasar-asar awam yang ingin digubal perlu diberi pertimbangan dari segi kaum yang wujud di negara ini. Oleh itu, dasar yang hendak dibuat perlulah sekurang-kurangnya mencerminkan dan mewakili keseluruhan kaum yang ada selaras dengan bentuk kerajaan demokratik yang diamalkan di negara ini. Dasar yang diterima oleh rakyat dan dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi akan dapat mewujudkan pembangunan masyarakat seperti diharapkan. Sesuatu dasar yang dilaksanakan seharusnya dapat memberikan manfaat dan kepuasan kepada semua ppihak. Pendek kata sesuatu dasar tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat sambutan dan penerimaan daripada rakyat. Ringkasnya, apa yang dibuat oleh pihak kerajaan sama ada terhasil daripada ideanya sendiri ataupun kesan daripada respon masyarakat akan diterjemahkan dalam bentuk dasar. Jadi, dalam hal ini, keinignan politik pemerintah dan tuntutan rakyat diolah dalam bentuk dasar dan akhirnya dilaksanakan kepada semua lapisan masyarakat. Di Malaysia, kebanyakan dasar digubal merupakan suatu keputusan yang diambil oleh pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah atau mencapai matlamat.

You might also like