You are on page 1of 19

GMGF 2033

ANALISIS & DASAR FISKAL


BAB 1
FUNGSI-FUNGSI SEKTOR AWAM

OBJEKTIF BAB 2
Menilai keberkesanan fungsi-fungsi utama sektor

awam.
Membezakan
antara
penyediaan
dan
pengeluaran awam.
Mengenalpasti beberapa konsep dan ukuran
agihan.
Menganalisis
keupayaan
sektor
awam
menangani masalah ekonomi.

PENGENALAN
Kewujudan kerajaan mempunyai siginifikan besar

kepada pembangunan, keamanan, kesejahteraan


rakyat, dan perhubungan antara negara.
Sejak
merdeka, penyertaan kerajaan dalam
pembangunan sosio ekonomi dan hal ehwal
pentadbiran semakin giat dijalankan.
Dalam modul ini, ia membincangkan fungsi utama
yang dilaksanakan oleh sektor awam iaitu fungsi
perlindungan,
peruntukan,
pengagihan
dan
penstabilan.

1. Fungsi Perlindungan
Individu yang merujuk kepada individu awam adalah

mempunyai hak ke atas output yang dikeluarkan oleh


mereka.
Hak-hak ini harus dilindung dengan wujudnya sistem
pertahanan, pasukan polis dan sistem kehakiman.
Sektor awam menyediakan fungsi perlindungan
apabila ia melindungi harta benda dan hak-hak
individu untuk menguatkuasakan kontrak, memberi
kebebasan kepada individu untuk beragama,
bercakap,
bebas
dari
penganiayaan
dan
menyelesaikan pertikaian yang wujud.
Kerajaan perlu peruntukan sumber yang banyak bagi
menyempurnakan fungsi ini.

2. Fungsi Peruntukan
Merujuk kepada proses di mana sumber-sumber

terhad diperuntukkan dan barangan ditukarmilik sama


ada dalam pasaran swasta mahupun pasaran awam.
Pasaran swasta beroperasi apabila sumber-sumber
diperuntukkan berdasarkan sistem harga, manakala
bagi pasaran awam peruntukkan sumber melalui
keputusan pengundi dan pembuatan keputusan
dalam proses pembuatan polisi.
Negara perlu tentukan gabungan peruntukan sumber
antara awam dan swasta terutamanya dalam
menjawab persoalan berapa banyakkah barang
awam dan swasta hendak dikeluarkan?

2. Fungsi Peruntukan (Sam..)


Polisi-polisi

perbelanjaan dan cukai selalunya


memberikan kesan terhadap peruntukan sumber.
Polisi
berkenaan
diwujudkan
bertujuan
memindahkan sumber-sumber daripada kegunaan
yang kurang diperlukan kepada kegunaan yang
diingini.
Mengapakah sumber diperuntukkan?
Apakah gabungan peruntukan sumber yang paling
optimum antara keluaran sektor awam dan swasta?
Perlu
lihat komponen seperti citarasa dan
permintaan pengguna, kedudukan ekonomi dan
sumber dalam negara, serta tekanan politik.

Keluk Kemungkinan
Pengeluaran

Saluran swasta untuk keluarkan


barangan awam
1. Kontrak daripada Kerajaan
2. Hak atau Francais Monopoli
3. Kontrak Pengurusan
4. Baucar
5. Koperasi, Kelab atau Persatuan

3. Fungsi Pengagihan
Merujuk

kepada pengagihan pendapatan dan


kekayaan yang adil dan saksama.
Melibatkan pertimbangan nilai dalam masyarakat:i. Setiap orang berhak mendapat apa yang
diusahakan;
ii. Agihan perlu capai kegembiraan atau kepuasan
maksimum bagi masyarakat;
iii. Kebajikan disamaratakan
Perlu ada tolak unsur dalam menyelesaikan isu
agihan memandangkan ianya bukan mudah untuk
dilaksanakan.
Isu agihan penting dalam penggubalan polisi awam.

Konsep dan Ukuran


Isu penting dalam pengagihan kekayaan dan pendapatan

adalah kemiskinan.
Terbahagi kepada dua bentuk iaitu: i.
Kemiskinan Mutlak yang merujuk kepada satu
keadaan di mana seseorang tidak dapat memenuhi
keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat
tinggal yang memenuhi standard minimum bagi masa dan
kawasan tertentu.
ii.
Kemiskinan Relatif merujuk kepada perbandingan
kedudukan ekonomi di antara individu atau kumpulan.
Ukuran
yang
digunakan
mengkaji
kedudukan
ketidaksamaan dan perbandingan suatu jangka masa dan
antara negara adalah Keluk Lorenz dan Ko efisien Gini.

Konsep dan Ukuran


Keluk Lorenz menunjukkan peratus jumlah pendapatan

yang dimiliki oleh peratusan kumulatif penduduk dalam


sesebuah negara (mengikut kedudukan termiskin hingga
yang paling kaya)
Ko efisien Gini mengukur darjah ketidaksamaan yang

wujud dalam agihan pendapatan. Ia diperolehi daripada


Keluk Lorenz.

Agihan semula dan Peningkatan


Pendapatan
Secara

tradisi, polisi-polisi agihan pendapatan dan kekayaan


dilaksanakan melalui pengenaan cukai ke atas golongan
berkemampuan dan hasil tersebut akan dipindahkan kepada
golongan yang kurang berkemampuan.
Pindahan kepada pihak kurang berkemampuan dibuat dalam bentuk
pemberian tunai atau barang kegunaan harian dan input pertanian.
Selain itu, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan percuma
merupakan dua bentuk subsidi yang dapat meningkatkan produktiviti
individu.
Kerajaan juga bantu menyelesaikan isu agihan ini melalui
peningkatan kuasa mendapatkan pendapatan bagi golongan miskin
dengan cara meningkatkan produktiviti dan corak pertumbuhan
secara tertumpu kepada kumpulan sasar.

4. Fungsi Penstabilan
Mempunyai kaitan langsung dengan pencapaian makro

ekonomi.
Tidak dapat dicapai secara langsung melalui mekanisme
pasaran tanpa memerlukan sokongan pihak kerajaan.
Ekonomi yang semakin terbuka dan global mampu
meningkatkan kestabilan negara.
Teori Ekonomi menunjukkan kepada kita bahawa tingkat
guna tenaga dan harga dalam ekonomi bergantung
kepada tingkat permintaan agregat yang mempunyai
hubungan dengan jumlah output yang dikeluarkan.
Tingkat permintaan agregat bergantung kepada keputusan
pengguna, pengeluar dan pelabur berdasarkan faktor

seperti pendapatan sekarang dan masa lalu, jangkaan


pendapatan dan kedudukan ekonomi, jumlah kredit
dsb.

4. Fungsi Penstabilan
Menurut Keynes, ketidakstabilan ekonomi disebabkan

oleh turun naik dalam permintaan agregat. Apabila AD


rendah maka terhasillah pengangguran yang tinggi.
Apabila ekonomi berkapasiti tinggi, AD akan berlebihan
dan akan menyebabkan berlakunya inflasi.
Belanjawan kerajaan boleh digunakan sebagai instrumen
menghadapi ketidakstabilan ekonomi.
Perbelanjaan kerajaan boleh mempengaruhi AD.
Manakala cukai memberi kesan kepada pendapatan
boleh guna dan keuntungan firma seterusnya memberi
kesan tidak langsung kepada penggunaan dan
pelaburan.
Persamaan:
AD = C + I + G

4. Fungsi Penstabilan
Dalam

keadaan
pengangguran,
kerajaan
akan
membantu meningkatkan AD denan menggunakan polisi
fiskal pengembangan (expansionary) iaitu meningkatkan
perbelanjaan kerajaan dan menurunkan cukai supaya
pendapatan boleh guna individu dan firma dapat
ditingkatkan dan seterusnya meningkatkan penggunaan.
Dalam keadaan inflasi, kerajaan boleh gunakan polisi
fiskal mengecut yang akan memberi kesan kepada kadar
tabungan dan pelaburan yang secara langsung dapat
meningkatkan pembentukan modal dan pertumbuhan
ekonomi serta pproduktiviti.
Fungsi penstabilan menjadi lebih rumit apabila ekonomi
negara tidak beroperasi secara berasingan dan ia
dihubungkan dengan ekonomi lain melalui perdagangan
dan pengaliran modal.

4. Fungsi Penstabilan

Keadaan serta tekanan ekonomi yang dihadapi boleh

memberi kesan kepada tingkat hasil dan perbelanjaan


kerajaan
Contoh apabila cukai ditingkatkan atau perbelanjaan
kerajaan dikurangkan untuk mengelakkan berlakunya
defisit belanjawan. Ini mungkin boleh membawa kepada
belanjawan berimbang dan boleh juga menyebabkan
ekonomi bertambah buruk apabila kenaikan cukai akan
mengurangkan pendapatan boleh guna yang seterusnya
mempengaruhi AD. Maka berlakunya defisit belanjawan
yang tidak dirancang.
Mengadakan perubahan-perubahan fiskal bukanlah satu
perkara yang mudah untuk dilaksanakan dan adakalanya
sekatan-sekatan fiskal boleh membawa kepada kelesuan
ekonomi dan polisi makro ekonomi berbentuk
pengembangan membawa kepada inflasi.

Faktor-faktor ketidakstabilan
1. Kesilapan

meramalkan
keadaan
ekonomi
dan
melaksanakan polisi fiskal
2. Jika kemelesetan ekonomi bersifat setempat, maka
rangsangan ekonomi bersifat umum adalah kurang
efektif
3. Teori pilihan awam menunjukkan bahawa polisi fiskal
cenderung menyebabkan inflasi
4. Kesan
sampingan daripada polisi fiskal akan
mengurangkan keberkesanannya.

Penstabil Automatik
Merupakan

alat program fiskal yang bertindak


menstabilkan ekonomi secara automatik.
Penstabil automatik akan membawa kepada belanjawan
defisit dalam ekonomi meleset dan belanjawan lebihan
apabila ekonomi berkembang.
Tiga alat penstabil automatik ini adalah: i. Cukai Keuntungan Syarikat
ii. Cukai Pendapatan Progresif
iii. Pampasan Pengangguran

You might also like