You are on page 1of 3

SCCA 2083 – Undang Undang Dalam Komunikasi ( Kertas Januari 2019 )

Bahagian A

1. Jelaskan maksud dasar awam.


- Dasar awam adalah hal yang mengenai tindakan – tindakan kerajaan.
- Ianya dikaitkan dengan disiplin sains politik serta disiplin akademik.

2. Jelaskan Empat tujuan dasar awam.


- Mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu dan kukuh
- Menjadi cara penyelesaian terbaik ataupun mudah yang dapat dijadikan garis panduan
kepada masyarakat.
- Untuk membawa keseimbangan dan kesan yang baik kepada pelbagai golongan
masyarakat.
- Nilai peruntukkan pihak berkuasa bagi keseluruhan masyarakat

3. Nyatakan lima peringkat penting dalam proses pembentukan dasar awam.


- Mengenal pasti masalah
- Mengemukakan alternative yang sesuai
- Merancang tindakan dasar yang sesuai
- Hasil dasar
- Menilai sejauh mana hasil dasar menyelesaikan masalah

4. Jelaskan dua prinsip “keadilan asasi” menurut bidang kehakiman dan perundangan.
- Prinsip pertama-‘Audi alteram partem’ : memberi peluang kepada orang yang dituduh
untuk membela diri. Peluang untuk membela diri ini harus diberikan dengan sempurna
dan mencukupi bagi memberi peluang pihak yang didakwa betul-betul bersedia untuk
membuat pembelaan terhadap tuduhan yang dikenakan.
- Prinsip kedua-Prinsip tidak berat sebelah (bias) : bererti seseorang yang ada kepentingan
dalam sesuatu kes tidak boleh mengadili kes tersebut. Pihak yang mengadili kes seperti
hakim dan penjawat awam yang mempunyai kuasa budibicara untuk membuat sesuatu
keputusan perlulah bebas daripada membuat keputusan yang berat sebelah dan
wujud prasangka. Keadaan terjadi disebabkan pihak-pihak tadi mempunyai
kepentingan dan pihak yang mengadili sesuatu kes mewakili institusi yang
menginginkan objektif tertentu atau pertalian tertentu atau sebagainya.

5. Jelaskan tiga peranan penting undang – undang kepada masyarakat.


- Sebagai satu bentuk arahan sosial yang diperlukan bagi memastikan sesuatu kumpulan
atau masyarakat hidup secara berterusan dalam keadaan terkawal dan harmoni
- Undang – undang turut memberi dan mengiktiraf hak seseorang : cth akta hak cipta
1987 iaitu undang – undang yang dibentuk untuk mengiktiraf hak karya seseorang
- Undang – Undang untuk melindungi hak yang diberi. Hak yang diberi oleh undang –
undang untuk melindungi undang – undang.
6. Jelaskan tiga klasifikasi undang – undang di Malaysia.
- Undang – Undang awam : merupakan undang – undang yang ditubuh bagi mengawal hal
ehwal dan pergerakan sesebuah negara : cth undang – undang perlembagaan ,
pentadbiran dan jenayah.
- Undang – Undang persendirian dikenali juga sebagai undang – undang civil. Undang –
Undang yang menerangkan tentang perkaitan dan hubungan antara individu hak serta
tanggungjawab : cth undang – undang kontrak, tort , keluarga , pewarisan. Undang –
Undang ini menentukan hak sesorang kewajipan dan remedy jika berlaku kerugian.
- Undang – Undang Islam dikenali dengan undang – undang Syariah. Terpakai pada orang
islam sahaja. Cth : prinsip kekeluargaan , jenayah dan pentadbiran harta pusaka.

7. Jelaskan tiga cara pencabulan hak kebersendirian yang sering berlaku.


- Gangguan secara salah : ia melibatkan gangguan terhadap hak persendirian atau unsur
peribadi sesorang tanpa pengetahuan dan keizinnnya. Cara ini kerap melibatkan
penggunaan alat – alat pengintipan seperti mikrofon tersembunyi, kamera berkuasa
tinggi atau mendapatkan dokumen peribadi seseorang secara haram.
- Menerbitkan bahan peribadi : ia terjadi apabila penerbit akhbar menerbitkan fakta –
fakta tentang kehidupan peribadi seseorang yang boleh menyakitkan hatinya dan
lantaran itu boleh menyebabkan orang itu mengalami gangguan mental atau
memalukan.
- Aproriasi : sesebuah penerbitan adalah salah dan menggangu privasi seseorang jika
menggunakan nama , persamaan , atau keperibadiannya untuk tujuan pengiklanan atau
perdagangan.
-
8. Jelaskan tiga syarat pemberian perlindungan hakcipta.
- Hak Perundangan
Pencipta, pemilik hak cipta dan pelaku diberikan hak eksklusif untuk mengawal di bawah
undang-undang hak cipta. Hak perundangan yang diberikan kepada mereka termasuk
hak untuk menguatkuasakan karya berhakcipta mereka dalam kes-kes pelanggaran sama
ada melalui tindakan sivil atau jenayah. Dari segi pelakuan jenayah, ia dijalankan oleh
Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) atau Polis Diraja Malaysia.
- Hak Ekonomi
Hak ekonomi yang diberikan kepada pemunya hak termasuk hak pengeluaran semula,
hak penyampaian kepada orang ramai, hak untuk pertunjukan, tayangan atau
permainan kepada awam, hak pengedaran dan hak sewa komersial. Hak ini boleh
dilaksanakan dalam tempoh perlindungan yang dikawal di bawah Akta Hak Cipta 1987.
Hak ekonomi membolehkan pemilik hak untuk memperolehi ganjaran kewangan
daripada penggunaan karya-karya beliau oleh pengguna atau tujuan komersial. Hak
ekonomi boleh diperolehi melalui penyerahan hak, pelesenan dan wasiat.
- Hak Moral
Hak Paterniti
Hak ini membolehkan penulis untuk dikenali dan menuntut keaslian ciptaan mereka
dikekalkan.
Hak Integriti
Hak ini membenarkan penulis untuk menghalang mana-mana pengguna dari
penyelewengan, pencacatan atau pengubahsuaian yang lain kerja-kerja beliau di mana
hasil daripada pengubahsuaian yang ketara akan mengubah kerja asal dan menjejaskan
kehormatan atau reputasi pencipta.
Bahagian B

1. Boleh rujuk bab 4 : 42.1

2. Rumusan mengikut hujah dan pemahaman sendiri.

You might also like