You are on page 1of 20

SENARAI KANDUNGAN

Muka
surat
1.0 PENGENALAN 1

2.0 PERBINCANGAN TOPIK 1

3.0 KLASIFIKASI UNDANG-UNDANG (UNDANG YANG 3


BERKAITAN)
4.0 SUMBER UNDANG-UNDANG MALAYSIA 8

5.0 PANDANGAN TENTANG UNDANG-UNDANG (KEPENTINGAN 9


UNDANG-UNDANG)
6.0 KESIMPULAN 17

RUJUKAN 19
1.0 PENGENALAN

Undang-undang dan peraturan memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan
seseorang manusia itu. Ianya merupakan salah satu jalan untuk menentukan bahawa perwatakan
yang dibawa oleh manusia itu berada pada landasan yang betul mahupun tidak. Hampir setiap
daripada tindakan atau perlakuan yang dilakukan oleh manusia itu melibatkan kepada pengaruh
undang-undang dan juga peraturan (Zainol Rijal Abu Bakar, 2010). Menjadi persoalan dalam
benak pemikiran manusia mengapa manusia itu memerlukan undang-undang dan peraturan?
Jawapannya, sejarah telah membuktikan bahawa manusia itu tidak mampu untuk melayari
kehidupan mereka secara sendiri tanpa panduan atau arahan. Fitrah kepada manusia itu sendiri
menyebabkan manusia itu sentiasa memerlukan kehidupan bermasyarakat supaya pelbagai
keperluan hidup mereka dapat diperoleh dengan cara yang lebih mudah.

Keperluan manusia kini kian meningkat dan tidak hanya sekadar berkaitan dengan
keperluan asas sahaja seperti makanan, pakaian dan perlindungan. Tetapi tuntutan kepada
kehidupan manusia kini lebih meliputi kepada pendidikan, rekreasi dan taraf hidup yang lebih
baik. Kehidupan bermasyarakat ini semestinya akan melibatkan kepada interaksi yang berlaku
dalam konteks sosialnya yang mana dipenuhi dengan segala bentuk arahan dan peraturan. Bagi
menjadikan manusia itu sentiasa melalui perkembangan yang positif, kehadiran undang-undang
itu dilihat sebagai alat untuk membawa seseorang itu melalui kehidupan mereka dengan lebih
berdisiplin dan teratur.

2.0 PERBINCANGAN TOPIK

Disebalik perkataan undang-undang, ianya memainkan peranan penting dan mempunyai


makna yang pelbagai bergantung kepada siapa atau pihak mana yang memberikan pandangan
mereka mengikut kepada perspektif dan kepentingan masing-masing. Undang-undang merupakan
satu set peraturan, sama ada ianya mendapat persetujuan secara umum ataupun dibuat melalui
kepada badan perundangan, untuk meindungi, mengaturkan, dan memelihara hak seseorang serta
mewujudkan keharmonian sosial.

1
Menurut kepada penterjemahan yang ditafsirkan oleh seorang peguam, undang-undang itu
merupakan suatu yang mempunyai kedudukan yang istimewa di mana ianya merupakan peluang
bagi mereka yang menawarkan kepakaran kepada pihak yang mempunyai masalah berkaitan
dengan undang-undang. Bagi pengetahuan orang awam pula menyatakan bahawa undang-undang
itu berkemungkinan merupakan suatu perkara yang boleh memberikan bebanan serta tekanan
kepada mereka apabila terpaksa menuruti arahan-arahan dan peraturan-peraturan tertentu dalam
menjalani kehidupan harian mereka. Apabila kehidupan rakyat ini dipenuhi dengan terlalu banyak
arahan dan peraturan, ianya boleh mengundang kepada kemarahan kerana hak kebebasan itu tidak
dimiliki sepenuhnya oleh rakyat.

Pendapat daripada golongan ahli-ahli politik terutamanya yang mempunyai bidang kuasa
dalam kerajaan dan menduduki badan perundangan samada dalam Parlimen atau Dewan
Undangan Negeri melihat bahawa undang-undang ini adalah sebagai satu bentuk perkara yang
menjadi pemudahcara bagi mereka menjalankan dasar-dasar pemerintahan dan dengan itu
berusaha untuk membuat atau meminda undang-undang untuk disesuaikan dengan dasar tersebut.
Seterusnya melihat daripada pandangan pihak berkuasa seperti polis menyatakan bahawa undang-
undang ini adalah bagi mereka sebagai satu sumber kepada bidang kuasa yang memberikan dan
membolehkan mereka menahan orang-orang yang bertindak melanggar undang-undang yang telah
ditetapkan.

Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) perkataan undang-undang itu
sendiri membawa maksud ‘suatu kumpulan peraturan yang dikuatkuasa dengan tujuan untuk
mentadbir sesebuah masyarakat dan negara’. Secara amnya dapat dilihat bahawa undang-undang
itu merupakan suatu kumpulan peraturan yang sedia wujud dalam kehidupan masyarakat. Tujuan
kepada pembentukan undang-undang ini adalah untuk membantu mentadbir corak tingkah laku
dan juga sebagai salah satu pegangan dan panduan sebagaimana individu atau kumpulan harus
berperanan untuk mewujudkan kehidupan bermasyarakat yang adil, harmoni dan tenteram. Bagi
setiap peraturan ini telah mendapat pengiktifan dan ianya diterima baik oleh semua masyarakat.

2
Masyarakat di negara Malaysia perlu akur bahawa sebarang bentuk pelanggaran terhadap
peraturan ini akan mengakibatkan mereka dikenakan tindakan iaitu dalam bentuk hukuman atau
denda yang dikenakan oleh pihak berkuasa. Peraturan ini biasanya akan dibuat oleh pemerintah
negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain.
Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh sekumpulan orang yang berfikiran sama.

Bagi undang-undang yang terdapat di Malaysia, secara lazimnya akan ditadbir oleh suatu
bidang kuasa yang dikenali sebagai sistem mahkamah di mana pada peringkat mahkamah ini
hakim yang merupakan pembuat keputusan terhadap sesuatu permasalahan itu perlu mendengar
pertikaian di antara pihak, dan mengaplikasi satu set peraturan untuk memastikan satu keputusan
yang adil dilakukan. Bagi kebanyakan negara, mereka lebih meletakkan harapan kepada pihak
berkuasa seperti pihak polis untuk menguatkuasakan undang-undang.

3.0 KLASIFIKASI UNDANG-UNDANG (UNDANG YANG BERKAITAN)

Undang-undang di Malaysia boleh dikelaskan kepada dua bentuk iaitu undang-undang


awam dan undang-undang persendirian. Undang-undang awam berfungsi untuk mengatur
perhubungan yang berlaku antara individu dengan Negara manakala fungsi undang-undang
persendirian pula lebih kepada untuk mengatur hubungan yang berlaku antara individu dengan
individu yang lain. Dalam undang-undang awam, terdapat 3 pecahan yang menunjukkan dalam
undang-undang awam, manakala dalam undang-undang persendirian pula terdapat 8 undang-
undang yang mengetengahkan undang-undang persendirian. Berikut merupakan penerangan
berkaitan dengan bentuk undang-undang di Malaysia.

Undang-Undang Awam

1. Undang-undang Perlembagaan

Undang-undang ini mentakrifkan bahawa ianya merupakan struktru kerajaan dan hak-hak asasi
rakyat atau individu di bawah pemerintahannya. Dalam undang-undang ini ianya menegakkan
hak-hak yang termaktub di dalam sesuatu perlembagaan. Mahkamah Persekutuan kebiasaannya

3
akan mendengar kes-kes yang melibatkan kepada undang-undang perlembagaan ini. Manakala
bagi sesetengah negara lain pula, terdapat mahkamah khas diwujudkan untuk mengendalikan kes
yang membabitkan perlembagaan yang dipanggil sebagai Mahkamah Perlembagaan.

2. Undang-undang Pentadbiran

Undang-undang pentadbiran secara dasarnya adalah merupakan satu himpunan peraturan yang
dapat membentuk sebuah pentadbiran yang baik dan juga adil. Ia memastikan ketelusan serta
konsep akauntabiliti atau tanggungjawab yang patut diamalkan di dalam proses pentadbiran
sesebuah negara. Kewujudan kepada undang-undang pentadbiran ini adalah untuk memberikan
penjelasan tentang kuasa-kuasa pentadbiran dalam setiap aspek pentadbiran. Sebagai contohnya,
jentera pentadbiran tertentu perlu mengetahui adakah setiap tindakan atau keputusan yang diambil
itu berada dalam bidang kuasa mereka atau sebaliknya. Dengan cara ini akan mengelakkan
pentadbir tersebut dari melaksanakan perkara yang bukan berada di dalam bidang kuasa yang telah
diperuntukkan.

3. Undang-undang Jenayah

Undang-undang jenayah merupakan sejenis undang-undang yang mengawal kepada kesalahan


yang dilakukan terhadap masyarakat. Undang-undang jenayah ini perlu dibezakan dengan undang-
undang sivil. Sebagai contoh sekiranya seseorang itu melakukan kesalahan mencuri, maka undang-
undang jenayah akan digunakan untuk mengawal atau menguruskan si pencuri itu. Siasatan,
tangkapan dan juga dakwaan akan dilakukan berpandu kepada bukti yang menunjukkan bahawa
si pencuri tersebut melakukan kesalahan. Dalam undang-undang jenayah terdapat dua sumber
utama iaitu:

a) Kanun Keseksaan: yang mana ianya memperuntukan mengenai jenis-jenis kesalahan


dan hukuman-hukuman jenayah.

b) Kanun Acara Jenayah: yang mana ianya pula berkaita dengan cara tangkapan dilakukan
atau dengan kata lainnya prosedur pengurusan kes.

4
Undang-Undang Persendirian (Sivil)

1. Undang-undang kontrak

Undang-undang Kontrak di Malaysia secara dasarnya telah ditadbirkan dan dikuatkuasakan oleh
Akta Kontrak 1950 (Akta 1950). Sekiranya timbul perkara atau isu baru berkaitan dengan kontrak
yang tiada diperuntukan di bawah Akta tersebut, maka undang-undang Inggeris dibenarkan dirujuk
melalui kepada penguatkuasaan S.5 Akta Undang-undang Sivil 1950. Bagi menyatakan sesuatu
kontrak itu menjadi sah dan boleh dikuatkuaskan undang-undang, elemen tersebut perlu dipenuhi
iaitu:

a) Tawaran (offer)

b) Penerimaan (acceptance of the offer)

c) Niat (Intention to create legal relation)

d) Balasan (Consideration)

e) Kepastian

f) Keupayaan

Ketiadaan keenam-enam elemen tersebut akan mengakibatkan kepada sesuatu kontrak itu
berada dalam keadaan yang tidak sah dan ianya tidak boleh dikuatkuasakan.

2. Undang-undang Tort

Undang-undang Tort pada asasnya bertujuan bagi memberikan remedy kepada mereka yang
tercedera atau kerugian akibat daripada perbuatan orang lain. Oleh kerana itulah ianya juga sering
kali dirujuk sebagai undang-undang kecederaan peribadi (personal injury laws). Pemakaian
terhadap undang-undang Tort di Malaysia ini merupakan suatu perkara yang sangat menarik untuk
dilihat dan dikaji. Tidak seperti kebanyakan undang-undang lain di Malaysia yang menggunakan
peruntukan statut sebagai sumber utama, prinsip undang-undang tort ini boleh dilihat pada
‘common law’ Inggeris dan keputusan mahkamah. Secara amnya, undang-undang tort ini
dikategorikan kepada 3 kategori iaitu:

5
a) Sengaja

b) Cuai

c) dan Tanggungan keras

Akibat daripada tindakan secara sengaja atau cuai ini, maka seseorang itu boleh tercedera
dan satu tuntutan menerusi undang-undang tort boleh dilakukan.

3. Undang-undang Amanah

Dalam sistem perundangan, amanah itu merupakan hubungan di mana harta tanah diuruskan oleh
seseorang bagi pihak orang lain. Amanah ini dicipta oleh setlor yang juga dikenali sebagai grantor
yang mengamanahkan harta tanahnya kepada orang yang dipercayainya (pemegang amanah).
Pemegang amanah ini memegang hak milik terhadap harta amanah tersebut tetapi mereka wajib
memegangnya untuk mendatangkan faedah kepada seseorang atau suatu pertubuhan itu. Amanah
ini dikawal oleh syarat yang tertulis dalam sebuah dokumen amanah yang lazimnya dikenali
sebagai surat ikatan.

4. Undang-undang Tanah

Undang-undang tanah ini telah mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 1966. Tujuan kepada
pembentukan undang-undang tanah ini adalah untuk menyeragamkan sistem pemegangan tanah
yang berbeza di Malaysia. Selain itu ianya juga berkaitan dengan urus tadbir tanah, hak-hak dan
tanggungjawab tuan tanah, pendaftaran, penyewaan, cagaran, syarat-syarat dan sekatan yang
dilakukan ke atas tanah dan sebagainya lagi. Undang-undang tanah ini penting bagi memastikan
setiap daripada pemilikan tanah itu mempunyai pengesahan yang betul dan tidak melanggar
kepada undang-undang.

6
5. Undang-undang Keluarga

Dalam undang-undang keluarga ini lebih memberikan penekanan kepada urusan perkahwinan
dimana ianya merupakan proses awal kepada pembentukan keluarga, berkaitan dengan isu
penceraian yang berlaku yang membawa kepada hak dan tanggungjawab ke atas harta dan anak-
anak. Isu berkaitan dengan keluarga ini sering kali menjadi masalah apabila melibatkan kepada isu
penceraian yang memaksa masyarakat bersedia banyak perkara terutamanya soal hak penjagaan,
nafkah dan sebagainya lagi.

6. Undang-undang Syarikat

Undang-undang syarikat ini pula berkaitan dengan proses kepada penubuhan sesebuah syarikat,
penubuhan syarikat, hak-hak dan tanggungjawab syarikat sebagai warganegara korporat yang
mempunyai entity undang-undang yang berasingan, hak-hak dan tanggungjawab pemegang-
pemegang saham, pengarah, dan sebagainya lagi. Undang-undang syarikat ini ditubuhkan bagi
mengawal dan memudahkan sesebuah syarikat itu untuk dibentuk dan melaksanakan perniagaan
mereka. Di Malaysia, terdaapt 3 jenis organisasi iaitu:

a) Perniagaan tungga di mana ianya merupakan pemilikan daripada seorang

b) Perkongsian di mana ianya merupakan gabungan daripada 2 hingga 50 orang ahli

c) Syarikat di mana keahliannya melebihi kepada 50 orang

7. Undang-undang Perkongsian

Undang-undang ini pula adalah berkaitan dengan hak dan tanggungjawab di antara ahli-ahli
perkongsian, di antara ahli perkongsian dengan pihak ketiga, juga peraturan kepada pembentukan
berkaitan dengan penubuhannya.

7
8. Undang-undang Ejensi

Undang-undang ini pula berkaitan dengan perhubungan yang berlaku antara principal dan juga
ejen. Hak dan tanggungjawab principal dan ejen juga dibincangkan dalam undang-undang
tersebut.

Perbezaan yang sangat ketara boleh dilihat di antara undang-undang awam dan undnag-
undang persendririan ialah undnag-undang awam ini melibatkan hubungan yang tercetus antara
pihak kerajaan dengan rakyat manakala bagi undang-undang persendirian pula melibatkan
hubungan yang berlaku antara rakyat dengan rakyat sendiri.

4.0 SUMBER UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Seterusnya melihat kepada sumber undang-undang Malaysia pula terbahagi kepada dua
iaitu sumber bertulis dan juga sumber tidak bertulis. Sumber bertulis merupakan sumber yang
paling penting kepada undang-undang Malaysia kerana ianya memperlihatkan bahawa setiap
daripada undang-undang tersebut mempunyai dokumen hitam putih yang sah untuk digunakan.
Dalam masa sama juga, undang-undang tersebut juga boleh digubal oleh badan perundangan iaitu
Parlimen di peringkat persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi peringkat di negeri. Sumber
bertulis ini juga telah menggariskan peraturan undang-undang dalam bentuk bertulis, nyata,
spesifik dan tetap. Sumber kepada undang-undang bertulis ini adalah seperti berikut:

Undang-undang bertulis juga dikenali sebagai undang-undang statut. Ia merujuk kepada


undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan dan perundangan (akta, ordinan dan
enakmen). Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri dari persekutuan 13 buah
negeri, maka undang-undang bertulis bertulis di Malaysia ini adalah terdiri dari undang-undang
negeri (State Laws) dan persekutuan (Federal Laws).

8
a) Perlembagaan Persekutuan

b) Perlembagaan Negeri

c) Perundangan Persekutuan

d) Perundangan Negeri

e) Perundangan Subsidiari

Sumber tidak bertulis pula merupakan sejenis undang-undang yang tidak terdapat dalam
bentuk tulisan iaitu ianya tidak digubal oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, juga tidak
terdapat dalam perlembagaan persekutuan dan negeri. Undang-undang tidak bertulis tidak
bermaksud undang-undang itu tidak bertulis langsung. Keputusan kehakiman misalnya boleh
dirujuk secara bertulis dalam lapuran-lapuran undang-undang (judicial report), begitu
juga common-law Inggeris. Sumber undang-undang tidak bertulis adalah seperti berikut:

a) Undang-undang Inggeris

b) Undang-undang Islam

c) Undang-undang Adat

d) Keputusan Kehakiman

5.0 PANDANGAN TENTANG UNDANG-UNDANG (KEPENTINGAN UNDANG-


UNDANG)

Undang-undang merupakan peraturan yang digunapakai oleh rakyat dalam kehidupan


harian mereka. Setiap daripada undang-undang tersebut juga pastinya membawa kepada peranan
yang berbeza-beza tetapi membawa maksud yang sama iaitu untuk menjadikan rakyat dan negara
menjadi bertambah maju. Dalam perbincangan ini adalah untuk melihat sejauh mana kepentingan
undang-undang itu kepada rakyat dan juga negara.

9
Kepentingan undang-undang kepada negara adalah sangat penting kerana dengan adanya
pentadbiran yang berlandaskan kepada undang-undang ini boleh membawa kepada pemerintahan
yang dilakukan dengan lancar dan teratur. Bagi menjadi sebuah negara yang maju, salah satu
perkara yang perlu diberikan perhatian serius adalah berkaitan dengan sistem perundangan.
Dengan adanya sistem perundangan ini, ianya memberikan kemudahan kepada pemerintah untuk
mengawal juga tindak tanduk yang dilakukan oleh rakyat di negara ini. Contohnya, fungsi Perdana
Mneteri dalam mentadbir sesebuah negara itu adalah sangat penting. Segala arahan dan peraturan
yang diberikannya perlu dilaksanakan oleh Jemaah Menteri tetapi untuk memberikan arahan
kepada rakyat ianya perlu hadir daripada penguasaan undang-undang. Hanya dengan undang-
undang yang telah diluluskan oleh Parlimen yang akan digunapakai dan menjadi simbolik kepada
negara.

Kepentingan undang-undang yang kedua kepada negara adalah dapat membentuk satu
suasana kehidupan yang tenang aman, tenang, harmoni dan teratur. Kehidupan sesebuah negara
yang aman damai ini merupakan impian bagi seluruh rakyat. Kewujudan undang-undang di negara
akan membuatkan rakyat lebih peka dan sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan sesuatu perkara
itu (Nik Rosila Nik Yaacub, 2009). Contoh undang-undang yang boleh membawa kepada
keamanan sesebuah negara itu adalah undang-undang jenayah. Walaupon pada hakikatnya, kes
jenayah itu sukar untuk dihapuskan tetapi dengan adanya undang-undang jenayah dan hukuman
yang dikenakan kepada pesalah sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada rakyat lain juga.
Kesedaran dalam diri juga akan mula timbul untuk sentiasa berusaha menjadi rakyat yang baik
kepada negara.

Kepentingan undang-undang ketiga kepada negara adalah dapat menjana tahap ekonomi
yang jauh lebih baik. Apabila undang-undang ini berkuatkuasa di negara ini, itu bermakna negara
luar juga mempunyai keberanian untuk berkunjung ke negara Malaysia dan membuat pelaburan
serta menjalankan pernigaan di negara ini. Ekonomi bagi sesebuah negara itu merupakan elemen
penting yang perlu dibaiki sehingga menjadi stabil kerana ekonomi itulah yang mencerminkan
keadaan semasa bagi sesebuah negara itu samada berada dalam keadaan yang stabil atau

10
sebaliknya. Jika sesebuah negara itu berada pada kadar pertumbuhan ekonomi yang baik dan stabil
ianya mampu memberikan ransangan kepada pelabur luar untuk singgah ke negara Malaysia.

Kepentingan undang-undang kepada negara juga melalui kepada corak pemerintahan yang
diamalkan oleh negara. Corak pemerintahan yang diamalkan oleh Malaysia adalah sistem
pemerintahan demokrasi. Demokrasi Berparlimen telah menjadikan Raja itu sebagai Ketua Negara
yang mana akan mengetengahkan simbolik kuasa kepada sesebuah negara. Bagi perjalanan
demokrasi berparlimen ini sedikit lambat dan membebankan apabila ianya mempertimbangkan
pendapat dan juga suara dari setiap lapisan masyarakat (Mohd Rumaizuddin Ghaza, 2017). Hal ini
kerana, negara yang mengamalkan sistem pemerintahan seperti ini meletakkan suara rakyat
sebagai pemilih utama kepada pembentukan sesebuah negara. Antara negara yang mengamalkan
sistem Demokrasi Berparlimen ini adalah Britain, Jepun, India, Malaysia, Singapura dan Thailand.
Parlimen menurut rakyat adalah satu badan institusi yang sangat penting dalam sesebuah negara
tidak mengira keadaan sesebuah negara tersebut. Rakyat sendiri merupakan institusi yang akan
terlibat secara langsung dalam memilih ahli-ahli parlimen atau dewan rakyat menerusi satu bentuk
pilihan raya yang diadakan secara umum. Tujuannya adalah memberikan hak kepada rakyat dalam
menyatakan keputusan majoriti bagi sesebuah jawatan yang akan disandang oleh ahli parlimen
dan dewan rakyat. Secara amnya, parlimen adalah satu perhimpunan perundingan. Kebanyakan
parlimen pada hari ini telah mempunyai ahli yang dipilih dengan tugas untuk meneliti, mengawal
dan adakalanya ianya memilih kuasa yang eksekutif.

Kepentingan undang-undang kepada individu pula adalah dapat memberikan hak


kebebasan kepada rakyat untuk mengamalkan kepercayaan agama masing-masing berdasarkan
kepada peruntukan undang-undang yng telah disediakan (Ismail Ibrahim, 2010). Kebebasan
beragama merupakan salah satu hak kebebasan asasi yang telah diiktirafkan oleh Malaysia kepada
setiap warganegara di bawah Perlembagaan Persekutuan (Pengajian Am, 2010). Kebebasan
beragama ini juga merupakan perkara asas kepada sifat semula jadi manusia dan merupakan asas
yang penting dalam kehidupan sosial manusia. Gerakan bagi mendapatkan hak kebebasan
beragama mendahului gerakan yang lain yang pernah berlansung dan ianya mengambil masa yang
terlalu lama untuk diperolehi. Dengan adanya undang-undang yang melibatkan kepada hak

11
kebebasan agama ini menjadikan rakyat lebih selesa dan dapat melakukan ibadah tanpa perlu
berasa takut atau ancaman daripada orang lain.

Seterusnya, kepentingan undang-undang ini juga kepada rakyat adalah untuk melahirkan
rakyat yang setia kepada negara. Kesetiaan bagi seseorang rakyat itu perlulah sentiasa kuat supaya
ianya tidak mudah meletakkan kedudukan negara kepada yang tidak penting. Bagi seseorang yang
setia kepada negaranya, ianya akan sentiasa mempunyai perasaan sayang dan cinta akan negara.
Apabila perasaan tersebut wujud dalam diri seseorang itu, maka akan wujud juga perasaan
patriotik yang tinggi. Contoh semangat patriotik yang boleh dilihat dalam diri rakyat adalah ketika
Negara menyambut hari Kemerdekaan. Rakyat sanggup berpanas dan berhujan ketika majlis
kemerdekaan dilakukan. Taat setia kepada negara itulah yang menjadikan rakyat sentiasa
berpegang kepada kedaulatan undang-undang di negara ini. Kemerdekaan merupakan salah satu
lambang kesetiaan rakyat kepada negara kerana rakyat sedar akan pengorbanan tokoh yang telah
dilakukan sebelum ini.

Kepentingan terakhir undang-undang kepada rakyat Malaysia adalah untuk melahirkan dan
mengawal tingkahlaku masyarakat itu sendiri. Dengan adanya undang-undang ini, rakyat tidak
terlalu bebas dalam melakukan apa sahaja yang mereka kehendaki. Setiap daripada perbuatan atau
perlakuan mereka akan menjadi perhatian dan jika melanggar kepada undang-undang yang telah
disediakan oleh pihak kerajaan, ianya membolehkan seseorang itu dijatuhkan hukuman dan jika
didapati bersalah ianya akan dikenakan hukuman denda. Sebagai contohnya, seseorang rakyat itu
ditangkap atas kesalahan pengedaran dadah sejumlah 1000 gram atau lebih ganja. Di Malaysia,
dadah merupakan perkara yang berbahaya dan ianya sentiasa dianggap sebagai ancaman kepada
masyarakat. Mahkamah juga sentiasa dipenuhi dengan kes dadah di mana seseorang suspek itu
dituduh melakukan pelbagai kesalahan berkaitan dengan dadah walaupun kebanyakan suspek
akan menyatakan bahawa penglibatan mereka adalah secara tidak sengaja ataupun telah menjadi
mangsa untuk ditipu. Hukuman yang bakal diterima oleh seseorang yang terlibat dengan kes dadah
ini adalah hukuman mati mandatory jika seseorang tertuduh itu didapati bersalah kerana mengedar
dadah di dalam Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

12
Berdasarkan kepada kesemua pandangan berkaitan dengan kepentingan undang-undang itu
sendiri kepada rakyat dan negara menunjukkan bahawa undang-undang ini sangat penting bagi
memberikan penghasilan yang baik kepada rakyat dan negara. Dengan adanya undang-undang,
rakyat dapat membaiki diri mereka menjadi manusia yang lebih baik dan mengikut kepada
peraturan dan arahan yang telah disediakan. Walaupun kadang-kala kewujudan undang-undang ini
boleh memberikan kesan kepada rakyat tetapi ianya merupakan langkah terbaik dan positif kepada
rakyat. Begitu juga dengan negara yang mana memerlukan undang-undang ini sebagai panduan
untuk membina sebuah negara yang maju dan dilengkapi dengan segala sistem yang boleh
membawa ke arah kebaikan. Dengan adanya undang-undang di negara ini akan meletakkan aspek
keselamatan itu lebih terjamin untuk rakyat di dalam negara dan juga kehadiran warga dari luar
negara ke negara ini. Apabila warga luar yang berkunjung ke negara ini melihat akan struktur
perundangan yang dimiliki oleh Malaysia, mereka juga akan mempunyai keyakinan yang tinggi
untuk berada di negara ini.

Bagi seseorang yang berkunjung ke sesebuah negara ini, perkara yang menjadi aspek utama
yang dilihat adalah berkaitan dengan isu keselamatan yang dimiliki oleh negara tersebut samada
ianya selamat untuk dikunjungi atau tidak. Aspek keselamatan juga sangat berkai rapat dengan
sistem perundangan di mana setiap daripada isu yang membawa kepada keselamatan akan
ditangini dan mempunyai undang-undang disebaliknya. Contoh kajian berita yang berlaku di mana
seorang pelajar warga asing di sebuah universiti awam bukan sahaja menerima ugutan tetapi
dipukul dan disamun oleh lelaki yang tidak dikenalinya ketika dalam perjalanan menunaikan solat
Jumaat (Sinar Harian, Jun 2019). Kes tersebut juga telah memaksa pihak berkuasa iaitu polis untuk
menyiasat dengan lebih terperinci berkaitan dengan isu ini kerana ianya boleh memberikan
ancaman kepada warga asing yang menetap di negara ini. Dapat dilihat bahawa isu berkaitan
keselamatan ini adalah sangat penting kepada warga luar negara yang berkunjung ke negara ini.
Jadinya sebagai seorang rakyat Malaysia yang mempunyai pegangan yang kuat kepada semangat
cinta akan negara itu harus menunjukkan sikap yang baik dan berbudi bahasa kepada para
pelancong tidak kira daripada mana datangnya mereka. Imej baik yang ditunjukkan oleh rakyat
Malaysia ini akan mencerminkan juga kestabilan negara.

13
Adakah undang-undang mampu memberikan keadilan kepada rakyat

Seterusnya melihat kepada kemampuan undang-undang itu sendiri adakah mampu untuk
memberikan keadilan kepada rakyat. Seperti sedia maklum, kehidupan yang dilalui oleh seseorang
rakyta itu pastinya akan dilandasi dengan peraturan, arahan dan undang-undang. Undang-undang
di negara Malaysia ini adalah adil kepada rakyatnya terutama dalam hak asasi manusia. Lazimnya,
hak asasi manusia itu adalah berdasarkan kepada perisytiharan yang dibuat oleh Perhimpunan
Agung Pertubuhan Bangs-Bangsa Bersatu (UN) pada 10 Disember 1948 (Ahmad Nidzamuddin
Sulaiman, 2002).

Hak asasi manusia merupakan satu konsep yang meliputi kepada setiap bangssa, agama,
kepercayaan, budaya, adat, dan negara. Hak asasi manusia ini juga merupakan aspirasi kepada
setiap individu serta masyarakat yang ingin mengecapi nilai kebahagiaan dalam kehidupannya.
Perkembangan hak asasi manusia itu dapat dilihat sebagai suatu kepentingan kepada manusia
dalam aspek keselamatan kehidupan dan aspek perlindungan diri yang lebih baik. Di Malaysia,
undang-undang yang membawa kepada keadilan kepada rakyat adalah hak kebebasan untuk
bersuara yang mana ianya merupakan kebebasan untuk menyatakan sesuatu pendapat tanpa perlu
ada sekatan atau penapisan. Dalam realiti, hak kebebasan bersuara itu tidak bersifat mutlak
dimana-mana negara dan hak ini lazimnya dihadkan, contohnya dalam konteks kebencian. Hal ini
disebabkan menggunakan kebebasan bersuara selalunya dalam kontek amalan yang saling
bertentangan.

Hak kebebasan bersuara diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19. Dapat
dilihat dalam konteks negara Malaysia, hak kebebasan bersuara ini dilihat dalam pilihan raya
umum di mana negara Malaysia menggunakan sistem pemerintahan demokrasi yang mana ianya
mengangkat suara dan pilihan rakyat dalam proses pembentukan sesebuah negara itu. Sistem
demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia memperlihatkan bahawa suara rakyat itu tidak
diketepikan bahkan ianya dijadikan sebagai wadah kepada proses pemilihan.

14
Undang-undang yang membawa kepada keadilan rakyat juga dapat dilihat melalui hak
kebebasan untuk beragama yang mana undang-undang berkaitan dengan hak ini tertakluk kepada
Perlembagaan Malaysia. Ianya merupakan satu prinsip yang mana dapat memberikan kebebasan
kepada individu atau komuniti untuk menganut dan mengamalkan agama serta kepercayaan
masing-masing. Kebebbasan beragama ini dikira sebagai salah satu daripada hak asasi manusia
yang fundamental kepada manusia sejagat. Di Malaysia, dapat dilihat Islam itu diangkat dan
diiktiraf sebaga agama Persekutuan menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, penganut-
penganut yang datangnya daripada agama lain juga masih lagi mempunyai kebebasan untuk
mereka menganut dan mengamalkan agama mereka. Hak kebebasan beragama ini telah
diperuntukan dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutan.

Kebebasan dalam beragama ini diabadikan dalam Perlembagaan Malaysia. Pertama, Fasal
11 yang telah menetapkan bahawa setiap orang itu mempunyai hak untuk menyatakan dan
menjadalankan agamanya dan (tunduk kepada undang-undang yang berlaku menyekat penyebaran
agama-agama lain untuk umat Islam) untuk menyebarkannya. Kedua, Perlembagaan juga telah
menetapkan bahawa Islam itu sebagai agama rasmi tetapi sebaliknya hanya sebagai agama
persekutuan, tetapi agama lain boleh dipraktikkan dalam keadaan yang aman, damai dan harmoni.

Seterusnya, undang-undang di Malaysia juga membawa keadilan kepada rakyat dari segi
hak asasi ekonomi, sosial dan juga kebudayaan. Dalam Perlembagaan Persekutuan secara jelasnya
telah memperuntukkan beberara fasal dan perkara yang menjamin kepada hak asasi manusia itu
termasuklah berkaitan dengan hak ekonomi, hak sosial dan hak kebudayaan. Hak ekonomi, sosial
dan kebudayaan ini telah dinyatakan dengan jelas dalam beberapa instrumen antarabangsa. Perkara
22 contohnya telah memperuntukkan bahawa setiap orang berhak kepada keselamatan sosial dan
berhak menjadikan suatu kenyataan, melalui kepada usaha negara dan kerjasama antara bangsa
dan menurut organisasi dan sumber-sumber dalam negara, hak ekonomi, sosial, dan kebudayaan
adalah bertujuan untuk perkembangan bebas keperibadian seseorang itu. Antara hak yang
dimasukkan dalam hak ekonomi, sosial dan kebudayaan ini adalah seperti:

15
a) Hak berkeluarga

b) Hak memiliki harta

c) Hak untuk mengambil bahagian dalam kerajaan negara

d) Hak kepada keselamatan sosial

e) Hak untuk keadaan-keadaan pekerja yang adil dan berfaedah

f) Hak untuk suatu taraf hidup yang memadai bagi kesihatan dan kebajikan diri dan

keluarganya, makanan, pakaian, perumahan, dan pengawasan perubatan.

g) Hak untuk mendapatkan pendidikan

h) Hak untuk secara bebas mengambil bahagian dalam kegiatan kebudayaan

masyarakatnya, menikmati kesenian dan sama-sama merasai kemjuan sains dan

teknologi.

Berdasarkan kepada semua bentuk keadilan yang diperoleh rakyat berdasarkan kepada
pelaksanaan undang-undang di Malaysia jelas menunjukkan bahawa kepentingan rakyat itu
menjadi keutamaan kepada sesebuah negara. Rata-rata undang-undang di negara ini
memperuntukkan untuk memberikan keselesaan kepada rakyat dan menjamin kepada persekitaran
rakyat. Dengan adanya undang-undang ini juga telah membawa kepada keadilan kepada rakyat
dalam usaha mereka untuk melakukan sesuatu perkara. Keadilan merupakan keadaan kebenaran
ideal secara moral berkaitan dengan sesuatu perkara samada ianya berkaitan dengan benda ataupun
orang. Dalam konteks negara Malaysia, keadialan itu merupakankelebihanpertama yang diberikan
kepada rakyat dalam menghidupkan kehidupan masing-masing.

16
6.0 KESIMPULAN

Undang-undang dan peraturan memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan
seseorang manusia itu. Ianya merupakan salah satu jalan untuk menentukan bahawa perwatakan
yang dibawa oleh manusia itu berada pada landasan yang betul mahupun tidak. Hampir setiap
daripada tindakan atau perlakuan yang dilakukan oleh manusia itu melibatkan kepada pengaruh
undang-undang dan juga peraturan. Undang-undang juga merupakan perkara yang boleh
membantu seseorang itu melalui proses perubahan diri daripada negatif kepada positif daripada
buruk kepada yang lebih baik.

Di sebalik daripada perkataan undang-undang, ianya telah mengemukan dan membawa


peranan penting dalam kehidupan seseorang dan mempunyai makna yang pelbagai bergantung
kepada siapa atau pihak mana yang memberikan pandangan mereka mengikut kepada perspektif
dan kepentingan masing-masing. Undang-undang ini merupakan satu set peraturan, sama ada
ianya mendapat persetujuan secara umum ataupun dibuat melalui kepada badan perundangan,
untuk melindungi, mengaturkan, dan memelihara hak seseorang serta mewujudkan keharmonian
sosial.

Dapat dikelaskan kepada dua bentuk undang-undang di Malaysia iaitu undang-undang


awam dan undang-undang persendirian. Undang-undang awam berfungsi untuk mengatur
perhubungan yang berlaku antara individu dengan Negara manakala fungsi undang-undang
persendirian pula lebih kepada untuk mengatur hubungan yang berlaku antara individu dengan
individu yang lain. Setiap daripada pengkelasan ini mempunyai peranan yang masing-masing bagi
mencantikkan lagi suasana dalam sesebuah negara itu. Seterusnya melihat kepada sumber undang-
undang Malaysia pula terbahagi kepada dua iaitu sumber bertulis dan juga sumber tidak bertulis.
Sumber bertulis merupakan sumber yang paling penting kepada undang-undang Malaysia kerana
ianya memperlihatkan bahawa setiap daripada undang-undang tersebut mempunyai dokumen
hitam putih yang sah untuk digunakan.

17
Kewujudan undang-undang kepada rakyat dan negara juga adalah sangat penting kerana
ianya boleh membantu menjadikan rakyat dan negara itu lebih dari dari segi perwatakan rakyat,
tingkah laku rakyat dan kestabilan negara itu sendiri. Kepentingan undang-undang adalah untuk
menjadikan negara diperintah dengan lancar dan bersistematik, ekonomi negara juga dapat
dimajukan, dapat menjamin juga pemerintahan yang adil daripada semua golongan pemimpin,
rakyat dapat hidup dalam suasana yang aman dan damai, rakyat mempunyai hak kebebasan untuk
beragama mengikut kepada fahaman dan kepercayaan masing-masing, dapat juga melahirkan
rakyat yang setia dan cinta akan negara dan yang terakhir dapat mengawal tingkah laku rakyat
dengan adanya undang-undang.

Kesimpulan, setiap daripada kewujudan undang-undang itu memainkan peranan yang


sangat penting dalam pelaksanaannya terhadap rakyat dan negara. Sebagai seorang rakyat di
negara ini adalah tertakluk di bawah Undang-Undang Perlembagaan Malaysia dan adalah menjadi
tanggungjawab kita untuk menghormati dan mematuhi setiap undang-undang tersebut bagi tujuan
kesejahteraan rakyat dan negara. Dengan adanya undang-undang ini, ia bukan sahaja adil tetapi
juga dapat melindungi hak-hak individual di dalam negara. Bukan itu sahaja, dengan adanya
undang-undang juga semua pihak akan dapat menikmati keadilan dan kesaksamaannya jika
mencapai tahap keseimbangan bukan sahaja kepada bangsa tetapi juga kepada negara dan semua
lapisan masyarakat.

18
RUJUKAN

Ahmad Nidzamuddin Sulaiman. (2002). Budaya Politik Dalam Masyarakat Majmuk Malaysia.:

Etika dan politik berpolitik dri perspektif Islam. Kuala Lumpur: IKIM.

Ismail Ibrahim. (2010). 1 Malaysia: Pembentukan Jati Diri Kebangsaan. Bangi : Institut Islam

Hadhari, UKM.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Rumaizuddin Ghazal. (2017). Pengamalan Demokrasi Di Dunia Islam Menurut Perspektif

Islam. Journal od Islamic Social Sciences and Human. Vol.10 (May) 2017: pp 17-34.

Nik Rosila Nik Yaacub. (2009). Pembinaan Identiti Diri bangsa Melayu: Dari Perspektif

Pendidikan Psikososial. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

Pengajian Am. (2010). Bidang Kuasa Kerajaan Persekutuan. Dipetik daripada

http://notapengajianam.blogspot.com/2010/04/bidang-kuasa-kerajaan-persekutuan.html?m=1

Sinar Harian. (Jun, 2019) Pelajar warga asing disamun, kena pukul. Dipetik daripada

https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/34356

Zainol Rijal Abu Bakar. (2010). Undang-undang Islam di Malaysia: Ke arah pembentukan jati

diri kebangsaan. Bangi : Institut Islam Hadhari, UKM.

19

You might also like