You are on page 1of 1

BADAN PERUNDANGAN

Malaysia adalah sebuah Negara yang terdiri daripada 13 buah negeri dan mempunyai
sebuah perlembagaan bertulis yang di kenali sebagai Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan persekutuan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia Badan
perundangan iaitu Parlimen yang menggubal atau meminda undang-undang di peringkat
persekutuan dan Dewan Undangan Negeri di peringkat negeri adalah tertakluk kepada
peruntukan-peruntukan yang di tetapkan oleh perlembagaan persekutuan.

Badan perundangan ialah sejenis majlis perundingan perwakilan yang memiliki kuasa
untuk menggubal, meminda dan mengesahkan undang-undang. Kuasa Badan Perundangan
ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Perkara 66-68. Parlimen adalah badan
perundangan bagi kerajaan persekutuan dan ia membuat undang-undang yang boleh
dikuatkuasakan di seluruh negara.

Fungsi Parlimen ialah meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan


kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan,
meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru. Parlimen
juga menjadi forum untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan orang
ramai. Bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawab dengan sepenuhnya dan
dengan lebih berkesan, Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan
pengecualian yang dipanggil "Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen" kepada ahli Parlimen.

Parlimen boleh menggubal undang-undang untuk seluruh atau mana-mana bahagian


persekutuan dan undang-undang itu berkesan di luar dan di dalam persekutuan. Selain itu,
Parlimen menetapkan bidang kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam
mentadbir pemerintahan dengan menyediakan senarai persekutuan yang menyenaraikan
perkara-perkara yang tertakluk di bawah bidang kuasa persekutuan

You might also like