You are on page 1of 3

Tugasan 3 (Individu): Esei Pendek

Arahan Kepada Peserta


1. Tulis satu esei pendek berdasarkan salah satu tajuk di bawah ini.

C. SISTEM PENTADBIRAN NEGARA


Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di
bawah pentadbiran Raja berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Sistem ini telah berasaskan konsep Raja
Berperlembagaan Negara persekutuan yang ada pembahagian kuasa antara Kerajaan
Persekutuan (kerajaan pusat) dan Kerajan Negeri. Kedua-dua kerajaan ini telah
mentadbir negara berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan
Malaysia. Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa pemerintahan pemerintahan
berdasarkan Senarai Negeri, Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Kerajaan
Persekutuan juga mempunyai 3 peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat, kerajaan negeri
dan kerajaan tempatan.Corak pemerintahan di Malaysia telah ditentukan oleh
Perlembagaan Persekutuan dengan mengasingkan tiga badan yang terlibat dalam
pemerintahan negara: Badan Eksekutif (Executive), Badan Perundangan (Legislative)
dan Badan Kehakiman (Judicial). Pengasingan ketiga-tiga kuasa badan pemerintahan
negara ini bertujuan untuk mengelakkan wujudnya sebarang bentuk permuafakatan
atau komplot antara badan- badan pemerintah bagi menjamin kebebasan rakyat dan
menghindarkan mereka daripada sebarang bentuk kezaliman.
Selain itu, pengasingan ini juga bertujuan menghalang berlakunya pemusatan kuasa
antara badan-badan pemerintah disamping dapat memainkan peranan sebagai “check
and balance” dalam pemerintahan negara. Pengasingan kuasa ini dapat
membahagikan setiap bidang pemerintahan dan setiap badan hanya berkuasa dalam
bidang kuasanya masing-masing iaitu badan perundangan hanya berkuasa membuat
undang-undang, bidang eksekutif berfungsi menjalankan kuasa-kuasa pemerintahan
dan menguatkuasakan undang-undang dan badan kehakiman ditugaskan untuk
menjalankan penghakiman dan mentafsir undang-undang. Kuasa tertinggi di antara
ketiga-tiga badan ini ialah Yang di- Pertuan Agong sebagai ketua negara. Kerajaan
negeri atau pemerintahan negeri ialah pemerintahan bagi sesebuah subbahagian
negara dalam pembentukan sebuah pemerintahan berbentuk persekutuan, yang
berkongsi kuasa politik dengan pemerintahan persekutuan atau negara. Sebuah
kerajaan negeri boleh mempunyai autonomi politik dalam beberapa perkara, atau terus
di bawah kawalan pemerintah persekutuan. Hubungan ini kebiasaannya telah
ditentukan dalam perlembagaan masing-masing. Di samping itu, Kerajaan tempatan di
Malaysia merupakan kerajaan di peringkat paling rendah dalam sesuatu sistem
kerajaan di Malaysia. Kerajaan ini berkuasa untuk mengenakan cukai yang terhad
seperti cukai pintu. Selain itu agensi kerajaan ini boleh menguatkuasakan undang-
undang kecil kepada penduduk yang berada di dalam kawasan pentadbiran mereka.
Lazimnya pegawai tertinggi di dalam kerajaan tempatan dipanggil Datuk bandar bagi
bandar raya, manakala Yang di-Pertua Majlis atau Presiden bagi kawasan perbandaran
dan juga Majlis-majlis daerah Oleh itu, Malaysia telah mengamalkan 3 bentuk struktur
kerajaan iaitu Persekutuan, Negeri dan Tempatan.
Perundangan merupakan undang-undang yang digubal dan diluluskan oleh badan
perundangan. Badan perundangan di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu Parlimen
dan Dewan perundangan Negeri. Parlimen adalah badan perundangan persekutuan
manakala Dewan undangan negeri adalah badan perundangan negeri. Badan
perundangan telah ditubuhakan untuk mengubal dan meluluskan undang-undang
Persekuuan dan negeri. Parlimen difungsi sebagai badan perundangan yang membuat
undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara. Parlimen akan
meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang
persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan
kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru. Parlimen juga menjadi forum
kritikan dan fokus pendapat awam mengenai perkara- perkara nasional dan juga
merupakan tempat untuk ahli Dewan. Ada Tiga Komponen Utama Yang Meluluskan
Segala Undang-undang iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara Dan Dewan
Rakyat.
Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu badan perundangan
(Legislative), badan pemerintahan (Executive) dan badan kehakiman (Judicial). Yang
di-Pertuan Agong berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen. Baginda adalah
Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. Baginda berkuasa mengampun dan
menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh
Mahkamah Tentera. Baginda juga bertanggungjawab bagi menjaga dan memelihara
kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-
Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan,
dan kehormatan Raja- Raja Melayu. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi
bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda mempunyai kuasa melantik dan
melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat
Perdana Menteri. Baginda berkuasa untuk melantik pengerusi dan tiga orang ahli
Suruhanjaya Pilihan raya, ahli Perkhidmatan Kehakiman serta Pengerusi dan Timbalan
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Baginda juga bertanggungjawab melantik
Peguam Negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan.
Selain itu, Dewan Rakyat adalah komponen ketiga dalam Parlimen Malaysia. Ahli
Dewan Rakyat adalah dipilih menerusi pilihan raya (mewakili kawasan parlimen pilihan
raya). Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 219 ahli, dan setiap ahli mewakili satu
kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya.
Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama 5 tahun, dan selepas itu
pilihanraya yang baru akan diadakan. Pemilihan ahli-ahli Dewan Rakyat adalah
menerusi pilihan raya iaitu mewakili kawasan parlimen yang dimenanginya. Tempoh
jawatan anggota Dewan Rakyat akan tamat apabila Parlimen dibubarkan oleh Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Namun begitu, anggota Dewan Rakyat
(menerusi Perkara 51) boleh berhenti dengan menulis sepucuk surat kepada Yang
Dipertua Dewan Rakyat. Keanggotaannya juga akan hilang apabila ahli tersebut hilang
kelayakan (Perkara 50) dan tidak menghadiri mesyuarat Dewan selama 6 bulan tanpa
izin Dewan.
Di samping itu, konsep Dewan Rakyat di negara kita telah pun bermula semenjak
pembentukan Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun Dewan Rakyat ialah
sebuah dewan Parlimen yang amat mustahak kerana anggota-anggota Dewan Rakyat
adalah dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Fungsi Dewan Rakyat ialah
membahas, meminda dan memperakukan draf undang-undang yang dicadangkan oleh
ahli. Ia juga membuat persetujuan ke atas apa-apa cadangan dasar, peraturan atau
rang undang-undang yang melalui pengundian dan diserahkan kepada Dewan Negara
untuk diluluskan.
Kesimpulannya, kemakmuran dan pembangunan sesebuah negara bergantung
kepada perpaduan rakyat dan kebijaksanaan pemimpin yang dipilih. Malaysia telah
dipimpin oleh kerajaan yang amat berwibawa dan bijaksana yang merangkumi segenap
aspek seperti ekonomi, sosial, politik dan pengurusan negara. Penjawat awam adalah
dilantik oleh kerajaan yang memerintah melalui kuasa-kuasanya. Oleh itu, sebagai
penjawat awam kita perlu memberi sokongan padu terhadap semua dasar dan arahan
yang yang diberikan oleh kerajaan.

You might also like