You are on page 1of 5

ISL M8 HBH LMH JTCC

Sejarah Penggubalan Perlembagaan

Apabila Inggeris kembali, mereka telah merancang untuk memperkenalkan Malayan


Union yang kemudiannya mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu. Akibat
tentangan orang Melayu, Malayan Union kemudiannya telah dimansuhkan dan digantikan
dengan perlembagaan baru iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan yang
dibentuk dalam tahun 1948 ini berjalan dengan beberapa pengubahsuaian yang perlu hingga
tahun 1957 apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu menamatkan kedaulatan dan bidang


kuasa Inggeris di Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan 1957 berkuat kuasa sehingga
sekarang dengan beberapa pindaan penting. Antara pindaan yang telah dilakukan ialah Akta
Malaysia yang diluluskan pada tahun 1963 meminda inter-alia Perkara 1 (1) dan (2) untuk
memasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukarkan nama Persekutuan kepada
Malaysia.

Kesatuan Tanah Melayu yang lebih dikenali dengan Malayan Union, merupakan satu
cubaan kerajaan British untuk menukar taraf negeri-negeri Melayu yang bernaung sebagai
tanah jajahan. Kerajaan British ingin menjadikan negeri-negeri Melayu sebagai tanah
jajahannya seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Pihak British akan mempunyai
kuasa penuh di Tanah Melayu, dan kedaulatan raja-raja Melayu akan terhapus. Rancangan
Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) merupakan satu perkara yang sangat penting
dalam sejarah Malaysia.

Pembentukan Malayan Union telah berjaya memarakkan semangat kebangsaan


orang Melayu. Malayan Union juga telah menyatupadukan orang Melayu, sekurang-
kurangnya buat beberapa ketika. Mereka memulakan gerakan politik anti-British secara
terbuka dan merupakan bibit permulaan bagi perjuangan mencapai kemerdekaan serta
menggubal undang-undang tertinggi negara yang mengambil kira unsur-unsur tradisi
masyarakat di negara ini.

Secara ringkasnya kronologi penggubalan Perlembagaan persekutuan adalah


bermula daripada Perlembagaan Malayan Union dan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu.

Malayan Union – 1946

Malayan Union diwujudkan pada tahun 1946. Idea dan rancangan menubuhkan
Kesatuan Tanah Melayu atau Malayan Union sebagai satu bentuk pemerintahan yang baru
bagi Tanah Melayu telah mula dikaji dan disusun oleh pihak Inggeris sejak Tanah Melayu
mula jatuh ke tangan Jepun pada awal 1942.
ISL M8 HBH LMH JTCC

Pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London secara diam-diam, tanpa menghebohkan


kepada Raja-raja Melayu dan orang Melayu, telah mengambil keputusan untuk menubuhkan
suatu pemerintahan yang bercorak Malayan Union bagi menggantikan Pemerintahan Tentera
yang diperkenalkan oleh mereka.

Perjumpaan Kongres Melayu Pertama – 1946

Pada 11 Mac 1946, satu perjumpaan telah diadakan dengan menggabungkan 41


pertubuhan Melayu bagi membentuk Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu. Ia bermatlamat
untuk menyatupadukan orang Melayu dalam satu badan penyuaraan yang kuat supaya
Malayan Union dimansuhkan. Ketika ini Kongres ini belum mempunyaai sebaaang rancangan
kemasyarakatan dan ekonomi yang tertentu sebaliknya hanya mahu memulih kembali
kedaulatan raja-raja Melayu dan hak-hak orang Melayu sebagai bumiputera.

Penubuhan UMNO – 1946

Pada 11 Mei 1946, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah


ditubuhkan hasil perjumpaan yang diadakan oleh Kongres Melayu Pertama. UMNO banyak
memainkan peranan dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang
baru hasil daripada beberapa memorandum yang dikemukakan oleh pertubuhan tersebut
kepada pihak British.

Pada 2 Jun 1946, Malcolm MacDonald dan Sir Edward Gent memberitahu
Persidangan Raja-raja bahawa Kerajaan British bersetuju menimbang syor Raja-raja dan
Pertubuhaan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan akan menggubal perlembagaan baru
untuk Tanah Melayu. Akhirnya pada 25 Julai 1946, Dato’ Onn Jaafar dan 11 lagi ahli
jawatankuasa lain telah dipertanggungjawabkan untuk menggubal perlembagaan baru untuk
menggantikan Malayan Union.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu – 1948

Jawatankuasa Kerja telah mengkaji syor dan membuat pindaan perlembagaan yang
dicadangkan dan Kerajaan British akhirnya menerima perlembagaan tersebut dan
dilaksanakan pada 21 Januari 1948 bagi menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan
Tanah Melayu. Penubuhan ini dilakukan melalui perjanjian yang dinamakan Perjanjian
Persekutuan.

Dalam perjanjian tersebut terdapat beberapa perubahan penting yang dilakukan


dalam Perlembagaan Persekutuan 1948. Berikutan perjanjian tersebut Persekutuan Tanah
Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di
mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai
ISL M8 HBH LMH JTCC

kusa veto (pembatal) untuk menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis
Perundangan Persekutuan.

Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-masing.


Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing
pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian
Persekutuan 1948.

Pilihanraya Pertama

Hasil kegiatan politik dan tuntutan daripada pelbagai parti dan kumpulan politik pada
penghujung tahun 1940-an dan awal 1950-an telah memaksa kerajaan Inggeris memutuskan
untuk mengadakan satu pilihan raya bagi kawasan Perbandaran Kuala Lumpur pada Jun
1955. Pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota Majlis Perundangan
Persekutuan yang mengandungi 52 anggota yang dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12
pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan
persetujuan Raja-raja.

Rundingan Kemerdekaan

Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke London untuk
berunding dengan kerajaan Inggeris tentang kemerdekaan Tanah Melayu. Rombongan
tersebut terdiri daripada 4 orang wakil parti Perikatan, 4 orang wakil Raja-raja Melayu dan
wakil-wakil kerajaan Inggeris di Tanah Melayu.

Wakil-wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu telah mencapai persefahaman sebelum


mereka tiba di London. Dalam rundingan yang berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari
1956, persetujuan telah dicapai iaitu melaksanakan penubuhan segera Persekutuan Tanah
Melayu berpemerintahan sendiri dan kemerdekaan yang sepenuhnya.

Suruhanjaya Reid

Pada bulan Mac 1956, satu Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk bagi
mengkaji dan merangka Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan
pusat. Jawatankuasa yang diketuai oleh Lord Reid ini turut dianggotai oleh Sir Ivor Jennings,
Sir William Mckell, En. B. Malik dan En. Abdul Hamid. Suruhanjaya ini berfungsi untuk
mengesyorkan satu Perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen,
mengadakan majlis mesyuarat dwi-dewan dan mempunyai Kerajaan Persekutuan yang kuat.
ISL M8 HBH LMH JTCC

Syor Suruhanjaya ini dibuat dengan mengambil kira unsure-unsur tradisi masyarakat Melayu
di Tanah Melayu pada masa tersebut. Suruhanjaya ini juga diminta menjamin kedudukan
istimewa orang Melayu dan hak-hak yang sah kaum-kaum lain. Semasa proses merangka
rang undang-undang yang dimaksudkan, suruhanjaya ini telah menjalankan tugasnya pada
Jun 1956, dan telah menggemukakan laporannya pada Disember 1956.

Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 118 kali persidangan telah diadakan. Selain itu,
suruhanyaya juga telah menerima 131 memorandum yang dikemukakan oleh parti-parti politik,
pertubuhan dan orang ramai. Antara 131 memorandum yang bertulis, dua daripadanya telah
dikemukakan oleh Raja-raja Melayu dan parti Perikatan.

Menggubal Rang Undang-Undang Perlembagaan

Pada bulan Februari 1957, Rang Undang-Undang Perlembagaan yang pertama


diumumkan tetapi ia telah mendapat banyak tentangan. Justeru satu lagi jawatankuasa yang
terdiri daripada 11 orang ahli, iaitu 4 orang wakil Raja-raja Melayu, 4 orang wakil Kerajaan
Perikatan, Pesuruhanjaya Tinggi British, Ketua Setiausaha dan Peguan Negara telah dibentuk
untuk mengkaji semula perlembagaan tersebut.

Kemerdekaan Tanah Melayu

Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diluluskan pada 27


Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957. Tarikh penguatkuasaannya adalah
bersempena pengisytiharan Kemerdekaaan Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan
terbentuk hasil toleransi pelbagai kaum di negara ini, terutamanya tiga kaum terbesar, iaitu
Melayu, Cina dan India.

Penubuhan Suruhanjaya Cobbold dan Referendum Di Singapura

Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bertujuan untuk meninjau dan mengkaji pendapat


orang ramai di Sabah dan Sarawak tentang cadangan pembentukan Malaysia. Suruhanjaya
ini telah memulakan tugasnya dalam bulan Februari 1962 hingga pertengahan bulan April
tahun yang sama.

Sewaktu bertugas di Sabah dan Sarawak, mereka telah berkesempatan untuk


berjumpa dengan lebih 4000 orang dan menerima lebih kurang 2000 memorandum dan surat
yang dikemukakan oleh persatuan-persatuan politik, agama, kemasyarakatan dan kesatuan-
kesatuan sekerja. Menjelang bulan Jun 1962, Suruhanjaya tersebut telah mengeluarkan satu
laporan berhubung dengan maklum balas yang dikemukakan penduduk Sabah dan Sarawak
tentang cadangan penubuhan Malaysia.
ISL M8 HBH LMH JTCC

Penubuhan Malaysia

Pada bulan Julai 1963, satu lagi perjanjian telah ditandatangani di London, di antara
kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut
perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan satu undang-undang untuk memberi
kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang masing-masing akan mempunyai
perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akan
meluluskan satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan
Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963.

You might also like