You are on page 1of 1

Saya telah menonton filem 1957 Hati Malaya pada isnin yang lepas.

Filem ini
adalah sebuah filem patriotik. Melalui filem ini saya dapat menikmati bebagai nilai murni
yang terdapat pada anak-anak muda sebelum merdeka. Filem ini memupuk Semangat
kemerdekaan dan menerangkan perjuangan dan pengorbanan yang dilakukan oleh
tokoh-tokoh Melayu Negara yang memperjuangkan kebebasan Negara kita dari
penjajah tidak terbatas nilainya. Filem ini mengisahkan sekumpulan anak muda yang
ingin menulis buku mengenai Kemerdekaan tanahair kita ini, memperlihatkan kejadian
di mana bermulanya tercetus perasaan, dan semangat untuk memerdekakan negara di
kalangan orang melayu, seterusnya parti dan kempen demi kempen untuk menyatukan
orang melayu bermula.
Oleh yang demikian amatlah penting bagi kita sebagai warganegara Malaysia
untuk mempertahankan kebebasan yang telah dikecapi dengan menjadi seorang
warganegara yang bertanggungjawab supaya masa depan anak bangsa terjamin. Filem
1957 Hati Malaya bukan sekadar filem sejarah yang mencatatkan kronologi sahaja
malah ia mampu menyuntik semangat patriotik. Menerusi filem tersebut juga saya
dapat melihat betapa tingginya semangat jati diri kaum Melayu ketika itu.
Filem ini mampu memberi banyak pengajaran kepada orang kami. Filem ini
umpama buku sejarah. Kita boleh mengetahui bagaimana negara merdeka dengan
menonton. Saya sendiri dapat ilmu daripada filem ini jug saya dapat tahu ramai yang
berjuang untuk kepentingan negara.
Sebagai rakyat Malaysia semua orang mesti menonton filem ini kerana
mengandungi unsur unsur sejarah dan patriotismanya. Bagi pendapat saya, filem
seperti ini sangat bagus untuk digunakan sebagai salah satu bahan pengajaran di
sekolah, kerana secara tak langsung akan menarik minat pelajar untuk mengetahui
sejarah negara kita dengan lebih mendalam.

You might also like