You are on page 1of 4

Pemilihan stail pakaian

Stail pakaian ialah cara sesuatu pakaian itu dibuat atau digayakan. PEmilihan stail pakaian kerap
dipengaruhi oleh bentuk badan kerana elemen asas reka bentuk pakaian seperti corak, warna,
tekstur dan rupa fabrik, garisan dan cantuman, garis leher dan garis
lengan akan menampilkan bentuk badan yang menarik dan bergaya.

CORAK
Corak ialah motif pada fabrik yang beraneka seperti garisan, bunga, bentuk geometri, genggang dan
lain-lain bertujuan mengenal fabrik. Corak boleh dihasilkan melalui proses mencetak, menenun atau
mengait fabrik. Penggunaan perisian CAD(Computer Aided Design) merupakan teknik moden
yang memepercepat proses rekaan bentuk daripada yang mudah kepada corak-corak yang lebih
kompleks.

WARNA
Warna juga boleh memberikan kesan ilusi pada bentuk badan. Terdapat tiga kategori warna,
iaitu warna terang, warna lembut, warna gelap.
Warna terang ialah hasil daripada warna merah dan kuning yang akan memancarkan cahaya dan
menamparkan orang yang kurus kelihatan lebih gempal.
Warna lembut seperti biru muda ungu, hijau muda, dan turqoise sesuai untuk orang yang kurus
kerana warna ini akan menampakkan seseorang lebil gempal.

Warna lembut seperti unggu akan menampakkan orang


yang gempal kelihatan lebeh gempal

TEKSTUR FABRIK
Tekstur fabrik ditentukan oleh jenis gentian, pembinaan dan kemasan yang diberikan.

Fabrik yang keras atau berfluf, berkait atau bertenun timbul akan menampakkan orang yang kurus
kelihatan lebih gempal.
Fabrik yang sederhana tebal seperti korduroi dan denim sesuai untuk orang yang berbadan kurus
kerana fabrik ini akan menampakkan seseorang itu kelihatan lebih gempal.
Fabrik berkilau akan membalikkan cahaya dan menampakkan bentuk badan lebih ketara dan fabrik
ini sesuai untuk orang yang kurus kerana seseorang itu akan kelihatan gempal.

Fabrik yang menyerap cahaya seperti flannel akan menampakkan orang gempal kelihatan kurus.

Rajah di atas menunjukkan tekstur yang


tebal akan menampakkan seseorang itu kelihatan lebih besar

STAIL PAKAIAN
Stail pakaian yang dipilih harus juga bersesuaian dengan lokasi, masa dan fungsinya.
Pakaian formal terdiri daripada pakaian tradisional, pakaian seragam, pakaian rasmi, dan
pakaian upacara. Stail pakaian formal mestilah anggun dan bergaya.
Pakaian seragam seperti seragam sekolah, polis, tentera dan sebagainya dapat memupuk
semangat kekitaan di kalangan di kalangan ahli kumpulan serta semangat bertanggungjawab
menjaga imej kumpulan tersebut.
Pakaian rasmi dipakai ketika menjalankan tugas tertentu untuk menunjukkan profesion seperti
doktor, penguam, hakim dan sebagainya.

Pakaian Polis

Pakaian Bomba

Pakaian Pelajar
Rajah semua di atas menunjukka Jenis pakaian Formal

You might also like