You are on page 1of 45

Pengenalan Blaus / Kemeja Pakaian merupakan salah satu keperluan asas manusia iaitu berfungsi untuk melindungi tubuh

dari kepanasan, kesejukan serta ancaman-ancaman lain. Hiasan diri pula digunakan dan dipakai sebagai pelengkap kostum dan menyerikan lagi si pemakai. Bagi masyarakat Melayu, pakaian dan hiasan diri pada asalnya lebih berfungsi sebagai simbol kedudukan dan kekuasaan seseorang dalam masyarakat. Namun, fungsi pakaian dan hiasan semakin berkembang dan berubah mengikut peredaran zaman. Blaus dan kemeja merupakan pakaian yang amat digemari pada masa sekarang.Ia mempunyai bentuk yang kemas dan menarik bagi si pemakai. Setiap rekaannya adalah berbeza dan sentiasa berubah mengikut pereka yang mempunyai idea yang tersendiri. Blaus merupakan pakaian yang boleh disesuaikan dengan skirt, slek dan sarung. Pakaian ini mula dipakai pada tahun 1860. Blaus direka dalam pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal bergantung kepada pilihan fabrik dan hiasan. Blaus terbahagi kepada : - Bahagian hadapan baju. - Bahagian belakang baju. - Kolar. - Lengan. - Mansit. Kemeja pula merupakan pakaian bahagian atas. Pada asalnya kemeja ini dipakai oleh lelaki Amerika sebagai pakaian dalam sebelum memakai jaket atau kot. Pada pandangan orang British pula kemeja ialah pakaian yang mempunyai kolar, lengan panjang berkancing dan belah yang berkancing atau butang. Terdapat pelbagai cara untuk menggambarkan dan membezakan sesuatu kemeja. Perbezaan kecil mungkin disignifikasikan kepada perbezaan budaya dan juga pekerjaan seseorang. Antara perbezaan yang dapat dilihat adalah: 1. Lengan a. Lengan pendek b. Lengan panjang c. Lengan berkancing d. Lengan tiga suku

2. Kolar a. Kolar simpul b. Kolar lurus c. Kolar peterpan d. Kolar kelasi e. Kolar kemeja f. Kolar tegak

3. Poket a. Poket berzip b. Poket berpenutup c. Poket berkancing

Reka Cipta Stail Pakaian Mereka cipta pakaian memerlukan idea dan daya kreativiti di samping menerapkan elemen dan prinsip seni reka untuk menghasilkan pakaian yang tulen dan sesuai dengan bentuk badan. Stail pakaian pula merupakan cara sesuatu pakaian itu dibuat atau digayakan. Pemilihan stail pakaian kerap dipengaruhi oleh bentuk badan kerana elemen asas reka bentuk pakaian seperti corak, warna, tekstur dan rupa fabrik, garisan dan cantuman, garis leher, dan garis lengan akan menampilkan bentuk badan yang menarik dan bergaya. Saya telah mereka bentuk pakaian berdasarkan ciri-ciri yang disebut. Corak Corak ialah motif pada fabrik yang beraneka seperti garisan, bunga, bentuk geometri, genggang, dan lain-lain bertujuan mengenal fabrik. Corak boleh dihasilkan melalui proses mencetak, menenun, atau mengait fabrik. Penggunaan perisian CAD (Computer Aided Design) merupakan teknik moden yang berupaya mempercepatkan proses reka bentuk daripada yang mudah kepada corak-corak yang lebih kompleks. Pemilihan corak yang sesuai akan menghasilkan pakaian yang menarik, nilai estetika yang tinggi, serta memberikan kesan ilusi kepada bentuk badan. Pada rekaan pakaian saya, saya telah memilih corak garisan-garisan kecil. Walaupun ia menonjolkan lagi bentuk badan saya yang kurus dan tinggi tetapi tidak begitu ketara kerana jarak antara garisan memberikan satu ilusi yang berbeza.

Warna Warna juga boleh memberikan kesan ilusi pada bentuk badan. Terdapat tiga kategori warna iaitu warna terang, warna lembut, dan warna gelap. Warna terang ialah hasil daripada warna merah dan kuning yang akan memancarkan cahaya dan menampakkan seseorang lebih gempal. Warna lembut seperti biru muda, ungu, hijau muda, dan turqoise sesuai untuk orang yang kurus kerana warna ini akan menampakkan seseorang lebih gempal. Sementara warna gelap seperti biru, hijau, dan ungu akan menyerap cahaya dan menampakkan orang yang gempal kelihatan lebih langsing. Pakaian yang mempunyai satu warna akan memberikan ilusi kelangsingan. Warna gelap pula jika dipadankan dengan warna lembut akan menampakkan seseorang kelihatan lebih pendek. Saya memilih fabrik yang dengan kombinasi dua warna gelap untuk kelihatan lebih yakin.

Tekstur Fabrik Tekstur fabrik ditentukan oleh jenis gentian, pembinaan, dan kemasan yang diberikan. Fabrik yang keras atau berluf, berkait atau bertenun timbul akan menampakkan orang yang kurus kelihatan lebih gempal. Fabrik yang sederhana tebal seperti korduroi dan denim sesuai untuk orang berbadan kurus kerana fabrik ini akan menampakkan seseorang itu kelihatan lebih gempal. Fabrik berkilau akan membalikkan cahaya dan menampakkan bentuk badan lebih ketara dan fabrik ini lebih sesuai oarang yang kurus. Untuk pemilihan fabrik, saya memilih jenis kapas untuk memudahkan proses menjahit dan untuk keselesaan ketika memakainya.

Garisan dan Cantuman Terdapat tiga jenis garisan dan cantuman yang biasa digunakan untuk memberikan kesan ilusi kepada bentuk badan, iaitu garisan menegak, mendatar, dan menyerong. Garisan menegak membahagikan pakaian kepada kepingan kecil secara menegak. Garisan mendatar memotong pakaian kepada dua bahagian secara mendatar seperti garisan empayar dan bahu mendatang. Garisan ini akan memberikan kesan ilusi rendah dan lebar. Garisan menyerong menampakkan pemakai kelihatan lebih langsing. Gabungan garisan menegak dan menyerong jua memberikan kesan ilusi langsing dan lebih tinggi. Gabungan garisan menyerong dan mendatar akan memberikan kesan ilusi lebih lebar. Saya menggunakan garisan menegak untuk menampakkan pakaian lebih cantik dan menyerlah tetapi stail yang ringkas.

Garis leher Garis leher terbahagi kepada lima iaitu bentuk U, bentuk V, bentuk segi empat, bentuk hati, dan bentuk sampan. Garis leher boleh digantikan dengan kolar untuk menyesuaikan pelbagai stail pakaian. Kolar boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu kolar rata, kolar gulung, dan kolar tegak. Saya telah memilih kolar rata untuk menampakkan pakaian lebih kemas dan bersahaja sesuai dengan tema santai.

Bahan dan Alatan Projek Pemilihan bahan:

Benang jahit

Butang

Fabrik

Ciri Stail Pakaian

i.

Menjahit kolar lurus sebagai kemasan garis leher

Definisi Kolar ialah dua kepingan kain yang dibentuk, dicantumkan dan kemudian dilekatkan pada garis leher. Kolar ini berbentuk lurus dan tegak pada bahagian belakang garis leher. Lebar kolar pada bahagian belakang adalah kira-kira setengah atau kurang daripada setengah lebar kolar. Kegunaan kolar a) Untuk menyeudahkan garis leher pada pakaian b) Memberi gaya atau stail pada pakaian c) Sebagai perhiasaqn supaya pakaian kelihatan lebih menarik d) Memberikan kepanasan kepada pakaian Ciri-ciri kolar lurus 1. Kolar biasanya mempunyai dua lapisan fabrik 2. Permukaan kolar rata 3. Kolar terletak rata dan kemas di garis leher 4. Bahagian kanan dan kiri kolar hendaklah seimbang 5. Kedua-dua hujung kolar sama lebar 6. Camtuman kelim kolar tidak teratur

ii.

Lengan padanan rata dijahit pada bahagian lengan dan dipasang mansit pada hujung lengan

Definisi Lengan ialah tambahan pakaian dari lubang lengan. Ia boleh jadi sepotong fabrik yang dicantumkan ke lubang atau pun tambahan daripada badan. Lengan biasa yang dicantumkan dengan baik mempunyai ira lurus yang terletak di garis atas lengan. Hujung lengan boleh disiapkan dengan kelepet, lapik atau kun

Fungsi lengan a) Melindungi kecacatan lengan b) Melindungi daripada cuaca panas dan sejuk c) Menambah keanggunan si pemakai jika sesuai dengan fesyen dan fabrik d) Mengekalkan ciri tradisi sesuatu pakaian seperti baju kurung teluk belangan dan sari

iii.

Kelepet belah sama lebar dijahit pada bahagian butang dan lubang butang.

Definisi Penyudah tepi adalah salah satu proses jahitan. Ia dibuat untuk melindungi tepi fabrik daripada berjerumbai atau berjurai-jurai.

Jenis jenis penyudah tepi 1. Kelepet 2. Penjuru 3. Lapik 4. Kun 5. Rendah 6. Ikatan pinggang 7. Kasing 8. Jahitan sulaman

iv.

Kancing yang digunakan dalam blaus ini ialah butang dan lubang butang.

Definisi Kancing ialah sejenis alat yang digunakan untuk menutup belah pada pakaian lelaki dan wanita, artikel dan lain-lain lagi supaya dapat mengelakkan bentuk asal pakaian atau artikel. Ia juga digunakan sebagai perhiasan. Kancing-kancing yang dipasang pada pakaian atau artikel hendaklah dijahit dengan kukuh dan kemas. Pemilihannya bergantung kepada fesyen dan kesesuaian fabrik.

Tujuan menjahit kancing 1) Mengancingkan belah 2) Sebagai perhiasan 3) Kancing biasanya dilekatkan pada lipat tindih atas dan lipat tindih bawah belah 4) Cara-cara melekatkan kancing pada pakaian bergantung kepada jenis kancing yang dipilih Jenis-jenis kancing 1) Butang katup 2) Butang cangkuk dan kancing 3) Butang cangkuk dan rumah 4) Butang cangkuk dan rumah cangkut bersirat

v.

Kelim belah kangkung dijahit bagi mencantum bahagian bahu dan tepi baju.

Definisi Kelim ialah cantuman dua atau lebih kepingan fabrik untuk memberi bentuk pada pakaian atau artikel. Kelim yang dijahit mestilah sesuai dengan pakaian yang hendak dijahit dan lebar kelim mesti sekata di seluruh pakaian. Pemilihan kelim pada pakaian bergantung kepada jenis fabrik yang digunakan, kedudukan kelim dan jenis pakaian Perkara-perkara yang mesti diberikan perhatian semasa menyediakan kelim 1) Gunakan kelim yang sama untuk seluruh pakaian 2) Kelimperlu dijahit tepat pada garis pemadan untuk mendapatkan bentuk dan rupa yang elok 3) Lebar kelim yang dijahit mesti seragam iaitu sama lebar pada keseluruhan pakaian 4) Kelim yang dijahit mesti rata dan kemas 5) Ketegangan jahitan mesti betul dan sesuai supaya hasil kelim tidak berkedut 6) Pilih jenis kelim yang sesuai dengan pakaian dan jenis fabrik. Kelim yang rata dan kurang tebal sesuai digunakan untuk fabrik jenis tebal. Untuk fabrik nipis pula, pilih kelim yang rata dan kemas.

ALATAN MENGUKUR ALAT KEGUNAAN Mengukur dengan tepat ukuran badan dan fabrik. PEMILIHAN - diperbuat daripada gentian kaca, sintetik dan plastik. - mempunyai penahan logam di kedua-dua hujungnya - tidak memeri, teguh Pita ukur dan tahan - mempunyai tanda ukuran metrik yg terang dan jelas. - simpan di dalam kotak jahitan PENJAGAAN - gulung setelah digunakan dengan nombor yg besar di sebelah dalam

PEMBARIS SESIKU - Membuat garisan - Diperbuat daripada bersudut tepat dan kayu atau plastik. garisan lurus pada pola atau fabrik. - Bahagian melengkung digunakan untuk membentuk garis leher dan lubang Pembaris sesiku & pembaris melengkung PEMBARIS MELENGKUNG - Membentuk garis melengkung seperti garis leher, keruk lengan, rusuk blaus, rusuk skirt dan kaki - Ukuran metrik yang jelas. - Diperbuat daripada kayu atau plastik. - Gantung atau simpan di tempat yang sesuai. lengan. - Mempunyai ukuran yang terang dan tepat di kedua-dua bahagian dalam unit metrik. - Gantung pembaris atau simpan ditempat yang rata.

seluar semasa mendraf pola. - Mengukur dan menanda garisan lurus di kertas pola. - Tepinya licin, rata dan - Mengukur fabrik. lurus. - Diperbuat daripada kayu atau plastik. - Gantung atau simpan di tempat yang sesuai.

- Mempunyai ukuran yg tepat dalam unit metrik.

Pembaris lurus

ALATAN MEMOTONG ALAT KEGUNAAN - Menggunting fabrik. PEMILIHAN - Diperbuat daripada keluli tahan karat. PENJAGAAN - Elakkan daripada terjatuh.

- Pilih yang tajam.

- Digunakan untuk menggunting fabrik

- Skru tidak longgar.

sahaja.

Gunting fabrik

- Pemegang yang melengkung.

- Simpan di dalam sarung selepas digunakan.

- Minyakkan sendi gunting jika perlu.

- Khas untuk menggunting kertas.

- Sederhana besar. - Panjang 15 17 cm.

- Elakkan daripada terjatuh.

- Minyakkan sendinya.

- Asingkan dari gunting fabrik. Gunting kertas - Simpan di kotak jahitan atau tempat yang sesuai. - Untuk menggunting benang jahitan. - Mempunyai mata yang anjal dan tajam. - Simpan di dalam sarung.

- Sapu dengan minyak apabila perlu. Sniper - Untuk membuka jahitan yang tersilap - Panjangnya lebih kurang 8 cm. - Elakkan daripada terjatuh.

- Menebuk lubang butang.

- Mempunyai mata yang diperbuat daripada keluli yang tidak berkarat.

- Tutup dengan penutup.

Penetas - Mempunyai penutup

ALATAN MENANDA ALAT KEGUNAAN - Menandakan garis pemadan pada fabrik. PEMILIHAN - Pilih kapur yang tidak mudah pecah. PENJAGAAN - Simpan di dalam bekas supaya tidak mudah pecah. - Memindahkan garis tanda pola pada fabrik. - Pilih warna yang sesuai dengan fabrik

- Kapur yang dibuat Kapur tukang jahit daripada lilin tidak sesuai untuk fabrik sintetik. - Memindahkan tanda dan garisan pola pada fabrik. - Diperbuat daripada keluli berkilat supaya tidak berkarat. - Simpan di antara fabrik tebal supaya matanya tidak rosak

- Pilih roda surih mengikut jenis fabrik. Roda surih - Mudah bergerak apabila ditolak. - Digunakan bersama roda surih atau pensil tajam untuk memindahkan tanda pola ke fabrik. - Pilih warna yang sesuai dengan fabrik.

- Simpan di kotak jahitan.

- Elakkan daripada terjatuh. - Simpan di dalam sampul khas setelah digunakan.

- Jangan lipat kertas karbon.

- Memindahkan motif sulaman ke fabrik. Kertas karbon

- Menanda garisan pemadan pada fabrik.

- Terdapat dalam pelbagai warna.

- Jangan asah terlalu tajam.

- Membuat dan memindahkan tanda Pensil tukang jahit pola.

- Boleh ditajamkan dengan pengasah pensil.

- Elakkan daripada terjatuh.

- Simpan dalam - Menanda garis gunting pada fabrik. - Jangan biarkan ia - Gunakan garisan yang halus supaya tidak kotor. - Untuk menyemat pola pada fabrik dan kepingan fabrik. - Pilih peniti yang tajam supaya tidak merosakkan fabrik. - Tabur tepung ubi - Digunakan dalam kerjakerja mengacu pakaian. Jarum peniti - Pilih yang panjang dan halus untuk fabrik tebal dan panjangnya 2.5 cm 4.5 cm. - Alaskan kotak - Pilih peniti yang pendek untuk kertas. dengan kain flannel untuk menyerap lembapan supaya peniti tidak berkarat. atau bedak talkum didalam kotak peniti supaya tidak berkarat. - Gunakan dgn cermat dan jimat. tumpul. kotak jahitan.

ALATAN MENJAHIT ALAT KEGUNAAN - Untuk jahitan biasa seperti menjahit jelujur dan menyembat kelepet. - Pelbagai saiz mengikut kegunaan. - Sesuai untuk semua jenis fabrik. Jarum tangan Jenis tajam (sharps) - Jahitan biasa 7-9. - Jangan mencampurkan jarum baru dengan jarum terpakai. - Untuk menjahit jahitan mesin - Nombor 9-11 untuk fabrik nipis. - Pasang jarum dengan betul. PEMILIHAN - Bermutu dan tajam PENYIMPANAN - Elak daripada berkarat dan simpan di dalam bekas jarum.

- Nombor 13 untuk fabrik sederhana.

- Jangan tarik fabrik ketika menjahit.

- Nombor 14-18 untuk fabrik tebal. Jarum mesin

- Simpan di dalam sampul yang disediakan.

- Pilih jenis bermutu dan tidak mudah patah. - Elakkan dari menyimpan di dalam kotak peniti. - Pilih jarum yang sesuai dengan fabrik

- Pilih saiz jarum yang sesuai dengan benang dan fabrik.

MESIN JAHIT ALAT KEGUNAAN - Menjahit lurus. PEMILIHAN - Mengikut keperluan tukang jahit. - Menjahit sulam. - Mempunyai - Menjahit butang. penutup. PENYIMPANAN - Letakkan di atas meja yang sesuai dengan ketinggian dan jauh dari pancaran matahari. Meja perlu rata dan - Menjahit lubang butang. - Dibekalkan dengan buku panduan. kukuh supaya jahitan mesin elok.

- Menjahit zip. Mesin jahit mudah alih - Menjahit kelepet gulung.

- Mempunyai alat pengawal kelajuan.

- Pusingkan tombol pengawal ke kedudukan O, tutup

- Mempunyai lampu.

suis dan tanggalkan palam jika tidak

- Menjahit ropol.

- Pilih jenama yang mempunyai perkhidmatan selepas membeli.

menggunakannya.

- Cabut tapak pengawal.

- Pilih jenis mesin yang alat gantinya mudah didapati.

- Turunkan tapak penekan jahitan.

- Pusingkan roda imbang sehingga jarum berada di kedudukan paling rendah sebelum menyimpan.

- Mengemas tepi kelim dan kelepet.

- Untuk menjimatkan perbelanjaan, pilih mesin dwi fungsi.

- Pastikan minyak mencukupi dalam bekas minyak untuk perjalanan dan

- Menjahit hiasan seperti mengemas tepi tudung dan tepi ropol. - Menjahit dan Mesin jahit pengemas tepi - Menjahit dan mengemas tepi kelim seperti menjahit kemeja T - Pilih jenis jenama yang mempunyai perkhidmatan selepas membeli. mengemas serentak. - Menjahit dan menghias.

penyelenggaraan mesin.

- Buang habuk fabrik dan benang setiap kali selepas digunakan.

- Gunakan berus halus untuk membersih

- Pilih jenis mesin yang alat gantinya mudah didapati.

bahagian dalam badan mesin.

- Gantikan pisau - Dibekalkan dengan buku panduan. pemotong apabila tumpul supaya tidak merosakkan fabrik.

ALATAN MENEKAN ALAT KEGUNAAN - Menekan dan menyeterika setiap proses pada semua peringkat jahitan supaya kemas dan Seterika rata. - Mempunyai kawalan pelaras suhu. - Ikut panduan penggunaan. PEMILIHAN - Pilih yang sederhana berat. PENYIMPANAN - Elakkan daripada terjatuh.

- Bersihkan tapak - Mudah diguna dan dijaga seterika apabila perlu.

- Pilih yang ada dua cara penggunaan, iaitu kering dan wap. - Memudahkan semua proses menyeterika dan menekan. - Permukaan bod dilapik dengan fabrik yang tahan panas. Bod seterika - Pilih yang kukuh dan stabil. - Pilih ketinggian bangku yang sesuai.

- Biarkan sejuk sebelum disimpan.

- Simpan selepas digunakan.

- Jangan meletakkan seterika yang terlalu panas di atas bod.

Ukuran Badan SENARAI UKURAN BADAN BIL BAHAGIAN BADAN UKURAN (cm)

A)

GARIS LINTANG

Leher

38

Dada

90

Pinggang

86

Punggung

92

Bahu

39

Bidang belakang

49

Keliling hujung lengan

35

Keliling atas lengan (ketiak)

42

B)

GARIS MENEGAK

13

Labuh baju

58

14

Labuh lengan

29

Pengiraan Kos Pengiraan kos projek sehelai kemeja Bil 1. 2. 3. 4. 5. Kos bahan Alatan / Bahan Fabrik kapas Benang jahit Lapik dalam Butang Kertas mahjung Kuantiti 2 meter 1 buku meter 5 biji 2 helai Kos seunit (RM) 4.00/meter 0.80/buku 3.60/meter 0.20/biji 0.60/helai Kos (RM) 8.00 0.80 0.90 1.00 1.20 11.90

Jumlah

Kos upah Masa 6 jam Kos sejam RM 2 Kos RM 12 RM 12

Jumlah pekerja Seorang Jumlah

Kos sampingan Kuantiti 1 helai baju kemeja Kos seunit RM 2.00 Kos (RM) RM 2.00 RM 2.00

Perkara Jahit kemas Jumlah

Kos projek = kos bahan + kos upah + kos sampingan = 11.90 + 12 + 2 = 25.90 Jumlah kos projek = RM 25.90

Menyusun Atur Pola 1. Sebelum menyusun atur pola di atas fabrik, pastikan : a) Pola tidak berkedut b) Pola telah diubahsuai mengikut stail dan ukuran yang ditetapkan c) Kedua hujung fabrik telah diluruskan

2. Membentang Fabrik

a) Dapatkan permukaan yang luas dan rata untuk membentang fabrik b) Kenal pasti sebelah dalam dan sebelah luar fabrik c) Kenal pasti corak fabrik

3. Menyusun atur pola di atas fabrik a) Biasanya fabrik dilipat dengan sebelah luar bertemu dan pola disusun di atas sebelah dalam fabrik. b) Apabila sekeping sahaja pola perlu digunting, susun pola di luar fabrik. c) Pastikan pola dibentang dengan tanda ira lurus selari dengan ira lurus fabrik. Ukur dari tepi untuk ketepatan. d) Susun atur kepingan pola yang besar diikuti dengan kepingan pola yang kecil. e) Letakkan tepi lipatan pola yang bertanda lipatan, tepat di atas lipatan. f) Sekiranya dua kepingan pola perlu digunting satu per satu, terbalikkan kepingan pola apabila menggunting pada kali kedua untuk mendapatkan satu bahagian kiri atau satu bahagian kanan. g) Sematkan kepingan pola dengan menyemat merentas sudut dan jarak 10 15 cm. Pastikan kedudukan peniti tidak terkeluar daripada garisan menggunting. h) Fabrik dan pola hendaklah terletak rata di atas permukaan kerja semasa menyemat. i. Susun atur semua kepingan pola di atas fabrik sebelum menggunting untuk memastikan setiap kepingan pola dapat dimuatkan di atas fabrik.

Pola Yang Lengkap

Pola bahagian belakang

Pola bahagian depan

Pola lengan pendek

Pola kolar kemeja

Langkah Kerja

Langkah-Langkah Menggunting Fabrik Dan Memindahkan Tanda Pola Pada Fabrik

a.

Menggunting fabrik Gambar

i.

Dengan menggunakan gunting fabrik, gunting tepat di tepi pola dengan menggunakan kuak yang panjang.

ii. iii.

Gunting kepingan pola yang besar dahulu diikuti yang kecil. Semasa menggunting, pastikan fabrik sentiasa terletak di atas permukaan kerja dengan gunting menyentuh permukaan.

iv. v. vi.

Gunting tanda pemadan menghala ke luar. Gunting kesemua pola dalam satu masa Elakkan daripada memusing pola dan fabrik semasa menggunting.

b.

Memindah tanda pola pada fabrik Gambar

i. ii.

Pindahkan tanda pola sebelum menanggalkan pola pada fabrik. Antara pola yang perlu dipindahkan ialah : Garis pemadan / basi kelim Lisu pemadan Garis kelepet Lubang butang

c.

Tanda pola dipindahkan dengan menggunakan : Gambar

Kertas karbon dan roda surih Kapur tukang jahit Jelujur kasar Jarum peniti

Langkah-langkah menjahit kemeja 1. Jahit kelim di bahu dengan kelim belah kangkung. a. Temukan SL badan hadapan dan badan belakang. Jahit mesindi garisan pemadan bahu kanan dan bahu kiri. b. Buka dan tekan kelim.

2. Menyedia belah kelepet sama lebar. a. Sediakan lapik dalam lembut sesuai dengan lebar kelepet b. Tekan di SD kelepet. c. Kemaskan tepi kelepet dengan jahit mesin kemas tepi. d. Kemaskan penjuru kelepet.

4. Menjahit kelim rusuk dengan kelim belah kangkung a. Temukan SL badan hadapan dan badan belakang b. Jahit mesin di GP rusuk kanan dan rusuk kiri c. Buka dan tekan kelim

5. Menyedia dan mencantum lengan Langkah 1 menyedia lengan a. Jahit mesin 0.5 cm di atas dan di bawah garis pemadan kepala lengan. b. Temukan SL lengan berhadapan c. Sematkan dengan peniti dan jahit mesin di GP kelim lengan kanan dan kiri. d. Buka dan tekan kelim

Langkah 2 mencantum lengan ke lubang lengan 1. Temukan SL lengan dengan SL kemeja 2. Temukan GTL dengan garisan bahu 3. Temukan kelim lengan dengan kelim rusuk kemeja 4. Seratakan lengan ke lubang lengan 5. Sematkan dengan peniti dan jahit mesin di GP lubang lengan kemeja

6. Menyedia dan menetapkan kelepet lurus Langkah 1 menyedia kelepet a. Lipat fabrik di garisan kelepet b. Sematkan dengan peniti

Langkah 2 menetapkan kelepet a. Jahit mesin atau silang pangkah b. Tekan dengan seterika

7. Menjahit butang dan lubang butang 8. Menekan dengan seterika

Gambar Kemeja Pandangan Hadapan

Gambar Kemeja Pandangan Belakang

Kesimpulan Kesimpulannya, dalam mereka cipta sesuatu pakaian banyak aspek yang perlu dititik beratkan. Antaranya ialah reka bentuk dan stail pakaian, elemen dan prinsip dan sebagainya. Perancangan yang rapi juga perlu dibuat terlebih dahulu sebelum sesuatu projek pakaian dilaksanakan. Perancangan seperti memilih fabrik, membuat pola dan menggunting fabrik amat penting dalam menghasilkan pakaian yang dinginkan. Perancangan di sini membawa maksud rekod kerja sepanjang proses pelaksanaan reka bentuk pakaian. Rekod kerja ini memperincikan setiap sudut proses membuat pakaian yang merangkumi lakaran projek, pengiraan kos dan sebagainya. Dengan adanya rekod kerja ini, penggunaan fabrik, bahan, tenaga dan masa dapat diuruskan dengan sebaiknya. Membuat rekod kerja mengajar saya untuk berfikiran lebih terbuka dalam semua perkara. Jika melihat kepada aspek reka cipta pakaian, saya perlu berfikir secara kritis dan kreatif untuk menghasilkan pakaian yang menarik dan sesuai dengan bentuk badan saya sendiri. Saya mereka bentuk pakaian dengan melihat kepada beberapa aspek seperti prinsip dan elemen dalam reka bentuk pakaian. Akhir sekali, dengan pelaksanaan rekod kerja ini melatih diri saya menjadi lebih berdisiplin dan mengikut segala peraturan dan langkah dalam penyediaan projek saya ini. Ini adalah supaya kemeja yang saya hasilkan menepati dengan ciri-ciri dan stail yang dirancang dari awal siap dengan sempurna dan jayanya.

Refleksi

Bibliografi

Azmawati Abd. Aziz, Lamah Abd. Ghani & Zaitun Zakiah Mohd. Noor (2002). Bahan sumber Pembelajaran Pengajian Pakaian Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia

Sarimah Abd. Razak & Zahrah Esa (2003). Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Blue-T Communications Sdn Bhd.

Burke, J.W. (1990). Competency based education and training. The Falmer Press: London.

Mariam Abu Bakar (2000). Panduan Membuat Pakaian. Kuala Lumpur: Karya Bistari Sdn. Bhd.

How to Sew. Dimuat turun pada 2 April 2010 daripada http://www.instructables.com/id/How-to-Sew./

Pakaian & Jahitan -.:MyERT:.- Usahasama BTPN & JPN Selangor. Dimuat turun pada 2 April 2010 daripada: http://www.myert.net/v3/content/view/69/113/

LANGKAH KERJA

Langkah-Langkah Menggunting Fabrik Dan Memindahkan Tanda Pola Pada Fabrik

d.

Menggunting fabrik Gambar

vii.

Dengan menggunakan gunting fabrik, gunting tepat di tepi pola dengan menggunakan kuak yang panjang.

viii. ix.

Gunting kepingan pola yang besar dahulu diikuti yang kecil. Semasa menggunting, pastikan fabrik sentiasa terletak di atas permukaan kerja dengan gunting menyentuh permukaan.

x. xi. xii.

Gunting tanda pemadan menghala ke luar. Gunting kesemua pola dalam satu masa Elakkan daripada memusing pola dan fabrik semasa menggunting.

e.

Memindah tanda pola pada fabrik Gambar

iii. iv.

Pindahkan tanda pola sebelum menanggalkan pola pada fabrik. Antara pola yang perlu dipindahkan ialah : Garis pemadan / basi kelim Lisu pemadan Garis kelepet Lubang butang

f.

Tanda pola dipindahkan dengan menggunakan : Gambar

Kertas karbon dan roda surih Kapur tukang jahit Jelujur kasar Jarum peniti

Langkah-langkah menjahit kemeja 3. Jahit kelim di bahu dengan kelim belah kangkung. a. Temukan SL badan hadapan dan badan belakang. Jahit mesindi garisan pemadan bahu kanan dan bahu kiri. b. Buka dan tekan kelim.

4. Menyedia belah kelepet sama lebar. a. Sediakan lapik dalam lembut sesuai dengan lebar kelepet b. Tekan di SD kelepet. c. Kemaskan tepi kelepet dengan jahit mesin kemas tepi. d. Kemaskan penjuru kelepet.

6. Menjahit kelim rusuk dengan kelim belah kangkung a. Temukan SL badan hadapan dan badan belakang b. Jahit mesin di GP rusuk kanan dan rusuk kiri c. Buka dan tekan kelim

7. Menyedia dan mencantum lengan Langkah 1 menyedia lengan e. Jahit mesin 0.5 cm di atas dan di bawah garis pemadan kepala lengan. f. Temukan SL lengan berhadapan

g. Sematkan dengan peniti dan jahit mesin di GP kelim lengan kanan dan kiri. h. Buka dan tekan kelim

Langkah 2 mencantum lengan ke lubang lengan 9. Temukan SL lengan dengan SL kemeja 10. Temukan GTL dengan garisan bahu 11. Temukan kelim lengan dengan kelim rusuk kemeja 12. Seratakan lengan ke lubang lengan 13. Sematkan dengan peniti dan jahit mesin di GP lubang lengan kemeja

14. Menyedia dan menetapkan kelepet lurus Langkah 1 menyedia kelepet c. Lipat fabrik di garisan kelepet d. Sematkan dengan peniti

Langkah 2 menetapkan kelepet

c. Jahit mesin atau silang pangkah d. Tekan dengan seterika

15. Menjahit butang dan lubang butang 16. Menekan dengan seterika

You might also like