You are on page 1of 26

1.

0 PENGENALAN
Pakaian memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia untuk
melindungi badan sendiri seperti tubuh badan, kaki dan tangan. Dengan mempunyai
pakaian mampu mengelakkan sendiri daripada dijangkiti penyakit iaitu selesema,
demam atau batuk disebabkan kesejukan atau panas. Tanpa pakaian, kita berbongel
lalu berasa tidak selesa dan berasa pelik kerana kekurangan sesuatu.
Pakaian biasanya dibuat daripada kapas, linen, bulu, haiwan, sutera dan lainlain lagi. Pelbagai bahan yang digunakan untuk membuat pakaian dapat
menghasilkan reka bentuk yang unik yang cantik. Ketika memilih pakaian, manusia
juga merujuk kepada bahan yang dibuat lalu memilih rekaan pakaian yang cantik dan
sesuai dengan ukuran badan sendiri. Pakaian yang dipilih berdasarkan ukuran badan
sendiri mampu menunjukkan keyakinan dan kesan lebih baik.
Tambahan pula, kesenian pakaian juga dapat dinilai dari segi kualiti fabrik,
reka bentuk dan warna. Kemeja merupakan salah satu jenis pakaian yang dapat
menarik perhatian orang lain berdasarkan reka bentuk yang pelbagai. Baju kemeja
adalah salah satu pakaian yang formal iaitu mempunyai kolar, berbutang atau berzip,
lengan panjang dan pendek. Kebiasaannya, kemeja diperbuat daripada berbagaibagai jenis fabrik seperti serat kapas atau serat polyester supaya tenunan kemeja
akan menjadi lembut dan selesa dipakai terutama bagi negara Malaysia yang sentiasa
mengalamai cuaca panas.

2.0 REKA CIPTA STAIL PAKAIAN


Semasa reka cipta stail pakaian merangkumi proses mereka cipta stail pakaian,
mengenalpasti masalah yang timbul, pencetusan idea bagi menghasilkan pakaian yang
terbaik, perekaan projek pakaian dan lakaran stail pakaian.

Proses Mereka Cipta Stail


Pakaian
Mengenalpasti Masalah
Pencetusan Idea
Perekaan Projek Pakaian
Lakaran Stail Pakaian

2.1 LAKARAN STAIL PAKAIAN

LAKARAN : 1

LAKARAN : 2

LAKARAN : 3

3.0 ILLUSTRASI TEKNIKAL STAIL PAKAIAN

3.1 LUKISAN KERJA

Lakaran Hadapan

Lakaran Belakang
Kolar
Lurus

Lengan
Pandanan
rata

Butang
Kelim Belah
Kangkung

Kelepet

Lukisan kerja adalah lukisan yang dihasilkan melalui komputer. Melalui lukisan kerja dapat
mengetahui ciri-ciri stail pakaian dan maklumat pada bahagian hadapan dan bahagian
belakang. Tidak dinafikan bahawa lukisan kerja telah memberi bantuan dalam melakar pola,
pemotong fabrik, saiz baju supaya dapat memudahkan kerja dalam menghasilkan kemeja yang
sesuai. Dengan lukisan kerja juga mampu mengurangkan masa dan tenaga yang diperlukan
kerana boleh mengelakkan kesilapan berlaku sehingga membazirkan masa untuk buat semula.
Oleh itu, lukisan kerja telah menolong dalam menghasilkan baju kemeja perempuan mengikut
stail yang dirancang dan direka cipta dalam lakaran yang dilukis.
3.2 Huraian Stail Pakaian
Huraian stail pakaian merangkumi ciri-ciri yang terdapat dalam kemeja yang dihasilkan
iaitu dari segi kelim, belah, kancing, lengan padanan rata dan kolar. Berikut merupakan huraian
stail pakaian berdasarkan baju kemeja perempuan yang direka cipta.
3.2.1 Kelim
Cara yang digunakan untuk mencantum atau menyambungkan dua keping kain
dikenali sebagai kelim. Kelim yang digunakan dalam baju kemeja ini adalah kelim belah
kangkung pada sebelah kedua-dua sisi dan bahu. Stail kelim ini adalah rata dan tidak
tebal. Salah satu sebab saya memilih kelim ini adalah disebabkan senang dibuat
dengan kain kapas serta sesuai untuk semua jenis pakaian dan fabrik. Tambahan pula,
kelim belah kangkung juga dikemaskan dengan cara mesin penyudah tepi.
3.2.2 Belah
Belah yang hendak digunakan pada baju kemeja adalah bergantung kepada
jenis pakaian dan jenis fabrik yang hendak dihasilkan. Berdasarkan bahan kapas yang
digunakan dalam baju kemeja telah menyebabkan saya memilih belah kelepet sama
lebar yang mudah dibuat dan sangat kukuh. Belah ini boleh dibuat sepanjang seluruh
belakang, tepi atau hadapan baju kemeja. Cara melakukan belah kelepet sama lebar
adalah fabrik yang diambil daripada pakaian itu sendiri dan dilipatkan ke sebelah dalam
pada garisan lipatan.

3.2.3 Kancing
Kancing digunakan dalam pakaian supaya dapat mengancingkan belah dan
sebagai perhiasan. Biasanya, kaedah yang digunakan untuk melekatkan kancing pada
pakaian adalah bergantung kepada jenis kancing yang dipilih. Dalam rekaan baju
kemeja saya, saya telah menggunakan lima biji butang bertangkai kerana dapat
menunjukkan sesuatu benda yang lebih berbentuk 3D agar tidak kelihatan bosan.
Butang ini juga mampu memberi sedikit longgar supaya lebih selesa untuk bergerak dan
menjalankan aktiviti di Pandai Lido. Cara menjahit lubang ini adalah menjahit dengan
tangan pada bahagian yang disediakan.
3.2.3 Lengan Padanan Rata
Lengan ialah tambahan pakaian dari lubang lengan iaitu sepotong fabrik yang
dicantumkan ke lubang lengan atau tambahan daripada badan. Fungsi lengan adalah
dapat melindungi seseorang daripada kepanasan atau kesejukan serta melindungi
kecacatan di lengan seperti lengan yang lebih besar atau gemuk. Rekaan cipta yang
digunakan oleh saya dalam baju kemeja adalah lengan pendek padanan rata. Tujuan
saya memilih lengan pendek adalah kerana sesuai dengan aktiviti di tepi pandai serta
boleh bergerak dengan bebas. Lengan pendek juga mampu mengelakkan kepanasan
terutama negara Malaysia yang beriklim khatulistiwa.
3.2.4 Kolar
Kolar ialah dua kepingan kain yang dibentuk, dicantumkan dan dilekatkan pada
garis leher. Kolar ini adalah berbentuk lurus dan tegak pada bahagian belakang garis
leher. Kegunaan kolar ialah untuk menyudahkan garis leher pada pakaian dan sebagai
perhiasan supaya pakaian kelihatan lebih menarik. Bagi rekaan cipta baju kemeja saya,
saya telah memilih kolar lurus berkancing rapat. kerana saya berasa baju kemeja ini
boleh dipakai semasa majlis rasmi dengan pemakaian tali leher. Saya juga memilih
warna kolar yang berbeza dengan baju kemeja supaya dapat mengalihkan perhatian
baju kemeja pada kolar lurus.

3.3 Pemilihan Projek Pakaian


Pemilihan projek pakaian adalah satu proses cara sesuatu pakaian itu dihasilkan atau
digayakan. Kebanyakkan stail pakaian sering dipengaruhi oleh bentuk badan dengan elemen
asas reka bentuk pakaian seperti corak, warna, tekstur fabrik, garisan dan cantuman akan
menampilkan bentuk badan yang menarik dan bergaya.
3.3.1 Corak
Corak pada pakaian ialah sebagai motif pada fabrik yang beraneka seperti
garisan, bunga, bentuk geomentri, genggang dan lain-lain bagi tujuan mengenal fabrik.
Pemlihan corak yang sesuai pada pakaian mampu menghasilkan pakaian yang menarik,
nilai estetika yang tinggi lalu memberi kesan ilusi pada bentuk badan. Dengan itu, corak
fabrik yang dipilih pada baju kemeja adalah tiada corak kerana mampu melindungi
kekurangan seseorang. Corak yang dipilih juga memenuhi prinsip penumpuan pada
bahagian leher dan kancing.
3.3.2 Warna
Warna memainkan peranan yang penting dalam rekaan cipta pakaian kerana
mampu mempengaruhi emosi dan penampilan diri serta memberi kesan ilusi pada
bentuk badan. Selain itu, kebanyakkan pengguna akan memilih pakaian bergantung
kepada warna yang disukai. Bagi menghasilkan pakaian yang diterima oleh umum, saya
memikirkan warna kulit rakyat Malaysia lalu mengikut kategori warna memilih warna
oren yang lembut. Salah satu sebab saya memilih warna ini adalah disebabkan warna
ini sesuai untuk kulit orang ramai dan boleh menyebabkan seseorang lebih cerah.
Tambahan pula, warna pada kolar adalah warna oren yang lebih gelap agar mampu
menunjukkan keistimewaan pada kolar. Percantuman dua jenis corak dan warna yang
berbeza pada baju kemeja dapat menarik ramai pengguna membeli.
3.3.3 Tekstur Fabrik
Tekstur fabrik ditentukan oleh jenis gentian, pembinaan dan kemasan yang
diberikan. Kadang-kala, terdapat beberapa jenis tekstur fabrik yang membolehkan fabrik
tidak mudah menjadi kedut. Tekstur fabrik yang dipilih oleh saya untuk menghasilkan
baju kemeja perempuan adalah berciri kasar. Dengan itu, baju tidak akan mudah koyak
dan boleh melakukan pelbagai pergerakan seperti bermain bola dan berenang di pantai.

3.3.4 Garisan dan Cantuman


Dalam pakaian terdapat tiga jenis garisan dan cantuman yang biasa dipakai
supaya dapat memberi impak illustrasi kepada bentuk badan, iaitu garisan menegak,
mendatar dan menyerong. Bagi baju kemeja perempuan yang dicipta oleh saya adalah
menggunakan garisan kolar menegak. Garisan menegak dapat menunjukkan bahawa
leher akan menjadi lebih panjang dan langsing. Dengan itu, garisan menegak mampu
membantu memperlihatkan keistimewaan bahagian badan seseorang dan melindungi
kelemahan bentuk badan seseorang.

3.4 BAJU KEMEJA YANG SIAP


Bahagian Hadapan

Bahagian Belakang

4.0 BAHAN BAJU KEMEJA


8

Bahan-bahan dan alatan tangan yang disenaraikan merupakan benda yang diperlukan
dalam menghasilkan baju kemeja ini. Semua bahan dan alatan tangan mudah didapat di
pasaran dan selamat digunakan.
NO
1

BAHAN-BAHAN

HURAIAN

Fabrik (Kapas)

Menghasilkan sesuatu pakaian.


Sebanyak 1.5 meter
Digunakan untuk membuat baju
kemeja dan kolar

Benang

Lapik

Pelbagai warna mengikut warna

kain yang hendak dijahit.


Digunakan untuk jahitan tangan dan

jahitan mesin.
Benang putih digunakan untuk

membuat baju kemeja.


Digunakan untuk belah pakaian.
Nipis dan boleh ditekankan dengan

seterika.
Digunakan pada belah pakaian dan
kolar.

Butang bertangkai

Diperbuat daripada plastik


Mempunyai pelbagai warna, saiz

dan bentuk
Digunakan untuk mencantumkan
dua kepingan pakaian

4.1 PERALATAN JAHITAN

Alatan tangan yang digunakan untuk menghasilkan baju kemeja dan semua alatan ini
mudah didapat di pasaran.

Alatan Mengukur
NO
1

ALATAN TANGAN

HURA

Pita Pengukur

Mengukur dengan tep

Pembaris Lurus

Diperbuat daripada ka
Tepinya licin, rata dan
Ukuran yang tepat da
Mengukur dan menan
pola.
Mengukur fabrik

Alatan Menanda

10

NO
3

ALATAN TANGAN

HURAIAN

Roda Surih

Diperbuat daripada keluli berkilat.


Mudah bergerak apabila ditolak.

Memindahkan tanda dan garisan

Kertas Karbon
pola pada fabrik.

Kapur
Pilih warna yang sesuai dengan
fabrik.
Menandakan garis pemadan pada
fabrik.
Menanda lubang fabrik untuk
menjahit butang.

Pembaris Sesiku

Diperbuat daripada kayu atau

plastik.
Mempunyai ukuran yang terang
dan tepat di kedua-dua bahagian

dalam unit metrik.


Membuat garisan bersudut tepat
dan garisan lurus pada pola atau

fabrik.
Bahagian melengkung digunakan
untuk membentuk garis leher dan
lubang lengan.

Pembaris Melengkung
Diperbuat daripada kayu atau
plastik.
Tepinya licin, rata dan lurus.
Ukuran yang tepat dalam unit
metrik.
Mengukur dan menanda garisan
lurus di kertas pola.
Mengukur fabrik

11

Alatan Menggunting
NO
8

ALATAN TANGAN

HURAIAN

Gunting Fabrik

Diperbuat daripada keluli kalis karat


Menggunting fabrik.

Gunting Kertas
Diperbuat daripada keluli kalis karat
dan pemegang diperbuat daripada
plastik
Menggunting pola dan kertas.

Alatan Menekan
NO
10

ALATAN TANGAN

HURAIAN

Seterika

Mempunyai kawalan pelaras suhu.


Mudah diguna dan dijaga.
Menekan dan menyeterika setiap
proses pada semua peringkat
jahitan supaya kemas dan rata.

12

11

Bot Seterika
Permukaan bod dilapik dengan
fabrik dengan tahan panas.
Memudahkan semua proses
menyerterika dan menekan.

Alatan Menjahit
NO
12

ALATAN TANGAN

HURAIAN

Mesin Jahit Elektronik

13

Mudah digunakan.
Pelbagai kegunaan
Menjahit dan mencantum fabrik.

Jarum Tangan
Bermutu dan tajam.
Pelbagai saiz mengikut kegunaan
Digunakan untuk menjahit jelujur
dan menyembat kelepek.

Alat Jahitan Lain


NO
14

ALATAN TANGAN

HURAIAN

Jarum Peniti

Diperbuat daripada keluli berkilat.


Digunakan untuk menetapkan pola
pada fabrik semasa menggunting

atau menjahit.
Untuk menandakan kedudukan.

13

15

Pencucuk benang
Diperbuat daripada logam nipis.
Hujungnya mempunyai dawai

(Threader)

halus.
Digunakan untuk membantu
memasukkan benang ke lubang
jarum tangan.

16

Penetas

Diperbuat daripada keluli yang

tidak berkarat.
Kukuh dan tajam.
Mempunyai penutup
Digunakan untuk menetas mata
jahitan, membuat lubang butang,
menanggalkan benang jelujur dan
menanggalkan butang.

5.0 UKURAN BADAN


Demi menyediakan rekaan pakaian yang selesa dipakai semasa menjalankan aktiviti,
ukuran badan yang tepat akan menghasilkan pakaian yang elok terbentuk dan selesa dipakai.
Ukuran badan dapat diambil dengan menggunakan alat dan cara mengukur yang betul. Dengan
penggunaan alat dan cara yang tepat mampu menghasilkan pakaian yang padan dengan
badan seseorang.

BIL
A)

BAHAGIAN BADAN
GARIS LINTANG

UKURAN (cm)

Bahu

42

Dada

112

14

Pinggang

108

Punggung

120

Jarak pinggan ke punggung

24

Bidang belakang

47

Bidang hadapan

42

Jarak mercu

26

Jarak bahu ke mercu dada

27

10

Keliling atas lengan ( ketiak )

Leher

42

11

B)

GARIS MENEGAK

UKURAN (cm)

12

Garisan tengah belakang

45

13

Labuh baju

67

14

Labuh lengan

22

15

6.0 LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT


Sebelum mula menjahit pakaian, setiap langkah perlu diketahui supaya tidak akan
berlaku kesilapan sehingga membazir masa yang lebih untuk buat semula. Setelah
mengenalpasti setiap langkah, pakaian dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Walau
bagaimanapun, langkah menjahit bagi setiap jenis pakaian adalah berbeza mengikut stail
pakaian kerana proses menjahit bergantung kepada ciri-ciri yang terdapat pada stail pakaian
tersebut. Hal ini dapat ditunjukkan seperti langkah menjahit baju kemeja adalah berbeza
dengan baju kurung.
Proses Menjahit Baju Kemeja

16

Sediakan
fabrik

mencatum
tepi kain
dengan
jahitan
mesin

Cantumkan
lengan
dengan
kelim belah
kangkung

Menyusun
atur pola

Menjahit
kolar ke
pakaian

Jahit
mesin

Menyemat
pola di fabrik

Sediakan
kolar

Mencantum
kelim belah
kangkung

Mengemas
tepi fabrik

LANGKAH

kemaskan
tepi dengan
jahitan
silang
pangkah

Kancing

Langkah pertama dalam menjahit baju kemeja perempuan adalah menyediakan fabrik.
Setelah memilih stail pakaian yang hendak dihasilkan, memeriksa fabrik yang hendak digunting
sama ada kecacatan atau tidak mencukupi. Selepas memeriksa fabrik yang hendak digunakan,
meluruskan tepi fabrik supaya ira fabrik bersudut tepat dengan benang pakaian dengan cara
tarikkan selembar benang pakan dan gunting mengikut kesan benang yang telah ditarik.

17

LANGKAH

Seterusnya, menyusun atur pola dengan cara yang paling menjimatkan iaitu letakkan
kepingan pola yang besar dahulu dan diikuti oleh kepingan pola yang kecil. Kaedah ini dapat
membolehkan lebih banyak pola disediakan lalu menjimatkan kos untuk menjahit sehelai
pakaian. Selepas melukis pola mengikut ukuran yang ditetapkan, pastikan ira pola selari
dengan pola fabrik supaya dapat menjahit dengan lancar.

LANGKAH

Langkah yang seterusnya, menyemat pola di fabrik dengan jarum peniti dengan tidak
mengangkat fabrik. Tujuan susun atur pola ialah untuk mengelakkan berlakunya pembaziran
dan kesilapan semasa memotong fabrik. Sekiranya menggunting tanpa menyusun atur pola
akan menyebabkan kos menjadi tinggi. Tambahan pula, susun atur pola juga dapat memastikan
18

kerja pemotongan fabrik menjadi lebih kemas dan teratur mengikut turutan. Sebelum mula
menggunting perlu menggunakan roda rindah dan kertas karbon untuk membuat tanda pada
fabrik.

LANGKAH

Selepas itu, menggunting fabrik yang telah disemat pola. Cara menggunting fabrik juga
adalah tidak mengangkat fabrik dengan tekan pola pada sebelah tapak tangan di atas meja. Hal
ini dapat mengelakkan fabrik tidak akan menggunting sehingga tidak kemas atau berlaku
kecacatan. Ketika menggunting fabrik perlu memastikan kepingan yang digunting adalah
mencukupi serta mengetahui bahagian lipatan fabrik.

19

LANGKAH

Mengemas tepi fabrik dengan menggunakan mesin penyudah tepi merupakan langkah
yang seterusnya. Tujuan mengemas tepi adalah demi mengelakkan benang terkeluar dari fabrik
sehingga baju tersebut tidak jadi dihasilkan. Kemudian mencantumkan kelim belah kangkung
pada bahagian kedua-dua bahu dengan mesin jahitan. Cara menjahit kelim belah kangkung
ialah temukan fabrik dengan sebelah luar berhadapan kemas dan cantik. Setelah menjahit perlu
buka kelim dan tekan dengan seterika di sepanjang kelim pada sebelah dalam dan luar kelim.

LANGKAH

Menyediakan kolar ialah langkah seterusnya untuk menghasilkan baju kemeja. Kolar
yang disediakan ialah kolar lurus iaitu temukan sebelah luar kolar dengan memadankan garis
pemadan dan garis leher kolar. Kemudian semat, jelujur dan jahit mesin hujung kolar dari tepi
20

berlipat hingga ke garis leher dan bukakan jelujur. Jelujur tegak juga diperlukan di tengahtengah kolar supaya tidak akan menjadi kedut.
Kaedah menjahit kolar ke pakaian adalah letakkan kolar ke bawah di sebelah luar
pakaian dengna memadankan hujung kolar ke garis tengah hadapan pakaian, garis tengah
belakang kolar ke garis tengah belakang pakaian dan garis leher kolar ke garis leher pakaian.
Diikuti oleh jelujur garis leher lapik badan ke garis leher pakaian lalu snip pakaian penjahit
supaya mudah dijahitkan. Balikkan lapik badan ke sebelah dalam pakaian dan tarik kolar keluar
dari pakaian lalu seterika. Jahit dengan mesin pada tengah antara pakaian dengan kolar dan
paling tepi di belakang.

LANGKAH

Selepas siapkan kolar perlu cantumkan sisi dengan kelim belah kangkung seperti cara
cantumkan bahu. Bagi bahagian lengan padanan rata adalah jahit dua garisan longgar di
kepala lengan ke atas garisan pemadan dan di bawah garisan pemadan. Kemudian temukan
garisan pemadan lengan sebelah luar fabrik berhadapan dan semat lalu jahitkan. Proses
mencantumkan lengan ke lubang lengan adalah tarik benang jahitan kasar di kedua-dua
barisan jahitan untuk menyeratakan ukuran lengan dengan lubang lengan.

Diikuti oleh temukan garis pemadan, kelim lengan ke kelim rusuk badan, notch lengan hadapan
ke notch lubang lengan badan hadapan, garis atas lengan ke kelim bahu badan dan notch
lengan belakang ke notch lubang lengan badan belakang. Jahit garisan pemadan dengan
mesin jahit dengan perlahan supaya dapat menjahit dengan kemas dan teliti.

21

LANGKAH

Langkah yang terakhir dalam menjahit baju kemeja adalah kancing iaitu menjahit lubang
butang dan butang bertangkai. Lubang dan butang akan dijahit pada belah kelepet sama lebar
dengan dibahagi lima bahagian secara purata. Selepas itu, sehelai baju kemeja perempuan
telah siap dijahit dengan selangkah demi selangkah.

22

7.0 PENGIRAAN KOS


Pengiraan kos diperlukan untuk mengetahui kos baju kemeja supaya boleh membuat
anggaran tentang harga baju ini untuk dijual.
7.1 Kos Bahan
Bil
1.
2.
3.
4.
5.

Alatan / Bahan
Fabrik kapas
Benang jahit
Lapik dalam
Butang
Kertas karbon

Kuantiti
1.5 M
1 buku
1/4 meter
5 biji
1 helai

Kos seunit (RM)


6.00
1.50
4.00
0.50
0.50
JUMLAH

Jumlah kos (RM)


9.00
1.50
1.00
2.50
0.50
RM 14.00

7.2 Kos Sampingan


Bil
1.
2.
3.

Perkara
Jahit Kemas
Kancing
Elektrik

Kuantiti
Tepi kain
5 biji dan lubang
Jumlah

Kos (RM)
2.00
3.00
2.00
7.00

Kos projek = Kos Bahan + Kos Sampingan


= RM 14.00 + RM 7.00
= RM 21.00
Jumlah Kos Projek = RM 21.00

23

8.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhan, proses pembuatan pakaian adalah satu proses yang amat rumit
dan sukar kerana semua teknik dan pelbagai jenis aspek perlu diberi perhatian supaya dapat
menghasilkan pakaian yang berkualiti dan disukai oleh ramai. Pakaian yang dihasilkan juga
hendak memenuhi kehendak pengguna dan perkembangan semasa.
Rekod kerja adalah satu rancangan terperinci yang mengenai proses pembuatan
pakaian yang berfungsi membuat pakaian dengan lebih sistematik, lancar dan teratur. Langkah
ini sangat penting kerana dapat menjimatkan masa daripada membuat sesuatu kerja dengan
menggunakan masa yang leibh serta mengelakkan kesilapan sering berlaku. Proses ini juga
mampu menjimatkan kos dan tenaga seperti kos bahan dan tenaga buat semula. Dengan itu,
kita boleh mengetahui bahawa kaedah untuk menentukan harga barang adalah bergantung
kepada kos bahan dan belanja yang digunakan untuk menghasilkan pakaian ini. Jika semua
kos dan belanja dapat dikurangkan, pakaian ini dapat dijual dengan harga yang lumayan serta
mendapat sambutan yang hangat di pasaran.
Kesimpulannya, penghasilkan pakaian ini memberi banyak pengalaman dan ilmu yang
berharga tentang tema produk KTI untuk mempromosikan Tourism Malaysia di Pantai Lido.
Pakaian ini dapat dipakai oleh semua perempuan yang inigin melancong di pantai dan tidak
akan kelihatan sangat matang atau tua.

24

9.0 RUJUKAN

BUKU

Fuziah Binti Ishak. (2009). Modul Reka Bentuk dan Teknologi RBT 3106 Reka Bentuk Pakaian.
Putrajaya: Bahagian Pendidikan guru
Hajah Zainab Binti Hj. Abd. Kadir, Kamaros Zama bin Mohd. Affendi, Khiu Kah Huan, Ismail bin
Abdullah. (2004). Kemahiran HIdup Bersepadu Tingkatan 2. Kuala Lumpur: Hypersurf
Corporation Sdn. Bhd.
Lim Swee Sim, Zainal Bin Shaari, Zainul Abidin Bin Mohd Isa. (2004). Kemahiran HIdup
Bersepadu Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Hypersurf Corporation Sdn. Bhd.
Zaitun Zakiah binti Mohd Noor, Nawawi Mohd Jan, Norzaini binti Abdul Ghani. (2005). Membuat
Pakaian Tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur: DBP Sdn Bhd.

LAMAN WEB

Farayusoff. (2009). Jenis-jenis Kelim. http://www.scribd.com/doc/67117630/JENIS2-KELIM.


Dipetik pada 11.08.20134.
Zeckmad. (2010). Panduan Folio Jahitan. http://www.scribd.com/doc/44635717/Panduan-FolioJahitan. Dipetik pada 11.08.2014.
Herney Aqilah kay. (2012). Stail Pakaian. http://www.slideshare.net/herneyaqilah/stail-pakaian
Dipetik pada 15.08.2014.
Suzzanne Anne. (2012). Pemilihan Stail Pakaian.
http://www.slideshare.net/pemilihan-stailpakaian-ert. Dipetik pada 15.08.2014.

25

10.0 LAMPIRAN

26

You might also like