You are on page 1of 37

1.

0 PENGENALAN
Skirt merupakan pakaian yang sesuai dipadankan dengan blaus, mahupun baju-baju
yang lain. Stail rekaan skirt yang sesuai akan memberikan keselesaan kepada si pemakai.
Skirt juga boleh digunakan sebagai pakaian harian untuk majlis-majlis formal dan
untuk pakaian pejabat. Pemilihan fabrik yang berkualiti dan selesa dipakai akan menjadikan
skirt kelihatan cantik dan tampak bergaya. Skirt juga amat sesuai dipakai bagi wanita yang
suka bergaya dan ingin berfesyen tetapi masih mengutamakan kriteria-kriteria moden dan
santai. Jika dilihat pada masa kini, terdapat pelbagai rekaan dan stail yang cantik bagi
memenuhi kehendak serta citarasa setiap wanita.
Dalam penghasilan skirt ini, saya bersama rakan-rakan sekelas telah diberikan tajuk
Skirt Duyung untuk amali jahitan dalam bidang Reka Bentuk dan Teknologi (RBT3203E).
Kemudian semua bahan terutamanya fabrik diberikan secara percuma. Fabriknya pula
daripada jenis cotton ringan yang sejuk bila dipakai. Dari segi warna pula, saya telah
diberikan fabrik bercorak kotak-kotak dengan campuran warna terang dan gelap iaitu putih
dan kelabu.

2.0 PENCETUSAN IDEA


Sebaik sahaja mendapat tugasan ini, perkara pertama yang saya lakukan ialah
melihat fesyen-fesyen terkini skirt daripada majalah, butik-butik dan juga internet. Melalui
gambaran yang telah dilihat, saya cuba mencampurkan idea dan melakar sebanyak yang
mungkin lakaran skirt duyung yang akan saya jahit.
Semasa melakar skirt, saya mengambil kira akan kesesuaian dan potongan yang
terbaik untuk badan saya supaya tidak terlalu besar dan tidak terlau kecil. Jadi, saya memilih
untuk melakar skirt duyung yang sesuai supaya sepadan dengan tubuh saya. Pada
pendapat saya juga, seseorang yang memakai skirt ini akan kelihatan lebih bergaya dan
menampakkan ciri-ciri wanita moden.
Dalam rekaan tersebut, saya juga meletakkan lisu pada bahagian cantuman
pinggang supaya kelihatan lebih menarik. Ia juga akan menambahkan unsur-unsur maskulin
pada si pemakai terutama sekali bagi remaja seperti saya. Dari segi warna pula, saya
diberikan warna campuran putih dan hitam bagi mewujudkan unsur moden unik, dan
menyerlah. Warna juga memainkan peranan penting untuk sipemakai. Akan tetapi dengan
warna kulit yang agak cerah semua warna boleh dipakai oleh sipemakai.

3.0 LANGKAH KERJA

MINGGU

PERKARA

CATATAN

Dijalankan secara individu


dan bertema.

Perbincangan rekacipta stail

Skirt Duyung mempunyai ciriciri seperti:

pakaian.

Membuat skirt
-

i.

Pengeras Pinggang

ii.

Lisu

iii.

Penjuru lipat tindih

iv.

Kelim

Menyediakan rekod ukuran


badan.

Mengambil ukuran badan.

Melakar pola dengan


menggunakan pola

Membuat skirt

dagangan.

Pola dilakar dengan merujuk


ukuran badan yang telah
diambil.

Membuat skirt
-

fabrik dengan jahitan

atur pola.

kemasan tepi.

Menggunting pola dan kain.

Memindah tanda-tanda pola.

Membuat skirt
Menjahit zip kain pada

Membuat skirt
-

Jahit jelujur basi zip pinggang

Buka lipatan tepi untuk


kemasan dan mudah
diseterika.

Jahit kelepet bawah kaki.

Sampel yang disediakan tidak

Lisu pemadam.

terdapat pada pakaian yang

Menyediakan sampel jahitan


-

dijahit.

Lisu pemadam.

Membuat rujukan mengenai


proses-proses jahitan.

bahagian belakang skirt.

Mengemas bahagian tepi

Membentang dan menyusun

Membuat skirt
- Menjahit skirt yang telah
dipotong mengikut pola.

Hasil
-

Cantuman kedua-dua
bahagian skirt iaitu di
bahagian hadapan dan
bahagian belakang.
4

Membuat skirt
- Mengemaskan penyudah tepi

pada bahagian kaki skirt.


- Memasang pengait pada
hujung

Hasil
-

Penyudah tepi yang telah


siap dikemaskan

pertemuan pinggang skirt.

4.0 LAKARAN

Lakaran Skirt Duyung

5.0 HURAIAN STAIL SKIRT

CORAK
Oleh kerana fabrik yang saya pilih untuk rekaan skirt ini adalah bercorak,
maka terdapat corak petak-petak (kotak-kotak) pada kain. Hal ini adalah
kekurangan bahan seperti kain yang dibekalkan. Bagaimanapun, saya
merasakan ia adalah salah satu rekaan baharu yang belum pernah
dihasilkan dan dikomersialkan dipasaran.

WARNA
Warna dasar untuk fabrik yang saya pilih adalah gelap (kelabu dan hitam)
dan terang (putih). Ini akan menimbulkan lagi keceriaan yang ada pada
fabrik yang saya pilih.
TEKSTUR FABRIK
Tekstur fabrik ditentukan oleh jenis gentian, pembinaan, dan kemasan yang
diberikan. Saya memilih fabrik yang bertekstur tampak dan sentuh iaitu kita
dapat melihat dan juga merasa ketebalan, nipis atau gelap fabrik tersebut.
Fabrik yang telah diberikan kepada saya adalah dari jenis cotton yang
ringan dipakai.
GARISAN DAN CANTUMAN
Saya telah diberikan jenis kain cotton yang bercorak kotak-kotak dan
berwarna gelap. Ianya mudah dijahit dan dicantumkan tetapi kurang sesuai
dijadikan sebagai skirt kerana jenis kain yang ringan dan nipis.

PINGGANG SKIRT
Terdapat tiga cara menjahit pada bahagian pinggang iaitu menggunakan
semua pengeras, separuh pengeras dan separuh getah dan menggunakan
semua getah. Saya menggunakan semua pengeras agar ianya Nampak
lebih kemas dan cantik serta selesa bila dipakai.
9

6.0 SENARAI UKURAN SKIRT

10

BIL
1
2
3
4

BAHAGIAN
Pinggang
Pinggul
Labuh skirt
Lutut

0 1 Labuh kain +

UKURAN (inci)
25
33
37
21

1
2

0 2 Turun 8 inci (kanak-kanak turun 7-5 inci)


2 3 Keliling Pinggul / 4 + 2/ 8 inci
Contoh

4 5 Naik

40
2
=10+2 atau 8= 10
4
8

1
2

inci

0 6 Turun 15 inci, untuk ukuran labuh kain bawah 35 inci hanya perlu turun 14 inci sahaja
6 7 Tolak 1 inci dari ukuran punggung. Bentukkan guna pembaris pembentuk 5,3, dan 7.
1 8 Lebar 14 inci sekiranya ukuran 6 7 melebihi 9 inci lebar bawah kain 15 ke 16 inci.
8 9 Naikkan 1

1
2

inci. Gariskan 7 ke 9 dan bentukkan 1 ke 9.

11

7.0 POLA LENGKAP

12

7.0 POLA PENGUBAHSUAIAN


Akan berlakunya pengubahsuaian pada pola apabila skirt itu ingin dipanjangkan
ataupun dipendekkan. Akan tetapi kerap sekali berlakunya pengubahsuaian pola untuk
memanjangkan skirt. Langkah-langkah yang boleh pengubahsuaian pola pada skirt boleh
dilihat pada gambar rajah di bawah :
1. Tandakan garisan pada pengubahsuaian.
2. Gunting pada garisan pengubahsuaian tersebut.
3. Selitkan kertas di antara kepingan pola untuk mendapatkan ukuran yang dikehendaki.
4. Bentuk semula garisan pemadam dan garisan gunting.

13

7.1 SIMBOL-SIMBOL PADA POLA


BIL
.
1.

NAMA
Ira Lurus

GAMBAR

KETERANGAN
Garis lurus yang mempunyai
tanda anak panah di keduadua hujung. Apabila meletak
pola ke atas fabrik, tanda ini
hendaklah
dengan

diletak

benang

selari

lungsin/ira

lurus tepi fabrik.


2.

Tanda Lipatan

Tiga bulatan kecil. Tepi pola


yang mempunyai tanda ini
hendaklah

diletakkan

pada

lipatan fabrik.
Tanda kepala anak panah ini
hendaklah

diletakkan

pada

lipatan fabrik yang dilipatkan


selari

dengan

benang

lungsin/ira lurus.
3.

Tanda Imbang

Tanda yang berbentuk pucuk


rebung

dibuat

menggunting.
memberi

pada

garis

Tanda

panduan

ini

apabila

mencantum kepingan fabrik


sebelum dijahit.
4.

Garis Pemadan

Garis putus-putus dibuat 15


mm 20 mm dari garisan
gunting.

Kepingan

hendaklah

fabrik

dijahitkan

pada

garis ini apabila mencantum.

5.

Garisan Gunting

Garisan yang padat dan selari


dengan

garis

pemadan.

Fabrik

hendaklah

digunting
14

pada garisan ini.


6.

Basi kelim/ basi

Raung

di

antara

garisan

jahitan

gunting dan garisan pemadan


berjarak 15mm hingga 20mm.

7.

Lisu Pemadam

Garis
dengan
bentuk

putus
titik
V

bersambung
hitam

atau

dalam

segi

tiga.

Garisan lurus pada bahagian


tengah ialah garis lipatan lisu.
Lisu pemadam juga boleh
ditunjukkan

dengan

lubang

kecil berbentuk V atau segi


tiga.
8.

9.

G.T.H.

Garisan Tengah Hadapan.

G.T.B.

Garisan Tengah Belakang.

Lubang Butang

Garis lurus yang mempuyai


lubang

kecil

di

bahagian

hujungnya yang terletak di


G.T.H atau G.T.B.

10.

Butang

Kedudukan butang.

15

11.

Ubahsuai

Dua garis selari menunjukkan


garisa pengubahsuaian pola,
iaitu

bahagian

hendak

pola

yang

dipanjangkan,

pendek, besar, dan kecil.

16

7.2 POLA LENGKAP (Skirt Duyung)

Pola Bahagian Hadapan Skirt

Pola Bahagian Belakang

17

8.0 FABRIK DAN BAHAN YANG


DIGUNAKAN

18

8.1 PEMILIHAN FABRIK


Saya telah diberikan fabrik dari jenis cotton. Hal ini kerana fabrik cotton tebal telah
habis diagihkan kepada rakan-rakan yang lain. Walubagaimanapun, bagi menjahit skirt
menggunakan kain cotton nipis agak mudah dan senang berbanding kain cotton tebal.
Tetapi ianya agak kurang sesuai digunakan untuk menghasilkan skirt kerana jenis kainnya
yang ringan dan nipis serta tidak licin menampakkan hasil yang kurang kemas. Akan tetapi,
bagi memenuhi kehendak soalan saya berjaya memperolehi kemahiran menjahit dan
perkara ini adalah lebih penting untuk masa akan datang kerana saya akan dapat
mengaplikasikannya menggunakan fabrik yang lebih sesuai.
Fabrik cotton juga mudah diurus dan harga bagi fabrik ini tidaklah begitu mahal. Dari
segi corak pula, saya telah diberikan fabrik yang bercorak kotak-kotak. Melalui pemerhatian
saya dan rujukan pelbagai sumber mengenai pelbagai jenis skirt, belum pernah adanya
rekaan skirt bercorak petak. Hal ini mewujudkan rasa kreatif dan inovatif bagi saya, dengan
adanya rekaan baharu skirt duyung berpetak mampu dikomersialkan kerana ianya belum
ada dipasaran.
Tekstur merupakan permukaan sesuatu jalinan atau rasa pada fabrik. Faktor
pemilihan tekstur yang tepat mampu menghasilkan rekaan pakaian yang elok, selesa
apabila dipakai dan baik dari segi drepnya. Atas munculnya kekangan kurangnya bahan iaitu
pembekalan kain menyebabkan saya mendapat fabrik petak-petak jenis cotton nipis. Untuk
menghasilkan skirt yang kemas dan nampak cantik perlu menggunakan fabrik yang lembut
dan licin agar ia nampak jatuh ke bawah dan beralun ketika sipemakai memperagakan skirt
tersebut.

19

8.2 BAHAN DAN ALATAN

Benang

Cangkuk dan mata

Fabrik (Cotton Nipis) Pengeras Pinggang Skirt

8.3 ALATAN JAHITAN

20

ALATAN
Roda surih

KEGUNAAN
Digunakan bersama kertas karbon untuk
memindahkan garisan pemadan ke atas
fabrik ataupun pola.

Kapur

Membuat dan memindahkan garisan


pemadan.

Pensel Tukang Jahit

Digunakan untuk menanda garisan


pemadan pada permukaan fabrik.

Membuat dan juga memindahkan tanda


pola.

Kertas karbon

Digunakan untuk memindahkan motif


sulaman ataupun memindahkan garisan ke
atas fabrik.

21

Jarum peniti

Menyemat pola pada fabrik supaya tidak


mudah lari terutama sekali pada fabrik yang
licin.

Menyemat kepingan fabrik sebelum


menjahit.

Digunakan untuk kerja mengacu pakaian.

Gunting fabrik

Untuk menggunting fabrik.

Mesin jahit

Menjahit lurus.

Menjahit sulaman.

Menjahit lubang butang dan semua kerja


mencantum fabrik.

Penetas

Menetas mata jahitan dan menanggalkan


benang jahitan.

22

Papan Seterika

Memudahkan kerja-kerja menyeterika dan


menekan fabrik.

Seterika

Menekan dan menyeterika fabrik supaya


kemas dan rata.

Pita ukur

Mengukur dengan tepat ukuran badan.

Pembaris sesiku

Membuat garisan bersudut tepat dan


garisan lurus pada pola atau fabrik.

Bahagian melengkung digunakan untuk


membentuk garis leher dan lubang lengan.

23

Pembaris lurus

Mengukur dan menanda garisan lurus pada


kertas pola.

Pembaris Melengkung

Mengukur fabrik.

Mengukur dan menanda garisan


melengkung pada kertas pola.

24

9.0 PENGIRAAN KOS

KOS BAHAN UNTUK MEMBUAT SKIRT DUYUNG


25

BIL
1
3
4
5

BAHAN

HARGA SEUNIT (RM)

KUANTITI

3.00 semeter
0.50 sepasang
1.00 segelung
3.00 semeter

3 meter
1
1
meter
JUMLAH

Kain cotton
Cangkuk dan mata
Benang
Pengeras Pinggang

HARGA
(RM)
9.00
0.50
1.00
1.50
12.00

KOS PERALATAN MENJAHIT SKIRT


BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9

PERALATAN
Pembaris sesiku
Pembaris lurus
Gunting fabric
Jarum peniti
Kapur jahitan
Pensel jahitan
Penetas benang
Pedeti/set gelendung/ sekoci
Jarum mesin

HARGA
SEUNIT (RM)
2.90
2.90
9.00
0.80
0.60
2.50
1.00
5.00
1.20

KUANTITI
1
1
1
1
1
1
1
1
1
JUMLAH

HARGA
(RM)
2.90
2.90
9.00
0.80
0.60
2.50
1.00
5.00
1.20
25.90

26

10.0 LANGKAH MENJAHIT

SEBELUM MENJAHIT
1. Melakar dan merekacipta skirt yang mempunyai ciri-ciri berikut :
- Pinggang skirt
- Lisu
- Bentuk Skirt
- Bahagian hadapan skirt
- Bahagian belakang skirt
*Rujuk Lakaran Skirt

27

2. Mengambil ukuran badan


- Pinggang
- Pinggul
- Labuh Skirt
- Lutut
3. Melakar pola dengan menggunakan pola dagangan sebagai asas untuk menggunting
dan menyurih pada fabrik.

4. Membentang dan menyusun


aturdilakar
pola, dimenggunting
dan juga memindahkan tandaPola yang
atas kertas dagangan
tanda pola pada fabrik. Kemudian mengemas bahagian tepi fabrik yang telah
dipotong dengan jahitan tepi.
Menyusun atur pola skirt :
I.

Sebelum menyusun, kecutkan fabrik dan mengenal pasti bahagian


dalam dan luar fabrik.

II.

Kemudian, luruskan kedua-dua bahagian hujung fabrik, luruskan ira


serta ratakan fabrik.

III.

Lipat fabrik dengan sebelah dalam bertemu.

IV.

Susun atur kepingan pola skirt bahagian hadapan dan belakang.

V.

Ambil sedikit perca fabrik untuk dijadikan pembungkus ikatan


pinggang.

Menggunting fabrik :

28

I.

Gunting fabrik dengan cermat.

II.

Pola ditanggalkan ketika hendak mencantum helaian fabrik.

Mengatur dan mengunting fabrik mengikut pola yang telah siap

Memindahkan tanda-tanda pola ke atas fabrik.


I.

Menyurih tanda-tanda yang ada di atas pola menggunakan kertas


karbon.
SEMASA MENJAHIT

1. Menjahit kemasan pada tepi kain menggunakan mesin tepi dan tinggalkan pada
bahagian pinggang.
2. Menjahit lisu pemadam di garisan pinggang skirt pada kedua-dua bahagian skirt iaitu
bahagian hadapan dan bahagian belakang skirt.

Temukan sebelah luar fabrik dan sematkan di garisan pemadan. Jahit mesin
lisu pemadan dari bahagian yang lebar ke bahagian yang tirus.

Matikan mata jahitan mesin di hujung yang tirus dengan jahitan dua kali
sepanjang 1.5cm. Tekan lisu pemadam di rusuk menghala ke bawah.

29

3. Menjahit zip pada bahagian belakang fabrik.

Buka lipatan tepi fabrik dan cantumkan kedua-dua belah skirt bahagian
belakang pada sebelah dalam. Tinggalkan ruang untuk jahitan zip.

Buka lipatan yang telah dijahit dan seterikan agar mudah untuk menjahit zip.

Jahit keliling zip yang telah ditindan kain.

4. Cantumkan kain bahagian hadapan skirt dengan bahagian belakang skirt.

5. Sediakan bahan seperti kain dan pengeras untuk jahit ikatan pinggang skirt.

Ukur lilit pinggang kemudian gunting pengeras dan kain mengikut ukuran
pinggang yang telah ditambah 3inci.

Jahit kain yang telah digunting mengikut ukuran.

Seterika pengeras didalam kain yang telah dijahit untuk pinggang tadi.

Kemudian cantumkan ikatan pinggang dengan skirt.

30

6. Jahit kelim pada bahagian bawah skirt menggunakan mengikut ukuran basi.
7. Kemudian pasangkan cangkuk dan mata pada kedua-dua pertemuan ikatan
pinggang.

SELEPAS MENJAHIT
1. Mencuci skirt.

Rendam fabrik dengan sabun kemudian gosok dengan perlahan agar fabrik
tidak rosak.

Bilas dengan air bersih dan jemur hingga kering.


2. Menggosok dan mengemaskan skirt.

Kemeja yang telah kering boleh dikemaskan dengan menyeterika skirt.

Laraskan kepanasan haba seterika dengan jenis fabrik skirt.

Kemudian, gosokkan pada seluruh kawasan fabrik.

31

Utamakan pada bahagian kelim supaya ia terbuka dan kemas.

32

11. HASIL SKIRT DUYUNG

33

Pandangan Hadapan Skirt

34

Pandangan Bahagian Belakang Skirt

35

12.0 REFLEKSI
Syukur ke hadrat ilahi akhirnya tugasan yang diberikan untuk semester ini siap
dengan jayanya. Tugasan Reka Bentuk dan Teknologi kali ini bertajuk Jahitan yang
mengehendaki saya bersama rakan-rakan untuk menghasilkan sehelai skirt duyung bagi
pelajar wanita dan palazo bagi pelajar lelaki. Penghasilan sehelai skirt duyung ini banyak
memberikan saya ilmu yang berguna dan bermanfaat dalam kehidupan seharian kita. Akan
tetapi ada kelemahan juga semasa menghasilkan skirt duyung ini.
Antara kekuatan yang dapat diperolehi daripada tugasan ini adalah memantapkan
kemahiran menjahit sehelai kain dengan pelbagai kemahiran. Terdapat beberapa proses
semasa menghasilkan sehelai skirt duyung ini iaitu sebelum, semasa dan selepas
penghasilan skirt. Proses sebelum memberikan saya pendedahan baharu mengenai cara
mengukur dan menghasilkan pola skirt diri sendiri. Pengalaman yang paling bermakna
dapat menghasilkan sehelai skirt untuk diri sendiri. Hal ini kerana, ianya dapat diprakrikkan
dalam kehidpan seharian. Bukan sahaja itu, malah dapat mencurahkan kemahiran yang ada
ini kepada anak bangsa di sekolah kelak. Selain itu, semasa menjahit juga saya dapat
mengetahui laras mata jahitan yang sesuai untuk mencantumkan fabrik menjadi skirt.
Tambahan lagi, kemahiran yang paling sukar dijalankan semasa menghasilkan skirt ini ialah
menjahit zip pada skirt. Ianya sangat menguji kesabaran sekiranya salah jahit dan terpaksa
tetas semula jahitan tadi menjadi lebih kemas dan betul. Kesemua ini adalah pengalaman
dan kemahiran yang baharu saya perolehi.
Kelemahan yang saya hadapi semasa menghasilkan skirt ini ialah mengenai
pengiraan dan pengukuran ukurn badan pada pola kerana ianya terlalu banyak formula
yang perlu diingat dan diketahui untuk diselaraskan dengan ukuran badan sipemakai skirt itu
sendiri. Akan tetapi, atas bantuan pensyarah dan rakan-rakan sekelas saya dapat mengatasi
masalah ini. tambahan lagi, kelemahan yang saya hadapi juga dari segi memasang
zipdengan cara yang betul. Penambahbaikan yang dapat dilakukan daripada kelemahan
yang timbul ialah, saya seharusnya lebih peka semasa penerangan dan tunjuk carayang
disampaikan oleh pensyarah.
Kesimpulannya, saya amat berpuas hati kerana saya berjaya menghasilkan sehelai
skirt duyung yang pada mulanya sukar bagi saya dan akhirnya saya berjaya
menghasilkannya dengan bantuan daripada semua pihak. Saya ucapkan terima kasih kepad
yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan skirt
duyung saya. Saya berharap kemahiran yang saya ada ini dapat disampaikan kepda
generasi akan datang di sekolah kelak.

36

13. 0 BIBLIOGRAFI
Cara Membuat Skirt Duyung. (2012, May 21). Retrieved Ogos 4, 2016, from blog:
https://aturgaya.blogspot.my/2012/05/cara-cara-membuat-kain-duyung.html
Slide

Share.

(2013,

Mac

28).

Retrieved

Ogos

2,

2016,

from

Folio

Jahitan:

http://www.slideshare.net/ideal90/folio-jahitan
Ainie. (2016, Februari 19). Langkah Menjahit Lisu Pemadam. Retrieved Ogos 5, 2016, from
blog: http://jahitanmudah.blogspot.my/2016/02/langkah-menjahit-lisu-pemadan.html
AZAHAR, N. (2011, Mac 11). Proses Menjahit Dalam Menjahit Pakaian. Retrieved Ogos 5,
2016,

from

Ekonomi

Rumah

Tangga

Tingkatan

4:

https://nurshafinazazahar.wordpress.com/proses-menjahit-dalam-membuat-pakaian/
Azman, L. (2013, September 3). Remaja. Retrieved Ogos 1, 2016, from Remaja:
http://www.remaja.my/11-jenis-skirt-mengikut-kesesuaian-1.198220
Halimah. (2016, Mac 16). Mengenal Jenis-jenis Kain. Retrieved Julai 4, 2016, from Halimah
Muslimah: http://blog.haleema.com.my/2015/03/mengenal-jenis-jenis-kain.html
Kamaruddzaman, A. B. (2012, November 18). Pakaian Kasual. Retrieved Ogos 1, 2016,
from Slide Share: http://www.slideshare.net/norisma1992/presentation1-15230294
Krishnasamy, T. (2014, Ogos 5). Kemahiran Hidup Tingkatan 1 : Fabrik. Retrieved Ogos 6,
2016, from Slide Share: http://www.slideshare.net/thilasanthira/kemahiran-hidup-ertting-1-fabrik
Proses Jahitan. (n.d.). Retrieved Ogos 6, 2016, from Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 5:
https://qurratuaininasuhabpsrt.wordpress.com/pakaian/2-1-peranan-pakaian/2-1-3proses-jahitan/
Saaid, N. H. (2014, Mac 8). Teknologi Rumah Tangga. Retrieved Ogos 5, 2016, from Slide
Share: http://www.slideshare.net/nanisaaid/folio-jahitan-38856613

37

You might also like