You are on page 1of 15

JENIS-JENIS KAIN

1. CREPE
Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu, mudah dijaga
dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist di mana benangnya
dipintal dengan kesan berkerut.
Crepe is the best type of material > ni pendapat saya la. Sesiapa yang dah biasa pakai crepe ni
memang akan dapat bezakan antara crepe and others. Kain die nampak macam ringan tapi bila
dah siap jd baju die akan jatuh dan akan jadi cantik dan sangat senang di iron. Sebab itu la kain
crepe ini mahal.
2. JACQUARD
Merupakan kain yang memiliki pola yang ditenun menjadi kain, bukandicetak di atasnya. Alat
tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard. Oleh kerana itu fabrik ini dinamakan
JACQUARD. Ia memberikan fleksibilitidalam menentukan corak tenunan di atas kain.
Jacquard ni berkilat dan licin. Ada yang memang suka kain jenis ni sebab shining and colornya
terang. Masalah pada kain ni ialah susah nak iron sikit (tapi kalo korang dry cleaning means
problem solved)
3. 100% COTTON
Fiber semulajadi yang berasal daritanaman kapas. Kapasmembolehkan kulit untuk bernafas
dengan baik. Oleh itu ia merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai. Malahan ia juga
senang untuk dicuci.
Antara ciri ciri lainnya :
Bahan terasa dingin dan sedikit sejuk.
Menyerap keringat.
Kain akan rosak bila direndam lebih dari 2 jam.
Noda dari makanan dan minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent.
Boleh dicuci atau di dry clean.
4. RAYON
Rayon merupakan kain yang lembut dan selesa untuk dipakai kerana ia mempunyai daya serapan
yang baik. Namun begitu Rayon merupakan sejenis kain yang boleh menyusut. Terdapat 2 jenis
rayon di pasaran iaitu untuk cucian kering atau cucian biasa.
Rayon ni is the cheapest. Corak dan design may be akan sama dengan batik yang lain. Tapi
kainnya sedikit keras. So saya memang tak prefer la rayon ni. Cara die kalo nak tau rayon ke tak

try pegi komotkan kain tu. Sure terus ada kedut2. Kalo kt kedai buat sembunyi2 yer nnt org kedai
marah =)
5. KAIN ORGANZA
Secara mudahnya,kain organza ini dibuat dari sutera dan harganya sangatlah mahal kerana
tenunannya yang sukar,nipis . Namun kebanyakan organza moden diperbuat daripada bahan
sintetik seperti poliester @ nilon bagi memberi peluang kepada yang kurang mampu untuk
mencuba kain organza.Biasanya kain organza ini adalah untuk pakaian pengantin.
6. KAIN CHIFFON
Biasanya diperbuat daripada sutera,kapas dan sintetik fiber. Antara banyak-banyak kain chiffon,
kain chiffon yang diperbuat dari poliester adalah paling susah untuk dye. Biasanya kain chiffon
ni digunakan dalam gaun,riben, dan pakaian dalam.
Chiffon ni kain yang jarang (tu yang ramai buat buat kurung moden or kebaya. Sbb chiffon ni
stretchable) dan adalah super cantik. Cuma kain ni adalah susah nk dapat dah sekarang.
Penjagaan memang kene teliti sebab die cepat tertarik kalo ganas sangat pakai, tapi sangat sejuk.
Mudah iron juga.

7. KAIN SATIN
Ia biasanya licin dan selalu dibuat baju melayu dan juga pakaian pengantin. Ia mudah dijahit,
senang dijaga dan tahan lama.
8. POLYESTER
Bahan polyester memiliki daya tahan yang kuat. Kelemahannya adalah kerana sifat bahan terasa
panas dibadan.
Antara ciri-ciri lainnya :
Bahan terasa panas dibadan.
Tidak menyerap keringat.
Apabila kulit anda sensitive dan bermasalah, disarankan supaya tidak memakai bahan pure
polyester kerana akan merosakkan lagi kulit anda.
Noda minyak dan noda makanan susah dihilangkan dari pakaian
Tahan direndam dalam air lebih dari 3 jam
9. SUTERA
Bahannya lembut, sejuk dan berkilau. Ia selalu dikaikatkan wanita dan cinta.
Antara ciri-ciri lainnya :
Sangat lembut dan licin dikulit dan bahannya jatuh (flowing).
Menyerap keringat.

Perlu dry cleaning supaya kualiti warna dan kainnya bertahan lama.
10. VISCOSE
Antara ciri cirinya :
Terasa lembut dan dingin di kulit
Bahannya jatuh, tidak kaku dan warnanya mengkilat
Menyerap keringat
Pakaian / bahan akan rosak apabila direndam dengan detergent lebih dari 1 jam.
Boleh dicuci atau di dry clean
Noda dari makanan atau minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent
11. LINEN
Bahannya yang kaku dan dingin, maka linen sangat sesuai untuk produk produk casual wear
dan dresses
Antara ciri-ciri lainnya :
Bahannya kaku dan dingin.
Permukaan kain agak kasar.
Menyerap keringat.
4x lebih lasak dari cotton.
Tahan dijemur (Tahan terhadap panas sampai 4500 F).
Kain akan rosak apabila direndam lebih dari 1 jam
12. SONGKET
Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada
kain latar. Fibrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan
bangsawan Melayu.
13. KAIN RENDA/SATIN yang mempunyai bidang besar juga menjadi pilihan utama kerana mudah
dijahit, senang dijaga dan tahan lama.
14. SCOTCHGUARD yang diselaputi bahan kalis air kerana tahan lasak.
Jenis-jenis Fabrik/Tekstil
1) Kain Sifon
Diperbuat daripada sutera, kapas dan sintetik fiber.
Nipis, jarang, memerlukan lining.
Susah untuk dijaga, hanya boleh menggunakan cucian kering.
Sesuai digunakan untuk busana perkahwinan seperti kurung moden, kaftan untuk majlis
pernikahan dan gaun labuh untuk resepsi.

Memberi efek lembut, romantis.


Sesuai untuk semua jenis tubuh terutamanya bertubuh gempal.
2) Kain Kapas
Fabrik benang kapas sesuai untuk negara beriklim panas seperti Malaysia.
Mudah menyerap peluh, agak keras dan mudah berkedut.
Selesa, ringkas, mudah dijaga.
Sesuai dijadikan baju kurung tradisional mahupun moden.
Sesuai dipakai pada majlis-majlis kasual mahupun formal.
Sesuai untuk mereka yang bertubuh kecil dan kurus.
3) Kain Satin
Fabrik berkilau, licin, sejuk.
Di Malaysia, banyak digunakan untuk membuat baju Melayu lelaki pada musim perayaan.
Ada dari jenis sutera dan sintetik. Jenis satin sutera banyak digunakan sebagai lining baju
kurung. Satin sintetik diperbuat daripada polyester dan benang-benang yang berkilat,
agak kaku.
Tidak sesuai untuk mereka yang bertubuh gempal kerana sifat kilau satin akan memberi efek
besar kepada pemakai.
4) Renda Perancis
Mewah dan sukar dijaga, memerlukan penjagaan yang rapi.
Antara fabrik yang mahal terutama yang sarat dengan jemeki, sekuin dan kristal.
Sesuai dibuat baju pengantin untuk majlis pernikahan juga gaun resepsi.
Bagi mereka yang bertubuh kecil sesuai jika dipakai sarat renda dari atas ke bawah, tetapi
bagi mereka yang bertubuh gempal sesuai dengan patching lace ataupun applique lace
pada gaun sifon.
5) Spandex/ Lycra
Dicipta pada tahun 1959.
Jenis memeri (stretchable).
Sesuai untuk pakaian renang dan sukan.
Di Malaysia, banyak digunakan sebagai tudung.
Tip Memilih Jenis Kain Pasang/ Kain Ela
Dalam pemilihan bahan bagi kain pasang/ kain ela, sebaik-baiknya anda perhatikan dua perkara
yang paling penting iaitu kualiti dan juga corak/warna.
a) Kain Pasang Jenis Polyester
Kain pasang/kain ela yang dibuat daripada bahan ini adalah berserat sintetis. Walaupun harganya
lebih ekonomi dan warna-warni serta mempunyai corak yang menarik, bahan ini kurang sesuai
dipakai di negara yang beriklim tropika iaitu panas dan lembap sepanjang tahun. Bahan ini tidak

menyerap peluh, sehingga menyebabkan badan si pemakai berasa kurang selesa. Kelebihan
bahan ini adalah mudah dijaga serta tidak mudah kusut dan ia selalu kelihatan kemas dan rapi.
b) Kain Pasang Jenis Kapas
Kain pasang/ kain ela yang dibuat daripada jenis ini biasanya selesa dan sejuk dipakai
berbanding kain pasang/ kain ela yang dibuat daripada jenis polyester. Dengan harga yang
ekonomi, bahan ini mempunyai corak yang paling lengkap dan banyak pilihan berbanding bahan
lain dengan kandungan kapas yang tinggi.
c) Kain Pasang Jenis Satin
Bahan bagi kain pasang/ kain ela daripada jenis satin adalah juga 100 peratus kapas, tetapi
struktur anyamannya adalah berbeza. Anyaman bagi kain pasang/ kain ela satin adalah saling
silang antara 1 benang dengan 4 atau 7 benang yang lain. Semakin banyak benang yang
menyilang terhadap benang lain, semakin lembut dan halus, tetapi juga semakin rapuh anyaman
terhadap berus sewaktu mencuci.
Ciri-ciri kain satin adalah seperti agak berat, agak berkilat pada permukaannya dan walaupun
terasa lebih tebal, tetapi ia lebih lembut. Selain itu, warna juga mempengaruhi tingkat
kelembutannya. Bahan yang sebahagian besar berwarna putih terasa lebih lembut daripada bahan
yang berwarna-warni.
http://www.thecrescent.com.my/kenali-rangkaian-fabrik/

BAB 1 : PEMBINAAN FABRIK

Fabrik dihasilkan daripada yarn dalam berbagai kaedah. Menenun dan mengait
merupakan kaedah yang paling lazim atau biasa digunakan dalam pembinaan fabrik
pada masa kini.

1.1 FABRIK BERTENUN

Fabrik bertenun mempunyai 2 jenis benang iaitu benang ira lurus / benang
memanjang (warp) dan benang pakan/ benang melintang (weft). Kedua-dua benang
ini dijalin berselang-seli dan bertemu di antara satu sama lain dengan bersedut
tepat. Bahagian tepi yang memanjang pada fabrik bertenun dikenali sebagai
selvage. Fabrik bertenun sangat teguh kerana jalinan yang rapat. Jalinan yang
berselang seli tidak memberi ruang untuk fabrik memeri ke kiri dan ke kanan.
Contuh fabrik yang di tenun biasa Belacu, kasa (Voil), maslin, poplin

1.2 FABRIK BERKAIT (KNIT FABRIK)


Fabrik berkait mempunyai struktur yang diperoleh dengan mengait benang yang
bergelung. Istilah ini digunakan kerana tiap-tiap gelungan yarn dikait untuk
mendapatkan barisan yang baru. Kaedahnya serupa dengan mengait mengguna

jarum kait (knitting needles) Gelung berkait yang menegak dikenali sebagai WALES
dan gelung berkait yang mendatar dikenali sebagai COURSE.

Fabrik berkait mempunyai kestabilan yang kurang jika dibanding dengan fabrik
bertenun. Dari itu kegunaan fabrik berkait terhad kepada pakaian tertentu (sukan,
riadah, pakaian dalam, pakaian bayi). Dengan adanya teknologi canggih fabrik
berkait yang lebih bermutu dan mempunyai struktur yang lebih kompleks dapat
dihasilkan.

Contoh fabrik berkait:


Jersi, single knit

1.3 FABRIK BERPAIL

Fabrik berpail adalah sejenis fabrik yang istimewa kerana permukaannya gebu dan
lembut. Ciri-ciri tersebut diperoleh melalui pembinaan yang istemewa yang

membenarkan yarn timbul (pile-yarn) digunting manakala yanrn yang rata tidak di
gunting. Yarn rata (ground yarn) merupakan asas kekukuhan fabrik dan penyokong
pile atau yarn yang timbul.. Gambarajah di sebelah menunjukkan kaedah
pembinaan fabrik baldu. Yarn untuk gelung A lebih tebal dari yarn B. YarnW
disangkarutkan (inteterlace) dengan kedua-dua yarn A dan B. Gelung-gelung yarn di
sokong dengan dawai halus berselangseli dengan benang pakan. Dalam proses
pembinaan pisau yang terdapat pada dawai akan memotong gelung-gelung
benang. Gambar rajah menunjukkan yarn pile berdiri tegak tetapi sebenarnya pada
fabrik baldu yarn pile mencondung sedikit menghala ke satu arah atau one-way.
Keadaan ini diperolehi semasa proses kemasan fabrik dilakukan. Gelung-gelung
yarn boleh ditinggalkan tanpa digunting. Dalam hal demikian fabrik seperti tuala
terri diperoleh.

Dalam membuat fabrik koduroi pula, yarn pile ditenun lebih jarak daripada yarn pile
pada baldu. Apabila digunting yarn pile akan timbul daripada permukaan dan
menghasilkan tuff yang timbul dan beralur atau bertali. Justru itu nama cord
diperoleh.

1.4 FABRIK NET

Fabrik net atau fabrik renda tidak ditenun atau dikait. Gambar rajah ini
menunjukkan struktur fabrik net. Fabrik net/renda mempunyai 2 helai benang yang
berbelit-belit di antara satu sama lain dan tidak mempunyai barisan benang lurus.
Fabrik ini juga mempunyai struktur yang berlubang dan terbuka open. Dari segi
inilah fabrik net tidak teguh dan kebanyakannya digunakan sebagai hiasan pada
pakaian.
1.5 FABRIK BRAID
Fabrik braid dihasilkan dengan menjalin yarn secara menyerung (diagonal).
Biasanya fabrik ini tidak lebar. Fabrik ini digunakan sebagai tali kasut, dan pita
hiasan.

1.6 CROCHETING
Perkataan crochet adalah perkataan Francis yang bermaksud cangkuk. Crocheting
adalah kaedah membuat fabrik mengguna yarn dan jarum crochet. Kaedah
pembinaan ini tidak luas digunakan di industri tekstil tetapi sebagai kraftangan

untuk membuat baju jumpers, pakaian kanak-kanak, alas meja dan senagai
trimming.

1.7 MACRAME
Kaedah ini menggunakan yarn yang diikat bersimpul-simpul. Fabrik ini tidak sesuai
untuk dibuat pakaian kerana anyamannya terlalu terbuka (open weave). Fabrik ini
sesuai untuk membuat tali pinggang, hiasan dinding, pengantung pasu bunga dan
hammock.

1.8 FELTING
Kaedah ini adalah cara membuat fabrik yang paling lama. Proses ini menggunakan
kelembapan, haba dan tekanan yang diguna kepada gentian yang pendik dan
membuat ia melekan. Lazimnya gentian bulu biri digunakan kerana ia mempunyai
kuasa semula jadi untuk melekan. Fabrik felt tidak berjeumbai dan boleh digunting
mengikut berbagai bentuk. Fabrik felt digunakan untuk membuat topi, mainan. Felt
mengecut abapila basah dan mudah koyak.

1.9 FUSING

Kaedah pembinaan fabrik ini seakan-akan sama dengan fabrik felt , tetapi ia
memerlukan agen pelekat. Fabrik kapas dan rayon digunakan untuk pembinaan
fusing.

PERANAN PAKAIAN
KAJIAN FABRIK

Pembinaan fabrik Gentian dijadikan yan dan yan seterusnya dijalin untuk
dijadikan fabrik. Yan yang terdiri daripada gentian atau filament, biasanya
dipintal untuk membentuk satu lembar panjang yang kukuh dan tidak mudah
berjerumbai. Terdapat dua jenis yan yang asas iaitu :

- Yan filamen ialah yan yang panjang dan perbuat daripada sutera atau
gentian buatan. Yan filament adalah licin, halus, dan melungsur.

- Yan staple ialah yan span dan dibuat dengan memintal beberapa gentian
staple yang pendek seperti kapas atau bulu biri-biri. Filamen gentian buatan
juga boleh dipotong pendek dan dijadikan yan staple. Yan staple adalah tebal,
berbulu, gebu, dan merangkap lebih banyak udara.

Fabrik dibina dengan cara tenun, kait dan tanpa tenun.

Fabrik Tenun Dihasilkan dengan menjalinkan dua set yan pada sudut
tepat. Yan memanjang dipanggil yan lungsin dan yan yang melintang
dipanggil yan pakan. Setiap fabric tenun mempunyai dua tepi yang
kelihatan seperti reben halus selari dengan yan lungsin yang dipanggil tepi
fabrik. Terdapat 3 jenis tenun asas iaitu :

Fabrik Kait Dihasilkan dengan mengait yan untuk membentuk satu barisan
gelung, dibuat sama ada dengan tangan atau menggunakan mesin kait.
Terdapat 2 jenis fabrik kait iaitu :

Fabrik tanpa Tenun Selain ditenun dan diikat, fabric juga dibina dengan
cara lain untuk menghasilkan Fabrik terikat dan Fabrik felt.

https://sitinorermeylimanbpsrt.wordpress.com/nota-e-r-t-ting-5-2/kajian-fabrik/

You might also like