You are on page 1of 8

TAJUK 6 PENYUDAH TEPI

6.1 Definisi Penyudah Tepi


proses jahitan yang dibuat untuk melindungi, mengemas, mengukuh dan
menghias tepi pakaian dan kelengkapan rumahtangga daripada berjerumbai
atau berjurai-jurai.
Pemilihan penyudah tepi bergantung kepada jenis fabrik yang digunakan,
jenis pakaian dan stailnya dan jenis tepi yang dikemaskan.
6.2 Perkara-perkara yang perlu di pertimbangkan semasa menjahit penyudahtepi.
Penyudah tepi mestilah sesuai untuk tepi yang hendak dikemaskan.
Kukuh, tahan lasak, dijahit dengan baik kemas dan rata.
Lebarnya dan basinya mestilah sama dan tepi yang melengkung mestilah
rata/licin.
Warna benang mesti sama dengan warna fabrik.
Warna benang untuk penyudah tepi sulaman mestilah sesuai dan cantik
dijadikan perhiasan.
6.3 Jenis-jenis Penyudah Tepi
6.3.1 Kelepet
penyudah tepi yang dibuat pada bahagian bawah pakaian dan juga di tepi
kelengkapan rumahtangga.
terdiri daripada dua lipatan.
digunakan untuk menyudahkan tepi yang lurus dan yang melengkung.
Lebar dan kemasan kelepet berbeza mengikut jenis fabrik dan tujuan
diadakan kelepet itu.
Kelepet yang halus biasanya dibuat pada bahagian yang melengkung dan
kelepet-kelepet yang lebar digunakan pada bahagian yang lurus.
Kelepet boleh dikekalkan pada pakaian atau kain kelengkapan rumahtangga
dengan jahitan mesin, jahit sembat susup atau jahit silang pangkah.
6.3.1.1 Proses menjahit kelepet lurus
Langkah 1
o Tandakan kedudukan kelepet
dalam

Langkah 2
o Lipat lipatan pertama ke sebelah
selebar 6mm





Langkah 3
o Lipat lipatan kedua di garisan
kelepet selebar 2 cm 6 cm
o semat dan jelujur.
Langkah 4
o Jahit sembat susup di sepanjang
kelepet.



Langkah 5
Menetapkan kelepet pada pakaian
Dengan jahit silang pangkah

Langkah 6
Memetapkan kelepet pada pakaian
dengan jahit sembat










6.3.1.2 Proses menjahit kelepet melengkung
Kelepet Lisu
Kelepet Kedut Lepas

(a) Kelepet Lisu
Langkah 1
o Sediakan dan kemaskan kelim
o Jelujur pada garisan pemadan
Langkah 2
o Lipat fabrik pada g.pemadan
o Tekan dan semat dengan peniti


Langkah 3
o Lisukan fabrik yang lebih dan
halakan ke kelim rusuk.
o Semat dan jelujur pada lisu.
Langkah 4
Jahit sembat pada lisu
Lipat lipatan pertama dan tetapkan
kelepet pakaian dengan jahit sembat
susup












(b) Kelepet Kedut Lepas
Langkah 1
o Sediakan saperti Langkah 1
(Kelepet Lisu )
Langkah 2
o Lipat 6 mm untuk lipatan pertama
o Jahit mesin mata kia kasar
garisan lipatan pertama untuk
membuat kedut halus.
Langkah 3
o Cantum garisan kelim.
o Lipat pada garisan kelepet dan
tekan.
o Tarik jahitan mesin longgar serta
kedutkan dan padankan kelim
supaya kelepet terletak rata pada
pakaian.
o Tetapkan kelepat dengan jahitan
yang sesuai.

















3.2 Penjuru
Penjuru adalah salah satu daripada penyudah tepi.
Ia dibuat untuk mengurangkan tebal fabrik pada basi lipatan kelepet.
Penjuru boleh disudahkandengan dua cara iaitu penjuru jahit tindih dan
penjuru temu sudut atau kelongsong.
Penjuru jahit tindih selalunya terdapat pada belah kelepet sama lebar blaus,
kemeja dan jaket, langsir, kelengkapan rumahtangga yang mempunyai dua
kelepet sama lebar atau tidak.
Penjuru temu sudut atau kelongsong hanya dibuat pada penjuru yeng
mempunyai kelepet yang sama lebar.
Penjuru ini selalunya digunakan pada kelengkapan rumahtangga.

6.3.2.1 Proses menjahit penjuru Jahit tindih
(a) Penjuru jahit tindih
Langkah 1
o Lipat dan tekan supaya mendapat
kesan garisan kelepet
o Tandakan dengan peniti
Langkah 2
Buka penjuru yang telah ditekan dan
gunting bahagian X 6 mm dari lipatan
atas dan 6 mm dari peniti





Buka penjuru yang telah ditekan dan
Gunting bahagian X 6mm dari lipatan
atas dan 6 mm dari peniti
Langkah 3
o Lipat semula kelepet dan jahit jelujur
o Kemas kelepet dengan jahit sembat susup
o Jahit sembat halus
o Jahit lilit ubi


(b) Penjuru Temusudut atau Kelongsong
Langkah 1
o Tekan supaya mendapat kesan
kelepet atau lipatan
o Tandakan dengan peniti 6mm
dari lipatan
Langkah 2
o Lipat semula kelepet, kemudian
jahit jelujur


Langkah 3
o Jahit sembat, sembat susup atau sulam menyulam
o Jahit lilit ubi











6.3.3 Lapik
1. Lapik merupakan kepingan fabrik tambahan yang digunting lurus atau
berbentuk dan dijahit pada tepi pakaian atau artikel.
2. Lapik biasa dijahit pada hujung lengan, garis leher, hujung blaus, skirt atau
seluar.
3. Terdapat dua jenis lapik, iaitu lapik lurus dan lapik berbentuk.
4. Lapik lurus dijahitkan pada tepi pakaian atau artikel yang lurus. Misalnya
bahagian tepi alas meja, kocek, blaus, atau skirt yang lurus.
5. Reben dan pita juga boleh digunakan sebagai lapik.
6. Lapik berbentuk merupakan kepingan fabrik yang digunting mengikut bentuk
tepi yang hendak dilapik.
7. Lapik berbentuk sering digunakan untuk mengemaskan tepi bahagian lubang
lengan, hujung lengan, atau garis leher.
8. Ciri- ciri lapik:
a) Saiz lapik sama pada keseluruhan.
b) Cantuman lapik rata dan tidak berkedut.
c) Jahitannya kukuh dan kemas pada keseluruhan.
d) Ira lapik mesti selari dengan ira artikel atau pakaian.

Proses menjahit lapik lurus :
o Temukan sebelah luar lapik dengan sebelah luar pakaian.
o Semat dengan peniti, jelujur, dan mesinkan di sepanjang garis
pemadan.
o Trimkan basi kelim hingga 6 mm.
o Tekan dengan seterika supaya kelim rata dan terbuka.
o Lipatkan bahagian tepi lapik ke sebelah dalam fabrik.
o Balikkan lapik ke sebelah dalam pakaian.
o Tekan dengan setarika dan jalujurkan.
o Tetapkan lapik dengan salah satu jahitan berikut:
a) Jahitan mesin
b) Jahitan semat
c) Jahitan sembat susup.

Proses manjahit lapik berbentuk:
Langkah 1:
Sediakan lapik berbentuk dengan mengemaskan tepinya dengan melipatkan
ke sebelah dalam.
Jelujur dan mesinkan lipatan.
Langkah 2:
Temukan bahagian luar fabrik dengan bahagian luar pakaian.
Jelujur dan mesinkan di sepanjang garisan pemadan.
Trim dan snipkan basi kelim.
Langkah 3:
Terbalikkan lapik ke sebelah dalam.
Tekan dan ratakan lapik berbentuk.
Jelujur dan tetapkan lapik dengan jahitan sembat susup atau jahitan silang
pangkah.

6.4 Kun
Kaedah yang menggunakan jalur serung tepat untuk membalut tepi kain.
Digunakan pada tepi pakaian yang lurus dan melengkung.
Digunakan untuk menyudahkan tepi pakaian seperti di garis leher, hujung
lengan dan kelepet serta perhiasan, lubang butang berkun dan dijadikan
gelungan fabrik.

6.4.1 Proses membuat
1. Sediakan jalur serong tepat selebar 2.5-3.5sm. Sambung jalur mengikut
keperluan
2. Jika digunakan di tepi pakaiaan, gunting basi pada garisan pemadam. Untuk
mengemas basi kelim, gunting besi kelim hingga tinggal 1.25 hingga 2sm
3. Letak sebelah luar kun ke sebelah luar pakaian, tepi-tepinya bersama.
Semat , jelujur dan mesin 6mm dari tepi. Cabut jelujur dan tekan
4. Tekan jalur ke atas. Terbalikkan ke sebelah dalam. Lipat tepi kun hingga
hampir bertemu tepi pakaian. Tekan. Jangan regangkan jalur.
5. Temukan tepi yang dilipat ke garisan mesin pada sebelah dalam. Jelujur dan
sembat. Cabut jelujur dan tekan.



6.5 Renda

Boleh didapati dalam pelbagai bentuk danartikel.

Digunakan sebagai hiasan pada artikel

Cara menjahit renda pada artikel :

Kemaskan tepi artikel dengan kelepet

Temukan S.L renda dengan S.L artikel

Sematkan dan jelujur pdgarisan pemadan

Jahit dengan mesin jahit.

Tanggalkan jalujur.

6.6Ikatan Pinggang

Ikatan pinggang ialah satu penyudah tepi untuk skirt, sarung, slek, culotte, dan seluar
pendek. Ikatan pinggang dibuat menggunakan dua lapisan fabrik dan boleh
menggunakan lapik dalam untuk membuatnya lebih kemas dan keras. Kancing yang
sesuai untuk ikatan pinggang ialah cangkuk dan palang, cangkuk dan rumah,
cangkuk dan mata, lubang butang dan butang, dan velkro.

You might also like