You are on page 1of 43

Pengenalan Blaus / Kemeja

Pakaian merupakan salah satu keperluan asas manusia iaitu berfungsi untuk melindungi
tubuh dari kepanasan, kesejukan serta ancaman-ancaman lain. Hiasan diri pula digunakan dan
dipakai sebagai pelengkap kostum dan menyerikan lagi si pemakai. Bagi masyarakat Melayu,
pakaian dan hiasan diri pada asalnya lebih berfungsi sebagai simbol kedudukan dan kekuasaan
seseorang dalam masyarakat. Namun, fungsi pakaian dan hiasan semakin berkembang dan
berubah mengikut peredaran zaman.
Blaus dan kemeja merupakan pakaian yang amat digemari pada masa sekarang.Ia
mempunyai bentuk yang kemas dan menarik bagi si pemakai. Setiap rekaannya adalah
berbeza dan sentiasa berubah mengikut pereka yang mempunyai idea yang tersendiri. Blaus
merupakan pakaian yang boleh disesuaikan dengan skirt, slek dan sarung. Pakaian ini mula
dipakai pada tahun 1860. Blaus direka dalam pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual
atau formal bergantung kepada pilihan fabrik dan hiasan. Blaus terbahagi kepada :
- Bahagian hadapan baju.
- Bahagian belakang baju.
- Kolar.
- Lengan.
- Mansit.
Kemeja pula merupakan pakaian bahagian atas. Pada asalnya kemeja ini dipakai oleh lelaki
Amerika sebagai pakaian dalam sebelum memakai jaket atau kot. Pada pandangan orang
British pula kemeja ialah pakaian yang mempunyai kolar, lengan panjang berkancing dan belah
yang berkancing atau butang.
Terdapat pelbagai cara untuk menggambarkan dan membezakan sesuatu kemeja.
Perbezaan kecil mungkin disignifikasikan kepada perbezaan budaya dan juga pekerjaan
seseorang. Antara perbezaan yang dapat dilihat adalah:
1. Lengan
a. Lengan pendek
b. Lengan panjang
c. Lengan berkancing
d. Lengan tiga suku
2. Kolar
a. Kolar simpul
b. Kolar lurus

c.
d.
e.
f.

Kolar peterpan
Kolar kelasi
Kolar kemeja
Kolar tegak

3. Poket
a. Poket berzip
b. Poket berpenutup
c. Poket berkancing

Reka Cipta Stail Pakaian


Mereka cipta pakaian memerlukan idea dan daya kreativiti di samping menerapkan
elemen dan prinsip seni reka untuk menghasilkan pakaian yang tulen dan sesuai dengan
bentuk badan. Stail pakaian pula merupakan cara sesuatu pakaian itu dibuat atau digayakan.
Pemilihan stail pakaian kerap dipengaruhi oleh bentuk badan kerana elemen asas reka bentuk

pakaian seperti corak, warna, tekstur dan rupa fabrik, garisan dan cantuman, garis leher, dan
garis lengan akan menampilkan bentuk badan yang menarik dan bergaya. Saya telah mereka
bentuk pakaian berdasarkan ciri-ciri yang disebut.
Corak
Corak ialah motif pada fabrik yang beraneka seperti garisan, bunga, bentuk geometri,
genggang, dan lain-lain bertujuan mengenal fabrik. Corak boleh dihasilkan melalui proses
mencetak, menenun, atau mengait fabrik. Penggunaan perisian CAD (Computer Aided Design)
merupakan teknik moden yang berupaya mempercepatkan proses reka bentuk daripada yang
mudah kepada corak-corak yang lebih kompleks. Pemilihan corak yang sesuai akan
menghasilkan pakaian yang menarik, nilai estetika yang tinggi, serta memberikan kesan ilusi
kepada bentuk badan. Pada rekaan pakaian saya, saya telah memilih corak garisan-garisan
kecil. Walaupun ia menonjolkan lagi bentuk badan saya yang kurus dan tinggi tetapi tidak begitu
ketara kerana jarak antara garisan memberikan satu ilusi yang berbeza.

Warna
Warna juga boleh memberikan kesan ilusi pada bentuk badan. Terdapat tiga kategori warna
iaitu warna terang, warna lembut, dan warna gelap. Warna terang ialah hasil daripada warna
merah dan kuning yang akan memancarkan cahaya dan menampakkan seseorang lebih
gempal. Warna lembut seperti biru muda, ungu, hijau muda, dan turqoise sesuai untuk orang
yang kurus kerana warna ini akan menampakkan seseorang lebih gempal. Sementara warna
gelap seperti biru, hijau, dan ungu akan menyerap cahaya dan menampakkan orang yang
gempal kelihatan lebih langsing. Pakaian yang mempunyai satu warna akan memberikan ilusi
kelangsingan. Warna gelap pula jika dipadankan dengan warna lembut akan menampakkan
seseorang kelihatan lebih pendek. Saya memilih fabrik yang dengan kombinasi dua warna
gelap untuk kelihatan lebih yakin.

Tekstur Fabrik
Tekstur fabrik ditentukan oleh jenis gentian, pembinaan, dan kemasan yang diberikan. Fabrik
yang keras atau berluf, berkait atau bertenun timbul akan menampakkan orang yang kurus
kelihatan lebih gempal.

Fabrik yang sederhana tebal seperti korduroi dan denim sesuai untuk orang berbadan
kurus kerana fabrik ini akan menampakkan seseorang itu kelihatan lebih gempal. Fabrik
berkilau akan membalikkan cahaya dan menampakkan bentuk badan lebih ketara dan fabrik
ini lebih sesuai oarang yang kurus. Untuk pemilihan fabrik, saya memilih jenis kapas untuk
memudahkan proses menjahit dan untuk keselesaan ketika memakainya.

Garisan dan Cantuman


Terdapat tiga jenis garisan dan cantuman yang biasa digunakan untuk memberikan kesan ilusi
kepada bentuk badan, iaitu garisan menegak, mendatar, dan menyerong. Garisan menegak
membahagikan pakaian kepada kepingan kecil secara menegak.
Garisan mendatar memotong pakaian kepada dua bahagian secara mendatar seperti
garisan empayar dan bahu mendatang. Garisan ini akan memberikan kesan ilusi rendah dan
lebar. Garisan menyerong menampakkan pemakai kelihatan lebih langsing. Gabungan garisan
menegak dan menyerong jua memberikan kesan ilusi langsing dan lebih tinggi. Gabungan
garisan menyerong dan mendatar akan memberikan kesan ilusi lebih lebar. Saya menggunakan
garisan menegak untuk menampakkan pakaian lebih cantik dan menyerlah tetapi stail yang
ringkas.

Garis leher
Garis leher terbahagi kepada lima iaitu bentuk U, bentuk V, bentuk segi empat, bentuk hati, dan
bentuk sampan. Garis leher boleh digantikan dengan kolar untuk menyesuaikan pelbagai stail
pakaian. Kolar boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu kolar rata, kolar gulung, dan kolar
tegak. Saya telah memilih kolar rata untuk menampakkan pakaian lebih kemas dan bersahaja
sesuai dengan tema santai.

Bahan dan Alatan Projek


Pemilihan bahan:

Benang jahit

Butang

Fabrik

Ciri Stail Pakaian

i.

Menjahit kolar lurus sebagai kemasan garis leher

Definisi
Kolar ialah dua kepingan kain yang dibentuk, dicantumkan dan kemudian dilekatkan
pada garis leher. Kolar ini berbentuk lurus dan tegak pada bahagian belakang garis
leher. Lebar kolar pada bahagian belakang adalah kira-kira setengah atau kurang
daripada setengah lebar kolar.
Kegunaan kolar
a)
b)
c)
d)

Untuk menyeudahkan garis leher pada pakaian


Memberi gaya atau stail pada pakaian
Sebagai perhiasaqn supaya pakaian kelihatan lebih menarik
Memberikan kepanasan kepada pakaian

Ciri-ciri kolar lurus


1.
2.
3.
4.
5.
6.

ii.

Kolar biasanya mempunyai dua lapisan fabrik


Permukaan kolar rata
Kolar terletak rata dan kemas di garis leher
Bahagian kanan dan kiri kolar hendaklah seimbang
Kedua-dua hujung kolar sama lebar
Camtuman kelim kolar tidak teratur

Lengan padanan rata dijahit pada bahagian lengan dan dipasang mansit pada
hujung lengan
Definisi
Lengan ialah tambahan pakaian dari lubang lengan. Ia boleh jadi sepotong fabrik
yang dicantumkan ke lubang atau pun tambahan daripada badan. Lengan biasa yang
dicantumkan dengan baik mempunyai ira lurus yang terletak di garis atas lengan.
Hujung lengan boleh disiapkan dengan kelepet, lapik atau kun
Fungsi lengan
a) Melindungi kecacatan lengan
b) Melindungi daripada cuaca panas dan sejuk

c) Menambah keanggunan si pemakai jika sesuai dengan fesyen dan fabrik


d) Mengekalkan ciri tradisi sesuatu pakaian seperti baju kurung teluk belangan dan
sari

iii.

Kelepet belah sama lebar dijahit pada bahagian butang dan lubang butang.

Definisi
Penyudah tepi adalah salah satu proses jahitan. Ia dibuat untuk melindungi tepi fabrik
daripada berjerumbai atau berjurai-jurai.
Jenis jenis penyudah tepi
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Kelepet
Penjuru
Lapik
Kun
Rendah
Ikatan pinggang
Kasing
Jahitan sulaman

iv.

Kancing yang digunakan dalam blaus ini ialah butang dan lubang butang.

Definisi
Kancing ialah sejenis alat yang digunakan untuk menutup belah pada pakaian
lelaki dan wanita, artikel dan lain-lain lagi supaya dapat mengelakkan bentuk asal
pakaian atau artikel. Ia juga digunakan sebagai perhiasan. Kancing-kancing yang
dipasang pada pakaian atau artikel hendaklah dijahit dengan kukuh dan kemas.
Pemilihannya bergantung kepada fesyen dan kesesuaian fabrik.
Tujuan menjahit kancing
1)
2)
3)
4)

Mengancingkan belah
Sebagai perhiasan
Kancing biasanya dilekatkan pada lipat tindih atas dan lipat tindih bawah belah
Cara-cara melekatkan kancing pada pakaian bergantung kepada jenis kancing yang
dipilih

Jenis-jenis kancing
1)
2)
3)
4)

v.

Butang katup
Butang cangkuk dan kancing
Butang cangkuk dan rumah
Butang cangkuk dan rumah cangkut bersirat

Kelim belah kangkung dijahit bagi mencantum bahagian bahu dan tepi baju.

Definisi
Kelim ialah cantuman dua atau lebih kepingan fabrik untuk memberi bentuk pada
pakaian atau artikel. Kelim yang dijahit mestilah sesuai dengan pakaian yang hendak dijahit dan
lebar kelim mesti sekata di seluruh pakaian. Pemilihan kelim pada pakaian bergantung kepada
jenis fabrik yang digunakan, kedudukan kelim dan jenis pakaian
Perkara-perkara yang mesti diberikan perhatian semasa menyediakan kelim
1) Gunakan kelim yang sama untuk seluruh pakaian
2) Kelimperlu dijahit tepat pada garis pemadan untuk mendapatkan bentuk dan rupa yang
3)
4)
5)
6)

elok
Lebar kelim yang dijahit mesti seragam iaitu sama lebar pada keseluruhan pakaian
Kelim yang dijahit mesti rata dan kemas
Ketegangan jahitan mesti betul dan sesuai supaya hasil kelim tidak berkedut
Pilih jenis kelim yang sesuai dengan pakaian dan jenis fabrik. Kelim yang rata dan
kurang tebal sesuai digunakan untuk fabrik jenis tebal. Untuk fabrik nipis pula, pilih kelim
yang rata dan kemas.

ALATAN MENGUKUR
ALAT

KEGUNAAN
Mengukur dengan

PEMILIHAN
- diperbuat daripada

PENJAGAAN
- gulung setelah

tepat ukuran badan

gentian kaca, sintetik

digunakan dengan

dan fabrik.

dan plastik.

nombor yg besar di

- mempunyai penahan

sebelah dalam

logam di kedua-dua
hujungnya

- simpan di dalam

- tidak memeri, teguh

kotak jahitan

dan tahan

Pita ukur

- mempunyai tanda
ukuran metrik yg terang
dan jelas.
PEMBARIS SESIKU
- Membuat garisan

- Diperbuat daripada

- Gantung

bersudut tepat dan

kayu atau plastik.

pembaris atau

garisan lurus pada

simpan ditempat

pola atau fabrik.

- Mempunyai ukuran

- Bahagian

yang terang dan tepat

melengkung

di kedua-dua bahagian

digunakan untuk

dalam unit metrik.

yang rata.

membentuk garis
leher dan lubang
Pembaris sesiku &

lengan.

pembaris melengkung
PEMBARIS
MELENGKUNG

- Diperbuat daripada

- Gantung atau

- Membentuk garis

kayu atau plastik.

simpan di tempat

melengkung seperti

yang sesuai.

garis leher, keruk


lengan, rusuk blaus,

- Ukuran metrik yang

rusuk skirt dan kaki

jelas.

seluar semasa
mendraf pola.

- Mengukur dan

- Diperbuat daripada

- Gantung atau

menanda garisan

kayu atau plastik.

simpan di tempat

lurus di kertas pola.

yang sesuai.
- Tepinya licin, rata dan

- Mengukur fabrik.

lurus.
- Mempunyai ukuran yg
tepat dalam unit metrik.

Pembaris lurus

ALATAN MEMOTONG
ALAT

KEGUNAAN
- Menggunting fabrik.

PEMILIHAN
- Diperbuat daripada

PENJAGAAN
- Elakkan daripada

keluli tahan karat.

terjatuh.

- Pilih yang tajam.

- Digunakan untuk
menggunting fabrik

Gunting fabrik

- Skru tidak longgar.

sahaja.

- Pemegang yang

- Simpan di dalam

melengkung.

sarung selepas
digunakan.
- Minyakkan sendi
gunting jika perlu.

- Khas untuk

- Sederhana besar.

menggunting kertas.

- Elakkan daripada
terjatuh.

- Panjang 15 17

cm.

- Minyakkan
sendinya.
- Asingkan dari
gunting fabrik.
- Simpan di kotak
jahitan atau tempat

Gunting kertas
- Untuk menggunting

- Mempunyai mata

yang sesuai.
- Simpan di dalam

benang jahitan.

yang anjal dan tajam.

sarung.
- Sapu dengan
minyak apabila
perlu.

Sniper
- Untuk membuka

- Panjangnya lebih

- Elakkan daripada

jahitan yang tersilap

kurang 8 cm.

terjatuh.

- Menebuk lubang

- Mempunyai mata

- Tutup dengan

butang.

yang diperbuat

penutup.

daripada keluli yang


tidak berkarat.
Penetas
- Mempunyai penutup

ALATAN MENANDA
ALAT

KEGUNAAN
- Menandakan garis

PEMILIHAN
- Pilih kapur yang

PENJAGAAN
- Simpan di dalam

pemadan pada fabrik.

tidak mudah pecah.

bekas supaya tidak


mudah pecah.

- Memindahkan garis

- Pilih warna yang

tanda pola pada fabrik.

sesuai dengan fabrik


- Kapur yang dibuat

Kapur tukang jahit

daripada lilin tidak


sesuai untuk fabrik
- Memindahkan tanda

sintetik.
- Diperbuat daripada

- Simpan di antara

dan garisan pola pada

keluli berkilat supaya

fabrik tebal supaya

fabrik.

tidak berkarat.

matanya tidak rosak

- Pilih roda surih

- Simpan di kotak

mengikut jenis fabrik.

jahitan.

- Mudah bergerak

- Elakkan daripada

- Digunakan bersama

apabila ditolak.
- Pilih warna yang

terjatuh.
- Simpan di dalam

roda surih atau pensil

sesuai dengan

sampul khas

tajam untuk

fabrik.

setelah digunakan.

Roda surih

memindahkan tanda pola


ke fabrik.

- Jangan lipat kertas


karbon.

- Memindahkan motif
sulaman ke fabrik.
Kertas karbon

- Menanda garisan

- Terdapat dalam

- Jangan asah

pemadan pada fabrik.

pelbagai warna.

terlalu tajam.

- Membuat dan

- Boleh ditajamkan

- Elakkan daripada

memindahkan tanda

dengan pengasah

terjatuh.

pola.

pensil.

Pensil tukang jahit

- Simpan dalam
- Menanda garis gunting

kotak jahitan.

pada fabrik.
- Jangan biarkan ia
- Gunakan garisan yang

tumpul.

halus supaya tidak kotor.


- Untuk menyemat pola

- Pilih peniti yang

- Gunakan dgn

pada fabrik dan kepingan

tajam supaya tidak

cermat dan jimat.

fabrik.

merosakkan fabrik.
- Tabur tepung ubi

- Digunakan dalam kerja-

- Pilih yang panjang

atau bedak talkum

kerja mengacu pakaian.

dan halus untuk

didalam kotak peniti

fabrik tebal dan

supaya tidak

panjangnya 2.5 cm

berkarat.

Jarum peniti

4.5 cm.
- Alaskan kotak
- Pilih peniti yang

dengan kain flannel

pendek untuk kertas.

untuk menyerap
lembapan supaya
peniti tidak berkarat.

ALATAN MENJAHIT
ALAT

KEGUNAAN
- Untuk jahitan biasa

PEMILIHAN
- Bermutu dan tajam

seperti menjahit jelujur


dan menyembat kelepet.

PENYIMPANAN
- Elak daripada
berkarat dan simpan

- Pelbagai saiz

di dalam bekas

mengikut kegunaan.

jarum.

- Jahitan biasa 7-9.

- Jangan

- Sesuai untuk semua


jenis fabrik.

mencampurkan
jarum baru dengan
Jarum tangan

jarum terpakai.

Jenis tajam (sharps)


- Untuk menjahit jahitan

- Nombor 9-11 untuk

- Pasang jarum

mesin

fabrik nipis.

dengan betul.

- Nombor 13 untuk

- Jangan tarik fabrik

fabrik sederhana.

ketika menjahit.

- Nombor 14-18

- Simpan di dalam

untuk fabrik tebal.

sampul yang
disediakan.

Jarum mesin

- Pilih jenis bermutu


dan tidak mudah

- Elakkan dari

patah.

menyimpan di dalam
kotak peniti.

- Pilih jarum yang


sesuai dengan
fabrik
- Pilih saiz jarum
yang sesuai dengan
benang dan fabrik.

MESIN JAHIT
ALAT

KEGUNAAN
- Menjahit lurus.

PEMILIHAN
- Mengikut keperluan

PENYIMPANAN
- Letakkan di atas

tukang jahit.

meja yang sesuai

- Menjahit sulam.
- Menjahit butang.

dengan ketinggian
- Mempunyai

dan jauh dari

penutup.

pancaran matahari.
Meja perlu rata dan

- Menjahit lubang

- Dibekalkan dengan

kukuh supaya

butang.

buku panduan.

jahitan mesin elok.

- Menjahit zip.

- Mempunyai alat

- Pusingkan tombol

pengawal kelajuan.

pengawal ke

Mesin jahit mudah alih


- Menjahit kelepet
gulung.

kedudukan O, tutup
- Mempunyai lampu.

suis dan tanggalkan


palam jika tidak

- Menjahit ropol.

- Pilih jenama yang

menggunakannya.

mempunyai
perkhidmatan selepas

- Cabut tapak

membeli.

pengawal.

- Pilih jenis mesin

- Turunkan tapak

yang alat gantinya

penekan jahitan.

mudah didapati.
- Pusingkan roda
imbang sehingga
jarum berada di
kedudukan paling
rendah sebelum
menyimpan.

- Mengemas tepi

- Untuk menjimatkan

- Pastikan minyak

kelim dan kelepet.

perbelanjaan, pilih

mencukupi dalam

mesin dwi fungsi.

bekas minyak untuk

- Menjahit hiasan
seperti mengemas

perjalanan dan
- Menjahit dan

penyelenggaraan

tepi tudung dan

menghias.

mesin.

- Menjahit dan

- Buang habuk

mengemas serentak.

fabrik dan benang

tepi ropol.
- Menjahit dan
mengemas tepi

setiap kali selepas

kelim seperti

- Pilih jenis jenama

menjahit kemeja T

yang mempunyai

Mesin jahit pengemas


tepi

digunakan.

perkhidmatan selepas

- Gunakan berus

membeli.

halus untuk
membersih

- Pilih jenis mesin

bahagian dalam

yang alat gantinya

badan mesin.

mudah didapati.
- Gantikan pisau
- Dibekalkan dengan

pemotong apabila

buku panduan.

tumpul supaya tidak


merosakkan fabrik.

ALATAN MENEKAN
ALAT

KEGUNAAN
- Menekan dan

PEMILIHAN
- Pilih yang sederhana

PENYIMPANAN
- Elakkan daripada

menyeterika setiap

berat.

terjatuh.

peringkat jahitan

- Mempunyai kawalan

- Ikut panduan

supaya kemas dan

pelaras suhu.

penggunaan.

proses pada semua

Seterika

rata.
- Bersihkan tapak
- Mudah diguna dan

seterika apabila

dijaga

perlu.

- Pilih yang ada dua

- Biarkan sejuk

cara penggunaan, iaitu

sebelum disimpan.

- Memudahkan

kering dan wap.


- Pilih ketinggian

- Simpan selepas

semua proses

bangku yang sesuai.

digunakan.

- Permukaan bod

- Jangan

dilapik dengan fabrik

meletakkan seterika

yang tahan panas.

yang terlalu panas di

menyeterika dan
menekan.

atas bod.

Bod seterika
- Pilih yang kukuh dan
stabil.

Ukuran Badan
SENARAI UKURAN BADAN
BIL

BAHAGIAN BADAN

UKURAN (cm)

A)

GARIS LINTANG

Leher

38

Dada

90

Pinggang

86

Punggung

92

Bahu

39

Bidang belakang

49

Keliling hujung lengan

35

Keliling atas lengan (ketiak)

42

B)

GARIS MENEGAK

13

Labuh baju

58

14

Labuh lengan

29

Pengiraan Kos
Pengiraan kos projek sehelai kemeja

Bil

Kos bahan
Alatan / Bahan

Kuantiti

Kos seunit (RM)

Kos (RM)

1.
Fabrik kapas
2.
Benang jahit
3.
Lapik dalam
4.
Butang
5.
Kertas mahjung
Jumlah

Masa
6 jam

8.00
0.80
0.90
1.00
1.20
11.90

Kos sejam
RM 2

Kos
RM 12
RM 12

Kos sampingan

Perkara
Jahit kemas
Jumlah

4.00/meter
0.80/buku
3.60/meter
0.20/biji
0.60/helai

Kos upah

Jumlah pekerja
Seorang
Jumlah

2 meter
1 buku
meter
5 biji
2 helai

Kuantiti
1 helai baju kemeja

Kos seunit
RM 2.00

Kos (RM)
RM 2.00
RM 2.00

Kos projek = kos bahan + kos upah + kos sampingan


= 11.90 + 12 + 2
= 25.90
Jumlah kos projek = RM 25.90

Menyusun Atur Pola


1. Sebelum menyusun atur pola di atas fabrik, pastikan :
a) Pola tidak berkedut
b) Pola telah diubahsuai mengikut stail dan ukuran yang ditetapkan
c) Kedua hujung fabrik telah diluruskan

2. Membentang Fabrik
a) Dapatkan permukaan yang luas dan rata untuk membentang fabrik

b) Kenal pasti sebelah dalam dan sebelah luar fabrik


c) Kenal pasti corak fabrik

3. Menyusun atur pola di atas fabrik


a) Biasanya fabrik dilipat dengan sebelah luar bertemu dan pola disusun di atas sebelah
dalam fabrik.
b) Apabila sekeping sahaja pola perlu digunting, susun pola di luar fabrik.
c) Pastikan pola dibentang dengan tanda ira lurus selari dengan ira lurus fabrik. Ukur dari
tepi untuk ketepatan.
d) Susun atur kepingan pola yang besar diikuti dengan kepingan pola yang kecil.
e) Letakkan tepi lipatan pola yang bertanda lipatan, tepat di atas lipatan.
f) Sekiranya dua kepingan pola perlu digunting satu per satu, terbalikkan kepingan pola
apabila menggunting pada kali kedua untuk mendapatkan satu bahagian kiri atau satu
bahagian kanan.
g) Sematkan kepingan pola dengan menyemat merentas sudut dan jarak 10 15 cm.
Pastikan kedudukan peniti tidak terkeluar daripada garisan menggunting.
h) Fabrik dan pola hendaklah terletak rata di atas permukaan kerja semasa menyemat.
i.
Susun atur semua kepingan pola di atas fabrik sebelum menggunting untuk memastikan
setiap kepingan pola dapat dimuatkan di atas fabrik.

Pola Yang Lengkap

Pola bahagian belakang

Pola bahagian depan

Pola lengan pendek

Pola kolar kemeja

Langkah
Kerja
Langkah-Langkah Menggunting Fabrik Dan Memindahkan Tanda Pola Pada Fabrik

a. Menggunting fabrik
Gambar

b.

i.

Dengan menggunakan gunting fabrik, gunting tepat di tepi pola dengan menggunakan

ii.
iii.

kuak yang panjang.


Gunting kepingan pola yang besar dahulu diikuti yang kecil.
Semasa menggunting, pastikan fabrik sentiasa terletak di atas permukaan kerja dengan

iv.
v.
vi.

gunting menyentuh permukaan.


Gunting tanda pemadan menghala ke luar.
Gunting kesemua pola dalam satu masa
Elakkan daripada memusing pola dan fabrik semasa menggunting.

Memindah tanda pola pada fabrik


Gambar

i.
ii.

c.

Pindahkan tanda pola sebelum menanggalkan pola pada fabrik.


Antara pola yang perlu dipindahkan ialah :
- Garis pemadan / basi kelim
- Lisu pemadan
- Garis kelepet
- Lubang butang

Tanda pola dipindahkan dengan menggunakan :


Gambar

Kertas karbon dan roda surih


Kapur tukang jahit
Jelujur kasar
Jarum peniti

Langkah-langkah menjahit kemeja


1. Jahit kelim di bahu dengan kelim belah kangkung.
a. Temukan SL badan hadapan dan badan belakang. Jahit mesindi garisan
pemadan bahu kanan dan bahu kiri.
b. Buka dan tekan kelim.

2. Menyedia belah kelepet sama lebar.


a. Sediakan lapik dalam lembut sesuai dengan lebar kelepet
b. Tekan di SD kelepet.
c. Kemaskan tepi kelepet dengan jahit mesin kemas tepi.
d. Kemaskan penjuru kelepet.

4. Menjahit kelim rusuk dengan kelim belah kangkung


a. Temukan SL badan hadapan dan badan belakang
b. Jahit mesin di GP rusuk kanan dan rusuk kiri
c. Buka dan tekan kelim

5. Menyedia dan mencantum lengan


Langkah 1 menyedia lengan
a.
b.
c.
d.

Jahit mesin 0.5 cm di atas dan di bawah garis pemadan kepala lengan.
Temukan SL lengan berhadapan
Sematkan dengan peniti dan jahit mesin di GP kelim lengan kanan dan kiri.
Buka dan tekan kelim

Langkah 2 mencantum lengan ke lubang lengan


1.
2.
3.
4.
5.

Temukan SL lengan dengan SL kemeja


Temukan GTL dengan garisan bahu
Temukan kelim lengan dengan kelim rusuk kemeja
Seratakan lengan ke lubang lengan
Sematkan dengan peniti dan jahit mesin di GP lubang lengan kemeja

6. Menyedia dan menetapkan kelepet lurus


Langkah 1 menyedia kelepet
a. Lipat fabrik di garisan kelepet
b. Sematkan dengan peniti

Langkah 2 menetapkan kelepet


a. Jahit mesin atau silang pangkah
b. Tekan dengan seterika

7. Menjahit butang dan lubang butang


8. Menekan dengan seterika

Gambar Kemeja Pandangan Hadapan

Gambar Kemeja Pandangan Belakang

Kesimpulan
Kesimpulannya, dalam mereka cipta sesuatu pakaian banyak aspek yang perlu dititik
beratkan. Antaranya ialah reka bentuk dan stail pakaian, elemen dan prinsip dan sebagainya.
Perancangan yang rapi juga perlu dibuat terlebih dahulu sebelum sesuatu projek pakaian
dilaksanakan. Perancangan seperti memilih fabrik, membuat pola dan menggunting fabrik amat
penting dalam menghasilkan pakaian yang dinginkan. Perancangan di sini membawa maksud
rekod kerja sepanjang proses pelaksanaan reka bentuk pakaian.

Rekod kerja ini memperincikan setiap sudut proses membuat pakaian yang merangkumi
lakaran projek, pengiraan kos dan sebagainya. Dengan adanya rekod kerja ini, penggunaan
fabrik, bahan, tenaga dan masa dapat diuruskan dengan sebaiknya.
Membuat rekod kerja mengajar saya untuk berfikiran lebih terbuka dalam semua
perkara. Jika melihat kepada aspek reka cipta pakaian, saya perlu berfikir secara kritis dan
kreatif untuk menghasilkan pakaian yang menarik dan sesuai dengan bentuk badan saya
sendiri. Saya mereka bentuk pakaian dengan melihat kepada beberapa aspek seperti prinsip
dan elemen dalam reka bentuk pakaian.
Akhir sekali, dengan pelaksanaan rekod kerja ini melatih diri saya menjadi lebih
berdisiplin dan mengikut segala peraturan dan langkah dalam penyediaan projek saya ini. Ini
adalah supaya kemeja yang saya hasilkan menepati dengan ciri-ciri dan stail yang dirancang
dari awal siap dengan sempurna dan jayanya.

Bibliografi

Azmawati Abd. Aziz, Lamah Abd. Ghani & Zaitun Zakiah Mohd. Noor (2002).
Bahan sumber Pembelajaran Pengajian Pakaian Tingkatan 4. Kuala Lumpur:
Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia

Sarimah Abd. Razak & Zahrah Esa (2003). Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 5.
Kuala Lumpur: Blue-T Communications Sdn Bhd.

Burke, J.W. (1990). Competency based education and training. The


Falmer Press: London.

Mariam Abu Bakar (2000). Panduan Membuat Pakaian. Kuala Lumpur:


Karya Bistari Sdn. Bhd.

How to Sew. Dimuat turun pada 2 April 2010 daripada


http://www.instructables.com/id/How-to-Sew./

Pakaian & Jahitan -.:MyERT:.- Usahasama BTPN & JPN Selangor. Dimuat turun pada
2 April 2010 daripada: http://www.myert.net/v3/content/view/69/113/

LANGKAH
KERJA

Langkah-Langkah Menggunting Fabrik Dan Memindahkan Tanda Pola Pada Fabrik

d. Menggunting fabrik
Gambar

e.

vii.

Dengan menggunakan gunting fabrik, gunting tepat di tepi pola dengan

viii.
ix.

menggunakan kuak yang panjang.


Gunting kepingan pola yang besar dahulu diikuti yang kecil.
Semasa menggunting, pastikan fabrik sentiasa terletak di atas permukaan kerja

x.
xi.
xii.

dengan gunting menyentuh permukaan.


Gunting tanda pemadan menghala ke luar.
Gunting kesemua pola dalam satu masa
Elakkan daripada memusing pola dan fabrik semasa menggunting.

Memindah tanda pola pada fabrik


Gambar

iii.
iv.

f.

Pindahkan tanda pola sebelum menanggalkan pola pada fabrik.


Antara pola yang perlu dipindahkan ialah :
- Garis pemadan / basi kelim
- Lisu pemadan
- Garis kelepet
- Lubang butang

Tanda pola dipindahkan dengan menggunakan :


Gambar

xiii.

Kertas karbon dan roda surih


Kapur tukang jahit
Jelujur kasar
Jarum peniti

Langkah-langkah menjahit kemeja


3. Jahit kelim di bahu dengan kelim belah kangkung.
a. Temukan SL badan hadapan dan badan belakang. Jahit mesindi garisan
pemadan bahu kanan dan bahu kiri.
b. Buka dan tekan kelim.

4. Menyedia belah kelepet sama lebar.


a. Sediakan lapik dalam lembut sesuai dengan lebar kelepet
b. Tekan di SD kelepet.
c. Kemaskan tepi kelepet dengan jahit mesin kemas tepi.
d. Kemaskan penjuru kelepet.

6. Menjahit kelim rusuk dengan kelim belah kangkung


a. Temukan SL badan hadapan dan badan belakang
b. Jahit mesin di GP rusuk kanan dan rusuk kiri
c. Buka dan tekan kelim

7. Menyedia dan mencantum lengan

Langkah 1 menyedia lengan


e.
f.
g.
h.

Jahit mesin 0.5 cm di atas dan di bawah garis pemadan kepala lengan.
Temukan SL lengan berhadapan
Sematkan dengan peniti dan jahit mesin di GP kelim lengan kanan dan kiri.
Buka dan tekan kelim

Langkah 2 mencantum lengan ke lubang lengan


9. Temukan SL lengan dengan SL kemeja
10. Temukan GTL dengan garisan bahu
11. Temukan kelim lengan dengan kelim rusuk kemeja
12. Seratakan lengan ke lubang lengan
13. Sematkan dengan peniti dan jahit mesin di GP lubang lengan kemeja

14. Menyedia dan menetapkan kelepet lurus


Langkah 1 menyedia kelepet
c. Lipat fabrik di garisan kelepet
d. Sematkan dengan peniti

Langkah 2 menetapkan kelepet


c. Jahit mesin atau silang pangkah
d. Tekan dengan seterika

15. Menjahit butang dan lubang butang


16. Menekan dengan seterika

You might also like