You are on page 1of 4

USE OF CARTOONS AND COMICS TO TEACH ALGEBRA

IN MATHEMATICS CLASSROOMS
ULASAN ARTIKEL 2
Dalam abad ke-21 ini, perubahan dunia dalam semua bidang telah memberi makna
bahawa kita harus memperkenalkan kaedah pengajaran yang baharu. Perubahan zaman ini
telah memberikan suatu cabaran kepada guru untuk mencuba kaedah pedagogi yang
baharu bagi menarik perhatian serta pembelajaran yang lebih berkesan. Justeru,
penggunaan kartun dalam matematik boleh dijadikan sebagai suatu kaedah pengajaran
baharu supaya meningkatkan pemahaman murid serta mewujudkan suasana pembelajaran
yang lebih menyeronokkan berbanding kaedah berpusatkan guru.
Daripada pembacaan saya, artikel ini telah membincangkan tentang penggunaan
kartun dan komik bagi mengajar topik algebra dalam kelas matematik. Fokus utama artikel
ini ialah bagi meningkatkan tahap penguasaan murid murid berprestasi rendah dalam
subjek matematik. Oleh itu, guru guru telah menggunakan pelbagai kaedah inovatif dalam
pengajaran matematik bagi membantu murid murid berpencapaian rendah. Salah satu
daripada kaedahnya ialah penggunaan kartun dan komik.
Berdasarkan artikel ini, kartun dan komik secara tradisinya dilihat sebagai musuh di
sekolah, tetapi pada hari ini beberapa orang guru mula melihat komik sebagai alat
pengajaran yang berpotensi sebagai satu cara untuk menimbulkan minat dalam mata
pelajaran matematik. Kajian juga telah membuktikan bahawa kartun dan komik mempunyai
daya tarikan tertentu di kalangan murid murid sekolah.
Oleh itu, penulis telah bercadang untuk membuat satu penyelidikan terhadap tahap
penguasaan murid dalam topik algebra. Hasil penyelidikan telah membuktikan bahawa
murid murid menghadapi kesukaran dalam mempelajari topik algebra. Bagi mengatasi
masalah ini, penulis telah memberikan ideanya supaya menggunakan kartun dan komik
dalam pengajaran matematik. Maka, dalam artikel ini telah diperkenalkan kartun dan komik
bersiri pendek supaya murid murid senang mempelajari topik algebra.
Sejujurnya, aspek yang paling menarik perhatian saya sepanjang pembacaan artikel
ini ialah kekuatan penggunaan kartun dan komik dalam pengajaran topik algebra. Penulis
artikel ini juga telah memberitahu bahawa penggunaan komik dalam pengajaran boleh
memberi peluang kepada pembinaan kemahiran dan kreativiti murid. Manakala, Tim Lam
Toh mengungkitkan dalam artikelnya bahawa guru-guru digalakkan untuk mewujudkan
peluang untuk menghasilkan kartun bersiri mereka sendiri dengan kreativiti mereka. Hal ini

SUBAASINI A/P VELLAYAN REDDY T3MT2

MTE3093

kerana murid-murid akan berminat dan rela untuk melibatkan diri secara maksimum melalui
aktiviti sebegini.
Selain daripada itu, penggunaan kartun dan komik bersiri dalam topik algebra
membolehkan murid murid berfikir lebih jauh dengan unsur humor. Guru guru juga telah
bersetuju bahawa murid murid yang berpencapaian rendah lebih suka pada lukisan. Oleh
itu, penulis menggalakkan guru guru untuk memberikan peluang kepada murid murid
tersebut untuk melukis kartun sambil belajar matematik. Kekuatan seterusnya ialah, kartun
dan komik juga telah menarik lebih ramai murid untuk memberikan perhatian terhadap topik
algebra. Malah, murid murid berpencapaian rendah juga ingin melibatkan diri secara aktif
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Setiap penulisan mesti ada kelemahannya. Kelemahan yang terdapat dalam artikel
ini ialah, penggunaan ayat panjang dalam rajah 1 menimbulkan kesukaran kepada murid
murid berpencapaian rendah untuk memahaminya. Seterusnya, artikel ini hanya memberi
fokus utama kepada murid murid berpencapaian rendah sahaja. Sepertimana yang kita
semua tahu, komik merupakan bahan pembelajaran yang sangat sesuai untuk murid-murid
yang mempunyia gaya pembelajaran secara visual. Oleh itu, kelemahan yang dapat dilihat
adalah penggunaan komik untuk mengajar murid murid yang mempunyai gaya
pembelajaran auditori dan kinestetik kurang berkesan jika dibandingkan dengan murid-murid
yang belajar dengan gaya pembelajaran secara visual.
Bagi mengatasi segala kelemahan yang terdapat dalam artikel ini, saya ingin
memberikan beberapa cadangan penambaikkan. Antarannya adalah, menyesuaikan
penggunaan kartun dan komik dengan gaya pembelajaran jenis visual, auditori dan
kinestetik, komik juga boleh dibina dengan menggunakan perisian yang ada di dalam
komputer. Guru-guru boleh menyelitkan suara latar dan menambah pergerakkan animasi
untuk menambahkan lagi keberkesanan komik yang dicipta. Di samping itu, pembinaan
komik juga perlu menarik minat murid. Oleh itu, guru boleh menggunakan watak-watak yang
menjadi trend dan kesukaan murid-murid masa kini sebagai watak-watak yang akan
diselitkan dalam pengajaran topik algebra.
Kesimpulannya, saya amat berharap kajian yang bakal dijalankan oleh
pengkaji pada masa hadapan dapat membuka lembaran baharu kepada kaedah strip kartun
dan komik diaplikasikan secara meluas di dalam bilik darjah secara umum dan di dalam
dunia pendidikan secara khususnya. Di harap, penggunaan kartun dan komik dapat
membentuk suasana pembelajaran yang menyeronokkan, selesa dan berkesan.

SUBAASINI A/P VELLAYAN REDDY T3MT2

MTE3093

RUJUKAN
INTERNET
Burcu Turan (2014). Smart board in mathematics education, the use of cartoon characters
impact on student success. North Nicosia, Cyprus: Near East University. Diperolehi daripada
http://ac.els-cdn.com/S1877042814044097/1-s2.0-S1877042814044097-main.pdf?
_tid=ac0fd13a-41a6-11e5-8176
00000aab0f01&acdnat=1439462161_35f7301abe71c27bfe23359327c9b2ff.

Tin Lam Toh. Use of cartoons and comics to teach algebra in mathematics classrooms.
Singapore: Nanyang Technological University. Diperolehi daripada
https://www.mav.vic.edu.au/files/conferences/2009/12Toh.pdf

SUBAASINI A/P VELLAYAN REDDY T3MT2

MTE3093

RUJUKAN
BUKU
Amir, N. & Subramaniam, R. (2007). Making a fun Cartesian diver: A simple project to
engage kinaesthetic learners. Physics Education, 42(5), 478 480.

Baroudi, Z. (2006). Easing students transition to algebra. Australian Mathematics Teachers,


62(2), 28 33.

Cleaver, S. (2008). Comics and graphic novels. Instructor, 117 (6), 28 30

Alakoc, Z. (2003). Technological Approaches to Modern Education in Mathematics


Education. The Turkish Online Journal of Educational Technology, ISSN: 1303-6521 volume
2 Issue 1 Article 7.

Baki, A. (1997). Educating mathematics teachers. Medical Journal of Islamic Academy of


Sciences, 10 (3)

SUBAASINI A/P VELLAYAN REDDY T3MT2

MTE3093

You might also like