You are on page 1of 3

SMART BOARD IN MATHEMATICS EDUCATION, THE USE OF

CARTOON CHARACTERS IMPACT ON STUDENT SUCCESS


ULASAN ARTIKEL 1
Kartun merupakan kegemaran setiap lapisan masyarakat, walaubagaimana pun
kegemaran terhadap kartun adalah lebih menonjol dalam kalangan anak anak kecil dan
pelajar sekolah. Hal ini jelas disokong oleh kajian yang menunjukkan anak anak kecil dan
anak anak muda menghabiskan masa dengan media massa, khasnya rancangan kartun di
kaca televisyen (Whittle, 1997). Anak anak muda di Eropah menghabiskan secara purata
25 jam dalam seminggu di hadapan televisyen; di sepanyol pula, 96% daripada kanak
kanak berumur antara 4 hingga 10 tahun menonton kartun setiap hari (Ferres, 1994). Oleh
itu, kartun boleh memberi kesan yang mendalam terhadap murid murid. Maka,
penggunaan kartun dalam pengajaran matematik dapat menarik perhatian dan minat murid
untuk mempelajari mata pelajaran matematik tanpa rasa bosan.
Artikel ini menjelaskan tentang penggunaan kartun dalam mata pelajaran matematik
yang diajar dengan menggunakan papan interaktif. Ia telah memberi kesan positif kepada
pencapaian murid murid, malah merupakan salah satu teknik yang sesuai yang boleh
digunakan sebagai bahan pembelajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah. Artikel yang ditulis oleh Burcu Turan ini lebih berfokus kepada penggunaan
watak kartun seperti Tom & Jerry dalam pengajaran matematik dengan menggunakan papan
interaktif dalam bilik darjah. Daripada pembacaan yang telah dibuat, saya mendapati
penggunaan watak kartun dengan menggunakan papan interaktif ini telah meningkatkan
minat murid untuk belajar dan pada masa yang sama telah mengurangkan rasa ketakutan
murid terhadap mata pelajaran matematik.
Pada masa yang sama, penggunaan watak kartun dalam mata pelajaran matematik
dengan menggunakan papan interaktif telah memberi kesan yang positif dalam pencapaian
murid dalam mata pelajaran matematik. Bagi mengetahui kebenarannya, satu kajian telah
dijalankan ke atas dua kumpulan murid iaitu kumpulan murid kelas 4B dan kumpulan murid
kelas 4D. Bagi kumpulan murid kelas 4B telah diajar dengan menggunakan watak kartun
dengan menggunakan papan interaktif dalam mata pelajaran matematik, manakala
kumpulan kelas 4D pula telah diajar dengan menggunakan kaedah tradisional iaitu chalk
and talk.
Hasil kajian menunjukkan bahawa kumpulan murid

yang diajar dengan

menggunakan watak kartun dengan menggunakan papan interaktif telah menunjukkan sikap
positif terhadap mata pelajaran matematik. Di samping itu, penggunaan watak kartun juga

SUBAASINI A/P VELLAYAN REDDY

T3MT2

MTE3093

telah meningkatkan motivasi belajar mereka terhadap mata pelajaran matematik. Malah,
pengajaran dengan menggunakan watak kartun juga telah meningkatkan tahap penguasaan
dan tahap pencapaian matematik murid murid.
Aspek yang paling mendapat perhatian saya daripada pembacaan artikel ini ialah
kelebihan penggunaan watak kartun dalam pengajaran matematik. Dalam artikel ini telah
dinyatakan bahawa penggunaan watak kartun seperti Tom & Jerry menarik perhatian murid
murid terhadap mata pelajaran matematik. Selain daripada itu, penggunaan kartun juga
memberikan motivasi kepada murid untuk lebih memahami suatu masalah matematik yang
diajukan. Malah, penggunaan watak kartun juga telah menyebabkan murid murid untuk
menunjukkan sikap positif terhadap mata pelajaran matematik dan mereka rela melibatkan
diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya, berdasarkan pandangan saya, kelemahan yang terdapat dalam artikel
ini ialah, penulis tidak menyatakan penggunaan kartun bagi murid murid yang mempunyai
pelbagai gaya pembelajaran seperti gaya pembelajaran visual, auditori (pendengaran) dan
kinestetik. Sepertimana yang kita semua tahu, kartun merupakan bahan pembelajaran yang
sangat sesuai untuk murid murid yang mempunyai gaya pembelajaran visual. Oleh itu,
penggunaan kartun bagi mengajar murid murid yang mempunyai gaya pembelajaran
auditori dan kinestetik kurang berkesan jika dibandingkan dengan murid murid yang
belajar dengan gaya pembelajaran secara visual.
Di samping itu, dalam artikel ini telah dinyatakan beberapa cadangan bagi
meningkatkan lagi tahap penguasaan murid murid terhadap mata pelajaran matematik
dengan menggunakan watak kartun di dalam papan interaktif. Cadangan pertama yang
dinyatakan dalam artikel ini ialah, guru - guru matematik perlulah mengelakkan kaedah
pengajaran tradisional dan perlu menggantikannya dengan kaedah pengajaran baharu.
Seterusnya, semasa pemilihan watak kartun guru haruslah memilih watak kartun
yang mempunyai unsur humor dan disukai oleh murid murid. Guru perlu mengelak
daripada memilih kartun yang mempunyai unsur keganasan. Hal ini kerana, penggunaan
kartun dalam matematik yang mempunyai unsur keganasan boleh mendorong murid - murid
untuk mengikuti watak negatif tersebut.
Malah, guru perlulah menggunakan watak kartun bersama kesan audio dan visual di
dalam papan interaktif yang boleh menarik perhatian dan meransang minat murid untuk
mempelajari mata pelajaran matematik. Pada masa yang sama hal ini dapat membantu
murid yang mempunyai gaya pembelajaran auditori.

SUBAASINI A/P VELLAYAN REDDY

T3MT2

MTE3093

Kesimpulannya, penggunaan kartun bersama elemen multimedia sebagai bahan


bantu belajar dalam pengajaran matematik mampu meningkatkan pencapaian murid
murid.

SUBAASINI A/P VELLAYAN REDDY

T3MT2

MTE3093

You might also like