You are on page 1of 33

PENGENALAN

Reka bentuk Pakaian adalah satu daripada mata pelajaran dalam major Reka
Bentuk dan Teknologi.Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang
berteraskan teknologi. Dalam kurikulum Reka bentuk Pakaian tumpuan diberi
kepada pelbagai kemahiran iaitu mereka pakaian, mendraf dan mengubahsuai
pola serta menjahit pakaian.Penekanan diberi kepada kreativiti pelajar dalam
menghasilkan pelbagai pakaian.Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan
penerapan nilai murni, sikap positif serta budaya kerja yang baik turut
disepadukan dalam mata pelajaran ini.

Matlamat mata pelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian adalah untuk melatih
pelajar untuk menghasilkan sehelai hasil daripada rekaan sendiri. Ia secara
tidak langsung dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan berkemahiran dalam
mereka dan menjahit pakaian dengan mengamalkan budaya kerja yang baik
dan selamat.

Subjek ini memerlukan pelajar untuk menguasai kemahiran dari permulaan


hingga ke akhirnya secara asas. Pada peringkat awal, pelajar perlu mengenal
jenis-jenis jahitan dan juga alat-alat yang digunakan dalam jahitan.Selain itu
pelajar juga perlu mengenal pasti beberapa jenis fabrik dan ciri-ciri fabrik
tersebut.Setelah itu pelajar berpeluang untuk mereka pakaian mengikut pilihan
mereka tetapi tetap dalam syarat-syarat yang ditetapkan.

Kemudiannya pelajar didedahkan kepada cara-cara untuk menjahit setiap


bahagian pakaian mengikut cara jahitan tertentu dan seterusnya bergantung
pada pelajar untuk menghasilkan yang terbaik. Dan akhir sekali setiap proses
yang telah dipelajari dan dilakukan akan dicatatkan di dalam rekod kerja ini.

Corak
Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara
bebas.Oleh itu corak terdiri daripada corak terancang atau corak tidak
terancang.
Corak pada fabrik didatangkan dengan warna yang pelbagai yang diilhamkan
oleh pereka-pereka fesyen barat yang sesuai untuk sesuatu masa atau musim
tertentu. Kita sebagai orang Islam harus peka dengan corak yang berilhamkan
binatang sama ada penggunaan bentuk, corak kulit atau tulang yang boleh
dijadikan corak yang ketara atau pun yang berbentuk abstrak.
Kedudukan corak juga memainkan peranan dalam melahirkan imej yang
sopan.Corak bunga yang kecil dan samar-samar tidak kelihatan dengan jelas
bila fabrik dijadikan baju. Tetapi bunga atau corak besar harus teliti di mana
kedudukannya semasa kain ditebar ketika proses pemotongan berlaku. Fabrik
yang indah bertukar menjadi baju yang kurang selesa dipakai kerana letak
corak pada kawasan perhiasan wanita..Kedudukan corak yang melintang atau
menegak, halus atau tebal memainkan peranan yang penting dari segi kesan
ilusi optikal pada tubuh seseorang itu.

Warna

Warna ini mampu memberikan mood kepada si pemakai serta tanggapan


individu lain. Warna ini juga mampu mengubah perasaan serta mempengaruhi
pemikiran orang yang menghadapinya.oleh itu adalah penting untuk kita
mendalami lebih lagi tentang maksud warna itu sendiri.

Warna Merah
Merupakan tanggapan bagi kategori warna panas. Warna api dan darah, yang
membawa makna kekuatan, kemarahan, kebencian, keberanian, semangat dan
isyarat.

Warna merah juga membawa maksud agresif, kemarahan dan

keganasan.Merah gelap memperlihatkan sifat kebangsawanan manakala


merah muda menggambarkan alam percintaan.

Warna Biru
Adalah warna laut dan langit.Membawa maksud ketenangan.Warna yang sejuk,
damai, sejahtera dan pasif di samping melambangkan keikhlasan dan
harapan.menggambarkan keadaan semulajadi seperti pokok dan hutan,
kehidupan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan. Biru mewakili kesejukan,
kejauhan, semangat dan elegan.Di dalam mod negatif, biru memberi implikasi
kesedihan, pasif, keseorangan dan kemurungan.Orang yang berminat dengan
warna biru ini lebih suka bersosial dan berkomunikasi dengan ramai orang.

Warna Kuning
Kuning ialah warna matahari. Warna ini lebih optimis dan moden. Tenaga yang
disalurkan oleh warna kuning boleh menjadi terlalu kuat.Melambangkan
kegembiraan, penuh semangat dan riang. Sifatnya girang akan menyebabkan
kita sentiasa ceria. Warna kuning pudar akan memberikan kesan berangin dan
memercik. Juga dikaitkan sebagai warna panas dan berinovasi.Bagi si pemakai
warna kuning ini lebih gemar menurut peraturan dan bersifat kekeluargaan.

Huraian Stail Pakaian

KOLAR

Kolar ialah dua kepingan kain yang dibentuk, dicantumkan dan kemudian
dilekatkan pada garis leher.Kolar ini berbentuk lurus dan tegak pada bahagian
belakang garis leher. Lebar kolar pada bahagian belakang adalah kira-kira
setengah atau kurang daripada setengah lebar kolar

Kegunaan kolar
a) Untuk menyeudahkan garis leher pada pakaian
b) Memberi gaya atau stail pada pakaian
c) Sebagai perhiasaqn supaya pakaian kelihatan lebih menarik
d) Memberikan kepanasan kepada pakaian
Ciri-ciri kolar lurus
1. Kolar biasanya mempunyai dua lapisan fabrik
2. Permukaan kolar rata
3. Kolar terletak rata dan kemas di garis leher
4. Bahagian kanan dan kiri kolar hendaklah seimbang
5. Kedua-dua hujung kolar sama lebar
6. Cantuman kelim kolar tidak teratur

LENGAN

Lengan ialah tambahan pakaian dari lubang lengan.Ia boleh jadi sepotong
fabrik yang dicantumkan ke lubang atau pun tambahan daripada badan.
Lengan biasa yang dicantumkan dengan baik mempunyai ira lurus yang
terletak di garis atas lengan. Hujung lengan boleh disiapkan dengan kelepet,
lapik atau kun

Fungsi lengan
a)

Melindungi kecacatan lengan

b)

Melindungi daripada cuaca panas dan sejuk

c)

Menambah keanggunan si pemakai jika sesuai dengan fesyen dan fabrik

d)

Mengekalkan ciri tradisi sesuatu pakaian seperti baju kurung teluk


belanga dansari

KELIM

Kelim ialah cantuman dua atau lebih kepingan fabrik untuk memberi bentuk
pada pakaian atau artikel.Kelim yang dijahit mestilah sesuai dengan pakaian
yang hendak dijahit dan lebar kelim mesti sekata di seluruh pakaian. Pemilihan
kelim pada pakaian bergantung kepada jenis fabrik yang digunakan, kedudukan
kelim dan jenis pakaian
Perkara-perkara yang mesti diberikan perhatian semasa menyediakan kelim
1)

Gunakan kelim yang sama untuk seluruh pakaian

2)

Kelimperlu dijahit tepat pada garis pemadan untuk mendapatkan bentuk


dan rupa yang elok

3)

Lebar kelim yang dijahit mesti seragam iaitu sama lebar pada
keseluruhan pakaian

4)

Kelim yang dijahit mesti rata dan kemas

5)

Ketegangan jahitan mesti betul dan sesuai supaya hasil kelim tidak
berkedut

6)

Pilih jenis kelim yang sesuai dengan pakaian dan jenis fabrik. Kelim yang
rata dan kurang tebal sesuai digunakan untuk fabrik jenis tebal. Untuk
fabrik nipis pula, pilih kelim yang rata dan kemas.

Kelim belah kangkung


Kelim belah kangkung dijahit bagi mencantum bahagian bahu dan tepi baju.
Cantuman dua keping fabrik yang dijahit dengan sebaris mata jahitan.Kelim ini
mudah dibuat dan sesuai untuk semua jenis fabrik kecuali fabrik nipis.Kelim ini
sesuai digunakan untuk pakaian, artikel dan kain kelengkapan rumah
tangga.Lebar kelim yang siap lebih kurang 2.5 cm.
Ciri kelim belah kangkung

Lebar kedua-dua basi kelim sama.

Kelim rata dan terbuka.

Mata jahitan tidak kelihatan di sebelah luar.

Tidak beralur di sebelah luar

PENYUDAH TEPI

Penyudah tepi adalah salah satu proses jahitan. Ia dibuat untuk melindungi tepi
fabrik daripada berjerumbai atau berjurai-jurai.
Jenis jenis penyudah tepi
1.

Kelepet

2.

Penjuru

3.

Lapik

4.

Kun

5.

Rendah

6.

Ikatan pinggang

7.

Kasing

8.

Jahitan sulaman

LISU

Lisu ini dibuat dengan melipatkan dua lisu beriring yang terletak membelakang
di antara satu sama lain. Lipatan lisu-lisu ini hendaklah bertemu di sebelah
dalam pakaian

BELAH

10

Belah ialah satu proses jahitan di pakaian dan artikel untuk senang dipakai dan
ditanggalkan.Rekaan pakaian ini menggunakan belah kelepet sama lebar yang dibuat
pada bahagian tengah hadapan pakaian. Belah jenis ini dikemaskan dengan jahit
silang pangkah.

KANCING

Kancing ialah alat untuk merapatkan belah pakaian atau artikel, bagi
mengekalkan bentuknya dan selesa semasa dipakai.Semua kancing perlu
dijahit kukuh pada pakaian atau artikel.
Kancing boleh berfungsi sebagai perhiasan pakaian.Pemilihan kancing
bergantung kepada fesyen pakaian dan kesesuaian fabrik.Saya memilih butang
katup serta cangkuk dan palang untuk diletakkan di bahagian tali pinggang.

11

Fabrik dan bahan


Saya telah memilih fabrik dari jenis cotton. Saya memilih fabrik ini kerana
apabila dipakai akan berasa sejuk dan selesa dan ia sesuai dengan gaya hidup pada
masa kini yang aktif. Selain itu, fabrik dari jenis cotton juga sesuai untuk digayakan
ketika bersantai bersama keluarga dan juga teman.
Fabrik cotton juga mudah diurus dan harga bagi fabrik ini tidaklah begitu
mahal.Dari segi corak pula, saya mengambil fabrik yang kosong.Walaubagaimanapun,
saya telah menggunakan campuran dua warna fabrik iaitu ungu dan putih bagi
menyerlahkan fabrik yang sedia ada.
Tekstur merupakan rupa permukaan sesuatu jalinan atau rasa pada
fabrik.Faktor pemilihan tekstur yang tepat mampu menghasilkan rekaan pakaian yang
elok, selesa apabila dipakai dan baik dari segi drepnya. Oleh itu, saya telah memilih
tekstur tampak dan sentuh yang tidak terlalu nipis kerana ia akan tergantung elok
semasa dipakai. Tambahan pula, ia akan menyerlahkan lagi bentuk tubuh si pemakai.
Pemilihan warna pula, saya memilih untuk memilih warna yang gelap dan
terang. Ini akan menyerlahkan lagi personaliti seseorang maskulin.

12

Menyusun Atur Pola


1.

Sebelum menyusun atur pola di atas fabrik, pastikan :

a)

Pola tidak berkedut

b)

Pola telah diubahsuai mengikut stail dan ukuran yang ditetapkan

c)

Kedua hujung fabrik telah diluruskan

2.

Membentang Fabrik

a)

Dapatkan permukaan yang luas dan rata untuk membentang fabrik

b)

Kenal pasti sebelah dalam dan sebelah luar fabrik

c)

Kenal pasti corak fabrik

3.

Menyusun atur pola di atas fabrik

a)

Biasanya fabrik dilipat dengan sebelah luar bertemu dan pola disusun di
atas sebelah dalam fabrik.

b)

Apabila sekeping sahaja pola perlu digunting, susun pola di luar fabrik.

c)

Pastikan pola dibentang dengan tanda ira lurus selari dengan ira lurus
fabrik. Ukur dari tepi untuk ketepatan.

d)

Susun atur kepingan pola yang besar diikuti dengan kepingan pola yang
kecil.

e)

Letakkan tepi lipatan pola yang bertanda lipatan, tepat di atas lipatan.

f)

Sekiranya dua kepingan pola perlu digunting satu per satu, terbalikkan
kepingan pola apabila menggunting pada kali kedua untuk
mendapatkan satu bahagian kiri atau satu bahagian kanan.

13

g)

Sematkan kepingan pola dengan menyemat merentas sudut dan jarak


10 15 cm. Pastikan kedudukan peniti tidak terkeluar daripada garisan
menggunting.

h)

Fabrik dan pola hendaklah terletak rata di atas permukaan kerja semasa
menyemat.

i.

Susun atur semua kepingan pola di atas fabrik sebelum menggunting


untuk memastikan setiap kepingan pola dapat dimuatkan di atas fabrik

Pola hadapan

Menggunting pola

14

Alatan Jahitan

ALATAN
Roda surih

KEGUNAAN

Digunakan bersama kertas


karbon untuk memindahkan
garisan pemadan ke atas fabrik
ataupun pola

Kapur

Membuat dan memindahkan


garisan pemadan

Pensel

Digunakan untuk menanda


garisan pemadan pada
permukaan fabrik

Membuat dan juga memindahkan


tanda pola

Kertas karbon

Digunakan untuk memindahkan


motif sulaman ke atas fabrik

Jarum peniti

Menyemat pola pada fabrik


supaya tidak mudah lari terutama
sekali pada fabrik yang licin

Menyemat kepingan fabric


sebelum menjahit

Digunakan untuk kerja mengacu


pakaian

Gunting fabrik

Untuk menggunting fabrik

Mesin jahit

Menjahit lurus

Menjahit sulaman

Menjahit lubang butang dan


semua kerja mencantum fabrik

Penetas

Menetas mata jahitan dan


menanggalkan benang jahitan

Bod seterika

Memudahkan kerja-kerja
menyeterika dan menekan fabrik

Seterika

Menekan dan menyeterika fabrik


supaya kemas dan rata

Pita ukur

Mengukur dengan tepat ukuran


badan

Pembaris sesiku

Membuat garisan bersudut tepat

dan garisan lurus pada pola atau


fabrik

Bahagian melengkung
digunakan untuk membentuk
garis leher dan lubang lengan

Pembaris lurus

Mengukur dan menanda garisan


lurus pada kertas pola

18

Mengukur fabrik

Langkah-langkah mengambil ukuran badan


Bahagian badan

Kaedah mengukur
Bahu
Lebar Bahu
~ Ukuran diambil dari sisi kiri ke sisi
kanan.
~ Daripada ukuran bahu, ukuran diambil
terus sehingga ke labuh lengan yg
dikehendaki.
~ Tujuan adalah untuk mengelakkan
berlakunya lebihan ukuran yg
menyebabkan lengan menjadi labuh
dan si pemakai terpaksa melipat
tangan baju.

Dada
Ukuran diambil pada keliling dada yg
mengenai paras paling tinggi di dada
atau dikenali sebagai
puncak dada

Pinggang
ukur bahagian yang telah diikat atau
yang teramping

Punggung

Ukuran

diambil

disekeliling

paras

punggung yg paling tinggi/paling lebar

Labuh baju

ukur dari garis bahu di garis leher


hadapan ke pinggang

Labuh tangan
Bengkokkan tangan ukur dari garis sendi
tulang bahu hingga panjang ukuran yang
di kehendaki

Luas tangan bahagian atas

Ukur bahagian atas lengan yang paling


besar

Luas tangan bahagian bawah

Ukur keliling di bahagian pergelangan


tangan

Labuh kain

Ukur dari garis pinggang hingga labuh


yang di kehendaki

Pola
Pola

Ukuran

POLA HADAPAN
A-A" : ukuran bahu bahagi 2
A-B : ukuran dada bahagi 4
A-C : ukuran labuh pinggang (dewasa
biasanya 14.5")
A-D

ukuran

labuh

baju

yang

dikehendaki
1-2 ukuran leher yang dikehendaki

1-2 ukuran leher yang dikehendaki

A"- E : turunkan 1"


E-E"

: bahagi 2 untuk dapatkan

tengah, masukkan 1/2" kedalam dan


gariskan untuk mendapatkan titik F..
B-G : ukuran dada bahagi 4
G-H : tambahkan 1/2" @ 3/4" @ 1" @
mengikut suka (saye gune 1 1/2"
sebab nak longgar)bentukkan garis
E,F,G,H menggunakan pembaris L
dari H garis lurus pada I..kembang
baju ikut suka..
-2: Panjang tangan
1-3: 4 setengah inci
2-6 & 2-7: keliling tangan bahagi 2
1-5 & 1-4: keliling lubang tangan
(ketiak) bahagi 2
17: 4 ke 6 bahagi 2 & 19: 5 ke 7
bahagi 2
18-17 & 19-20: suku inci
6a: setengah inci di atas 6 & 7a:
setengah inci di atas 7
8: 1 ke 4 bahagi 2 tambah setengah
inci
9: 4 ke 8 bahagi 2
12: 1 ke 8 tolak setengah inci bahagi 2
9-10 & 11-12: setengah inci
13: 1 ke 5 bahagi 2
15: 1 ke 13 bahagi 2
13-14: suku inci
15-16: setengah inci

Langkah-Langkah Menggunting Fabrik Dan Memindahkan Tanda Pola


Pada Fabrik

a.

Menggunting fabrik

i.

Dengan menggunakan gunting fabrik, gunting tepat di tepi pola dengan


menggunakan kuak yang panjang.

ii.

Gunting kepingan pola yang besar dahulu diikuti yang kecil.

iii.

Semasa menggunting, pastikan fabrik sentiasa terletak di atas


permukaan kerja dengan gunting menyentuh permukaan.

iv.

Gunting tanda pemadan menghala ke luar.

v.

Gunting kesemua pola dalam satu masa

vi.

Elakkan daripada memusing pola dan fabrik semasa menggunting.

25

b.

Memindah tanda pola pada fabrik

i.

Pindahkan tanda pola sebelum menanggalkan pola pada fabrik.

ii.

Antara pola yang perlu dipindahkan ialah :


-

Garis pemadan / basi kelim

Lisu pemadan

Garis kelepet

Lubang butang

26

LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT
Proses menjahit kemaja adalah seperti berikut :

Langkah 1
Cantuman bahagian bahu dan rusuk (kelim belah kangkung)
Potongan badan bahagian hadapan dicantumkan dengan bahagian belakang
dan dipinkan supaya tidak bergerak semasa menjahit
Kemudian, bahagian tersebut dijahit menggunakan mesin
Selepas itu, diseterika supaya kemas dan rata

27

Langkah 2
Mengemas hujung lengan (lisu terbalik)
Buatkan lisu terbalik di bahagian hujung lengan
Jahit kia condong pada lisu tersebut
Jahit jelujur pada bahagian atas lengan
Cantumkan tangan dengan jahit mesin
Hujung lengan dikemaskan dengan lapik

28

Langkah 3

Siapkan kelepet sama lebar


Buatkan kelepet sama lebar
Tekan dengan seterika untuk mendapatkan bentuk
Jahit dengan silang pangkah berkumpul.

29

Langkah 4
Menyediakan kolar lurus
Temukan sebelah luar fabrik dan semat di garisan pemadan
Jahit kedua-dua tepi kolar di garisan pemadan
Trim basi jahitan hingga 0.5 cm
Snip penjuru kolar
Terbalikkan kolar ke sebelah luar dan tekan
Jelujur pada tepi kolar
Jelujur tegak pada kolar

30

Mencantum kolar ke badan


Letakkan kolar atas pada sebelah dalam pakaian di garisan pemadan
Tentukan hujung kolar terletak di garis tengah hadapan dan garis tengah
belakang bertemu dengan garis tengah belakang badan
Jelujur kolar atas di atas garis leher pakaian
Jahit dengan jahitan mesin
Trim basi jahitan hingga 0.2 cm

31

Mengemas kolar lurus


kemaskan kolar pada sebelah luar pakaian di garisan pemadan.
Jahit sembat

32

Langkah 5
Siapkan penyudah tepi ( kelepet)
Tandakan kedudukan kelepet dalam
Lipatkan lipatan selebar 2 cm ke sebelah dalam pakaian
Kedudukan kelepet boleh ditetapkan dengan jahit silang pangkah

33

Bil.

Perkara

Muka
Surat

Pengenalan

Corak

Warna

Huriaian Stail Pakaian

Fabrik

Menyusun Atur Pola

Alatan Jahitan

15-18

Langkah-Langkah Mengambil Ukuran Badan

19 -20

10

Pola

21 -22

11

Langkah langkah Menggunting Fabrik

23 -24

12

Langkah langkah Menjahit

25 -31

13

Pengiraan Kos

32 - 33

4-12
12
13 -14

You might also like