You are on page 1of 6

PSIKOLOGI PENDIDIKAN KERJA KURSUS BERASAS ILMU TUGASAN 1(TUGASAN INDIVIDU -Penulisan Esei) Tajuk soalan:Kadang kala kita

sering salah tanggapan di antara penanggapan dan pengamataan pengamataan. .Huraikan persamaan dan perbezaan di antara penanggapan dan

Menurut Kamus Dewan (1998) memberi pengertian pengamatan diertikan sebagai pengawasan atau penelitian.Secara spesifiknya,pengamatan adalah sama maksud dengan perkataan persepsi,iaitu gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu),pandangan (menerusi pancaindera ),atau tanggapan. Proses pengamatan bermula daripada rangsangan luar yang dikesan oleh organ organ deria, iaitu mata (melihat), telinga(mendengar), hidung(menghidu), lidah(merasa), ataupun kulit (menyentuh). Rangsangan yang dikesan kemudian menghasilkan impuls yang dihantar ke otak melalui sistem saraf yang menghubungkan organ deria tertentu dengan otaknya. Sebagaimana yang telah diketahui , proses pengamatan merupakan proses mental yang menyusun maklumat untuk membuat tafsiran dan membentuk konsep berdasarkan pengalaman lampau.Lantaran itu , konsep atau pengalaman yang diperolehi daripada proses pengamatan adalah tersusun dan maklumat-maklumat yang diorganisasikan pula lebih bersistematik. Di dalam kehidupan harian kita ,kebanyakan rangsangan yang kita menerima bukan terdiri daripada satu-satu,malah bukan terpisah-pisah.Ransangan ini merupakan bentuk,pola atau konfigurasi yang dipersepsi atau diamati melalui organisasi pengamatan kita.Jenis -jenis organisasi pengamatan merangkumi tiga bidang yang utama, iaitu: Persepsi ruang ,yang mengandungi ruang dua dimensi dan tiga demensi.Contoh persepsi rangsangan dua dimensi ialah gambar,gambar rajah,imej,foto,lukisan dan bentuk-bentuk dua matra yang lain.Manakala, contoh persepsi rangsangan tiga dimensi ialah benda-benda konkrit di alam sekitar. Persepsi gerakan yang dihasilkan daripada rangsangan bergerak dibiaskan pada retina melalui mata.Selama imej dibentuk serupa bergerak,maka persepsi gerakan akan dihasilkan.Misalnya ,persepsi gerakan dihasilkan melalui perhatian benda -benda

bergerak,seperti burung berterbang di langit,kereta bergerak di jalan raya dan sebagainya. Persepsi masa yang subjektif dan berbeza kerana individu ,perkara , masa atau tempat yang berlainan.Misalnya , persepsi masa dalam situasi-situasi seperti sibuk berkerja dan malas bekerja,sibuk jawab soalan-soalan dan tidak tahu jawab soalansoalan dalam peperiksaan,menunggu kawan yang menepati atau tidak menepati masa ,dan menyelami diri dalam keadaan yang seronok atau bosan adalah berbeza di antara dua situasi yang bertentangan.Jesteru itu,ada yang mempersepsikannya berlalu lambat,walaupun kadar masa yang berlalu adalah sama. Teori Gestalt berusaha serta menghuraikan perkaitannya ciri-ciri dalam organisasi (susunan) dan konfigurasi(bentuk) pembentukan pengamatan

manusia.Perkataan gestalt berasal daripada bahasa Jerman,bermaksud bentuk.pola atau konfigurasi yang dipersepsi.Menurut Teori Gestalt ,di dalam pengamatan manusia ,terdapat dua aspek yang utama, iaitu gastalt dan iatar boleh bertukar kedudukannya , bergantung kepada yang mana aspek yang di beri perhatian utama. Hukum atau Prinsip Pragnap adalah didefinasikan oleh Koffa(1935)dalam bukunya,Principles of Gestalt Psychology,organisasi psikologi manusia sentiasa sempurna atau berusaha menjadi sempurna di mana keadaan-keadaan pengawalan mengizinkan.Organisasi terbaik membawa maksud bentuk mudah dan bersimetri.Ini bermakna rangsangan yang kita persepsikan adalah sentiasa disusun dan diorganisasikan dalam bentuk yang baik,iaitu mudah,elok dan simetri.Hukum Pragnanz ini adalah berkait rapat dengan pengamatan.Prinsipnya telah digunakan oleh ahli -ahli psikologi Gestalt untuk menghuraikan ciri-ciri dan perkaitan antara organisasi dan konfigurasi dalam prisip pengamatan. Manakala prinsip-prinsip Pragnanz yang terkandung dalam hukumnya adalah dihuraikan seperti berikut: Prinsip Kedekatan - organisasi pengamatan terhadap objek-objek yang terletak berdekatan di antara satu sama lain sering diperhatikan sebagai satu kumpulan atau organisasi yang sama. Prinsip keserupaan - organisasi pengamatan terhadap objek-objek,perkaraperkara atau ciri-ciri yang serupasering dipersepsikan sebagai kumpulan atau organisasi yang sama.Sebagai contoh 24 titik putih dan 24 titik hitamdisusun

dalam bentuk matrik 8*6.Walaupun jarak di antara titik-titik hitam dan putih disusun dengan sama,kita masih mempersepsikannya sebagai 3 barisan titik putih dan 3 barisan titik hitam disusun secara mendatar.Ini adalah kerana titik titk hitam dan putih mempunyai ciri-ciri keserupaan. Prinsip Tutupan-organisasi pengamatan terhadap bahagian -bahagian titik-titik atau garisa-garisa yang tertutup lebih mudah dipersepsikan sebagai satu organisasi atau kumpulan daripada bahagian -bahagian titik-titik atau garisangarisan yang terbuka atau terselerak. Prinsip Kesinambungan rangsangan yang mempunyai persambungan dengan rangsangan lain akan dipersepsikan sebagai satu kumpulan atau bentuk secara keseluruhan. Prinsip Lengkapan organisasi pengamatan sentiasa mempunyai kecederungan ke arah melengkapkan rangsangan -rangsangan yang kurang lengkap.Prinsip lengkapan ini adalah berdasarkan hukum pragnanz yang menyatakan bahawa kita sentiasa berusaha bergerak kearah dunia yang lebih sempurna dari keadaan yang kurang sempurna. Prinsip Terangkum mengikut prinsip ini bentuk yang paling mudah dipersepsikan ialah ini bentuk juga yang dikenali merangkumi sebagai jumlah Prinsip bahagian Konfigurasi yang atau terbanyak.Prinsip

Keseluruhan.Misalnya,sawaran haiwan yang berwarna dengan habitatnya adalah sukar dapat dipersepsikan dan kita pula sukar mengamati kapal selam jika dicat seperti warna air di lautan. Prinsip Latar Bentuk ianya lebih mudah mengamati aspek yang diutamakan daripada aspek yang kurang penting pada perkara,gambar atau objek yang mempunyai aspek gestalt dan latar. Prinsip Simetri lebih mudah mengamati objek -objek yang mempunyai bentuk simetri. Prinsip Penonjolan lebih cepat mengamati objek-objek yang di tonjolkan. Prinsip Mudah dan Ringkas organisasi pengamatan lebih mudah mengamati bentuk yang mudah dan ringkas. Prinsip Jangkaan organisasi pengamatan terhadap objek-objek atau perkaraperkara yang diamati bergantung kepada jangkaan.

Prinsip Pengalaman organisasi pengamatan terhadap bentuk-bentuk atau perkara-perkara yang mempunyai aspek gestalt dan latar yang diamati bergantung kepada pengalaman yang sedia ada.

Pengelola awal merupakan bentuk pernyataan hukum ,konsep,perbincangan atau aktiviti lain yang diperkenalkan secara menyeluruh kepada murid dalam peringkat permulaan.Tujuannya adalah untuk menggerakan struktur-struktur kognitif murid yang sedia ada supaya bahan baru ini dapat diintegerasikan dengan konsep yang akan dipelajari.Untuk memastikan pembelajaran bermakna itu wujud ,guru harus membimbing muridnya menghubungkan struktur kognitif yang sedia ada dengan struktur yang diajarkan.Setiap konsep atau prinsip baru hendaklah dikaitkan rapat dengan konsep atau prinsip yang telah ada dalam struktur kognitif murid. Di dalam lapan fasa proses pembelajaran yang dikemukakan oleh Gagne , fasa motivasi(jangkaan) dan fasa kefahaman (pemerhatian -pemilihan persepsi )adalah serupa dengan proses pengamatan.Menurut Gagne ,tanpa motivasi ,iaitu rangsangan-rangsangan ,proses pembelajaran tidak akan menjadi bermakna.Di dalam fasa kefahaman ,murid akan memilih rangsangan-rangsangan yang sesuai dan mengamatinya dengan tepat untuk ditafsirkan dan membentuk konsep yang tepat.Untuk mengamati rangsangan-rangsangan dengan mudah dan tepat,Gagne menyarankan penggunaan pengetahuan sedia ada murid dalam pembelajaran untuk membentuk konsep baru. Mengikut Kamus Dewan (1998),penanggapan pula bermaksud pencerapan atau perbuatan menanggap,iaitu menangkap atau menerima rangsangan dengan pancaindera (seperti melihat,mendengar,merasai dan sebagainya),diikuti dengan membentuk gambaran (bayangan) dalam otak.Di bawah konsep psikologi , penanggapan merupakan pembentukan konsep.Bruner (1973) menggunakan perkataan pengkategorisasi sebagai pembentukan konsep,iaitu membuat kategori dengan membezakan perkara-perkara atau benda-benda yang beraneka jenis mengikut ciri-ciri yang sama masing-masing.Maka konsep ialah pengertian atau idea yang terbentuk dalam fikiran mengenai sesuatu tanggapan.Pengertian atau idea ini merujuk kepada idea spesifik pengkategorisasi atau tentang sesuatu perkara,peristiwa,fenomena adalah berkait rapat dengan benda atau gambar yang mempunyai ciri -ciri tersendiri.Ringkas kata,penanggapan ialah konseptualisasi. Penanggapan pengamatan.Proses pengamatan bermula daripada rangsangan luar yang ditangkap oleh mana-mana organ yang akan berusaha mentafsir maklumat diterima dengan cara

mengkategori maklumat berdasarkan ciri-ciri khususnya.Konsep yang dibentuk adalah hasil daripada proses pengkategorisasi tersebut. Menurut Bruner,fungsi konsep utama ialah menyusun maklumat kepada sifat -sifat umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea,dengan tujuan memudahkan pengurusan keadaan beraneka ragam atau kompleks dengan lebih mudah dan ringkas,di samping lebih mudah memahami ,mempelajari serta mengingatinya.Kaedah induktif dan kaedah deduktif merupakan dua cara utama yang biasanya digunakan untuk membentuk konsep baru.Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat ,kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya.Dalam penggunaan kaedah induktif ini,guru akan memulakan pengajarannya dengan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Pendekatan induktif mempunyai banyak kaedah mengajar yang digunakan untuk mengajar berbagai-bagai matapelajaran.Demikian juga pendekatan induktif ini ada berbagai jenis,antaranya ialah : membentuk satu generalisasi atau konsep daripada contoh-contoh tertentu.Misalnya mencari ciri segitiga yang sama daripada pelbagai jenis segitiga. membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu ,misalnya mendapat prinsip graviti daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah. membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu,misalnya mendapat hukum tatabahasa daripada membuat analisis terhadap struktur ayat -ayat bahasa. membentuk satu teorem melalui aktiviti-aktiviti induktif,misalnya mengukur dan mencari hasil tambah sudut-sudut dalam pelbagai jenis segitiga untuk mendapat teorem sudut segitiga. mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran,misalnya memerhati tingkah laku manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran. Konsep deduktif boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus,prinsip,hukum,teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus.Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan muridmurid memperolehi kefahaman yang mendalam dan pengetahuan yang cukup serta berupaya memilih rumus ,prinsip ,hukum.teorem atau peraturan yang telah dipelajari dengan

tepat untuk diaplikasikan pada contoh-contoh yang khusus. Dalam penggunaan pendekatan deduktif ini, guru memberitahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal. Murid dibimbing mengingat kembali hukum, prinsip, teori atau peraturan yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru.

Disediakan oleh, KDPM-KDC PRA SEKOLAH AMBILAN NOVEMBER 2010 NAMA PENSYARAH: EN. KAMIL NASURUDDIN B. DARUS

You might also like