You are on page 1of 33

Teori Pembelajaran Kognitif

Pengenalan
Perlu ditegaskan bahawa pembelajaran hanya boleh bermula apabila
wujudnya tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang ada.Proses pembelajaran
akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai ,iaitu sesuatu penggerak yang
dapat mendorongnya berusaha memikirkan erti rangsangan itu.Proses pembelajaran
ini akan terakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.
Menurut sesetengah ahli psikologi seperti Piaget,Kohler,Bruner,Gagne dan
Ausubel menekankan proses kognitif yang sebenarnya menghasilkan perubahan
tingkah laku dalam pembelajaran.Mereka berpendapat bahawa pembelajaran ialah
suatu

proses

kognitif

untuk

perhubungan

perkara-perkara

dalam

persekitarannya.Mengikut mereka,pembelajaran bukan percubaan secara membabi


buta tetapi mempunyai motif atau objektif-objektif tertentu.
Selain itu,mengikut kajian-kajian mazhab kognitif ,pembelajaran hanya boleh
berlaku adalah berdasarkan pelajar yang mempunyai cukup pengalaman yang
berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru di samping mempunyai motif serta
rela mengambil inisiatif diri sendiri untuk menjalankan aktiviti pmbelajaran.Ahli-ahli
kognitif mengaitkan aktiviti-aktiviti pembelajaran dengan proses-proses mental
dalaman ,iaitu fikiran ,ingatan,pengetahuan dan penyelesaian masalah yang berlaku
dalam pembentukan skema manusia.
Ahli-ahli kognitivis berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses
dalaman yang berlaku dalam minda manusia.Oleh yang demikian,ahli-ahli penyelidik
tidak dapat memerhatikan secara langsung bagaimana pembelajaran berlaku
kecuali dengan meramal daripada tingkah laku manusia.Proses dalaman yang
dirujuk

termasuk

pemikiran,celik

akal,pemprosesan

pengamatan.

Teori Pemprosesan Maklumat Gagne

maklumat,ingatan

dan

Robert M Gagne(1916-2002) adalah seorang ahli psikologi yang dianggap


sebagai bapa psikologi pendidikan dan telah menjalankan penyelidikan luas dalam
bidang pengajaran dan pembelajaran.Beliau telah mencari cara yang paling
sempurna dan unggul untuk melakukan suatu pembelajaran yang standard.Beliau
turut memberikan sumbangan yang kini menjadi asas pendidikan di kalangan
pendidik seluruh dunia.Sumbangan beliau adalah dalam aspek-aspek seperti
taksonomi pembelajaran dan juga sembilan syarat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Gagne telah mengkaji cara seseorang menerima dan memproses maklumat


yang diterima melalui deria.Beliau menyamakan proses ini dengan proses
pemprosesan maklumat oleh sebuah komputer,iaitu,input rangsangan diproses oleh
memori sensori dan ingatan jangka pendek.Maklumat yang dihasilkan digunakan
untuk bertindak dengan persekitaran atau disimpan dalam memori jangka panjang.
Di samping itu, Taksonomi Gagne merupakan antara sumbangan terpenting
beliau.Taksonomi Gagne boleh dibahagikan kepada lima kategori seperti kemahiran
verbal,kemahiran

intelektual,strategi

kognitif,sikap

positif

dan

kemahiran

motor.Kemahiran verbal terdiri daripada kemahiran-kemahiran penghafalaan dari


memori,membuat respon verbal kepada input,kebolehan melabel dan menamakan
fakta secara verbal atau bertulis dan kebolehan untuk mengingat semula maklumatmaklumat

yang

berkaitan.Seterusnya,kemahiran

intelektual

terdiri

daripada

kemahiran berdiskriminasi ,mengkategorikan mengikut ciri-ciri fizikal atau abstarak


,pengaplikasikan

prosedur-prosedur

mudah

dan

yang

kompleks

untuk

menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah.Ia mengandungi beberapa aras


seperti aras diskriminasi ,konsep konkrit ,penggunaan peralihan dan penyelesaian
masalah.Kategori ketiga iaitu strategi kognitif pula merujuk kepada kebolehan
individu-individu untuk mereka cipta dengan proses mental untuk mencapai sesuatu
tugasan dan menyelesaikan masalah.Ia melibatkan kebolehan individu untuk
membuat pilihan ,keputusan dan model mental.Kategori seterusnya pula sikap positif
iaitu ia merujuk kepada individu-individu yang berkelakuan untuk menggambarkan
nilai-nilai murni yang baru dikuasai.Individu berkebolehan untuk memberi sesuatu
pendapat dengan logikal dan rasional.Kemahiran motor adalah kategori terakhir

yang terdapat dalam Taksonomi Gagne.Ia melibatkan perlakuan tugas-tugas fizikal


mengikut piawaian yang telah ditentukan.Ia turut melibatkan pergerakan otot
,umpamanya memandu kereta dan mambaling bola.
Selain daripada Taksonomi Gagne,beliau juga telah menyenaraikan sembilan
situasi pengajaran dan proses kognitif untuk setiap syarat yang ditetapkan oleh
beliau.Situasi-situasi ini perlu dititikberatkan oleh guru-guru supaya pengajaran
dilaksanakan dengan berkesan dan pembelajaran akan berlaku dengan kukuh dan
sempurna.Menurut Gagne,sebagai seorang guru,ia perlu menarik perhatian
murid.Bagi mendapatkan tumpuan murid ke atas pengajarannya,guru boleh
memulakan pengajaran dengan set induksi yang menarik.Selain itu,guru juga perlu
memberitahu murid-murid mengenai objektif pelajaran supaya murid dapat tahu apa
yang akan dipelajarinya pada hari itu.Seterusnya,guru juga perlu mengingatkan
murid-murid mengenai pelajaran lampau untuk merangsang pengetahuan sedia ada
pada mereka.Guru boleh menyoal murid-murid mengenai satu tajuk spesifik yang
akan diajari.Ini adalah untuk membolehkan murid itu berfokus kepada tajuk
tersebut.Di samping itu,guru juga boleh memberi panduan dengan membantu
mereka melalui persoalan-persoalan yang berkaiatan dengan proses pengajaran
dan pembelajaran pada hari itu.Sebagai seorang guru,ia perlu menggalakkan murid
membuat latihan kendiri bagi mendapatkan gerak balas daripada mereka. Selepas
mereka

membuat

latihan

kendiri,guru

perlu

memberi

maklum

balas

dan

membetulkan sekiranya wujud konsep yang salah.Selain itu, guru juga boleh menilai
tahap pencapaian murid dengan memberi latihan tambahan dan pemulihan. Ini juga
merupakan satu kaedah penilaian dan pentafsiran yang boleh dilakukan untuk
meninjau tahap pemahaman mereka.Akhir sekali,guru perlu membuat generalisasi
dengan membuat pemindahan pembelajaran

dimana guru boleh mengajukan

soalan-soalan lain dan meminta murid mengenal pasti jawapannya.


Secara kesimpulannya, pembelajaran berlaku daripada yang konkrit kepada
abstrak. Pembelajaran juga mengutamakan murid keupayaan murid mencapai celik
akal dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran, teori ini
menekankan Proses Penanggapan dan Pemprosesan Maklumat. Teori ini juga
menekankan proses peneguhan supaya pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan lebih berkesan.

Teori Pembentukan Konsep Bruner


Jerome Bruner telah dilahirkan di New York pada 1 Oktober 1915. Insan yang
lebih dikenali sebagai J.Bruner ini merupakan bapa kepada teori psikologi kognitif.
Anak kepada Herman dan Rose (Glickmann) Bruner, telah dilahirkan buta dan tidak
dapat melihat setelah dijangkiti katarak sewaktu beliau masih bayi. Bruner
bersekolah di sekolah umum, lulus dari sekolah tinggi pada tahun 1933, dan masuk
Duke University di mana ia mengambil jurusan psikologi, mendapat gelaran AB pada
tahun 1937. Bruner kemudian mengejar kajian pascasarjana di Harvard University,
menerima MA pada 1939 dan Ph.D. pada tahun 1941. Semasa Perang Dunia II,
beliau berkhidmat di bawah Jeneral Eisenhower di Perang Psikologis Divisi Markas
Tertinggi Bersekutu Expeditionary Force Eropah. Beliau memainkan peranan yang
penting dalam perancangan Projek Medison, suatu kurikulum matematik moden di
Amerika Syarikat.
Antara pencapaian yang telah diperolehi oleh berliau adalah seperti, BA,
Duke University, 1937, PhD, Harvard, 1941 (psikologi), Profesor psikologi di Harvard
(1952-1972), Profesor psikologi di Oxford (1972-1980), CIBA Pingat Emas, 1974,
untuk "kajian khas dan asli", Balzan Prize pada tahun 1987 untuk "sumbangan untuk
memahami fikiran manusia" serta Fellow, American Academy of Arts and Sciences.
Bruner

berpendapat

bahawa

cara

seseorang

individu

mengamalkan

budayanya dan pergaulan sosialnya akan menentukan cara bagaimana individu


tersebut menerima pendidikan.Beliau terkenal untuk dua teori kognitifnya iaitu Model
Penemuan Inkuiri dan Teori Pembentukan Konsep.
Fokus

utama

teori

Bruner

adalah

model

penemuan

inkuiri

dalam

pembelajaran yang mementingkan konsep kategorisasi.Bruner lebih menegaskan


faktor-faktor

persekitaran

dan

pengalaman

model

penemuan

inkuirinya.Pembelajaran penemuan Bruner adalah lebih berdasarkan prinsip


konstruktivisme iaitu,seorang murid akan membina maklumat dan konsep baru
berdasarkan perkaitan di antara maklumat-maklumat yang sedia ada.Murid-murid
akan mengolah maklumat melalui struktur kognitif yang sedia ada seperti skema
dan model mental untuk menambah kesedaran baru dalam ingatan.

Menurut model ini,murid-murid digalakkan belajar melalui perbuatan aktiviti


dan pengalam sendiri.Dalam keadaan ini,peranan guru adalah untuk mencungkil
fikiran mereka serta memberangsangkan naluri ingin tahu murid-murid dengan
soalan-soalan yang mencabar.Guru-guru juga bertanggungjawab untuk memastikan
aktivit-aktiviti pengajaran bersesuaian dan murid-murid tidak gagal dalam aktiviti
penemuan mereka.
Terdapat empat tema yang berkaitan dengan Model Penemuan Inkuiri yang
harus diutamakan.Tema pertama adalah pertengahkan konsep dan keutamaan
struktur kognitif dalam proses pembelajaran.Pemindahan pembelajaran daripada
pengetahuan lama yang sedia ada kepada input dan konsep-konsep baru perlu
difokuskan.Guru-guru mesti selalu pertengahkan dan memfokuskan pada konsepkonsep yang baru kerana penguasaan fakta-fakta atau sesuatu teknik tidak
berkesan dalam jangka masa panjang.Tema seterusnya pula kesediaan belajar
murid-murid.Guru-guru mesti meneliti kesediaan pembelajaran murid-murid dan
mengutamakan kurikulum berpusar.Guru juga perlu sentiasa mengajar isi pelajaran
dan kurikulum daripada senang kepada susah dan yang sentiasa mengaitkan satu
konsep dengan yang lain.Selain daripada itu,sesuatu topik mesti selalu diulang oleh
guru sehingga murid-murid memahaminya dengan sempurna.
Tema ketiga pula adalah penggunaan naluri intuitif atau gerak hati.Semasa
guru-guru mengajar,mereka mesti mengajar dengan memfokuskan kepada naluri
intuitif atau gerak hati para murid.Pembelajaran harus produktif dan perlu
diutamakan sebagai pembelajaran yang bermakna untuk murid-murid.Pembelajaran
perlu disokong dengan pemikiran lain seperti pemikiran analitikal.Tema yang terakhir
adalah motof untuk belajar.Guru-guru juga mesti sentiasa mencungkil motivasi
dalaman atau naluri ingin tahu murid-murid mengenai sesuatu fenomena.Ini
merupakan cara yang paling berkesan bagi seorang guru untuk menarik minat
murid-muridnya.Guru-guru juga perlu mengajar murid-murid yang mencapai markah
yang tertinggi dalam peperiksaan atau mendapat tempat pertama dalam
pertandingan sekolah bukan tujuan utama untuk belajar sesuatu.Motif untuk belajar
adalah lebih untuk memenuhi keperluan kognitif minda serta untuk perkembangan
intelek murid-murid.

Bruner

juga

telah

mengutamakan

teori

pembentukan

konsep

yang

terkenal.Beliau menekankan perkembangan kognitif kanak-kanak melalui beberapa


peringkat penaakulan.Peringkat pertama adalah peringkat enaktif atau tidak
aktif.Kanak-kanak yang berumur dari 0-2 tahun tergolong dalam peringkat ini.Pada
peringkat ini,kanak-kanak belajar melalui tindakan manipulatif kerana mereka belum
menguasai bahasa untuk bertutur.Mereka juga menggunakan anggota deria untuk
menyelesaikan masalah.Beberapa aktiviti dilakukan berdasarkan pergerakan
anggota

kanak-kanak.Maka,guru-guru

perlu

sdiakan

bahan

maujud

untuk

mengimbangkan minda murid-murid dalam peringkat ini.Menuut Bruner,peringkat


ikonik adalah peringkat penaakulan kedua.Kanak-kanak yang berumur 2-4 tahun
dapat membayangkan satu situasi dalam minda mereka pada peringkat ini.Mereka
juga menyimpan maklumat dan pengalaman dalam kerangka kognitif

secara lebih

tersusun.Guru-guru perlu merancang pelajaran dengan menggunakan pelbagai jenis


bahan bantu mengajar.Peingkat terakhir adalah peringkat simbolik.Pada peringkat
ini,kanak-kanak boleh menggunakan simbol seperti bahasa,perkataan,nombor dan
simbol-simbol matematik.Mereka juga dapat memindah pengalaman pembelajaran
ke situasi serupa dengan membuat penaakulan logik.Pada tahap ini,kanak-kanak
dapat menyoal mengenai satu fenomena dan dapat memberi pendapat mengenai
sesuatu

masalah

atau

situasi.Mereka

juga

menggunakan

langkah-langlah

penyelesaian masalah.Oleh yang demikian,guru-guru harus merancang pengajaran


secara teratur supaya murid-murid dapat mengembangkan potensi mereka pada
peringkat ini.Menurut Bruner,dalam mana-mana tempoh masa yang tertentu ,satu
jenis penaakulan akan lebih dominan daripada yang lain.Ini bererti kanak-kanak
berkebolehan untuk berfikir pada tahap yang lebih mantap melalui pendedahan
kepada idea-idea kognitif mencabar dalam persekitaran mereka daripada umur yang
kecil lagi.
Dengan itu,Bruner (1996),di dalam bukunya Toward a Theory of Instruction
,menghuraikan

empat

prinsip

pengajaran-pembelajaran

berlandaskan

teori

pembelajaran yang dikemukakannya.Di antaranya ialah prinsip kecenderungan


murid-murid,prinsip pengajaran berstruktur,prinsip rangkaian ataupun sekuen dan
prinsip peneguhan.Dalam prinsip kecenderungan murid-murid,murid-murid mesti
mempunyai kecenderungan ingin tahu perkara-perkara yang sedang berlaku di
sekelilngnya.Mereka perlu sentiasa menyoal diri dengan soalan-soalan sepert

Mengapa?,Kenapa?

atau

Bagaimanakah

sesuatu

berlaku?Manakala

pengajaran berstruktur pula dikatakan sebagai organisasi isi pelajaran oleh


Bruner.Mengikut beliau,aktivit pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dapat
dicapai sekiranya organisasi isi pelajaran adalah sesuai dengan pembelajaran
mental kanak-kanak.Prinsip ini mengutamakan apa isi pelajaran sesuai dengan apa
bentuk pengajaran,dan apa bentuk pengajaran yang sesuai digunakan untuk apa
murid yang berkenaan.Di bawah prinsip ini,Bruner mencadangkan penggunaan
prinsip pengajaran daripada konkrit kepada abstrak ,iaitu menggunakan bahan
konkrit ,demonstrasi ataupun ilustrasi untuk mengajar perwakilan nombor.
Sementara itu,prinsip rangkaian yang juga dikenali sebagai prinsip sekuen
merupakan suatu prinsip turutan. Mengikut Bruner, prinsip ini boleh dibahagikan
kepada dua, iaitu prinsip sekuen yang pertama (prinsip kesediaan). Di mana pada
peringkat ini guru perlu menggunakan set induksi untuk menimbulkan motivasi yang
berterusan kepada murid agar aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan
berkesan. Prinsip seterusnya adalah prinsip sekuen yang kedua. Prinsip ini adalah
penggunaan dan perlaksanaan kaedah dan teknik mengajar. Kaedah dan teknik
mengajar perlulah seimbang dengan perkembangan kognitif murid pada waktu itu.
Secara tidak langsung, ianya dapat mempertingkatkan daya keupayaan mental
kanak-kanak. Prinsip sekuen ini dapat menghubungkaitkan pengalaman baru
dengan

pengalaman

lama

serta

keberkesanan

pembelajaran

dapat

ditingkatkan.Justeru itu,murid-murid harus diberi peluang untuk sentiasa mengaitkan


pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia ada dan menguasai bahanbahan pembelajaran dalam bentuk rangkaian.Dengan itu,prinsip yang terakhir
adalah prinsip peneguhan.Guru-guru mesti bijak membuat peneguhan yang
bersesuaian tidak kira positif ataupun negatif untuk memperkukuhkan sesuatu
pembelajaran.Mengikut Bruner,selain daripada memberi peneguhan,penetapan
masa yang sesuai dalam pemberian peneguhan juga penting supaya gerak balas
yang ditunjukkan oleh murid-murid diulang secara bersiri dan konsisten.
Secara

kesimpulanya,boleh

dikatakan

bahawa

mempengaruhi pengajaran dengan impak yang paling ketara.


Teori Pembelajaran Asimilasi Ausubel

teori

Bruner

telah

David Paul Ausubel(1918-2008) merupakan salah seorang ahli psikologi


Amerika. Beliau telah memberi banyak sumbangan yang penting khususnya dalam
bidang psikologi pendidikan, sains kognitif dan juga pembelajaran pendidikan sains.
Ausubel Silahirkan pada 25 Oktober 1918 dan dibesarkan di Brooklyn, New York.
Beliau mendapat pendidikan di Universiti of Pennsylvania dan mendapat ijazah
kehormat pada tahun 1939 dalam bidang psikologi. Kemudian Ausubel menamatkan
pelajarannya di sekolah perubatan di Universiti Middlesex. Beliau juga

telah

berkhidmat dengan jabatan pertahanan US Public Health Service, dan telah


memperolehi

M.A dan Ph.D dalam Psikologi Perkembangan dari Universiti

Columbia pada 1950. Pada tahun 1973, Ausubel membuat keputusan untuk bersara
dari bidang akademik dan menyertai latihan psikiatri. Sepanjang menjalani latihan
psikaitri, Ausubel telah menghasilkan pelbagai judul buku dan artikel tentang psikiatri
dan jurnal psikologikal. Pada tahun 1976, beliau telah menerima Anugerah
Thorndike dari Persatuan Psikologi Amerika bagi sumbangan beliau yang
memberangsangkan dalam bidang psikologi dalam pendidikan. Pada umur 75 tahun,
Ausubel bersara dari bidang professional dan melibatkan diri sepenuhnya dalam
penulisan dan telah menghasilkan empat buah buku yang terkenal.
David Ausubel telah mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan
manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan
bukan daripada pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran
Ekspositori. Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh beliau
menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang
tersusun dandijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel
menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada
am kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh (Woolfolk, 1998).
Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna iaitu meaningful
verbal learning, termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara
idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan tidak
dianggap sebagai pembelajaran bermakna.Dua proses yang dikemukakan untuk
membantu

pembelajaran

penemuan.Ausubel

lebih

bermakna

ialah

mementingkan

pembelajaran

pembelajaran

resepsi

resepsi

dan

daripada

pembelajaran penemuan dan hafazan.Resepsi bermaksud penerimaan maklumat


oleh murid-murid apabila guru mengemukakan isi kandungan pelajaran secara

eksplisit ,langsung,lengkap dan tersusun.Mengikut model ini,guru-guru harus


menyampaikan pelajaran melalui kuliah atau ceramah,iaitu dalam bentuk pengajaran
memusatkan guru.Penemuan berlaku apabila murid-murid meneroka bahan-bahan
pembelajaran yang disediakan oleh guru-guru dan membentuk konsep melalui
proses penyelesaian masalah.Murid-murid berusaha untuk mencari makna sendiri
dengan menggunakan kerangka kognitif yang telah dibina sebelum ini.
Untuk membantu pembelajaran,Ausubel juga telah memperkenalkan konsep
penyusunan awal. Penyusunan awal telah diperkenalkan oleh beliau untuk
menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran
optimal berlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian
tersebut ialah memulakan pembelajaran berpandukan kepada penyusunan awal. Ia
merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang
hendak disampaikan pada hari tersebut.Fungsi penyusunan awal ialah untuk
menjelaskan kepada guru dan pelajar tentang perkara-perkara yang perlu difahami
bagi sesuatu tajuk pelajaran. Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep
baru dengan konsep yang telah dipelajari. Jadi terdapat tiga tujuan penggunaan
penyusunan awal, iaitu memberi gambaran tentangapa yang penting dalam
pelajaran, menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan
menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitan yang telah
dipelajari.
Mengikut Ausubel,peta konsep adalah sebuah struktur grafik yang boleh
digunakan

sebagai

penyusunan

awal

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran.Pemetaan peta konsep dapat membantu proses penyusunan


maklumat murid-murid secara jelas.Ia juga dapat mengukuhkan isi kandungan yang
sedia ada dalam struktur kognitif murid-murid dan mendemostrasikan kefahaman
mereka mengenai sesuatu topik.Pembelajaran bermakna hanya boleh berlaku
sekiranya guru-guru menyusun

bahab-bahan pembelajaran dalam bentuk yang

lengkap dan sempurna.Dalam erti kata lain,pembelajaran berkesan berlaku jika


penyampaian pengajaran guru-guru tersusun dan atur.Justeru itu,teori beliau juga
dikenali sebagai Teori Pembelajaran Resepsi.
Pembentukan

kerangka

pengetahuan

berkembang dengan pembelajaran

atau

struktur

mental/kognitif

bermakna melalui 4 proses.Proses pertama

adalah proses subsumsi.Proses subsumsi merujuk kepada pengetahuan baru


mengenai konsep-konsep yang lebih umum dan inklusif di dalam struktur kognitif
seseorang individu.Proses ini terdiri daripada subsumsi terbitan dan subsumsi
korelatif.Subsumsi terbitan merujuk kepada maklumat bary yang terbit daripada
maklumat lama yang ada pada diri murid-murid.Maklumat baru ini akan disesuaikan
dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.Sementara subsumsi korelatif merujuk
pada suatu keadaan di mana murid-murid menukar dan mengubahsuai struktur
kognitif yang sedia ada untuk mengakomodasikan maklumat atau konsep
baru.Proses subordianat dan superodinat merupakan proses kedua dalam
pembentukan

kerangka

pengetahuan.Proses

subordinat

adalah

pengolahan

maklumat untuk memahami konsep secara terperinci dan khusus.Proses ini adalah
spesifik dan bukan umum.Proses pembelajaran subordinat boleh dijalankan melalui
pengajaran induktif.Sebaliknya,proses superordinat adalah pengolahan maklumat
secara am dan inklusif.Proses pembelajaran ini boleh dijalankan melalui pengajaran
deduktif.Proses ketida adalah perbezaan progresif.Dalam pendekatan ini,guru-guru
akan cuba memantapkan kefahaman sesuatu konsep secara progresif atau
beransur-ansur

khasnya

apabila

konsep

itu

sangat

sukar.Guru-guru

akan

mendedahkan murid-murid kepada proses pembelajaran dimana mereka perlu


mendedahkan prinsip-prinsip yang lebih am dalam konsep-konsep yang dan yang
berkaitan di antara satu sama lain.Kemudian,guru-guru akan membuat elaborasi ciriciri yang lebih terpencil yang wujud di dalam konsep-konsep yang sukar ini.Mereka
juga akan menekankan perbezaan dan persamaan yang wujud di antara konsepkonsep

yang

saling

berkaitan.Langkah

ini

akan

membantu

murid-murid

meningkatkan kefahaman dan memperolehi penguasaan pembelajaran terhadap


konsep-konsep yang sukar.Proses penyelarasan integratif atau pengubahsuaian
bersepadu adalah proses terakhir.Dalam proses penyelarasan integratif ,guru-guru
mesti memainkan peranan untuk menhilangkan kekeliruan dan persoalan yang
timbul dalam minda murid-murid akibat daripada pendedahan kepada pelbagai jenis
konsep dan rumus dalam sistem persekolahan.Mereka akan cuba menyelaraskan
tajuk-tajuk pembelajaran yang hampir sama supaya lebih mudah difahami oleh
murid-murid.Justeru itu,pengubahsuaian bersepadu juga merujuk kepada satu
pendekatan dimana percanggahan makna di antara konsep-konsep yang hampir
sama atau berkaitan dengan lebih teliti oleh guru.

Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam


pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara.Perkara pertama,
Ausubel

mencadangkan

resepsi(penerimaan)atau

supaya

model

guru

pengajaran

menggunakan
ekspositori

kerana

pembelajaran
guru

dapat

menyampaikan maklumat yanglengkap dalam susunan yang teratur seperti dalam


kaedah kuliah.Perkara kedua pula menggunakan penyusunan awal dalam
pengajaran untuk menggalakkan pelajarmengingat semula konsep yang telah
dipelajari dan mengaitkannya dengan konsepbaru yang akan dipelajari serta
mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu tajuk
pelajaran.

Teori Pembelajaran Sosial


Pengenalan
Mazhab sosial menyarankan bahawa pembelajaran berlaku dalam konteks
sosial iaitu manusia belajar daripada orang lain yang berada dalam lingkungan
persekitaran mereka.Ia menggabungkan teori mazhab behaviorisme dengan
mazhab kognitif kerana ia melibatkan pemerhatian dan permodelan.Justeru itu,teori
ini juga dikenali sebagai teori permodelan dan teori kognitif sosial.
Di antara tokoh-tokoh yang menyokong mazhab atau teori sosial,Albert
Bandura adalah tokoh yang paling terkenal.Beliau menyatakan bahawa proses
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan
pendekatan permodelan.Beliau menjelaskan bahawa pemerhatian seorang murid
terhadap apa yang dilakukan oleh guru-guru serta tindakan murid-murid dalam
meniru aksi guru-guru tersebut akan memberikan kesan yang optima kepada
kefahaman murid.
Teori kognitif sosial menegaskan bahawa latar belakang kebudayaan
seseorang

individu

merupakan

faktor

utama

dalam

pembentukan

tingkahlakunya.Kebudayaan adalah hasil ciptaan manusia yang bersosial dan


kanak-kanak dibesarkan dalam nilai budaya masing-masing.Justeru itu,kanak-kanak

amat dipengaruhi oleh budaya persekitaran yang merangkumi keluarga,sekolah dan


rakan sebaya.
Teori Permodelan Bandura
Albert Bandura dilahirkan di Mundare Northern Alberta Kanada, pada 04
Disember 1925. Masa kecil dan remajanya dihabiskan di desa kecil dan juga
mendapat pendidikan disana. Pada tahun 1949 beliau mendapat pendidikan di
Universiti British Columbia, dalam jurusan psikologi. Dia memperoleh gelar Master
di dalam bidang psikologi pada tahun 1951 dan setahun kemudian ia juga meraih
gelaran doctor (Ph.D). Bandura menyelesaikan program doktornya dalam bidang
psikologi klinik, setelah lulus ia bekerja di Standford University.Pada tahun 1964
Albert Bandura dilantik sebagai professor dan seterusnya menerima anugerah
American Psychological Association untuk Distinguished scientific contribution pada
tahub 1980.
Pada tahun berikutnya, Bandura bertemu dengan Robert Sears dan belajar
tentang pengaruh keluarga dengan tingkah laku social dan proses identifikasi. Sejak
itu Bandura sudah mulai meneliti tentang agresi pembelajaran social dan mengambil
Richard Walters, muridnya yang pertama mendapat gelar doctor sebagai
pembantunya. Bandura berpendapat, walaupun prinsip belajar cukup untuk
menjelaskan

dan

meramalkan

perubahan

tingkah

laku,

prinsip

itu

harus

memperhatikan dua fenomena penting yang diabaikan atau ditolak oleh paradigma
behaviorisme. Albert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran social,
salah satu konsep dalam aliran behaviorime yang menekankan pada komponen
kognitif dari pemikiran, pemahaman, dan evaluasi.
Menurut beliau manusia secara semula jadinya belajar melalui proses
peniruan atau pemerhatian, iaitu dengan cara melihat orang bertingkah laku dalam
kehidupan seharian seperti berjalan, makan, minum, mendapat penghargaan, pujian
atau menerima hukuman. Pada asalnya ia lebih merupakan kepada teori
pembelajaran sosial tetapi telah berkembang kepada teori pembelajatan sosial
kognitif. Ini kerana terdapat proses kognitif terlibat di dalamnya. Bagaimana kanakkanak meniru perlakuan orang dewasa dan bagaimana persekitaran mempengaruhi
kehidupan dan perlakuan kanak-kanak. Sebab itu Bandura mengatakan bahawa

pembelajaran secara peniruan melibatkan tiga unsur

iaitu,individu (kognitif),

persekiataran dan tingkah laku itu sendiri (Ormrod, 2008).


Individu yang meniru tingkah laku orang lain, menjadikan orang yang ditiru itu
sebagai model. Jadi tidak hairan jika kita tengok muda mudi sekarang lebih berminat
meniru gaya fesyen pakaian selebriti yang mereka minati. Sehubungan itu model
boleh dibahagikan kepada dua. Pertama ialah model sebenar/hidup, iaitu belajar
melalui orang yang sebenar. Misalnya jika mahukan hiasan dalaman maka Eric
Leong akan dijadikan model. Manakala model kedua ialah model simbolik, iaitu
model yang dilihat menerusi video, lakonan watak dalam cerita atau rajah. Murid
mungkin belajar sesuatu melalui pemerhatian atau peniruan daripada sumber yang
dinyatakan.
Eksperimen yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang
menunjukkan anak-anak meniru seperti perilaku agresif dari orang dewasa
disekitarnya.Albert Bandura seorang tokoh teori belajar social ini menyatakan bahwa
proses

pembelajaran

dapat

dilaksanakan

dengan

lebih

berkesan

dengan

menggunakan pendekatan permodelan . Beliau menjelaskan lagi bahwa aspek


perhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan
aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada
pemahaman pelajar.
Bandura (1986) telah mengenal pasti empat unsur utama yang membantu
dalam proses pembelajaran permodelan iaitu pemerhatian , mengingati,reproduksi
serta peneguhan dan motivasi. Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti
menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang
menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin
merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih
tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktorfaktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur,
jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran guru perlu
memastikan murid menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan
pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. Dalam suatu tunjuk cara
contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin
memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak

bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan


kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan
pembelajaran pemerhatian yang betul.Seterusnya,kebolehan untuk menyimpan apa
yang diperhatikan dalam memori adalah keupayaan mengingati.Seseorang boleh
menyimpan maklumat yang telah diperhatikan dalam pelbagai cara,seperti dalam
bentuk

koding,grafik

mental,penyusunan

kognitif

,simbolik

dan

sebagainya.Sementara itu,reproduksi merujuk kepada kebolehan si pemerhati untuk


menghasikan semula

imej dan maklumat yang telah diperhatikan.Pemerhatian

harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya. Apabila seseorang
tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri- ciri atau
langkah- langkah dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar. Sesorang
itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat maklum balas dan bimbingan
tentang perkara- perkara penting sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model.
Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan
mahir.Dengan itu, seseorang itu mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau
tingkah laku baru melalui pemerhatian, tetapi ia mungkin tidak dapat melakukan
tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk
melakukannya.

Peneguhan

boleh

memainkan

beberapa

peranan

dalam

pembelajaran pemerhatian. Seandainya individu itu mengharapkan untuk mendapat


peneguhan dengan meniru tindakan seseorang model, ia mungkin menjadi lebih
bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula
tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran.
Seseorang

yang

mencuba

menunjukkan

tingkah

laku

baru

tidak

akan

mengekalkanya tanpa peneguhan. Sebagai contoh, seorang murid yang tidak


popular cuba memakai pakaian fesyen baru tetapi diejek oleh rakan- rakan dan dia
tidak akan meneruskan peniruannya.
Menurut Bandura,terdapat lima jenis peniruan seperti peniruan secara
langsung,peniruan secara tidak langsung,peniruan gabungan,peniruan sekat laluan
dan yang tak sekat laluan. Pertama, pemerhati mungkin menghasilkan semula
tingkah laku model dan menerima peniruan secara langsung. Contohnya, seorang
ahli gimnastik menunjukkan pergerakan badan yang baik dan dia di puji oleh
jurulatihnya dengan kata- kata seperti syabas. Kedua pemerhati mungkin melihat
orang lain menerima peniruan secara tidak langsung dan mengikut tingkah laku

orang yang diperhatikan. Contohnya kanak- kanak yang melihat program televisyen
yang penuh dengan keganasan mungkin meniru tingkah laku keganasan model
melalui program tersebut. Ketiga ialah peniruan melalui proses gabungan. Dalam
proses ini seseorang akan meniru apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah
mengetahui cara- cara melakukan tingkah laku tersebut. Sebagai contoh timbul
keinginan di hati Ali untuk membantu ibunya memotong rumput setelah melihat
Rahman membantu ibunya. Keempat peniruan sekat lakuan. Peniruan yang sesuai
dilakukan dalam keadaan tertentu tetapi tidak digunakan dalam keadaan atau situasi
yang lain. Sebagai contoh, murid boleh meniru kawan mereka yang bising senasa
kelas pendidikan jasmani di padang tetapi tidak boleh meniru tingkah laku ini di
dalam kelas. Kelima iaitu peniruan tak sekat lakuan. Dalam proses ini seseorang
individu akan terus mengamalkan peniruan dalam apa- apa jua situasi. Sebagai
contoh, Radzi yang menyertai satu kumpulan menyimpan rambut panjang semasa
cuti sekolah akan terus menyimpan rambut panjangnya semasa sesi persekolahan
bermula.

Teori permodelan boleh digunakan untuk mencapai beberapa kesan dalam


bilik darjah.Sebagai seorang guru,ia mesti selalu mengajar atau memodelkan satu
tingkah laku,sikap atau kemahiran yang baru kepada murid-murid.Selain itu,guru
juga sentiasa mengukuhkan tingkahlaku-tingkahlaku yang telah diajar kepada muridmuridnya.Dengan itu,guru-guru mesti memastikan yang proses permodelan
digunakan untuk mengatasi segala perasaan takut dan bimbang murid-murid.Muridmurid yang berani digalakkan untuk menonjolkan kemahiran atau kerja mereka
terlebih dahulu.
Teori Proksimiti Vygotsky
Lev S. Vygotsky ialah pengkritik terawal kepada andaian-andaian yang
diketengahkan oleh Piaget. Vygotsky memberi pandangan tentang perkembangan
kognitif kanak-kanak yang cukup berlainan dengan pendapat Jean Piaget. Vygotsky
menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak tidak mengikut tahap-tahap
perkembangan. Sebaliknya, Vygotsky menegaskan bahawa setiap fungsi dalam
perkembangan budaya kanak-kanak muncul dalam dua aras iaitu pada aras sosial
dan pada aras individu.

Vygotsky sebagai seorang penulis telah mengarang banyak buku dalam


tempoh usia yang singkat,termasuklah buku Pyscology of Arts (1925) dan thinking of
speech (1934).Sumbangan beliau yang terkemuka ialah teori proksimiti yang
menyokong perkembangan pembelajaran kanak-kanak.Kini,teori perkembangan
proksimal beliau menjadi asas untuk perkembangan teori konstruktivisme.
Beliau telah mengemukakan empat konsep atau tema utama untuk
menerangkan

teorinya.Antaranya

perkembangan

proksimal,bantuan

ialah

pendekatan

perancah(scaffolding)

sosio-budaya,zon
dan

perkembangan

bahasa.Dalam pendekatan sosio-budaya,Vygotsky telah memerhati dan mengkaji


peranan budaya dan komunikasi interpersonal kepada perkembangan kognitif
kanak-kanak.Beliau berpendapat bahawa perkembangan pembelajaran berlaku
dalam konteks sosial,iaitu melalui persekitaran dunia kanak-kanak yang dikelilingi
dengan orang dewasa yang berinteraksi dengan mereka sejak dilahirkan.
Teori Proksimiti Vygotsky menawarkan suatu potret perkembangan manusia
sebagai sesuatu yang tidak terpisahkan dari kegiatan-kegiatan sosial dan budaya.
Vygotsky menekankan bagaimana proses-proses perkembangan mental seperti
ingatan, perhatian, dan penalaran melibatkan pembelajaran menggunakan temuantemuan masyarakat seperti bahasa, sistem matematik, dan alat-alat ingatan. Ia juga
menekankan bagaimana anak-anak dibantu berkembang dengan bimbingan dari
orang-orang yang sudah terampil di dalam bidang-bidang tersebut. Vygotsky lebih
banyak

menekankan

peranan

orang

dewasa

dan

anak-anak

lain

dalam

memudahkan perkembangan si anak.


Menurut Vygotsky, anak-anak lahir dengan fungsi mental yang relatif dasar
seperti kemampuan untuk memahami dunia luar dan memusatkan perhatian.
Namun, anak-anak tak banyak memiliki fungsi mental yang lebih tinggi seperti
ingatan, berfikir dan menyelesaikan masalah. Fungsi-fungsi mental yang lebih tinggi
ini dianggap sebagai alat kebudayaan tempat individu hidup dan

alat-alat itu

berasal dari budaya. Alat-alat itu diwariskan pada anak-anak oleh anggota-anggota
kebudayaan yang lebih tua

selama pengalaman pembelajaran yang dipandu.

Pengalaman dengan orang lain secara berangsur menjadi semakin mendalam dan
membentuk gambaran batin anak tentang dunia. Karena itulah berpikir setiap anak
dengan cara yang sama dengan anggota lain dalam kebudayaannya.

Menurut vygotsky (1962), keterampilan-keterampilan dalam keberfungsian


mental berkembang melalui interaksi sosial langsung. Informasi tentang alat-alat,
keterampilan-keterampilan

dan

hubungan-hubungan

interpersonal

kognitif

dipancarkan melalui interaksi langsung dengan manusia. Melalui pengorganisasian


pengalaman-pengalaman interaksi sosial yang berada di dalam suatu latar belakang
kebudayaan ini, perkembangan mental anak-anak menjadi lebih matang.
Meskipun pada akhirnya anak-anak akan mempelajari sendiri beberapa
konsep melalui pengalaman sehari-hari, Vygotsky percaya bahwa anak akan jauh
lebih berkembang jika berinteraksi dengan orang lain. Anak-anak tidak akan pernah
mengembangkan pemikiran operasional formal tanpa bantuan orang lain.
Menurut teori Vygotsky, Zone of Proximal Developmnet(ZPD) merupakan
celah antara actual development dan potential development, dimana antara
apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa dan
apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu dengan arahan orang dewasa atau
kerjasama dengan teman sebaya. Maksud dari ZPD adalah menitikberatkan ZPD
pada interaksi sosial akan dapat memudahkan perkembangan anak.Menurut
Vygotsky,pembelajaran aktif berlaku dalam zon ini.Vygotsky telah memfokus kepada
hubungan sosial kanak-kanak dalam konteks sosio-budaya dan mendapati bahawa
mereka menggunakan alat-alat kebudayaan iaitu bertutur dan menulis untuk
memahami lingkungan sosial mereka.Beliau juga percaya bahawa proses
internalisasi melalui alat-alat kebudayaan ini yang menyebabkan kemampuan
berfikir kanak-kanak maju ke aras kognitif yang lebih tinggi.
Sementara itu, konsep scaffolding ataupun bantuan perancah membawa
maksud suatu bantuan atau bimbingan kepada murid bagi menyiapkan sesuatu
tugasan yang tidak dapat diselesaikan tanpa mendapat bantuan daripada guru.
Menurut Vygotsky (1978), guru dapat merangsang zon ini dengan memberikan
peluang yang banyak kepada murid bergerak balas yang mencakupi kemahiran dan
kebolehan yang boleh dilakukan oleh murid secara bersendirian serta lain-lain
kemahiran yang memerlukan bantuan guru (Shahabudin, Rohizani & Mohd. Zohir,
2007).
Scaffolding

juga dikatakan sebagai was developed as a metaphor to

describe the type of assistance offered by a teacher or peer to support learning. In

the process of scaffolding, the teacher helps the student master a task or concept
that the student is initially unable to grasp independently. The teacher offers
assistance with only those skills that are beyond the students capabality.
Scaffolding dapat membantu murid bergerak melalui zon perkembangan
proksimal (Zon of Proximal Development)

dengan membolehkan pelajar

menyelesaikan sesuatu tugasan tanpa bantuan orang lain. Jadi, melaluinya tindak
balas dan keperluan pelajar akan dapat dipenuhi dengan cara mengubahsuaikannya
kepada tahap pencapaian yang boleh dicapai oleh pelajar. Guru perlu memberikan
bantuan atau bimbingan apabila diperlukan dan berhenti membantu setelah murid
mula menunjukkan kemampuan dalam menyelesaikan tugasan.
Scaffolding berinstruksional akan memberikan sokongan kepada murid
misalnya di dalam bilik darjah, guru menyediakan scaffolding dengan menghuraikan
dan membahagikan isi sesuatu petikan kepada perenggan-perenggan yang dapat
diselesaikan, menunjukkan kemahiran modelling dengan membenarkan murid
menyelesaikan tugasan secara bersendirian apabila guru berasa yakin muridmuridnya sudah bersedia (Shahabudin, Rohizani & Mohd. Zohir, 2007).
Di

samping

itu,Vygotsky

juga

lebih

menitikberatkan

bahasa

dalam

pemerolehan pengetahuan dan perkembangan kognitif.Munurut beliau,proses


penguasaan bahasa berkembang dengan kebolehan berkomunikasi dan berinteraksi
secara sosial dengan orang lain.Bahasa dan pemikiran berkembang secara
tersendiri

dan

meningkat

dalam

tahap

kesukaran.Mereka

juga

belajar

menggunakannya sebagai alat komunikasi untuk menyelesaikan masalah seperti


meminta untuk susu apabila mereka lapar.
Dengan itu,terdapat beberapa implikasi utama teori Vygotsky dalam bilik
darjah. Dari segi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru yang mengamalkan
prinsip-prinsip teori Vygotsky akan mendapati proses pembelajaran yang sangat
aktif. Guru akan menggunakan teknik scaffolding dengan membimbing dan memberi
tindak balas tentang pembelajaran isi kandungan baru. Guru juga akan
menyediakan alat-alat pembelajaran yang bersesuaian dan mencukupi untuk
mencapai objektif pengajatan yang efektif.

Vygotsky mengutarakan cadangan supaya perkembangan kanak-kanak


didasarkan kepada keupayaan mereka menggunakan perantaraan bahasa, sistem
nombor dan peta bagi perkembangan kognitif. Keupayaan mereka pula bergantung
kepada pendedahan mereka kepada pembantu dan persekitaran orang dewasa
yang kebiasaannya terdiri daripada guru-guru dan pengasuh. Ini sangat bermakna
terhadap perkembangan kreativiti, kognitif, sosial dan kemahiran mengawal
perasaan.
Meskipun pada akhirnya anak-anak akan mempelajari sendiri beberapa
konsep melalui pengalaman sehari-hari, Vygotsky percaya bahwa anak akan jauh
lebih berkembang jika berinteraksi dengan orang lain. Anak-anak tidak akan pernah
mengembangkan pemikiran operasional formal tanpa bantuan orang lain.Pada
pandangan yang lain, Vygotsky mencari pengertian bagaimana anak-anak
berkembang dengan melalui proses belajar, dimana fungsi-fungsi kognitif belum
matang, tetapi masih dalam proses pematangan. Vygotsky membezakan antara
perkembangan sebenar dan perkembangan potensi pada anak. Perkembangan
sebenar ditentukan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan
orang dewasa atau guru. Sedangkan perkembangan potensi membezakan apakah
seorang anak dapat melakukan sesuatu, menyelesaikankan masalah dengan
bantuan orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya.

Teori Pembelajaran Humanistik


Pengenalan
Mengikut pandangan ahli psikologi humanis, fitrah manusia pada dasarnya
adalah mulia dan baik. Setiap individu ingin belajar dan menimba ilmu. Setiap
individu akan berkembang secara semulajadi sekiranya persekitaran mereka adalah
sesuai. Setiap individu akan bertindak atas persekitaran masing-masing dan bebas
membuat pilihan. Kajian ahli psikologi humanis menyatakan bahawa pembelajaran
manusia bergantung kepada emosi dan perasaan masing-masing.Selain itu,
pendekatan humanis terhadap pendidikan menekankan keunikan setiap individu
dengan meningkatkan motivasi instrinsik dan kendiri masing-masing dengan
menyatakan pandangan, pengalaman dan pendekatan terhadap pembelajaran

setiap individu adalah berbeza. Secara keseluruhannya, pendekatan humanis


memperkatakan mengenai pendekatan berpusatkan pelajar secara holistik.
Menurut Teori humanistik, tujuan belajar adalah untuk memanusiakan
manusia. Proses belajar dianggap berhasil jika si pelajar memahami lingkungannya
dan dirinya sendiri. Pelajar dalam proses belajarnya harus berusaha agar lambat
laun ia mampu mencapai aktualisasi diri dengan sebaik-baiknya. Teori belajar ini
berusaha memahami perilaku belajar dari sudut pandang pelakunya, bukan dari
sudut pandang pengamatnya.Tujuan utama para pendidik adalah membantu pelajar
untuk mengembangkan dirinya, iaitu dengan membantu individu untuk mengenal diri
mereka sendiri sebagai manusia yang unik dan membantu dalam mewujudkan
potensi-potensi yang ada dalam diri mereka. Para ahli humanistik melihat adanya
dua bahagian pada proses belajar, iaitu proses pemerolehan informasi baru dan
personalia informasi ini pada individu.
Seterusnya,tiga tokoh humanis utama iaitu Carl Rogers,Abraham Maslow dan
Erik Erikson akan dibincangkan dengan lebih lanjut.

Carl Rogers
Carl Rogers telah dilahirkan pada 8hb Januari di Oak Park, lllinois, 1902 dan
telah meninggal pada tahun 1987.Beliau dilahirkan dalam keluarga yang kuat
berdisplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi. Rogers mula belajar di Universiti
of Winconsin dalam bidang pertanian tetapi dua tahun kemudian bertukar kepada
bidang

keagamaan

di

Union Theological

seminary di

New York.

Walau

bagaimanapun Rogers keluar dari kumpulan keagamaan kerana mempertikaikan


beberapa doktrin agama serta mempersoalkan tentang makna kehidupan. Beliau
lebih memikirkan dirinya sebagai seorang ahli psikologi klinikal dan berikutnya beliau
terus melanjutkan pelajaran ke Teachers College, Columbia Universiti dan mendapat
Ph.D pada tahun 1928. Semasa di Columbia, sudah nampak Rogers cuba
mengharmonikan idea idea yang bertentangan seperti fahaman Freudian dengan
metod statistik saintifik. Kemudian fahaman keagamaan dengan fahaman saintifik,
gerakhati dengan objektif dan klinikal dengan statistik.

Pada dasarnya,Carl Rogers mementingkan manusia sebagai manusia dan


bukan sebagai objek yang boleh dimanipulasikan sama ada dari aspek-aspek fizikal
atau emosi.Beliau juga mementingkan perkembangan manusia yang positif dan
melihat mereka sebagai mempunyai hati yang baik dan mulia.Perlakuan mereka
mendorong menuju kepada pencapaian kesempurnaan kendiri.Terdapat beberapa
usul penting dalam teori humanistik.Salah satu daripadanya ialah persepsi individu
mengenai diri kendiri.Mengikut Carl adalah selaras dengan konsep kendirinya.Jika
seseorang

individu

memiliki

konsep

kendiri

yang

tinggi,dia

akan

merasa

berkeyakinan tinggi dan bersemangat untuk melakukan segala tugas yang diagihkan
kepadanya.Usul seterusnya pula membantu individu untuk mengatasi halanganhalangan.Guru-guru yang menunjukkan empati dan sentiasa bersikap positif akan
mendorong

mendidik

murid-murid

secara

lebih

mendalam.Menurutnya

lagi,seseorang guru kaunselor yang baik dapat membantu menghilangkan


penghalang-penghalang yang terpendam dalam diri seseorang agar potensinya
boleh berkembang dengan optimanya.Usul yang ketiga adalah kecenderungan
untuk Berjaya.Setiap

manusia

mempunyai

kecenderungan

untuk

mencapai

kesempurnaan kendiri dan akan bersaing untuk mencapai kejayaan.Penguasaan


ilmu dan pemerolehan pengalaman berlaku secara semulajadi sehingga manusia
mencapai kesempurnaan kendiri.Kefahaman melalui refleksi juga merupakan antara
usul penting dalam teori humanistik.Mengikut Carl Rogers,manusia sentiasa
menggunakan maklumat dan pengalaman yang ada pada diri sendiri untuk
memperbaiki kelakuan diri.Refleksi dan pengimbasan semula pengalaman yang
dilalui membawa kesedaran lebih kepada tingkah laku seseorang.Dengan
itu,struktur kendiri manusia terbentuk daripada interaksi dengan persekitaran dan
penilaian tentang diri sendiri pula diperolehi daripada interksi dengan orang
lain.Interaksi manusia dengan persekitaran dan pergaulan sosial memperkayakan
input pengalaman seseorang.
Menurut Carl Rogers, setiap individu mempunyai keinginan semulajadi untuk
belajar ( Choong Lean Keow, 2011). Oleh itu Carl Rogers percaya bahawa setiap
individu mempunyai kecenderungan dan hasrat untuk mencapai kesempurnaan
dirinya. Dalam hal ini guru dapat memanfaatkan pendekatan ini dengan cara
membentuk suasana bilik darjah yang kondusif untuk murid-murid belajar. Guru
boleh membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menyediakan

persekitaran kelas yang selamat dan tenang agar murid dapat belajar dengan
selesa. Seorang guru boleh menjalankan pelbagai jenis aktiviti pengajaran dan
pembelajaran agar murid-murid berasa seronok ketika berada dalam bilik darjah
tersebut tidak merasa tertekan atau terbeban apabila mengikuti pembelajaran. Guru
perlu peka terhadap aspek perkembangan diri setiap murid dengan memastikan
keperluan asas wujud dalam persekitaran bilik darjah khususnya. Dalam hal ini guru
perlu mengambil kira tentang aspek bilik darjah, sama ada bilik darjah tersebut
selesa atau tidak.
Selain itu, guru perlu memberikan kebebasan kepada murid-murid untuk
memilih apa yang ingin mereka pelajari semasa berada dalam bilik darjah. Hal ini
bersesuaian dengan pendapat yang dinyatakan oleh Rogers bahawa pembelajaran
yang bersifat signifikan hanya akan berlaku kandungan matapelajaran adalah
relevan dengan minat murid-murid. Guru perlu memberi ruang kepada murid-murid
untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap yang maksimum. Dalam hal ini,
guru boleh memberikan peluang kepada muriduntuk memilih pembelajaran yang
mereka mahukan sesuai dengan minat murid. Murid-murid lebih mudah memahami
sesuatu pelajaran sekiranya mereka berminat dan ingin tahu tentang perkara
tersebut. Contohnya, murid yang minat melukis akan memberikan tumpuan
sepenuhnya apabila guru lukisan mengajar di dalam kelas. Secara tidak langsung
minat dan sifat ingin tahu dalam diri murid tersebut menyebabkan murid itu mudah
menerima dan memahami apa yang telah disampaikan oleh gurunya. Pembelajaran
melalui proses kebebasan dapat memberi peluang kepada murid untuk membuat
penilaian kendiri terhadap kemampuan diri sendiri.
Menurut Rogers juga, murid-murid lebih mudah menerima pembelajaran
apabila ancaman luaran berada pada tahap minimum (Noriati Arashid & Boon Pong
Ying, 2009). Di sini bermakna guru bukan sahaja menyediakan keadaan bilik darjah
yang tenang dan selesa, tetapi juga menyediakan keadaan bilik darjah yang selamat
kepada murid-murid. Keselamatan bilik darjah tersebut termasuklah keadaan bilik
darjah. Susunan meja dan kerusi yang teratur akan mempengaruhi minat muridmurid untuk belajar. Kebersihan dan keceriaan kelas juga mempengaruhi emosi
murid-murid. Keadaan bilik darjah yang bersih, ceria dan selamat membolehkan
murid dapat menjalankan sebarang aktiviti dengan rasa yang selesa dan tenang.
Guru juga penting untuk mengambil kira aspek keselamatan pelajar ketika mereka

berada dalam bilik darjah atau luar bilik darjah tersebut. Contohnya tidak ada
gangguan atau halangan daripada mana-mana individu yang boleh menyebabkan
murid tersebut berasa takut untuk belajar seperti gangguan daripada rakan-rakan
lain yang suka membuli atau sebagainya.
Disamping itu, dalam pendekatan humanistik Carl Rogers juga guru boleh
mengaplikasikan cara pembelajaran dan pengajaran dengan merancang pelbagai
jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kepada murid-murid. Rogers
menyatakan

seorang

guru

perlu

menjelaskan

objektif

pembelajaran

dan

membekalkan sumber pembelajaran yang sesuai (Mok Soon Sang, 2009). Guru
boleh memanfaatkan cara ini ketika melaksanakan pengajaran di dalam kelas. Murid
perlu tahu apa yang mereka perlu capai dalam sesuatu pembelajaran yang
dilaksanakan oleh guru agar mereka mudah untuk mengikuti pembelajaran dalam
bilik darjah tersebut. Pada hakikatnya, guru perlu bijak untuk menghidupkan
suasana pembelajaran dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran. Guru juga
perlu membuat refleksi diri tentang kelemahan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan. Pembelajaran yang menyeronokkan di dalam bilik
darjah akan menimbulkan minat dan motivasi dalam diri murid untuk belajar.
Sebagai contoh, guru menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik ketika
menjalankan proses pengajaran di dalam bilik darjah. Bahan bantu mengajar yang
sesuai dapat membantu murid-murid untuk memahami pelajaran dengan cepat dan
mudah.

Abraham Maslow
Abraham Maslow dilahirkan di Brooklyn, New York dalam tahun 1908.
Bapanya bernama Samuel Maslow dan ibunya bernama Rose.Abraham Maslow
mendapat ijazah pertama dan PhD dari Universiti Wisconsin dalam tahun 1934.
Selepas mendapat ijazah doktor falsafah, beliau bekerja di Brooklyn College (1937 1951). Dalam tahun 1951, beliau meneruskan kerjayanya di bidang akademik di
Universiti Brandeis, Massachusetts. Beliau pernah dilantik sebagi Pengerusi Jabatan
Psikologi selama 10 tahun di universiti yang sama. Sepanjang kerjayanya, beliau
banyak menghasilkan artikel artikel berkaitan dengan perasaan dirinya sendiri,
pandangan terhadap insan juga perasaan ke atas kesihatan dirinya.Maslow

berkahwin pada tahun 1928 dengan Bertha, dan beliau telah meninggal dunia di usia
62 tahun akibat penyakit serangan jantung.

Piramid Teori Hierarki Keperluan Maslow

Menurut

Maslow,apabila

individu

mendapat

kepuasan

dalam

sesuatu

hierarki,keperluan akan muncul secara semulajadi untuk mencapai hierarki-hierarki


yang lebih tinggi berlaku secara semula jadi.Maslow mengatakan bahawa manusia
sentiasa bermotivasi untuk mencapai kejayaan dalam hidup.Mereka akan berusaha
sesungguhnya untuk mencapai kesempurnaan kendiri,iaitu merealisasikan potensi
diri manusia seutuhnya.Mereka akan mencapai tahap ini apabila telah meraih
kepuasan dari tahap-tahap yang lebih dasar.Maslow telah menghuraikan ciri-ciri
perkembangan mengenai motif manusia untuk mencapai kepuasan dalam
hidup.Kuasa dalaman mendorong untuk mengejar kecemerlangan serta gaya hidup
yang sihat dan sempurna.
Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan
keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian
daripada diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan
rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan
beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan
diri

individu

bergerak,

bukan

hanya

sebahagian

daripada

individu.Maslow

menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran
yang diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus
bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan
yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya,
persekitaran dan perbezaan generasi.Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow
lebih kepada keperluan individu. Maslow sering mengaitkan perkembangan
personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap
individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang menggerak serta
mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan
oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki.

Menurut Maslow dalam Teori Hierarki Keperluannya,meluaskan kendiri adalah


berkaitan dengan kecenderungan seseorang untuk menghubungkaitkan diri dengan
keperluan dunia.Penyempurnaan kendiri pula adalah tentang tatacara seseorang
bermoral dan beretika.Estetik pula adalah penghargaan simetri iaitu mencari atur
susun dan menghayati kecantikan.Pada tahap kognitif pula seseorang itu perlu
menjelajahi ilmu dan berusaha unuk memperoleh pengalaman baru.Sementara
itu,mengikut Maslow,pada tahap penghargaan kendiri pula ia harus mempunyai
keyakinan diri, usaha kearah meraih kejayaan dan pencapaian serta dihormati oleh
orang lain.Selain itu,cinta saying,kawan-kawan dan mempunyai keluarga yang
bahagia adalah antara keperluan yang terdapat di tahap keperluan kasih
sayang.Dengan itu,keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan dan perlindungan
adalah juga tersenarai dalam hierarki keperluan Maslow.Kedua-dua keperluan ini
merujuk kepada makanan,tempat tinggal,minuman serta udara segar yang harus
diperlukan oleh seseorang.
Tugas guru semakin mencabar semasa menjalankan tugasnya sebagai
pendidik dewasa ini.Dalam pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap
sebagai satu unsur yang membolehkan murid melibatkan diri secara aktif.Di
samping itu ianya menjadikan proses pembelajaran berlaku dalam situasi yang
bermakna,berfaedah dan menyeronokan.Guru merupakan penggerak kepada
muridnya

supaya

berjaya

dalam

pembelajaran.

Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan serta-merta kepada muridnya


apabila mereka memperlihatkan tingkahlaku positif. Peneguhan ini boleh diberi
dalam pelbagai bentuk seperti pujian, senyuman atau hadiah. Secara tidak langsung
dapat mempertingkatkan lagi aras motivasi serta meningkatkan prestasi muridmuridnya. Guru perlu memastikan setiap mata pelajaran yang diajar menarik minat
muridnya. Guru

mesti menentukan proses

pengajaran dan pembelajaran itu

sentiasa aktif, bersifat menyelidik, menyeronokkan dan bermanafaat. Aktiviti


pembelajaran perlu menggalakkan interaksi sosial dan interaksi dalam kumpulan.
Penyampaian pengajaran yang tidak menarik boleh menyebabkan murid-murid
merasa bosan. Oleh itu, guru perlu menyerapkan pelbagai unsur aktiviti seperti
proses penyelidikan, keseronokan dan sebagainya.Guru boleh menyuruh murid ke
perpustakaan atau makmal komputer untuk mencari maklumat tentang topik-topik
yang berkaitan dengan pelajaran yang dipelajari.Guru juga boleh mengadakan

lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang bersejarah atau tempat yang sesuai
dengan pelajaran.Ini adalah berguna

untuk pelajar yang mempunyai gaya

pembelajaran pragmatis kerana mereka dapat melihat pertalian antara teori dan
fakta yang dipelajari dengan situasi sebenar.Selain itu, guru boleh mengadakan
pusat atau ruang untuk sudut mata pelajaran bagi mempamerkan segala alat bantu
mengajar seperti carta, peta dan sebagainya.Guru menggalakkan murid-murid
menggunakan pelbagai bahan rujukan.Guru tidak boleh mengharapkan kepada buku
teks sahaja.Guru perlu menggunakan pelbagai bahan yang mempunyai unsur-unsur
kreatif seperti bahan dari internet, komik, CD-ROM , bahan-bahan daripada akhbar
dan bahan-bahan bacaan lain.Murid mesti digalakkan untuk menghasilkan ciptaan
berdasarkan idea-idea dan minat sendiri.
Sesuatu matlamat pada satu peringkat berjaya dicapai akan menimbulkan
perasaan untuk memenuhi kepuasan pada peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu
pendidik harus mengetahui langkah-langkah yang praktikal sejajar dengan diri
seseorang pelajar demi hendak memenuhi kehendak pelajar. Dengan itu kepuasan
belajar dalam keperluan motivasi boleh dicapai seterusnya menanamkan minat
pelajar

mengembangkan

potensinya.

Jelaslah bahawa keperluan itu mempunyai matlamat yang mesti dicapai bagi
memenuhkan keperluan tersebut. Matlamat ini mempunyai nilai yang tertentu
kepada seseorang mahupun seorang pelajar yang memerlukannya. Teori Hiraki
Maslow tegas memberi konsep bahawa perkembangan individu atau pelajar ini perlu
melalui beberapa tingkat kepuasan atau dengan kata lain proses perkembangan
individu itu merupakan satu usaha yang berterusan dalam persekitaran sosial
sehingga

mencapai

kecemerlangan.

mempertingkatkan lagi proses pengajaran

Oleh

itu

bagi

meninggikan

atau

juga pembelajaran di dalam kelas, guru

seharusnya peka dan bijak menentukan apa keperluan seseorang pelajar. Dengan
menyedari keperluan seseorang pelajar guru dapat mengatur strategi serta alternatif
yang lebih praktikal demi kecemerlangan yang semaksimumnya.
Teori Identiti Erik Erikson
Erik Erikson(1902-1994),seorang ahli psikoanalisis yang berasal dari
Frankfurt,Germany.Sumbangan beliau dalam bidang psikologi amat banyak dan

ternilai.Beliau terkenal untuk mengembangkan kefahaman konsep krisis identity


yang berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh beliau sendiri.
Teori Identiti Erik Erikson merupakan salah satu teori yang memiliki pengaruh
kuat dalam psikologi. Bersama dengan Sigmund Freud, Erikson mendapat
kedudukan penting dalam psikologi. Hal ini demikian kerana ia menjelaskan tahap
perkembangan manusia mulai dari lahir sehingga lanjut usia. Seperti Sigmund
Freud, Erik Erikson percaya bahawa personaliti yang terbentuk dalam satu siri
peringkat.
Salah

satu

unsur

utama

teori

peringkat

psikososial

Erikson

ialah

perkembangan identiti ego. Identiti ego rasa sedar diri kita berkembang melalui
interaksi sosial. Menurut Erikson, identiti ego kita sentiasa berubah ubah
disebabkan oleh pengalaman baru dan maklumat yang kita peroleh dalam interaksi
harian kita dengan orang lain. Di samping identiti ego, Erikson percaya bahawa rasa
kecekapan juga mendorong tingkah laku dan tindakan. Jika diuruskan dengan buruk,
orang itu akan merasai perasaan yang tidak mencukupi.Seterusnya,unsur
perkembangan

identiti

peribadi

yang

dibentuk

melalui

tingkah

laku

yang

membezakan seseorang daripada orang yang lain.Dengan itu,identiti sosial dan


budaya turut merupakan satu unsur terpenting dalam perkembangan identiti
seseorang.Ia adalah merujuk kepada pelbagai peranan social atau budaya yang
dimainkan oleh seseorang individu.
Walau bagaimanapun, beliau telah menambah baikkan gambaran dengan
menambahkan peringkat perkembangan sosio-emosi manusia daripada lima kepada
lapan peringkat, mulai dari peringkat bayi hingga peringkat tua. Beliau menyatakan
bahawa di dalam setiap peringkat tingkah laku positif dan negatif akan timbul yang
menyebabkan penyesuaian psikologikal kerana konflik emosinya.
Menurut Erikson (1956), terdapat 8 peringkat yang dilalui oleh seseorang
individu secara berterusan sepanjang hayatnya.Antara peringkat-peringkat tersebut
ialah kepercayaan lawan kecurigaan,autonomi lawan ragu,ikhtihar lawan rasa
bersalah,budaya usaha lawan rendah diri,identity lawan kekeliruan identity,intim
lawan bersendirian,generatif lawan stagnasi dan integriti lawan kecewa.Pada
peringkat kepercayaan lawan kecurigaan adalah peringkat di mana bayi berumur di
antara 0 hingga 18 bulan.Pada peringkat ini,perkembangan ego bayi berdasarkan

kepada individu-individu yang boleh dipercayai iaitu bayi mempercayai dan


mempunyai keyakinan tinggi pada ibubapa dan pengasuhnya. Pada peringkat
autonomi lawan ragu adalah peringkat di mana kanak-kanak berumur di antara 18
bulan hingga 3 tahun.Di peringkat ini kanak-kanak dapat melakukan suatu tindakan
atau aksi dengan autonomi tanpa ragu atau rasa malu.Sekiranya ibubapa
memberikan banyak peluang dan pendedahan pada kanak-kanak,mereka akan
belajar berdikari serta berkeyakinan tinggi.Seterusnya,kanak-kanak yang menghadiri
tadika dan biasanya berumur di antara 4 hingga 6 tahun adalah di bawah peringkat
ikhtihar lawan rasa bersalah.Peringkat ini juga dikenali sebagai peringkat bermain di
mana kanak-kanak belajar untuk berikhtiar dalam segala tugasan serta menceburi
semua permainan.Pada tahap ini,adalah penting bagi ibubapa dan orang dewasa
untuk berhati-hati dalam teguran mereka.Peringkat seterusnya ialah berdaya usaha
lawan rendah diri.Pada tahap ini murid-murid sekolah rendah yang berumur di
antara 6 hingga 12 tahun mempelajari kemahiran-kemahiran social serta bercampur
gaul dengan murid-murid lain di sekolah.Mereka sanggup mengikuti arahan daripada
guru-guru dan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan di sekolah.Di peringkat
ini,guru-guru mesti menggalakkan perkembangan personality murid-murid secara
positif dan mesti berhati-hati dengan teguran disiplin yang boleh mengakibatkan
murid-murid rasa rendah diri.Pada peringkat identity lawan kekeliruan identiti
merangkumi golongan remaja yang berumur dalam lingkungan umur 13 hingga 20
tahun.Remaja pada peringkat ini menghadapi cabaran untuk mengenal diri sendiri
dan ini menimbulkan kebingungan dan kekeliruan dalam memahami peranan
mereka. Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pekerjaan, peranan jantina,
politik dan agama, jika tidak perasaan rendah diri akan timbul.Di peringkat intim
lawan bersendirian,remaja berada dalam lingkungan umur 20 dan ke atas.Ini adalah
peringkat di mana remaja ingin berdekatan dengan kawan-kawan yang berlainan
jantina dan mempunyai hubungan intim dengan orang lain yang serasi dengan
mereka.Mereka juga akan berikhtiar untuk mencari jodoh atau kumpulan rakan yang
boleh dipercayai kerana tidak ingin berseorangan. Dewasa akan membina
hubungan rapat atau sebaliknya merasa terasing jika tidak mahir membina
hubungan.Peringkat generative lawan stagnasi adalah peringkat petengahan
dewasa yang terdiri daripada individu-individu yang berumur di antara 30 hingga 50
tahun.Pada tahap ini,seorang individu mencapai puncak dalam kerjaya yang diceburi
selama ini.Apabila individu sampai ke tahap ini,dia akan sangat prihatin terhadap

pekembangan generasi masa depan dan berusaha untuk mencari jalan untuk
membantu mereka. Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan hati dan
menyokong generasi akan datang atau sebaliknya hanya memusatkan kepada
perkembangan atau aktiviti diri.Peringkat terakhir adalah integriti lawan kecewa atau
putus asa yang merangkumi orang dewasa yang berusia 60 tahun ke atas.Cabaran
utama pada tahap ini adalah untuk mencapai integriti tanpa berputus asa dalam
kehidupan iaitu individu-individu harus menerima hakikat dan melepaskan
tanggungjawab mereka kepada orang lebih muda dan gigih dengan ida-idea baru.
Ini adalah kemuncak perkembangan di mana perasaan diterima dengan perasaan
kepuasan atau merasa tidak diterima dan putus asa dengan kehidupannya.
Sebagai seorang guru, ia mesti menjadi model berwibawa tau berteladan baik
untuk disanjungi serta ditiru oleh murid-murid mereka.Guru-guru harus mempunyai
ciri-ciri seperti bersifat jujur, penyayang, bertolak ansur dan sentiasa bersabar untuk
memahami perasaan dan emosi murid-murid mereka.Guru-guru juga mesti
membimbing dan bukan mengarah atau meleter sehingga mereka membosankan
murid-murid.Mereka perlu simpati dan empati terhadap murid-murid yang sedang
melalui

peringkat-peringkat

perkembangan

teori

Erikson.Ini

ialah

kerana

perkembangan personality murid-murid saling bergantungan dengan bagaimana


orang-orang dewasa di dalam persekitaran berkelakuan kepada mereka.Sementara
itu,peranan Guru Besar pula ialah untuk membina suatu suasana sekolah yang
selamat dan harmoni bagi perkembangan positif identiti individu.Sekolah-sekolah
juga

perlu

menyediakan

perkhidmatan

bimbingan

dan

kaunseling

secara

berprofessional dalam suasana yang harmoni,tenang dan tidak terancam untuk


memenuhi keperluan semua murid-murid yang berada di dalam peringkat-peringkat
perkembangan yang pelbagai.Pengaruh rakan sebaya amat penting dalam
kehidupan kanak-kanak.Justeru itu,pihak sekolah perlu menjamin satu persekitaran
pembelajaran yang selamat dan kondusif untuk murid-murid berinteraksi sesame
sendiri di kawasan persekitaran sekolah.

Penutup
Secara kesimpulannya,dalam pendekatan humanistik, guru juga perlulah
memupuk nilai penghargaan kendiri dalam kalangan murid-murid serta memberi

motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh


dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini guru bukan
sahaja bertindak sebagai menyampaikan ilmu semata-mata malahan guru juga
bertindak untuk memberikan motivasi kepada murid-murid. Abraham Maslow
menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran
yang diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus
bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat ( Choong Lean Keow, 2011). Matlamat ini
dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa
mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi. Motivasi mampu
merangsang

dan

membantu

seseorang

murid

untuk

mencapai

matlamat

pembelajaran. Motivasi juga mampu membuatkan murid aras rendah berkeyakinan


untuk meningkatkan perkembangan kognitifnya. Dalam pendekatan humanistik
Rogers juga, guru haruslah berkongsi perasaan dan idea dengan murid-murid. Guru
perlu berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar selain cuba berkomunikasi
menggunakan pendekatan dua hala. Komunikasi yang baik antara guru dan murid
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan hubungan
antara guru dan murid menjadi lebih baik. Perkongsian perasaan dan idea akan
memudahkan

guru

untuk

memahami

murid-muridnya.

Guru

juga

mudah

menyelesaikan masalah-masalah yang wujud di dalam bilik darjah yang berkaitan


dengan masalah murid. Komunikasi dua hala antara guru dan murid juga boleh
mewujudkan suasana yang penyayang di dalam bilik darjah. Murid-murid tidak akan
berasa tertekan dan mereka juga akan lebih menghargai guru mereka.Komunikasi
yang baik dan berkesan dapat dijelmakan dalam pelbagai cara seperti cara bertutur,
penggunaan bahasa badan, penulisan, dan juga melalui penggunaaan alat-alat
tertentu seperti komputer. Perkongsian perasaan membolehkan situasi bilik darjah
mudah dikawal oleh guru kerana guru mengetahui di mana kelemahan seseorang
murid tersebut. Hal ini memudahkan guru tersebut mengambil langkah mengawal
dan menyelesaikan masalah murid tersebut. Setiap orang pasti akan menghadapi
kegagalan,

namun

kegagalan

tidak

bermaksud

kekalahan.

Guru

haruslah

membimbing muridnya untuk membetulkan kesilapan dan mengajar tanpa rasa


jemu.Contohnya dalam bilik darjah, guru perlu memotivasikan murid-murid dengan
menunjukkan sesuatu yang menarik sebelum memulakan sesi pembelajaran agar
mereka dapat memberikan tumpuan yang baik. Motivasi juga boleh diberikan dalam
bentuk lain contohnya dengan memberikan ganjaran. Pelbagai bentuk ganjaran

boleh diberikan seperti hadiah, pujian, pelepasan dari tugas harian dan sebagainya.
Selain itu, guru boleh memupuk nilai-nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya
murid dapat memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
sosial, dan seterusnya memperkembangkan potensi diri sendiri.
Ahli humanistik berpendapat bahawa kriteria pertama dalam menentukan
kejayaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah kepuasan kanak-kanak
atau murid-murid terhadap dirinya sendiri. Kepuasan seseorang murid dalam diri
sendiri akan meningkatkan keyakinan mereka dalam melakukan sesuatu perkara.
Contohnya seorang guru yang mengajar murid tahun satu perlu menyediakan
soalan-soalan latihan yang sesuai dengan aras murid tersebut agar mereka dapat
menjawab soalan tersebut. Jika mereka mendapat soalan yang susah dan tidak
dapat menjawab soalan tersebut, mereka akan menganggap bahawa diri mereka
bodoh dan seterusnya menyebabkan keyakinan dalam diri mereka rendah.
Perasaan rendah diri boleh membawa kepada terhapusnya potensi diri dalam
seseorang murid. Mereka akan sentiasa berasa gelisah dan bimbang kerana tidak
dapat menjawab soalan yang diberikan oleh guru setiap kali guru mengajar di dalam
kelas. Sikap intrinsik akan mempengaruhi kepercayaan murid-murid tentang
kebolehan diri untuk meningkatkan pencapaian.
Disamping itu, guru juga boleh memanfaatkan pendekatan humanistik dalam
pembelajaran dengan cara memberi perhatian kepada potensi diri setiap pelajar
mereka khususnya melibatkan bakat dan kebolehan terpendam. Guru boleh
menjalankan pelbagai pertandingan untuk mencungkil bakat-bakat yang ada dalam
diri

murid-murid.

Contohnya

pertandingan

melukis.

Dengan

mengajurkan

pertandingan ini, guru dalam melihat murid-murid yang berbakat dan seterusnya
menggalakkan mereka untuk mengasah bakat semulajadi yang mereka ada tu.
Murid-murid yang mengikuti bidang yang mereka minati akan berkebolehan untuk
berjaya dalam bidang tersebut. Pendekatan humanistik menekankan sifat semulajadi
individu untuk belajar. Dalam erti kata lain perasaan ingin belajar dalam diri individu
di dorong oleh keinginan semulajadi murid tersebut. Dalam hal ini, murid-murid
tersebut akan mempunyai kawalan atas pembelajaran mereka masing-masing. Di
sini guru memainkan peranan yang penting. Guru perlu menjadi seorang fasilitator
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru hanya memainkan peranan
sebagai pembimbing kepada pelajar. Kaedah ini amat sesuai kerana kaedah ini lebih

berkonsepkan kepada pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Sebagai


fasilitator, guru perlu memainkan peranan dengan membimbing murid-murid agar
pembelajaran berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, ketika guru hendak mengajar
karangan di dalam kelas, guru hanya perlu menyediakan gambar sebagai panduan
kepada murid-murid tersebut. Melalui gambar tersebut murid boleh menghasilkan
sebuah karangan dan seterusnya dapat memperkembangkan kemahiran dalam diri
murid. Guru memberikan kebebasan kepada pelajar untuk menilai karangan mereka
sendiri berdasarkan daripada skema yang ditetapkan oleh guru tersebut. Seorang
guru juga perlu bersikap prihatin dan memahami setiap murid-muridnya. Guru perlu
menangani kesilapan yang dilakukan pelajar dengan cara yang lebih proaktif melalui
komunikasi secara peribadi dengan murid yang berkaitan tanpa melibatkan
kelompok besar di dalam bilik darjah. Dengan cara ini pelajar tidak akan berasa
malu di hadapan kawan-kawan lain. Cara ini juga dapat mengelakkan murid-murid
daripada berasa rendah diri. Disamping ituguru juga perlu mengambil berat akan
aspek perbezaan individu khususnya isu sensitif yang melibatkan perbezaan latar
belakang dan kepelbagaian kaum murid-murid dalam setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran. Contohnya guru tidak boleh merendah-rendahkan kaum lain di
hadapan murid-murid yang berbilang kaum agar tidak timbul masalah-masalah
dalam kelas tersebut. Sesetengah murid sangat sensitif dan merasa rendah diri
apabila kaum mereka di rendah-rendahkan. Hal ini seterusnya akan mempengaruhi
kepuasan intrinsik murid-murid tersebut dan keyakinan diri rendah. Selain daripada
itu, seorang guru juga boleh memanfaatkan pendekatan humanistik dengan cara
menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutamanya
dalam pembelajaran koperatif dengan tujuan membina kemahiran sosial dan afektif.
Sebagai contoh guru boleh membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan
kecil untuk perbincangan kerja kumpulan setiap minggu. Murid-murid akan
berbincang bersama ahli kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah tersebut.
Murid-murid akan didedahkan kepada perbincangan dan mereka juga dapat belajar
sebagai satu pasukan. Murid-murid dapat berkongsi idea dengan kawan-kawan lain
untuk menjawab soalan tersebut. Murid-murid juga dapat belajar untuk saling
berkerjasama antara ahli kumpulan. Di dalam kelas juga, guru perlu mengajar muridmurid dengan penuh kasih sayang. Dalam hirarki keperluan Maslow, keperluan kasih
sayang berada pada aras ketiga ( Choong Lean Keow, 2011). Guru hendaklah
bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang murid. Guru yang

melayan murid-murid dengan sikap kasar menyebabkan murid akan berasa kecil
hati dan tidak bersemangat untuk belajar. Guru juga perlu memenuhi keperluan asas
murid-muridnya dahulu sebelum memulakan pengajaran. Guru perlu mengenal pasti
setiap kekurangan keperluan asas semasa awal sesi pengajaran. Hal ini penting
supaya murid merasa berminat dan tidak merasa bosan ketika sesi pengajaran
dijalankan. Hal ini bersesuaian dengan hierarki keperluan Maslow. Guru hendaklah
menerima murid tanpa syarat mengikut keupayaan dan kebolehan mereka. Guru
perlu faham bahawa aras kebolehan dan kemampuan seseorang murid tidak
semuanya sama. Sesetengah murid mudah menerima dan memahami sesuatu
pelajaran sementara sesetengah pula sukar menerima sesuatu pelajaran yang
disampaikan oleh guru. Kesimpulannya, guru haruslah memainkan peranan penting
dan memastikan mereka memilih kaedah-kaedah dan pendekatan yang paling
sesuai bagi memastikan murid-murid dapat belajar dan menerima pelajaran yang
disampaikan dengan berjaya dan berkesan.

You might also like