You are on page 1of 5

Pentaksiran bilik darjah (Teori)

Teori yang sering digunakan dalam merangkan model Pentaksiran Bilik Darjah atau model lain yang
dalam sistem pendidikan di Malaysia ialah teori Taksonomi Bloom. Taksonomi Bloom dipelopori
oleh Benjamin Bloom. Teori ini selalu digunakan dalam menghasilkan hasil pembelajaran atau
objektif model yang dibina. Terdapat tiga domain kognitif (pengetahuan pelajar),psikomotor
(kemahiran yang dikuasai oleh pelajar), dan afektif (emosi dan perasaan pelajar).

Di dalam teori Taksonomi Bloom, mempunyai beberapa tahap sebagai panduan menggubal
model. Setiap domain mempunyai hireaki yang berbeza. Domain afektif memfokuskan pada sikap,
nilai, minat dan cara pelajar menyesuaikan diri terhap pembelajaran. Hierarki yang dikaitkan dengan
domain afektif bermula dengan menerima dan mendengar maklumat, seterusnya menilai secara
meluas kepada maklumat dan mengkategorikan maklumat lalu menghayati nilai dan bertindak
mengikutnya. Hieraki ini memberi tumpuan kepada membantu pelajar memahami nilai mereka sendiri
dan cara mereka mengembangkan maklumat.

Seterusnya, domain psikomotor merangkumi keupayaan pelajar untuk menyelesaikan tugasan


secara fizikal dan melakukan pergerakan dan kemahiran. Terdapat beberapa versi berbeza termasuk
hierarki yang berbeza - contoh di sini termasuk dalam teori domain psikomotor Harrow (1972).
Hierarki ini terdiri daripada refleks dan pergerakan asas kepada komunikasi tanpa diskursif dan
aktiviti ekspresif yang bermakna.

Domain kognitif merupakan tumpuan kepada kemahiran intelek seperti pemikiran kritis,
penyelesaian masalah, dan mencipta asas pengetahuan. Ia adalah domain pertama yang dicipta oleh
kumpulan asal penyelidik Bloom. Hierarki kognitif bermula daripada hafalan mudah yang direka
untuk membina pengetahuan pelajar, kepada mencipta sesuatu yang baharu berdasarkan maklumat
yang dipelajari sebelumnya. Dalam domain ini, pelajar dijangka maju secara linear, bermula pada
"ingat" dan berakhir pada "buat.” Apabila menulis hasil pembelajaran pada RPH,, kita diggalakkan
memilih kata kerja yang paling tepat menerangkan perkara yang diharapkan terjadi dalam sepanjang
proses pembelajaran dan pengajaran berlaku. Contoh nya., kitab boleh menulis seperti mengenal pasti,
menyenaraikan, mengingat kembali, mengecam, memadankan, dan sebagainya.

Domain kognitif ditubuhkan dan ia terdiri daripada enam peringkat berbeza kesukaran. Tahap
1 ialah pengetahuan. Tahap pengetahuan terjadi apabila pelajar mengingat kembali maklumat atau
pengetahuan dan menjadi prasyarat untuk melanjutkan ke tahap yang seterusnya. Contohnya, Ali
ditanya oleh guru menyatakan lima warna Jalur Gemilang. Jika Ali berjaya menyatakan warna jalur
gemilang, dia akan pergi ke peringkat seterusnya.

Tahap 2 dalam hieraki domain kognitif ialah kefahaman. Tahap ini memerlukan pelajar
untuk memahami konsep atau kata kunci tertentu. Pelajar perlu membentangkan kefahaman dan
kemahiran menterjemah soalan. Misalnya, Ali boleh menghuraikan maksud warna dan simbol yang
terdapat dalamJalur Gemilang. Setelah Ali selesai menjawab pertanyaan tersebut, dia boleh diuji
dengan Tahap 3 iaitu mengaplikasi. Tahap ini adalah tahap di mana pengetahuan yang difahami
digunakan dalam konteks yang relavan dengan menggabungkan fakta yang diperolehi, pengetahuan,
peraturan dan teknik. Situasi akan diberikan oleh guru kepada Ali. Guru memberikan situasi pada
setiap hari Rabu ada perhimpunan beruniform, bendera apa yang akan dinaikan semasa menyanyikan
lagu Negaraku.

Manakala tahap 4 ialan menganalisis, adalah tahap yang mana penelitian rapi akan dilakukan
terhadap pengetahuan yang diperoleh dalam mengabungkan atau mengasingkan idea berdasarkan
pengetahuan yang telah dipelajari. Guru memberikan lembaran kerja. Dalam lembaran kerja tersebut,
mempunyai bendera negeri yang ada di Malaysia dan bendera di luar negera Malaysia. Murid disuruh
untuk mengkategorikan bendera dalam kotak yang diberikan. Seterunya tahap 5 iaitu sintesis atau
dikenali sebagai mencipta. Tahap ini ialah tahap pembelajaran yang disatukan melalui kaedah
pendekatan yang berbeza untuk membentuk satu penyelesaian masalah atau idea baru dengan konsep
yang kukuh dapat dibentangkan kepada guru. Guru memberikan soalan yang berbunyi: Sila lukis
bendera Jalur Gemilang dan bendera negeri yang anda duduki sekarang. Murid akan melukis Jalur
Gemilang dan bendera negeri Sarawak jika mereka sekarang tinggal di Sarawak. Selepas melakukan
aktiviti yang disampaikan oleh guru, mereka akan beralih ke tahap 6 iaitu Penilaian. Ini adalah tahap
dimana penilaian yang dilakukan oleh guru akan disokong melalui bukti ,pembentangan, borang
penilaian dan sebagainya. Guru boleh mengumpulkan bukti untuk menyokong tahap PBD yang
sesuai dengan murid.

Kesimpulanya, teori Taksonomi Bloom digunakan untuk membentuk pengajaran dan


pembelajaran yang sesuai dengan pelajar berdepan dengan zaman ini (Mahmud, Yaacob,
Ramachandiran, Ching, & Ismail, 2018). Kajian perlu dilakukan untuk memantapkan lagi
pengetahuan murid dan menarik perhatian mereka untuk belajar.
Isu-isu PBD

Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan model PBD untuk tujuan perkembangan secara
holistik untuk pelajar. Namun, terdapat beberapa isu yang terjadi apabila model ini diperkenalkan.
Antara nya, guru yang mengajar didapati tidak bersedia untuk mengurus penilaian berdasarkan tahap
penilaian yang disediakan dalam DSKP (Abdullah et al., 2020). Perubahan ini menyebabkan guru
yang menggunakan kaedah pengajaran tradisional tidak melengkapkan diri dengan kemahiran dan
pengetahuan yang cukup apabila pendekatan yang baru diperkenalkan ke dalam sistem pendidikan
(Rahman, 2018). Mereka akan berdepan dengan situasi sebenar di dalam bilik darjah selaras dengan
surat perkeliling yang telah diedarkan oleh kementerian pelajaran malaysia.

Seterusnya, kebanyakan guru menganggap kekurangan kemudahan infrastruktur boleh


menjejaskan kemahiran menggunakan teknologi. Kebanyakan sekolah mempunyai komputer yang
telah disalurakan oleh KPM namun jaringan internet menyebabkan kesukaran mencipta bahan bantu
pengajaran bahan. Pelajar tidak mempunyai komputer dan jaringan internet menyebabkan PBD
kurang sesuai dilakasanan jika guru ingin menilai tahap pelajar dalam aspek Teknologi Maklumat dan
Komunikasi. Guru baharu yang masuk tidak membantu memberikan motivasi kepada guru lama
dalam menggunakan teknologi baharu do dalam bilik darjah (Razak, Alakrash, & Sahboun,2018).

Selain itu guru tidak telus dalam memberikan tahap penguasaan murid kerana belum mahir
menguasai kriteria dalam penilaan. Penilaian mestilah konsisten supaya ada unsur kebolehpercayaan.
Keputusannya tidak akan diragui atau dipersoalkan. PBD perlu dilakukan dalam keadaan guru
memisahkan perasaan secara peribadi dan bersikap secara profesional. Guru cenderung lebih
berlembut dan bertimbang rasa dan bukannya menilai berdasarkan keupayaan sebenar pelajar.
Malahan, guru juga membangkitkan kemungkinan ada guru yang bersikap baik kepada pelajar mereka
dan memandangan serong terhadap penilaian yang dilakukan. Malah, ada guru yang sengaja
melonggakan kriteria yang tidak munasabah dalam penilaian untuk membantu pelajar mereka
mendapat kemasukan ke sekolah yang ditargetkan. Terdapat juga kemungkinan kelonggaran yang
dilakukan untuk membantu pelajar mereka mendapatkan biasiswa yang mungkin terhad.

Kekurangan guru adalah isu sering kali dijadikan punca PBD tidak dapat diterima dalam
kalanngan guru guru yang dipindahkan tidak diganti oleh guru baru ini akan menyebabkan tambahan
masa dalam jadual guru. Guru yang bersalin, cuti sakit dan sebainya menjadi punca masa mengajar
guru bertambah. Guru akan terkejar-kejar menyiapkan sylibus. Guru akan mengambil alih peranan
guru lain dan akan menyebabkan kurang fokus untuk mengajar dan menilai murid. Guru akan keliru
dengan nama murida dan menyebabkan pbd yang dinilai tidakselaras dengan pemarkahan yang
sebenar. Terdapat satu kajian iaitu Ibrahim, Adzra’ai, Sueb, & Dalim (2019) menyatakan bahawa
kekurangan persediaan di peringkat institusi boleh menjejaskan kesediaan guru pelatih untuk
mengajar dengan ketara di sekolah. Guru kurang bersedia berdepat dengan pendidikan abad ke 21
Sebagai tambahan, guru kurang keyakinan untuk menyediakan laporan menggunakan format
penilaian bilik darjah dan percaya bahawa mewujudkan laporan merupakan satu bebanan dan
kesukaran untuk dilaksanakan penilaian bilik darjah (Karen Reenai & Maslawati, 2020). Guru
mengetahui peranan mereka dalam aspek penilaian. Namun begitu, guru menunjukkan kesukaran
dalam menganalisis markah PBD. Khususnya, respons mereka memberikan markah yang sederhana
untuk mereka yang mempunyai ciri-ciri masalah pembelajaran. Arumugham (2020) melaporkan
bahawa pengetahuan guru tentang menentukan tahap penguasaan dan prestasi pelajar kriteria untuk
DSKP adalah tidak memuaskan, mengakibatkan kekurangan memberi tumpuan kepada pengalaman
pelajar. Penambahan tema dan stamdard kandungan dan standard pembelajaran menyebabkan guru
bingung untuk memilih Tema yang ingin dipilih. PBD boleh dinilai dalam ujian formatif atau sumatif
dalam semua bidang subjek (Kementerian Pendidikan [KPM], 2020), tetapi pelajar yang lemah tidak
dapat mencapai tahap yang sepatutnya dapat dikuasai pada peringkat tahun.

Bebanan guru akan menyebabkan isu dalam PBD terjadi menjadi seorang guru yang
menlaksanakan PBD di sekolah menuntut banyak kerja dan dokumentasi, perlu dibuat. Perkaran ini
menyebabkan guru meninggalkan sedikit masa untuk pengajaran dan pelaksanaan PBD yang
berkesan. Selain daripada mengajar guru akan terlibat dengan aktiviti kokurikum dan memegang
beberapa jawatan lain. Guru tahu bahawa sekolah mengarahkan PBD dijalankan berdasarkan
pentaksiran formatif atau sunatif.. tetapi mereka mempunyai kekangan masa untuk menjalankan PBD
walaupun hendak mencatatkan carta perkembangan dan penambahbaikan bagi setiap murid.
RUJUKAN

Arumugham, K. S. (2020). Kurikulum, pengajaran dan pentaksiran dari perspektif pelaksanaan


pentaksiran bilik darjah. Asian People Journal (APJ), 3(1), 152–161.
https://doi.org/10.37231/apj.2020.3.1.175

Mahmud, M. M., Yaacob, Y., Ramachandiran, C. R., Ching, W. S., & Ismail, O. (2018). Theories into
practices: Bloom’s taxonomy, comprehensive learning theories (CLT) and E-assessments. ICEAP 2019,
2, 22-27.

Rahman M (2018). Teachers' perceptions and practices of classroom assessment in secondary school
science classes in Bangladesh. International Journal of Science and Research (IJSR), 7(6): 254-263.
https://doi.org/10.21275/ART20183034

Ibrahim, N., Adzra’ai, A., Sueb, R., & Dalim, S. F. (2019). Trainee teachers’ readiness towards 21st
century teaching practices. Asian Journal of University Education, 15(1), 1-12.

Razak, N. A., Alakrash, H., & Sahboun, Y. (2018). English language teachers’ readiness for the
application of technology towards fourth industrial revolution demands. Asia-Pacific Journal of
Information Technology and Multimedia, 7(2-2), 89-98.

Karen Reenai H. & Maslawati M. (2020). The evaluation of classroom-based reading assessment
using context, input, process and product model. Prosiding on Regional Conference on Lesson Study
(ReCoLS 2020), 113-126. http://www.wiete.com.au/journals/WTE&TE/Pages/Vol. ,
%20No.3%20(2010)/2-02-Tseng.pdf

You might also like