You are on page 1of 54

Objektif:

• Merumuskan corak pengurusan


bilik darjah yang berkesan.
• Membincangkan ciri-ciri bilik
darjah yang berkesan.
• Mengemukakan langkah-langkah
penyediaan pelan perancangan
pengurusan bilik darjah yang
berkesan.
Bilik • perlu ada gabungan elemen fizikal,emosi dan
sosial.
darjah • Bersifat multidimensi kerana dipenuhi oleh
murid yang menjalankan pelbagai aktiviti P&P
dalam masa yang diperuntukkan.
• Murid-murid mempunyai perbezaan dari segi
matlamat, kebolehan dan personaliti.
• Faktor-faktor ini perlu diambil kira untuk
membentuk satu persekitaran dan pengurusan
bilik darjah yang berkesan.
• perbezaan itu akan menyebabkan sesuatu
tindakan mendatangkan kesan yang pelbagai.
• Contohnya, kita harus menggunakan strategi
berpusatkan murid dan berdasarkan keupayaan
mereka.
Susunan kelas
• Perlu diberi perhatian.
• Terdapat 3 situasi yang akan timbul apabila meletakkan murid
yang lemah dengan yang pandai :
1. Murid yang lemah belajar daripada murid yang pandai.
2. Murid yang pandai membuli dan mengejek murid yang
lemah. Konsep kendiri murid lemah semakin menurun.
3. Murid yang lemah mengganggu murid yang pandai. Murid
yang pandai kehilangan tumpuan.

Menggunakan ICT sebagai alat bantu mengajar


• Perancangan yang baik supaya tidak berlaku masalah tingkah laku
murid dan tidak mencapai objektif P&P akibat daripada faktor-
faktor seperti:
• Bekalan elektrik terputus/LCD rosak
• gangguan dari luar kelas
• Harus peka dengan emosi personaliti
Guru muris-muridnya.
• Bijak mengawal emosi diri.
• Personaliti dan konsep kendiri murid
harus diambil kira dalam perancangan
 murid dapat menyesuaikan diri
dengan persekitaran bilik darjah
• Melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan dari pelbagai aspek.
• Ilmu yang dipelajari harus
diaplikasikan dalam situasi sebenar
dalam bilik darjah.
8.1.2
8.1.1
Matmat pengurusan
kerjasama bilik darjah

pengurusan
bilik darjah
yang
berkesan

8.1.4
8.1.3
Mengekalkan
persekitaran yang Persekitaran bilik
berkesan darjah yang positif
8.1.1 Kerjasama
• Perlukan kesefahaman antara guru + murid
• Dapat mengeratkan hubungan antara keduanya.
• Diterapkan dalam perancangan semasa:
 Memilih bahan bantu mengajar
 Jangkaan prestasi
 Objektif P&P
 Membina kontrak tingkah laku
• Guru berbincang dengan murid tentang masalah yang
bakal timbul dan mencari penyelesaiannya.
• Aktiviti pembelajaran yang berlainan perlukan corak
pengurusan yang berlainan. Contohnya:
 Aktiviti baru/sukar perlu dirancang dengan rapi
 Aktiviti rutin/mudah boleh dijalankan tanpa perancangan
yang rapi.
Kerjasama murid didapati berbeza mengikut umur.

Peringkat Arahan secara langsung


Prasekolah/ daripada guru tentang cara
darjah 1 untuk bekerjasama

Tidak perlu arahan secara


langsung kecuali aktiviti yang
sukar.
Perbezaan Apabila
kerjasama sudah
meningkat Guru sebagai pemantau dan
usia menggalakkan kerjasama

Peringkat Mencabar kuasa dan cuba


remaja melanggar peraturan
Pada pendapat anda, apa yang harus guru
lakukan jika murid mencabar kuasa dan cuba
melanggar peraturan?

• Melibatkan pelajar dalam merangka peraturan


• Membangkitkan semangat kekitaan
• Memotivasikan murid untuk mencapai tahap
kendiri terhadap bilik darjah
8.1.2 Matlamat pengurusan bilik darjah

positif

Mengekalkan
persekitaran Produktif
bilik darjah
Kondusif
Perkara yang dipertimbangkan untuk
mencapai matlamat

Pengurusan Pengurusan
masa kendiri

Peluang
pembelajaran
• Pembelajaran murid meningkat dengan
perancangan dan penggunaan masa yang
berkesan.
• Cara murid memproses maklumat mempengaruhi
pembelajaran dan ingatan mereka.
• Mengikut Doyle, murid akan belajar apabila
mereka:
– Mempraktikkan dan menggunakan ilmu untuk
menyelesaikan masalah.
– Mempunyai kemahiran berfikir yang baik.
Pengurusan masa yang berkesan adalah satu kitaran.

Merancang masa pembelajaran lancar


dengan efektif berlaku
(Murid memproses
maklumat-ingatan-praktik-
aplikasi)

Suasana pembelajaran Pengurusan bilik


yang kondusif darjah berjalan
dengan baik.
• Guru perlu prihatin dengan masalah dan keperibadian murid.
• Penglibatan murid yang kurang memuaskan dan
menyebabkan penglibatan mereka turut
terjejas.ketinggalan, tidak dapat mengikut pembelajaran,
menarik diri dan masalah tingkah laku.
• Guru -memberikan kesedaran kepada murid tentang cara
melibatkan diri dalam aktiviti.
• Buka peluang sama rata kepada semua murid.
• Berbincang dengan murid tentang peraturan dan rutin yang
perlu diikuti termasuk juga jangkaan guru terhadap
penglibatan mereka
• memastikan mereka faham akan peraturan dan jangkaan
tersebut.
• Peralihan antara mematuhi perintah guru kepada regulasi
pengurusan kendiri – asas kepada peningkatan kendiri yang baik.
• Melalui kawalan kendiri(self control), murid belajar untuk
bertanggungjawab dan berdikari dalam memenuhi keperluan
pembelajaran dalam kelas.
• Kebolehan mengurus diri di dalam bilik darjah memerlukan
motivasi intrinsik.
• Murid dikatakan sudah mempunyai kawalan kendiri apabila dapat:
– Memilih aktiviti bilik darjah yang berkesan,
– Menangani masalah pembelajaran,
– Menetapkan matlamat pembelajaran,
– Menguruskan masa secara berkesan,
– Berkolaborasi dengan rakan dan membina hubungan yang baik dengan guru
8.1.3 Persekitaran Bilik Darjah yang positif

• Tercapai apabila murid dapat melalui proses


pembelajaran yang baik
• Murid berasa tenang,seronok dan bermotivasi
• Terdapat pelbagai reaksi murid terhadap aktiviti di
dalam kelas:
Langkah
P&P Reaksi Tindak balas
mengatasi
Terlalu sukar Murid menjadi mengganggu Memahami
disruptif yang lain murid dan
memotivasikan
mereka untuk
Terlampau bosan Melakukan belajar.
mudah aktiviti sendiri Berbincang
masalah berkaitan
Keadaan bilik Tidak selesa dengan kelas dan
tidak mencari
memberansang penyelesaian
bersama-sama.
kan Kerjasama dan
hubungan yang
Sikap guru ( Suasana tidak kondusif baik antara guru
terlalu tegas/ dan murid.
lembut)
Cara mewujudkan persekitaran bilik
darjah yang positif

Rutin dan Perancangan


peraturan bilik ruang
darjah pembelajaran

Panduan
a)Rutin bilik darjah membina ruang
-panduan pembelajaran
menetapkan rutin

b)Peraturan

c)akibat
a)Rutin bilik darjah
• Prosedur untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di
dalam bilik darjah.
• Guru harus berbincang dengan murid dan
menetapkan rutin bilik darjah.
• Meliputi perkara-perkara berikut:
– Rutin pentadbiran- kehadiran murid
– Pergerakan keluar masuk
– Rutin kekemasan bilik darjah
– Rutin tugasan
– Cara interaksi guru-murid
– Pergaulan di dalam kelas
Panduan menetapkan rutin bilik darjah:
• Tentukan rutin untuk murid mengemaskan
bilik darjah.
– Murid tahap 1- guru sediakan jadual bertugas
– Murid > dewasa- guru+ murid
• Pastikan murid mengetahui cara menjalankan
rutin bilik darjah.
– guru menunjukkan cara
• Latih murid mengenali isyarat guru- berkaitan
dengan rutin
• Rutin penglibatan murid di dalam kelas.
– Cth: angkat tangan untuk menjawab soalan.
• Tentukan rutin tugasan murid.
– Cth: nota kerja rumah
b)Peraturan
• Menetapkan jangkaan dan larangan di dalam bilik darjah.
• Ditetapkan, ditulis dan ditampal dlm bilik darjah
• Harus selaras dengan peraturan sekolah
• Perlulah jelas, mudah difahami dan diterima oleh murid-
murid.
Contoh-contoh peraturan:
• Bersopan di dalam bilik darjah.
• Hormati hak orang lain.
• Tolong-menolong antara satu sama lain.
• Patuhi semua peraturan sekolah.
c) Akibat
• Akibat harus dinyatakan terhadap rutin dan peraturan yang
tidak dipatuhi.
• Perlu ditetapkan dengan teliti supaya dapat diterima oleh
murid secara positif.
Akibat yang boleh dikenakan kepada murid yang melanggar rutin
dan peraturan:
• Menunjukkan rasa kecewa- ini akan menyedarkan murid
tentang kesalahan
• Tarik balik keistimewaan
• Dikeluarkan daripada kumpulan (murid yang mengganggu
kumpulan)
• Menulis refleksi kesalahan
• Penahanan- bincang kesalahan dan cari penyelesaian bersama
• Hantar ke bilik Guru Besar/ Pengetua
• Menghubungi ibu bapa
Persendirian utk
murid-murid

Perancangan fizikal
ke atas ruang yang
terdapat di bilik Ruang utk aktiviti
darjah

Ruang utk bahan-


bahan pembelajaran
Panduan membina ruang pembelajaran:

1. Kenalpasti ruang pembelajaran dan rancang


mengikut spesifikasi ruang- cth: kedudukan
plug,kipas,pencahayaan
2. Tempat menyimpan alat bantu belajar-
senang diambil dan tersusun
3. Bersih,nyaman dan sesuai sebagai tempat
belajar
4. Susun peralatan supaya guru dapat melihat
dan memantau dengan senang
5. Ruang pembelajaran perlu mempunyai
pilihan dan fleksibel.
8.1.4 Mengekalkan persekitaran berkesan
untuk pembelajaran
penglibatan
murid.

Elemen-
elemen
yang perlu
diikut
Komunikasi Langkah
berkesan. pencegahan
Galakkan penglibatan murid
1. Pengekalan persekitaran pembelajaran yang berkesan dan
kondusif memerlukan penglibatan murid secara aktif.
2. Oleh itu, guru harus:
• Memberi tanggungjawab kepada murid .
• Wujudkan semangat dan keseronokkan dalam proses P&P.
• Merancangkan aktiviti yang memerlukan penglibatan murid
secara aktif.
• Susunan aktiviti secara sistematik dan terancang.
• Arahan yang diberikan harus jelas berpandukan peraturan dan
rutin.
3. Panduan mengekalkan penglibatan murid dalam bilik darjah:

•Peraturan dan arahan menjalankan aktiviti


P&P harus jelas.
(supaya mereka dapat tahu apa yang harus
mereka buat lalu boleh libatkan diri secara aktif
dalam aktiviti P&P.)
•Terangkan cara-cara membuat kerja rumah/
tugasan .
(sedia rutin cara menghantar kerja rumah
kepada murid.)
•Memantau kerja/aktiviti murid.
(pastikan pemantauan sentiasa dibuat dan
memastikan semua murid menjalankan aktiviti
yang dikehendaki.)
•Berikan maklum balas kepada murid.
( sama ada dalam bentuk pujian atau teguran.)
Langkah-langkah pencegahan
1. Pengekalan persekitaran yang berkesan untuk pembelajaran
mempunyai langkah-langkah pencegahan untuk mengawal dan
mencegah daripada timbul masalah-masalah dalam bilik darjah.
2. Antaranya ialah:
• Guru harus menyedarkan murid bahawa mereka diawasi.
• Guru harus mempunyai kontak mata dan berinteraksi
dengan murid mereka.
• Guru sentiasa bergerak di keseluruhan bilik darjah.
• Guru harus membimbing murid dalam menjalankan aktiviti
P&P.
• Guru harus pandai menjanka tingkah laku yang akan
ditunjukkan oleh murid tertentu.
• Guru harus memastikan setiap murid dalam keadaan yang
bersedia sebelum mengajar sesuatu yang baharu.
3. Panduan menangani masalah tingkah laku

•Untuk murid yang bermasalah,


gunakan kontak mata dan dekati
mereka.
•Gunakan cara peringatan. Ingatan
secara lisan, atau ingatkan tentang
rutin dan peraturan yang telah
ditetapkan.
•Dengan jelas dan tegas, suruh murid
berhenti melakukan sesuatu
perbuatan yang tidak diizinkan.
•Beri pilihan.
Komunikasi yang berkesan

1. Komunikasi yang berkesan dapat mengekalkan persekitaran


pembelajaran yang berkesan.
2. Komunikasi berkesan dicapai apabila mesej yang disampaikan oleh
guru diterima oleh murid dan sebaliknya.
3. Jika salah komunikasi berlaku, murid tidak dapat terima apa yang
disampaikan oleh guru sebaliknya guru juga tidak dapat mengenal
pasti masalah yang dihadapi oleh murid. Maka, konflik akan
berlaku.
4. Untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan, guru harus:

•Menggalakkan murid menyatakan


perasaan atau pendapat mereka
terhadap guru atau P&P.
•Guru harus menghormati terhadap apa
yang dinyatakan oleh murid.
•Guru harus memberikan respon dan
maklum balas yang sesuai.
•Guru harus menjadi pendengar yang
aktif dan bersifat berempati.
Bezakan mesej
Perhatikan
bersifat
mesej lisan dan
akademik dan
bukan lisan.
mesej emosi.

Cuba membuat
inferens
tentang
Tumpukan
perasaan murid
perhatian komponen- tanpa menilai
komponen dengan
seorang terburu-buru.
pendengar
yang baik:
1) Suasana
• Penglibatan murid dalam susana
demokratik demokratik boleh menjadikan murid
dalam bilik tanggungjawab, berdikari--membuat
mereka mempunyai motivasi untuk
darjah melakukan yang terbaik.
• Bilik darjah merupakan tanggung-
jawab guru dengan murid.
• Selain daripada mengajar, guru
harus menggalakkan murid
memberikan pendapat mereka
dengan cara yang betul.
2) Guru perlu mengambil tanggung-jawab sebagai
pendidik dan fasilitator.
•Selain menyampaikan ilmu, guru perlu mengetahui kebolehan dan
minat murid. -membuat jangkaan terhadap pencapaian murid yang
berbeza.
•Sebagai seorang fasilitator, guru harus memberikan jangkaan yang
realistik terhadap murid bagi menetapkan matlamat lalu
membimbing mereka mencapai matlamat.
•membantu murid menangani masalah akademik, emosi dan sosial.
3. Menimbulkan persekitaran saling mempercayai
dan saling menghormati.
•Hubungan yang terbina atas
dasar saling mempercayai dan
menghormati antara guru dengan
murid akan menghasilkan
persekitaran emosi dan sosial yang
kondusif.
•Sikap guru yang adil sebagai
teladan mendorong murid
mempercayai guru dan
menujukkan tingkah laku yang
diizinkan dalam proses P&P.
4. Guru mesti percaya setiap murid mempunyai
kebolehan untuk mencapai kerjayaan.
•Guru haruslah bersikap adil dan tidak
prejudis.
• Mereka harus beranggapan bahawa
setiap murid mempunyai kebolehan
sendiri dan boleh mengecapi kerjayaan
sendiri.
•Guru harus peka terhadap setiap murid
tentang masalah mereka lalu mengambil
tindakan yang paling sesuai supaya murid
–murid tersebut terus mengambil manfaat
daripada proses P&P di dalam bilik darjah.
5. Guru patut menunjukkan contoh dan teladan
yang baik untuk diikuti.
•Segala tingkah laku yang ditunjukkan oleh seorang guru di dalam
bilik darjah akan diperhatikan oleh murid-muridnya.
•guru harus menunjukkan teladan dan sikap yang baik supaya
menjadi role-model murid-murid.
6. Jadikanlah bilik darjah sebagai tempat yang
seronok dan selamat untuk murid-murid.
•Bilik darjah haruslah bersih, ceria, kemas supaya murid-murid dapat
belajar dalam satu keadaan yang selesa.
•guru harus peka terhadap aspek fizikal dalam bilik darjah bagi
memastikan keadaan bilik darjah adalah selamat.
•keadaan kerusi meja yang baik,
•kipas dan alat elektrik yang berfungsi baik.
•Di samping itu, guru harus mengawal dengan baik semasa aktiviti P&P
menglibatkan benda yang bahaya seperti, gunting, pisau seni, bahan
kimia dan selainnya.
7. Guru menunjukkan rasa kecintaan dan
semangat yang tinggi untuk mengajar dan
mendidik murid-murid.
•Seorang guru yang mengajar dengan bersemangat dapat
memberikan semangat kepadda muridnya untuk belajar.
•Seorang guru yang mencintai dunia pendidikan akan sentiasa
melakukan kerja pengajarannya secara terbaik.
8. Pembelajaran berasaskan individu.
•Seorang guru yang baik akan menekankan
pencapaian individu dalam bilik darjah.
•bukan semua murid mempunyai kebolehan
yang sama.
•guru bertanggung-jawab untuk
menentukan dan memperkembangkan
kebolehan murid yang berlainan dari
pelbagai segi supaya mereka terasa dihargai.
9. Mempunyai semangat kekitaan
•Sebuah bilik darjah yang menekankan semangat kekitaan antara
murid akan mewujudkan semangat kerjasama dan tanggung-jawab
yang tinggi terhadap bilik darjah mereka.
•murid akan saling membantu untuk meningkatkan persekitaran
pembelajaran.
•murid-murid akan mempunyai rasa kepunyaan yang tinggi
terhadap bilik darjah maka mereka akan mematuhi rutin dan
peraturan tang telah ditetapkan lalu ini membantu guru
mengekalkan keharmonian dalam bilik darjah.
10. Mengamalkan komunikasi yang berkesan di
dalam bilik darjah.
•Dengan adanya komunikasi yang berkesan, guru dapat menyampaikan
segala ,mesej dengan betul dan diterima.
• Murid-murid pula melihat guru sebagai seorang yang perlu dihormati
dan mereka juga melihat guru sebagai seorang yang boleh berkongsi
maklumat.
•Suasana yang harmoni ini akan menyenangkan guru mengawal
perjalanan bilik darjah serta memungkinkan proses P&P berjalan
dengan lancar.
8.3 Langkah-langkah penyediaan pelan
perancangan pengurusan bilik darjah yang
berkesan

Dua Perkara yang ditetapkan oleh guru semasa membuat


perancangan pada permulaan sesi persekolahan.
1. Menetapkan jenis persekitaran pembelajaran yang diingini.
• membangunkan dan mengekalkan sebuah persekitaran bilik
darjah supaya P&P berlaku secara berkesan di dalamnya. Hal
ini termasuk elemen fizikal, akademik dan emosi.
2. Menetapkan jenis komuniti murid yang diingini.
• menetapkan cara yang digunakan oleh guru untuk mendidik
asuh muridnya supaya muridnya menunjukkan tingkah laku
yang diharapkan.
Pelan perancangan pengurusan

1. Dibina sebelum perjumpaan pertama antara murid


dengan guru.
2. Guru menyenaraikan perkara yang perlu dibincangkan
dan menyusun perkara tersebut dalam katageori seperti
pengajaran, pencegahan, pembetulan dan sebagainya.
3. Dalam setiap kategeori, terdapat 3 elemen yang penting:

Rancang corak pengajaran, rutin, peraturan.

Susun penerangan disusun mengikut


kepentingan.
latihan dan keterangan untuk
Praktis perancangan yang dibuat.
8.3.1 Proses membina pelan perancangan
pengurusan bilik darjah

Komponen
pengajaran
Komponen Komponen
persekitaran pencegahan
fizikal

5
komponen

Komponen
Komponen
pembetulan
sokongan
Komponen pengajaran
Komponen yang berkaitan dengan perancangan P&P dan kelancaran
proses tersebut.
Rancang
1. Corak komunikasi yang diguna.
2. Bagaimana cara untuk mengetahui pengetahuan sedia ada murid.
3. Corak dan strategi pengajaran yang digunakan.
4. Bagaimana untuk mendapatkan perjalanan pengajaran yang
lancar?
Susun
1. Apa yang dirancang disusunkan mengikut keutamaan.
Praktik
1.Terangkan kepada murid apa yang dirancang dan gaya mengajar
yang dipilih serta keutamaan yang ditetapkan.
Komponen pencegahan
Komponen yang menglibatkan prosedur pencegahan masalah
daripada berlaku serta menglibatkan rutin dan peraturan.
Rancang
1. Buat senarai dan rutin dan peraturan yang terbaik untuk kelas.
2. Bayangkan bagaimana anda melatih murid menguasai rutin.
3. Tuliskan langkah bagaimana untuk mengaplikasikan rutin.
Susun
1. Setiap rutin disusun mengikut keutamaan.
Praktik
1. Jalankan latihan rutin yang telah dirancangg.
2. Tampal rutin dan peraturan yang telah dibincangkan supaya
mengingat dan memotivasikan murid.
Komponen pembetulan
Komponen ini menglibatkan tindakan kepada masalah yang sudah berlaku.
Komponen ini mengliatkan akibat yang akan diterima oleh murid yang
melakukan kesalahan atau melanggar peraturan.
Rancang
1. Rancang Stategi untuk masalah tingkah laku yang timbul seperti
strategi untuk tingkah laku menganggu/ s. untuk mengawal tingkah
laku/s. untuk tingkah laku yang melampau.
2. Strategi yang dirancang ringkas dan tidak banyak arahan.
3. Tentukan akibat yang akan dikenakan, rujuk kepada peraturan
sekolah.
Susun
1. Strategi disusun mengikut komponen salah laku diikuti dengan akibat
yang dirancang.
Pratik
1. Bincangkan strategi dan akibat yang digunakan sekiranya berlakunya
salah laku,
2. Pastikan murid jelas dengan hukuman yang akan dikenakan dan
jalankan hukuman yang dirancang jika berlakunya salah laku.
Komponen sokongan
Menglibatkan sokongan yang diberikan oleh guru untuk
memaksimumkan proses pembelajaran murid. Contohnya,
peneguhan dan cara memotivasi.
Rancang
1. Fikirkan dan rancangkan cara untuk memotivasikan murid dengan
bentuk peneguhan yang diberi. Guru boleh mulakan dengan
motivasi ekstrinsik kepada intrinsik.
Susun
1. Susun corak sokongan mengikut susunan yang berkesan untuk
dilaksanakan oleh guru.
Praktik
1. Beritahu murid peneguhan yang akan diterima sekiranya mereka
menunjukkan tingkah laku yang diingini.
2. Pastikan cara peneguhan adil untuk semua murid.
Komponen persekitaran fizikal
Menglibatkan perancangan guru tentang ruang pembelajaran di
dalam bilik darjah.
Rancang
1. Selepas mengenal pasti bilik darjah, rancang susunan kerusi meja
dan menyusun kedudukan murid.
2. Rancang ruang pembelajaran yang selainnya seperti carta, sudut
pembelajaran dan pengayaan.
3. Pastikan elemen lain seperti kebersiha, Keselamatan,
pengudaraan dan pencahayaan.
Susun
1. Tentukan perancangan yang perlu diberikan tindakan segera.
Praktik
1. Perkenalkan dan laksanakan susunan bilik darjah kepada murid.
2. Tunjukkan cara penggunaan ruang pembelajaran dan cara
menjaga elemen dalam bilik darjah.
8.3.2Melaksanakan pelan pengurusan pada Hari
Pertama Persekolahan
1. kata – kata aluan.
2. Memperkenalkan rutin, prosedur dan peraturan mengikut
keutamaan.
3. Tekankan matlamat akademik dan tingkah laku yang diingini.

1. Setelah berbincang dan murid bersetuju dengan apa yang


dibincangkan , hasil perbincangan bolehlah dijadikan pernyataan
rasmi/formal.
2. Pernyataan seperti rutin atau peraturan boleh ditampal dalam
bilik darjah supaya murid sentiasa ingat apa yang dijanjikan dan
menunjukkan tingkah laku yang sepatutnya semasa proses
P&P.
Sekian,
terima
kasih!!!

You might also like