You are on page 1of 5

Kaedah struktural, global

1. 1. Kaedah Struktural Kaedah yang memerhatikan karya berdasarkan struktur-struktur konkrit


yang membina karya itu seperti watak, perwatakan, tema, persoalan, plot, gaya bahasa dan
lain-lain lagi;. Definisi terdapat perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan,
KAEDAH Ciri-ciri STRUKTURAL menggunakan pendekatan induktif, mengutamakan unsur-
unsur Kelebihan tertentu sahaja, Penguasaan murid terhadap unsur-unsur struktur karya
adalah baik dan mantap. diperkenalkan terlebih dahulu. pembelajaran lebih berpandukan
membantu murid untuk melihat kewujudan karya kesusasteraan guru, sebagai suatu
penghasilan buah fikiran, renungan ke dalam diri, tidak mengutamakan bahan imaginasi,
manipulasi, emosi, penerapan pengetahuan dan bantu mengajar pelbagai pengalaman dan
kerohanian (Kamarudin 1988 memerlukan pengetahuan hlmn 43). tentang elemen struktur
bagi memudahkan pembelajaran.
2. 2. Pengenalan Pendekatan struktural adalah merupakan pendekatan yang paling
tuadigunakan dalam mengkaji sastera. Menurut Kamarudin (1988), pendekatan
inimempunyai sejarah yang lama sekali sejak Plato dan Aristotle meletakkan garis-garis
ukuran terhadap berbagai-bagai genre sastera. Kaedah struktural juga adalahkaedah paling
awal digunakan berpandukan kepada pendekatan struktural. Pengajaran menggunakan
kaedah ini sebenarnya lebih berfokus kepadastruktur bahan yang diajar. Perkataan
struktural hadir daripada perkataan struktur.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010),
struktur adalah cara sesuatu terbinaatau terbentuk daripada pelbagai bahan, unsur, atau
aspek hingga menjadi satupola, sistem, atau ayat tertentu. Kamarudin (1988) pula
menyatakan bahawa kaedahstruktural ini bertujuan untuk memahami aspek-aspek
kesusasteraan, struktur danbinaan yang digunakan. Mina Sikana (1998) menyatakan
struktural memberikanpenekanan yang utama berdasarkan aspek-aspek dan unsur-unsur
yang membinasesebuah karya. Berdasarkan definisi-definisi di atas, jelaslah bahawa
dalamkonteks pengajaran menggunakan kaedah struktural, unsur-unsur yang
diperhatikanadalah unsur-unsur atau komponen-komponen yang terdapat di dalam
karyatersebut. Terdapat beberapa komponen yang diperhatikan dalam
pengajaranmenggunakan kaedah ini. Kaedah struktural adalah kaedah
pengajarankesusasteraan dengan menggunakan aspek kajian tertentu seperti
perwatakan,gaya bahasa, tema, persoalan, mesej, amanat, pengajaran, nilai murni,
dansebagainya secara teratur atau satu persatu (Naffi Mat (2006), Glosari
PengajianMelayu). Oleh itu, ini menunjukkan bahawa untuk menggunakan kaedah ini
dalampengajaran dan pembelajaran, guru perlulah menguasai terlebih dahulu tentangbahan
atau karya yang hendak diajar. Segala unsur-unsur yang membentuk strukturkarya itu perlu
dikenal pasti dan diketahui oleh guru itu sendiri. Perkara ini sangatpenting bagi memastikan
perjalanan proses pengajaran guru menuju kepada objektifyang ingin dicapai pada sesi itu.
3. 3. Ciri-Ciri Kaedah Struktural Kamarudin (1988) juga telah menggariskan beberapa ciri yang
terdapat dalamkaedah struktural antaranya adalah : i terdapat perhubungan antara struktur-
struktur kesusasteraan, ii menggunakan pendekatan induktif, iii mengutamakan unsur-unsur
tertentu sahaja, iv unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu. v pembelajaran lebih
berpandukan guru, vi tidak mengutamakan bahan bantu mengajar vii memerlukan
pengetahuan tentang elemen struktur bagi memudahkan pembelajaran. i. Ciri yang pertama
adalah perlunya ada perhubungan antara struktur-struktur sastera. Perhubungan yang
diketengahkan adalah hubungan antara tema, plot, watak dan perwatakan, latar, teknik,
gaya sudut pandangan dan sebagainya yang membentuk keseluruhan karya. Oleh sebab
itu, dalam pengajaran sastera, pemahaman terhadap perkara ini perlu diberi perhatian yang
lebih. ii. Kaedah ini lebih sesuai menggunakan pendekatan induktif. Guru perlu membimbing
pelajar agar menemui objektif tertentu. Pendekatan induktif adalah pendekatan yang
menumpukan kepada ciri-ciri terlebih dahulu sebelum membuat satu konsep. Kamarudin
(1988) menerangkan dalam bukunya bahawa pendekatan induktif menggunakan kaedah
pencarian iaitu melihat, meneliti, mengkaji, menganalisis sesuatu itu pada awalnya dan
kemudian membuat keputusan atau kesimpulan daripada data yang telah dikaji. iii. Kaedah
ini juga mengutamakan elemen struktur tertentu sahaja. Aspek-aspek yang lain dalam
sastera tidak diambil kira.
4. 4. iv. Struktur perlu diperkenalkan terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran dan
pembelajaran. v. Kaedah ini lebih berpandukan kepada guru. Walaupun murid dibenarkan
membincangkan tentang isu pada sesuatu struktur, namun masih tidak boleh terkeluar
daripada konsep yang telah ditetapkan oleh guru. vi. Kaedah ini juga tidak mementingkan
bahan bantu mengajar dalam memandu murid untuk mendapatkan jawapan bagi setiap
unsur atau struktur tersebut. vii. Pengetahuan tentang elemen struktur dalam sesebuah
karya memudahkan pembelajaran. Oleh itu, kaedah ini amat sesuai digunakan kepada
pelajar di peringkat tinggi.Kelebihan Kaedah Struktural Kaedah struktural ini lebih tertumpu
kepada penelitian terhadap struktur-struktur yang membina karya tersebut. Oleh itu,
pembelajaran menggunakan kaedahini akan memudahkan murid dan boleh memantapkan
penguasaan murid berkenaanterhadap karya tersebut. Selain itu, kaedah ini juga boleh
membantu murid untukmelihat kewujudan karya kesusasteraan sebagai suatu penghasilan
buah fikiran,renungan ke dalam diri, imaginasi, manipulasi, emosi, penerapan pengetahuan
danpelbagai pengalaman dan kerohanian (Kamarudin 1988 hlmn 43).
5. 5. Aplikasi Contoh untuk mengaplikasikan kaedah ini, guru menyediakan sebuah
karyacontohnya cerpen. Kemudian, murid perlu membaca cerpen tersebut
secaramenyeluruh. Kemudian, guru mengadakan soal jawab berdasarkan elemen-
elemenyang menstrukturkan cerpen tersebut watak dan perwatakan, peristiwa, plot,
latar,tema, nilai, gaya bahasa dan lain-lain lagi. Oleh itu, soalan-soalan yang diajukantidak
boleh bercampur aduk. Guru perlu memandu murid agar murid sentiasamemberikan
jawapan dalam aspek yang dikehendaki oleh guru sahaja. Kemudian,barulah melihat kepada
elemen-elemen lain.Kesimpulan Mudahnya, kaedah struktural ini sebenarnya kaedah yang
memerhatikankarya berdasarkan struktur-struktur konkrit yang membina karya itu seperti
watakdan perwatakan, plot, gaya bahasa, tema dan persoalan, nilai dan pengajaran danlain-
lain lagi. Selain itu, perbincangan dengan menggunakan kaedah ini tidak
bolehdicampuradukkan antara elemen-elemen tersebut. Perbincangan perlu dilakukansatu
persatu mengikut elemen yang ingin ditekankan.
6. 6. Kaedah Global Kaedah yang memerhatikan karya secara meluas. Kurang memberikan
penekanan secara terperinci terhadap struktur-struktur sesuatu karya. Definisi Kepentingan
setiap komponen/struktur KAEDAH GLOBAL Ciri-ciri Penilaian dilakukan secara impression,
am dan spontan. Kelebihan Cara kajian dilaksanakan Penguasaan murid terhadap Separuh
global : karya adalah baik dan mantap. - Melihat secara keseluruhan membantu murid untuk
melihat kemudan menjurus kewujudan karya kesusasteraan kepada bahagian sebagai suatu
penghasilan buah yang ingin disentuh. fikiran, renungan ke dalam diri, imaginasi, manipulasi,
emosi, penerapan pengetahuan dan pelbagai pengalaman dan kerohanian (Kamarudin 1988
Secara menyeluruh hlmn 43). (global) : - Menganalisis secara keseluruhan semua aspek-
aspek.
7. 7. Pengenalan Kaedah ini adalah kaedah yang melihat sesuatu karya itu secarakeseluruhan.
Global adalah merangkumi seluruh kumpulan, perkara dan sebagainyaataupun secara
menyeluruh (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Kaedah globalpula adalah meneliti
sesuatu aspek pembelajaran itu berdasarkan tanggapan yangmenyeluruh. Ia tidak melihat
sesuatu itu sebagai bahagian-bahagian yang terpisahdan perlu dikaji secara berasingan
atau secara khusus (Kamarudin, 1988). Kaedah global adalah berdasarkan andaian bahawa
karya sastera itu adalahhasil kesatuan daripada pelbagai elemen. Namun begitu, kaedah ini
tidakmendalami sesuatu aspek secara terperinci dan sesuai digunakan sebagaipengenalan
sahaja sebelum meneruskan pengajaran seterusnya. Kamarudin (1988)menyatakan bahawa
cara ini adalah dianggap lebih praktikal dan lojik terutamaapabila seseorang penilai itu
menghadapi kesuntukan masa atau berhadapandengan terlalu banyak komponen yang akan
dibincangkan. Kaedah global ini terbahagi kepada dua cara kajian yang boleh
dilaksanakansemasa menilai sesuatu karya iaitu : i. Separuh global dilakukan dengan
melihat aspek itu secara keseluruhan terlebih dahulu kemudian terus menjurus kepada
bahagian yang hendak dibicarakan secara terperinci. ii. Secara (menyeluruh) global. Melalui
cara ini, karya dianalisis dengan melihat dan menilai aspek-aspek yang membangunkan
karya tersebut secara keseluruhan dan tidak digalakkan aspek-aspek tersebut dibincangkan
secara berasingan.
8. 8. Ciri-ciri Kaedah GlobalKaedah global mempunyai beberapa ciri yang penting iaitu : i.
Setiap komponen dalam karya adalah penting dalam bekerjasama dan membentuk kesatuan
karya. ii. Penilaian dilakukan secara impression, am dan spontan. Oleh sebab itu, penilaian
ini tidak dapat lari daripada unsur-unsur subjektif para penilainya. Namun, cara ini lebih
praktikal sekiranya para penilai kesuntukan masa atau berhadapan dengan terlalu banyak
komponen.Kelebihan Kaedah Global : Kelebihan yang terdapat dalam kaedah ini antaranya
adalah membolehkanpenilaian terhadap sesuatu karya itu dilakukan secara menyeluruh dan
menyentuhsemua struktur yang membina karya tersebut. Sebagai contoh, karya bukan
sahajaboleh dinilai pada aspek watak perwatakan sahaja, bahkan boleh juga dinilai
dalamaspek tema, plot, nilai, pertaliannya, kekuatan dan kelemahannya dan lain-lain
lagi.Selain itu, komponen-komponen yang terlalu banyak dalam sesuatu karya
akanmembuatkan penilai memakan masa yang lama untuk mengkaji tentang komponen-
komponen tersebut. Oleh itu, dengan menggunakan kaedah ini, penilai dapatmenjimatkan
masa dan dikatakan lebih praktikal.
9. 9. Aplikasi Seperti yang dinyatakan, kaedah global ini mempunyai dua cara kajiannya.Untuk
cara yang pertama adalah mengkaji karya secara separuh global. Cara iniagak sesuai
dengan teori Gastalt (seperti yang dipetik dari Kamarudin (1988)Kaedah Pengajaran
Kesusasteraan) yang menyarankan bahawa kita belajar denganmelihat secara keseluruhan
sebelum meneliti elemen-elemennya. Satu contoh yangboleh disesuaikan dengan cara ini
adalah pembinaan Sejarah Melayu. Rajah dibawah lebih menjelaskan lagi tentang
penggunaan cara ini. Peringkat Awal A B C B A Peringkat Perkembangan B C B Peringkat
Akhir C A = Alam luas luar sekitar Melaka B = Daerah-daerah di luar Melaka C = Melaka
sepenuhnya
10. 10. Satu lagi cara menganalisis karya sastera adalah secara menyeluruh (global).Cara ini
melihat dan menilai aspek-aspek yang membangun karya tersebut secarakeseluruhan.
Karya yang dianalisis dilihat terus pada unsur-unsur seperti tema,persoalan, watak dan
perwatakan, sudut pandangan, gaya bahasa dan lain-lain.Ulasan pula dilakukan dengan
melihat pertalian aspek-aspek dari segi kekuatan dankelemahannya.KesimpulanKaedah
global ini sebenarnya salah satu kaedah yang melihat secara meluastentang sesuatu karya
tersebut. Penelitian terhadap struktur-struktur sesuatu karyatidak diberi penekanan secara
terperinci. Kaedah ini hanya menyentuh ‘kulit luar’sahaja pada struktur-struktur tersebut.
Kebiasaannya, pengkritik karya-karya sasteramenggunakan kaedah ini untuk mengkritik
karya untuk melabelkan kualitinya.
11. 11. RefleksiKerja kursus BMM 3116 Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu
kali inilebih menekankan terhadap tiga komponen utama dalam pedagogi pendidikansemasa
pengajaran dan pembelajaran. Komponen-komponen itu adalahpendekatan, kaedah, dan
teknik. Setiap komponen ini mempunyai fungsi dan kesanyang berbeza-beza. Dalam
pengajaran Komponen Sastera (KOMSAS), komponen-komponen ini perlu digunakan dan
dikombinasikan dalam sesi pengajaran danpembelajaran untuk memperoleh hasil
pengajaran yang berkesan. Perkara ini samaseperti pendapat yang diberikan oleh Esah
Sulaiman (2004) yang menyatakanbahawa kombinasi pelbagai kaedah dan teknik akan
menghasilkan pengajaran yangberkesan. Oleh itu, ini menunjukkan betapa pentingnya guru-
guru perlu menguasaikomponen-komponen ini agar pengajaran yang dijalankan dapat
mencapai objektifyang diinginkan. Penekanan yang diberikan pada kerja kursus kali ini
sangat bersesuaiandengan penerapan kemahiran-kemahiran pedagogi dalam pendidikan
kepada guru-guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran yang mantap
akanmembawa kepada pengajaran yang berkesan. Kerja kursus ini adalah salah satuwadah
yang membantu dan memberikan saya pemahaman walaupun lebih kepadateori berkenaan
dengan kemahiran-kemahiran tersebut agar saya dapatmengaplikasikannya di sekolah
kelak. Sebagai seorang guru yang menginginkansesi pengajaran dan pembelajarannya
menjadi menarik dan menyeronokkan,pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan
semasa mengajar perlulahdiaplikasikan dan dipelbagaikan. Ini bukan sahaja memberikan
kelebihan kepadaguru, bahkan murid juga mendapat keuntungan yang banyak
sekiranyakepelbagaian rutin pengajaran ini diaplikasikan. Murid bukan sahaja berasa
seronok,bahkan objektif utama pengajaran guru pada hari itu boleh tercapai dengan mudah.
12. 12. Selain itu, kerja kursus ini juga memberikan pendedahan kepada sayatentang peranan
seorang guru yang mengajar matapelajaran kesusasteraan ini.Guru banyak memainkan
peranan penting agar murid-murid minat mempelajaritentang kesusasteraan ini. Sebagai
contoh peranan penting yang perlu dimainkanoleh guru adalah guru perlu bertindak sebagai
penggerak atau pembimbing di dalamkelas. Perbincangan yang dilakukan didalam kelas
perlu dibimbing oleh guru agarmurid dapat memahami, menghayati dan menikmati bahan-
bahan kesusasteraanyang dipelajari. Selain itu, guru juga perlulah kreatif dan inovatif untuk
membentuksoalan-soalan dan aktiviti-aktiviti yang dinamis, idea-idea spontan yang menarik
dansebagainya. Ciri-ciri penting ini perlu ada dalam diri guru-guru yang
mengajarkesusasteraan ini. Selain itu juga, seorang guru juga perlulah menggunakan teori-
teori pembelajaran yang baik, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yangsesuai dan
kesemua ini perlu diselaraskan agar dapat mencapai objektif pengajarandan pembelajaran
pada hari itu sekaligus mencapai tujuan utama pengajarankesusasteraan diadakan di
sekolah. Dari sudut kepentingan pengajaran sastera ini, setelah melaksanakan kerjakursus
ini juga sebenarnya memberikan satu gambaran jelas bahawa betapapentingnya
matapelajaran kesusasteraan ini diajar kepada murid-murid di sekolah.Matapelajaran ini
sebenarnya merupakan salah satu cara yang boleh digunakanuntuk mengajar dan
menerapkan nilai-nilai murni. Hal ini kerana, sastera adalahkarya-karya yang direka dan
dihasilkan bukan setakat untuk hiburan dan jenakasemata-mata. Sebenarnya karya-karya
sastera sarat dengan mesej-mesej yangtersirat yang perlu difahami dan dihayati oleh orang
ramai. Persepsi masyarakatyang mengatakan bahawa karya-karya sastera adalah sudah
lapuk dan tidak sesuaidengan peredaran zaman perlu diperbetulkan kerana ternyata mesej-
mesej dalamsetiap karya tersebut masih sesuai dipraktikkan pada zaman ini. Malah,
sekiranyapengajaran kesusasteraan ini dapat diaplikasikan dengan baik dan
berkesan,masyarakat Melayu bakal menjadi masyarakat yang penuh dengan nilai-nilai
budayadan estetika yang tinggi.
13. 13. Kepentingan pengajaran Komsas ini kepada murid bukan setakat terbataspada nilai-nilai
murni dan pengenalan kepada karya-karya klasik, bahkansebenarnya pengajaran sastera
mampu membantu murid-murid dan orang lainmeningkatkan kemahiran dan
perbendaharaan kosa kata mereka. Dalam karyasastera itu sendiri, terdapat banyak
perkataan-perkataan yang jarang digunakandalam seharian hidup kita. Kita berasa janggal
untuk menggunakan perkataantersebut sedangkan perkataan itu sebenarnya wujud dan
sering digunakan dalambidang-bidang lain. Rancangan pengajaran harian (RPH) adalah
satu rancangan pengajaranyang wajib disediakan oleh semua guru-guru. Melalui kerja
kursus ini juga, sayaturut mendapat pendedahan tentang cara membuat RPH dan mengajar
matapelajaran kesusasteraan dengan mengaplikasikan pendekatan, kaedah dan teknikyang
telah saya pelajari. Selain itu, kolaborasi dan kerjasama antara saya danrakan-rakan saya
Aminuddin dan Izzul Imran membuatkan RPH yang disediakankelihatan begitu menarik dan
menyeronokkan. Selain itu, gandingan idea-ideadaripada kami bertiga juga membuatkan
RPH tersebut menepati kehendak soalankerja kursus ini. Setiap langkah yang dirancang
dalam RPH tersebut menerapkanunsur-unsur dan nilai-nilai yang boleh mencapai tujuan
sebenar pengajaran Komsasdiwujudkan di sekolah. Kemahiran-kemahiran dan pengetahuan
ini seharusnyadiketahui dan dikuasai oleh semua guru-guru khususnya yang mengajar
BahasaMelayu kerana bukan sahaja mampu menjadikan sesi pengajaran dan
pembelajaranmenyeronokkan, bahkan juga mampu menjadikan pengajaran mencapai
objektifdengan lebih berkesan. Akhir sekali, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah
S.W.T ataskeizinan-Nya, saya bersama-sama ahli kumpulan saya dapat menyiapkan
kerjakursus ini dengan baik. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepadarakan
sekumpulan saya kerana memberikan kerjasama yang padu sepanjangproses menyiapkan
kerja kursus ini. Terima kasih juga kepada pihak-pihak lain yangmembantu sama ada secara
langsung mahupun tidak.
14. 14. BibliografiKamarudin Hj. Husin (1988) Kaedah Pengajaran Kesusasteraan. Petaling
Jaya.Penerbit Fajar Bakti(Naffi Mat (2006), Glosari Pengajian Melayu). Pulau Pinang. Cerdik
Publiction Sdn.Bhd.Mina Sikana (1998) Kritkan Sastera Moden, Teori dan Pendekatan. Shah
Alam.Penerbit Fajar Bakti

You might also like