You are on page 1of 8

TEKS MAJLIS PERTANDINGAN PUISIDRA L: Mengumumkan ketibaan _________________________________ Ketua Jabatan Pengajian Melayu Institut Perguruan Kuala Terengganu

diiringi barisan pensyarah masuk ke majlis. Bismillahirrahmanirrahim Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera Selamat datang ke Pertandingan Puisidra sempena Minggu Bahasa Melayu Institut Perguruan Kuala Terengganu. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia dan inayah-Nya dapatlah kita bersama-sama sebulat hati berkumpul untuk menyaksikan Pertandingan Puisidra pada petang ini.

P: Terbang tinggi si burung gagak, Singgah bertenggek di pohon meranti, Sebelum langkah kian berganjak, Bacaan doa kita hayati. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini majlis dengan sukacitanya menjemput saudara ___________________________________untuk bacaan doa dan bagi yang bukan Islam dengan cara masing-masing. L: Jutaan terima kasih diucapkan kepada saudara _________________________ dari unit __________________ atas bacaan doa sebentar tadi.

P: Hadirin yang dihormati sekalian, Sebelum pertandingan bermula eloklah terlebih dahulu saya membacakan syarat-syarat dan peraturan pertandingan puisidra pada petang ini. L: Membuka tirai pertandingan puisidra pada petang ini. Majlis menjemput kumpulan pertama _______________________________ untuk mempersembahkan persembahan mereka dengan tajuk ___________________________________. Dipersilakan. P: Begitulah persembahan yang telah dipersembahkan oleh unit ______________________

Seterusnya persembahan diteruskan dengan menjemput kumpulan kedua ______________________________ untuk mempersembahkan puisidra mereka dengan tajuk ___________________________. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. L: Begitulah persembahan yang dipersembahkan oleh unit __________________________. Melangkah ke agenda yang seterusnya , majlis sukacitanya menjemput kumpulan ketiga kumpulan ______________________________ untuk mempersembahkan persembahan mereka yang bertajuk ______________. Dipersilakan P: Tarima kasih diucapkan kepada unit _________________________ atas persembahan mereka sebentar tadi. Majlis diteruskan lagi dengan kumpulan keempat ____________ yang akan mempersembahkan puisidra mereka yang bertajuk__________________.Dipersilakan.

L: Terima kasih diucapkan kepada unit ____________________ atas persembahan sebentar tadi. Tanpa kita sedari kini tibalah kita ke persembahan yang terakhir dari kumpulan kelima _______________________ yang akan mempersembahkan puisidra mereka yang bertajuk _____________________________. P: Begitulah persembahan dari unit _____________________________ sebentar tadi. Hadirin yang saya muliakan, Sementara menanti para hakim untuk mengira markah marilah kita bersama-sama berhibur dengan sebuah persembahan lagu rakyat yang akan dipersembahkan oleh para pelajar dari unit ___________________________.

L: Ribuan terima kasih diucapkan kepada unit _______________________ atas persembahan mereka sebentar tadi. Kini tibalah kita ke acara kemuncak, saat yang dinanti-nantikan oleh semua kumpulan yang menyertai pertandingan puisidra pada petang ini. P: Oleh itu, tanpa membuang masa majlis dengan bangganya mempersilakan _____________________________ Ketua Jabatan Pengajian Melayu Institut Perguruan Kuala Terengganu diringi oleh ___________________________ untuk upacara penyampaian hadiah.

L: Dengan berakhirnya penyampaian hadiah sebentar tadi maka berakhirlah Pertandingan Puisidra kita pada petang ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru pelatih PISMP Semester 2 yang telah menjayakan pertandingan puisidra sempena Minggu Bahasa Melayu kali ini dan kepada pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam majlis ini. Kita akhiri majlis kita pada petang ini dengan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr dan bagi yang bukan Islam dengan cara masing-masing. Yang kurik itu kendi, Yang merah itu saga, Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa. Sekian, terima kasih Majlis Bersurai

You might also like