You are on page 1of 4

Nota wacana

1. 1. PENGENALANWacana merupakan sebuah kesatuan lengkap melebihi batas-batas ayat.


Dalambidang penulisan, wacana dianggap dapat memenuhi sesebuah ciri penulisan
yanglengkap. Ini kerana, wacana menyediakan kesemua ciri yang melengkapi bagisesebuah
penulisan. Di dalam wacana, terkandung koheren dan kohesi di sampingkewujudan
penanda-penanda wacana tertentu bagi menghasilkan sesebuahpenulisan yang lengkap.
Tuntasnya, kewujudan wacana menentukan kelangsungansesebuah penulisan yang baik
dan bermutu.

2. 9.1 Definisi WacanaKAMUS DEWAN EDISI BARU (1993), menjelaskan wacana bererti:-
Ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan -
Keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu Bahasa

3. Kesimpulan daripada takrifan-takrifan di atas terdapat lapan unsur penting wacana , iaitu:
1. Satuan Bahasa
2. Terlengkap / terbesar / tertinggi kedudukannya
3. Mengatasi ayat / klausa
4. Teratur / tersusun rapi / rasa koheren (kepautan)
5. Berkesinambungan
6. Rasa kohesi (kesepaduan)
7. Dalam bentuk lisan / tulisan
8. Mempunyai permulaan dan penutup

4. Ciri-ciri Wacana :
1. Mempunyai koheren (pertautan: ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan laindan
isi dengan isi yang lain.
2. mempunyai kohesi (kesepaduan): ketepatan seluruh isi-isi yang dikemukakan
fokuskepada tajuk atau isu yang diketengahkan.
3. mempunyai tujuan bagi menentukan jeniswacana,penggunaan ayat.
4. Bermaklumat: tiap-tiap ayat mesti mempunyai maklumatbaru yang tidak terdapat dalam
ayat sebelumnya.
5. Diterima khalayak/audiens:penerimaan tinggi jika pembaca atau pendengar memahami
sepenuhnya wacana itu danmempunyai tujuan yang sama.
6. Berlandaskan hubungan: penutur dengan pendengar, penulis dengan pembaca.
7.Mempunyai andaian dan inferens: inferens memberikan maklumat baru kepada andaian.
8. Mempunyai gaya: bersahaja atau tidak bersahaja, rasmi atau tidak rasmi,mempengaruhi
pemilihan laras bahasa, ayat, penggunaan dialek.
9. Mesti memasukkanmaklumat yang tidak berlawanan dengan logik akal dan tidak
bertentangan denganmaklumat yang ada dalam ayat sebelumnya.

AKTIVITI 9.2
Buat perbincangan berikut:
1. Ciri-ciri wacana yang paling dominan dalam melakari penulisan yang baik.

9.3 Jenis-jenis Wacana


1. Berdasarkan media penyampaian: wacana lisan dan tulisan
2. Berdasarkan pengungkapan: wacana langsung dan tidak langsung
3. BerdasarkanJenis-jenis Wacana
1. Berdasarkan media penyampaian: wacana lisan dan tulisan
2. Berdasarkan pengungkapan: wacana langsung dan tidak langsung
3. Berdasarkan bentuk: wacana prosa, puisi dan dramaiWacana adalah satuan bahasa yang
lengkap sehingga dalam hirarki gramatikal
merupakan satuan gramatikal tertinggi atau terbesar. Sebagai satuan bahasa yanglengkap,
terdapat konsep, gagasan, fikiran atau idea yang utuh, yang boleh difahami olehpembaca
dan pendengar tanpa sebarang keraguanpun.

Ini bererti wacana dibentuk dariayat atau ayat-ayat yang memenuhi syarat gramatikal, serta
syarat kewacanaannya yanglain. Pensyaratannya akan dapat dipenuhi sekiranya wacana itu
sudah terbina yangdisebut kekohesian, iaitu adanya keserasian hubungan antara unsur-
unsur yang ada dalamwacana tersebut.

Apabila wacana itu kohesif, akan terciptalah kekohesian iaitu isi wacanayang
benar.Contohnya:Fadil dan Nizam pergi ke kedai buku. Dia ingin membeli Kamus Dewan
yang terbaharu.

Wacana itu tidak kohesif kerana kata ganti nama diri dia tidak jelas untuk
menunjukkankepada siapa, sama ada Fadil atau Nizam yang ingin membeli kamus tersebut
atau perkataan dia itu merujuk kepada kedua-duanya sekali.

Jika ayat tersebut ingin ditujukankepada kedua-duanya seharusnyalah perkataan dia


digantikan dengan perkataan mereka.Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa wacana itu tidak
koherens.

Alat Wacana
Sesuatu wacana akan disebut baik sekiranya wacana itu kohesif dan koherens.Untuk
mendapatkan wacana yang kohesif dan koherens,ia dapat digunakan denganpelbagai alat
wacana, baik yang berupa aspek gramatikal maupun yang berupa aspek semantik atau
gabungan kedua-dua itu sekali. Alat-alat gramatikal yang dapatdigunakan untuk membuat
sebuah wacana menjadi kohesif antaranya ialah:
Pertama penghubung ialah alat untuk menghubungkan bahagian-bahagian ayat atau
menghubungkan perenggan dengan perenggan yang lain. Dengan itu
penggunaan kata hubung ini menjadi ayat lebih eksplisit dan menjadi jelas jikadibandingkan
dengan ayat tanpa kata hubung seperti ayat:
Suami sakit. Isteri meninggal dunia.

Pada wacana ini, hubungan antara ayat pertama dan yang kedua tidak jelas.Adakah ia satu
hubungan penambahan, sebab dan akibat atau hubungankewaktuan. Hubungan akan
menjadi jelas sekiranya diberi kata penghubung dan menjadi wacana seperti berikut.

Contohnya:
i) Suami sakit dan isteri meninggal dunia.
ii) Suami sakit kerana isteri meninggal dunia.Suami sakit. Oleh sebab itu isteri
meninggal dunia.
iii) Suami sakit, sedangkan isteri meninggal dunia.Kedua, kata yang menggunakan kata
ganti diri dia, nya, mereka,ini, itu sebagairujukan anafora. Dengan menggunakan
kata ganti diri sebagai rujukan anafora,kalimat yang sama tidak perlu diulang.
Melainkan digantikan dengan kata ganti diriitu. Dengan itu ayat-ayat itu saling
berhubungan.
iv) Contohnya
i) Pelajar-pelajar tingkatan lima mula memasuki dewan peperiksaan.
ii) Mereka tenang untuk menjawab soalan peperiksaan.
iii) Fadil lemas di sungai. Beberapa orang cuba untuk menyelamatkannya.
iv) Awan tebal menutupi langit. Itu tanda hari nak hujan.Ketiga, menggunakan
ellipsis, iaitu menghilangkan beberapa bahagian tertentu yangsama yang terdapat
ayat yang lain. Dengan ellipsis, kerana tidak diulang bahagianyang sama. Dengan
itu, wacana itu kelihatan lebih efektif, dan penghilangan itusendiri menjadi alat
penghubung dalam wacana tersebut.Contohnya:
5. 4. Kawan saya berbaju biru itu namanya Fadil, dia berasal dari Perak. Yang di hujungsana
namanya Nizam berasal dari Kuala Lumpur. Dan yang gadis itu bernama Noraberasal dari
Pulau Pinang.Tanpa ellipsis wacana tersebut kelihatan tidak efektif, kerana terlalu
banyakmenggunakan kata, dan kelihatan tidak ada perhubungan antara ayat yang
satudengan yang lain. Setiap ayat tersebut berdiri dengan sendirinya.PENANDA
PENGHUBUNGSelain dari keupayaan gramatikal, sesebuah wacana yang kohesif dan
koherendapat juga dibuat dengan bantuan pelbagai aspek semantik. Antaranya:Pertama,
menggunakan kata hubung pertentangan pada ayat yang kedua yangterdapat di dalam
wacana itu. ContohnyaSemalam hari hujan dengan lebat sekali. Hari ini cerah pula.Wacana
dan Laras Bahasa|Kedua, menggunakan hubungan generik-spesifik atau spesifik generik
contohnyaKerajaan telah cuba untuk menambah bilangan kenderaan awam dan sedaya
upayamengurangkan jumlah bilangan kenderaan peribadi.Ketiga, menggunakan hubungan
antara ayat antara kedua-dua ayat tersebut.ContohnyaLapar sungguh lagaknya, seperti
seminggu tidak makan.Keempat, menggunakan hubungan sebab-akibat, contohnyaDia
malas. Seringkali dia ponteng kelas. Wajarlah jika ia gagal dalam peperiksaan.Kelima,
menggunakan hubungan tujuan di dalam isi sesebuah wacana, contohnyaKelima-lima orang
anaknya telah bersekolah. Dia tidak mahu terjadi seperti dirinya.Keenam, menggunakan
hubungan rujukan yang sama pada ayat atau pada dua ayatdalam satu wacana.
ContohnyaKebakaran sering terjadi di Kuala Lumpur.Ia tidak mengira waktu sama ada
siangatau malam.
6. 5. HIERARKI SATUAN WACANA WACANA AYAT KLAUSA FRASA KATA MORFEM
FONEMBerdasarkan rajah di atas, dapatlah disimpulkan bahawa satu tahap yang lebih
kecilakan membentuk satuan yang lebih besar. Dengan itu fonem akan membentukmorfem
lalu morfem akan membentuk kata kemudian kata akan membentuk frasaselanjutnya frasa
membentuk klausa. Klausa seterusnya membentuk ayat. Danakhirnya ayat akan membentuk
wacana.Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadikomponen
yang penting bagi wacana. Fonologi merupakan kajian mengenaifonem sebagai unit bahasa.
Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai unit bahasa,binaan serta konstruksinya.
Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidangini hanya menjamin kebolehan
menggunakan sistem dan peraturan-peraturantatabahasa sahaja. Tingkat-Wacana dan
Laras Bahasa|tingkat fonem, morfem,kata. frasa, klausa, dan ayat merupakan peringkat
bentuk; manakala wacanamerupakan peringkat fungsi.Sesuatu wacana merangkumi:i.
keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan,percakapanii.
kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah)atau
tulisan (seperti surat, aartikel, novel, cerpen).Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . Ia
melebihi tingkat ayat.Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks
seperti berikut:a. pendahuluanb. tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-
unsur paralinguistik (tandabacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)
7. 6. c. penutupd. graf, jadual, peta dan statistik.KOHESI DAN KOHERENKohesi merupakan
hubungan perkaitan antara proposisi yang dinyatakan secaraeksplisit oleh unsur gramatikal
dan semantik dalam ayat yang membentuk wacana.Contoh:(a) Apakah yang dilakukan oleh
Ahmad?(b) Dia memukul anaknya.(c) Apakah yang dilakukan oleh Ahmad?(d) Jahanam itu
memukul anaknya.Proposisi dalam ayat (a) berkait dengan proposisi dalam ayat (b), dan
perkaitan itudiwujudkan dalam bentuk penggunaan kata ganti nama dia yang merujuk
Ahmad.Pada ayat (d), perkaitan itu dinyatakanWacana dan Laras Bahasa| 9dengan frasa
jahanam itu yang dalam konteks normal mempunyai rujukan yangsama, iaitu Ahmad.
Perkaitan itu juga dapat dilihat pada kata kerja dilakukan danmemukul yang mempunyai
kesinambungan makna.Kohesi biasanya diwujudkan melalui penggunaan kata yang
maknanya berbedadengan makna kata yang ditujukkannya. Yang penting, kata yang
digantikan dankata pengganti menuju pada rujukan yang sama. Contoh:(a) Anak penyair
terkenal itu semakin besar. Gadis itu kini belajar di sekolah asramapenuh.(b) Pak Abu telah
turun ke laut pada waktu subuh lagi. Nelayan yang rajin dan gigihitu bekerja dengan tidak
mengenal jemu.Anak penyair terkenal itu dan gadis itu mempunyai rujukan yang sama.
Hubungan inidikatakan kohesi, dan kerananya juga mewujudkan koherensi. Demikian juga
PakAbu dan nelayan memiliki acuan yang sama. Sehingga dapat dirumaskan bahawaPak
Abu dan nelayan ialah orang yang sama. Ini dibantu pula oleh kehadiran katalain seperti laut
yang membawa implikasi bahawa orang yang turun ke laut padawaktu subuh untuk
menangkap ikan ialah nelayan.
8. 7. Koheren juga merupakan perkaitan antara proposisi, tetapi perkaitan itu tidak
secaraeksplisit (nyata) dapat dilihat daripada ayat yang mengungkapkannya. Contoh:(a)
Angkat telefon itu, Jef!(b) Aku sedang mandi, Mat!(c) OK!Dalam wawancara di atas (a), (b)
dan (c), perkaitan antara proposisi tetap wujud,tetapi tidak secara nyata memperlihatkan
perkaitan gramatikal atau semantik.Ayat (b) dapat ditafsirkan sebagai bentuk pendek
daripada ayat Aku sedang mandi,Mat!. Oleh itu, aku tidak dapat menjawab telefon itu.
Sementara ayat (c) dapatditafsirkan sebagai OK! Kalau begitu, biar aku sahaja yang
menjawabnya.Perbezaan Kohesi dan KoherenPerbedaan antara kohesi dengan koheren itu
menunjukkan bahawa terdapatwacana yang sekali gus hadir kohesi dan koherensi. Dan
terdapat juga wacana yanghadir koherensi, tetapi tidak kohesi. Sesuatu wacana tidak
mungkin kohesi tanpakoherensi. Untaian ayat yang kohesi tetapi tidak koherensi tidak
mungkinmembentuk suatu wacana. Contoh:(a) Siapakah yang dipukul oleh Ali?(b) Ali
memukul budak kecil itu.Wacana dan Laras Bahasa| 10Ayat (a) dan ayat (b) menunjukkan
bahawa terdapat perkaitan antara gramatisdengan semantik. Tetapi tidak koherensi kerana
fokus pertanyaan ayat (a) ialahsiapa. Oleh itu, jawapan yang diharapkan ialah orang yang
dipukul Ali. Dalamkeadaan biasa, ayat (b) seharusnya berbunyi budak kecil itu (yang dipukul
oleh Ali),dan bukannya Ali memukul budak kecil itu.Anafora dan Catáfora
9. 8. Anafora dan katafora ialah sejenis hubungan atau pertautan dalam wacana.Anafora ialah
hubungan antara kata ganti nama yang mengaju kepada kata sebenar.Contoh:(a) Apakah
yang dipandang oleh emak?(b) Dia memandang bulan di langit.Dalam ayat di atas, dia
mengaju kepada kata emak.Katafora ialah hubungan antara kata ganti nama dengan nama
sebenar yangmengikutinya. Contoh:(a) Dengan keretanya itu, Halimah menjelajah
Malaysia.(b) Halim membeli motosikal baharu, dan dengan motosikalnya itu,Busro diajak
mengelilingi bandar Kajang.Dalam ayat (a), kata ganti nya mengacu kepada kata berikutnya,
iaitu Halimah.Dalam ayat (b), kata ganti nya tidak mengacu kepada Busro, tetapi Halim.
Inidinamakan hubungan anafora. Laras BahasaLaras bahasa dikaitkan dengan kesesuaian
dengan bidang dan situasi bahasa ataukonteks pengucapan.Laras bahasa boleh ditakrifkan
sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasamengikut bidang sesuatu wacana
digunakan..Wacana dan Laras Bahasa|Contoh dalam bidang agama, politik, sains, sukan
dan sebagainya.Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan.Laras juga
dipengaruhi oleh tatabahasa.Contoh: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat bias dan ayat songsang,
dan panjang pendekayat akan menghasilkan laras yang berbeza.Terdapat tokoh bahasa
yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi.Misalnya Halliday melihat laras
daripada tiga dimensi, iaitu tajuk wacana, carapenyampaian, dan gaya penyampaian. Tiga
Dimensi

You might also like