You are on page 1of 34

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2

1.0 PENGENALAN
Wacana berasal daripada perkataan bahasa Jawa, iaitu wocono. Wocono pula diperolehi daripada woco yang bermaksud baca. Dalam bahasa Inggeris, discourse berasal daripada bahasa Latin, iaitu discursus yang bermakna larian ke dan dari. Menurut Chafe, beliau mengatakan bahawa wacana digunakan dengan pelbagai maksud oleh pelbagai pengkaji. Tetapi, pada umumnya wacana dilihat sebagai sesuatu yang melampaui sempadan ayat yang terpisah-pisah. Wacana dan teks digunakan saling bertukar ganti, dan kedua-duanya merujuk kepada unit bahasa yang lebih besar daripada ayat. Menurut beliau lagi, wacana merujuk kepada kajian tentang unit tersebut, cabang linguistik yang setara dengan cabang yang lain seperti morfologi atau sintaksis. Dapat disimpulkan di sini bahawa wacana sebagai unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Sebagai unit bahasa yang tertinggi, wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa. Secara umumnya wacana dapat dikaitkan dengan tiga kategori besar iaitu melampaui ayat, penggunaan bahasa dan juga amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan bukan tentu bahasa. Dalam bahasa Melayu, terdapat tujuh jenis wacana iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks. Sebuah wacana yang baik akan memenuhi kesemua ciri-ciri wacana yang telah dikemukakan. Selain itu, wacana juga terbahagi kepada dua jenis iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan iaitu melibatkan hubungan pembicara dan pendengar tetapi tidak melibatkan penulis. Manakala wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang melibatkan hubungan antara yang melibatkan antara penulis dan pembicara. Setiap wacana mempunyai penanda yang dikenali sebagai penanda wacana. Penanda wacana ialah digunakan bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dan frasa. Secara umumnya penanda wacana dalam bahasa melayu terdiri daripada penanda leksikal, penanda rujukan, penanda penghubung, penanda penggantian dan penanda elipsis atau pengguguran Antara fungsi penanda wacana ialah sebagai tambahan, urutan, penyataan semula, untuk menunjukkan sebab, kesan waktu dan tempat serta berfungsi untuk membuat bandingan serta rumusan sesuatu wacana. Penanda wacana amat penting kepada sesuatu wacana kerana tanpa penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU 1

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


1.1 TAKRIF WACANA
Dalam linguistik bahasa Melayu, istilah umum yang sering digunakan bagi mentakrif wacana ialah unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan tertinggi yang melampaui ayat. Wacana adalah tumpuan makna yang terdapat dalam sesebuah ayat atau serumpun ayat. Wacana adalah unit yang lebih besar daripada ayat. Wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, dialog, bab, buku dan sebagainya yang memerplihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1993), perkataan wacana bermaksud ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur merupakan suatu kesatuan. Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Wacana adalah penting sebagai kesinambungan cerita dengan bahasa yang mudah dan kesinambungan ini ditunjang oleh jalinan maklumat. Berdasarkan erti perkataan wacana di atas, kita dapat disimpulkan bahawa perkataan wacana itu sama dengan perkataan ucapan yang utuh untuk wacana lisan, dan karangan yang utuh untuk wacana tulisan dalam pengajaran bahasa Melayu sebelum ini. Dalam bidang pendidikan Bahasa Melayu pula telah diperjelaslkan beberapa definisi tentang wacana. Dari segi hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat yang tertinggi, iaitu hadir selepas tingkat ayat. Tatatingkat bahasa ini ditunjukkan dalam rajah seperti berikut :

Wacana Ayat Klausa Frasa Kata Morfem Fonem

TATATINGKAT BAHASA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU 2

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


Menurut Asmah Haji Omar (1986) dalam buku Asas Kemahiran Berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, beliau berpendapat wacana ialah penglahiran sistem bahasa dan unsur-unsur lain sistem bahasa yang membantu ke arah menjadi pertuturan ataupun tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam aktiviti komunikasi. Menurut beliau lagi, wacana tidak mempunyai satu-satu jenis ayat yang terdiri dengan utuhnya tanpa dipengaruhi oleh proses-proses kelahiran ayat. Hal ini bermakna bahawa ayat yang selalu didapati dalam struktur dan sistem adalah secara teratur. Asmah telah membezakan ayat sistem daripada ayat wacana. Ayat sistem adalah ayat atau tutur yang dikeluarkan dan diasingkan dari konteks wacana, manakala ayat wacana yang juga disebut ayat teks adalah ayat yang betul-betul terdapat dalam wacana teks dan wacana lisan. Manakala tokoh bahasa Stubbs (1983) dalam buku Bahasa Melayu II juga memberi pandangan terhadap makna wacana. Beliau telah mendefiniskan wacana sebagai kesatuan bahasa yang lengkap, yang lebih besar daripada ayat, sama ada disampaikan secara lisan atau tulisan. Wacana ialah rangkai ayat yang setara, yang menghubungkan sesuatu proposisi dengan proposisi yang lain dan sesuatu ayat dengan ayat yang lain untuk membentuk satu kesatuan. Selain itu, Harimurti Kridalaksana (1984) pula mentakrifkan wacana sebagai kesatuan bahasa yang lengkap dan dalam hierarki tatabahasa, wacana merupakan kesatuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, siri ensiklopedia, perenggan, ayat atau kata yang membawa amanat yang lengkap. Sehubungan dengan itu, Anton M.Moeliono (1995) turut mendefinisikan wacana adalah rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuklah makna yang serasi di antara kalimat itu. Henry Guntur Tarigan pula menegaskan bahawa wacana ialah satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis. Daripada takrif di atas, maka kita dapat rumuskan wacana merupakan satu bentuk tindakan penggunaan bahasa. Kini, banyak ahli bahasa berpendapat bahawa huraian bahasa yang berasakan aliran struktural dan transformasi generatif adalah tidak lengkap kerana huraian mereka berakhir pada tahap ayat sahaja sedangkan penggunaan bahasa yang sebenarnya sering melebihi batas ayat. Oleh itu, huraian bahasa sewajarnya dilanjutkan hingga tahap wacana. Sehubungan dengan itu, kemampuan menghasilkan wacana menjadi kayu ukur terhadap kecekapan berbahasa seseorang. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU 3

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


1.2 CIRI-CIRI WACANA
Sebagai unit bahasa yang lengkap, wacana mempunyai beberapa ciri penting. Menurut Beaugrande dan Dressler (1981), terdapat tujuh ciri-ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh. Antara ciri tersebut adalah seperti yang berikut :

Tautan Interteks Runtutan

CIRI-CIRI
Keadaan

WACANA

Tujuan

Maklumat

Penerimaan

1.2.1 TAUTAN Tautan atau kohesi merujuk kepada keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap. Keserasian hubungan ini biasanya dapat dilihat melalui hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat lain yang terdapat dalam wacana tersebut. Tautan penting bagi mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk satu kesatuan. Selain itu, kohesi juga merujuk kepada idea atau esei yang dijalin rapi hingga bersepadu. Aspek tautan dapat dilihat dalam sesuatu wacana melalui penggunaan unsur rujukan, ellipsis(penghilangan, penghubung dan leksikal. Misalnya penggunaan kata hubung dan ganti nama. Contohnya: 1. Abu, Ali dan Amin ke kolam.

2. Mereka ke sana untuk memancing ikan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


Dalam contoh di atas, terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. Ganti nama (GN) mereka dalam ayat kedua merujuk kepada Rozana, Siti dan Zubaidah, sementara sana merujuk kepada hospital. Oleh itu, kedua-dua ayat yang mempunyai tautan ini dianggap sebagai wacana. Tambahan pula, kedua-dua ayat ini bermakna dan difahami.

1.2.2 RUNTUTAN Runtuan atau koheren merujuk kepada kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna. Oleh itu, runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai makna. Misalnya: Penyakit sindrom kurang daya tahan atau Aids bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah Negara di Eropah. Walaupun bidang sains dan teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi.

Contoh di atas telah menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan Aids, gejala, penyakit dan masalah ini. Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat tersebut bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna. Kebanyakan wacana mempunyai tautan untuk menjadikannya runtut. Walau bagaimanapun, teks yang bertaut tidak semestinya runtut. Sebagai contoh: Gadis itu membawa beg bewarna biru. Warna biru ialah warna kegemaran adik. Adik suka main bola.

Berdasarkan teks di atas, setiap ayat mempunyai tautan. Tetapi teks tersebut tidak merupakan wacana kerana teks tersebut tidak bermakna dan tidak difahami. Malahan, teks tersebut tidak mempunyai kesinambungan idea atau tidak koheren. Oleh itu, untuk menghasilkan wacana, sesuatu teks itu perlulah koheren atau runtutan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


1.2.3 TUJUAN Menunjukkan wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan mesti mempunyai tujuan. Tujuan sesuatu wacana ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya. Tujuan dalam wacana penting unutk menimbulkan interaksi yang komunikatif. Tujuan juga menentukan jenis wacana yang digunakan. Misalnya, jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat Tanya, tetapi sekiranya seseorang itu ingin menyatakan atau menerangkan sesuatu, ayat yang digunakan ialah ayat penyata.

1.2.4 PENERIMAAN Penerimaan merujuk kepada sesuatu wacana sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan, perlu mempunyai pendengar atau pembaca. Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana. Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Oleh itu, tahap penerimaan adalah tinggi apabila tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan.

1.2.5 MAKLUMAT Setiap wacana harus mempunyai maklumat. Maklumat boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu maklumat lama dan maklumat baharu. Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan pada peringkat awal dan diulang semula dalam konteks yang berikutnya, manakala maklumat baharu ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan anggapan pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini. Contohnya: Muhammad memandu Van. Van itu kepunyaan Hassan.

Van itu dalam ayat (2) merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya, manakala kepunyaan Hassan merupakan maklumat baharu kerana maklumat itu baru sahaja diketahui oleh pendengar atau pembaca. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU 6

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


1.2.6 KEADAAN Ciri yang seterusnya ialah keadaan. Keadaan ialah latar sewaktu bahasa itu digunakan, dan membantu pendengar atau pembaca memahami sesuatu wacana. Dalam kehidupan seharihari terdapat pelbagai jenis latar, misalnya latar rumah tangga, latar tempat kerja, latar tempat membeli-belah, latar berekreasi, latar beribadat, dan bermacam-macam lagi. Setiap latar menghasilkan wacana tersendiri. Setiap wacana perlu dikaji kaitan dan kedudukan penutur dalam masyarakat secara amnya yang akan menentukan gaya wacana sama ada berbentuk formal atau tidak formal. Hubungan ini menghasilkan kesan dialek sosial dalam pertuturan. Biasanya, wacana harus ada tujuan yang menentukan sesuatu jenis ayat. Misalnya, jika tujuan penutur adalah untuk melaksanakan sesuatu perbuatan , jenis ayat yang terbentuk ialah ayat perintah. Begitu juga jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan jawapan, maka ayat yang terbentuk ialah ayat tanya. Contohnya : Kelmarin dia tidur sehari suntuk. Kelmarin dia tidur sehingga jam 9.00 pagi.

Dalam wacana perlu ada unsur-unsur susun atur menurut sebab, akibat, tempat, waktu, keutamaan dan sebagainya. Tegasnya, ayat-ayat itu harus mempunyai urutan yang berkait rapat.Berkaitan dengan faktor untuk menjadikan sesuatu wacana itu relevan dengan situasi ujaran. Sesuatu wacana yang diujarkan perlulah sesuai dengan keadaan. Oleh itu, untuk menjadikan sesuatu wacana itu sesuai dengan keadaan pemilihan perkataan, frasa atau ayat adalah penting.

1.2.7 INTERTEKS Interteks merujuk kepada sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lain. ini bererti wacana-wacana lain juga memainkan peranan yang penting untuk membantu seseorang memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah. Oleh itu, kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang sedang dibaca atau didengarnya itu.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


1.3 PENANDA WACANA
Penanda wacana merupakan kata-kata dan rangkai kata atau frasa yang menunjukkan pertalian, hujah dan buah fikiran. Penanda wacana boleh digunakan sebagai kata, ayat dan satuan-satuan yang lebih besar. Penanda wacana boleh digunakan sebagai kata, ayat dan satuan-satuan yang lebih besar untuk memantapkan lagi keutuhan wacana bagi mengaitkan perenggan dengan perenggan. Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006), Penanda wacana dalam bahasa Melayu terdiri daripada lima jenis, iaitu : 1.3.1 PENANDA PENGHUBUNG Penanda penghubung merujuk kepada perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain dalam wacana. Penanda penghubung berfungsi

sebagai penjalin unsur-unsur linguistik seperti perkataan, frasa atau ayat yang terdapat dalam sesebuah wacana. Penanda penghubung dikategorikan kepada empat jenis, iaitu : Penghubung Tambahan Penghubung tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan terhadap sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Antara penghubung tambahan dalam bahasa Melayu ialah dan, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu dan selanjutnya. Contohnya : Para penjual tidak mementingkan penggunaan bahasa lisan yang baik apatahlagi yang bermutu tinggi. Contoh penghubung tambahan yang lain adalah seperti yang berikut : Selanjutnya Seterusnya Selain itu Di samping itu Sehubungan dengan itu Begitu juga Lebih-lebih lagi Tambahan pula Bahkan Lagipun Dalam hal ini Tegasnya

Penghubung Tentangan Penghubung tentangan ialah penghubung yang menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu ayat yang baru diperkatakan dengan ayat sebelumnya dalam sesebuah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


wacana. Antara contoh penanda penghubung tentangan ialah tetapi, sebaliknya, namun dan walaubagaimanapun. Contohnya : Amerika merupakan sebuah Negara yang kaya berbanding dengan Afrika sebuah Negara yang miskin. Selain daripada penghubung tentang di atas, terdapat lagi contoh lain seperti yang berikut : Namun begitu Namun demikian Akan tetapi Bagaimanapun Sungguhpun begitu Sebaliknya Sama ada Walaupun Tetapi Berbanding dengan Sebenarnya Dalam masa yang sama

Penghubung Musabab Seterusnya, penghubung musabab adalah penanda wacana yang menunjukkan sebab berlakunya sesuatu. Contoh penanda wacana jenis ini ialah oleh sebab, oleh itu, kerana, disebabkan dan sebagainya. Contoh dalam ayat : Bapanya dahulu memilik dua puluh relung bendang. Enam relung terlepas ke tangan Cina kerana jual-janji. Ayat di atas telah menggunakan penanda penghubung musabab, iaitu kerana yang bermakna untuk menyatakan sebab. Contoh lain yang dikategorikan dalam penghubung musabab adalah seperti beruikut : berdasarkan berpegang pada sekiranya begitu akibatnya dengan syarat jadi oleh yang demikian disebabkan keseluruhannya lantaran oleh sebab itu untuk tujuan itu maka dengan demikian sebagai hasilnya

Penghubung Tempoh Penanda penghubung tempoh ialah penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu. Contoh penanda penghubung tempoh ialah pertama, selepas itu, akhirnya, ketiga, kemudian, selanjutnya dan sebagainya. Contohnya: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU 9

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


Pada peringkat awal pendakian, ramai di kalangan ahli kami yang kepenatan. Kemudian, kami berhenti rehat untuk jangka waktu yang panjang dan selepas itu, kami teruskan pendakian. Akhirnya, berbekalkan semangat juang yang tinggi kami berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu tepat jam 6.30 pagi. Manakala contoh lain yang tergolong dalam penanda wacana jenis ini adalah : Lambat laun Merujuk Berbalik kepada Sementara itu Semenjak Lantas Lama-kelamaan Pada zaman dahulu Pada hari esoknya Kini Mula-mula Pada masa kini

1.3.2 PENANDA RUJUKAN Penanda rujukan menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tunjuk. Penanda rujukan digunakan untuk perkaitan antara bahagian dalam wacana bagi merujuk perkataan atau frasa lain. Berikut adalah contoh penanda rujukan yang menggunakan kata ganti nama diri orang. Rujukan kata ganti nama melibatkan kata ganti nama pertama, kedua dan ketiga. Kata ganti nama diri orang yang digunakan sebagai penanda rujukan dalam contoh ini ialah mereka : a. Wanita sekarang bukan seperti wanita dahulu. Dahulu mereka lebih banyak membantu suami di rumah tetapi sekarang mereka telah tampil ke hadapan untuk memberikan sumbangan dalam pembangunan negara. Manakala kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang membawa maksud menunjukkan benda atau perkara. Dalam bahasa Melayu, penanda jenis ini terdiri daripada ini, itu, sana, sini dan situ. Berikut merupakan contoh penanda rujukan yang menggunakan kata ganti nama tunjuk sini : b. Ini kampung saya. Saya telah tinggal di sini sejak empat puluh tahun yang lalu.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU

10

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


1.3.3 PENANDA PENGGANTIAN Penanda penggantian merujuk kepada proses menggantikan unsur bahasa dengan unsur lain. Penggantian dalam bahasa Melayu dapat terdiri daripada unsur bersifat frasa nama (nominal), frasa kerja (verbal), dan klausa. Penggantian nominal ialah penggantian yang dilakukan terhadap kata nama tau frasa nama, manakala penggantian verbal melibatkan penggantian terhadap kata atau frasa kerja dan penggantian klausa pula melibatkan penggantian sebahagian daripada ayat. Contoh ayat penggantian yang bersifat kata nama atau nominal: a. Jiran kami membeli sebuah kereta baru. Kami juga membeli sebuah. Manakala seterusnya ialah contoh penggantian yang bersifat kata kerja atau verbal : b. Pelajar itu sering melakukan kegiatan ponteng di sekolah. Perbuatan seperti itu menyebabkan dia diberhentikan sekolah. Contoh penggantian ayat klausa adalah seperti berikut : c. Saya sengaja tidak mahu menyiram pokok bunga itu. Nanti baru saya lakukan. Dalam contoh di atas, perkataan lakukan menggantikan sebahagian ayat sebelumnya, iaitu menyiram pokok bunga itu.

1.3.4 PENANDA LEKSIKAL Penanda leksikel melibatkan pertautan antara perkataan atau frasa secara semantik (makna) dalam sesebuah wacana. Penanda leksikal ini melibatkan unsur penggulangan kata. Penggulangan kata yang terlibat ialah penggulangan unsur yang sama, penggulangan sinonim, hiponim, dan kolokasi. a. Pengulangan unsur yang sama bermaksud setiap kata diulang secara penuh tanpa melakukan sebarang perubahan. Contohnya seperti:

Ayah amat menyayangi Ahmad. Kami juga amat menyayanginya.

Dalam ayat di atas, berlaku pengulangan secara penuh bagi perkataan menyayangi. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU 11

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


b. Pengulangan sinonim pula merujuk kepada pengulangan kata yang mempunyai makna yang hampir sama seperti: Suatu ketika dahulu wanita itu amat dikaguminya. Tetapi kini, wanita itu dianggapnya sebagai perempuan murahan. Perkataan wanita dan perempuan merupakan pengulangan kata yang sinonim iaitu sama makna. c. Pengulangan hiponim pula melibatkan hubungan antara makna khusus dan makna yang umum yang mana merangkumi makna yang khusus. Makna yang umum disebut sebagai superordinat manakala makna khusus disebut sebagai hiponim. Contohnya ikan merangkumi makna yang khusus seperti tenggiri, bawal, cencaru, selar dan kembung. Contohnya:

Malaysia telah mengimport pelbagai jenis kasut dari luar negara. Antaranya Adidas, Nike, Power dan Puma.

d. Pengulangan kolokasi pula merupakan pengulangan yang melibatkan kehadiran sekumpulan kata yang saling berkait dengan sesuatu idea, topik, situasi atau sesuatu konteks. Secara amnya, pengulangan kolokasi melibatkan hubungan

leksikal selingkungan seperti perkataan almari, meja dan kerusi dikatakan sebagai perkataan yang berkolokasi kerana perkataan-perkataan ini mempunyai lingkungan yang sama iaitu perabot. Contohnya:

Pembuangan sisa-sisa toksik ke dalam sungai telah menyebabkan pencemaran air. Oleh itu, banyak ikan, ketam dan udang yang mati.

Dalam ayat di atas, kita boleh lihat bahawa ikan dan udang merupakan perkataan yang berkolokasi kerana mempunyai lingkungan yang sama iaitu hidupan air.

1.3.5 PENANDA ELIPSIS ATAU PENGGUGURAN Elipsis melibatkan pengguguran kata, frasa atau klausa yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Pengguguran ini dilakukan kerana pembaca atau pendengar sudah mengetahui maklumat tersebut berdasarkan konteks wacana. Elipsis dapat dikatakan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU

12

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


sebagai penggantian kosong, iaitu sesuatu yang ada tetapi tidak diucapkan atau dituliskan. Contohnya perbualan di bawah : REMAJA A REMAJA B REMAJA A REMAJA B : Sekarang kamu belajar di mana? : Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. : Sejak bila? : Tiga bulan lalu.

Dalam ayat (1) di atas perkataan tidak diulang dalam ayat (2). Walaupun dalam ayat pertama dan kedua menyatakan unsur yang sama tetapi kedua-dua ayat tersebut masih boleh difahami. Penanda elipsis juga terbahagi kepada tiga jenis iaitu pengguguran nomina (kata nama), pengguguran verbal (kata kerja) dan pengguguran klausa.

1.4 KEUTUHAN WACANA


Keutuhan wacana terhasil daripada wujudnya susunan yang berurutan atau teratur dalam sesuatu wacana. Ciri ini sangat penting kerana cirri inilah yang menentukan sesuatu ujaran atau tulisan itu wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur. Terdapat dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang utuh, iaitu 1. Terdapatnya runtutan atau koheren 2. Wujudnya tautan atau kohesi Keutuhan wacana dapat dianalisis daripada wujudnya hubungan daripada aspek semantik, leksikal dan gramatikal antara bahagian dalam sesuatu wacana. 1.4.1 Hubungan Wacana daripada Aspek Semantik Hubungan ini bermaksud hubungan daripada aspek kepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana. Kepaduan makna ini dapat dilihat antara bahagian wacana, keseluruhan wacana, situasi sesuatu wacana, dan unsur-unsur paralinguistik yang terdapat dalam wacana. Hubungan semantik antara bahagian-bahagian wacana. Ini dapat dilihat seperti beserta dengan contohnya : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU 13 berikut

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


a. Hubungan sebab dan tujuan. Contohnya : Guru itu rajin mengajar. Dia mengharapkan semua muridnya lulus cemerlang dalam UPSR.

b. Hubungan sebab dan akibat. Contohnya : Ramli keletihan berlari jauh. Dia pengsan

c. Hubungan sebab dan hasil. Misalnya : Puan Maznah seorang usahawan yang gigih dan berjaya. Dia memiliki sebuah syarikat keselamatan yang terbesar di Malaysia.

d.

Hubungan syarat dan hasil. Misalnya: Murid-murid mesti belajar bersungguh-sungguh. Kesungguhan menghasilkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

e.

Hubungan perbandingan. Contoh: Marsha pintar. kakaknya lebih pintar lagi.

f.

Hubungan latar dan kesimpulan. Contoh: Sajak itu sungguh indah bahasa perbandingannya. Sebenarnya Usman Awang yang menciptanya.

g.

Hubungan memperkuatkan isi. Contohnya: Sungguh sopan pelajar itu. Berbudi bahasa dan lembut tutur katanya.

1.4.2 Hubungan Wacana daripada Aspek Leksikal Hubungan ini dapat dilihat daripada aspek wujudnya pertalian antara perkataan dalam sesuatu wacana. Hubungan leksikal antara bahagian dalam wacana tercapai dengan cara memilih kosa kata yang serasi. Terdapat beberapa cara untuk memperoleh hubungan leksikal. Antaranya ialah :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU

14

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


a. Dengan mengulang kata yang sama. Contohnya : Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek. Setiap dialek mempunyai perbezaan dari segi sebutan dan kosa kata. Dialek bahasa Melayu Johor-Riau berbeza dengsn dialek bahasa Melayu Palembang.

b. Dengan menggunakan sinonim. Contohnya : Sindrom bahasa rojak kini menular dalam masyarakat kita. Gejala ini sungguh membimbangkan para pencinta dan pejuang bahasa Melayu.

c. Dengan menggunakan antonim. Sebagai contoh : Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

d. Dengan menggunakan hiponim. Contohnya : Terdapat pelbagai jenis kasut dijual di dalam kedai itu. Antaranya termasuklah Nike, Adidas, Line 7 dan Puma.

e. Dengan menggunakan kolokasi. Misalnya : Kawasan hutan digondolkan untuk pembangunan. Kini gajah dan harimau kehilangan habitat semula jadi.

1.4.2 Hubungan Wacana daripada Aspek Gramatikal Hubungan daripada aspek gramatikal ialah hubungan wacana yang berkaitan dengan tatabahasa. Antara penanda gramatikal yang mewujudkan keutuhan wacana ialah penanda rujukan, penanda penggantian, elipsis dan penanda penghubung. i. Penanda Rujukan

Penanda rujukan menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tunjuk. Penanda rujukan digunakan untuk perkaitan antara bahagian dalam wacana. Berikut adalah contoh penanda rujukan yang menggunakan kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama diri orang yang digunakan sebagai penanda rujukan dalam contoh ini ialah mereka : a) Wanita sekarang bukan seperti wanita dahulu. Dahulu mereka lebih banyak membantu suami di rumah tetapi sekarang mereka telah tampil ke hadapan untuk memberikan sumbangan dalam pembangunan negara. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU 15

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


Yang berikut ini pula ialah contoh penanda rujukan yang menggunakan kata ganti nama tunjuk : b) Ini kampung saya. Saya telah tinggal di sini sejak empat puluh tahun yang lalu. ii. Penanda Penggantian

Penanda penggantian merujuk kepada proses menggantikan unsur bahasa dengan unsur lain. Penggantian dalam bahasa Melayu dapat bersifat frasa nama (nominal),frasa kerja (verbal), dan klausa. Ini ialah contoh penggantian yang bersifat kata nama atau nominal: a. Jiran kami membeli sebuah rumah baru. Kami juga membeli sebuah. Manakala yang berikut pula ialah contoh penggantian yang bersifat kata kerja atau verbal : b. Pelajar itu sering melakukan kegiatan ponteng di sekolah. Perbuatan seperti itu menyebabkan dia diberhentikan sekolah. iii. Ellipsis

Elipsis melibatkan pengguguran kata, frasa, atau klausa yang telah disebut dalam ayat sebelumnya. Pengguguran ini dilakukan kerana pembaca atau pendengar sudah mengetahui maklumat tersebut berdasarkan konteks wacana. Elipsis dapat dikatakan sebagai penggantian kosong, iaitu sesuatu yang ada tetapi tidak diucapkan atau dituliskan. Contohnya : a. Dia telah sesat, menghilangkan diri, tidak ada sesiapa yang mengambil peduli. iv. Penanda Penghubung

Penanda penghubung merujuk kepada perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain dalam wacana. Penanda penghubung berfungsi menjalinkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, klausa dengan klausa, dan ayat dengan ayat. Perhatikan contoh ayat ini untuk mengetahui bagaimana penanda penghubung menjalin semua yang dinyatakan itu : a) Gejala bahasa rojak turut menular melalui rancangan-rancangan hiburan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU

16

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


2.0 ANALISIS WACANA
Analisis wacana yang ditulis oleh Deborah Tannen mendefinisikan kajian bahasa sebagai kajian yang menjangkau aspek-aspek di luar kalimat ('beyond the sentence'). Hal ini berbeza dengan analisis yang mengkaji bahasa dari sudut gramatikal, kajian tentang hal-hal yang kecil dalam bahasa, seperti kajian bunyi-bunyi bahasa (fonetik dan fonologi), bahagianbahagian kata (morfologi), makna (semantik), dan urutan kata di dalam sintaksis. Penganalisis wacana mengkaji satuan bahasa yang lebih besar dalam ayat yang saling berhubungan sehingga merupakan kesatuan yang utuh.

Crystal (1987) menyatakan fokus analisis wacana adalah pada skruktur yang terdapat dalam bahasa lisan seperti dalam wacana perbualan, temu duga, ucapan dan perbincangan. Analisi teks pula memberi tumpuan pada skruktur bahasa tulisan seperti esei, karangan, surat, notis dan bab. Walaubagaimanapun, kedua-duanya mempunyai ruang lingkup yang sangat luas yang meliputi fungsi komunikatif, sama ada secara lisan atau tulisan.

Pada peringkat ini, penganalisisan wacana dilakukan bagi mengenalpasti dan menghuraikan penanda wacana, ciri-ciri wacana dan memberikan alasan tentang keutuhan wacana berdasarkan petikan rencana pengarang, Chong Sok Fong yang dipetik daripada jurnal Dewan Bahasa bertarikh Julai 2009 yang bertajuk Bahasa Kebangsaan Bahasa Milik Bersama.

Dengan ini, saya sertakan beberapa keutuhan wacana yang dapat dikaji berdasarkan rencana pengarang yang saya pilih. Penggunaan wacana yang baik mempengaruhi rencana itu yang secara langsungnya akan membuatkan gagasan atau rencana itu kelihatan menarik selain dapat difahami dengan mudah dan jelas oleh pembaca.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU

17

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


2.1 ANALISIS CIRI-CIRI WACANA DALAM RENCANA PILIHAN Sebagai unit bahasa yang lengkap, wacana mengandungi beberapa ciri penting. Terdapat tujuh ciri-ciri ketekstualan untuk menghasilkan wacana yang utuh.antaranya ialah tautan, runtutan, tujuan, maklumat, keadaan, penerimaan dan Interteks. Melalui analisis ciri-ciri wacana yang telah dikaji dalam petikan rencana yang bertajuk Bahasa Kebangsaan Bahasa Milik Bersama oleh Chong Sok Fong, terdapat beberapa ciri wacana dalam rencana yang boleh disenaraikan. 2.1.1 WACANA TAUTAN

CONTOH PETIKAN : Sikap negatif yang terpaku dalam minda sesetengah anggota masyarakat Malaysia turut menyumbang kepada keadaan tersebut. Mereka memberikan alasan seperti Im not use to speak in Malay dan alasan bahawa bahasa Inggeris lebih penting. Dalam contoh di atas, terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. Ganti nama (GN) mereka dalam ayat kedua merujuk kepada sesetengah anggota masyarakat Malaysia. Oleh itu, kedua-dua ayat yang mempunyai tautan ini dianggap sebagai wacana. Tambahan pula, kedua-dua ayat ini bermakna dan difahami.

2.1.2

WACANA RUNTUTAN

CONTOH PETIKAN : Oleh itu, bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke institusi yang berkaitan, mereka perlulah mempunyai kemahiran berbahasa kebangsaan. Dasar ini bukan sahaja menjamin pelajar mencapai kemahiran yang diperlukan di universiti, malah memberikan makna dan kepentingan kepada bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pendidikan. Berdasarkan petikan yang dikaji, mempunyai ciri runtutan (koheren) antara ayat pertama yang bermaksud pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke institusi perlulah mempunyai kemahiran berbahasa kebangsaan dan ayat kedua mempunyai pertautan dengan memberikan kebaikan yang lain iaitu menjamin pelajar mencapai kemahiran yang diperlukan di universiti. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU 18

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


2.1.3 WACANA MAKLUMAT

CONTOH PETIKAN : Oleh itu, bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke institusi yang berkaitan, mereka perlulah mempunyai kemahiran berbahasa kebangsaan. Dasar ini bukan sahaja menjamin pelajar mencapai kemahiran yang diperlukan di universiti, malah memberikan makna dan kepentingan kepada bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pendidikan. Merujuk kepada petikan di atas, terdapat maklumat yang baharu iaitu pada ayat kedua untuk frasa pertama, kebaikan pelajar melanjutkan pelajaran di institusi ialah akan menjamin pelajar mencapai kemahiran yang diperlukan di universiti.. Namun pada frasa kedua,

maklumat baharu iaitu memberikan makna dan kepentingan kepada bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pendidikan ditambah selepas dihubungkan oleh penanda wacana malah.

2.1.4

WACANA PENERIMAAN

CONTOH PETIKAN : Kempen yang dilaksanakan seperti Cintailah Bahasa Kita dan Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dan kurang berkesan kerana sambutannya secara bermusim. Ayat dalam petikan di atas menunjukkan ciri wacana yang menekan aspek diterima khalayak iaitu melalui penggunaan bahasa yang mudah difahami oleh pembaca seperti perkataan kempen, sambutan dan sebagainya.

2.1.5

WACANA TUJUAN

CONTOH PETIKAN : Bagi memupuk penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan orang Cina, langkah pertama yang perlu diambil ialah dorongan kepada pelajar bagi membolehkan pembelajaran berlaku dengan berkesan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU

19

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


Berdasarkan ayat di atas, ciri wacana yang dapat dikaji ialah menepati tujuan penulis atau penutur. Contohnya dalam ayat di atas, kita dapat lihat ayat langkah yang diambil kepada pelajar dan tujuannya ialah membolehkan pembelajaran berlaku dengan berkesan .

2.1.6

WACANA INTERTEKS

CONTOH PETIKAN : Oleh itu, bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke institusi yang berkaitan, mereka perlulah mempunyai kemahiran berbahasa kebangsaan. Dasar ini bukan sahaja menjamin pelajar mencapai kemahiran yang diperlukan di universiti, malah memberikan makna dan kepentingan kepada bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pendidikan. Dalam ayat di atas, terdapat wacana berunsur runtutan dan wacana bermaklumat. Hal ini menjelaskan wacana-wacana lain juga memainkan peranan yang penting untuk membantu seseorang memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah.

2.1.7

WACANA KEADAAN

CONTOH PETIKAN : Seorang wartawan mewawancara seorang pemimpin dalam Negara dengan

mengemukakan pertanyaan, Bagaimanakah perasaan tuan tentang kegiatan Bulan Bahasa? Beliau menjawab, I rasa proudlah dengan our Malay society dan I akan support mereka. Setiap wacana perlu dikaji kaitan dan kedudukan penutur dalam masyarakat secara amnya yang akan menentukan gaya wacana sama ada berbentuk formal atau tidak formal. Berdasarkan petikan di atas, gaya formal wujud apabila seseorang wartawan mewawancara seorang pemimpin dalam negara dengan mengemukan soalan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU

20

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


2.2 ANALISIS PENENDA WACANA DALAM RENCANA PILIHAN Penanda wacana merupakan kata-kata dan rangkai kata atau frasa yang menunjukkan pertalian, hujah dan buah fikiran. Penanda wacana boleh digunakan sebagai kata, ayat dan satuan-satuan yang lebih besar. Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006), Penanda wacana dalam bahasa Melayu terdiri daripada lima jenis, iaitu : 2.2.1 PENANDA PENGHUBUNG

Penanda Penghubung berfungsi sebagai penjalin unsur-unsur linguistik seperti perkataan, frasa atau ayat yang terdapat dalam sesebuah wacana. Penanda penghubung terdiri daripada penghubung tambahan, tentangan, musabab, dan tempoh. Melalui analisis yang telah dilakukan dalam rencana bertajuk Bahasa Kebangsaan Bahasa Milik Bersama oleh Chong Sok Fong, terdapat beberapa fungsi penanda penghubung dalam rencana yang hendak disampaikan. i. Penanda Penghubung Tambahan

Penanda wacana jenis ini merujuk kepada perkara tambahan atau perihal selanjutnya kepada perkara yang telah dinyatakan sebelumnya dan memberi penerangan meluas tentang sesuatu topik yang telah dibincangkan. Contoh ayat yang mempunyai penanda jenis ini dalam rencana pilihan : PENANDA WACANA dan

PERENGGAN

CONTOH AYAT DALAM RENCANA YANG DIKAJI Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan dari segi sebutan dan kosa kata Selain itu, dilaporkan sebanyak 70ribu orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka.

selain itu

Dalam perenggan di atas, terdapat penanda wacana sebagai penghubung tambahan iaitu pada perkataan dan dan selain itu. Perkataan dan dan selain itu merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. misalnya sebagai contoh 10 Misalnya, orang Cina lebih gemar menggunakan bahas Cina apabila berkomunikasi dalam kalangan mereka. Sebagai contoh, seorang wartawan mewawancara seorang pemimpin dalam Negara dengan mengemukakan soalan,

13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU

21

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


Berdasarkan contoh rencana di atas, misalnya dan sebagai contoh merupakan penanda wacana yang digunakan untuk memberi contoh kepada pernyataan ayat sebelumnya. Begitu juga dengan bahasa Arab yang diberikan taraf oleh masyarakat Melayu Dalam hubungan ini, peranan bahasa Melayu sebagai 8 bahasa kebangsaan khususnya, amat penting dari segi evolusi identiti nasional. , malah memberikan makna dan kepentingan kepada lebih-lebih lagi 18 bahasa kebangsaan sebagai bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pendidikan, lebih-lebih lagi apabila bersaing dengan bahasa Inggeris Berdasarkan perenggan di atas, penanda wacana sebagai penghubung tambahan iaitu pada perkataan dalam hubungan ini digunakan untuk mempertautkan sesuatu bahagian wacana dengan bahagian yang lain. Manakala penghubung tambahan lebih-lebih lagi berperanan untuk menghubungkan antara fakta dengan fakta atau idea dengan idea Catatan : Penanda penghubung tambahan boleh terletak di bahagian awal, tengah dan akhir sesuatu ayat.

begitu juga

19

dalam hubungan ini

ii.

Penanda Penghubung Tentangan

Penanda wacana juga berfungsi untuk menerangkan situasi berlawanan atau pertentangan pada maklumat yang baharu diperkatakan sebelumnya. Selain itu, penanda wacana ini juga menjelaskan maksud sebaliknya daripada keterangan dalam ayat terdahulu. Contoh penghubung tentang yang terdapat dala rencana adalah : PENANDA WACANA

PERENGGAN

CONTOH AYAT DALAM RENCANA YANG DIKAJI Walaupun asal usul bahasa Melayu belum diketahui secara

walaupun

pasti,

pertumbuhannya

dapatlah

dikatakan

berasal

dari

Sumatera Selatan, manakala 3 , manakala di China terdapat radio yang menggunakan bahasa Melayu.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU

22

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


Namun begitu, sejak akhir-akhir ini nama bahasa Melayu digunakan semula. Bahasa Melayu Johor-Riau menggunakan dialek e sedangkan sedangkan 5 bahasa Melayu Pelembang, Jambi dan Bengkulu menggunakan dialek o. walau bagaimanapu n pada masa yang sama 5 Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Pada masa yang sama, perlembagaan kita menegakkan hak 9 penganut agama selain Islam untuk mengamalkan agama masing-masing. 14 Meskipun kerajaan menyediakan platform, hal ini kurang

namun begitu

meskipun

mendapat sokongan daripada pelbagai pihak. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia sejak tahun

tetapi

1968, tetapi bahasa Inggeris masih digunakan dengan meluas terutama dalam kalangan masyarakay Cina dan India.

Dalam rencana pilihan, penanda wacana penghubung tentangan ialah walaupun, manakala, namun begitu, sedangkan, walaubagaimanapun, pada masa yang sama, meskipun dan tetapi. Misalnya, perkataan tetapi digunakan untuk memberi kesinambungan kepada maklumat pertama dan maklumat kedua.

iii. Penanda

Penanda Penghubung Musabab musabab adalah bagi mengemukakan maksud sesuatu yang

wacana

menerangkan akibat atau kesimpulan daripada perkara yang telah pun berlaku sebelumnya. Penanda wacana ini juga menerangkan sebab musabab berlakunya sesuatu. Penanda penghubung jenis ini terdapat dalam ayat rencana pilihan seperti yang berikut :

PENANDA WACANA menurut

PERENGGAN

CONTOH AYAT DALAM RENCANA YANG DIKAJI Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan lebih 300 juta, 23

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


Umumnya, kata dasar atau kata akar terdiri daripada kata kerja. Jika bahasa dapat memudahkan komunikasi antara kaum dan maka 8 budaya yang berbeza-beza, maka bahasa itu akan membantu proses interaksi dan integrasi. malah 12 Malah, kadangkala menyebut bahasa Melayupun berbunyi keinggerisan. Bahasa kebangsaan hendaklah dikekalkan kerana kita tidak kerana 21 mahu generasi akan dating digelar masyarakat tempang generasi pincang. Dalam perenggan di atas, Penanda wacana musabab iaitu kerana dalam ayat ini menunjukkan sebab dan telah berfungsi sebagai penyambung kepada ayat yang pertama tetapi secara tidak langsung telah melanjutkan ayat yang pertama. Oleh itu, bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke oleh itu 18 institusi yang berkaitan, mereka perlu mempunyai kemahiran berbahasa kebangsaan. , walaupun bahasa kebangsaan diberikn nilai tinggi kepada disebabkan 17 satu pihak, pencapaian tinggi masih tidak mencapai tujuan mutlak bagi semua orang disebabkan oleh masih wujud jalan alternatif bagi mereka yang tidak layak. Berdasarkan contoh rencana di atas, penanda penghubung disebabkan digunakan untuk

umumnya

menjelaskan mengapakah pencapaian tinggi masih tidak dapat menapai tujuan mutlak.

iv.

Penanda Penghubung Tempoh

Penanda wacana juga berfungsi untuk menjelaskan urutan masa atau berlakunya sesuatu secara bersiri. Selain itu, penanda wacana ini digunakan untuk mengemukakan maksud perkara yang berlaku pada masa itu, selepas atau sebelumnya. Terdapat beberapa penanda penghubung jenis ini dalam rencana pilihan. Antaranya ialah :

PENANDA WACANA

PERENGGAN

CONTOH AYAT DALAM RENCANA YANG DIKAJI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU

24

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia sejak tahun 1968. Semua kini 18 institusi pengajian tinggi di Malaysia sebagai kini

sejak

menggunakan pengantar.

bahasa

kebangsaan

bahasa

pada awal dekad sejak akhirakhir ini

Pada awal dekad 1970-an, bahasa Melayu dinamakan 4 bahasa Malaysia atas sebab politik.

Namun begitu, sejak akhir-akhir ini nama bahasa Melayu digunakan semula.

Dalam ayat di atas, terdapat beberapa penanda penghubung tempoh,iaitu sejak, kini, pada awal dekad dan sejak akhir-akhir ini. Semua rangkai kata ini berkaitan dengan urutan waktu ataupun tempoh masa. Rangkai kata Sejak dan sejak akhir-akhir ini bermaksud tempoh waktu berlakunya sesuatu yang diterangkan dalam ayat. Manakala kini menunjukkan penanda penghubung urutan masa atau siri berlakunya sesuatu.

2.2.2

PENANDA RUJUKAN

Penanda rujukan adalah kata ganti nama yang digunakan bagi merujuk kepada perkataan dan frasa lain. Penanda rujukan melibatkan rujukan terhadap ganti nama diri dan ganti nama tunjuk. Rujukan ganti nama diri melibatkan ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga. Melalui analisis yang telah dilakukan dalam rencana bertajuk Bahasa Kebangsaan Bahasa Milik Bersama oleh Chong Sok Fong, berlaku penanda rujukan ganti nama diri dan ganti nama tunjuk. i. Penanda Rujukan Kata Ganti Nama Diri

Contoh ayat yang terdapat dalam rencana : PENANDA WACANA

PERENGGAN

CONTOH AYAT DALAM RENCANA YANG DIKAJI Biar apa-apa pun keturunan kita, sebagai rakyat Malaysia,

kita

23

kitalah yang berperanan memberikan nilai tambah kepada bahasa kebangsaan kerana bahasa Melayu bukan milik satu

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU

25

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


bangsa sahaja,

Dalam perenggan di atas, perkataan kita merupakan penanda rujukan kata ganti nama diri pertama. Perkataan kita merupakan kata ganti nama diri bagi rakyat Malaysia. Seorang wartawan mewawancara seorang pemimpin dalam tuan 13 Negara dengan mengemukakan pertanyaan, Bagaimanakah perasaan tuan tentang kegiatan Bulan Bahasa? Berdasarkan contoh rencana di atas, tuan merupakan penanda rujukan kata ganti nama diri kedua yang merujuk kepada pemimpin yang diwawancara itu. Misalnya, orang Cina lebih gemar menggunakan bahasa Cian apabila berkomunikasi dalam kalangan mereka. Seorang wartawan mewawancara seorang pemimpin dalam beliau 13 Negara dengan mengemukakan pertanyaan, Bagaimanakah perasaan tuan tentang kegiatan Bulan Bahasa? Beliau menjawab, Berdasarkan ayat di atas, penanda wacana sebagai penghubung rujukan iaitu pada perkataan mereka dan beliau digunakan untuk kata ganti nama ketiga. Perkataan mereka dalam perenggan (10) merujuk kepada orang Cina.. Selain itu, perkataan beliau pula merujuk kepada pemimpin.

mereka

10

ii.

Penanda Rujukan Kata Ganti Nama Tunjuk

Contoh ayat yang terdapat dalam rencana : PENANDA WACANA

PERENGGAN

CONTOH AYAT DALAM RENCANA YANG DIKAJI Penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat di

ini

Negara ini berbeza-beza bergantung pada sejarah dan budaya. Jika bahasa dapat memudahkan komunikasi antara kaum dan

itu

budaya yang berbeza-beza, maka bahasa itu akan membantu proses interaksi dan integrasi.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU

26

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


Yang anehnya pula, kalau seseorang itu pulang setelah belajar di India selama beberapa tahun ,

19

Dalam perenggan di atas, perkataan ini dan itu merupakan penanda rujukan kata ganti nama tunjuk. Perkataan ini dan itu merujuk kepada sesuatu benda, perkara atau orang.

2.2.3

PENANDA PENGGANTIAN

Penanda penggantian merujuk kepada proses menggantikan unsur bahasa dengan unsur lian dalam wacana yang sama. Penggantian dalam bahasa Melayu dapat bersifat kata nama, kata kerja dan klausa. Melalui analisis yang telah dilakukan dalam rencana bertajuk Bahasa Kebangsaan Bahasa Milik Bersama oleh Chong Sok Fong, berlaku penanda penggantian yang bersifat kata nama atau nomina dan kata kerja ( verbal ). Contoh ayat jenis penanda penggantian dalam perenggan rencana : PENANDA WACANA

PERENGGAN

CONTOH AYAT DALAM RENCANA YANG DIKAJI Bermula pada tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia

bahasa ini

dinamakan kembali kepada bahasa Malaysia kerana simbol bahasa ini ialah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum.

Dalam perenggan di atas, perkataan bahasa ini merupakan penanda penggantian bagi bahasa Malaysia. Bagi tujuan ini, orang akan berlumba-lumba untuk lulus syarat ini 17 peperiksaan bahasa kebangsaan. Walaubagaimanapun,

syarat ini tidak dikehendaki di agensi swasta. Bagi tujuan mendapatkan pekerjaan sememangnya wajar,. tujuan ini 17 Bagi tujuan ini, orang akan berlumba-lumba untuk lulus peperiksaan bahasa kebangsaan. Berdasarkan contoh rencana di atas, penanda penggantian tujuan ini merujuk kepada tujuan mendapat pekerjaan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU

27

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


2.2.4 PENANDA LEKSIKAL

Penanda leksikel melibatkan pertautan antara perkataan atau frasa secara semantik (makna) dalam sesebuah wacana. Penanda leksikal ini melibatkan unsur penggulangan kata. Penggulangan kata yang terlibat ialah pengulangan unsur yang sama, penggulangan sinonim, hiponim, dan kolokasi. Melalui analisis yang telah dilakukan dalam rencana bertajuk Bahasa Kebangsaan Bahasa Milik Bersama oleh Chong Sok Fong, berlaku pengulangan unsur yang sama iaitu setiap kata diulang secara penuh tanpa melakukan sebarang perubahan. Contohnya: PENANDA WACANA

PERENGGAN

CONTOH AYAT DALAM RENCANA YANG DIKAJI Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek itu mempunyai perbezaan dari segi sebutan dan kosa kata Bahasa Melayu Johor-Riau menggunakan dialek e

5 dialek 5

sedangkan bahasa Melayu Palembang, Jambi dan Bengkulu menggunakan dialek o.

Dalam 2 ayat di atas, berlaku pengulangan secara penuh pada perkataan dialek. Sejak syarat lulus bahasa kebangsaan dengan kepujian pada syarat 17 peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dijadikan syarat mendapat pekerjaan dan syarat mendapatkan pekerjaan dalam perkhidmatan kerajaan, Berdasarkan contoh ayat rencana di atas, terdapat penanda leksikal yang mengandungi unsur pengulangan perkataan yang sama yang diulangi beberapa kali, iaitu syarat. Misalnya, ada orang belajar bahasa untuk melancong, ada ada pula 2 pula untuk mendapatkan kerakyatan dan ada pula yang ingin melanjutkan pelajaran.

Dalam rencana tersebut juga, berlaku penggulangan sinonim yang merujuk penggulangan kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Contohnya: PENANDA WACANA

PERENGGAN

CONTOH AYAT DALAM RENCANA YANG DIKAJI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU

28

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


Masyarakat Malaysia mempunyai peranan yang penting untuk memelihara kemurnian bahasa kebangsaan serta tidak memelihara 21 mudah terpesong dan dipengaruhi budaya barat. Menjaga dan memartabatkan bahasa kebangsaan merupakan

tanggungjawab bersama. Berdasarkan contoh ayat rencana di atas, berlaku pengulangan sinomin atau makna yang sama iaitu perkataan memelihara adalah sama makna dengan perkataan menjaga dan memartabatkan.

Dalam rencana tersebut juga, turut berlakunya penggulangan hiponim dalam ayat. Contohnya dalam ayat rencana : PENANDA WACANA

PERENGGAN

CONTOH AYAT DALAM RENCANA YANG DIKAJI Selain empat negara tersebut, bahasa Melayu dituturkan

negara

oleh masyarakat Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Berdasarkan contoh ayat rencana di atas, berlaku pengulangan hiponim pada perkataan negara. Hal ini bermakna makna sesuatu perkataan merupakan sebahagian daripada makna perkataan lain. Contohnya negara yang ada ialah Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Seterusnya ialah penanda leksikal yang berunsurkan pengulangan kolokasi. Penanda leksikal jenis ini melibatkan sekumpulan kata yang saling berkait dengan satu perkara, tajuk atau sebagainya. Dalam rencana pilihan, tidak mempunyai penanda leksikal yang berunsur kolokasi.

2.2.5

PENANDA ELIPSISI/PENGGUGURAN

Penanda elipsis melibatkan pengguguran kata atau frasa yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Melalui analisis yang telah dilakukan dalam rencana bertajuk Bahasa Kebangsaan Bahasa Milik Bersama oleh Chong Sok Fong, tidak terdapat sebarang penanda elipsis atau pengguguran perkataan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU

29

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2 3.0 Rumusan


Secara keseluruhannya, apa yang boleh saya simpulkan selepas menyiapkan tugasan ini ialah wacana merupakan keseluruhan idea berdasarkan ungkapan-ungkapan, ayat,

perkataan, gerak laku dalam situasi tertentu yang saling difahami oleh dua orang atau lebih yang sedang berkomunikasi. Sesuatu teks perlu mempunyai kesatuan idea yang

menghubung setiap kata, frasa, klausa, ayat dan satuan-satuan yang lebih besar. Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1993), perkataan wacana bermaksud ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur merupakan suatu kesatuan. Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Wacana adalah penting sebagai kesinambungan cerita dengan bahasa yang mudah dan kesinambungan ini ditunjang oleh jalinan maklumat. Berdasarkan erti perkataan wacana di atas, kita dapat mengetahui bahawa perkataan wacana itu sama dengan perkataan ucapan yang utuh untuk wacana lisan, dan karangan yang utuh untuk wacana tulisan dalam pengajaran bahasa Melayu sebelum ini. Selain itu, menurut pelbagai pandangan yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh bahasa, akhirnya wacana dapat disimpulkan sebagai unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Sebagai unit bahasa yang tertinggi, wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa. Bagi penanda wacana pula, penanda wacana ialah hentian perkataan yang berkesinambungan dalam topik teks ditulis seperti penanda kronologi, penanda organisasi dan penanda idea. Penanda wacana digunakan bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa. Dengan adanya penanda wacana, kita dapat membian kata, rangkai kata atau ayat dengan baik. Secara umumnya penanda wacana dalam bahasa melayu terdiri daripada penanda leksikal, penanda rujukan, penanda penghubung, penanda penggantian dan penanda elipsis atau pengguguran. Antara fungsi penanda wacana ialah sebagai tambahan, urutan, penyataan semula, untuk menunjukkan sebab, kesan waktu dan tempat serta berfungsi untuk membuat bandingan serta rumusan sesuatu wacana. Penanda wacana amat penting kepada sesuatu wacana kerana tanpa penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU

30

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


Ketika membuat analisis wacana, ciri-ciri wacana juga perlu diambil kira. Dalam bahasa Melayu, terdapat tujuh ciri-ciri wacana untuk menghasilkan wacana yang utuh iaitu mempunyai tautan, runtutan, tujuan, maklumat, penerimaan, keadaan dan interteks. Setiap ciri-ciri ini memainkan peranan masing-masing. Manakala keutuhan wacana dianalisis supaya kita dapat menentukan sama ada sesuatu teks itu sebuah wacana atau hanya sekumpulan ayat yang tidak mempunyai susunan yang tetap. Melalui cara analisis keutuhan wacana, kita akan dapat memahami hubungan bahasa dengan alam di luar bahasa secara lebih mendalam. Keutuhan wacana dapat dianalisis daripada wujudnya hubungan daripada aspek semantik, leksikal, dan gramatikal antara bahagian dalam sesuatu wacana. Antara kepentingan menganalisis wacana adalah bertujuan untuk melihat perkaitan ujaran-ujaran atau ayat-ayat di dalam satu satuan yang dapat dianggap sebagai wacana dan memahami dengan mendalam sesuatu wacana. Selain itu, kepentingan analisis

wacana adalah untuk menghuraikan atau menjelaskan kekeliruan makna yang timbul, membezakan jenis wacana yang berlainan misalnya bentuk pidato, novel, cerpen, ucapan, ulasan dan sebagainya. Di samping itu, kepentingan analisis wacana adalah untuk memahami hubungan bahasa dengan faktor-faktor di luar bahasa iaitu aspek sosial dan budaya serta memahami hubungan bahasa dalam melaksanakan fungsi-fungsinya yang berbagai-bagai. Oleh itu, wacana memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan sebuah penulisan atau wacana yang utuh dan berkualiti. Penguasaan dan pengetahuan tentang wacana harus diberi perhatian agar tidak melakukan kesilapan dalam penulisan Melayu dalam kehidupan kita.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU

31

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


REFLEKSI
Saya telah menerima tugasan ini daripada pensyarah bagi subjek Pengajian Melayu Akademik II iaitu Encik Abd Raji bin Abdul Halim pada beberapa minggu yang lalu. Tugasan ini adalah berkaitan dengan wacana. Saya telah mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan tugasan yang diberi ini dengan secepat mungkin. Semasa saya menerima tugasan ini, saya telah pun mencari dan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan wacana dan sebuah rencana untuk dibuat

analisis.Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, saya banyak didedahkan dengan maklumat dan informasi tentang apa itu wacana, apakah ciri-ciri wacana, penanda wacana dan keutuhan wacana. Selain itu juga, saya juga dapat menajamkan lagi pemikiran saya tentang penggunaan wacana dalam bahasa dan bagaimanakah ia berfungsi untuk menghasilkan sebuah waana yang utuh, Melalui tugasan ini, saya telah mengetahui bahawa wacana sangat penting dalam meningkatkan kecekapan berbahasa seseorang. Kita sering menggunakan bahasa untuk sesuatu hasrat atau tujuan,misalnya bertanya, berjanji, menyampaikan sesuatu dan sebagainya. Manakala saya sebagai seorang bakal guru bahasa Melayu akan

menggunakan bahasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Dalam menyelusuri ilmu bahasa, banyak aspek yang ditekankan. Bahasa berperanan bukan sahaja pada aspek komunikasi tetapi jika didalami lagi dengan lebih mendalam dari segi aspek makna bahasa itu dalam masyarakat, bahasa memainkan peranan yang besar. Bahasa dari segi wacananya memainkan peranan kepada fungsinya yang mengembangkan ayat, menyampaikan maksud sebenar dan sebagainya. Ini dapat dilihat melalui pengaplikasian ciri-ciri penanda wacana dan jenis wacana yang terdapat dalam bahasa. Apabila saya menyiapkan soalan tugasan 2 yang berkaitan dengan analisis wacana, saya telah mengenal pasti bahawa wacana berkait rapat dengan ilmu berbahasa kerana wacana memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan wacana yang utuh dan berkesan. Saya juga telah mengetahui pelbagai jenis wacana dan fungsi-fungsi penanda wacana dalam mewujudkan kesinambngan antara dengan frasa. Tugasan ini telah menyedarkan saya tentang peranan seorang guru haruslah menguasai bahasa dengan baik.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU

32

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


BIBLIOGRAFI
Rujukan Khas

Abdull Sukor Shaari et.al. (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Bentong : PTS Publications and Distributors. Abdullah Hassan et.al. (2006). Sintaksis. Selangor : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Adrian Akmajian et.al. (1995). Linguistik : Pengantar Bahasa dan Komunikasi (Aishah Mahdi & Azizah Hussein). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar (2006). Panduan Wacana Akademik Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar (2009). Panduan Wacana Akademik Teori dan Penerapan. (Edisi ke-2). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Goay Teck Chong (2003). Teks Pra-U STPM Bahasa Melayu Kertas 1. Selangor : Pearson Malaysia Sdn Bhd. Hajah Noresah bt. Baharom et.al. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Henry Guntur Tarigan (1995). Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Helmi Bin Haji Abu Bakar (2010). Impak Penggunaan Aplikasi Jaringan Sosial. Dewan Siswa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 32 (7), hlm 6-7. Musnyi Dewan (2011). Wacana. Dewan Siswa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 33 (4), hlm 34. Musnyi Dewan (2012). Wacana. Dewan Siswa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 34 (11), hlm 28. Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Bahasa Melayu II. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU

33

PENGAJIAN MELAYU AKADEMIK 2


Rujukan Umum Laman Sesawang Jaafar Ahmad (2006). Fungsi Wacana dalam Bahasa Melayu. Dipetik daripada http://jaafar2026.blogspot.com/p/fungsi-wacana-dalam-bahasa-melayu.html pada 3 Ogos 2013. Mohd. Isa bin Abd. Razak (2007). Keutuhan Wacana. Dipetik daripada http://notapemulihan.blogspot.com/2007/12/keutuhan-wacana.html pada 1 Ogos 2013. Muhammed Sallehudin Aman (2009). Wacana. Dipetik daripada http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2009&dt=0825&pub=DuniaPendidikan&s ec=Munsyi_Bahasa&pg=mb_01.htm pada 2 Ogos 2013. Mya Afifi (2009). Keutuhan Wacana. Dipetik daripada http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/07/keutuhan-wacana.html pada 1 Ogos 2013. Iman (2011). Ciri-ciri Wacana. Dipetik daripada http://kitanuriman.blogspot.com/2011/02/berkongsi-ilmu-mengenai-ciri-ciri.html pada2 Ogos 2013.

Nur

Sajarahtun Katakan (2012). Sejarah dan Takrif Wacana. Dipetik daripada http://sayit92.blogspot.com/2012/09/sejarah-dan-takrif-wacana.html 20 Julai 2013. Shahidah Ashad (2011). Kepentingan Penanda Wacana. Dipetik daripada http://bmpenandawacana.blogspot.com/2011/03/kepentingan-penanda-wacana.html pada 3 Ogos 2013. Shahril Hazrie (2009). Keutuhan Wacana. Dipetik daripada http://shahrilhazrie.blogspot.com/2009/11/kerja-kursus-bm-2-keutuhan-wacana.html pada 1 Ogos 2013.

Tiada

pengarang (2009). Definisi Wacana. Dipetik daripada http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/definisi-wacana-maksud-wacana.html pada 20 Julai 2013. bin Bakar (2012). Wacana. Dipetik daripada zahid.blogspot.com/2012/06/wacana.html pada 3 Ogos 2013. http://bahasaku-

Zahid

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA , KOTA KINABALU

34

You might also like