You are on page 1of 4

1.

0) PENGENALAN

Keutuhan wacana adalah satu aspek yang sangat penting kerana ia menentukan
adakah sesuatu itu boleh dianggap sebagai wacana atau hanya merupakan kumpulan
ayat yang tidak teratur. Melalui analisis keutuhan wacana kita dapat menentukan sama
ada sesuatu teks itusebuah wacana atau hanya sekumpulan ayat yang tidak teratur.
Dari segi hierarki tatabahasa, wacana dikatakan terletak dalam hierarki yangtertinggi
selepas ayat.

Satu aspek penting dalam analisis wacana ialah keutuhan wacana. Dengan
menganalisis keutuhan wacana kita dapat menentukan sama ada sesuatu teks itu
sebuah wacana atau hanya sekumpulan ayat yang tidak teratur. Melalui analisis
keutuhan wacana juga kita dapat pula memahami hubungan bahasa dengan alam di
luar bahasa secara lebih mendalam.

Merujuk kepada kebulatan dan kesepaduan esei. Dicirikan oleh sifat kohesi dan
koheren. Kohesi merujuk kepada idea atau isi esei yang dijalin rapi hingga menjadi
bersepadu. Koheren merujuk kesinambungan ayat-ayat dan merujuk perenggan-
perenggan yang membawa idea-idea tertentu. Keutuhan wacana bertujuan bagi
menentukan sesebuh wacana itu berkualiti atau tidak. Ia dapat dilihat daripada
hubungan bahagian-bahagian dalam wacana daripada segi semantik, leksikal, gramatik
dan fonologi.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan wacana disebut disource yang berasal daripada
bahasa Latin iaitu disource. Perkataan ini sering digunakan dalam kajian semantik
dan analisis wacana bagi merujuk kepada bahasa lisan, tulisan atau perbahasan. Dalam
kajian semantik, wacana merupakan unit linguistik yang terdiri daripada beberapa ayat.
Menerusi analisis wacana perkataan wacana merupakan singkatan kepada maklumat
perbualan, iaitu merujuk kepada komunikasi yang melibatkan pengetahuan tertentu.

Cook (1992:356): Wacana sebagai bahasa dalam penggunaan untuk


tujuanperhubungan. Chafe (1992:356): Wacana digunakan dengan pelbagai maksud
oleh pelbagaipengkaji. Pada umumnya, wacana dilihat sebagai sesuatu yang
melampaui sempadan ayatyang terpisah-pisah. Wacana dan teks digunakan saling
bertukar ganti dan kedua-duanyamerujuk kepada unit bahasa yang lebih besar daripada
ayat. Tegasnya, wacana merujukkepada kajian tentang unit tersebut dan ia cabang
linguistik yang setara dengan morfologi atausintaksis. Trask (1993:84) : Wacana
dikatakan sebagai siri ujaran yang bersambungan olehseorang penutur atau lebih.
Definisi Trask lebih khusus daripada definisi Chafe yang pertama,iaitu menekankan
aspek lisannya.

Wacana dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Wacana Lisan dan Wacana tulisan.
Wacana Tulisan sering dikaitkan dengan percakapan antara seseorang dengan
seseorang yang lain. Dalam wacana lisan juga, pembicara biasanya akan
menggunakan ekspresi wajah, intonasi suara, gerak badan dan sebagainya
untuk menyampaikan maklumat kepada pendengar. Manakala, Wacana Tulisan pula
ialah wacana yang disampaikan secara bertulis. Wacana tulisanmelibatkan
hubungan antara penulis dengan pembaca

Dalam Pengajian Melayu 2: Ketrampilan Bahasa oleh Kamaruddin Hj. Husin dan Siti
Hajar Abd. Aziz, (1997) dinyatakan bahawa suatu wacana yang utuh secara umumnya
mempunyai empat ciri iaitu Keutuhan Semantik, Keutuhan Leksikal, Keutuhan
Gramatikal dan Keutuhan Fonologi.

Keutuhan Wacana dari segi Semantik dimaksudkan sebagai jalinan makna di antara
satu ayat dengan ayat yang lain. Menurut Winifred Crombie (1985), menyatakan
bahawa terdapat 2 bentuk hubungan semantik iaitu hubungan semantic di antara
bahagian bahagian wacana dan hubungan semantik yang dilihat dari segi konteks atau
latar wacana.

Elemen Keutuhan Semantik dalam hubungan Semantik di antara bahagian wacana ialah
Hubungan sebab dan akibat, Hubungan Sebab dan Tujuan, Hubungan Sebab dan Hasil,
Hubungan Latar dan Kesimpulan dan Hubungan memperkuatkan isi. Manakala,
Hubungan Semantik dari Segi Konteks atau Latar Wacana pula terdiri daripada
Kesatuan Tajuk atau Topik, Hubungan social antara Penutur dan Pendengar, dan Laras
Bahasa yang Sesuai.
Jenis Keutuhan Wacana yang kedua pula ialah Keutuhan Fonologi. Dari aspek fonologi
wacana dapat dilihat daripada segi hentian suara, nada suara dan intones suara. Ini
dapat menimbulkan hubungan semantik di antara bahagian wacana. Intonasi suara
mempunyai peranan penting sebagai penanda dan pemisah frasa dan pembeza
struktur ayat.

Keutuhan Wacana jenis ketiga ialah Keutuhan Leksikal. Hubungan wacana ini dapat
dilihat daripada aspek wujudnya pertalian antara perkataan dalam sesuatu wacana.
Hubungan leksikal antara bahagian dalam wacana tercapai dengan cara memilih kosa
kata yang serasi. Terdapat beberapa cara untuk memperoleh hubungan leksikal. Antara
caranya termasuklah, pertama, dengan mengulang kata yang sama.

Keutuhan Wacana terakhir ialah jenis Keutuhan Gramatikal. Keutuhan Gramatikal ialah
hubungan berdasarkan binaan tatabahasa yang dapat dilihat daripada penggunaan
penanda gramatis untuk menghasilkan wacana yang berkualiti. Elemen-elemen
keutuhan gramatikal ialah kata hubung, kata rujukan dan peleburan dan penggantian.

Penanda wacana merupakan perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau


kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain dalam ayat atau
perenggan. Digunakan untuk memantapkan lagi keutuhan wacana bagi mengaitkan
perenggan dengan perenggan.Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang
tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan dan perpautan
yang lengkap. Mengikut Bender (1980), penanda wacana boleh digunakan dalam
perengganatau yang mengikuti perenggan-perenggan itu.

Terdapat 5 jenis penanda wacana. Penanda wacana yang pertama ialah Penanda
Penghubung. Penanda penghubung adalah perkataan atau frasa yang
menghubungsesuatu maklumat dengan maklumat yang lain. Penanda penghubung
dapat dibahagikan kepada lima, iaitu penanda penghubung tambahan, penanda
penghubung pertentangan, penanda penghubung musabab,penanda penghubung
tempoh dan penanda penghubung kesimpulan.
Penanda wacana rujukan pula digunakan untuk merujuk sesuatu perkataan atau frasa
yang telah disebutkan sebelumnya dan kata itu terdiri daripada kata ganti nama diri,
seperti dia, mereka, -nya, kata ganti nama tunjuk itu, ini, kata ganti nama umum iaitu,
yakni dan kata ganti nama tunjuk tempat ke sana, dan di situ.

Seterusnya ialah penanda wacana leksikal. Penanda wacana ini melibatkan


pengulangan perkataan atau frasa, iaitu perkataan atau frasa yang sama, perkataan lain
tetapi sama maknanya (sinonim), perkataan yang mempunyai hubungan “hiponim”, dan
juga perkataan atau frasa yang mempunyai hubungan “kolokasi”. Contohnya, “Dalam
hal ini jika ibu bersetuju. Kami turut bersetuju.”

Penanda elipsis atau penanda pengguguran pula melibatkan pengguguran sesuatu kata
atau frasa yang telah disebut sebelumnya.Contohnya, “Mereka menaiki bas kilang untuk
bekerja setiap hari. Kami juga. (Yang digugurkan ialah bahagian predikat, iaitu menaiki
bas kilang untuk bekerja setiap hari).

You might also like