You are on page 1of 15

Bahasa : Ar-Ribhu ( An-namaa’ ) yang bermaksud tumbuh

dan berkembang,

Murabahah juga bermaksud Al-Irbaah , kerana salah satu


dari dua orang yang berdagang memberikan keuntungan
kepada yang lain.
KONSEP
 Menjual sesuatu barang dengan harga yang serupa
dengan harga yang pertama tetapi ditambah dengan
keuntungan.

 Penjual menjual barangan yang dibeli dan telah


diterimanya pembeli dengan harga asal ( harga ketika
membelinya ) dengan tambahan keuntungan
mengikut kadar yang diketahui dan ditentukan

 CONTOH : saya jual rumah ini dengan harga yang


saya beli dengan dengan untung 10 %.
KONSEP
 Mengikut ulama’ maliki : pemilik barang
memberitahu pembeli berapa harga yang dibelinya
kemudian mengambil keuntungan daripadanya sama
ada keseluruhan atau terperinci .

 Cth keseluruhan :
“awak telah beli dengan 10 ringgit, berilah untung
kepada aku satu atau dua ringgit”
 Contoh terperinci :

“Berikan keuntungan kepada aku 10 sen atau 20


sen bagi setiap ringgit”

Atau mengikut kadar atau peratus.


DALIL
 AL-QURAN
Surah Al-Baqarah ( 25)
ertinya “ ….dan Allah menghalalkan jual beli dan
mengharamkan riba “

 KAEDAH FIQH:
“ Pada dasarnya , semua bentuk muamalah boleh
dilakukan kecuali ada dalil yang mengharamkannya,”
RUKUN MURABAHAH
1) Pihak melakukan akad ( penjual & pembeli )
Dilakukan secara sukarela tanpa paksaan

2)objek jual beli :

 tidak haram dan tidak dilarang


 Memberi manfaat
 Penyerahan objek murabahah dapat dilakukan
• Hak milik penuh orang yang berakad
3) akad/ sighah

 harus selaras dari segi barang dan juga harga yang


disepakati
SYARAT2 MURABAHAH
1) MENGETAHUI HARGA YANG PERTAMA ( harga
pokok )

Pembeli yang kedua hendaklah mengetahui harga


yang pertama ( harga yang dibeli penjual ).
sebab : harga ialah syarat sah jual beli

2) MENGETAHUI KEUNTUNGAN
sebab : keuntungan sebahagian daripada harga
dan harga ialah syarat sah jual beli
3) Modal daripada barang-barang mithliyyat seperti
barang yang disukat, ditimbang, dibilang yang
mempunyai unit yang hampir sama.

4) Janganlah murabahah pada harta2 riba


menyebabkan adanya riba kerana pada harga yang
pertama harga yang dibeli ( spt dibeli barang yang
disukat @ timbang ) dengan barang yang sama
jenis.
 5 ) kontrak jualan pertama itu sah.

Kalau fasid, tak harus murabahah sebab murabahah


ialah penjualan dengan harga yang pertama ( harga
yang dibeli ) dengan tambahan untung.
2) MODAL
Modal ialah apa yang menjadi mesti ke atas pembeli
yang pertama dengan sebab aqad ( kontrak ), bukan
barang yang ditunaikan selepas kontrak sebagai
gantian kepada apa yang disebutkan di dalam
kontrak.
3) PERKARA YANG WAJIB DAN TIDAK WAJIB
DIJELASKAN DALAM MURABAHAH
1) Jika berlaku kecacatan barang yang dijual sebab
bencana alam

Jumhur ulama’ : tidak boleh dijual secara murabahah


sehinggalah dijelaskan kecatatannya.

Tujuan : untuk mengelakkan khianat dan kecacatan


itu mengurangkan barang yang dijual
 2 ) Kecacatan disebabkan pembeli @ orang asing

Jumhur ulama’ : tidak harus dijual secara murabahah


sehingga diberitahu kecacatannya
 3) Berlaku penambahan kepada barang yang dijual

Cth ; binatang yang dijual melahirkan anak, pokok


berbuah, bulu dan susu dari binatang yang dijual

Menurut ulama’ Hanafi : Maka, tidak boleh dijual


secara murabahah kalau tidak dijelaskan
penambahan

Sebab : pertambahan itu barang yang boleh dijual dan


ianya sebahagian dari objek tersebut.
SOALAN !!!!!
kalau tanah yang dijual keluarkan hasil, kena sebut
tak penambahannya ?

You might also like