You are on page 1of 16

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2

2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

2.2 Kontrak jualan barang-barang [MINGGU 9 – 8 WAKTU]

(a) mentakrifkan Akta Jualan Barang-barang 1957 (termasuk pindaan);

Seksyen 1
Tajuk ringkas dan pemakaian.

(1) Akta ini bolehlah dinamakan sebagai Akta Jualan Barangan 1957.
(2) Akta ini hendaklah terpakai kepada negeri-negeri di Malaysia Barat.

Seksyen 2
Tafsiran.

Dalam akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain –

“barang-barang” ertinya tiap-tiap jenis harta alih selain daripada tuntutan boleh dakwa dan
wang; dan termasuklah stok dan syer, tanaman yang hidup, rumput, dan benda-benda yang
dilekatkan kepada atau membentuk sebahagian tanah yang diakui keras sebelum jualan atau di
bawah kontrak jualan;

“barang-barang hadapan” ertinya barang-barang untuk dikilangkan atau dihasilkan atau


diperolehi oleh penjual selepas kontrak jualan dibuat;

“barang-barang tertentu’ ertinya barang-barang yang dikenalpasti dan dipersetujui pada


masa suatu kontrak jualan dibuat;

“dokumen milikan kepada barang-barang” termasuklah bil muatan, waran limbungan, sijil
penjaga gudang, sijil pendermaga, resit keretapi, waran atau perintah untuk menyerahkan
barang-barang dan apa-apa dokumen lain yang digunakan dalam penjalanan biasa urusan
sebagai bukti milikan atau kawalan bagi barang-barang, atau pemberiankuasaatau bertujuan
untuk memberi kuasa, sama ada melalui pengendorsan atau melalui penyerahan, pemilik
dokumen untuk dipindahkan atau penerimaan barang-barang yang dengan itu diwakili;

“ejen persaudagaran” ertinya seorang ejen persaudagaran yang mempunyai kuasa mengikut adat
perjalanan urusan sebagi ejen sedemikian sama ada untuk menjual barang, barang, atau untuk
mengkonsain barang-barang bagi maksud jualan, atau untuk membeli barang-barang, atau untuk
mendapatkan wang atas jaminan bagi barang-barang;

“harga” ertinya balasan wang bagi suatu jualan barang-barang;

“harta” ertinya harta am dalam barang-barang, dan bukan semata-mata suatu harta khusus.

barang-barang adalah dikatakan dalam “keadaan yang boleh diserah” apabila ianya dalam
keadaan di mana pembeli terikat di bawah undang-undang untuk membawanya pulang;

“kesalahan” ertinya perbuatan salah atau ingkar; “kualiti barang” meliputi keadaannya;
“pembeli’ ertinya seseorang yang membeli atau bersetuju untuk menjual barang-barang;
“penjual” ertinya seseorang yang menjual atau bersetuju untuk menjual barang-barang;
“penyerahan” ertinya pemindahan sengaja milikan daripada seseorang kepada seseorang
yang lain;

seseorang itu dikatakan “tak solven’ apabila terhenti untuk membayar hutangnya dalam
penjalanan biasa urusan, atau tidak boleh membayar hutangnya apabila kena dibayar, sama ada
dia telah melakukan sesuatu perbuatan kebankrapan atau tidak;

KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy


PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

dan apa-apa ungkapan yang digunakan dan tidak ditakrifkan dalam Akta Kontrak 1950,
hendaklah mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya dalam Akta ini.

Seksyen 3
Pemakaian Akta Kontrak 1950.

Akta Kontrak 1950, selagi ia tidak tak konsisten dengan peruntukan nyata Akta ini
hendaklah terus terpakai kepada kontrak bagi jualan barang-barang.

KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy


PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

(b) menerangkan maksud kontrak jualan;

KONTRAK JUALAN

Seksyen 4
Jualan dan persetujuan untuk menjual.

(1) Suatu kontrak jualan barang-barang ialah suatu kontrak di mana penjual memindahkan atau
bersetuju untuk memindahkan milikan barang-barang kepada pembeli bagi suatu harga.
Mungkin ada suatu kontrak jualan antara satu pemunya bahagian dan yang lain.
(2) Suatu kontrak jualan boleh jadi mutlak atau bersyarat.
(3) Jika di bawah suatu kontrak jualan milikan dalam barang-barang dipindahkan daripada
penjual kepada pembeli, kontrak itu disebut suatu jualan, tetapi jika pindahan milikan
dalam barang-barang akan berlaku pada masa hadapan atau tertakluk kepada beberapa syarat
untuk dipatuhi kemudiannya, kontrak itu disebut suatu persetujuan untuk menjual.
(4) Suatu persetujuan untuk menjual akan menjadi jualan apabila luput masa atau syarat- syarat
telah dipatuhi tertakluk kepada milikan dalam barang-barang itu dipindahkan.

PERATURAN KONTRAK

Seksyen 5
Kontrak bagaimana jualan dibuat.

(1) Suatu kontrak jualan dibuat melalui suatu tawaran untuk membeli atau menjual barang-
barang untuk suatu harga dan penerimaan tawaran sedemikian. Kontrak itu boleh
memperuntukkan bagi suatu penyerahan segera barang-barang itu atau bayaran segera
harganya atau kedua-duanya, atau bagi penyerahan melalui ansuran atau penyerahan atau
bayaran atau kedua-duanya hendaklah ditangguhkan.
(2) Tertakluk kepada mana-mana undang-undang pada masa ia dikuatkuasakan, suatu kontrak
jualan boleh dibuat secara bertulis atau dengan lisan, atau sebahagiannya bertulis dan
sebahagiannya dengan lisan, dengan lisan atau boleh dibayangkan daripada kelakuan pihak-
pihak.

HAL PERKARA KONTRAK

Seksyen 6
Barang-barang yang ada atau hadapan.

(1) Barang-barang yang membentuk hal perkara suatu kontrak jualan boleh sama ada
barang-barang yang ada, dipunyai atau dimiliki oleh penjual, atau barang-barang hadapan.
(2) Boleh ada suatu kontrak jualan barang-barang perolehan oleh penjual bergantung kepada
suatu kontingensi yang boleh atau tidak boleh berlaku.
(3) Suatu kontrak jualan yang menurutnya penjual dikatakan melaksanakan suatu jualan pada
masa ini bagi barang-barang.

Seksyen 7
Barang-barang musnah sebelum kontrak dibuat.

Jika terdapat suatu kontrak bagi penjulan barang-barang khusus, kontrak itu tidak sah jika barang-
barang itu tanpa pengetahuan penjual telah, pada masa kontrak itu dibuat, musnah atau menjadi rosak
sehingga tidak dapat dijelaskan tentang perihalnya dalam kontrak itu.

KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy


PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

Seksyen 8
Barang-barang musnah sebelum jualan tetapi selepas persetujuan untuk menjual.

Jika terdapat suatu perjanjian untuk menjual suatu barang-barang khusus dan yang kemudiannya
barang-barang itu, tanpa apa-apa kesilapan pada pihak penjual atau pembeli, musnah atau menjadi
rosak sehingga tidak dapat dijelaskan perihalnya dalam perjanjian itu, sebelum risikonya berpindah
kepada pembeli, perjanjian itu adalah terbatal.

HARGA

Seskyen 9
Penentuan harga.

(1) Harga dalam suatu kontrak jualan boleh ditetapkan oleh kontrak atau boleh ditinggalkan untuk
ditetapkan dalam cara yang dipersetujui atau boleh ditentukan melalui penjalanan urusan
antara pihak-pihak.
(2) Jika harga tidak ditentukan menurut peruntukan yang terdahulu, pembeli hendaklah membayar
kepada penjual suatu harga yang berpatutan. Apa itu harga berpatutan ialah suatu persoalan
fakta bergantung kepada hal keadaan setiap kes yang tertentu.

Seksyen 10
Persetujuan untuk menjual pada nilaian.

(1) Jika terdapat suatu persetujuan untuk menjual barang-barang atas terma bahawa harga akan
ditentukan melalui nilaian suatu pihak ketiga dan pihak ketiga itu tidak boleh atau tidak
membuat penilaian itu, perjanjian itu adalah tidak sah:

Dengan syarat bahawa jika barang-barang atau bahagian daripadanya telah diserahkan kepada,
dan diambilguna oleh pembeli, dia hendaklah membayar suatu harga yang berpatutan.

(2) Jika pihak ketiga itu dihalang daripada membuat nilaian kerana kesalahan penjual atau
pembeli, pihak yang tidak bersalah boleh membuat suatu saman untuk ganti rugi terhadap
pihak yang bersalah.

KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy


PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

DEFINISI KONTRAK JUALAN BARANGAN

Seksyen 4(1) AJB 1957 mentakrifkannya sebagai kontrak yang mana penjual memindah milik, atau
bersetuju untuk memindah milik hak terhadap barangan itu kepada pembeli dengan balasan yang
disebut sebagai harga.

‘Harga’ pula ditakrifkan di dalam Seksyen 2 AJB 1957 sebagai balasan wang bagi
jualan barang-barang,.

Kesimpulan daripada definisi di atas, dapatlah diketahui bahawa matlamat utama kontrak jualan
barang-barang adalah untuk memindah milikan hak terhadap sesuatu barangan itu dengan balasan
wang.

Penentuan Harga

Penentuan harga yang berbentuk wang tersebut boleh ditentukan di dalam beberapa cara. Mengikut
Seksyen 9 AJB 1957, cara-cara tersebut sama ada ;-

i. ditetapkan oleh kontrak itu sendiri; atau


ii. ditentukan mengikut cara yang dipersetujui dalam kontrak;atau
iii. ditentukan melalui perjalanan urusan antara pihak-pihak yang berkontrak.

Sekiranya harga gagal ditentukan, pembeli dikehendaki membayar pada harga yang berpatutan
bergantung kepada keadaan sesuatu kes itu.

Seksyen 10 AJB 1957 pula memperuntukkan sekiranya harga itu akan ditentukan oleh pihak ketiga,
tetapi pihak ketiga itu gagal berbuat demikian, kontrak jualan barang-barang akan menjadi tidak sah
melainkan jika barangan itu telahpun diserahkan kepada pembeli.

Dalam keadaan demikian, pembeli dikehendaki membayar pada harga yang berpatutan. Namun,
seandainya kegagalan pihak ketiga itu disebabkan halangan oleh mana-mana penjual atau pembeli,
pihak yang terkilan berhak menuntut gantirugi daripada pihak yang telah menyebabkan halangan
tersebut.

Kontrak Mutlak Atau Bersyarat

Seksyen 4(1) AJB 1957 menyatakan kontrak jualan boleh secara mutlak atau bersyarat. Ia boleh
dibuat di dalam bentuk “jualan” atau “perjanjian untuk menjual”. Mengikut Seksyen 4(3) AJB 1957,
“jualan” berlaku apabila hak milik ke atas barangan dipindahkan daripada penjual kepada pembeli
tetapi “perjanjian untuk menjual” berlaku apabila hak milik ke atas barangan hanya akan berpindah
pada suatu masa hadapan atau setelah sesuatu syarat dipenuhi. Berdasarkan Seksyen 4(4) AJB 1957
pula, “persetujuan untuk menjual” akan menjadi “jualan” apabila masa yang ditentukan telahpun luput
atau syarat-syarat telahpun dipatuhi.

KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy


PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

DEFINISI BARANG-BARANG

Seksyen 2 AJB 1957 mentakrifkannya sebagai jenis harta alih selain daripada tuntutan boleh dakwa
dan wang. Ini termasuklah stok dan saham, tanaman yang hidup, rumput dan benda-benda yang
bercantum kepada tanah atau membentuk sebahagian daripada tanah yang dipersetujui untuk
diasingkan sebelum jualan atau di bawah kontrak jualan.

Ini bermakna;
1. Harta alih ~ barang
2. Hak untuk mendakwa ~ bukan barang
3. Wang ~ bukan barang

 Kesimpulannya,

Barang ialah setiap jenis harta alih selain daripada tuntutan dan wang dan termasuk stok
dan saham, tanaman, rumput dan barang yang tercantum kepada tanah atau menjadi
sebahagiannya yang dipersetujui akan dipisahkan sebelum dijual atau dipisahkan di bawah
kontrak jualan

Jenis Barang-Barang

Seksyen 6(1) AJB 1957 memperuntukkan klasifikasi barang-barang bagi tujuan kontrak jualan iaitu;-

1. Barangan sedia ada

Maksud: barang yang sudahpun dimiliki atau disimpan oleh penjual


Jenis:
i. Barang tertentu; (sek. 2 ajb 1957) atau
ii. Barang yang belum ditentukan

2. Barangan yang dimiliki oleh penjual; atau

3. Barangan masa depan


Maksud : barang untuk dikilangkan atau dihasilkan atau diperolehi oleh penjual selepas
kontrak jualan dibuat (Sek 2 AJB 1957)

PENJELASAN

Barang-barang boleh diklasifikasikan kepada 2 iaitu:

1. Barang sedia ada


 Barang yang sudahpun dimiliki berbentuk ‘barang tertentu’ atau ‘barang yang belum
ditentukan’.
 Barang tertentu’, setelah barang telah dikenal pasti dan dipersetujui semasa kontrak jualan
dibuat
 Barang yang belum ditentukan’, barang yang belum ditentukan dan disetujui pada masa
kontrak jualan itu dibuat.

2. Barang masa hadapan

 Ialah barang yang dibuat atau diperolehi oleh penjual selepas kontrak jualan dibuat.
 Bermaksud, semasa kontrak jualan dibuat, penjual belum lagi memiliki barang jualan itu.

Contoh barang-komputer, kereta, perabot , baju , foto dan lain-lain.

KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy


PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

(c) membezakan syarat-syarat tersurat dan tersirat;

SYARAT DAN WARANTI

Seksyen 11
Janji mengenai masa.

Melainkan suatu niat lain didapati daripada terma kontrak, janji mengenai masa bayaran adalah tidak
dianggap menjadi asas kontrak jualan. Sama ada apa-apa janji lain mengenai masa menjadi asas
kontrak atau tidak bergantung kepada terma kontrak.

Seksyen 12
Syarat dan waranti.

(1) Janji dalam suatu kontrak jualan dengan rujukan kepada barang-barang yang menjadi subjek
boleh menjadi suatu syarat atau waranti.
(2) Syarat ialah suatu janji yang penting kepada maksud utama kontrak, jika mungkir
memberikan suatu hak untuk menganggap kontrak itu sebagai ditolak.
(3) Waranti ialah suatu janji kolateral kepada maksud utama kontrak, jika mungkir
memberikan suatu hak untuk menuntut ganti rugi tetapi bukan hak untuk menolak barang-
barang dan menganggap kontrak itu sebagai ditolak.
(4) Sama ada janji dalam suatu kontrak jualan adalah suatu syarat atau suatu waranti bergantung
kepada setiap kes atas tafsiran kontrak.

Janji boleh jadi suatu syarat, sungguhpun disebut waranti dalam kontrak.

Seksyen 13
Bila syarat dianggap sebagai waranti.

(1) Jika suatu kontrak jualan, tertakluk kepada apa-apa syarat untuk dipenuhi oleh penjual,
pembeli boleh mengetepikan syarat atau memilih untuk menganggap kemungkiran syarat
sebagai suatu kemungkiran waranti dan bukan sebagai asas untuk menganggap kontrak
sebagai ditolak.
(2) Jika suatu kontrak jualan tidak boleh asing dan pembeli telah menerima barang-barang itu
atau sebahagiannya atau jika kontrak itu adalah untuk barang-barang khusus harta yang telah
berpindahmilik kepada pembeli, kemungkiran apa-apa syarat untuk dipenuhi oleh penjual
hanya boleh dianggap sebagai suatu kemungkiran waranti, dan bukan suatu asas untuk
menolak barang-barang dan menganggap kontrak sebagai ditolak, melainkan terdapat terma
kontrak yang nyata atau yang tersirat mengenainya.
(3) Tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh menyentuh apa-apa syarat atau waranti, jika dipenuhi
boleh dikecualikan oleh undang-undang dengan alas an tidak munasabah atau sebaliknya.

Seksyen 14
Akujanji tersirat mengenai hakmilik, dsb.

Dalam suatu kontrak jualan, melainkan hal keadaan kontrak adalah untuk menunjukkan niat yang
berlainan, terdapat –
(a) suatu syarat tersirat di pihak penjual, bahawa dalam suatu kes jualan, dia mempunyai hak untuk
menjual barang-barang dan bahawa dalam kes suatu persetujuan untuk menjual, dia akan
mempunyai hak untuk menjual barang-barang pada masa bila milikan itu berpindah;
(b) suatu waranti tersirat bahawa pembeli hendaklah mempunyai dan menikmati milikan aman
barang-barang itu;
(c) suatu waranti tersirat bahawa barang-barang hendaklah bebas daripada apa-apa caj atau bebanan
yang memihak kepada mana-mana pihak ketiga yang diisytiharkan atau diketahui pembelinya
sebelum atau pada masa kontrak itu dibuat.

KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy


PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

Seksyen 15
Jualan melalui perihalan.

Jika terdapat suatu kontrak untuk menjual barang-barang melalui perihalan terdapat suatu syarat
tersirat bahawa barang-barang itu hendaklah bersamaan dengan perihalan dan, jika jualan itu melalui
contoh juga perihalan, ia tidak mencukupi bahawa kuantiti barang-barang bersamaan dengan contoh
jika barang-barang juga tidak bersamaan dengan perihalan.

Seskyen 16
Syarat tersirat mengenai kualiti dan kelayakan.

(1) Tertakluk kepada Akta ini dan bagi mana-mana undang-undang lain semasa dikuatkuasakan, tidak
ada waranti atau syarat tersirat mengenai kualiti atau kelayakan bagi apa-apa maksud tertentu bagi
barang-barang yang dibekalkan di bawah suatu kontrak jualan kecuali sebagai berikut -
(a) Jika pembeli secara nyata atau tersirat memberitahu penjual maksud tertentu bagi barang-
barang yang diperlukan, untuk menunjukkan bahawa pembeli bergantung kepada
kepakaran atau penghakiman penjual, dan barang-barang adalah daripada perihalannya
dalam penjalanan urusan penjual untuk membekalkan (sama ada dia adalah pengilang atau
pengeluar atau tidak) terdapat suatu syarat tersirat bahawa barang-barang hendaklah
secara munasabahnya layak untuk maksud itu:

Dengan syarat, dalam kes suatu kontrak bagi penjualan suatu barang khusus di bawah hak
cipta atau nama dagangan lain tidak terdapat syarat tersirat lain mengenai kelayakan
bagi apa-apa maksud tertentu.

(b) Jika barang-barang dibeli melalui perihalan daripada seseorang penjual yang menjual
barang-barang daripada perihalan itu (sama ada dia adalah pengilang pengilang atau
pengaluar atau tidak) terdapat suatu syarat tersirat bahawa barang- barang itu hendaklah
daripada kualiti boleh dagang:

(2) Suatu waranti atau syarat tersirat mengenai kualiti atau kelayakan bagi suatu maksud tertentu
boleh ditambah dengan penggunaan tred.

(3) Suatu waranti atau syarat nyata tidak menegatifkan suatu waranti atau syarat yang difahamkan
oleh Akta ini melainkan ketakkonsistenannya.

Seksyen 17
Jualan melalui contoh.

(1) Suatu kontrak jualan ialah suatu kontrak untuk menjual melalui contoh jika terdapat terma
yang jelas atau tersirat mengenainya dalam kontrak.
(2) Dalam kes suatu kontrak untuk menjual melalui contoh terdapat suatu syarat tersirat –
(a) bahawa kuantiti hendaklah bersamaan dengan contoh dalam kualiti;
(b) bahawa pembeli hendaklah mempunyai peluang munasabah bagi
membandingkan kuantiti dengan contoh;
(c) bahawa barang-barang hendaklah bebas daripada apa-apa kecacatan yang
menjadikannya tidak boleh dagang yang mungkin tidak kelihatan pada pemeriksaan
munasabah bagi contoh.

KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy


PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

TERMA-TERMA KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

Terma-terma yang terdapat di dalam kontrak jualan barang-barang adalah sama dengan kontrak-
kontrak yang lain, iaitu, syarat dan waranti.

Seksyen 12(2) AJB 1957 menyatakan suatu syarat adalah penentuan yang perlu kepada maksud
utama kontrak, di mana kemungkirannya akan memberikan hak untuk menganggap kontrak itu
sebagai di tolak.

Seksyen 12(3) AJB 1957 pula menyatakan suatu waranti adalah suatu janji kolateral (penentuan
sandaran) kepada maksud utama kontrak, di mana kemungkirannya membolehkan tuntutan untuk
mendapatkan gantirugi tetapi bukan hak untuk menolak barangan dan memperlakukan kontrak itu
sebagai ditolak.

Merujuk kepada penerangan seksyen-seksyen di atas, secara dasarnya kemungkiran syarat itu memberi
hak kepada pihak yang tidak bersalah untuk menolak kontrak dan seterusnya menuntut gantirugi tetapi
ada ketikanya ini tidak berlaku. Ini diperuntukkan oleh seksyen 13(1) AJB 1957, pihak yang terkilan
boleh memilih untuk menanggap kemungkiran syarat sebagai suatu kemungkiran waranti. Di dalam
situasi itu, kontrak akan terus berkuatkuasa dan pihak yang terkilan hanya berhak menuntut gantirugi
sahaja.

Kes Rujukan :

Tham Cheow Toh lwn Associated Metal Smelter (1971)

Fakta kes: Defendan (AMS) gagal menyediakan relau pelebur logam mengikut spesifikasi yang
ditetapkan. Ini merupakan satu perlanggaran syarat perjanjian dan ia boleh memberi hak kepada
plaintif untuk menamatkan kontrak .

Mahkamah: Memutuskan bahawa plaintif boleh menganggap pelanggaran syarat tersebut sebagai
pelanggaran waranti sahaja. Oleh itu kontrak perlu diteruskan dan hanya gantirugi sahaja yang
boleh dituntut.

TERMA-TERMA KONTRAK
TERMA-TERMA KONTRAK

SYARAT WARANTI
SYARAT WARANTI

TERSIRAT NYATA* TERSIRAT NYATA*


TERSIRAT NYATA* TERSIRAT NYATA*
**** ****

**Nyata bermaksud terma yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak yang berkontrak
* Tersirat bermaksud satu bahagian integral kontrak yang tidak secara nyata disediakan
atau dipersetujui oleh pihak-pihak yang berkontrak

KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy


PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

PENJELASAN

Terdapat dua jenis terma kontrak, iaitu syarat dan waranti

Syarat-syarat kontrak adalah perkara-perkara yang dipersetujui pihak-pihak yang terlibat


dalam kontrak. Ia merupakan satu stipulasi utama kontrak. Perlanggaran syarat-syarat
tersebut akan menjadikan kontrak itu terbatal sebab pihak kontrak itu.tidak bersalah berhak
menolak

* Stipulasi- kenyataan yang jelas tentang apa yang perlu dilakukan dan bagaimana ia dlakukan

Terma-terma kontrak

1. Syarat – satu stipulasi utama kontrak. Pelanggarannya akan menimbulkan hak kpd pihak yg tidak
bersalah utk menolak kontrak tersebut.
2. Waranti – satu stipulasi sampingan. Perlanggarannya akan memberi hak kpd yg tdk bersalah utk
menuntut ganti rugi shj ttp tidak boleh menolak kontrak tersebut. (pihak yg tdk bersalah boleh
menganggap perlanggaran syarat sebagai perlanggaran waranti dan hanya menuntut ganti rugi
shj.)

SYARAT TERSURAT

“Syarat tersurat adalah syarat yang dinyatakan”

1. Syarat nyata
2. Mudah difahami
3. Ditulis dengan jels

SYARAT TERSIRAT

“Syarat tersirat adalah syarat yang tidak disebut dengan nyata.”

1. Perkara tidak disebut secara nyata dalam sesuatu perjanjian


2. Kedua-dua belah pihak pembeli dan penjual barangan sedia maklum bahawa perkara tersirat
yang tidak dinayatakan di dalam perjanjian sememangnya wujud dalam perjanjian tersebut.
3. Syarat tidak ditulis dengan jelas.

Terdapat 4 jenis syarat tersirat:

1. HAK MILIK

 Penjual berhak menjual brg yg disenaraikan dlm kontrak dan penjual akan mempunyai
hak menjual brg itu pada masa hak milik barang itu berpindah kpd pembeli.
 Gunapakai Seksyen 14(a) AJB 57:
1. Syarat termaklum dalam kontrak jualan barangan:
2. Penjual mempunyai hak milik sah terhadap barangan yang dijual. Syarat
termaklum dalam kontrak untuk menjual barangan:
3. Penjual akan memperolehi hak milik sah terhadap barangan pada ketika ia
diserahkan kepada pembeli.
 Tujuan Hak Milik Sah
1. Memastikan penjual benar-benar mempunyai hak yang sah terhadap barangan.
2. Memastikan penjual benar-benar dapat memindah hak milik yang sah kepada
pembeli.

KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy


PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

 Kes Rujukan: Hak Milik

1. Rowland Iwn. Divall

Fakta kes:

R membeli sebuah kereta daripada D dan menggunakannya selama 4 bulan.


Kemudiannya, R mendapati bahawa D tidak mempunyai hak milik yang sah
terhadap kereta tersebut. R terpaksa menyerahkan kembali kereta itu kepada
pemilik yang sah. R menuntut daripada D wang pembelian sepenuhnya yang
telah dibayar kepada D.

Keputusan:

R berhak mendapat balik wangnya walaupun dia telah menggunakan kereta itu
selama 4 bulan.

2. JUALAN MELALUI PERIHALAN

 Dlm kontrak jualan brg melalui perihalan, barag hendaklah bersamaan atau secocok dgn
perihalan atau deskripsi.
 Menurut Seksyen 15 Akta Jualan Barang 1957:

Syarat termaklum dalam kontrak jualan barangan – barangan yang dijual hendaklah
menepati perihal yang diberi.
1. Fakta penentu ketepatan – tepat seperti perihal. Soal mutu / kualiti tidak timbul.
2. Kegagalan penjual untuk menyediakan barangan sebenar yang tepat dengan apa
yang telah diperihalkan sama ada oleh penjual itu sendiri atau oleh pembeli, akan
memberi hak kepada pembeli untuk menolak kontrak tersebut.

 Bilakah Jualan Perihal berlaku? Berlaku apabila pembeli:

1. Bersetuju membeli berdasarkan perihal barangan yang diberikan oleh penjual.

2. Tidak melihat barangan yang hendak dibeli.

Kes Rujukan :

Moore & Co. Iwn. Landauer Co. (1921)

Fakta kes :

Penjual membuat perjanjian dengan pembeli untuk membekalkan buah-buahan yang


ditinkan kepada pembeli di mana ia akan dihantar dalam setiap bekas yang diisi
dengan 30 tin buah-buahan. Apabila barangan itu sampai kepada pembeli, didapati
bahawa sebahagian bekas mengandungi 30 tin manakala yang lain pula hanya
mengandungi 24 tin.

Keputusan:

Pembeli berhak menolak kesemua barangan tersebut kerana ia tidak menepati perihal
yang diberikan semasa tempahan dibuat.

KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy


PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

3. Melihat barangan yang hendak dibeli.

Kes Rujukan:

Beale Iwn. Taylor (1967)

Fakta kes:

Seorang pembeli telah tertarik dengan suatu iklan jualan kereta yang memerihalkan
kereta itu sebagai model '1961'. Pembeli memeriksa kereta itu sebelum membelinya.
Setelah dibeli, beliau mendapati bahawa separuh bahagian daripada kereta tersebut
adalah model '1961' manakal separuh bahagian yang lain merupakan model yang
lebih awal.

Keputusan:

Penjual telah melanggar syarat termaklum mengenai perihal. Walaupun pembeli


telah melihat kereta itu, pembeli masih bergantung kepada perihal yang diberi oleh
penjual dalam membuat keputusan untuk membeli.

3. KUALITI DAN KELAYAKAN

 Merujuk Kepada Kualiti Boleh Dagang Dan Sesuai Dengan Maksud.


 Seksyen 16(1)(b) AJB 1957: Syarat termaklum: barangan yang dibeli hendaklah
mempunyai kualiti boleh dagang.

 Kaedah common law, Seseorang pembeli perlu berhati-hati menjaga kepentingan diri
apabila membeli barang. Kegagalannya akan merugikan diri dan tidak boleh membuat
tuntutan terhadap orang lain. Prinsip “caveat emptor”.
 Akta Jualan Brg 1957; tidak wujud sebarang syarat atau waranti tersirat mengenai kualiti
dan kesesuaian bagi barang yg dibekalkan di bawah kontrak jualan.

 Dua pengecualian (caveat emptor)


i. Barang julan hendaklah sesuai atau boleh memenuhi maksud yg dikehendaki
pembeli
ii. Barang jualan hendaklah mempunyai kualiti boleh dagang.

 Maksud kualiti boleh dagang: S. 16 (1)(a) AJB 57: Syarat termaklum: barangan yang
dibeli hendaklah mempunyai kualiti yang sesuai dengan maksud.

 Bilakah Seksyen 16 (1)(a) AJB 1957 akan terpakai?

1. Apabila pembeli secara nyata atau termaklum memberitahu kepada penjual


maksud tertentu barangan itu diperlukan.
2. Tujuan S. 16(1)(a): untuk menunjukkan bahawa pembeli bergantung kepada
kepakaran atau pertimbangan penjual.
3. Barangan tersebut adalah daripada jenis yang lazimnya dibekalkan oleh
penjual.

KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy


PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

Kes Rujukan: Seksyen 16 (1)(a) AJB 1957

1. Griffiths Iwn. Conway Rimmer (1939)

Fakta kes:

Seorang wanita telah membeli sepasang pakaian yang diperbuat daripada tweed
(sejenis bahan untuk membuat pakaian). Sebenarnya wanita itu alah kepada
bahan tersebut dan setelah memakai pakaian yang dibeli itu dia mengalami gatal
kulit.

Keputusan:

Keadaan alah kepada bahan itu tidak diberitahu kepada penjual. Secara
umumnya, bahan tersebut sesuai bagi orang ramai. Maka, penjual telah tidak
melanggar syarat termaklum tentang kesesuaian maksud.

o Kebergantungan kepada pertimbangan / kepakaran penjual tidak perlu


menyeluruh. Pembeli hanya perlu membuktikan bahawa dia bergantung
kepada kepakaran dan kebijaksanaan penjual walaupun ada fakta-fakta lain
(contoh: keperluan, keinginan, pengaruh orang lain, dll) yang mempengaruhi
pemilihan dan pembelian barangan itu.

2. Khong Seng Iwn. Ng Teong Kiat Biscuit Factory Ltd. (1963)

Fakta kes:

Plaintif membekalkan 219 tin lelemak kepada defendan dengan harga RM13.50
setin. Plaintif menuntut bayaran sebanyak RM2956.50 bagi harga barangan yang
dibekalkan. Defendan menafikan tanggungan dan mendakwa:

1. Mereka hanya memesan 100 tin dan 119 tin lagi adalah bekalan
berlebihan yang tidak dipesan.
2. Lelemak yang dibekalkan itu tidak sesuai untuk membuat biskut,
sedangkan plaintif telah memberi jaminan lisan bahawa ia sesuai untuk
membuat biskut dan bebas daripada sebarang kecacatan. Hanya 15 tin
sahaja telah digunakan untuk membuat biskut tetapi biskut-biskut yang
dihasilkan itu tidak terjual.

Keputusan:

Telah berlaku kemungkiran syarat termaklum tentang kesesuaian bagi maksud


mengikut S. 16 (a)(1) Ordinan JB 57.

KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy


PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

4. SYARAT TERSIRAT MENGENAI JUALAN MELALUI CONTOH/SAMPEL:

 Merujuk kepada KETEPATAN DENGAN SAMPEL.


 Jual beli melalui sampel lazimnya melibatkan barangan yang sukar untuk dibawa ke sana
sini seperti terlalu besar / berat.
 Merujuk kepada Seksyen 17 (2)(a), (b) dan (c): Jika pembeli telah bersetuju untuk
membeli barangan berdasarkan sampel yang ditunjuk, maka wujud syarat termaklum
bahawa:

1. Barangan yang dibekalkan mesti menepati sampel dari segi kualiti.


2. Pembeli berhak membandingkan barangan yang dibekalkan dengan sampel.

Kes Rujukan:

E & S Ruben Ltd. lwn. Faire Bros & Co. Ltd. (1949)

Fakta kes:

Pembeli mendakwa bahawa kain linatex yang dibelinya berkedut kedut sedangkan
sampel yang ditunjukkan oleh penjual licin dan lembut. Penjual menyatakan pula
bahawa ia akan licin dan lembut seperti sampel selepas digosok.

Keputusan:

Pembeli berhak untuk membuat tuntutan. Penjual telah melanggar syarat termaklum
mengenai jualan melalui sampel kerana barang yang dibeli tidak sama dengan
sampel yang ditunjukkan.

3. Barangan perlu bebas daripada kecacatan yang menyebabkannya tiada kualiti boleh
dagang.
4. Kecacatan tidak ketara semasa penelitian munasabah ke atas barangan.
5. Penelitian barangan tidak perlu rapi, asalkan munasabah sudah memadai.
6. Implikasi: Penjual harus bertanggungan atas kecacatan tersebut sebab kecacatan
pasti jadi ketara jika pembeli membuat penelitian rapi.

Kes Rujukan:

Goley Iwn. Perey (1960)

Fakta kes:

Penjual telah membeli lastik melalui jualan sampel daripada pemborong. Penjual
telah menguji sampel lastik dengan menarik talinya. Seorang budak telah membeli
lastik daripada penjual. Lastik tersebut patah semasa dia bermain dengannya dan
menyebabkan sebelah matanya buta.

Keputusan:

Walaupun penjual telah memeriksa sampel lastik tersebut, kecacatan yang terdapat
padanya tidak ketara melalui pemeriksaan sedemikian. Pemborong telah mungkir
kontrak kerana tidak memenuhi syarat termaklum ini.

KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy


PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

(d) menerangkan elemen-elemen yang perlu ada dalam kontrak jualan termasuk waranti,
keterangan, bebas daripada kesulitan, boleh guna, dan mutu;

ELEMEN-ELEMEN DALAM KONTRAK JUALAN

1. WARANTI

 Menurut Seksyen 12(3) Akta Jualan Barangan 1957 :

“Waranti ialah suatu janji kolateral kepada maksud utama kontrak, jika mungkir
memberikan suatu hak untuk menuntut ganti rugi tetapi bukan hak untuk menolak barang-
barang dan menganggap kontrak itu sebagai ditolak.”

 Waranti adalah jaminan pihak penjual terhadap keluaran yang dijual kepada pembeli. Ia
merupakan stipulasi sampingan terhadap tujuan utama kontrak. Pelanggaran waranti hanya
memberi hak kepada pihak yang tidak bersalah untuk menuntut ganti rugi sahaja tetapi tidak
boleh menolak kontrak tersebut.
 Stipulasi- kenyataan yang jelas tentang apa yang perlu dilakukan dan bagaimana ia dlakukan.

JENIS WARANTI

Terdapat dua jenis waranti, tersurat dan tersirat.

1. WARANTI TERSURAT[NYATA]

 Waranti tersurat adalah waranti yang dinyatakan seperti tempoh waranti, waranti
untuk memberi servis/membaiki/menggantikan secara percuma dalam sesuatu tempoh
yang tertentu dll.
 Contoh waranti tersurat:

Semua komponen/modul yang terdaftar di bawah ini akan memiliki jaminan SATU
tahun KECUALI yang secara tersurat dinyatakan lain atau sebagaimana ditunjukkan
dalam klausul 2.2(Clause 2.2)

1. Layar Notebook(LCD)
2. Bateri notebook
3. PC card yang terpasang dalam notebook
4. Speaker dan
5. Mouse & Keyboard

2. WARANTI TERSIRAT

 Waranti tersirat adalah waranti yang tidak dinyatakan tetapi ia adalah perlu.
 Terdapat 2 jenis waranti tersirat :

1. Milikan aman/bebas dari gangguan


 Pembeli berhak menggunakan barang yang dibeli tanpa gangguan
daripada penjual, ejen, wakil atau pihak ketiga.

2. Bebas daripada bebanan


 Barang yang dijual patut bebas daripada sebarang gadaian atau bebanan
bagi mana-mana pihak ketiga yang tidak diberitahu kepada pembeli
semasa atau sebelum kontrak dibuat seperti barangan yang belum jelas
pembayaran cukai.

KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy


PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

2. KETERANGAN

 Keterangan membawa maksud, segala barangan yang hendak dijual oleh penjual, hendaklah
mempunyai cukup maklumat bagi memastikan tiada kekeliruan antara penjual dan pembeli,
seperti jenis barangan, harga barangan, waranti yang diberikan, isi kandungan atau jenis bahan
barang yang hendak dijual.

3. BEBAS DARIPADA KESULITAN

 Bebas daripada kesulitan bermaksud setiap barangan yang hendak dijual oleh penjual,
menurut Akta jualan barang 1957 hendaklah :
1. Bebas dari gangguan di mana pembeli boleh menggunakan barangan tersebut secara
aman tanpa gangguan daripad apenjual, ejen, wakil ataupun pihak ketiga.
2. Bebas daripada sebarang gadaian atau bebanan dari mana-mana pihak ketiga seperti
saman, cukai, atau keberhutangan.

4. BOLEH GUNA

 Boleh guna dalam elemen kontrak jualan bermaksud, setiap barangan yang hendak dijual oleh
penjual mestilah barangan yang :
1. Bebas dari sebarang kecacatan yang menyebabkan barangan tersebut tidak boleh
digunakan oleh pembeli
2. Barang jualan hendaklah sesuai atau boleh memenuhi maksud yg dikehendaki
pembeli

5. MUTU

 Mutu dalam kontrak jualan pula bermaksud setiap barangan yang hendak dijual mestilah
mempunyai kualiti boleh dagang.

Kes-kes rujukan:
Kes Low Kar Yit & Ors lwn. Mohd. Isa & Anor (1963) MLJ165 (berkenaan perjanjian jualan).

KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy

You might also like