You are on page 1of 24

Topik3X Permintaan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. menyatakan definisi permintaan; menghuraikan hukum permintaan; membezakan permintaan individu dengan permintaan pasaran; membezakan perubahan kuantiti diminta dengan perubahan permintaan; dan membicarakan faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan.

X PENGENALAN
Tahukah anda kebanyakan barang ekonomi mempunyai harga? Misalnya, harga sebuku roti ialah RM1.90, secawan teh tarik adalah RM1.60 dan tambang komuter dari Shah Alam ke Kuala Lumpur ialah RM3.70. Namun, harga barangbarang ini tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah. Contohnya, apabila berlaku banjir atau hujan lebat, harga sayur-sayuran dan ikan (barang ekonomi tidak tahan lama) akan meningkat. Manakala, harga telefon bimbit, komputer dan barang-barang elektrik seperti televisyen, radio dan peti sejuk (barang ekonomi tahan lama) telah menjadi semakin murah pada masa kini. Pada pendapat anda, apakah sebab harga barang-barang ini berubah? Pada dasarnya, harga sesuatu barang dan perkhidmatan ditentukan oleh permintaan dan penawaran. Apabila kedua-dua permintaan dan penawaran berubah, harga barang dan perkhidmatan juga turut berubah. Apakah yang dimaksudkan dengan permintaan dalam konteks ekonomi? Bagaimanakah perubahan harga mempengaruhi permintaan terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan?

50 X

TOPIK 3

PERMINTAAN

Justeru itu, kita mulakan dahulu perbincangan topik ini dengan melihat definisi permintaan, diikuti dengan hukum permintaan yang menggambarkan hubungan antara harga dan kuantiti diminta sesuatu barang. Seterusnya, perkaitan antara harga dan kuantiti barang yang diminta ini dijelaskan menggunakan Jadual dan Keluk Permintaan. Kemudian, kita akan melihat perbezaan antara permintaan individu dan permintaan pasaran. Akhir sekali, kita akan membincangkan perbezaan antara perubahan kuantiti diminta dan perubahan permintaan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya.

3.1

DEFINISI PERMINTAAN

Kita boleh mendefinisikan permintaan sebagai kesanggupan seseorang pengguna membeli sesuatu barang dan perkhidmatan pada suatu tingkat harga dan jangka masa tertentu. Misalnya, sebagai pelajar, kita akan hanya membeli pen apabila pen yang sedia ada telah kehabisan dakwat. Dengan kata lain, apabila seseorang pengguna sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk mendapatkan sesuatu barang dan perkhidmatan, maka dalam konteks ekonomi, permintaan telah wujud. Namun, sebagai pelajar, kita tidak akan membeli sebarang pen. Selain dari memenuhi citarasa, kita akan memastikan harga pen yang akan dibeli adalah berpatutan dan mampu untuk kita membelinya. Ini digambarkan dalam Rajah 3.1.

Rajah 3.1: Permintaan dan perbandingan harga

Justeru itu, permintaan dan kehendak adalah berbeza. Misalnya, sebagai pengguna, kita berkehendakkan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan, namun tidak semua kehendak ini dapat dipenuhi kerana pendapatan kita terhad. Dalam konteks ekonomi, kehendak akan hanya dianggap sebagai permintaan jika disokong dengan kesanggupan membeli atau kuasa membeli (pendapatan sebenar). Sila lihat Rajah 3.2.

TOPIK 3

PERMINTAAN

51

Rajah 3.2: Permintaan dan kehendak adalah berbeza

Seterusnya, harga sesuatu barang dan perkhidmatan merupakan pengukur kepada kehendak. Misalnya, semakin besar kehendak pengguna, semakin tinggilah harga yang sanggup dibayar olehnya. Walau bagaimanapun, kehendak pengguna ini mestilah disokong dengan kemampuan untuk membayar. Rajah 3.3 menunjukkan seorang lelaki yang hanya mampu untuk membeli motorsikal dan bukan kereta.

Rajah 3.3: Kehendak pengguna disokong kemampuan untuk membayar

AKTIVITI 3.1
(a) Adakah anda bersetuju bahawa harga sesuatu barang dan perkhidmatan merupakan pengukur kepada kehendak? Bincangkan.

52 X

TOPIK 3

PERMINTAAN

3.2

HUKUM PERMINTAAN
Hukum permintaan (Hubungan songsang antara harga dan kuantiti diminta sesuatu barang dan perkhidmatan)

Kesan penggantian

Kesan pendapatan

Rajah 3.4: Hukum permintaan

Hukum permintaan menunjukkan hubungan antara harga dan kuantiti diminta sesuatu barang dengan andaian hanya harga barang itu sendiri sahaja yang berubah, manakala faktor lain yang mempengaruhi permintaan sebagai ceteris paribus. Lihat Rajah 3.4. Apabila harga sesuatu barang meningkat, kuantiti diminta barang tersebut akan berkurangan. Sebaliknya, apabila harga barang berkurangan, kuantiti barang yang diminta meningkat. Dengan kata lain, hubungan antara harga dan kuantiti barang yang diminta adalah berkadar songsang (negatif). Andaikan harga ikan kembong adalah RM1.00 seekor. Dengan pendapatan wang sebanyak RM10.00, kita boleh membeli 10 ekor ikan kembong. Sebaliknya, jika harga ikan kembong meningkat kepada RM2.00 seekor, maka kuantiti ikan kembong yang diminta akan berkurangan kepada 5 ekor (andaikan pendapatan wang tidak berubah). Sila rujuk Rajah 3.5.

Rajah 3.5: Hubungan berkadar songsang (negatif) antara harga dan kuantiti barang yang diminta

TOPIK 3

PERMINTAAN

53

Perkataan ceteris paribus berasal daripada perkataan Greek yang bermakna tidak berubah, tetap, malar, konstan atau tidak dipengaruhi. Misalnya, hukum permintaan di atas wujud dan dipengaruhi semata-mata oleh harga barang itu sendiri. Manakala lain-lain faktor yang mempengaruhi permintaan seperti citarasa, harga barang lain, jangkaan harga pada masa hadapan, tingkat pendapatan, faktor musim, saiz dan struktur penduduk diandaikan tetap atau tidak mempengaruhi. Seperti yang telah kita bincangkan, hubungan songsang antara harga dan kuantiti barang yang diminta ini (hukum permintaan) adalah disebabkan oleh dua kesan iaitu kesan penggantian dan kesan pendapatan.

3.2.1

Kesan penggantian

Kesan penggantian merujuk kepada perubahan kuantiti diminta akibat daripada perubahan harga sesuatu barang berbanding dengan harga barang lain. Keduadua barang ini merupakan barang pengganti, iaitu barang yang menggantikan fungsi barang lain. Hubungan barang pengganti ini bersifat positif. Apabila harga sesuatu barang berkurang, secara relatif harga barang tersebut lebih murah berbanding dengan harga barang penggantinya. Justeru itu, pengguna akan lebih cenderung menambahkan pembelian barang sedia ada dan mengurangkan pembelian barang penggantinya. Lanjutan daripada contoh di atas, kita dapati apabila harga ikan kembong meningkat, secara relatif harganya lebih mahal berbanding dengan harga ikanikan yang lain seperti ikan selayang, ikan kerisi atau ikan parang. Dengan ini, kita akan mengurangkan pembelian ikan kembong dan membeli ikan lain dalam kuantiti yang lebih banyak. Lihat Rajah 3.6.

Rajah 3.6: Kesan penggantian

54 X

TOPIK 3

PERMINTAAN

3.2.2

Kesan pendapatan

Kesan pendapatan merupakan perubahan kuantiti diminta akibat daripada perubahan kuasa beli (pendapatan benar) yang disebabkan oleh perubahan harga sesuatu barang. Apabila harga sesuatu barang berkurangan, kuantiti diminta barang tersebut akan meningkat kerana kuasa beli (pendapatan benar) telah bertambah, walaupun pendapatan wang tidak berubah. Sebaliknya akan berlaku apabila harga barang meningkat. Misalnya, apabila harga ikan kembong semakin mahal, ia akan mengurangkan kuasa beli (pendapatan benar) kita sebagai pengguna. Dahulu, dengan pendapatan wang sebanyak RM10.00, kuasa beli kita adalah 10 ekor ikan kembong, tetapi kini dengan pendapatan wang yang sama, kuasa beli kita hanyalah 5 ekor ikan kembong sahaja (kuasa beli telah berkurang). Lihat Rajah 3.7.

Rajah 3.7: Kesan pendapatan

SEMAK KENDIRI 3.1


(a) (b) Apakah hukum permintaan? Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan kesan penggantian dan kesan pendapatan? Berikan satu contoh untuk setiapnya.

TOPIK 3

PERMINTAAN

55

3.3

JADUAL PERMINTAAN DAN KELUK PERMINTAAN

Seperti yang kita telah bincangkan, hukum permintaan menunjukkan hubungan yang rapat antara harga dan kuantiti diminta sesuatu barang. Semakin rendah harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti barang tersebut yang akan diminta. Sebaliknya, jika harga barang semakin tinggi, kuantiti yang akan diminta semakin berkurangan. Ringkasnya, perkaitan antara harga dan kuantiti barang yang diminta ini dapat digambarkan melalui Jadual dan Keluk Permintaan (Rajah 3.8).

Definisi permintaan

Hukum permintaan (hubungan songsang antara harga dan kuantiti diminta sesuatu barang dan perkhidmatan)

Jadual permintaan

Keluk permintaan

Rajah 3.8: Jadual Permintaan dan Keluk Permintaan

Jadual permintaan menunjukkan hubungan antara tingkat harga dan kuantiti barang yang diminta oleh seseorang pengguna dalan pasaran. Contohnya, Jadual 3.1 menunjukkan permintaan Ain terhadap tepung gandum pada tingkat harga yang berbeza. Pada harga RM0.80, Ain meminta sebanyak 5 kg tepung gandum. Tetapi, apabila harga meningkat kepada RM1.20, kuantiti tepung gandum yang diminta oleh Ain telah berkurangan kepada 3kg. Ringkasnya, kita dapat simpulkan daripada Jadual 3.1 tersebut, apabila harga tepung gandum semakin tinggi, semakin sedikit kuantiti tepung gandum yang akan diminta. Sebaliknya, apabila harga tepung gandum semakin rendah, kuantiti diminta tepung gandum akan menjadi semakin banyak.

56 X

TOPIK 3

PERMINTAAN

Jadual 3.1: Jadual Permintaan Ain Terhadap Tepung Gandum

Kombinasi Tepung Gandum A B C D E

Harga Tepung Gandum (RM) 0.80 1.00 1.20 1.40 1.60

Kuantiti Diminta Tepung Gandum (KG) 5 4 3 2 1

Berdasarkan data-data daripada Jadual 3.1, kita boleh melakarkan sebuah Keluk Permintaan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.9. Paksi menegak menunjukkan pelbagai tingkat harga tepung gandum, manakala paksi mendatar pula menunjukkan kuantiti tepung gandum yang diminta oleh Ain. Titik E menunjukkan bahawa pada tingkat harga RM1.60, kuantiti tepung gandum yang diminta oleh Ain adalah sebanyak 1 kg. Manakala, titik D pula menunjukkan pada tingkat harga RM1.40, Ain meminta kuantiti tepung gandum sebanyak 2 kg. Seterusnya, pada tingkat harga RM1.20 (titik C), kuantiti tepung gandum yang diminta oleh Ain adalah sebanyak 3 kg. Apabila titik-titik A, B, C, D dan E ini disambungkan, kita akan dapat membentuk Keluk Permintaan Ain terhadap tepung gandum.

Harga (RM) D 1.60 1.40 1.20 1.00 0.80 0 1 2 3 4 5 E D C B A D Kuantiti diminta (kg)

Rajah 3.9: Keluk Permintaan Ain Terhadap Tepung Gandum

TOPIK 3

PERMINTAAN

57

Ringkasnya, keluk permintaan menunjukkan sifat perhubungan antara harga sesuatu barang dengan kuantiti diminta barang tersebut. Berdasarkan Rajah 3.9, kita dapati Keluk Permintaan tepung gandum mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. Keluk Permintaan yang sedemikian berhubung rapat dengan hukum permintaan. Apabila harga tepung gandum meningkat, kuantiti tepung gandum yang diminta akan berkurangan. Sebaliknya, jika harga tepung gandum berkurangan, kuantiti dimintanya akan meningkat. Misalnya, apabila harga tepung gandum meningkat dari RM1.20 ke RM1.60, kuantiti diminta tepung gandum akan berkurangan dari 3 kg ke 1 kg. Sebaliknya, apabila harga tepung gandum berkurangan dari RM1.20 ke RM0.80, kuantiti tepung gandum yang diminta telah meningkat dari 3 kg ke 5 kg. Justeru itu, kita boleh rumuskan bahawa hubungan antara harga dan kuantiti diminta tepung gandum adalah berkadar songsang (negatif). Ini digambarkan dalam Rajah 3.10 berikut.

Rajah 3.10: Hubungan harga dan kuantiti diminta berkadar songsang (negatif)

AKTIVITI 3.2
(a) Pada pendapat anda, mengapakah Keluk Permintaan seseorang individu mencerun ke bawah dari kiri ke kanan? Huraikan.

3.4

PERMINTAAN INDIVIDU DAN PERMINTAAN PASARAN

Seperti yang telah kita bincangkan, permintaan merujuk kepada kesanggupan seseorang pengguna membeli sesuatu barang dan perkhidmatan pada suatu tingkat harga dan jangka masa tertentu. Umumnya, kita boleh bahagikan permintaan kepada permintaan individu dan permintaan pasaran. Lihat Rajah 3.11.

58 X

TOPIK 3

PERMINTAAN

Definisi permintaan

Hukum permintaan (hubungan songsang antara harga dan kuantiti barang yang diminta)

Permintaan individu

Permintaan pasaran

Rajah 3.11: Permintaan individu dan permintaan pasaran

Justeru itu, kita boleh mendefinisikan permintaan individu sebagai kesanggupan seseorang individu membeli sesuatu barang dan perkhidmatan pada suatu tingkat harga dan jangka masa tertentu. Sebaliknya, permintaan pasaran pula merujuk kepada jumlah permintaan semua individu dalam pasaran pada suatu tingkat harga dan jangka masa tertentu. Bagi memudahkan perbincangan, kita andaikan bahawa dalam pasaran, terdapat dua orang individu (pengguna) sahaja, iaitu Ain dan Nur (Rajah 3.12). Jadual permintaan mereka ditunjukkan dalam kolum (3) dan (4), masing-masing dalam Jadual 3.2.

Rajah 3.12: Permintaan individu dan permintaan pasaran

TOPIK 3

PERMINTAAN

59

Jadual 3.2: Permintaan Individu dan Pasaran Terhadap Tepung Gandum Kombinasi HargaTepung Tepung Gandum(RM) Gandum Permintaan Tepung Gandum(kg) Ain (3) 5 4 3 2 1 Permintaan TepungGandum (kg) Nur (4) 6 5 4 3 2 Permintaan PasaranTepung Gandum(kg) (3)+(4) 11 9 7 5 3

A B C D E

0.80 1.00 1.20 1.40 1.60

Berdasarkan Jadual 3.2, permintaan pasaran adalah jumlah semua permintaan individu dalam pasaran pada tingkat harga dan jangka masa tertentu. Oleh itu, untuk memperolehi permintaan pasaran terhadap tepung gandum, kita perlu mencampurkan semua kuantiti yang diminta oleh setiap individu dalam pasaran pada setiap tingkat harga. Jadual 3.2 di atas menunjukkan permintaan tepung gandum oleh Ain dan Nur antara tingkat harga RM0.80 hingga RM1.60. Dengan menjumlahkan kuantiti tepung gandum yang diminta oleh mereka pada setiap tingkat harga, maka permintaan pasaran terhadap tepung gandum akan diperolehi. Misalnya, pada tingkat harga RM0.80, Ain akan meminta 5 kg tepung gandum dan Nur pula meminta 6 kg tepung gandum. Jadi, jumlah permintaan pasaran adalah sebanyak 11 kg tepung gandum. Seterusnya, pada tingkat harga RM1.00, Ain akan meminta 4 kg tepung gandum, manakala Nur meminta 5 kg, menjadikan jumlah permintaan pasaran tepung gandum telah berkurangan kepada 9 kg. Justeru itu, berdasarkan data-data daripada Jadual 3.2, kita boleh melakarkan Keluk Permintaan individu bagi Ain dan Nur, termasuk keluk permintaan pasaran terhadap tepung gandum. Keluk-keluk permintaan tersebut adalah seperti ditunjukkan oleh Rajah 3.13. Keluk DADA mewakili Keluk Permintaan Ain dan Keluk DNDN pula mewakili Keluk Permintaan Nur. Manakala, Keluk DPDP pula adalah Keluk Permintaan Pasaran terhadap tepung gandum yang diperolehi dengan menjumlahkan Keluk Permintaan DADA dan Keluk DNDN secara mendatar. Pada tingkat harga RM0.80, Ain akan meminta 5 kg tepung gandum dan Nur meminta 6 kg tepung gandum. Jadi, jumlah permintaan pasaran adalah 11 kg tepung gandum. Keadaan ini ditunjukkan oleh titik A pada Keluk Permintaan Pasaran.

60 X

TOPIK 3

PERMINTAAN

Seterusnya, pada tingkat harga RM1.20, Ain akan meminta 3 kg dan Nur pula meminta 4 kg tepung gandum, menjadikan jumlah permintaan pasaran tepung gandum telah berkurangan kepada 7 kg. Keadaan ini ditunjukkan oleh titik C pada Keluk Permintaan Pasaran. Ringkasnya, apabila titik-titik ini disambungkan, kita akan dapat membentuk satu Keluk Permintaan Pasaran terhadap tepung gandum.

Rajah 3.13: Keluk Permintaan Individu dan Pasaran Tepung Gandum

SEMAK KENDIRI 3.2


(a) (b) Apakah perbezaan di antara keluk permintaan individu dan keluk permintaan pasaran? Jelaskan bagaimana keluk permintaan pasaran diperolehi?

TOPIK 3

PERMINTAAN

61

3.5

PERBEZAAN PERUBAHAN KUANTITI DIMINTA DENGAN PERUBAHAN PERMINTAAN

Konsep perubahan

Perubahan kuantiti diminta

Perubahan permintaan

Rajah 3.14: Konsep perubahan kuantiti diminta dengan perubahan permintaan

Seperti yang telah kita bincangkan, hukum permintaan menunjukkan hubungan antara harga dan kuantiti diminta sesuatu barang, dengan andaian hanya harga barang itu sendiri sahaja yang berubah, manakala lain-lain faktor yang mempengaruhi permintaan adalah ceteris paribus. Keadaan ini menyebabkan Keluk Permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. Apabila harga jatuh, kuantiti diminta akan bertambah. Sebaliknya, apabila harga naik, kuantiti diminta akan berkurangan. Namun, apabila kita mengubah (terbalikkan) andaian di atas, ini menjadikan harga barang itu sendiri tetap, manakala lain-lain faktor berubah. Maka terdapat dua konsep perubahan dalam permintaan, iaitu perubahan kuantiti diminta dan perubahan permintaan. Kedua-dua perubahan ini mempunyai pengertian yang berbeza. Ringkasnya, perbezaan di antara mereka ditunjukkan dalam Jadual 3.3.

62 X

TOPIK 3

PERMINTAAN

Jadual 3.3: Perbezaan Perubahan Kuantiti Diminta dengan Perubahan Permintaan Perubahan kuantiti diminta Perubahan permintaan

Rajah 3.15: Perubahan kuantiti diminta

Rajah 3.16: Perubahan permintaan

Perubahan dalam kuantiti diminta Perubahan dalam permintaan merujuk kepada


merujuk kepada pergerakan titik di sepanjang Keluk Permintaan yang sama (Keluk Permintaan DD). Perubahan ini disebabkan oleh perubahan harga barang itu sendiri, manakala lain-lain faktor yang mempengaruhi permintaan sebagai ceteris paribus. perubahan Keluk Permintaan (Keluk Permintaan DD), sama ada ke kanan atau ke atas (Keluk Permintaan D1D1) dan ke kiri atau ke bawah (Keluk Permintaan D0D0). Perubahan ini disebabkan oleh perubahan lainlain faktor yang mempengaruhi permintaan, manakala harga barang itu sendiri ceteris paribus. Antara lain-lain faktor yang mempengaruhi permintaan adalah seperti faktor musim, harga barang lain, tingkat pendapatan, citarasa pengguna, jangkaan harga pada masa hadapan, agihan pendapatan, saiz dan struktur penduduk dan dasar kerajaan. Andaikan keluk permintaan DD dalam Rajah 3.16 menunjukkan Keluk Permintaan terhadap songkok. Harga dan kuantiti asalnya adalah OP dan OQ. Apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya, permintaan terhadap songkok akan meningkat. Kesannya, Keluk Permintaan

Rajah 3.15 menunjukkan apabila harga meningkat dari P ke P1, kuantiti diminta akan berkurangan dari Q ke Q1. Pergerakan dari titik B ke titik A dikenali sebagai penguncupan permintaan.

TOPIK 3

PERMINTAAN

63

songkok akan berubah ke kanan menjadi D1D1. Pada tingkat harga OP (tidak berubah), kuantiti songkok yang diminta akan bertambah menjadi OQ1. Perubahan Keluk Permintaan ke kanan, iaitu Keluk Permintaan DD ke Keluk Permintaan D1D1 dikenali sebagai pertambahan dalam permintaan. Sebaliknya, apabila bukan Hari Raya, permintaan terhadap songkok akan berkurangan. Akibatnya, Keluk Permintaan songkok akan berubah ke kiri menjadi D0D0. Pada tingkat harga OP (tidak berubah), kuantiti songkok yang diminta telah berkurangan, iaitu OQ0. Perubahan Keluk Permintaan ke kiri dan ke bawah, iaitu Keluk Permintaan DD ke Keluk Permintaan D0D0 dikenali sebagai pengurangan dalam permintaan.

Sebaliknya, apabila harga berkurangan dari P ke P0, kuantiti diminta akan meningkat dari Q ke Q0. Pergerakan dari titik B ke titik C dikenali sebagai pengembangan permintaan.

AKTIVITI 3.3
(a) (b) Jelaskan perbezaan di antara perubahan kuantiti diminta dan perubahan permintaan bagi sesuatu barang? Pada pendapat anda, apakah perbezaan antara pengembangan, penguncupan, pertambahan dan pengurangan dalam permintaan?

3.6

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN

Sehingga kini, kita telah membincangkan kesan pengaruh harga terhadap kuantiti diminta sesuatu barang melalui hukum permintaan. Keadaan ini adalah berdasarkan kepada andaian ceteris paribus, iaitu faktor lain-lain yang mempengaruhi permintaan sebagai tetap. Segala perubahan dalam kuantiti diminta adalah akibat daripada perubahan dalam tingkat harga barang itu sendiri.

64 X

TOPIK 3

PERMINTAAN

Walau bagaimanapun, dalam realiti, kuantiti diminta sesuatu barang tidak hanya semata-mata dipengaruhi oleh harga barang itu sendiri sahaja, malah terdapat banyak faktor lain yang mempengaruhi permintaan individu mahupun permintaan pasaran. Faktor-faktor tersebut ialah harga barang lain, fesyen, citarasa, iklim, pendapatan, jangkaan harga pada masa hadapan, pengiklanan, saiz dan struktur penduduk, agihan pendapatan, faktor musim, kadar faedah pinjaman, kemudahan kad kredit dan dasar-dasar kerajaan.

Harga barang itu sendiri Harga barang lain Tingkat pendapatan Faktor-faktor mempengaruhi permintaan Citarasa pengguna Jangkaan harga pada masa hadapan Agihan pendapatan Saiz dan struktur penduduk Dasar kerajaan
Rajah 3.17: Faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan

Penerangan untuk faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan adalah seperti berikut.

3.6.1

Harga barang lain

Dalam konteks ekonomi, perhubungan antara sesuatu barang dengan barang yang lain boleh dibahagikan kepada barang pengganti, barang penggenap (barang pelengkap) dan barang tidak berkaitan seperti berikut.

TOPIK 3

PERMINTAAN

65

(a)

Barang pengganti Barang pengganti merujuk kepada barang yang dapat menggantikan fungsi barang lain seperti teh dengan kopi, margerin dengan mentega, komputer meja dengan komputer riba dan sebagainya. Hubungan barang pengganti adalah bersifat positif. Misalnya, apabila harga teh meningkat, pengguna akan mengurangkan pembelian teh dan melebihkan pembelian kopi. Hubungan antara teh dan kopi sebagai barang pengganti dapat ditunjukkan melalui Rajah 3.18.

Harga (RM) D P1 P

Harga (RM) D

D1

P D1 D D 0 Q Q1 Kuantiti diminta (unit) (ii) Permintaan kopi

Q1

Kuantiti diminta (unit)

(i) Permintaan teh

Rajah 3.18: Kesan Perubahan Barang

Berdasarkan Rajah 3.18, andaikan Keluk DD adalah Keluk Permintaan asal bagi teh dan kopi. Harga dan kuantiti masing-masing adalah OP dan OQ. Andaikan harga teh meningkat dari P ke P1, kuantiti diminta teh akan berkurangan dari Q ke Q1. Kini, kita dapati harga teh (OP1) secara relatif lebih mahal berbanding dengan harga kopi (OP). Oleh sebab teh dan kopi merupakan barang pengganti, kita lebih cenderung menambahkan pembelian terhadap kopi. Kesannya, Keluk Permintaan Kopi (keluk DD) akan meningkat dan berpindah ke kanan menjadi Keluk D1D1 (pertambahan dalam permintaan kopi). Pada tingkat harga OP, kuantiti kopi yang diminta telah bertambah dari OQ ke OQ1.

66 X

TOPIK 3

PERMINTAAN

(b)

Barang penggenap (barang pelengkap) Seterusnya, barang penggenap merupakan barang yang digunakan bersama atau serentak dengan barang-barang lain seperti kereta dengan petrol, pen dengan dakwat, kamera dengan filem dan sebagainya. Hubungan barang penggenap adalah bersifat negatif. Misalnya, apabila harga kereta meningkat, pengguna akan mengurangkan pembelian kereta. Justeru itu, apabila permintaan kereta berkurangan, permintaan terhadap petrol juga akan berkurangan. Hubungan antara kereta dan petrol sebagai barang penggenap dapat ditunjukkan melalui Rajah 3.19. Andaikan Keluk DD adalah Keluk Permintaan asal bagi kereta dan petrol. Harga dan kuantiti masing-masing adalah OP dan OQ. Apabila harga kereta meningkat dari P ke P1, kuantiti diminta kereta akan berkurangan dari Q ke Q1. Oleh sebab kereta dan petrol merupakan barang penggenap, permintaan terhadap petrol akan berkurangan kerana sedikit pengguna meminta kereta. Kesannya, Keluk Permintaan Petrol (Keluk DD) akan berkurangan dan berpindah ke kiri menjadi D0D0 (pengurangan dalam permintaan kereta). Pada tingkat harga OP, kuantiti petrol yang diminta telah berkurangan dari OQ ke OQ0.
Harga (RM) D P1 P P D D 0 Q1 Q Kuantiti diminta (unit) 0 Q0 Q Kuantiti diminta (unit) (ii) Permintaan petrol D0 Harga (RM) D0 D

(i) Permintaan kereta

Rajah 3.18: Kesan Perubahan Barang

TOPIK 3

PERMINTAAN

67

(c)

Barang tidak berkaitan Barang tidak berkaitan merupakan barang yang tidak mempunyai pengaruh atau hubungan dengan penggunaan dengan barang-barang lain seperti kereta dengan teh, pen dengan kopi, kamera dengan pen dan sebagainya. Hubungan barang tidak berkaitan adalah bersifat sifar. Misalnya, apabila harga kereta meningkat, permintaan terhadap teh tidak akan berubah. Hubungan antara kereta dan teh sebagai barang tidak berkaitan dapat ditunjukkan melalui Rajah 3.20. Andaikan Keluk DD adalah Keluk Permintaan asal bagi kereta dan teh. Harga dan kuantiti masing-masing adalah OP dan OQ. Apabila harga kereta meningkat dari P ke P1, kuantiti diminta kereta akan berkurangan dari Q ke Q1. Oleh sebab kereta dan teh merupakan barang yang tidak berkaitan, permintaan terhadap teh tidak akan berubah. Keluk Permintaan teh masih diwakili oleh Keluk DD dengan tingkat harga OP dan kuantiti OQ.

3.6.2

Tingkat pendapatan

Tingkat pendapatan pengguna merupakan salah satu faktor yang penting dalam mempengaruhi permintaan sesuatu barang. Justeru itu, dalam konteks ekonomi, pengaruh tingkat pendapatan ke atas permintaan sesuatu barang boleh dibahagikan kepada barang normal, barang inferior dan barang perlu. Ini dijelaskan seperti berikut. (a) Barang normal Umumnya, barang normal (juga dikenali sebagai barang biasa) dibeli oleh pengguna yang berpendapatan sederhana. Misalnya; televisyen, radio, kereta, jam tangan dan lain-lain. Hubungan tingkat pendapatan dengan barang normal ini adalah positif; iaitu apabila pendapatan bertambah, permintaan ke atas barang normal juga akan turut bertambah. Misalnya, kalau dahulu, dengan pendapatan RM1,500.00 sebulan, kita hanya mampu membeli motorsikal sahaja, tetapi kini, apabila pendapatan meningkat kepada RM3,500.00 sebulan, kita mampu membeli sebuah kereta. Oleh itu, Keluk Permintaan terhadap kereta (Keluk DD) akan meningkat dan berpindah ke kanan menjadi Keluk D1D1. Berdasarkan Rajah 3.16, pada tingkat harga OP, permintaan terhadap kereta telah meningkat menjadi OQ1. Sebaliknya, Keluk DD akan berpindah ke kiri (Keluk D0D0), sekiranya pendapatan pengguna berkurangan.

68 X

TOPIK 3

PERMINTAAN

(b)

Barang inferior Barang inferior (juga dikenali sebagai barang bawahan) kebiasaannya dibeli oleh pengguna yang berpendapatan rendah. Antara contoh-contoh barang inferior adalah beras hancur (beras berkualiti rendah), ikan kurang segar, makanan dalam tin yang menghampiri tarikh luput dan sebagainya. Hubungan tingkat pendapatan dengan barang inferior adalah negatif, iaitu apabila pendapatan meningkat, permintaaan terhadap barang inferior akan berkurangan. Sekiranya dahulu, kita bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan sebanyak RM360.00 sebulan, kita hanya mampu membeli beras hancur atau beras berkualiti rendah sahaja. Namun, apabila pendapatan kita meningkat ke RM1,000.00 sebulan, kita akan mengurangkan pembelian beras hancur dan membeli beras yang lebih berkualiti. Oleh itu, Keluk Permintaan terhadap beras hancur (Keluk DD) akan berkurangan dan berpindah ke kiri menjadi Keluk D0D0. Berdasarkan Rajah 3.16, pada tingkat harga OP, permintaan terhadap beras hancur telah berkurangan menjadi OQ0. Sebaliknya, Keluk DD akan berpindah ke kanan (Keluk D1D1) sekiranya pendapatan pengguna berkurang.

(c)

Barang perlu Barang perlu (juga dikenali sebagai barang mesti) kebiasaannya dibeli oleh setiap pengguna untuk meneruskan kehidupan. Antara contoh-contoh barang perlu di Malaysia adalah beras, gula, garam, roti, susu dan lain-lain. Hubungan tingkat pendapatan dengan barang perlu adalah sifar, iaitu sama ada pendapatan bertambah atau berkurangan, permintaaan terhadap barang perlu tidak berubah.

3.6.3

Citarasa pengguna

Citarasa pengguna turut memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi permintaan terhadap sesuatu barang. Apabila citarasa pengguna terhadap sesuatu barang berubah, maka permintaan ke atas barang tersebut juga turut berubah. Misalnya, apabila semakin ramai rakyat Malaysia suka makan buah durian, maka permintaan terhadap durian akan meningkat. Oleh itu, Keluk Permintaan terhadap durian (Keluk DD) akan meningkat dan berpindah ke kanan menjadi Keluk D1D1. Berdasarkan Rajah 3.16, pada tingkat harga OP, permintaan terhadap durian telah meningkat menjadi OQ1. Sebaliknya, Keluk DD akan berpindah ke kiri (Keluk D0D0) sekiranya citarasa pengguna terhadap durian berkurangan.

TOPIK 3

PERMINTAAN

69

3.6.4

Jangkaan harga pada masa hadapan

Keputusan yang dibuat oleh seseorang pengguna turut mempengaruhi permintaan terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan. Misalnya, apabila kita meramalkan harga gula akan meningkat pada bulan hadapan, maka kita akan membeli gula pada kuantiti yang lebih banyak pada masa sekarang. Oleh itu, Keluk Permintaan terhadap gula (Keluk DD) akan meningkat dan berpindah ke kanan menjadi Keluk D1D1. Berdasarkan Rajah 3.16, pada tingkat harga OP, permintaan terhadap gula telah meningkat menjadi OQ1. Sebaliknya, Keluk DD akan berpindah ke kiri (Keluk D0D0) sekiranya pengguna meramalkan harga gula akan meningkat pada masa sekarang.

3.6.5

Agihan pendapatan

Corak agihan pendapatan seseorang pengguna turut mempengaruhi corak permintaan terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan. Dengan kata lain, corak agihan pendapatan yang berbeza akan menyebabkan corak permintaan yang berbeza. Contohnya adalah masyarakat bandar dan masyarakat luar bandar di Malaysia. Umum mengetahui masyarakat luar bandar membabitkan diri dalam kegiatan pertanian. Justeru itu, pendapatan yang diperoleh tidak tetap. Sekiranya kerajaan membangunkan kawasan luar bandar dengan mendirikan lebih banyak kawasan perindustrian, sekurang-kurangnya ia menyediakan pekerjaan yang lebih terjamin bagi masyarakat luar bandar. Secara tidak langsung, pendapatan yang mereka perolehi akan meningkat, sekali gus kuasa beli mereka akan bertambah. Ringkasnya, permintaan masyarakat luar bandar akan meningkat. Oleh itu, Keluk Permintaan mereka (Keluk DD) akan meningkat dan berpindah ke kanan menjadi Keluk D1D1. Berdasarkan Rajah 3.16, pada tingkat harga OP, permintaan masyarakat luar bandar terhadap sesuatu barang akan meningkat menjadi OQ1.

3.6.6

Saiz dan struktur penduduk

Semakin besar jumlah penduduk sesebuah negara, maka permintaan terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan juga semakin besar. Misalnya, jika 10 juta penduduk meminta 10 juta telur ayam, maka dengan bertambahnya penduduk kepada 30 juta, bermaksud permintaan telur ayam akan turut meningkat kepada 30 juta. Akibatnya, Keluk Permintaan telur ayam (Keluk DD) akan meningkat dan berpindah ke kanan menjadi Keluk D1D1. Berdasarkan Rajah 3.16, pada tingkat harga OP, permintaan terhadap telur ayam telah meningkat menjadi OQ1.

70 X

TOPIK 3

PERMINTAAN

Struktur penduduk pula merujuk kepada komponen penduduk sesebuah negara seperti jantina, umur, bangsa, tahap pendidikan dan sebagainya. Andaikan di Malaysia, bilangan kanak-kanak didapati lebih ramai daripada bilangan penduduk dewasa, maka permintaan terhadap permainan akan meningkat. Oleh itu, Keluk Permintaan permainan kanak-kanak (Keluk DD) akan meningkat dan berpindah ke kanan menjadi Keluk D1D1. Berdasarkan Rajah 3.16, pada tingkat harga OP, permintaan permainan kanak-kanak telah meningkat menjadi OQ1.

3.6.7

Dasar kerajaan

Akhir sekali, dasar yang diamalkan oleh kerajaan sesebuah negara turut mempengaruhi permintaan terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan. Contohnya, cukai dan subsidi. Sekiranya kerajaan mengenakan cukai tidak langsung ke atas sesuatu barang dan perkhidmatan, keadaan ini akan menyebabkan harga barang tersebut menjadi semakin mahal. Kenaikan harga barang tersebut menyebabkan permintaannya berkurangan. Oleh itu, Keluk Permintaan (Keluk DD) akan berkurangan dan berpindah ke kiri menjadi Keluk D0D0. Berdasarkan Rajah 3.16, pada tingkat harga OP, permintaan terhadap barang tersebut telah berkurangan menjadi OQ0. Seterusnya, subsidi merupakan bantuan yang diberikan oleh kerajaan terhadap individu tertentu, terutamanya mereka yang terlibat dalam aktiviti pertanian seperti bantuan mesin membajak, baja dan racun serangga. Apabila kerajaan memberikan subsidi, keadaan ini akan menyebabkan harga barang semakin murah. Penurunan harga barang tersebut menyebabkan permintaannya meningkat. Oleh itu, Keluk Permintaan terhadap sesuatu barang (Keluk DD) akan meningkat dan berpindah ke kanan menjadi Keluk D1D1. Berdasarkan Rajah 3.16, pada tingkat harga OP, permintaan terhadap barang tersebut telah meningkat menjadi OQ1.

SEMAK KENDIRI 3.3


(a) (b) Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan permintaan sesuatu barang itu bertambah. Terangkan secara ringkas kesan kenaikan harga petrol ke atas permintaan terhadap kereta, permintaan terhadap perkhidmatan bas dan permintaan terhadap makanan. Bezakan antara kesan perubahan harga suatu barang dengan kesan perubahan pendapatan ke atas permintaan barang tersebut.

(c)

TOPIK 3

PERMINTAAN

71

Maksud permintaan ialah kesanggupan seseorang pengguna membeli sesuatu barang dan perkhidmatan pada suatu tingkat harga dan jangka masa tertentu. Hukum permintaan, iaitu hubungan antara harga dan kuantiti diminta sesuatu barang adalah berkadar songsang (negatif). Hukum ini mengatakan semakin mahal harga sesuatu barang, semakin sedikit kuantiti yang akan diminta. Sebaliknya, semakin rendah harga barang, semakin banyak kuantiti yang akan diminta. Perkaitan antara harga dan kuantiti diminta sesuatu barang ini kemudiannya diterangkan melalui Jadual dan Keluk Permintaan. Ringkasnya, Keluk Permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan menggambarkan hubungan songsang antara harga dan kuantiti diminta barang tersebut. Seterusnya, bentuk permintaan dapat dikategorikan kepada permintaan individu, iaitu permintaan daripada seorang individu dan permintaan pasaran, iaitu jumlah semua permintaan individu dalam pasaran. Konsep perubahan kuantiti diminta dan perubahan permintaan adalah berbeza dan disebabkan oleh faktor-faktor yang berlainan. Perubahan kuantiti diminta merupakan pergerakan di sepanjang keluk permintaan akibat perubahan harga barang itu sendiri. Manakala perubahan permintaan pula merujuk kepada perpindahan keluk permintaan sama ada ke kanan atau ke kiri akibat lain-lain faktor dan bukan harga barang itu sendiri; dan Akhir sekali, permintaan terhadap sesuatu barang bukan sahaja dipengaruhi oleh harga barang itu sendiri, tetapi juga dipengaruhi oleh lain-lain faktor seperti harga barang lain, tingkat pendapatan, citarasa pengguna, jangkaan harga pada masa hadapan, agihan pendapatan, saiz dan struktur penduduk dan dasar kerajaan.

x x x x x x

Barang Normal Barang Inferior Barang Pengganti Barang Penggenap Kesan Penggantian Kesan Pendapatan

x x x x x x

Permintaan Keluk Permintaan Penguncupan Permintaan Pengembangan Permintaan Pertambahan dalam Permintaan Pengurangan dalam Permintaan

72 X

TOPIK 3

PERMINTAAN

Hashim Ali. (1999). Comprehensive Economics Guide. Singapore: Oxford University Press. Tucker, I. B. (2000). Economic for today. USA: South-Western College Publishing Thomson Learning. Ward, D. & Begg, D. (2003). Economics: Students workbook (7th. Ed.). UK: McGraw Hill.

You might also like