You are on page 1of 21

MUDHARABAH

Siti Fatimah Abu Bakar Rabiatul Adawiyah Abdul Rahim Nur Aisyah Mohd Sidek Siti Khamsiah Abdul Ghani

DEFINISI
Mudarabah Al- darb yang sama ertinya dengan perkataan al-safar yang membawa maksud perjalanan yang jauh, perjalanan untuk tujuan perniagaan dalam usaha mencari rezeki yang halal. Dan yang lain dari mereka berjalan jauh di muka bumi mencari kelebihan (rezeki daripada Allah ) [Surah Al muzzamil 20: 73 ] Dari segi bahasa, perkataan mudarabah, Qirad atau muqadarah digunakan untuk melambangkan idea yang sama, iaitu untuk memberikan sebahagian daripada modal kepada seseorang supaya diniagakan dengan syarat keuntungannya di kongsi berdua atau sebahagiannya daripada keuntungan itu diperuntukkan secara adil. Dari segi istilah ialah satu jenis kontrak perkongsian untung yang mana modal (Ra s al - mal) datang daripada satu piahak dan usaha (al amal ) daripada pihak yang lain.

RUKUN MUDHARABAH
1. 2. Al- aqidan. Dua pihak yang berkontrak iaitu pemilik modal atau wakilnya dan mudarib (peniaga). Kerja. Kerja-kerja yang dilakukan oleh mudarib adengan mengurusniagakan harta mudarabah dengan cara membeli dan menjual dan kerja-kerja lain yang berkaitan yang dilakukan dengan tujuan mencari keuntungan. Modal. Modal ialah harta (wang) yang diserahkan oleh pemiliknya kepada mudarib untuk diperniagakan. Untung. Keuntungan adalah tambahan kepada harta modal yang di perolehi melalui perniagaan atau pengusahaan yang dilakukan oleh mudarib. Sighah. Pernyataan tawaran dan penerimaan dengan menggunakan perkataan yang menunjukkan kepada makna mudarabah secara yang jelas atau cara-cara lain yang dapat di fahami membawa makna mudarabah.

3. 4.

5.

SYARAT MUDHARABAH
1. Syarat syar ie ialah syarat yang ditentukan oleh hukum syariah seperti syarat yang di tetapkan untuk berkontrak dan mengurus harta dan syarat yang ditentukan untuk beribadat dan perlaksaan hudud. Syarat ja li ialah syarat yang dibuat oleh manusia yang mukallaf seperti syarat seorang suami untuk menjatuhkan talak kepada isterinya.
Syarat mu allaq , syarat yang dibuat oleh seseorang dengan cara menggantungkan (ta liq) urusan kira bicara dengan mengaitkan kepda berlakunya sesuatu perkara tertentu. Syarat muqayyad, apa- apa syarat yang dikenakan oleh salah satu pihak yang berkontrak kepada pihak yang kedua di mana pihak yang di kenakan syarat itu terikat dengan syarat tersebut. Syarat idafah, iaitu syarat bagi menta khirkan perlaksanaan kontrak pada masa hadapan seperti syarat pemilik modal kepada mudarib supaya perlaksanaan kerja yang dipersetujui dalam kontrak mudarabah bermula pada awal tahun hadapan.

2.

HUKUM
Sah apabila dibuat dengan memenuhi kehendak-kehendak pembinaan kontrak berkenaan dari segi rukun-rukun dan syarat-syaratnya.

IMPLIKASI KONTRAK MUDHARABAH KE ATAS MUDARIB


1. Dari segi kedudukan Mudarib a) sebagai pemegang Amanah Kewajipannya memelihara dan menyuburkan dan mengembalikan kepada pemiliknya ketika diminta. b) Sebagai wakil mudharabah dianggap sebagai satu perwakilan apabila mudarib mengurusniagakan harta mudharabah kerana ia mengurusniagakan harta orang lain dengan kehendak pemiliknya c) Sebagai rakan kongsi pemilik dan mudarib berkongsi terhadap keuntungan yang di perolehi dengan sebab harta dan kerja

2.

Dari segi Tanggungjawab Mudarib a) Mengurusniagakan harta modal mudarabah  Mudarib berkewajipan melakukan sendiri beberapa pekerjaan setakat yang bersesuaian b) Menyerahkan kembali modal kepada pemiliknya sebelum mengambil keuntungan.  mudharib perlu meyerahkan modal mudharabah kepada pemiliknya terlebih dahulu selepas di perniagakan, sebelum dia boleh mengambil bahagiannya.

SYARAT PEMILIK MODAL


Layak mengurus harta Mestilah baligh dan berakal Mestilah seorang yang bebas (bukan hamba) Kedua- dua belah pihak berkontrak mesti berada dalam satu negeri. Tidak sah aqad mudarabah jika disyaratkan pemilik modal bekerja bersama-sama mudarib.

SYARAT MUDARIB (peniaga)


Mestilah ahli tasarruf (orang yang layak berkontrak) Boleh dilantik dari kalangan orang yang bankrap Bebas menguruskan sendiri modal yang diterima Mudarib tidak harus menyerahkan modal mudarabah kepada orang lain untuk diperniagakan tanpa keizinan pemilik modal Boleh bertindak melakukan kontrak ibda keatas harta mudarabah Boleh mewakilkan kepada orang lain untuk membeli dan menjual Mudarib tidak boleh berindak melakukan kerja tertentu dengan nas (dokumen) yang jelas yang aqad mudarabah Perlu mendapat keizinan dan mandat yang jelas daripada pemilik modal Kedua-dua belah pihak mestilah beragama islam

SYARAT KERJA
Bergantung kepada aqad mudarabah yang telah dipersetujui sama ada ia berbentuk mutlaqah atau muqaiyyadah. Mudharabah mutlaqah : mudharib bebas melaksanakan kerjanya tanpa terikat dengan masa, tempat dan jenis perniagaan. Mudharabah muqaiyyadah : berbeza mengikut pendapat setiap mazhab. mazhab Hanafi dan Hanbali mengharuskan pembatasan masa mudharabah dengan syarat ada persetujuan tentang tempoh masa berkenaan bersesuaian dengan tabiat kerja dan musimnya

SYARAT MODAL
Berbentuk wang, terdiri daripada wang tunai sama ada wang kertas atau wang yang diperbuat daripada logam (emas dan perak). Jelas diketahui dari jenis, kadar dan sifat, mengetahui kadar keuntungan adalah menjadi syarat sahnya mudarabah. Mestilah ditentukan dengan jelas (ta yin) Modal mestilah berbentuk tunai bukan hutang , tidak sah mudarabah dengan hutang atau harta yang tidak dapat ditunjukkan kepada mudarib. Modal mesti diserahkan kepada mudarib, mudarib adalah pemegang amanah maka tidak sah aqad mudarabah melainkan dengan menyerahkan harta mudarabah kepadanya.

SYARAT UNTUNG
Mestilah dikhususkan kepada kedua belah pihak yang berkontrak. Keuntungan mudarabah mesti dikongsi antara pemilik modal dan mudarib. Kadar bahagian masing-masing dalam keuntungan hendaklah diketahui. Hendaklah agihan itu diambil dari bahagian harta dalam keuntungan.

SYARAT SIGHAH
Sighah, lafaz kepada berlakunya aqad mudarabah yang mengandungi pernyataan ijab dan qabul. Terlaksana dengan penyerahan harta oleh pemilik modal kepada mudarib. Kadar keuntungan ditentukan sebelum kerja dilaksanakan.

JENIS MUDHARABAH
Mudharabah terbahagi kepada 2 jenis: a) Mutlak(al-mutlaqah): satu pihak menyerahkan modalnya kepada pihak lain tanpa mengenakan apaapa sekatan atau syarat. -tidak menyatakan tempoh, tempat perniagaan, jenisjenis perniagaan,industri atau perhikmatan dan sebagainya. b) Bersekatan atau tidak Mutlak(al-muqayyadah),iaitu satu pihak menyerahkan modalnya kepada pihak lain dengan mengenakan atau syarat tertentu.

PENSYARIATAN MUDHARABAH
Semua ulama dalam perundangan islam mengakui kesahan kontrak mudharabah dan pensyariatannya tidak diragukan kerana dalil pensyariatannya terdapat dalam al-quran, al-sunnah dan ijmak. Dalam surah:  Al-muzammil 73:20  Al-baqarah 2:198

PEMBENTUKAN MUDHARABAH
I. II. III. IV. Modal itu mestilah matawang yang sah bagi sesebuah negara Modal itu mestilah diketahui kadar dan jenisnya Modal mestilah dalam bentuk wang tunai yang tersedia ada,bukannya hutang atau wang yang tiada dalam tangan Modal mestilah diserahkan kepada mudarib(pengurusan pengusaha) supaya pengurusan dapat dilakukan.

PENGURUSAN MUDHARABAH
5 Status Mudarib : 1. Sebagai pemegang amanah semasa menerima modal daripada pelabur tapi belum lagi melaksanakan tugas-tugas pengurusan Sebagai agen bagi pelabur apabila melaksanakan segala urusan pengendalian modal mudharabah Sebagai ahli kongsi kepada pelabur ketika pengagihan untung rugi 4. Sebagai pekerja atau penerima upah kepada pelabur ketika kontrak mudharabah itu rosak oleh apa-apa jua sebab Sebagai perampas modal mudharabah sekiranya dia menyalahi apa-apa syarat yang terkandung dalam kontrak atau melakukan apa-apa tindakan yang tidak berhak dilakukan olehnya

5.

2.

3.

Smbungn..
Sebenarnya ulama fiqh menyamakan mudarib pemegang amanah,agen,dan ahli kongsi Pengurusan mudharabah mestilah dilakukan : i. Mudarib yang berkemahiran dan pakar dalam selok-belok perniagaan dan pelaburan ii. Mudarib mestilah mestilah mempunyai kebebasan mutlak untuk meniagakan wang telah diberikan kepadanya dan mengambil apa jua langkah dan keputusan yang difikirkan sesuai untuk mendapatkan keuntungan maksimum iii. Mudarib juga boleh dengan keizinan secara umumatau persetujuan secara khusus daripada tuan punya modal untuk melabuarkan modal persendiriannya dalam perniagaan mudharabah iv. Mudarib tidaklah dibenarkan untuk bertindak membuat sebarang pembelian melebihi daripada jumlah yang diizinkan atau melebihi modal mudharabah v. Ulama banyak beselisihan pendapat tentang perbelanjaan sara hidup mudarib semasa menjalankan tugas-tugas pengurusan mudharabah

PENGAGIHAN UNTUNG RUGI MUDHARABAH


Prinsip pengagihan untung rugi ialah keuntungan mengikut apa yang telah dipersetujui, manakala kerugian mengikut nisbah sumbangan modal masing-masing Keuntungan dalam mudharabah dimaksudkan sebagai apa-apa jumlah perolehan yang yang melebihi jumlah modal pokok Hasil daripada aktiviti pelabuaran dan perdagangan mudarib dengan mengunakan wang pelabur Kerugian yang diberikan oleh al-kasani dan al sarahksi ialah sebarang amaun daripada bahagian yang terhapus. Ini bermakana kerugian adalah merujuk kepada bahagian modal yang terhakis daripada jumlah modal pokok.

PENAMATAN KONTRAK MUDHARABAH


1) Penamatan kontrak bleh berlaku samaada disebabkan oleh faktor secara sukarela atau faktor tidak sukarela iaitu terbubar dengan sendirinya tanpa inisiatif daripada mana-mana pihak yang berkontrak. Penamatan juga bleh berlaku dengan kematian salah seorang daripada pihak yangg berkontrak keran kematian akan membatalkan kuasa perwakilan Penamatan juga berlakunya peristiwa yang menghilangkan kelayakan mengurus seseorang sepertigila atau menjadi bodoh Kontrak juga bleh tamat akan pembubaran dengan sendirinya apabila berlaku yang tidak disengajakan oleh mudarib keatas modal seperti bencana alam, kebakaran, kecurian dan sebagainya.

2)

3) 4)

Jazakumullahu khair

You might also like