You are on page 1of 40

Kawalan Kewangan

Makna Kawalan Kewangan

Kawalan yang menggunakan


penyata-penyata kewangan untuk
memantau prestasi sesebuah syarikat.
Nisbah Kewangan
Nisbah kewangan adalah instrumen
kawalan kewangan yang digunakan untuk
menilai dan mengawal prestasi sesebuah
syarikat.
Jenis Nisbah Kewangan
 Nisbah Kecairan
 Nisbah Semasa
 Nisbah Cepat
 Nisbah Aktiviti
 Tempoh Kutipan Purata
 Pusing Ganti Inventori
 Pusing Ganti Aset Tetap
 Pusing Ganti Jumlah Aset
 Nisbah Hutang
 Nisbah Hutang kepada Pelaburan
 Nisbah Hutang Kepada Ekuiti
Jenis Nisbah Kewangan(sambung)
 Nisbah Keuntungan
 Nisbah Untung Kasar
 Margin Untung Bersih
 Pulangan Atas Pelaburan
 Pulangan Atas Ekuiti
 Nisbah Pasaran
 Nisbah Harga/Perolehan(P/E)
 Nisbah Pasaran/Buku
Nisbah Kecairan
Nisbah kecairan adalah nisbah yang
mengukur keupayaan syarikat
menjelaskan liabiliti semasa apabila
dituntut.
Nisbah Semasa
Nisbah ini menunjukkan sejauh mana
syarikat mampu membayar hutang-hutang
jangka pendek sekiranya aset-aset
semasa ditunaikan.
Formula Kiraan:
Aset Semasa
Nisbah Semasa =
Liabiliti Semasa
Nisbah Semasa
Contoh Kiraan

Aset semasa= 500000

Liabiliti Semasa= 50000

Nisbah Semasa= 10

Kira Padam
Nisbah Cepat
Nisbah ini menguji kemampuan syarikat
membayar hutang dengan lebih ketat
Formula Kiraan: Aset Semasa-Inventori
Nisbah Cepat =
Liabiliti Semasa
Nisbah Cepat
Contoh Kiraan

Aset semasa = 14040

Inventori = 6300

Liabiliti Semasa = 8000

Nisbah Cepat = 0.97

Kira Padam
Nisbah Aktiviti
Nisbah ini mengukur kecekapan syarikat
mengurus aset.
1. Tempoh kutipan purata
2. Pusing ganti inventori
3. Pusing ganti aset tetap
4. Pusing ganti jumlah aset
Tempoh Kutipan Purata
(Average Collection Period)
Tempoh kutipan purata adalah masa diambil
untuk mengutip balik bayaran daripada
pelanggan yang membeli dengan kredit.
Ia digunakan untuk menilai kecekapan syarikat
dalam pengurusan kredit. Ia juga menilai
keberkesanan dasar kredit syarikat.
Contoh: tempoh kutipan purata panjang
membayangkan kelemahan pengurus kredit
dalam kutipan balik bayaran. Ataupun dasar
kredit syarikat yang terlalu longgar.
Tempoh Kutipan Purata
Akaun penghutung
TKP=
Jualan Kredit Sehari
5900

=
30120

Kira
70.52 Hari
=
Pusing Ganti Inventori
(Inventory Turnover)
PGI digunakan untuk mengukur kecairan inventori
sesebuah syarikat. Ia membayangkan kadar
pergerakan inventori syarikat itu. PGI tinggi bererti inventori
diganti semula dengan cepat dan menunjukkan jualan yang
baik.(Tetapi perlu berbanding dengan pesaign-pesaign
dalam industri yang sama. Contohnya Tesco haruslah
Berbanding dengan Giant, bukan berbanding dengan
syarikat Proton.PGI Tesco tinggi jika dibandingkan dengan
Proton, anda tahu mengapa?)
Pusing Ganti Inventori
Kos Barang Dijual
PGI=
Inventori
20400

=
5300

Kira
3.85
=
Pusing Ganti Aset tetap
(Fixed Asset Turnover)
PGAT menilai kecekapan syarikat dalam
menggunakan aset tetap syarikat untuk
menjanakan jualan.
Jualan
PGAT=
Aset tetap bersih
Pusing Ganti Aset Tetap
Jualan
PGAT=
Aset tetap bersih
30120

=
14260

Kira
2.11
=
Pusing Ganti Jumlah Aset
(Total Asset Turnover)
PGAT menilai kecekapan syarikat dalam
Menggunakan jumlah Aset syarikat untuk
menjanakan jualan.
Jualan
PGJA=
Jumlah Aset
Pusing Ganti Jumlah Aset
Jualan
PGAT=
Jumlah Aset
30120

=
27000

Kira
1.12
=
Nisbah Hutang
Nisbah ini merupakan pecahan daripda
jumlah aset yang dibiayai oleh pemiutang
untuk menjanakan keuntungan. Ia
digunakan untuk mengukur kemampuan
syarikat memenuhi obligasi kepada
pemiutang.
Nisbah Hutang
Nisbah ini merupakan pecahan daripda
jumlah aset yang dibiayai oleh pemiutang
untuk menjanakan keuntungan. Ia
digunakan untuk mengukur kemampuan
syarikat memenuhi obligasi kepada
pemiutang.
Nisbah Hutang Kepada Pelaburan
 Ini merupakan nisbah yang mengukur
sumbangan hutang yang digunakan
dalam membiayai jumlah aset syarikat.
 Nisbah yang tinggi bermakna risiko akan
menjadi tinggi dalam memenuhi obligasi
terhadap pemiutang. Kuasa meminjam
bagi syarikat akan menurun sebab
pemiutang akan hilang keyakinan
terhadap syarikat itu.
Nisbah Hutang Kepada Pelaburan

Jumlah Hutang
NHKP=
Jumlah Aset
Nisbah Hutang Kepada Pelaburan
NHKP =
Jumlah Hutang
Jumlah Aset
14100
=
23100

.61
= Kira

61.04%
=
Nisbah Hutang Kepada Ekuiti
 Nisbah ini menunjukkan komposisi
pembiayaan bagi sebuah syarikat yang
terdiri daripada hutang dan ekuiti(Ekutiti
bermakna saham yang dimiliki oleh
pemegang saham).
 Nisbah yang tinggi akan menjejaskan
keyakinan pemilik saham.
Nisbah Hutang Kepada Ekuiti
NHKE=
Jumlah Hutang
Jumlah Ekuti Pemilik
14100
=
13000

1.08
= Kira
Nisbah Keuntungan
Nisbah ini Mengukur kemampuan syarikat
menghasilkan keuntungan dan pulangan
daripada jualan dan pelaburan.
Terdiri daripada:
 Margin untung kasar
 Margin untung bersih
 Pulangan atas pelaburan
 Pulangan atas ekuiti
 Perolehan sesaham
Margin Untung Kasar
Nisbah ini merupakan peratus
keuntungan yang diperolehi melalui jualan
selepas ditolak kos barang dijual.

Untung Kasar=Jumlah Jualan –Kos barang dijual


Margin untung kasar

Formula:
Untung Kasar
Margin untung kasar=
Jualan
Margin untung Bersih
Nisbah ini mengukur peratus keuntungan
bersih selepas ditolak kos barang dijual,
faedah, cukai dan belanja operasi. Ia juga
menilai kecekapan syarikat dalam
pengurusan perbelanjan operasi.
Margin untung Bersih

Formula:
Untung Bersih
Margin untung kasar=
Jualan
Pulangan Atas Pelaburan

Nisbah ini mengukur keuntungan yang dapat


dihasilkan bagi setiap ringgit yang
dilaburkan.
Untung Bersih
Pulangan Atas Pelaburan=
Jumlah Aset
Pulangan Atas Ekuiti

Nisbah ini mengukur pulangan yang


diperolehi oleh pemilik atau pemegang
saham bagi setiap ringgit yang dimilikinya
dalam syarikat.

Untung Bersih-Dividen Saham Terutama


PAE=
Jumlah Aset
Perolehan Sesaham

Perolehan sesaham(earning per share)


adalah untung setiap unit saham yang
dimiliki oleh pemegang saham.
Perolehan sesaham
= Untung Bersih-Dividen Saham Terutama

Bilangan Purata Saham Biasa


Nisbah Pasaran
Nisbah ini menggambarkan tanggapan para
pelabur dan orang awam terhadap
keupayaan pengurusan syarikat semasa.
 Nisbah Harga/Perolehan(Price/Earnings)
 Nisbah Pasaran/Buku
Nisbah Harga/Perolehan
 Nisbah ini menunjukkan amaun ringgit
yang sanggup dibayar oleh pelabur untuk
setiap ringgit keuntungan yang dijanakan
oleh syarikat. Lebih tinggi nisbah ini, lebih
menarik saham biasa pada padangan
pelabur.
Nisbah Harga/Perolehan(P/E)
Harga Saham
Perolehan Sesaham
4.00
=
1.2

3.33
= Kira

333.33%
=
Nisbah Pasaran/Buku
 Nisbah ini memberi gambaran tentang persepsi
pelabur terhadap saham syarikat. Nisbah yang
tinggi menunjukkan pelabur sanggup membayar
lebih bagi setiap ringgit nilai buku saham
tersebut.
 Nilai buku merupakan jumlah ekuiti pemilik yang
tercatat dalam kunci kira-kira. Nilai buku
seseham dikira dengan membahagikan jumlah
ekuiti pemilik dengan bilangan saham.
Nisbah Pasaran/Buku
Harga Saham
Nilai Buku Sesaham
4.00
=
2.5

1.6
= Kira

160.00%
=
Latihan
Soalan1: M/S 96
Soalan 2: M/S 96
Soalan1: M/S 102

You might also like