You are on page 1of 7

Tenaga Solar (Tenaga Suria)

1.Pengenalan
Tenaga Solar juga dikenalkan sebagai tenaga Suria. Ia adalah teknologi untuk
mendapatkan tenaga berguna daripada matahari. Matahari paling penting kepada
kehidupan harian manusia sebagai sumber tenaga. Matahari adalah sumber tenaga
primer, yang membawa maksud semua tenaga yang dihasilkan secara semulajadi
ataupun secara proses teknologi adalah bersumberkan matahari. Tenaga yang
dihasilkan oleh matahari adalah tenaga daripada tindak balas nuklear dan sampai ke
bumi dalam bentuk cahaya.

2. Kebaikan
Kajian tenaga matahari adalah suatu bidang sains dan teknologi angkasa
yang amat sesuai diberi perhatian oleh Malaysia kerana Malaysia terletak di
kawasan khatulistiwa iaitu kawasan muka bumi yang paling hampir dengan matahari
dan menerima paling banyak cahaya matahari. Kajian tenaga matahari mungkin
merupakan suatu aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang menyumbang kepada
ekonomi Malaysia.

Janakuasa

tenaga

solar

sekiranya

dapat

dihasilkan,

akan

dapat

membekalkan tenaga untuk pasaran tempatan dan juga untuk dieksport ke negaranegara jiran. Di samping itu, sistem penjanaan tenaga solar mempunyai banyak
kelebihan berbanding dengan sistem penjanaan tenaga lain.
Janakuasa tenaga solar boleh dibina di kawasan-kawasan yang hampir
dengan pengguna. Janakuasa tenaga solar juga tidak mempunyai kesan
pencemaran alam sekitar seperti janakuasa nuklear dan arang batu. Suatu sifat
tenaga solar yang tidak mungkin boleh ditandingi oleh mana-mana sumber tenaga
lain termasuk petroleum dan arang batu adalah sifat kekasihnya. Tenaga solar akan
terus wujud dan kekal selagi matahari terus wujud dan memancarkan cahayanya,
sedangkan bekalan sumber tenaga lain seperti petroleum dan arang batu adalah
terhad dan akan habis pada suatu ketika kelak.
Tenaga solar juga boleh diproses kepada tenaga elektrik menggunakan
sistem sel solar dengan berkesan. Suatu sektor industri yang patut meneroka sistem
pemprosesan tenaga solar kecil adalah industri automotif. Industri automotif di
negara-negara maju telahpun mengeluarkan kenderaan-kenderaan prototaip yang
menggunakan sistem hibrid (hybrid) ataupun sistem 2 enjin, iaitu satu enjin
konvensional dan satu enjin elektrik. Enjin konvensional digunakan untuk perjalanan
jarak jauh yang memerlukan kelajuan, dan enjin elektrik digunakan di kawasan
bandar yang memerlukan penjimatan tenaga.
Sistem pendingin kabin berkuasa solar amat berguna kepada kereta yang
diletakkan pada masa yang lama di bawah kepanasan cahaya matahari. Sistem ini
aktif dengan sendirinya apabila sel solar menerima cahaya matahari dan
menghidupkan kipas bagi mendinginkan udara di dalam kabin kereta. Dengan ini,
apabila kereta berkenaan hendak digunakan, maka kabinnya tidaklah terlalu panas
sehingga menimbulkan rasa tidak selesa. Sistem pendingin enjin berkuasa solar
pula amat berguna kepada kereta yang terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas
dalam cuaca yang panas. Sistem ini aktif secara automatik dan merendahkan suhu
enjin kereta tersebut.
Suatu lagi faktor industri yang patut meneroka potensi tenaga solar adalah
industri perumahan. Rumah-rumah yang dibina di Malaysia sesuai dilengkapkan
dengan kemudahan pemprosesan tenaga solar kepada tenaga elektrik. Malangnya

pada hari ini, satu-satunya penggunaan tenaga solar di rumah yang popular adalah
memanaskan air untuk kegunaan bilik air, sedangkan kegunaan air panas di bilik air
adalah lebih sesuai di negara-negara yang beriklim sejuk, bukan beriklim panas
seperti di Malaysia. Pemaju perumahan di Malaysia sepatutnya lebih kreatif
menghasilkan dan menggunakan produk yang lebih sesuai seperti kipas angin
ataupun pendingin udara yang dijanakan oleh tenaga solar.
Malaysia juga boleh meneroka potensi industri penjanaan tenaga solar di
negara-negara Afrika utara dan Arab kerana negara-negara ini adalah negaranegara yang menerima jumlah cahaya matahari yang banyak dan mempunyai suhu
permukaan yang amat tinggi sehingga 40 darjah celsius. Negara-negara Afrika utara
dan Arab ini juga adalah negara-negara Islam yang memandang tinggi Malaysia
sebagai negara Islam yang paling maju di segi pengurusan ekonomi dan teknologi.
Di samping suhu permukaan yang tinggi, kawasan-kawasan tertentu di Afrika utara
dan Arab ini juga mempunyai langit yang tidak berawan. Oleh itu, kawasan-kawasan
ini menerima cahaya matahari sepanjang masa pada waktu siang. Kawasankawasan inilah merupakan lokasi terbaik bagi pembinaan janakuasa tenaga solar
secara terus.
Kini telah wujud beberapa, kumpulan saintis dan jurutera di negara-negara
maju yang menyelidik dan berusaha membangunkan sistem penjanaan tenaga solar
di angkasa. Sistem ini akan menggunakan rangkaian satelit yang dilengkapkan
dengan kemudahan mengumpul cahaya matahari. Satelit-satelit ini diletakkan di
orbit mengelilingi bumi di atas garisan khatulistiwa kerana kawasan ini terletak paling
hampir dengan matahari dan menerima paling banyak cahaya matahari. Cahaya
matahari yang dikumpul diproses dan dipancarkan dalam bentuk gelombang mikro
kepada stesen-stesen yang terletak di muka bumi. Stesen-stesen ini juga akan
dibina di kawasan khatulistiwa kerana lokasi ini merupakan lokasi yang paling
hampir dengan satelit-satelit pengumpul cahaya matahari berkenaan.
Stesen-stesen di kawasan khatulistiwa di muka bumi ini akan memproses
gelombang mikro kepada tenaga elektrik untuk disalurkan kepada pengguna.
Malaysia mungkin merupakan lokasi yang paling baik untuk operasi stesen tenaga
solar ini kerana Malaysia bukan sekadar terletak di khatulistiwa, tetapi juga di

kawasan yang mempunyai penduduk padat, pembangunan dan industri Asia


Tenggara yang berpotensi tinggi sebagai pengguna.
Pihak berkenaan di Malaysia boleh melabur dalam projek ini dengan
menyediakan stesen bagi menerima gelombang mikro dari satelit penjana tenaga
solar dan menyalurkannya kepada pengguna secara komersial. Organisasi
penyelidikan, institut pengajian tinggi dan industri kejuruteraan dan tenaga di
Malaysia patut aktif menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang
tenaga solar bagi menghasilkan dan memasarkan produk yang bersifat komersial.
Penjanaan tenaga solar ataupun tenaga daripada matahari adalah salah satu
daripada elemen ekonomi angkasa yang paling popular dan praktikal untuk
dimajukan. Malaysia mempunyai beberapa kelebihan yang nyata dalam aktiviti
ekonomi ini disebabkan faktor geografi dan ekonomi, teknologi dan politik. Tenaga
solar sebenarnya merupakan suatu lagi potensi ekonomi angkasa Malaysia yang
masih belum dipergunakan.
3. Kelemahan
Masa ini, perjalanan tenaga solar secara terus tidak digunakan sebagai
sumber tenaga utama kerana kadar penghasilan tenaganya adalah rendah dan tidak
ekonomik. Negara-negara khatulistiwa yang maju di segi pengurusan ekonomi dan
teknologi patut aktif dalam usaha menyelidik dan membangunkan janakuasa tenaga
solar yang tinggi tahap penghasilan tenaganya.
Jumlah cahaya Matahari yang tiba di permukaan Bumi tidak tetap. Ia
bergantung kepada lokasi, hari, tahun dan keadaan cuaca. Ini akan mempengaruhi
bekalan elektrik yang ditukar daripada tenaga solar. Ini disebabkan Matahari tidak
memancarkan cukup tenaga pada satu tempat dalam satu masa, satu kawasan
yang luas diperlukan untuk mengumpulkan tenaga pada kadar yang mencukupi
untuk menghasilkan tenaga.

Tenaga Hidroelektrik
1.Pengenalan
Tenaga hidroelektrik dihasilkan dengan mnggunakan aliran air yang jatuh dari
puncak air terjun, ia membolehkan turbin digerakkan dan seterusnya menyebabkan
generator elektrik menghasilkan tenaga elektrik. Tenaga hidroelektrik merupakan
salah satu tenaga alternatif yang popular di negara-negara membangun. Tenaga ini
dapat dijalankan di negara membangun kerana adanya sungai yang mempunyai
aliran deras. Aliran sungai yang deras seperti air terjun membolehkan tenaga elektrik
yang tinggi dihasilkan, misalnya di Malaysia yang mempunyai banyak empangan
hdroelektrik seperti di Empangan Bakun, Sarawak.

2. Kebaikan
Kebaikan utama sistem hidroelektrik ialah tiada penggunaan bahan api,
panjang umur, kos operasi rendah dan kemudahan untuk sukan air. Secara umum
kuasa hidroelektrik boleh menjadi lebih murah berbanding bahan api fosil atau
tenaga nuklear.

Isipadu air yang tetap dan banyak juga penting untuk penjanaan tenaga
hidroelektrik. Selain itu, tenaga hidroelektrik merupakan tenaga komersial yang
keempat terbesar di peringkat global selepas minyak, arang batu dan gas. Dalam hal
ini, dapat dilihat bahawa tenaga alternatif seperti tenaga hidroelektrik kini telah
menjadi penting kepada penduduk dunia untuk membekalkan sumber elektrik.
Tenaga hidroelektrik juga menjadi komersial kerana tenaga ini bersih dan
tidak mencemarkan udara. Penghasilan tenaga ini tidak membebaskan gas karbon
dioksida yang mampu mencemarkan kandungan udara dan bahan radio aktif atau
bahan kimia lain yang boleh mencemarkan sungai. Hal ini berbeza dengan tenaga
konvensional seperti petroleum yang mampu mencemarkan kandungan udara
sekeliling ketika penghasilan minyak. Tenaga hidroelektrik juga telah menjadi
komersial kerana tenaga ini selamat digunakan dan sangat berkesan kepada
pengguna.
Di samping itu, tenaga hidroelektrik banyak dijana di negara-negara
membangunkerana kebanyakan sungai di negara ini sentiasa mengalir sepanjang
tahun. Hal ini membolehkan tenaga elektrik sentiasa dapat dijana setiap masa.
Tenaga hidroelektrik sukar dijana jika aliran sungai tidak berlaku sepanjang tahun.
Selain itu, negara-negara membangun juga memiliki banyak tempat strategik untuk
membina empangan hidroelektrik. Hal ini membolehkan tenaga hidroelektrik banyak
dijana di negara tersebut. India merupakan salah satu negara yang banyak menjana
tenaga hidroelektrik.
Tambahan lagi, tenaga hidroelektrik juga amat murah untuk dijanakan. Oleh
sebab itu, negara-negara membangun banyak menjana tenaga ini kerana hal ini
bersesuaian dengan keadaan kewangan negara membangun yang masih belum
begitu kukuh. Sebaliknya. penjanaan hidroelektrik ini mampu memberikan pulangan
yang agak lumayan kerana tenaga ini merupakan salah satu tenaga yang komersial
di dunia.

3. Kelemahan
Bagaimanapun

terdapat

beberapa

kelemahan

sistem

hidroelektrik.

Pemindahan orang, penghasilan sejumlah gas karbon dioksida semasa pembinaan


dan banjir, gangguan kepada hidupan air dan burung, memberi kesan kepada
persekitaran sungai and bencana alam. Penggunaan tenaga dibaharui boleh
menghasilkan pencemaran, pengambilan tanah yang luas untuk tujuan pembinaan
empangan telah merosakkan alam sekitar dan ekosistem.
Di samping itu, akibat Kesan Rumah Hijau telah menyebabkan kekurangan
isipadu air sungai dan laut. Isipadu air sungai yang sedikit menyukarkan turbin
digerakkan dan secara tidak langsung menyebabkan tenaga elektrik yang terhasil
adalah sedikit dan tidak dapat menghasilkan kuantiti tenaga yang besar.

You might also like