You are on page 1of 8

Isi Kandungan

Bilangan

1.0

Perkara

Muka Surat

1
2
3
4

Borang maklum balas


Isi kandungan
Pengenalan
Cabaran Guru Mengajar Murid Dari Pelbagai Sosio-Budaya

i
1
2
3-4

5
6

Kesimpulan
Lampiran

5
6-9

Pengenalan

Saya Bairavi Govinda Raju dari kelas T3MT1 telah berjaya melaksanakan Praktikum Fasa I
saya. Saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tasek Permai (SK Tasek Permai) yang
berlokasi di Taman Puteri Gunung, Simpang Ampat. Sekolah ini merupakah sekolah wawasan di
mana sebuah sekolah kebangsaan tamil turut terletak di kawasan yang sama. Bilangan murid di SK
Tasek Permai adalah sebanyak 406 orang murid. Seramai 366 orang murid antara mereka
merupakan murid berbangsa Melayu manakala 40 orang murid ialah berbangsa India. Jumlah guru di
sekolah tersebut ialah seramai 43 orang di mana 38 orang daripada mereka ialah guru berbangsa
Melayu manakala baki 5 orang berbangsa India. Banyak perkara yang telah saya mempelajari
sepanjang pengalaman berpraktikum selama sebulan di sekolah tersebut. Selain daripada hanya
memfokuskan kepada pengajaran dan pembelajaran, saya telah membuat pemerhatian terhadap
cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru-guru di sekolah tersebut dalam mengajar murid dari
pelbagai sosio budaya.
Sosio-budaya seringkali dikaitkan dengan etnik, agama, jantina, sosio ekonomi serta latar
belakang keluarga. Kesemua aspek ini saling berkait antara satu sama lain bagi menggambarkan
kepelbagaian yang biasa wujud di antara pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Sebagai seorang
guru, ianya penting untuk tahu bahawa setiap individu pelajar mempunyai budaya, latar belakang
keluarga dan tahap sosio-ekonomi yang berbeza berbanding dengan pelajar lain. Hal ini secara
langsung mahupun tidak langsung memberi cabaran kepada guru dalam mengajar murid dari
pelbagai sosio-budaya. Seperti mana yang diberitahu pada permulaan, saya mendapati bahawa
guru-guru di sekolah tersebut turut menghadapi pelbagai cabaran dalam mengajar murid dari
pelbagai sosio-budaya. Cabaran-cabarannya akan dibincangkan seterusnya.

2.0

Cabaran Guru Mengajar Murid Dari Pelbagai Sosio-Budaya


Antara cabaran utama yang dihadapi oleh guru-guru di SK Tasek Permai ialah, cabaran untuk

mewujudkan satu suasana perpaduan dalam kalangan murid di dalam bilik darjah. Pemupukan
terhadap nilai-nilai perpaduan antara etnik perlu menjadi antara fokus dan matlamat pengajaran di
dalam bilik darjah. Guru juga merupakan pihak utama yang perlu menghayati kepentingan hubungan
etnik dalam memastikan murid-muridnya mendapat suasana pembelajaran bilik darjah dan
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya lalu terjalin perpaduan. Sekiranya, murid-murid di dalam
bilik darjah enggan bersepadu, maka ia akan membawa kepada kerapuhan perpaduan dari sekolah
rendah sehingga sekolah menengah, kemudian di Institusi Pendidikan Tinggi dan sehingga alam
terakhir kehidupan. Secara langsungnya ini akan menjadi penghalang terhadap pembinaan Negara
harmoni dan aman damai. Bagi mengatasi cabaran ini, saya berasa bahawa guru-guru di SK Tasek
Permai harus merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang membuka laluan kepada
murid untuk berinteraksi serta mewujudkan suasana mesra di kalangan murid tanpa mengira
perbezaan budaya atau etnik.
Cabaran seterus yang dihadapi oleh guru-guru di SK Tasek Permai dalam mengajar murid
dari pelbagai sosio-budaya ialah, cabaran dalam membahagikan perhatian yang samarata tanpa
berat sebelah. Ianya penting untuk memastikan bahawa seseorang guru memberi perhatian yang
samarata atau tidak berat sebelah terhadap murid di dalam sesuatu bilik darjah. Perkara ini adalah
mustahak, supaya murid-murid dari pelbagai etnik dan sosio-ekonomi tidak berasa terpinggir atau
terasa hati ataupun merasakan guru berkelakuan tidak adil. Sepanjang pemerhatian saya dalam
beberapa kelas di sekolah tersebut, saya mendapati guru-guru menghadapi cabaran memberi
pemerhatian samarata dan ada antara guru yang bersikap berat sebelah.

Hal ini mewujudkan

masalah-masalah seperti murid tidak memberi perhatian dalam pembelajaran, kurang berminat
dalam pembelajaran dan ponteng sekolah. Ada segelintir murid yang tidak menyukai akan guru
tertentu akibat guru tidak memberi perhatian yang sama dan bersikap berat sebalah. Jadi ini
merupakan suatu cabaran yang saya memandang serius. Dalam menangani cabaran ini guru-guru
SK Tasek Permai harus memberikan perhatian dan bersikap penyayang terhadap semua murid tanpa
membeza-bezakan kumpulan etnik murid.
Pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran mesra budaya adalah aspek penting
dalam mengajar murid daripada pelbagai sosio-budaya. Bagi guru-guru SK Tasek Permai perkara ini
merupakan sesuatu aspek yang agak mencabari mereka. Hal ini kerana pemilihan bahan sumber
untuk aktiviti PdP memainkan peranan penting dalam memastikan murid dari pelbagai sosio-budaya
dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Sebagai contohnya, kepelbagaian bahan sumber
yang
3

mewakili budaya dan amalan hidup yang berbeza-beza boleh menarik minat murid untuk belajar
tanpa rasa jemu. Jadi, dalam menangani cabaran menguuruskan bahan sumber PdP, guru-guru SK
Tasek Permai hendaklah memilih sumber pembelajaran yang mengandungi ciri-ciri budaya yang
dapat memupuk pemahaman dan perkongsian nilai budaya.
Cabaran guru-guru SK Tasek Permai mengajar murid dari pelbagai sosio-budaya yang
seterusnya ialah cabaran penyusunan atur bilik darjah. Susur atur bilik darjah ini merujuk kepada
tempat duduk murid di dalam bilik darjah dengan meja kerusi. Persekitaran bilik darjah yang mesra
budaya akan pastinya wujud sekiranya murid-murid dicampurkan tempat duduk mereka. Sebagai
contohnya, murid dari pelbagai sosio-budaya ditempatkan tempat duduk yang berhampiran. Dalam
pemerhatian yang saya melakukan, saya mendapati bahawa salah satu kelas di sana iaitu Tahun 4
Musyitari mempunyai susun atur meja kerusi berdasarkan kaum di mana murid kaum India
ditempatkan di dalam satu kumpulan manakalan kumpulan lain semua murid kaum Melayu.
Penyusunan meja mengikut kaum ini agak menyedihkan. (Penyusunan atur meja kerusi kelas 4
Musyitari disertakan dalam lampiran). Dalam menangani cabaran penyusunan atur tempat duduk ini,
guru-guru SK Tasek Permai harus menyusun atur kerusi meja bercampuran tanpa mengira latar
belakang sosio-budaya mereka supaya para murid tidak berasa kekauman dan supaya isu sosiobudaya tidak menjadi satu halangan dalam proses PdP.
Cabaran mengajar murid daripada pelbagai sosio-budaya yang dihadapi oleh guru-guru SK
Tasek Permai yang seterusnya ialah cabaran penggunaan bahasa Melayu untuk mengajar murid dari
latar belakang yang berbeza. Seseorang guru menggunakan bahasa untuk menyampaikan
pengajarannya dan membimbing serta menasihati muridnya. Memandangkan SK Tasek Permai
mempunyai murid kaum India dan murid-murid kaum Melayu yang latar belakang dialek yang
berbeza, maka guru-guru sekolah tersebut memang menghadapi cabaran dan penggunaan bahasa
Melayu. Walaupun murid-murid berkaum India belajar di sekolah kebangsaan yang berteraskan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tetapi mereka masih mempunyai masalah untuk
memahami dan berbual dalam bahasa Melayu terutamanya murid Tahap 1. Begitu juga bagi murid
berkaum Melayu yang mempunyai dialek yang berbeza. Murid yang berasal dari Kelantan, bahasa
mereka agak berbeza. Selain daripada itu, murid-murid yang berasal dari Sabah atau Sarawak, juga
mempunyai masalah berbahasa Melayu. Maka guru akan menghadapi cabaran dalam menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar terhadap murid-murid tersebut. Dalam menyelesaikan
atau menangani cabaran ini, guru-guru SK Tasek Permai perlu menyiasat untuk mengenali latar
belakang murid pada awalnya. Seterusnya perlu mengadakan beberapa aktiviti atau program bahasa
untuk meningkatkan taraf bahasa Melayu mereka.
4

3.0

Kesimpulan

Secara kesimpulannya kepelbagaian sosio-budaya memberi cabaran kepada guru-guru untk


mengajar murid dari pelbagai sosio-budaya. Ia juga menjadi cabaran utama dalam menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kepekaan guru terhadap kepelbagaian ini adalah
sangat penting dalam dunia pendidikan. Apa jua cabaran yang mendatang, inilah dunia pendidikan
yang sebenar dalam menyatukan kepelbagaian pelajar yang pelbagai budaya.

4.0

Lampiran

Cabaran
penggunaan
bahasa
Melayu
untuk
mengajar
murid dari
latar
belakang
yang
berbeza

Cabaran
penyusunan
atur bilik
darjah

Cabaran
mewujudka
n suasana
perpaduan
dalam
kalangan
murid

Cabaran
Guru
Mengajar
Murid Dari
Pelbagai
SosioBudaya

Cabaran
membahagik
an perhatian
yang
samarata
tanpa berat
sebelah

Cabaran
mengurusk
an sumber
pengajaran
dan
pembelajar
an

Rajah 1: Cabaran yang dihadapi oleh guru-guru SK Tasek Permai dalam mengajar murid dari pelbagai sosio-budaya

Komposisi Murid Sekolah Kebangsaan Tasek Permai

Jantina
Kaum

Jumlah

Bilangan Murid Lelaki

Bilangan Murid Perempuan

Melayu
Cina

132
0

234
0

366
0

India
Jumlah

19
151

21
255

40
406

Jadual 1: Komposisi murid SK Tasek Permai mengukut kaum etnik dan jantina.

Contoh Susun Atur Meja Kerusi Kelas 4 Musyitari


7

Bakul
Sampah
Meja Guru

Murid
Melayu

Murid India

Murid India

Murid
Melayu
Murid
Melayu

Murid India

Murid India

Murid
Melayu
Murid
Melayu

Meja Murid

Murid
Melayu

Murid
Melayu

Murid
Melayu

Murid
Melayu

Murid
Melayu

Murid
Melayu

Murid
Melayu

Murid
Melayu

Murid
Melayu

Meja Murid

Papan
Kenyataan

Murid
Melayu

Meja Murid

Murid
Melayu

Meja Murid
Murid
Melayu

Murid
Melayu

Murid
Melayu

Murid
Melayu

Murid
Melayu

Murid
Melayu

Pintu Masuk

Murid India

Pintu Keluar

Sudut
Bacaan

Meja Murid

Papan Putih

You might also like