You are on page 1of 62

BAB 2.

APLIKASI TEKNOLOGI

2.3 REKA BENTUK


ELEKTRIK
2.3.1
MENGENAL PASTI DAN
MENJELASKAN SISTEM-
SISTEM ELEKTRIK IAITU
SUMBER, MEDIUM, BEBAN
DAN KAWALAN.
A. Sumber ialah punca pengeluar tenaga elektrik
seperti janakuasa dan bateri. Terdapat sumber yang
boleh diperbaharui. Contoh sumber yang boleh
diperbaharui ialah solar, angin, air, matahari dan
ombak.

# Sumber yang tidak boleh diperbaharui ialah


bateri yang tidak boleh dicas semula, petroleum,
arang batu, gas dan tenaga nuklear

# (Bateri yang boleh dicas semula dianggap


sumber yang boleh diperbaharui sementara)
CONTOH: SUMBER TENAGA YANG
BOLEH DIPERBAHARUI
PROSES PENJANAAN HIDROELEKTRIK
B. Medium ialah perantaraan di
antara sumber dan beban. Ia
bertugas membawa arus elektrik.
Terdapat dua jenis medium iaitu
kabel /wayar dan tanpa wayar.
 Contoh medium tanpa wayar
ialah gelombang radio, infra red
dan bluetooth.
MEDIUM

Berwayar
Tanpa wayar
C. Beban ialah alat yang
melakukan tugas dan
menggunakan tenaga elektrik.
 Beban ini menghasilkan kesan
tertentu seperti cahaya pada
mentol, bunyi pada pembesar
suara, putaran pada motor dan
bunyi daripada pembesar suara.
Kesan putaran motor elektrik-
bunyi
D.Kawalan ialah bahagian yang
mengawal aliran arus elektrik
dengan selamat seperti
memutus dan menyambungkan
litar.
 Kawalan ini boleh dilakukan
secara manual dan automatik
contohnya kawalan suis, kawalan
suhu penyaman udara, kawalan
suhu periuk nasi elektrik.
Contoh kawalan manual
Contoh kawalan manual dan
kawalan automatik

Kawalan
manual

Kawalan
Kawalan manual
automatik
Kawalan suhu secara manual dan
kawalan suis automatik pada pemutus
litar
Jenis-jenis Arus
 Arus ulang alik (AU) ialah sistem
penjanaan dan pengagihan elektrik dari
stesen jana kuasa hingga ke rumah
 Voltan bagi arus jenis ini boleh dinaikkan
dan diturunkan menggunakan transformer
 Penghantaran elektrik dilakukan dalam
keadaan voltan yang tinggi supaya dapat
merendahkan nilai arus
 Tujuannya adalah untuk mengurangkan
kehilangan kuasa semasa proses
penghantaran
 Arus terus (AT) merujuk kepada sistem
kuasa dengan hanya satu kekutuban
voltan atau arus
 Arus elektrik yang mengalir adalah secara
sehala
 Arus terus dihasilkan daripada pelbagai
sumber seperti bateri, sel solar, dan
dinamo jenis komutator
 Dalam arus terus, cas elektrik mengalir
dalam satu arah sahaja
Litar mudah yang menunjukkan
pengaliran arus terus.
Dinamo yang berputar akan
menghasilkan arus terus.
2.3.2 Menunjuk Cara Reka
Bentuk Litar Peralatan
Elektrik:
(i) Keselamatan
(ii) Kedudukan peranti
dalam litar
(iii) Sambungan litar
 Reka bentuk litar dalam
peralatan elektrik kebiasaannya
dibina berdasarkan tiga
aspek,iaitu keselamatan,
kedudukan peranti dalam litar,
dan sambungan litar.
(i) Keselamatan
 Litar peralatan elektrik direka bentuk dengan ciri-
ciri keselamatan.
 Ciri-ciri keselamatan ini penting kerana dapat
melindungi pengguna dan peralatan tersebut
daripada berlakunya litar pintas.
 Bagi periuk nasi elektrik litar elektrik ditempatkan
di dalam bahagian bawah periuk.
 Kedudukan litar adalah tersembunyi dan tidak
dapat dicapai tangan serta tidak terdedah.
 Ciri-ciri seperti itu dapat melindungi keselamatan
pengguna daripada renjatan elektrik .
(ii) Kedudukan Peranti Dalam
Litar (periuk nasi elektrik)
 Reka bentuk kedudukan peranti-peranti seperti
sensor tekanan, sensor suhu dan elemen pemanas
diletakkan bersama dengan litar elektrik.
 Reka bentuk seperti ini bertujuan untuk
penjimatan ruang selain menekankan aspek
keselamatan.
 Di samping itu juga litar elektrik periuk nasi
kelihatan kemas dan menarik susunannya.
 Ini penting untuk menjadikan reka bentuk litar
elektrik sesuai untuk tujuan komersial seperti
Rajah 3.
Kedudukan peranti dalam litar
elektrik pada periuk nasi.
(iii) Sambungan Litar
 Reka bentuk sambungan litar elektrik pada
komponen atau peranti disusun mengikut
sesuatu tugas yang dikehendaki.
 Contohnya, susunan reka bentuk sambungan
litar pada periuk nasi elektrik yang menekankan
ciri selamat, cekap, kemas, dan berkualiti.
 Terdapat pelbagai jenis litar dalam sambungan
litar elektrik, antaranya termasuklah litar
tertutup, litar buka, litar pintas, litar salah
kekutuban, litar bocor ke bumi, dan litar bypass.
Litar Tertutup
 Litar ini mempunyai satu kitaran lengkap
pergerakan arus, voltan dan kuasa dalam satu
litar elektrik.
 Contohnya lampu menyala apabila suis ditekan.
Litar Buka
 Litar ini ialah litar yang tidak mempunyai satu
kitaran lengkap arus, voltan dan kuasa dalam
satu litar elektrik.
 Contohnya suis lampu tidak menyala kerana suis
tidak ditekan.
Litar Pintas

 Litar pintas ialah satu keadaan yang


berlaku dimana wayar hidup(L)
bersentuhan dengan wayar neutral(N)
tanpa melalui beban.
 Contohnya penebat wayar yang bocor dan
bersentuhan antara wayar hidup(L) dan
wayar neutral(N) secara terus akan
menghasilkan percikan bunga api dan
akan menyebabkan kebakaran.
LATIHAN
1. Nyatakan perbezaan arus ulang alik dengan
arus terus.
2. Berikan 3 contoh elemen sistem elektrik
3. Berikan 2 contoh jenis litar
4. Dua sumber elektrik yang boleh diperbaharui
ialah _______________ dan _____________
5. Medium ialah perantara antara _________ dan
____________
1. Nyatakan perbezaan arus ulang alik dengan arus terus
Arus ulang alik (AU) adalah arus yang berulang alik. Voltan
bagi arus jenis ini boleh dinaikkan dan diturunkan
menggunakan transformer. Manakala arus terus (AT)
merujuk kepada sistem kuasa dengan hanya satu kekutuban
voltan atau arus.

2. Berikan 3 contoh elemen sistem elektrik


- Sumber - Kawalan
- Medium - Beban

3. Berikan 2 contoh jenis litar


- Litar tertutup - Litar pintas - Litar Buka

4. Dua sumber elektrik yang boleh diperbaharui ialah matahari


dan angina

5. Medium ialah perantara antara sumber dan beban


2.3.3

Membuat Pengiraan
Parameter Elektrik dalam
Reka Bentuk Litar
 Parameter elektrik seperti voltan, arus, rintangan
dan kuasa.
 Hubungan voltan dan arus elektrik adalah
berkadar terus.
 Ini bermaksud apabila voltan bertambah, arus
elektrik akan bertambah juga.
 Manakala hubungan rintangan dan arus elektrik
adalah berkadar songsang.
 Hubungan antara dua parameter ini
menerangkan bahawa apabila rintangan
bertambah tetapi arus akan berkurangan.
 Keadaan ini dapat disimpulkan dalam rumusan
yang dipanggil sebagai hukum ohm. Parameter
ini boleh dikira jumlah penggunaannya.
2.3.4 Menghasilkan Lakaran
Reka Bentuk Litar Elektrik
yang akan dibuat
 Masalahnya.
 Apabila membuka pintu almari
pakaian, kita menghadapi masalah
mecari pakaian kerana keadaan almari
gelap.
 Untuk mengatasi masalah ini kita
membina satu gajet elektrik. Dengan
gajet elektrik ini ruang almari akan
terang dan dapat dilihat dengan jelas
bila pintu almari di buka.
 Sebelum bina gajet lakaran perlu dibuat
sebagai gambaran awal projek.
 Tujuannya adalah untuk memastikan
kuantiti dan kedudukan komponen seperti
mentol atau LED, suis, bateri dan
kepanjangan wayar adalah betul.
 Pemilihan wayar mestilah sesuai agar
mudah ditempatkan dibahagian yang tidak
dapat dilihat di tepi papan almari.
Contoh lakaran litar elektrik lampu
almari dan lakaran skematik litar siri.
Pengiraan Parameter

 Rajah
2.3.13 

 m/s 70
2.3.5 Menganalisis Elemen Sistem
Elektrik pada Gajet yang akan dihasilkan

 Litar elektrik
yang lengkap
terdiri daripada
beberapa
elemen seperti
 SUMBER – Bateri
 MEDIUM – Wayar
 BEBAN – Mentol
 KAWALAN - Suis
INFO EKSTRA
LITAR ASAS UNTUK PEMBINAAN GAJET
ELEKTRIK PADA ALMARI PAKAIAN
INFO EKSTRA
Menganalisis Elemen
Sistem Elektrik
2.3.6 Membina gajet elektrik berfungsi.
 Berdasarkan lakaran reka bentuk yang telah
dihasilkan terjemahkan lakaran tersebut kepada
litar bergambar untuk membina gajet elektrik
yang berfungsi.
Langkah-langkah pembinaan
Litar Gajet Elektrik
1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
2. Sediakan 4 mentol berkuasa 3V, dua bateri
bersaiz AA bersama dengan pemegang bateri,
suis makro dan wayar lembar tunggal
mengikut saiz.
3. Tentukan susunan dan kedudukan gajet
pada almari pakaian.
4. Lakukan penyambungan.
5. Selepas penyambungan lengkap, pasang
penyambungan litar gajet itu dalam almari
pakaian.
Contoh Kedudukan gajet almari pakaian
2.3.7 Membuat Pengujian dan
Penilaian Kefungsian Gajet.

A. Pengujian - tujuan pengujian


dilakukan pada gajet adalah untuk
memastikan gajet pada litar dapat
berfungsi seperti yang dikehendaki.
B. Penilaian dilakukan selepas
pengujian, pengujian dilakukan ke atas
semua komponen pada gajet litar
elektrik.
Jadual contoh pengujian reka bentuk
gajet litar elektrik lampu almari
Contoh jadual penilaian.
c. Hasil Pengujian
1. Kecerahan lampu pada gajet tersebut tidak
dapat menerangi keseluruhan ruang almari.
2. Kedudukan susunan pemasangan gajet pada
bahagian almari perlu tambahbaik dan
diperkemas.
3. Kedudukan wayar perlu ditempatkan pada
tempat yang tidak dapat dinampak.
4. Bahagian yang menempatkan mentol perlu
dibuat lubang agar bahagian mentol saja yang
nampak.
5. Kedudukan suis makro adalah tepat dan betul.
6. Gajet lektrik ini perlu dilakukan penambahbaikan
fungsinya.
2.3.8 Mencadangkan Penambahbaikan
ke atas Reka Bentuk Gajet yang telah
dibina.
1. Uji kaji keatas dua jenis litar untuk kecerahan mentol
dalam almari.
2. Keputusan: litar selari digunakan kerana mentol
nyala dengan lebih terang.
3. Ujikaji seterusnya ialah membuat pengiraan jumlah
nilai parameter perintang pada litar tersebut.
Cadangan penambahbaikan
Litar Siri dan Litar Selari
Litar Siri dan Litar Selari

You might also like