You are on page 1of 29

Separuh Pengalir / Diod

unit 3:
Memahami struktur binaan, simbol
skematik, ciri-ciri diod, diod zener,
LED dan transistor.

Melukis simbol skematik diod dan melabelkan


bahagian anod dan katod.
Melukis rajah skematik diod yang diberi voltan
pincang hadapan dan pincang songsang
Melukis gambarajah lengkuk ciri I-V bagi diod
silikon dan menerangkan dan melabel ciri-cirinya
Melukis simbol skematik dan lengkuk ciri I-V bagi
diod zener dan menjelaskan keistimewaannya.

Melukis simbol skematik bagi LED dan menyatakan


ciri-ciri LED.
Melukis gambarajah struktur binaan , simbol
skematik , dan melabelkan transistor NPN dan PNP.

Menerangkan 2 syarat utama memberikan voltan


pincang pada transistor.
Menjelaskan kendalian transistor sehingga dapat
mengenalpasti jenis arus dalam transistor.
Menyatakan formula IE = Ic + IB dan menerbitkan
formula untuk mengira IC dan IB.

Separuh Pengalir / Diod

3.0

Pengenalan
Setelah kita membincangkan apakah semikonduktor dan bagaimana bahan
jenis N dan P terhasil, kita bincangkan pula komponen-komponen elektronik
yang diperbuat dari bahan semikonduktor ini. Antara komponen-komponen
elektronik yang popular ialah diod dan transistor,.

3.1

Diod
3.1.1 Binaan dan Simbol Skematik Diod

Struktur Binaan bagi diod adalah sama dengan cantuman P-N. ( Unit
2)
Diod ialah komponen elektronik dua pin yang terdiri dari anod dan
katod.
Anod adalah bahan jenis P dan katod bahan jenis N.
Arah anak panah (anod) pada simbol diod menunjukkan arah arus
konvensional.
Rajah 3.1 menunjukkan struktur binaan dan simbol skematik diod.
Anod

Arah arus
konvensional

P
N

Katod
Rajah 3.1 Struktur Binaan dan Simbol Skematik Diod

Separuh Pengalir / Diod


3.1.2 Voltan Pincang

Voltan yang dikenakan merentasi diod dipanggil Voltan Pincang


Dengan merujuk rajah 3.2, apabila anod mendapat voltan lebih
positif dari katod atau katod mendapat voltan lebih negatif dari
anod, diod dikatakan berada dalam keadaan pincang depan.
Apabila anod mendapat voltan lebih negatif dari katod atau katod
mendapat voltan lebih positif dari anod, diod dikatakan berada
dalam keadaan pincang songsang.
A

Litar diod pincang songsang

Litar diod pincang depan

Rajah 3.2 : Litar skematik diod pincang depan dan songsang.

Contoh:
Nyatakan samada diod berada dalam keadaan pincang depan atau pincang
songsang.
A
a)

+1V
A

b)

+2V

-2V

K
0V

Penyelesaian:
a) Diod pincang depan kerana anod mendapat voltan lebih positif dari katod.
b) Diod pincang songsang kerana anod mendapat voltan lebih negatif dari
katod.

Separuh Pengalir / Diod

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SETERUSNYA.DAN .SEMAKLAH JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA. SELAMAT MENCUBA !!!!!!
3a-1. Tentukan keadaan diod samada pincang hadapan atau pincang songsang.
A
a)

+2V
A

b)

+2V

c)

+2V

A
d)

-2V

e)

0V

f)

-2V

g)

K
0V

Diod pincang _______________

-2V

Diod pincang _______________

+4V

Diod pincang _______________

-4V

Diod pincang _______________

+4V

Diod pincang _______________

+1V

Diod pincang _______________

Lakarkan diod ( di dalam kotak yang bergarisan putus ) supaya ia


berkeadaan pincang depan.
R = 8

10V
D

Separuh Pengalir / Diod

Aktiviti 3a-1
a) Diod Pincang Depan
b) Diod Pincang Depan
c) Diod Pincang Songsang
d) Diod Pincang Depan
e) Diod Pincang Songsang
f) Diod Pincang Songsang
g)
R = 8

10V
D

Separuh Pengalir / Diod

3.1.3 Lengkok Cirian I-V bagi Diod

Apabila suatu diod dipincang depan dan dipincang songsang, di


mana setiap nilai voltan pincang itu dicatat, dan bagi tiap-tiap nilai
voltan pincang itu dicatat juga nilai-nilai arus yang mengalir melalui
diod itu, maka suatu graf Lengkok Cirian I-V bagi diod akan terhasil
seperti rajah 3.3.
Id (mA)

Voltan
pecah tebat

Vs

Vd
Voltan
sawar
Is (A)
Rajah 3.3 : Lengkuk Cirian I-V bagi diod

Arus Depan (Id) ialah arus yang mengalir melalui diod semasa
pincang depan. Biasanya Id diukur dalam mA.

Arus Songsang (Is) ialah arus yang sangat kecil iaitu arus bocor
yang mengalir melalui diod semasa pincang songsang. Biasanya Is
diukur dalam A.

Voltan Lutut ialah takat voltan di mana berlakunya kenaikan arus


depan yang tiba-tiba. Voltan lutut sama dengan voltan sawar. ( Si =
0.7 V, Ge = 0.3 V )

Separuh Pengalir / Diod

Voltan Pecah Tebat ialah takat voltan di mana berlakunya kenaikan


arus songsang yang tiba-tiba. Arus yang besar melampaui takat
pecahtebat boleh menyebabkan cantuman PN terbakar dan rosak.

3.1.4 Konsep Diod Unggul

Semasa diod beroperasi, ciri-ciri dalam diod akan menyulitkan kerjakerja menganalisa litar-litar elektronik. Ciri-ciri tersebut ialah :a. Voltan Sawar
b. Arus Depan
c. Arus Songsang ( arus bocor )

Dalam konsep diod unggul, diod dianggap tidak mempunyai voltan


sawar, tiada arus bocor, tiada kerintangan depan ( rd )dan tiada takat
pecah tebat.

Rajah 3.4 menunjukkan lengkuk cirian diod menjadi unggul apabila


beberapa perkara diabaikan.

Id

Id

Id

Vd

Vd

normal

abaikan voltan
sawar

abaikan rd

Vs

Vs

normal

Vd

Is

Vs

abaikan
arus bocor

Is

abaikan voltan
pecah tebat

Is

Rajah 3.4 : Lengkuk cirian I-V apabila diod diunggulkan

Dalam konsep diod unggul, semasa pincang depan, diod diumpama suis
tertutup (ON) kerana rintangan kosong dan tidak ada kejatuhan voltan.

Separuh Pengalir / Diod


Semasa pincang songsang, diod diumpama suis terbuka iaitu
rintangan infiniti dan tidak ada sedikitpun arus bocor.

Katod

Anod

Suis Tertutup
Diod dipincang depan

Anod

Katod
Suis Terbuka
Diod dipincang songsang

Rajah 3.5 : Diod unggul semasa pincang depan dan songsang


Contoh
Kirakan nilai voltan keluaran bagi semua litar di bawah.
R = 8

10V

Vk

Penyelesaian
Diod berada dalam keadaan pincang hadapan ( rintangan = 0 )
R = 8

10V

Suis
tertutup

Vk = 0 V

Separuh Pengalir / Diod

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SETERUSNYA.DAN .
SEMAKLAH JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA. SELAMAT MENCUBA !!!!!!

3b-1

Kirakan nilai voltan keluaran bagi semua litar di bawah.

R = 8
(a)
10V
D

Vk

D
(b)
10V
R = 8

Vk

(c)

10V
R = 8

Vk

Separuh Pengalir / Diod


3b-2. Bila arus yang mengalir melalui diod adalah besar maka diod dalam
keadaan pincang
a) hadapan.
b) songsang.

c) lemah.
d) terbalik.

3b-3. Diod yang tidak mengalirkan arus dikatakan diod pincang


a) depan.
b) mara.

c) lemah.
d) songsang.

3b-4. Voltan sawar pada diod adalah bersamaan dengan


a) voltan bekalan.
b) bezaupaya kawasan kesusutan.
c) voltan pecah tebat.
d) voltan hadapan.

3b-5. Jika rintangan hadapan ( rd ) diabaikan, lengkuk cirian I-V selepas voltan
sawar akan menjadi
a) menegak.
b) mendatar.

c) bersudut 45 darjah.
d) selain dari a, b dan c.

Separuh Pengalir / Diod

3b-1. a)

-10 V

b)

0V

c)

10 V

3b-2.

3b-3.

3b-4.

3b-5.

Separuh Pengalir / Diod

3.2

Diod Zener
Diod Zener sangat penting dalam bekalan kuasa. Ia digunakan sebagai
penstabil voltan.
Simbol bagi diod zener ialah seperi rajah 3.6 di bawah.

Katod

Anod

Rajah 3.6 : Simbol skematik bagi Diod Zener


3.2.1 Lengkuk Cirian Diod Zener

Rajah 3.7 menunjukkan lengkuk cirian I-V bagi diod zener.

Id

Voltan pecah tebat = Voltan zener

Vz
Vd

Vs

Is

Rajah 3.7 : Lengkuk Cirian bagi Diod Zener

Separuh Pengalir / Diod

Semasa pincang depan, lengkuk cirian tidak banyak beza dengan


diod biasa.
Semasa pincang songsang, lengkuk kenaikan arus pada takat
pecahtebat adalah lebih tajam dan curam.
Bezanya diod zener berbanding dengan diod biasa ialah diod zener
beroperasi semasa pincang songsang.
Semasa pincang depan, diod zener beroperasi seperti diod biasa.
Di antara keistimewaan diod zener ialah : Ia dibuat supaya mampu mengalirkan arus songsang yang tinggi
nilainya tanpa merosakkan diod.
Pada takad zener dan selepasnya voltan merentasi diod akan
tetap dan sama nilainya dengan voltan zener.
Diod zener boleh dibuat supaya voltan zener ditentukan pada nilai
yang terpilih (2.4V - 200V).

3.2.2 Konsep Diod Zener Unggul

Semasa diod zener beroperasi di kawasan zener, voltan merentasi


diod itu adalah bersamaan dengan nilai voltan zener ( Vd = Vz ).
Sebarang perubahan pada voltan luar akan hanya mengubah nilai
arus yang melaluinya.
Oleh kerana itu, diod zener dianggap seperti sebuah bateri bernilai
Vz. (Rajah 3.8)

Anod

Katod

Rajah 3.8

Separuh Pengalir / Diod


Contoh
R = 820

20 40 V
Dz

Rajah : 3.9

Katakan diod zener dalam rajah 3.9 mempunyai voltan pecah tebat 10 V.
Kirakan nilai voltan keluaran.

Penyelesaian
Oleh kerana diod zener berkeadaan pincang songsang, maka kita
menganggap diod zener seperti sebiji bateri yang bernilai sama dengan
voltan pecah tebat (diod zener unggul)
R = 820

20 40 V
10 V

Vk = 10 V

Separuh Pengalir / Diod

3.3

LED
LED ialah sejenis diod istimewa yang mengeluarkan cahaya bila disambung
dalam litar. Ia biasanya digunakan sebagai lampu penunjuk yang
menentukan samada alatan elektrik dalam keadaan ON dan OFF.
Rajah 3.10 menunjukkan simbol skematik bagi LED. Simbol LED hampir
sama dengan simbol diod. Anak panah menghala keluar dari cantuman P-N
menunjukkan cahaya keluar dari LED.

Katod

Anod

Rajah 3.10 : Simbol skematik bagi LED

Seperti diod, LED akan beroperasi apabila diberi voltan pincang depan.
Elektron dari bahan jenis N akan bercantum dengan hol pada bahan jenis
P. Jika bahan separuh pengalir adalah Silikon dan Germanium
percantuman ini akan menghasilkan haba. Tetapi jika bahan separuh
pengalir adalah gallium arsenide ( GaAs ), gallium phosphide ( GaP ) dan
gallium-ardenide-phosphide ( GaAsP ) percantuman ini akan menghasilkan
cahaya. Warna cahaya adalah bergantung kepada jenis bahan yang
digunakan
GaAs
=
radiasi infra merah
GaP
=
merah atau hijau
GaAsP
=
merah atau kuning

Led beroperasi pada voltan yang rendah iaitu antara 1 dan 4 V dan boleh
mengalirkan arus antara 10 dan 40 mA. LED juga mempunyai voltan pecah
tebat yang rendah iaitu lebih kurang 3 dan 5 V. Voltan dan arus yang
melebihi had akan merosakkan chip LED. Kecerahan LED bergantung pada
arus.

Separuh Pengalir / Diod

3c-1. Tandakan Betul atau Salah.


a)

LED mengeluarkan cahaya semasa pincang


hadapan.

Betul

Salah

b)

Cahaya
dihasilkan
oleh
percantuman elektron dan hol.

semasa

Betul

Salah

c)

LED
yang
menggunakan
bahan
menghasilkan radiasi infra merah.

GaP

Betul

Salah

d)

LED tidak mengeluarkan


pincang songsang.

semasa

Betul

Salah

LED

cahaya

3c-2. Cahaya LED bergantung pada


a)

pincang depan.

b)

pincang songsang.

c)

arus hadapan.

d)

jenis bahan separuh pengalir yang digunakan.

3c-3. Kecerahan cahaya LED bergantung pada


a)

pincang depan.

b)

pincang songsang.

c)

arus hadapan.

d)

jenis bahan separuh pengalir yang digunakan.

Separuh Pengalir / Diod

3c-1

a)

Betul

b)

Betul

c)

Salah

d)

Betul

3c-2

3c-3

Separuh Pengalir / Diod

3.4

Transistor Dwipolar
Seperti diod, transistor juga diperbuat daripada cantuman bahan jenis N
dan P tetapi mengandungi tiga lapisan. Lapisan-lapisan itu sama ada NPN
atau PNP.

PEMUNGUT
N

TAPAK

N
PENGELUAR
Simbol

Struktur Binaan
PEMUNGUT
P

TAPAK

P
PENGELUAR
Struktur Binaan

Simbol

Rajah 3.11 : Struktur Binaan Dan Simbol Bagi Transistor

Rajah 3.11 menunjukkan struktur binaan dan simbol bagi transistor NPN
dan PNP.

Separuh Pengalir / Diod


Arah kepala anak panah pada simbol transistor menunjukkan arah aliran
arus konvensional jika transistor itu beroperasi.
Sama ada transistor jenis NPN atau PNP, lapisan bagi tapak adalah amat
nipis dan sengaja dibuat supaya mengandungi hanya sedikit sahaja
pembawa arus majoriti.
Pengeluar berfungsi sebagai pembekal cas-cas atau pembawa arus majoriti
dalam transistor.
Pemungut pula bertugas untuk mengutip cas-cas ini untuk operasi litar.
Tapak pula merupakan sebagai simpang yang akan mengawal pengaliran
arus.

3.3.1 Voltan Pincang

Untuk membolehkan suatu transistor itu beroperasi


sempurna, ia mestilah diberikan voltan pincang.

secara

Ada dua jenis voltan pincang yang mesti dibekalkan kepada


transistor sebagai syarat untuk membolehkannya beroperasi, tanpa
mengira jenis transistor tersebut NPN atau PNP. Dengan bantuan
rajah 3.12 dua syarat itu ialah :

i. cantuman E - B mesti mendapat voltan pincang depan.


ii. cantuman C - B mesti mendapat voltan pincang songsang.

C
N

Rajah 3.12 Voltan pincang bagi transistor

C
N

Separuh Pengalir / Diod


3.4.2 Bagaimana Transistor Beroperasi

- - - - - - - - - -

+
+
+

- - - - - - - - - -

V2

V1

Rajah 3.13 : Pengaliran arus elektron di dalam transistor

Merujuk rajah 3.13 di atas, oleh kerana cantuman E - B telah di


pincang depan oleh V1, litar E - B itu akan mengalirkan arus kerana
elektron-elektron pada pengeluar ( jenis N ) akan tertolak oleh
upayaan negatif bekalan V1. Elektron-elektron ini cuba untuk pergi
ke upayaan positif V1 melalui tapak (jenis P). Tetapi oleh kerana
tapak hanyalah suatu lapisan yang amat nipis dan mempunyai
bilangan hol yang sangat sedikit, tidak semua elektron-elektron itu
dapat mengalir. Hanya sedikit saja arus elektron yang mengalir di
litar tapak, dikenal sebagai arus tapak ( IB).
Elektron-elektron yang selebihnya itu terkumpul dengan banyaknya
di lapisan tapak. Oleh kerana lapisan pemungut telah dihubungkan
kepada terminal positif bakalan V2, keupayaan positif itu akan
menarik elektron-elektron yang terkumpul di tapak tadi mengalir
melalui litar pemungut sebagai arus pemungut ( IC )

IC

IE
IB

Rajah 3.14 : Arah arus elektron di dalam transistor

Anak panah pada rajah 3.14 di atas menggambarkan aliran arus


elektron yang terhasil dalam transistor. Ditunjukkan bahawa IC ialah
pecahan besar dari IE dan pecahan kecil IE itu mengalir sebagai IB.
Dari sini terbitlah satu rumus:

IE = IC + IB

Separuh Pengalir / Diod

Contoh :
10mA

9.8mA
Rajah

Berdasarkan kepada rajah di atas, kirakan nilai dan arah arus tapak.
a)
b)
c)
d)

0.2 mA mengalir ke dalam tapak


0.2 mA mengalir keluar dari tapak
19.8 mA mengalir ke dalam tapak
29.8 mA mengalir keluar dari tapak

Penyelesaian :
Diberi

IE = 10 mA
IC = 9.8 mA
IE =

IC

IB

10 mA = 9.8 mA + IB
IB = 10 mA - 9.8 mA
= 0.2 mA
Oleh kerana IE keluar dari transistor, maka IC dan IB mengalir masuk ke dalam
transistor.
Jawapan bagi contoh di atas ialah a) iaitu 0.2 mA mengalir ke dalam tapak.

Separuh Pengalir / Diod

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SETERUSNYA.DAN .
SEMAKLAH JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA. SELAMAT MENCUBA !!!!!!

3d-1. Perhubungan arus dalam transistor bipolar ialah


a) IC = IE + IB
c) IE = IC + IB

b) IB = IE + IC
c) IC = IE - IB

3d-2. Rajah yang manakah menunjukkan arah arus konventional dalam


transistor bipolar NPN?
IE

IC

IE

IC

IE

IC

IB

(c)

(b)

(a)

IC

IB

IB

IB

IE

(d)

3d-3. Rajah yang manakah menunjukkan arah arus konventional dalam


transistor bipolar PNP?
IE

IC

IE

IC

IC

(b)

IE

IC

IB

IB

IB

IB
(a)

IE

(c)

(d)

Separuh Pengalir / Diod

3d-4. Pembawa arus majoriti dalam transistor NPN ialah


a) elektron bebas.
b) hol.
c) selain dari a) dan b).
d) kedua-dua a) dan b).

3d-5. Kebanyakkan elektron pada tapak transistor mengalir


e) keluar dari tapak.
f) masuk ke pemungut.
g) masuk ke pengeluar.
h) masuk ke bekalan kuasa.

3d-6. Voltan tapak-pengeluar bagi transistor yang unggul ialah


a) 0 V

c) 0.7 V

b) 0.3 V

d) 1 V

3d-7.

10.2mA

0.2mA

Arus pengeluar bagi litar di atas ialah


a)
b)
c)
d)

10 mA mengalir ke dalam transistor.


10 mA mengalir keluar dari transistor.
10.4 mA mengalir ke dalam transistor.
10.4 mA mengalir keluar dari transistor.

Separuh Pengalir / Diod

3d-1. c
3d-2. c
3d-3. a
3d-4. a
3d-5. b
3d-6. a
3d-7. d

Separuh Pengalir / Diod

PENILAIAN KENDIRI

TAHNIAH ! ANDA TELAH MENGHAMPIRI KEJAYAAN. SILA CUBA SEMUA


SOALAN DALAM PENILAIAN KENDIRI INI DAN SEMAK JAWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS YANG DISEDIAKAN.
JIKA ADA MASALAH TIMBUL , SILA BERBINCANG DENGAN PENSYARAH
ANDA. SELAMAT MENCUBA SEMOGA BERJAYA !!!!!!

3.1

Lakar dan labelkan simbol skematik bagi diod.

3.2

Lakarkan litar skematik yang menunjukkan diod pincang hadapan


dan pincang songsang.

3.3

Lakarkan lengkuk ciri I-V bagi diod silikon dan terangkan ciri-cirinya.

3.4

Lakarkan simbol skematik bagi diod zener.

3.5

Jelaskan keistimewaan diod zener berbanding diod biasa.

3.6

Lakarkan simbol skematik bagi LED.

3.7

Lakar dan labelkan struktur binaan dan simbol skematik bagi


transistor NPN dan PNP.

3.8

Nyatakan dua syarat utama untuk mengoperasikan transistor.

3.9

Dengan bantuan gambarajah struktur binaan transistor NPN,


terangkan kendalian transistor.

Separuh Pengalir / Diod

MAKLUMBALAS
PENILAIAN KENDIRI

3.1
Katod

Anod

3.2

Litar diod pincang songsang

Litar diod pincang depan

3.3
Id (mA)

Voltan
pecah tebat

Vs

Vd
Voltan
sawar
Is (A)
Rajah 3.3 : Lengkuk Cirian I-V bagi diod

Arus Depan (Id) ialah arus yang mengalir melalui diod semasa pincang depan.
Biasanya Id diukur dalam mA.

Separuh Pengalir / Diod

Arus Songsang (Is) ialah arus yang sangat kecil iaitu arus bocor yang
mengalir melalui diod semasa pincang songsang. Biasanya Is diukur dalam A.

Voltan Lutut ialah takat voltan di mana berlakunya kenaikan arus depan yang
tiba-tiba. Voltan lutut sama dengan voltan sawar. ( Si = 0.7 V, Ge = 0.3 V )

Voltan Pecah Tebat ialah takat voltan di mana berlakunya kenaikan arus
songsang yang tiba-tiba. Arus yang besar melampaui takat pecahtebat boleh
menyebabkan cantuman PN terbakar dan rosak.

3.4
Anod

3.5

Katod

Di antara keistimewaan diod zener berbanding diod biasa ialah : Ia dibuat supaya mampu mengalirkan arus songsang yang tinggi nilainya
tanpa merosakkan diod.
Pada takad zener dan selepasnya voltan merentasi diod akan tetap dan
sama nilainya dengan voltan zener.
Diod zener boleh dibuat supaya voltan zener ditentukan pada nilai yang
terpilih (2.4V - 200V).

3.6
Anod

Katod

Separuh Pengalir / Diod


PEMUNGUT
3.7
N

TAPAK

N
PENGELUAR
Simbol

Struktur Binaan

PEMUNGUT
P

TAPAK

P
PENGELUAR
Struktur Binaan

3.8

Simbol

Dua syarat untuk mengoperasikan transistor ialah :-

i.
ii.

cantuman E - B mesti mendapat voltan pincang depan.


cantuman C - B mesti mendapat voltan pincang songsang.

Separuh Pengalir / Diod


3.9
E

V1

- - - - - - - - - -

+
+
+

- - - - - - - - - B

V2

Merujuk rajah di atas, oleh kerana cantuman E - B telah di pincang depan oleh
V1, litar E - B itu akan mengalirkan arus kerana elektron-elektron pada
pengeluar ( jenis N ) akan tertolak oleh upayaan negatif bekalan V1. Elektronelektron ini cuba untuk pergi ke upayaan positif V1 melalui tapak (jenis P).
Tetapi oleh kerana tapak hanyalah suatu lapisan yang amat nipis dan
mempunyai bilangan hol yang sangat sedikit, tidak semua elektron-elektron itu
dapat mengalir. Hanya sedikit saja arus elektron yang mengalir di litar tapak,
dikenal sebagai arus tapak ( IB).

Elektron-elektron yang selebihnya itu terkumpul dengan banyaknya di lapisan


tapak. Oleh kerana lapisan pemungut telah dihubungkan kepada terminal
positif bakalan V2, keupayaan positif itu akan menarik elektron-elektron yang
terkumpul di tapak tadi mengalir melalui litar pemungut sebagai arus pemungut
( IC )

IC

IE
IB

Anak panah di atas menggambarkan aliran arus elektron yang terhasil dalam
transistor. Ditunjukkan bahawa IC ialah pecahan besar dari IE dan pecahan
kecil IE itu mengalir sebagai IB. Dari sini terbitlah satu rumus:

IE = IC + IB

You might also like