You are on page 1of 5

DUTY 06.

00 Diod Zener ( Zener Diode )

1.0 : PENGENALAN.

Diod Zener adalah satu diod yang seringkali dijumpai di dalam litar –litar elektronik
terutamanya pada litar bekalan kuasa.

Dimana ia biasanya digunakan sebagai litar penstabil voltan (Voltage Regulator) .

Diod Zener biasanya mempunyai rupa yang berlainan daripada diod rectifier , dimana
badannya biasanya diperbuat daripada kaca dan bewarna oren , biru dan lain-lain.Pada
badannya juga ada tercatat nilai voltan zener bagi diod tersebut.

Pada asasnya diod zener digunakan untuk beroperasi pada keadaan pincang balikan.
Prinsip kendaliannya adalah sama seperti Diod Rectifier tetapi pada pincang balikan ia
mampu mengalirkan arus tanpa merosakkannya.

Takat Voltan dimana ia mula mengalirkan arus pada pincang balikan dinamakan sebagai
Voltan Zener.

2.0 : LENGKOK CIRI ARUS DAN VOLTAN ( CIRI IV ).

EP/E-010-1/INDUSTRIAL ELECTRONIC/06.00 Mukasurat 1


DUTY 06.00 Diod Zener ( Zener Diode )

Secara asasnya lengkok ciri yang didapati untuk Diod Zener adalah sama seperti juga
diod rectifier yang telah anda pelajari .

Cuma terdapat sedikit perbezaan pada bahagian pincang balikan di mana tiadanya
voltan pecah tebat tetapi ia digantikan oleh satu voltan yang di panggil sebagai voltan
zener.

Voltan Zener adalah takat / tahap kendalian sesuatu diod zener dimana ia sentiasa
tetap walaupun arus semakin meningkat. Keadaan ini menyebabkan ia di gunakan
sebagai pengatur voltan.

3.0 : DIOD ZENER SEBAGAI PENGATUR VOLTAN.

Litar pengatur voltan adalah satu litar yang penting di dalam sesuatu bekalan kuasa DC.
EP/E-010-1/INDUSTRIAL ELECTRONIC/06.00 Mukasurat 2
DUTY 06.00 Diod Zener ( Zener Diode )

Ini adalah kerana tanpa litar pengatur voltan , sebarang perubahan pada voltan masukan
AC 240 , akan menyebabkan nilai voltan DC pada bekalan kuasa akan turut berubah .

Voltan DC yang berubah-ubah ini akan mengganggu operasi litar dan mungkin akan
menyebabkan litar menjadi rosak.

Oleh itu dengan adanya litar pengatur voltan , keluaran DC sesuatu power supply akan
menjadi sentiasa tetap pada satu nilai voltan DC sahaja.

Rajah dibawah menunjukkan bagaimana Diod Zener digunakan sebagai satu pengatur
voltan asas.

Konsep kendaliannya ialah dengan mengawal arus yang mengalir melalui Diod Zener ( I Z
) dan memastikan supaya voltan merentasi Diod ( VZ ) akan sentiasa tetap.

4.0 : KAEDAH PENGUJIAN DIOD ZENER.

EP/E-010-1/INDUSTRIAL ELECTRONIC/06.00 Mukasurat 3


DUTY 06.00 Diod Zener ( Zener Diode )

Sebagaimana juga Diod rectifier , Diod Zener juga boleh diuji dengan menggunakan
Multimeter .

Pengujian yang dilakukan ialah bagi melihat bacaan rintangan diod pada keadaan
pincang hadapan dan juga pada keadaan pincang balikan .

Langkah – langkah pengujian

1 . Dengan menggunakan Multimeter , setkan julat kepada meter ohm , julat X1K.

2 . Lakukan pengujian bagi pincang hadapan , dimana :

Probe merah disentuhkan pada kaki katod


Probe hitam disentuhkan pada kaki anod

 Lihat bacaan rintangan yang ditunjukkan oleh meter ( Rujuk Jadual di bawah bagi
mengetahui keadaan Diod tersebut )

3 . Lakukan pula pengujian bagi pincang balikan , dimana :

Probe merah disentuh pada kaki anod.


Probe hitam disentuh pada kaki katod.

EP/E-010-1/INDUSTRIAL ELECTRONIC/06.00 Mukasurat 4


DUTY 06.00 Diod Zener ( Zener Diode )

 Lihat bacaan rintangan yang ditunjukkan oleh meter ohm . ( Rujuk jadual di bawah
bagi mengetahui keadaan Diod tersebut )

EP/E-010-1/INDUSTRIAL ELECTRONIC/06.00 Mukasurat 5

You might also like