You are on page 1of 43

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

KEMENTERIAN PEDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 DAN 6, BLOK E 14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA ETN 4024: PENYENGGARAAN PEMBAIKAN PERALATAN ELEKTRONIK
PROGRAM /
EE-021-3:2012
PROGRAM’S CODE & ELECTRONIC EQUIPMENT TROUBLESHOOTING, REPAIR &
NAME MAINTENANCE

TAHAP / LEVEL L3

NO. DAN TAJUK UNIT


ETN 4023 / CU4
KOMPETENSI /

COMPETENCY UNIT NO. PENYENGGARAAN PEMBAIKAN PERALATAN ELEKTRONIK


AND TITLE

1. IDENTIFY THE ELECTRONIC TOOLS, EQUIPMENTS AND


MATERIALS
2. CHECK SERVICE MANUAL AND CONTENTS
NO. DAN PENYATAAN
3. PERFORM TROUBLESHOOTING
AKTIVITI KERJA / WORK
4. REPORT ELECTRONIC EQUIPMENT CORRECTIVE MAINTENANCE
ACTIVITIES NO. AND
ACTIVITIES
STATEMENT
5. PREPARE ELECTRONIC EQUIPMENT CORRECTIVE
MAINTENANCE REPORT

Muka Surat / Page: 1


NO. KOD / CODE NO. EE-021-2:2012-CU4/P(3/5)
Drpd / of : 40
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 2 drp : 43

3.0 MELAKSANAKAN PENYELESAIAN MASALAH (TROUBLESHOOTING

3.1 BAHAGIAN PENYELENGGARAAN (CTH: BEKALAN KUASA DC)

3.1.1 PENGENALAN

Kuasa elaktrik yang dibekalkan dalam negara kita adalan dalam bentuk ac 240V
RMS dan 50Hz. Walau bagaimana pun voltan dc amat diperlukan untuk
mengendalikan sebahagian besar alatan elektronik contohnya Radio. Peralatan
elektronik lain juga memerlukan voltan dc samada dalam nilai yang lebih tinggi atau
rendah dan memerlukan voltan dc yang stabil. Bekalan kuasa dc adalah merupakan
satu liitar elektronik yang menukarkan voltan bekalan utama ac 240V kepada voltan
dc yang diperlukan. Litar bekalan kuasa dc mengandungi 4 komponen atau
bahagian utama :

a) Pengubah - Menurun atau menaikan voltan ac masukan 240V kepada nilai


yang dikehendaki.
b) Penerus - Menukarkan voltan ac kepada voltan dc berdenyut.
c) Penapis - Proses untuk menghasilkan voltan dc yang linar tanpa berdenyut.
d) Pengatur- Kebolehan bekalan kuasa menghasilkan voltan dc yang tetap
walaupun berlaku perubahan pada beban keluaran atau voltan masukan.

Rajah 1 menunjukkan gambarajah blok bekalan kuasa lelurus.

Pengubah Penerus Penapis Pengatur


Voltan ac. Voltan Voltan dc.

Rajah 1: Gambarajah Blok Bekalan kuasa Lelurus

3.2 MENGESAN KEROSAKAN

Dalam litar bekalan kuasa pengatur voltan terdapat empat peringkat iaitu pengubah,
penerus, penapis dan pengatur, kerosakan boleh berlaku dimana-mana peringkat.
Pemerhatian yang khusus perlu dibuat untuk mengenal pasti kesan (symptom)
kerosakan. Pertama pastikan bekalan ac pada litar disambung dengan betul dan
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 3 drp : 43

suis ditutup (on). Jika tiada voltan dc keluaran tiada, pastikan ada voltan ac masukan
pada belitan sekunder, jika tiada voltan ac pada sekunder pengubah, tiga
kemungkinan kerosakan boleh berlaku:

a) Belitan primer atau sekunder terbuka


b) Dawai penyambung dari palam terbuka / putus
c) Fius terbuka / putus.

Untuk menguji, pastikan suis soket dibuka (off) dan palam ditanggalkan dari soket,
meter Ohm boleh digunakan untuk menguji keterusannya. Jadual 2 menunjukkan
simptom dan kerosakan yang berlaku pada bekalan kuasa pengatur voltan boleh
laras. Terdapat tiga jenis kerosakan yang biasa berlaku kepada komponen
elektronik:
i. Terbuka
ii. Terpintas
iii. Bocor

KESAN KEROSAKAN
1. Kerosakan pada pengubah
Voltan dc keluaran 0V dan tiada voltan sekunder.
Dawai penyambung bekalan
Rintangan belitan primer dan sekunder rendah
masukan atau fius terbuka
(normal)
Voltan dc keluaran 0V dan tiada voltan ac pada
belitan sekunder. Rintangan belitan primer infiniti Belitan primer terbuka
dan rintangan rendah pada belitan sekunder.
Voltan dc keluaran 0V dan tiada voltan ac pada
belitan sekunder.Rintangan belitan sekunder infiniti
Belitan sekunder terbuka
dan rintangan rendah pada belian primer.

2. Kerosakan pada penerus (gelombang penuh dan tetimbang)


Voltan dc keluaran rendah dan terdapat voltan riak. Diod penerus terbuka
Fius terbuka disebabkan arus yang berlebihan.
Diod penerus pintas.
Rintangan pada pengubah normal.
Rintangan diod penerus
Litar berfungsi dengan normal tetapi voltan dc
menjadi tinggi (maka voltan
keluaran lebih rendah dari yang sepatutnya.
pincang bertambah)
3. Kerosakan kapasitor penapis
Voltan dc keluaran rendah, paras voltan riak
Kapasitor penapis terbuka
bertambah. Pengaturan voltan lemah
Fius terbuka, rintangan keluaran penerus rendah Kapasitor penapis pintas.
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 4 drp : 43

bila diukur pincang depan dan songsang


Voltan dc keluaran rendah dengan paras voltan
riak bertambah. Pengaturan voltan lemah Kapasitor penapis bocor.
(mungkin litar berfungsi dengan tak stabil
4. Kerosakan litar pengatur
Voltan dc keluaran 0V dan voltan masukan ke Transistor siri dasar dan
pengatur sedikit tinggi dari normal. pengeluar terbuka.
Voltan masukan dan keluaran pengatur sama, fius
Transistor pemungut dan
boleh jadi terputus atau merosakan transistor
pengeluar terpintas.
disebabkan arus yang berlebihan.
Voltan dc keluaran rendah, transistor siri menjadi
Diod zener terpintas
panas.
Tiada voltan rujukan, voltan dc keluaran mungkin
akan tinggi atau rendah bergantung kepada corak Diod zener terbuka.
sambungan diod zener.
Voltan dc keluaran lebih tinggi dari sepatutnya,
Penguat ralat terbuka
tiada pengaturan voltan dan tiada voltan kawalan
(transistor atau I.C)
.
Diod zener menjadi panas disebabkan arus yang
berlebihan. Litar tak boleh dikawal. Voltan dc Penguat ralat pintas.
keluaran rendah lebih rendah dari voltan zener.

Jadual 2: Jadual kesan dan kerosakan Unit Bekalan Kuasa Pengatur Voltan Boleh Laras.

Terdapat tiga kaedah asas mengesan kerosakan:


a) Pemerhatian dengan pancaindera – melihat fizikal komponen jika ada
yang hangus atau sebagainya dan menghidu jika ada komponen
terbakar.
b) Suntikan dan surihan isyarat.
c) Sukatan voltan dan rintangan.

4 Langkah-langkah keselamatan

i. Keselamatan diri
Anda merupakan individu yang melakukan tugas atau kerja. Kecuaian
semasa melakukan kerja boleh mengakibatkan kemalangan diri anda.
Oleh yang demikian dengan mematuhi peraturan keselamatan dengan
betul amatlah penting demi untuk mengelakkan diri daripada terlibat
dengan sebarang kemalangan. Antara peraturan yang perlu diikuti dan
diamalkan adalah:
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 5 drp : 43

 Cara berpakaian
- Memakai pakaian bengkel
- Memakai kasut bertebat dan bertumit rendah
- Tidak memakai barang kemas
 Sikap
- Sentiasa mematuhi arahan
- Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja
- Melaporkan sebarang kerosakan
- Menggunakan alat yang betul dan mengikut
prosedur
 Fizikal
- Sihat
- Jelas penglihatan

ii. Keselamatan alat


Peralatan elektrik hendaklah sentiasa dalam keadaan baik dan dilengkapi
dengan ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan. Antara ciri keselamatan
yang perlu diperhatikan adalah:

 Penebatan
- Semua alat dan perkakasan elektrik hendaklah mempunyai
penebat yang baik dan sempurna.
 Penggunaan alat pematerian (soldering iron)
- Alat pemateri adalah satu alat untuk meleburkan bahan
pemateri, oleh yang demikian hujung alat peteri adalah panas
dengan itu elakkan dari meletakkannya dimerata-rata. Letakkan
alat pemateri di pemegangnya (holder).
- Elakkan dari mengetuk alat pateri untuk membersihkan hujung
alat pemateri dari bahan pateri sebab ia akan merosakkan
elemen pemanasnya. Gunakan span basah untuk
membersihkannya
 Penggunaan meter pelbagai (multimeter)
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 6 drp : 43

- Gunakan julat yang betul


- Pastikan kekutuban yang betul

PENGATUR VOLTAN
a) Pengatur voltan bertransistor

Terdapat dua jenis pengatur voltan bertransistor :

i. Pengatur transistor pirau


ii. Pengatur transistor siri

i. Pengatur transistor pirau


Rajah 17 menunjukkan litar pengatur voltan jenis transistor pirau. Diod
zener digunakan untuk mebberikan voltan yang tetap antara tapak dan
pemungut transistor Q1.

Jika rintangan beban bertambah, voltan keluaran akan turut meningkat


iaitu menjadi lebih positif. Maka ini bermakna voltan merentas D Z/RS
juga bertambah iaitu voltan Rs yang meningkat sebab voltan D Z tetap.
Peningkatan voltan susut merentas RS menjadikan pincang hadapan
transistor Q1 dan Q2 bertambah, dengan bertambahnya voltan pincang
Q2 menjadikan IC transistor Q2 meningkat, oleh yang demikian
menjadikan lebih banyak voltan akan susut merentas R 1, maka ia akan
mengurangkan semula voltan keluaran kenilai yang asal.

Apabila rintangan beban berkurang, maka kendalian litar adalah


sebaliknya. Apabila voltan masukan berubah maka voltan keluaran
juga akan berubah sepertimana perubahan yang berlaku di masukan,
maka litar akan mengatur semula voltan keluarannya supaya tetap.
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 7 drp : 43

Rajah 2 : Pengatur voltan transistor pirau

ii. Pengatur transistor siri.


Transistor yang disambung sesiri dengan beban akan mengawal nilai
voltan masukan yang dibenarkan ke keluaran. Voltan keluaran akan
disampelkan oleh satu litar yang membekalkan voltan suapbalik yang
akan dibandingkan dengan voltan rujukan.
Rajah 18, adalah satu litar pengatur siri mudah. Perintang R S adalah
untuk membolehkan arus songsang diod zener dikendalikan pada
kawasan runtuh (breakdown region) ini untuk memastikan tapak Q 1
pada nilai yang tetap pada nilai D Z 12V. Nilai voltan keluaran pengatur
adalah lebih rendah dari nilai D Z sebab VDZ – VBE dimana VBE ialah
0.6V. Manakala voltan susut merentas pemungut dan pengeluar (V CE)
ialah :
VCE = Vin - Vout
= 18 – 11.4
= 6.6V
Sekiranya rintangan beban dalam litar yang dirtunjukkan dalam rajah 2
berkurang, voltan keluaran (V OUT) juga akan menyusut iaitu menjadi kurang
positif, ini bermakna voltan pengeluar (V E) transistor Q1 juga berkurang, iaitu
berkurang positif atau bertambah negatif, maka V BE akan bertambah.
Apabila pincang hadapan sesuatu transistor bertambah, rintangan antara
pemungut dan pengeluar (RCE) akan berkurang. Oleh yang demikian voltan
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 8 drp : 43

susut merentas pemungut dan pengeluar (VCE) transistor Q1 akan berkurang


maka akan mengembalikan nilai voltan keluaran kepada nilai yang asal.

Rajah 3 : Pengatur Voltan Siri


Bertransistor
Begitu juga sebaliknya jika perubahan berlaku kepada masukan voltan dc tak
teratur. Contohnya jika voltan masukan bertambah, vltan keluaran pengatur
juga akan bertambah. Ini akan menjadikan pengeluar Q 1 menjadi hampir
kepada nilai voltan dasar, menjadikan voltan pincang VBE berkurang.
Berkurangnya VBE menjadikan R CE bertambah dan VCE bertambah, maka
voltan keluaran dapat dikurangkan kenilai yang asal. Rajah 4 adalah
gambarajah blok pengatur voltan boleh laras.
Komponen Fungsi

mengawal sebarang perubahan voltan pada keluaran


Transistor pengatur siri
supaya voltan keluaran dalam keadaan yang tetap

sebahagian voltan teratur di suapbalik ke pembanding dan


Sampel dan pelarasan
melaras voltan dc keluaran yang dikehendaki.

Voltan rujukan mempunyai voltan rujukan yang tetap.

membandingkan dua voltan iaitu voltan rujukan dan vltan


Pembanding
sample

Menerima sebarang perubahan voltan antara voltan


sample dan voltan rujukan untuk memberi pincang kepada
Penguat ralat
penguat. Isyarat ralat tadi disalurkan ke transistor pengatur
siri untuk melaras pincang depan transistor.
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 9 drp : 43

TRANSISTOR PENGATUR SISI

PENGUAT RALAT
VOLTAN DC TAK TERATUR
VOLTAN DC TERATUR

SAMPEL DAN PELARASAN


VOLTAN RUJUKAN PEMBANDING

Rajah 4 : Gambarajah blok pengatur voltan boleh laras

Rajah 5 adalah satu lagi litar pengatur voltan siri dimana keluarannya boleh
dilaras.Litar ini mempunyai dua fungsi :
5 Voltan keluaran boleh dilaras kepada nilai voltan minima dan maksima yang
dikehendaki.
6 Mengatur voltan keluaran supaya tetap.

Rajah 5 : Pengatur voltan boleh laras


NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 10 drp : 43

Diod zener dan perintang Rs memberikan voltan rujukan yang tetap pada
pengeluar Q2. Rangkaian R1, VR1 dan R2 adalah pembahagi voltan merentasi
keluaran dan berkadaran voltan yang sesuai untuk dasar Q 2. Jika voltan diod
zener 12V, voltan yang sesuai pada tapak Q 2 adalah lebih kurang 12.6V ( VBE
= 0.6V ). Perintang RB memberikan voltan pincang hadapan kepada Q 1.
Rajah 6 adalah litar persamaannya.

VR mewakili rintangan antara pemungut dan pengeluar transistor Q2

Rajah 6 : Litar persamaan pengatur voltan boleh laras

Kendalian litar sebagai pengatur voltan boleh laras : Merujuk kepada rajah 5,
sebarang perubahan pada transistor Q2 akan mengubah pincang hadapan
transistor Q1. Jika gelangsar VR1 pada A, maka VB transistor Q2 akan
bertambah positif dan menjadikan VBE transistor Q2 juga bertambah, Arus IC
transistor Q2 juga bertambah ini bermakna VB transistor Q1 berkurang positif,
maka VBE transistor Q1 berkurang, dengan itu IC dan I E transistor Q1
berkurang. Berkurangnya IC atau I E transistor Q1 menjadikan rintangan
pemungut dan pengeluar transistor Q 1 bertambah, maka voltan keluaran akan
menjadi minima. Apabila gelangsar VR 1 pada B maka kendalian litar adalah
disebaliknya dimana voltan keluaran adalah dalam keadaan maksima.
Kendalian litar sebagai pengatur voltan : Dalam waktu yang sama litar ini juga
akan mensetabilkan voltan keluarannya. Jika berlaku perubahan pada beban
atau voltan masukan pengatur akan mengekalkan keluarannya.
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 11 drp : 43

Jika rintangan beban keluaran bertambah, voltan keluaran juga akan


bertambah, maka VB transistor Q2 juga bertambah iaitu VBE transistor Q2
bertambah. Bertambahnya VBE menjadikan IB dan IC transistor Q2 juga
bertambah, VB transistor Q1 berkurang positif maka V BE transistor menjadi
berkurang, IC dan IE transistor Q1 berkurang menjadikan ritangan antara
pemungut dan pengeluar transistor Q 1 bertambah, voltan susut juga
bertambah dan dengan itu voltan keluaran yang meningkat tadi akan
dikurangkan semula kenilai yang asal.

b) Pengatur voltan Litar Bersepadu (I.C)

 Terdapat 3 jenis
i. Pengatur voltan tetap (fixed output)
ii. Pengatur keluaran berubah (variable output); keluaran berubah ikut
julat
iii. Pengaturan penyuisan (switching regulator); lebih kepada elemen
kawalan penyuisan
Litar yang terkandung dalam IC:-
1. Litar Kawalan (Control circuit)
Bahagian yang akan mengawal proses memula dan mematikan
pengaturan
2. Litar Pirau(Biassing circuit)
Memberikan satu nilai voltan rujukan kepada pengatur
3. Litar Pengkali (DC Level Shift)
Berfungsi meningkatkan nilai voltan merujuk kepada nilai voltan
rujukan
4. Litar Keluaran(Output circuit)
Voltan yang terhasil boleh dilaras mengikut julat yang diberi.
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 12 drp : 43

Ciri-ciri Pengatur Voltan IC


1. Kuasa yang tinggi berbanding saiz yang kecil
2. Kawalan faktor kuasa baik jika voltan masukan adalah a.u
3. Pengasingan masukan dan beban
4. Arah aliran kuasa boleh dikawal
5. Keupayaan penukaran tinggi
6. Harmonik yang kecil
Pengatur voltan siri 78XX dan 79XX adalah antara pengatur voltan jenis IC
yang mudah. IC ini hanya mempunyai tiga terminal dimana tanda XX adalah
menunjukkan nilai voltan keluaran manakala angka kedua menunjukan
kekutuban voltan masukan dan keluaran iaitu 8 mewakili voltan positif dan 9
mewakili voltan negatif. Pengatur litar bersepadu jenis ini menghasilkan voltan
keluaran yang tetap.

Contoh :
LM 7805 voltan keluarannya adalah +5V
LM7905 voltan keluarannya adalah -5V

Rajah 7 : Sebahagian litar bekalan kuasa pengatur voltan litar bersepadu (IC)

Terdapat juga pengatur litar bersepadu tiga terminal yang mempunyai voltan
keluaran yang boleh diubah. Jadual 1 menunjukkan data pengatur litar bersepadu
(IC).
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 13 drp : 43

Positive Output Voltage Negative Output Voltage


Output Fixed Adjustable Fixed Adjustable
Current Output Output Output Output
Voltage Voltage Voltage Voltage

5 Amperes Device LM338


Output +1.2V to
Voltage +33V
Package
TO-3

3 Amperes Device LM323 LM350 LM345


Output +5.0V +1.2V to -5.0V, 5.2V
Voltage +33V
Package TO-3 TO-3
TO-3

1.5 Amperes Device LM340-XX, LM317 LM320-XX, LM79XX LM337


Output LM78XX +1.2V to -5.0V, -5.2V, -1.2V to -
Voltage +5V, +6V, +37V -6.0V, -8.0V, 37V
+8V, +10V, High -9.0V, -12.0V High
+12V, +15V, Voltage -15V, -18V, -24V Voltage
+18V, +24V (HT) (HT)
Package TO-3, TO- 1.2V to TO-3, TO-220 -1.2V to -
220 +57V 47V

T0-3, TO- TO-3, TO-


220 220

500 Device LM341-XX LM317M LM320M, LM79MXX LM337M


milliampere Output LM78MXX +1.2V to -5.0V, -5.2V, -1.2V to -
s Voltage +5V, +6V, +37V -6.0V, -8.0V, 37V
+8V, +10V, -9.0V, -12.0V
+12V, +15V, -15V, -18V, -24V
+18V, +24V
Package TO-202 TO-202, TO-39
TO-202, T0- TO-202,TO-
39 39

250 Device LM342-XX LM320ML


mlliamperes Output +5V, +6V, -5.0V, -6.0V,
Voltage +8V, +10V, -8.0V, -10V,
+12V, +15V, -12V, -15V
+18V, +24V -18V, -24V
Package TO-202 TO-202
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 14 drp : 43

100 Device LM340LA- LM320L-XX


milliampere Output XX, LM79L-XX
s Voltage LM78L-XX -5.0V, -6.0V,
+5V, +6V, -8.0V, -9V,
+8V, +10V, -12V, -15V
+12V, +15V, -18V, -24V
Package +18V, +24V TO-92, TO-39
TO-39, TO-
92
TO = transistor outlines

Jadual 1: Sebahagian data pengatur jenis IC tiga terminal


3.3 CIRCUIT DIAGRAM

Contoh litar pengatur voltan boleh ubah menggunakan IC:

Rajah 8: Pengatur voltan menggunakan LM338

Rajah 9: Pengatur voltan menggunakan LM317


NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 15 drp : 43

3.4 KOMPONEN ELEKTRONIK

Rajah 10: IC LM338

Mengesan kerosakan

Dalam litar bekalan kuasa pengatur voltan terdapat empat peringkat iaitu pengubah,
penerus, penapis dan pengatur, kerosakan boleh berlaku dimana-mana peringkat.
Pemerhatian yang khusus perlu dibuat untuk mengenal pasti kesan (symptom)
kerosakan. Pertama pastikan bekalan ac pada litar disambung dengan betul dan
suis ditutup (on). Jika tiada voltan dc keluaran tiada, pastikan ada voltan ac masukan
pada belitan sekunder, jika tiada voltan ac pada sekunder pengubah, tiga
kemungkinan kerosakan boleh berlaku:

a) Belitan primer atau sekunder terbuka


b) Dawai penyambung dari palam terbuka / putus
c) Fius terbuka / putus.

Untuk menguji, pastikan suis soket dibuka (off) dan palam ditanggalkan dari soket,
meter Ohm boleh digunakan untuk menguji keterusannya. Jadual 2.2 menunjukkan
simptom dan kerosakan yang berlaku pada bekalan kuasa pengatur voltan boleh
laras.
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 16 drp : 43

Terdapat tiga jenis kerosakan yang biasa berlaku kepada komponen elektronik :

i. Terbuka
ii. Terpintas
iii. Bocor

KESAN KEROSAKAN
1. Kerosakan pada pengubah
Voltan dc keluaran 0V dan tiada voltan sekunder.
Rintangan belitan primer dan sekunder rendah Dawai penyambung bekalan
(normal) masukan atau fius terbuka

Voltan dc keluaran 0V dan tiada voltan ac pada


Belitan primer terbuka
belitan sekunder. Rintangan belitan primer infiniti
dan rintangan rendah pada belitan sekunder.

Voltan dc keluaran 0V dan tiada voltan ac pada Belitan sekunder terbuka


belitan sekunder.Rintangan belitan sekunder infiniti
dan rintangan rendah pada belian primer.
2. Kerosakan pada penerus (gelombang penuh
dan tetimbang)
Diod penerus terbuka
Voltan dc keluaran rendah dan terdapat voltan riak.

Fius terbuka disebabkan arus yang berlebihan. Diod penerus pintas.


Rintangan pada pengubah normal

Litar berfungsi dengan normal tetapi voltan dc Rintangan diod penerus


keluaran lebih rendah dari yang sepatutnya. menjadi tinggi (maka voltan
pincang bertambah)
3. Kerosakan kapasitor penapis
Voltan dc keluaran rendah, paras voltan riak
bertambah. Pengaturan voltan lemah. Kapasitor penapis terbuka

Fius terbuka, rintangan keluaran penerus rendah Kapasitor penapis pintas.


bila diukur pincang depan dan songsang.

Voltan dc keluaran rendah dengan paras voltan Kapasitor penapis bocor.


riak bertambah. Pengaturan voltan lemah
(mungkin litar berfungsi dengan tak stabil)
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 17 drp : 43

Transistor siri dasar dan


4. Kerosakan litar pengatur pengeluar terbuka.
Voltan dc keluaran 0V dan voltan masukan ke
pengatur sedikit tinggi dari normal.
Voltan masukan dan keluaran pengatur sama, fius Transistor pemungut dan
boleh jadi terputus atau merosakan transistor pengeluar terpintas.
disebabkan arus yang berlebihan.
Voltan dc keluaran rendah, transistor siri menjadi
panas. Diod zener terpintas
Tiada voltan rujukan, voltan dc keluaran mungkin
akan tinggi atau rendah bergantung kepada corak Diod zener terbuka.
sambungan diod zener.
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 18 drp : 43

Voltan dc keluaran lebih tinggi dari sepatutnya, Penguat ralat terbuka


tiada pengaturan voltan dan tiada voltan kawalan. (transistor atau I.C)
Diod zener menjadi panas disebabkan arus yang
berlebihan. Litar tak boleh dikawal. Voltan dc Penguat ralat pintas.
keluaran rendah lebih rendah dari voltan zener.

Jadual 2.2 : Jadual kesan dan kerosakan Unit Bekalan Kuasa Pengatur Voltan Boleh
Laras.

Terdapat tiga kaedah asas mengesan kerosakan :

d) Pemerhatian dengan pancaindera – melihat fizikal komponen jika ada


yang hangus atau sebagainya dan menghidu jika ada komponen
terbakar.
e) Suntikan dan surihan isyarat.
f) Sukatan voltan dan rintangan.

iii.5BAHAN DAN ALAT

iii.5.1 Alat Tangan / Alat yang biasa digunakan

Gambar Alat Kegunaan


NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 19 drp : 43

Digunakan untuk memotong kabel dan


kaki komponen elektronik

Shear cutters

Digunakan untukmemotong kabel

Wire CuStritters/ppers

Alat yang digunakan untuk menganbil


komponen yang bersaiz kecil yang tidak
boleh untuk di ambil menggunakan jari.

ESD-safe tweezers

Digunakan untuk memesanag dan


menaggalkan skru

High quality precision screwdriver set


NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 20 drp : 43

Digunakan untuk memasang kabel UTP


ke connector RJ45.

Universal Crimp tool

Alat ini digunakan untuk membuang litar


bersepadu (IC) dengn selamat dan cepat
dari soketnya. Ianya bagi mengelakkan
lenturan pin soket dan mengelakkan
kerosakan melalui pelepasan ESD
IC chip extractor

Meter digunakan untuk mengukur arus,


nilai voltan, kerintangan, dan kearuhan
dalam sesuatu litar.

Meter

Digunakan untuk memateri komponen


kecil dan sederhana seperti memasang
komponen elektri/elektronik atau
mengeluarkan komponen.

Soldering iron

Untuk membuang pateri yang tidak


dikehendakidengan cara menyedut

Sucker

Meter
 Meter pelbagai analog/digital
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 21 drp : 43

 Meter pelbagai boleh berfungsi sebagai meter volt, meter arus, atau
meter ohm.
 Rajah 1 dan 2 memaparkan gambar dua buah meter pelbagai yang
berbeza.
 Terdapat dua kategori meter pelbagai iaitu meter pelbagai analog dan
meter pelbagai digital.
 Meter pelbagai analog menggunakan jarum penunjuk di atas skala meter
manakala meter pelbagai digital pula memaparkan digit untuk
menunjukkan nilai bacaan.

Rajah 1. Meter pelbagai analog Rajah2. Meter pelbagai digital

 Kegunaan
Meter belbagai boleh digunakan untuk mengukur :-
i. Rintangan
ii. Voltan arus terus (AT)
iii. Voltan arus ulang alik (AU)
iv. Arus terus

 Bahagian-bahagian meter pelbagai analog

Skala
Penunjuk

Pelaras sifar penunjuk

Pelaras sifar ohm

Suis pemilihan
Fungsi dan julat
Julat
Tamatan negatif Tamatan positif

NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 22 drp : 43

Rajah 3. Bahagian-bahagian meter pelbagai analog

 Fungsi bahagian

i) Skala
 Memaparkan julat bacaan ukuran yang ditunjuk oleh jarum penunjuk.
ii) Penunjuk
 Menunjuk nilai bacaan ukuran

iii) Pelaras sifar penunjuk


 Untuk melaras jarum penunjuk pada kedudukan sifar

iv) Pelaras sifar ohm


 Untuk melaras jarum penunjuk pada kedudukan 0 ohm.

v) Julat
 Memaparkan fungsi meter.
 Memaparkan lingkungan nilai had pengukuran atau pendarab

vi) Suis pemilih fungsi dan julat


 Untuk memilih fungsi meter yang diperlukan umpamanya meter volt
arus terus (DCV), meter volt arus ulang alik (ACV), meter ampere
(DCmA) dan meter ohm (Ω).
 Untuk memilih tahap julat yang sesuai dengan kegunaan kerja yang
dilakukan.
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 23 drp : 43

vii) Tamatan positif


 Punca sambungan kuar merah (positif).

viii) Tamatan negatif


 Punca sambungan kuar hitam (negatif).

 Bahagian-bahagian meter pelbagai digital

Paparan berdigit
Butang kuasa Butang nada pembuz

Butang P.Hold
Butang pilihan AC/DC

Julat
Suis pemilih fungsi
dan julat
Soket kapasitor
Soket transistor
Suis pemilihan
Fungsi dan julat
Tamatan 20A
Tamatan positif
Tamatan negatif

Rajah 4. Bahagian-bahagian meter pelbagai digital

 Fungsi bahagian
i) Butang kuasa (POWER)
 Menghidup dan mematikan meter pelbagai.
ii) Paparan berdigit
 Memaparkan nilai bacaan digit
iii) Butang pilihan AC/DC
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 24 drp : 43

 Suis tekan untuk memilih fungsi meter samada beroperasi dalam


keadaan mengukur arus terus (DC) atau arus ulang alik (AC).
iv) Julat
 Memaparkan fungsi meter.
 Memaparkan lingkungan nilai had pengukuran atau pendarab
v) Suis pemilih fungsi dan julat
 Untuk memilih fungsi meter yang diperlukan umpamanya meter volt
arus terus (DCV), meter volt arus ulang alik (ACV), meter ampere
(DCmA) dan meter ohm (Ω).menguji diod, transistor dan sebagainya.
 Untuk memilih tahap julat yang sesuai dengan kegunaan kerja yang
dilakukan.
vi) Butang nada pembuz
 Suis tekan untuk memilih meter berada dalam mode senyap atau
nada beep ketika berada pada julat menguji diod.( )
vii) Butang P.Hold
 Suis tekan untuk memegunkan bacaan digit.
viii) Soket pemuat
 Punca sambungan ketika membuat pengujian pemuat.
ix) Tamatan positif V-Ω-Hz
 Punca sambungan kuar merah ketika meter berfungsi untuk mengukur
voltan, rintangan atau frekuensi.
x) Tamatan negatif
 Punca sambungan kuar hitam (negatif/ common) untuk semua operasi
pengukuran.
xi) Tamatan positif mA
 Punca sambungan kuar merah (positif) ketika meter berfungsi
mengukur arus yang rendah.
xii) Tamatan 20A
 Punca sambungan kuar merah (positif) ketika meter berfungsi
mengukur arus yang tinggi sehingga had maksima 20 ampere.
xiii) Soket transistor
 Punca sambungan ketika membuat pengujian transistor.
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 25 drp : 43

 Pengendalian meter pelbagai

 Meter pelbagai mestilah dikendalikan mengikut langkah-langkah yang


betul dan selamat. Kecuaian atau kegagalan mematuhi langkah-
langkah yang telah ditetapkan akan mengakibatkan meter rosak,
menghasilkan bacaan yang salah atau berlaku kemalangan.

 Mengendali meter voltan arus terus (VDC)

 Pastikan voltan yang hendak diukur samada voltan arus terus atau
arus ulang alik.
 Sambungkan kuar meter pada tamatan. Kuar merah pada tamatan
positif (+) dan kuar hitam pada tamatan negatif meter (-/COM).
 Laraskan julat meter pada fungsi DCV. Pilih julat yang paling tinggi
contohnya 1000 DCV.

Pena Penguji

 Pena ujian digunakan untuk mengesan kehadiran elektrik pada sesuatu jasad
dan mengetatkan atau melonggarkan skru kecil.
 Batang pena ujian adalah berpenebat dan bahagian mata pena ujian
bebrbentuk seperti pemutar skru bilah rata.
 Mentol neon dalam pemegang pena ujian disentuh pada bahagian yang
berarus.
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 26 drp : 43

 Pena ujian sesuai dan selamat digunakan untuk mengesan voltan 50V hingga
500V.

iii.6 OPERASI MANUAL


NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 27 drp : 43
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 28 drp : 43
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 29 drp : 43
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 30 drp : 43
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 31 drp : 43

iii.7 POWER SOURCE

iii.8JENIS ALAT KAWALAN ELEKTRONIK


iii.9FUNGSI ALAT KAWALAN

Dalam elektronik, alat kawalan jauh adalah peranti elektronik yang digunakan untuk
mengendalikan peranti dari jauh, biasanya secara wayarles. Sebagai contoh, dalam
elektronik pengguna, alat kawalan jauh boleh digunakan untuk mengendalikan
peranti seperti set televisyen, pemain DVD atau perkakas rumah lain, dari jarak yang
jauh.
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 32 drp : 43

Kawalan jauh adalah terutamanya ciri kemudahan untuk pengguna, dan boleh
membenarkan operasi peranti yang berada di luar jangkauan mudah untuk
pengendalian langsung kawalan. Dalam sesetengah kes, kawalan jauh
membenarkan seseorang untuk mengendalikan peranti yang mereka tidak dapat
dicapai, seperti apabila pembuka pintu garasi dicetuskan dari luar atau apabila
projektor Pemprosesan Lampu Digital yang dipasang pada siling tinggi dikawal oleh
seseorang dari aras lantai.

Kawalan jauh televisyen awal (1956-1977) menggunakan nada ultrasonik. Kawalan


jauh semasa adalah peranti inframerah pengguna biasa yang menghantar denyutan
berlabel digital inframerah untuk mengawal fungsi seperti kuasa, kelantangan,
saluran, main balik, perubahan trek, haba, kelajuan kipas, atau ciri lain yang berbeza
dari peranti ke peranti.

Kawalan jauh untuk peranti ini selalunya mempunyai objek pegang tangan wayarles
kecil dengan pelbagai butang untuk menyesuaikan pelbagai tetapan seperti saluran
televisyen, nombor trek dan kelantangan. Bagi kebanyakan peranti, alat kawalan
jauh mengandungi semua fungsi kawalan sementara peranti terkawal itu sendiri
hanya mempunyai segelintir kawalan utama yang penting. Kod kawalan jauh, dan
dengan itu alat kawalan jauh yang diperlukan, biasanya khusus untuk lini produk,
tetapi terdapat alat kawalan jauh universal, yang meniru alat kawalan jauh yang
dibuat untuk kebanyakan peranti jenama utama.

Kawalan jauh pada tahun 2000-an termasuk kesambungan Bluetooth, keupayaan


gerakan sensor dan kawalan suara.
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 33 drp : 43

Blab-off adalah kawalan jauh berwayar yang dibuat pada tahun 1952 yang
menjadikan bunyi atau mematikan bunyi TV supaya penonton boleh menghindari
iklan iklan. [24] Pada 1980-an Steve Wozniak dari Apple memulakan sebuah
syarikat bernama CL 9.

Tujuan syarikat ini adalah untuk mewujudkan kawalan jauh yang boleh
mengendalikan pelbagai alat elektronik. Unit CORE (Pengawal Peralatan Jauh)
diperkenalkan pada musim luruh tahun 1987. Keuntungan untuk pengawal jarak jauh
ini ialah "belajar" isyarat jauh dari peranti yang berbeza. Ia mempunyai keupayaan
untuk melaksanakan fungsi tertentu atau berganda pada pelbagai masa dengan jam
terbina dalamnya. Ia adalah kawalan jauh pertama yang boleh dikaitkan dengan
komputer dan dimuatkan dengan kod perisian yang dikemas kini seperti yang
diperlukan.

Unit LEBIH tidak pernah memberi impak besar kepada pasaran. Ia terlalu rumit
untuk pengguna biasa untuk program, tetapi ia mendapat sambutan hangat daripada
mereka yang boleh. [Rujukan?] Halangan-halangan ini akhirnya menyebabkan
kematian CL 9, tetapi dua orang pekerjanya meneruskan perniagaan di bawah nama
Celadon. Ini adalah salah satu kawalan remote pembelajaran kendalian komputer
yang pertama di pasaran. [25]

Pada tahun 1990-an, kereta semakin dijual dengan kunci pintu kawalan jauh
elektronik. Pemintas ini menghantar isyarat kepada kereta yang mengunci atau
membuka kunci pintu atau membuka kunci batang. Peranti selepas jualan yang
dijual di sesetengah negara adalah starter jauh. Ini membolehkan pemilik kereta dari
jauh memulakan kereta mereka. Ciri ini paling banyak dikaitkan dengan negara-
negara yang mempunyai iklim musim sejuk, di mana pengguna mungkin ingin
menjalankan kereta selama beberapa minit sebelum mereka menggunakannya,
supaya sistem pemanasan kereta dan cecair boleh menghilangkan ais dan salji dari
tingkap.
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 34 drp : 43

3.9 PROSEDUR OPERASI PERALATAN ELEKTRONIK DAN PERALATAN UJIAN

1.1.2 Osiloskop (Oscilloscope)

Osiloskop digunakan untuk memaparkan bentuk gelombang, mengukur


frekuensi, tempoh, arus dan voltan. Osiloskop juga membantu mengesan kerosakan
alat-alat elektrik dan elektronik.

Rajah 10 : Osiloskop

 Bahagian Osiloskop

Rajah 11 : Bahagian Osiloskop


NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 35 drp : 43

NO Bahagian Fungsi

1 Calibration Point Untuk menentukan nilai ukuran sentiasa tepat

2 Intensity Untuk mengawal kecerahan gelombang supaya tidak kabur


Untuk mendapatkan garisan gelombang yang tajam
3 Focus
Untuk melaraskan garisan mengufuk (horizontal)
4 Trace Rotation

5 Power Untuk ON/ OFF osiloskop


Untuk meninggikan atau merendahkan amplitud gelombang pada CH1
6 Volt / Div (CH1)

7 CH1 (X) Input Untuk terminal input channel 1


Untuk Volt/Div pada CH1/CH2 mesti dimaksimakan. Bila knob ini ditarik
8 Knob Calibration (CH1)
keluar, nilainya = x 5
Suis untuk pemilihan mode sambungan

9 AC-GND-DC (CH1)  AC : AC Coupling


 GND : input terminal terputus sambungan
 DC : DC Coupling
Position Untuk melaraskan kedudukan gelombang ke atas atau ke bawah
10
Suis untuk pilih mode operasi

 CH 1 - jika menggunakan input CH 1


11 Vert. Mode
 CH 2 - jika menggunakan input CH 2
 DUAL - jika menggunakan kedua-dua input CH 1 dan CH 2
 ADD - jika hendak mencampurkan jumlah CH 1 dan CH 2
Suis untuk pemilihan mode sambungan

12 AC-GND-DC (CH2)  AC : AC Coupling


 GND : input terminal terputus sambungan
 DC : DC Coupling
Untuk terminal input channel 2.
13 CH2 (Y) Input
Knob calibration untuk Volt/Div pada CH1/CH2 mesti dimaksimakan. Bila
14 Knob Calibration (CH2) knob ini ditarik keluar,
nilainya = x 5.
Untuk meninggikan atau merendahkan amplitude gelombang pada CH2.
15 VOLT / DIV (CH 2)

16 Source Suis untuk pilih input signal mana yang hendak digunakan.
Suis untuk pilih mode trigger yang dikehendaki
17 Trigger Mode
Untuk menghentikan gelombang yang bergerak
18 Triggering Level
Untuk mengecil atau membesarkan jarak 1 kitar
19 TIME / DIV
Knob calibration untuk Time/Div (maksimakan)
20 SWP. VAR
Position Untuk melaraskan kedudukan gelombang ke kiri atau kanan
21

22 Skrin Untuk memaparkan bentuk gelombang


NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 36 drp : 43

 Prosedur Menggunakan Osiloskop


i) On kan osiloskop.
ii) Tunggu sehingga TRACE LINE terpapar.
iii) Pastikan switch VERT. MODE dan SOURCE dipilih mengikut channel yang
digunakan.
iv) Pasang probe osiloskop pada terminal input CH1 atau CH2
v) Lakukan CALIBRATION.

Calibration perlu dilakukan untuk memastikan osiloskop dalam keadaan baik


dan boleh memaparkan gelombang dengan nilai VPP dan FREQUENCY
dengan tepat.

 Cara Melakukan Calibration Pada Osiloskop

i) Sambungkan probe osiloskop pada soket CHANNEL 1 atau CHANNEL 2. Set


suis probe pada X1.

Rajah 12 : Probe Osiloskop

ii) Sambungkan hujung probe pada CALIBRATION POINT.


iii) Pastikan suis MODE berada pada CHANNEL yang dipilih.
iv) Set suis AC-GND-DC pada AC.
v) Set semua tombol POSITION ( ↔ ↨ ), INTENSITY, FOCUS dan LEVEL pada
setengah pusingan.
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 37 drp : 43

vi) Set tombol VOLT/DIV pada 1V dan TIME/DIV pada 1ms.

Rajah 13 : Tombol Volt/Div Dan Time/Div

vii) Maksimakan semua knob calibration untuk Volt/Div dan Sweep Time.
viii) Bentuk gelombang 4 segi akan tertera pada skrin.

Rajah 14 : Paparan Gelombang Di Skrin

ix) Buat pengiraan nilai VPP dan Frequency Calibration untuk memastikan
calibration telah dilakukan
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 38 drp : 43

iii.10 JENIS SENARAI SEMAK

 Senarai semak senarai semak adalah satu jenis alat bantu pekerjaan
bermaklumat yang digunakan untuk mengurangkan kegagalan. Ia membantu
untuk memastikan konsistensi dan kesempurnaan dalam menjalankan tugas.
 Satu contoh yang asas adalah “Senarai semak perkara perlu dibuat." Senarai
semak yang baik akan menjadi jadual, yang meletakkan tugas-tugas yang
perlu dilakukan mengikut masa hari atau faktor-faktor lain.
 Fungsi senarai semak - membantu pengguna untuk menjalankan tugas
penyelenggaraan alat dengan lebih sistematik - dengan menggunakan
senarai item dan tugas- tugas yang perlu dilakukan bagi mengurangkan
kegagalan pada alat.
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 39 drp : 43

3.9 KAEDAH MELENGKAPKAN SENARAI SEMAK


Contoh senarai semak bagi pengatur voltan
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 40 drp : 43

Contoh senarai semak bagi transformer


NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 41 drp : 43
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 42 drp : 43

Contoh senarai semak bagi


penerus
NO. KOD EE-021-2:2012-CU4/P(3/5) Muka : 43 drp : 43

RUJUKAN

1. http://www.myelectrical4u.blogsport.com
2. Mohd Isa Bin Idris, Sabariah Binti Haji Bohanudin, Norjah Binti Janudin, Norani
Binti Hamzah, Salwani Binti Mohd Daud (2003). Pengajian Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, ISBN
NO. 983-62-7430-8.
3. Boylestad, Robert L,Nashelsky, Louis . 1996. Electronic Devices and circuit
theory, Sixth Edition. Prentice Hall
4. Kertas penerangan Teknologi Elektronik ADTEC, Shah Alam.
5. Teknik Diagnosis dan Alat Pengujian (E3005/Unit 2/1)

You might also like