You are on page 1of 16

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 2
SEMESTER SEMESTER 3 SVM SESI 2017/2018

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRONIK / SVM

KOD/KURSUS ETN 3033 ELECTRONIC APPLIANCE REPAIR AND MAINTENANCE

KOMPETENSI 02. PERFORM ELECTRONIC APPLIANCE REPAIR AND MAINTENANCE

1.Identify the electronic appliance repair and maintenance requirement


KOMPETENSI UNIT 2.Perform electronic appliance repair and maintenance
3.Report electronic appliance repair and maintenance activities

Trainee must be able to:


 Parts for repair and maintenance.

 Faulty electronic appliance Circuit diagram.

 Electronic component.

 Material and tool.

 Manual operation.
KOMPETENSI
PEMBELAJARAN  Power source.

 Types of electronic appliance control.

 Function of electronic appliance control.

 Operating procedure of electronic appliance and test appliance.

 Types of checklist.

 Procedure to fill in checklist.

NO KOD
ETN 3033/K 02/NK 02-03
MUKA : 01 DARIPADA 16
NO KOD JPK
NO. KOD ETN 3033/K 02/NK 02-03 Muka : 2 drp : 16

PENERANGAN/INFORMATION :

2.1 Mengesan kerosakan


Dalam litar bekalan kuasa pengatur voltan terdapat empat peringkat iaitu
pengubah, penerus, penapis dan pengatur, kerosakan boleh berlaku dimana-
mana peringkat. Pemerhatian yang khusus perlu dibuat untuk mengenal pasti
kesan (symptom) kerosakan. Pertama pastikan bekalan ac pada litar disambung
dengan betul dan suis ditutup (on). Jika tiada voltan dc keluaran tiada, pastikan
ada voltan ac masukan pada belitan sekunder, jika tiada voltan ac pada sekunder
pengubah, tiga kemungkinan kerosakan boleh berlaku:

a) Belitan primer atau sekunder terbuka


b) Dawai penyambung dari palam terbuka / putus
c) Fius terbuka / putus.

Untuk menguji, pastikan suis soket dibuka (off) dan palam ditanggalkan dari
soket, meter Ohm boleh digunakan untuk menguji keterusannya. Terdapat tiga
jenis kerosakan yang biasa berlaku kepada komponen elektronik :

a) Terbuka
b) Terpintas
c) Bocor

2.1 Litar pintas


Litar pintas membenarkan arus elektrik mengalir sepanjang laluan yang lain
daripada yang sepatutnya di dalam sesuatu litar elektrik. Lawan bagi litar pintas
ialah litar terbuka, iaitu keadaan di mana rintangan di dalam litar elektrik adalah
tidak terhingga. Adalah lazim bagi kita menjadi terkeliru dengan menggunakan
istilah "litar pintas" bagi merujuk kepada mana-mana kerosakan elektrik tidak kira
apa jua punca sebenarnya.
NO. KOD ETN 3033/K 02/NK 02-03 Muka : 3 drp : 16

Terdapat tiga kaedah asas mengesan kerosakan :


a) Pemerhatian dengan pancaindera – melihat fizikal komponen jika ada
yang hangus atau sebagainya dan menghidu jika ada komponen
terbakar.
b) Suntikan dan surihan isyarat.
c) Sukatan voltan dan rintangan.

Sebelum mengetahui teknik-teknik dalam mengesan kerosakan seharusnya


diketahui dahulu keperluan sesebuah sistem. Dalam mana-mana sistem ia
mempunyai hierarki yang tersendiri. Lebih-lebih lagi dalam sistem komputer. Ia
amatlah perlu terutama kepada juruteknik atau pembantu jurutera dalam
mengesan dan membaikpulih sesebuah sistem komputer. Begitu juga dengan
mengesan kerosakan pada alat-alat elektronik.Beberapa soalan yang harus
dijawab, sebelum kita memulakan kerja-kerja membaikpulih:-

a) Apakah jenis alat yang akan dibaikpulih?


b) Apakah kerosakan (simpton) pada alat tersebut?
c) Adakah alat tersebut mempunyai litar skematik?
d) Apakah teknik yang sesuai untuk digunakan?

Dalam soalan pertama, kita harus mengenal alat serta fungsi (cara kerja).
Contohnya penjana isyarat yang mana fungsinya menghasilkan isyarat berbentuk
sinus atau segiempat. Radio berfungsi sebagai menerima isyarat, proses
kemudian menghasilkan audio. Televisyen berfungsi sebagai menerima isyarat
proses kemudian menghasilkan gambar dan audio. Dari sini, barulah boleh kita
tentukan kerosakan alat. Manakala yang kedua melibatkan dari hasil yang
dikeluarkan oleh alat itu. Misalnya tiada ayunan di keluaran penjana isyarat, tiada
suara dari speaker radio, tiada gambar dari layar TV. Inilah yang kita panggil
simpton Dari sini, barulah kita tentukan bahagian mana dalam litar itu yang
dijangka tidak berfungsi. Kita tidak akan membuang masa jika jangkaan kita
tepat. Kita hanya boleh membayangkan litar dan fungsinya jika kita tahu bahagian
yang rosak, tetapi litar yang sebenar belum pasti. Oleh itu kita memerlukan litar
skematik. Dari litar skematik kita boleh menumpukan perhatian kepada komponen
yang dijangka rosak.
NO. KOD ETN 3033/K 02/NK 02-03 Muka : 4 drp : 16

2.2 TEKNIK MENGESAN DAN MENGANALISA KEROSAKAN


Cara mengesan alat elektronik biasanya berpandukan pada kegunaan alat
tersebut. Sebelum mencari kerosakan kita harus mengetahui fungsi asas
sesuatu alat yang akan dirawat. Dari sini, kita akan dapat menganalisa apakah
kerosakan atau simpton. Setiap teknik yang dilakukan ada hubungan antara
satu sama lain atau sebagai pilihan lain agar tidak membuang masa.Teknik-
teknik mengesan bolehlah kita susunkan seperti berikut:

a) Mengesan simpton
b) Teknik surihan dan suntikan isyarat
c) Mengukur voltan
d) Mengukur kerintangan kerintangan atau sambungan dalam litar
e) Mengesan dengan cara fizikal

2.3 Simpton
Setiap alat yang rosak tentunya ada simpton yang boleh memberikan
panduan kepada kita menentukan kerosakan bahagian, penyambungan atau
komponen. Di sini seorang perawat harus mempunyai pengetahuan tentang
operasi dan fungsi sesuatu alat. Contohnya bagi seorang pengguna,
kerosakan alat terima radio hanya dapat dikesan jika bunyi tidak normal, atau
tiada bunyi langsung. Bagi seorang mekanik apabila alat itu tiada bunyi, dia
boleh mengagak di bahagian mana yang rosak.

2.4 Teknik Surihan dan Suntikan Isyarat


Setiap simpton kerosakan yang diketahui oleh sesuatu alat, kita boleh
membuat perangkaian di bahagian mana yang rosak. Sebagai contohnya alat
terima radio yang tiada suara atau bunyi tidak kedengaran di speaker tetapi
penunjuk bekalan ada. Kita boleh mengagak bahagian mana yang rosak atau
tempat di mana kita perlu periksa dahulu. Disini kita boleh katakan bahawa
speaker atau penguat kuasa atau kawalan tone atau kawalan bahan (volume
control).
Jika litar skematik tidak ada, pilihan lain adalah dengan menyurih litar di
bahagian tersebut. Litar skematik adalah sangat penting untuk menunjukkan
nombor komponen dan sambungannya. Ini akan mempercepatkan proses
surihan litar atau mengesan kerosakan pada komponen.Setelah kita tahu
NO. KOD ETN 3033/K 02/NK 02-03 Muka : 5 drp : 16

bahagian mana dan jenis kerosakan litar, kita harus memikirkan apakah teknik
yang harus kita lakukan. Mekanik yang berpengalaman biasanya
menggunakan teknik ringkas iaitu meneliti litar skematik dan terus kepada
simpton.

2.5 Surihan litar tercetak


Sebelum kita membincangkan tentang teknik mencari kerosakan, kita
seharusnya boleh membuat surihan papan litar tercetak. Ini adalah penting
kerana walaupun kita mempunyai litar skematik, kerja-kerja mencari
komponen adalah berasaskan surihan litar.

Beberapa peraturan harus ditentukan sebelum surihan litar dibuat:-


a) Tentukan punca masukan dan keluaran
b) Tentukan punca bekalan dan bumi
c) Tentukan nombor komponen

Surihan boleh dimulakan dari titik masukan. Jika sukar ditemui kerana lebih dari
satu masukan, kita boleh memulakan dari bahagian keluaran.

Apabila kita pastikan bahagian penguat kuasa keluaran rosak , kita tidak
perlu lagi membuat semakan di kawasan penerima RF dan IF. Teruskan dengan
menyemak kawasan penguat audio.Untuk lebih dekat kepada tempat (bahagian)
yang rosak, teknik surihan / suntikan isyarat adalah cara yang tepat. Setengah
mekanik menggunakan jari atau pengalir sebagai penjana gelombang dan
disuntik di bahagian yang dijangka rosak. Cara ini kurang baik kerana isyarat
mempunyai hingar dan susah menentukan keluaran tanpa erutanUntuk
melakukan teknik surihan dan suntikan kita harus menyediakan alat-alat penguji
seperti osiloskop, penjana audio dan bekalan kuasa arus terus (a.t) boleh ubah.

Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan teknik surihan


a) Tentukan bahagian-bahagian dalam kawasan penguat seperti dalam rajah di
bawah
b) Tentukan bekalan voltan pada nilai yang betul dan bekalkan kepada litar.
Perhatikan arus bekalan tidak menunjukkan arus lampau.
NO. KOD ETN 3033/K 02/NK 02-03 Muka : 6 drp : 16

c) Tentukan keluaran penjana pada aras yang sesuai dan frekuensi 1kHz atau 400
Hz

2.6 OBJEKTIF SENGGARAAN

Mempertingkatkan ketahanan dan kelasakan peralatan yang


disenggarakan.
Dapat memudahkan mengenalpasti kerosakan sesuatu peralatan yang
disenggarakan.
Dapat menghasilkan dan menganggarkan kos minimum untuk sebuah
peralatan yang disenggarakan.
Dapat menjangka tempoh hayat mesin yang disenggarakan.
Memastikan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi
Memastikan kos barangan yang dihasilkan berpatutan
Memastikan mesin atau peralatan dapat digunakan secara optimum
Dapat mengemaskini sistem peralatan atau sesuatu mesin.
Dapat mengurangkan risiko berlakunya kerosakan terhadap peralatan
yang disenggarakan.
Dapat meningkatkan kualiti dan nilai peralatan ke tahap maksimum.

2.6.1 Senggaraan Ubahsuai


Senggaraan ubahsuai adalah senggaraan yang dilakukan terhadap
peralatan mengikut keperluan semasa ataupun mesin tersebut tidak lagi boleh
di perbaiki supaya beroperasi seperti keadaan asalnya. Ini mungkin berlaku
terhadap peralatan-peralatan atau mesin-mesin yang lama yang mana alat-
alat gantinya sukar diperolehi

2.6.2 Senggaraan Pembaikkan


Bagi memastikan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi,
pembaikan hendaklah sentiasa dilakukan. Tidak kira kecil atau besar,
sekiranya kerosakkan berlaku sehingga mampu melumpuhkan operasi dan
ketahanan barang. Maka pembaikan harus dibuat.
NO. KOD ETN 3033/K 02/NK 02-03 Muka : 7 drp : 16

Tanda Cara Memeriksa Tempat Kerosakan


Kerosakan
Tiada Suara - Pemungut transistor pemacu 1. Gelung pertama
tidak mempunyai voltan. alat ubah masukan
- Isyarat audio alat jana masukan litar buka.
ke pemungut transistor pemacu 2. Perintang R1 litar
menghasilkan suara dan buka.
masukan ke tapak transistor
tidak mengeluarkan suara.
Suara bising Kawalan bahana dikecilkan ada Transistor pemacu rosak
juga hingar
Suara Serak Voltan pincang tapak dan Transistor penguat
pengeluar sempurna. pemacu rosak.
Suara lemah Voltan pincang tapak dan Kapasitor salur pirau , C4
pengeluar baik. litar buka.
Kadang-kadang Voltan dan arus peringkat penguat 1. Kawalan bahana
ada suara pemacu sempurna. rosak
2. Kapasitor
penjodoh C5
sentuhan kurang
baik.

2.6.3 Senggaraan Perlindungan


Ia meliputi proses penjagaan peralatan dari segi membuat pemeriksaan
dan penjajaran semula peralatan tersebut. Kaedah ini lebih praktikal kerana
setiap peralatan akan dibetulkan dari dari semasa ke semasa ketika proses
pemeriksaan. Ini akan meningkatkan tempoh hayat peralatan dan
mengelakkannya dari mengalami kerosakan ketika sedang beroperasi

Dengan Pengetahuan yang dimiliki atau yang telah dinyatakan tadi, sudah
pastilah kita mampu memberi pelindungan yang maksimum kepada barangan
yang dimiliki. Sebagai contoh ketahanan, katakanlah ketahanan suhu
.Sekiranya komponen tersebut tidak mampu menahan suhu yang panas dan
getaran yang kuat oleh itu kita terpaksa meletakkan disuhu yang sejuk tanpa
NO. KOD ETN 3033/K 02/NK 02-03 Muka : 8 drp : 16

mempunyai getaran yang kuat dengan ini kita telah memberi pelindungan
kepada komponen atau barangan tersebut.

2.6.3.1 Cara perlindungan sesebuah peralatan elektrik.

Bagi penjagaan sesebuah peralatan elektrik perlindungan yang


berterusan adalah perlu bagi menjamin jangka hayat sesuatu peralatan
elektrik tersebut. Bagi memastikan komponen-komponen di da1am
pera1atan elektrik tersebut berada pada keadaan baik dan tahan lama, buka
casing kemudian bersihkan setiap komponen yang ada pada litar dengan
menggunakan sehelai kain kering dan bersih. Tujuannya adalah untuk
memastikan tiada habuk-habuk yang boleh menyebabkan terhasilnya sedikit
elektrostatik yang boleh merosakkan fungsi sesebuah komponen. Bagi
membersihkan pada bahagian yang tersembunyi dan sempit jangan
menggunakan penyembur angin bertekanan tinggi sebaliknya
menggunakan berus yang lembut, ini kerana jika menggunakan penyembur
angin akan menyebabkan habuk tersebut berterbangan pada bahagian lain
menyebabkan ia memasuki bahagian-bahagian lain.

Bagi memastikan tiada kerosakkan yang timbul, pastikan wayar-wayar


yang menghubungkan antara satu bahagian ke bahagian yang lain berada
pada keadan baik dan diikat kemas. Pastikan kedudukan wayar tidak
bersentuhan dengan komponen-komponen yang mengeluarkan haba yang
tinggi yang menyebabkan wayar tersebut terbuka atau rosak. Jika berlaku
walau sedikit kerosakkan pada wayar tersebut, pastikan wayar tersebut
diganti terlebih dahulu.

Bagi memastikan setiap butang pelarasan pada bahagian peralatan


elektrik beroperasi dengan baik gunakan 'cleaner degreaser'. Semburkan
pada bahagian-bahagian yang bergerak. Bagi peralatan yang menggunakan
bateri, pastikan bateri yang sudah habis kuasanya dibuang bagi
memastikan asid yang dikeluarkan bagi bateri lama tidak merosakkan
komponen berhampiran.
NO. KOD ETN 3033/K 02/NK 02-03 Muka : 9 drp : 16

2.6.4 Senggaraan Kerosakan


Ia dilakukan apabila mesin atau peralatan mengalami kerosakan ketika
sedang beroperasi. Kebiasaannya juruteknik akan hanya membuat servis
keatas mesin yang mengalami kerosakan. Kaedah ini cepat tetapi untuk
sesetengah mesin ianya tidaklah berkesan dari segi kos. Pada kebiasaannya
punca kerosakan bagi sesebuah peralatan elektrik adalah disebabkan oleh
bahagian-bahagian atau komponen di dalam peralatan tersebut mengalami
kerosakan kerana telah lama beroperasi. Tanpa penjagaan rapi komponen di
dalam litar akan lebih mudah rosak

2.6.4.1 Kerosakan Litar Bekalan Kuasa

2.6.4.1.1 Kerosakkan alat ubah kuasa

Salah satu gelung alatubah terbakar putus (litar buka), bekalan


elektrik radio akan terganggu, misalnya lilitan utama atau dinamakan
gelung utama putus, radio tidak dapat bekalan elektrik.

2.6.4.2 Kerosakan Kapasitor Penapis Masukan

2.6.4.2.1 Litar Pintas


Kapasitor penapis berkeadaan selari dengan punca positif dan
punca negatif voltan tinggi. Kapasitor ini bertujuan untuk menyimpan
cas dan membuang cas supaya arus arusterus licin dan tetap. Kalau
ia kurang baik/sempurna ia akan mudah rosak, misalnya apabila C1
berlaku litar pintas, beban arus tinggi yang melalui diod penerus
adalah lebih daripada arus biasa. Ini menyebabkan ia panas dan
terbakar.

2.6.4.2.2 Litar Buka


Kapasitor elektrolitik dibuat daripada bahan elektrolitik, setelah
lama digunakan kesan kimia itu akan diwap mengakibatkan
kekurangan dan kering, menyebabkan kapasitor hilang keupayaan.
Apabila keupayaan berkurang daripada nilai tertentu radio akan
NO. KOD ETN 3033/K 02/NK 02-03 Muka : 10 drp : 16

berdengung lebih daripada biasa. Voltan arus akan menjadi lebih


rendah daripada biasa, kadang kala kerana buatan kapasitor kurang
baik akan menyebabkan sambungan di dalamnya akan tertanggal
mengakibatkan litar buka.

2.6.4.2.3 Kebocoran
Kapasitor elektrolitik memang mempunyai sedikit kebocoran.
Setiap microfarad dipasang kepada 300 voltan arus terus, arus
kebocoran adalah lebih kurang 0.1-0.25 miliampiar. Sebuah kapasitor
yang baik kebocorannya tidak melebihi 10 ohm. Kebocoran yang
lebih mengakibatkan bahan kimia meleleh keluar. Bagi menguji
samaada kapasitor tersebut rosak atau sebaliknya, laraskan meter
pada julat ohm, apabila jarum meter naik mendadak kemudian turun
perlahan-lahan ini menunjukkan kapasitor tersebut berada dalam
keadaan baik manakala jika jarum meter tidak berlaku apa-apa
perubahan, kapasitor tersebut mengalami kebocoran atau rosak.

2.7 MENGHASILKAN REKOD SENGGARAAN

2.7.1 Jadual Senggaraan


Setiap penyelenggaraan yang hendak dan akan dilakukan
memerlukan satu jadual penyelengaraan. Jadual senggaraan amatlah
diperlukan kerana seseorang yang ingin melakukan penyelengaraan akan
membuat pemerhatian ke atas apa yang telah dilakukan semasa
senggaraan dijalankan dan juga tarikh senggaraan tersebut dilakukan.
Dengan adanya jadual senggaraan ini maka mudahlah seseorang itu
menganalisis tentang kekerapan peralatan tersebut mengalami kerosakan
iaitu apa jenis kerosakannya, bila dan juga langkah yang telah dilakukan
untuk membaikpulih kerosakan tersebut.

2.7.2 Peringkat Jadual Senggaraan


Jadual senggaraan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat
yang tertentu di antaranya ialah:-
a) Jadual senggaraan untuk 25 hingga 50 jam atau bulanan.
b) Jadual senggaraan unutk 300 hingga 500 jam atau 6 bulan
NO. KOD ETN 3033/K 02/NK 02-03 Muka : 11 drp : 16

c) Jadual senggaraan untuk 1000 jam atau tahunan.


d) Jadual senggaraan sampingan (jika perlu).

Dengan adanya jadual senggaraan ini maka penyelenggaraan yang


dilakukan oleh seseorang individu atau juruteknik itu akan lebih teratur dan terurus
serta lebih selamat. Di antara jadual senggaraan yang ada di sebelah ialah
senggaraan yang dijalankan ke atas VCR (Video Cassette Recorder).

2.7.3 Jadual Senggaraan 25-50 Jam atau Bulanan.


Jadual ini terdiri daripada pemeriksaan yang perlu dilakukan setiap 25
hingga 50 jam ataupun setiap satu bulan sekali keatas peralatan elektronik
seperti VCR. Di antara langkah-langkah senggaraan yang harus dilakukan
dan direkodkan di dalam jadual bulanan ini ialah: -

~ Mencuci kepala main balik VCR.


~ Memeriksa kesan kehausan kepala main balik.
~ Memeriksa soket sesentuh yang terdapat pada board dan lain -lain.

Jadual di bawah ini adalah contoh jadual senggaraan yang perlu


diselenggarakan setiap 25 hingga 50 jam ataupun sebulan sekali.

Perkara Tarikh Jenis Langkah diambil


kerosakan
Cuci kepala main
balik
Cuci bahagian
mekanikal tape
Menyah-magnet
pada head
Memeriksa
kesan kehausan

Jadual 2: Jadual Senggaraan 25-50 jam atau Sebulan


NO. KOD ETN 3033/K 02/NK 02-03 Muka : 12 drp : 16

2.7.4 Jadual Senggaraan untuk 300-500 jam ~ 6 bulan.

Manakala jadual 4.2 di bawah ini pula terdiri daripada tugasan yang
perlu dilakukan oleh seseorang individu atau jurukteknik setiap 300-500 jam
atau 6 bu1an seka1i. Yang mana diantara perkara perkara yang sela1u
diperiksa setiap 300-500 atau 6 bu1an sekali ia1ah:-
~ Periksa belts
~ Cuci bahagian bawah.
~ Melaras ketegangan belts dan lain- lain.

Di bawah ini adalah bentuk jadual dan perkara -perkara yang perlu
diselenggarakan pada setiap 300-500 jam atau 6 bu1an sekali.

Perkara Tarikh Jenis Langkah


Kerosakan diambil
Periksa belt
Cuci bahagian bawah
Periksa spring rollers
dan capstans shaft
Laras ketengangan
belts
Tukar silika gel packet
Cuci penala (tuner)

Jadual 3: Jadual Senggaraan 300-500 jam atau 6 Bulan

2.7.5 Jadual Senggaraan untuk 1000 Jam atau Tahunan.

Jadual 4.3 ini merupakan satu jadual yang mempunyai tugasan yang
perlu dilakukan di dalam jarak tempoh masa yang agak jauh iaitu ianya
perlu dilakukan setiap 1000 jam ataupun setiap satu tahun seka1i.
Manakala tugasan yang perlu dilakukan dalam jarak masa im ialah melaras
ketetapan kepala main balik . Di bawah ini adalah jadual dan perkara yang
perlu dilakukan.
NO. KOD ETN 3033/K 02/NK 02-03 Muka : 13 drp : 16

Perkara Tarikh Jenis Langkah diambil


Kerosakan
Melaras semula
ketetapan kepala
pemain
Membuat
pemeriksaan di
tempat Service

Jadual 4: Jadual Senggaraan 1000 jam atau Tahunan

2.8 Senarai Semak Penyelenggaraan

Tujuan ialah untuk mengekalkan peralatan anda untuk mengelakkan


masalah pada masa hadapan dan kos yang tidak diingini.
Antara contoh penyelenggaraan biasa pemeriksaan hendaklah termasuk yang
berikut.
a) Semak tetapan termostat untuk memastikan penyejukan dan sistem
pemanasan membolehkan anda selesa apabila anda berada di rumah dan
menjimatkan tenaga semasa anda berada jauh.
b) Ketatkan semua sambungan elektrik dan mengukur voltan dan arus pada
motor. Sambungan elektrik yang rosak boleh menyebabkan operasi yang
tidak selamat sistem anda dan mengurangkan hayat komponen utama.
c) Melincirkan semua bahagian yang bergerak. Bahagian-bahagian yang
kurang pelinciran menyebabkan geseran dalam motor dan meningkatkan
jumlah tenaga elektrik yang anda gunakan.
d) Menyemak dan memeriksa longkang kondensat dalam penghawa dingin
pusat anda, relau dan / atau pam haba (apabila dalam mod penyejukan). A
longkang dipasang boleh menyebabkan kerosakan air di rumah dan
menjejaskan tahap kelembapan dalaman.
e) Semak kawalan sistem untuk memastikan operasi yang betul dan selamat.
Semak kitaran bermula peralatan untuk memastikan sistem bermula,
beroperasi, dan menutup dengan betul.
NO. KOD ETN 3033/K 02/NK 02-03 Muka : 14 drp : 16

2.9 PANDUAN PENYELENGGARAAN


Pegawai Aset adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan langkah-
langkah berikut:-

(a) Menyediakan Senarai Aset Yang Memerlukan Penyelenggaraan


(i) Aset yang memerlukan penyelenggaraan perlu dikenal pasti dan
direkodkan dalam borang Penyelenggaraan Aset Alih; dan
(ii) Mengenalpasti dan menyenaraikan harta yang perlu dibuat
penyelenggaraan secara berkala sebaik sahaja tamat tempoh
jaminan.

(b) Merancang Penyelenggaraan


Setelah aset yang memerlukan penyelenggaraan disenaraikan, satu
program penyelenggaraan hendaklah dirancang dan disediakan.

(a) Melaksanakan Program Penyelenggaraan

(i) Penyelenggaraan hendaklah dilaksanakan mengikut jadual yang


telah ditetapkan melainkan sesuatu aset itu memerlukan
penyelenggaraan segera;
(ii) Kaedah perolehan bagi kerja-kerja penyelenggaraan mestilah
mengikut kepada peraturan perolehan sedia ada berdasarkan
kepada nilai perolehan tersebut;
(iii) Setelah mendapat kelulusan, dokumen perjanjian yang sah perlu
disediakan. Perjanjian yang sah bermaksud semua surat-surat atau
dokumen perjanjian perlu ditandatangani di antara pihak berkuasa
universiti dan pihak yang dilantik untuk memberi perkhidmatan serta
dimatikan setem sebagaimana ditetapkan dalam pekeliling yang
berkuatkuasa; dan
(v) Bagi tujuan bayaran, laporan penyelenggaraan (service /
maintenance report / work order) dari FAMS perlu dikemukakan
bersama-sama inbois dari pihak pembekal dan disahkan oleh staf
bertanggungjawab yang memantau kerja-kerja tersebut. Sekiranya
laporan penyelenggaraan tidak dikemukakan, maka Pejabat
Bendahari akan menolak tuntutan bayaran yang dikemukakan.
NO. KOD ETN 3033/K 02/NK 02-03 Muka : 15 drp : 16

(b) Merekodkan Penyelenggaraan


Setiap penyelenggaraan yang dilaksanakan hendaklah direkodkan
dalam FAMS dengan format Daftar Penyelenggaraan Harta Modal
bagi menunjukkan latarbelakang penyelenggaraan yang telah dibuat
dan pergerakan harta.
(c) Menilai Program Penyelenggaraan
Penilaian hendaklah dibuat ke atas program penyelenggaraan bagi
tujuan berikut:-
(i) Menentukan matlamat program penyelenggaraan tercapai;

(ii) Memastikan penyelenggaraan yang dijalankan berkualiti,


bersesuaian dan munasabah dari segi kos dan masa;

(iii) Mengenal pasti penyelenggaraan yang seterusnya; dan

(iv) Membantu pihak pengurusan membuat keputusan tindakan yang


sesuai ke atas aset berkenaan.

(f) Menyelia dan memantau penyelenggaraan oleh pihak swasta


Pejabat / Fakulti :
Jabatan / Bahagian:

Jenis /
Bil. No. Barkod Lokasi Aset Catatan
No. Aset Jenama/Model

Jadual 5: Contoh Borang Penyelenggaraan


NO. KOD ETN 3033/K 02/NK 02-03 Muka : 16 drp : 16

SOALAN/QUESTION :
Jawab soalan dibawah.

1. Terangkan secara ringkas maksud litar pintas dalam konteks perkakas


elektronik
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

2. Nyatakan langkah keselamatan dalam kerja mengesan kerosakan.


_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

RUJUKAN/REFERENCE :
1. STEPHEN S. HEINEMAN. MACHINE TOOLS PROCESS AND
APPLICATION.

You might also like