You are on page 1of 19

PENGUJIAN

KOMPONEN
ELEKTRIK
DISEDIAKAN OLEH : UMMINATUSSALEHAH BINTI ABD LATIF
MENGDIAGNOSIS SISTEM
ELEKTRIKAL
• Komponen-komponen elektrikal unit penyejukan dan penyamanan udara
adalah seperti berikut :
1) MOTOR KIPAS
2) MOTOR PEMAMPAT
3) SUIS PILIHAN
4) PELINDUNG BEBAN LAMPU
5) TERMOSTAT
1) MOTOR KIPAS
Langkah 1
• Melaraskan pelaras meter pelbagai pada julat
Rintangan (Ohm).
Langkah 2
• Melaraskan jarum penunjuk meter pelbagai kepada
kedudukkan sifar.
Langkah 3
• Menanggalkan pendawaian motor kipas.
Langkah 4
• Menandakan setiap kabel motor kipas
• Contoh : Tandakan setiap kabel dengan pita penopengan
dan tuliskan angka 1, 2, 3 dan 4.
Langkah 5
• Mengukur rintangan belitan motor kipas dengan menyentuhkan probe meter pelbagai antara
setiap hujung kabel motor kipas mengikut urutan dan mencatatkan bacaan rintangan itu dalam
jadual berikut;
KABEL KABEL KABEL KABEL JUMLAH
215 Ω
KABEL 80 Ω 75 Ω 60 Ω

KABEL 80 Ω 90 Ω 120 Ω 290 Ω

KABEL 75 Ω 90 Ω 100 Ω 265 Ω

KABEL 60 Ω 120 Ω 100 Ω 280 Ω

• Keputusan ujian : Menentukan Punca Motor Kipas


• Berpandukan data dari Jadual 1;

Kabel Merah : Punca Aux. (jumlah rintangan paling tinggi, 290 Ω)


Kabel Biru : Punca Com. (jumlah rintangan kedua tinggi, 280 Ω)
Kabel Kuning : Punca Lo.Fan (jumlah rintangan kedua rendah 265 Ω)
Kabel Oren : Punca Hi.Fan (jumlah rintangan paling rendah 215 Ω)
Langkah 6
a) Menguji Penebatan Belitan Motor Kipas
• Sentuhkan probe merah meter Megger ke salah satu punca motor kipas dan probe hitam ke
punca bumi motor kipas itu.
• Putarkan pemutar meter Megger dengan kelajuan yang telah ditetapkan pengeluar. Ulang
langkah pengujian pada punca-punca motor kipas yang lain.

b) Hasil Ujian
• Jika jarum penunjuk meter menunjukkan bacaan antara 500 MΩ dan infiniti, bermakna
penebatan belitan motor kipas dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

• Jika jarum penunjuk meter menunjukkan bacaan antara 50 MΩ dan 0 Ω bermakna penebatan
belitan motor kipas telah bocor dan berlaku masalah terpintas. Motor kipas tidak boleh
digunakan.
2) MOTOR PEMAMPAT
Langkah 1
• Melaraskan pelaras meter pelbagai pada julat
Rintangan (Ohm).
Langkah 2
• Melaraskan jarum penunjuk meter pelbagai kepada
kedudukkan sifar.
Langkah 3
• Menanggalkan pendawaian motor pemampat .
Langkah 4
• Menandakan setiap kabel motor pemampat.
• Contoh : Tandakan setiap kabel dengan pita
penopengan dan tuliskan angka 1, 2, dan 3.
Langkah 5
• Mengukur rintangan belitan motor pemampat dengan menyentuhkan probe meter pelbagai
antara setiap punca motor pemampat itu mengikut urutan dan mencatatkan bacaan rintangan
itu dalam Jadual 1.

PUNCA 1 PUNCA 2 PUNCA 3

PUNCA 1 8Ω 4Ω

PUNCA 2 8Ω 12 Ω

PUNCA 3 4Ω 12 Ω
Keputusan ujian :
• Berpandukan data dari Jadual 2;
(a) Menentukan Punca Motor Pemampat
No.1 : Punca Sepunya, C
No.2 : Punca Permulaan, S
No.3 : Punca Larian, R

(b) Menentukan Kedudukan Belitan Motor Pemampat


 Belitan Permulaan (S)
Punca No.1 dan Punca No. 2 (jumlah Rintangan kedua tinggi, 8 Ω).
 Belitan Larian (R)
Punca No.1 dan Punca No. 3 (jumlah Rintangan paling rendah, 4 Ω).
Langkah 6
Menguji Penebatan Belitan Motor Pemampat
• Sentuhkan probe merah meter Megger ke salah satu punca motor pemampat dan probe hitam
ke punca bumi motor pemampat itu.
• Putarkan pemutar meter Megger dengan kelajuan yang telah ditetapkan pengeluar. Ulang
langkah pengujian pada punca-punca motor pemampat yang lain,

Hasil Ujian
• Jika jarum penunjuk meter menunjukkan bacaan antara 500 MΩ dan infiniti bermakna
penebatan belitan motor pemampat dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.
• Jika jarum penunjuk meter menunjukkan bacaan antara 50 MΩ dan 0 Ω bermakna penebatan
belitan motor pemampat telah bocor dan berlaku masalah terpintas. Motor pemampat tidak
boleh digunakan.
3) SUIS PILIHAN
Langkah 1
Melaraskan pelaras meter pelbagai pada julat Rintangan (Ohm).

Langkah 2
Melaraskan jarum penunjuk meter pelbagai kepada kedudukkan
sifar.

Langkah 3
• Melaraskan kedudukan larasan suis pilihan pada kedudukan Lo
Fan.
• Menyentuhkan probe merah pada punca M suis dan probe hitam
pada punca Lo Fan, Hi. Fan dan punca pemampat, P. Keputusan
ujian bagi suis Lo. Fan yang baik adalah seperti berikut;

M – 1 : Punca M dan punca Lo Fan - Ada keterusan


M – 2 : Punca M dan punca Hi Fan - Tiada keterusan
M – 3 : Punca M dan punca P, pemampat - Tiada keterusan
Langkah 4
• Melaraskan kedudukan larasan suis pada
kedudukan Hi Fan.
• Menyentuhkan probe merah pada punca M dan
probe hitam pada punca Hi Fan, Lo. Fan dan punca
motor pemampat, P.
• Keputusan ujian bagi suis Hi Fan yang baik adalah
seperti berikut;

• M – 1 : Punca M dan punca Hi. Fan - Ada keterusan

• M – 2 : Punca M dan punca Lo. Fan - Tiada keterusan

• M – 3 : Punca M dan punca P, pemampat - Tiada keterusan


Langkah 5
• Melaraskan kedudukan larasan suis pada
kedudukan Lo Cool.
• Menyentuhkan probe merah pada punca P
dan probe hitam pada punca Lo Fan dan
Hi. Fan.
• Keputusan ujian bagi suis Lo Cool yang
baik adalah seperti berikut :
Langkah 6
• Melaraskan kedudukan larasan suis pada kedudukan Hi Cool.
• Menyentuhkan probe merah pada punca P dan probe hitam
pada punca Hi. Fan dan Lo. Fan.
• Keputusan ujian bagi suis Lo Cool yang baik adalah seperti
berikut;
4) PELINDUNG BEBAN LAMPU
Langkah 1
• Melaraskan pelaras meter pelbagai pada julat Rintangan
(Ohm).

Langkah 2
• Melaraskan jarum penunjuk meter pelbagai kepada
kedudukkan sifar.

Langkah 3(a)
• Menyentuhkan probe meter pelbagai pada kedua-dua
punca pelindung beban lampau.
• Jika jarum penunjuk menunjukkan ada keterusan
bermakna pelindung beban lampau dalam keadaan baik.
Langkah 3(b)
• Menyentuhkan probe meter pelbagai pada kedua-
dua punca pelindung beban lampau.
• Jika jarum penunjuk menunjukkan tiada keterusan
bermakna pelindung beban lampau telah rosak.
5) TERMOSTAT
Langkah 1
• Melaraskan pelaras meter pelbagai pada julat
Rintangan (Ohm).

Langkah 2
• Melaraskan jarum penunjuk meter pelbagai kepada
kedudukkan sifar.

Langkah 3(a)
• Laraskan pelaras termostat pada kedudukkan ON.
• Sentuhkan probe meter pelbagai pada kedua-dua
punca termostat bagi menguji keterusannya.
• Jika ada keterusan bermakna sesentuh termostat
boleh menutup pada kedudukan ON.
Langkah 3(b)
• Melaraskan pelaras termostat pada kedudukkan OFF.
• Menyentuhkan probe meter pelbagai pada kedua-dua punca
termostat bagi menguji keterusannya.
• Jika tiada keterusan bermakna sesentuh termostat boleh
membuka pada kedudukan OFF.

You might also like