You are on page 1of 23

1

PENYELENGGARAAN
DEA 2323

P E N C E G A H A N PA D A B E B A N
MESIN
• NURUL SAKINAH BINTI ZAHIR
• SEMESTER 2 / 1DVM DEA
• K201GETE027
2

DEFINISI PENYELENGGARAAN
DEA 2323

Penyelenggaraan adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk


memulihara, menjaga, mengendali dan mengawalselia
bangunan, kemudahan, kelengkapan, perkhidmatan(services)
bangunan dan persekitarannya bagi memenuhi piawaian
semasa, mempertahankan utiliti dan nilai fasiliti kemudahan
serta selamat digunakan.
TUJUAN PENYELENGGARAAN
3

• Selamat dan boleh digunakan (dari segi ketahanan dan kesihatan)


• Mematuhi segala kehendak undang-undang berkanun (statutory requirement)
yang ditetapkan (diwartakan) oleh badan kerajaan (Akta 447 Bekalan Elektrik,
Akta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Bomba
DEA 2323

Suruhanjaya Tenaga dan sebagainya)


• Mendapatkan ketahanan maksima sejajar dengan perbelanjaan
• Mencapai tahap bolehguna yang diterima
• Mencegah kerosakan berterusan sehingga sukar diperbaiki (beyond economic
repair) dan dengan ini menjimatkan perbelanjaan
• Mendapatkan nilai pasaran maksima bagi projek baru, bangunan serta
kelengkapan dan servis
• Mengekalkan kecantikan dan keselesaan
JENIS PENYELENGGARAAN
4

Penyelenggaraan mencegah kerosakan Penyelenggaraan membaiki kerosakan


(Preventive Maintenance) (Breakdown Maintenance)

• Kerja penyelenggaraan yang • Kerja penyelenggaraan yang


DEA 2323

dilaksanakan mengikut program atau dilaksanakan berdasarkan laporan


pelan perancangan yang ditetapkan kerosakan pelanggan atau kerosakan
berdasarkan polisi penyelenggaraan, yang akan ditemui semasa pemeriksaan
tempoh hayat premis dan berkala atau dengan kata lain kerja
pemeriksaan berkala penyelenggaraan selepas berlaku
kerosakan.
KATEGORI KEROSAKAN
5

BIASA (NORMAL)
• Kerosakan lain yang tidak menjejaskan perkhidmatan atau menyebabkan ketidakselesaan yang
minimum kepada pengguna.
DEA 2323

SEGERA (URGENT)
• Kerosakan yang melibatkan keselamatan pengguna dan harta benda serta boleh menjejaskan
perkhidmatan dan keselamatan kepada kumpulan pengguna (misalnya kunci rosak, penyaman udara
tidak berfungsi atau paip buangan tersumbat).

CEMAS (EMERGENCY)
• Kerosakan atas perhubungan atau perkhidmatan penting(terputus atau terganggu) yang menyulitkan
kehidupan pengguna atau boleh menjejaskan perkhidmatan mahupun keselamatan pengguna (misalnya
gas bocor, paip air pecah, bekalan elektrik terputus dan pintu keselamatan rosak).
OPERASI PENYELENGGARAAN
6

Pembersihan /
Pembaikan
Servis Pencucian
(Repair,
(Servicing) bangunan
Rectification)
(Routine cleansing)
DEA 2323

Penggantian Penyambungan Pengubahsuaian


(Replacement) (Extension) (Renovation)

Naiktaraf
(Upgrading)
7

LANGKAH-LANGKAH
DEA 2323

PENYELENGGARAAN MOTOR
ELEKTRIK
KEROSAKAN MOTOR ELEKTRIK BOLEH DIKESAN
8

APABILA WUJUDNYA KEADAAN-KEADAAN INI:


Motor tidak dapat dihidupkan
DEA 2323

Bunyi bising dan gegaran yang kuat

Motor menjadi panas apabila beroperasi dan berkemungkinan akan


berasap

Pemutus litar akan terpelantik atau fius terputus sebaik sahaja motor
dihidupkan

Motor tidak mencapai kadar kelajuan yang ditetapkan

Bagi motor AU, terdapat arka-arka pada berus karbon


TERDAPAT BEBERAPA FAKTOR BAGI MENJALANKAN
9

KERJA PENYENGGARAAN BIASA PADA MOTOR

Tujuan keselamatan
DEA 2323

Memastikan motor tersebut dapat dikendalikan dengan cekap

Mengelakkan kerosakan yang musykil, agar dapat mengurangkan kos


perbelanjaan membaikinya
TERDAPAT BEBERAPA FAKTOR BAGI MENJALANKAN
10

KERJA PENYENGGARAAN BIASA PADA MOTOR


DEA 2323

Keadaan tempat dimana


Tempoh motor
motor tersebut
dikendalikan
dikendalikan
SEMASA MELAKUKAN PENYENGGARAAN BIASA, PEMERIKSAAN 11

PENGLIHATAN (VISUAL INSPECTION)PERLU DILAKUKAN DAHULU


SEBELUM MENGHENTIKAN MOTOR. ANTARA PERKARA YANG HARUS
DIPERHATIKAN SEMASA PEMERIKSAAN PENGLIHATAN ADALAH:

• Bunyi bising pada motor tersebut


DEA 2323

• Menentukan tiada gegaran dan memastikan aci(shaft) berputar dengan betul


• Arka-arka dan bunga api di komutator tersebut
• Pelurusan mesti dijalankan jika aci tidak berputar dengan betul
• Keseimbangan pada rotor dibuat jika terdapat gegaran pada motor tersebut
• Menukarkan alas(bearing) jika motor berbunyi bising. Betulkan kipas motor
jika ia terkena badan motor
SEMASA MELAKUKAN PENYENGGARAAN BIASA, PEMERIKSAAN 12

PENGLIHATAN (VISUAL INSPECTION)PERLU DILAKUKAN DAHULU


SEBELUM MENGHENTIKAN MOTOR. ANTARA PERKARA YANG HARUS
DIPERHATIKAN SEMASA PEMERIKSAAN PENGLIHATAN ADALAH:

• Bunyi bising pada motor tersebut


DEA 2323

• Menentukan tiada gegaran dan memastikan aci(shaft) berputar dengan betul


• Arka-arka dan bunga api di komutator tersebut
• Pelurusan mesti dijalankan jika aci tidak berputar dengan betul
• Keseimbangan pada rotor dibuat jika terdapat gegaran pada motor tersebut
• Menukarkan alas(bearing) jika motor berbunyi bising. Betulkan kipas motor
jika ia terkena badan motor
13

• Arka-arka dan bunga api di komutator boleh dielakkan dengan cara:


I. Membersihkan komutator
DEA 2323

II. Meratakan komutator


III. Membersihkan alur-alur komutator
IV. Menentukan berus-berus karbon cukup panjang di komutator atau gelung arus
V. Berus-berus karbon mesti bergerak dengan bebas di komutator atau gelung arus
VI. Berus-berus karbon mesti dalam kedudukan neutral di komutator
SELEPAS PEMERIKSAAN TELAH DIJALANKAN, MATIKAN 14
MOTOR TERSEBUT DAN KELUARKAN FIUS UNTUK
KESELAMATAN. KEMUDIAN, LAKUKAN PEMERIKSAAN
PENYENGGARAAN BIASA YANG LAIN.
o Tentukan tiada minyak pelinciran dan gris yang berlebihan pada motor lilitan-lilitan mesti bebas
dari gris dan minyak. Membersihkan kekotoran lilitan dengan armaclean, paraffin atau Karbon
Tach.
DEA 2323

o Selepas lilitan dibersihkan, keringkan dengan kepanasan.


o Bagaimanapun, alas-alas dan semua grease nipple mesti dimasukkan dengan gris baru.
o Bersihkan segala habuk dan kekotoran yang ada pada motor.
o Bersihkan ruang-ruang udara dan tentukan ia tidak sumbat udara untuk memastikan peredaran
yang baik.
o Bolt dan nat mesti diketatkan.
o Skru atau bolt dan nat mesti bagi punca pengalir mesti diketatkan supaya tiada litar buka, susutan
voltan atau bunga api.
o Pelurusan kapelling(coupling) hendaklah diperiksa dengan tolok perasa.
o Suis empar(Centrifungal Switch) diperiksa supaya sesentuhnya akan buka semasa dalam kendalian
bagi motor-motor fasa tunggal(capasitor start).
15
o Badan motor(frame) diperiksa supaya tiada kerosakan mekanikal terutama pelit nama(keselamatan).
o Motor hendaklah dihindarkan dari berkarat dan dicat jika perlu.
o Penghidup motor dan gear kawalan dibersihkan dan diperiksa untuk kendalian yang baik serta
sesentuh-sesentuh dibersihkan.
o Geganti haba diperiksa untuk kendaliannya semasa beban lampau. Pelarasan kadaran arusnya juga
ditentukan.
DEA 2323

o Litar atau punat ‘ON’ dan ‘OFF’ bagi kawalan jauh juga diperiksa termasuk kaitpunca litar tersebut.
o Periksa sambungan atau keterusan bumi dan tentukan keadaan baik terutama apabila konduit mudah
lentur digunakan.
o Lakukan ujian rintangan secara keseluruhan penebatan dan tentukan bacaannya tidak kurang
daripada 1 Mega Ohm.
o Kelembapan mungkin menyebabkan rintangan penebatannya rendah dan ia boleh dibaiki dengan
menutup ruang udara apabila motor dalam kendalian. Suhunya mesti diperhatikan supaya tidak
berlebihan.
o Letakkan semula fius dan kendalikan motor tersebut.
o Selepas siap penyenggaraan, satu rekod disimpan untuk dijadikan catatan. Tarikh dan jenis
senggaraan yang dilakukan hendaklah dicatatkan.
16
DEA 2323

JENIS-JENIS SENGGARAAN
PENYENGGARAAN PENCEGAHAN
17

• Kebanyakan peralatan elektrik memerlukan pemeriksaan dan senggaraan yang


yang terancang bagi menjamin peralatan tersebut bekerja di dalam keadaan baik
dan sempurna. Tempoh masa pemeriksaan bergantung kepada peralatan dan
keupayaannya. Kakitangan senggaraan mestilah peka dengan menggunakan
DEA 2323

seluruh pancainderanya untuk menilai atau mencari kerosakan yang berlaku


seperti:
i. Hidung boleh membau penebat(insulation) yang terbakar.
ii. Tangan boleh merasa bahagian yang panas disebabkan oleh pemanasan pada belitan atau
alas.
iii. Telinga boleh mendengar getaran atau kelajuan lampau pada motor berkenaan.
iv. Mata atau penglihatan boleh mengetahui bahagian yang berlaku arka atau bahagian-
bahagian mekanikal yang mengalami kerosakan. Dengan pancaindera, ini banyak
membantu pelbagai ujian dan peraturan bagi tujuan pemastian. Dengan pemahaman tentang
prinsip elektrik dan ujian kecekapan peralatan berkenaan adalah penting untuk dikenalpasti.
PEMERIKSAAN BERTEMPOH 18

(PERIOD INSPECTION)
o Program senggaraan bertujuan menghalang daripada berlakunya kerosakan pada peralatan
berkenaan daripada membaikinya. Pemeriksaan bertempoh yang sistematik adalah diperlukan
untuk mendapatkan keputusan yang memuaskan. Di dalam program senggaraan yang baik,
DEA 2323

pemeriksaan yang tepat adalah diperlukan. Orang yang bertanggungjawab perlu menyimpan
keputusan pemeriksaan bagi setiap motor di dalam industry berkenaan bagi tujuan
penganalisaan pada masa akan datang. Pemeriksaan dan servis mestilah secara sistematik.
Kekerapan pemeriksaan dan darjah penggunaan atau ketahanan berubah-ubah dan perlu
dianalisa oleh jurutera senggaraan. Penganalisaan itu mestilah bergantung kepada beberapa
perkara iaitu:
i. Kepentingan motor tersebut berdasarkan kepada skim pengeluaran, dimana apabila motor
tersebut gagal beroperasi, pemberhentian pengeluaran yang serius dilakukan .
ii. Peraturan motor untuk untuk beroperasi berdasarkan kepada proses pengeluaran
iii. Keadaan servis yang dilakukan
iv. Persekitaran dimana motor tersebut digunakan
19

PENYENGGARAAN SETIAP MINGGU


Pemeriksaan komutator dan berus.
DEA 2323

Paras minyak pada bearing.

Oil ring yang berfungsi dengan aci.

Pemeriksaan keatas litar kawalan seperti fius suis dan sebagainya.

Sama ada bahagian aci yang terdedah tidak terdapat minyak atau gris.

Pastikan motor tersebut mencapai kelajuan pada masa yang sama.


PENYENGGARAAN SETIAP ENAM BULAN 20

Periksa berus dan tukar jika perlu.

Periksa tekanan pada berus dan posisinya.


DEA 2323

Periksa komutator “clamping ring”

Buang bersihkan dan tukar minyak di dalam alas sleeve.

Bersihkan motor dengan membuang kekotoran yang terdapat pada


belitan, komutator dan berus.

Periksa pemegang berus, bersihkan jika kotor dan pastikan berus


tersebut mempunyai sedikit ruang di dalam pemegangnya untuk
bergerak.
21
Periksa kelajuan operasi motor berkenaan

Periksa penyambungan pada motor dan kawalannya

Periksa arus, masukkan dan bandingkan dengan yang asal


DEA 2323

Periksa motor “foot bolt”, pelindung akhir, pulley dan sebagainya

Pastikan aci berkenaan normal dan berkedudukan teguh pada


tempatnya

Pastikan semua alat perlindungan(cover) dipasang pada tempat


asalnya

Ujian keatas motor beroperasi sama ada ia beroperasi secara lancar


atau terdapat gegaran
PENYENGGARAAN SETAHUN SEKALI 22

Bersihkan gris dan tukarkan yang baru pada alas bebola

Ujian penebatan
DEA 2323

Pemeriksaan ruang udara

Bersihkan kekotoran magnetik yang terdapat pada kutub

Pemeriksaan kelegaan antara aci dan kotak jurnal

Bersihkan komutator dan pastikan ia berkeadaan licin

Ujian penyambungan komutator dan gelung armature

Pemeriksaan “armature band”


23

THANK YOU
DEA 2323

• PENYELENGGARAAN PADA BEBAN MESIN

NURUL SAKINAH BINTI


ZAHIR

+60 (17) 506‐4807

Sakinah.zahir@gmail.com

You might also like