You are on page 1of 18

PENGENALAN

Papan suis utama (PSU) adalah satu komponen atau


perkakas pemasangan elektrik yang mula - mula sekali
menerima bekalan elektrik sebelum ianya diagih-agihkan
kebahagian bahagian lain beban atau bangunan. la juga merupaka
n pusat kawalan kepada
keseluruhan pemasangan. Didalam PSU inilah
terdapatnya perkakas suis untuk tujuan kawalan dan perlindungan
. Bekalan masuk utama yang
bolehdikawal dan perlindungan utama untuk melindungi
keseluruhan pemasangan ditempatkan disini. Peranan, saiz fizikal
dan fungsi PSU adalah bergantung kepada keupayaan
membawa arus bagi menentukan kegunaan PSU itu
sendiri serta apakah yang hendak dikawalnya. Ada
sesetengah PSU hanya mengawal beban elektrik yang
tertentu sahaja misalnya motor-motor elektrik.

1
OBJEKTIF KAJIAN

Dengan tugasan ini, saya dapat mengetahui dengan lebih


mendalam mengenai sumber yang tepat dan betul berdasarkan
kajian yang telah saya lakukan.
Selain itu, melalui pengetahuan yang telah saya kumpul semasa
tugasan ini sedikit sebanyak akan memberi ruang kepada saya
untuk lebih memahami tentang proses senggaraan ACB (Air Circuit
Breaker), melaksanakan pemeriksaan dan pengujian pada ACB,
dan mengenal pasti kerosakan pada ACB. Hal ini secara tidak
lansung dapat menambah ilmu pengetahuan berkenaan ACB (Air
Circuit Breaker).
Pelaksanaan tugasan ini juga bertujuan untuk mendidik dan
membimbing pelajar bagi melaksana kajian melalui proses yang
betul serta sistematik mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan. semasa proses mencari sumber yang betul bertepatan
dengan kaedah sejarah serta semasa merekodkan hasil kajian
dengan cara yang tepat

2
PERBINCANGAN

1. FUNGSI DAN TUGAS PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN


RENDAH

FUNGSI PAPAN SUIS UTAMA


A. Menerima bekalan
B. Mengagih bekalan
C. Mengawal bekalan
D. Memberi perlindungan

Tugas papan suis utama


 Papan suis utama merupakan satu rangkuman perkakas elektrik
yang digunakan untuk pensuisan perlindungan dan pengkuran
untuk keseluhuran beban agihan dipasang pada punca masuk
bekalan utama.saiz psu adalah bergantung kepada sejumlah
pemasangan alat pengkuran ,alat perlindungan dan jenis beban
di bawah kawalannya.

2. JENIS JENIS PAPAN SUIS UTAMA

PADA UMUMNYA TERDAPAT TIGA JENIS PAPAN SUIS UTAMA


YANG BIASA DIGUNAKAN IAITU:

A. Jenis wall maunted (melekat di dinding)-untuk pemasangan


yang kecil sehingga 100Amp kebawah.
B. Jenis pedestal -untuk pemasangan yang sederhana keupayaan
100amp hingga 400 amp (mempunyai kaki)

3
C. Jenis cubicle -untuk pemasangan -pemasangan besar
keupayaan 600 amp hingga 3000 amp.
3. KLAS PAPAN SUIS UTAMA

Terdapat tiga jenis klas papan suis utama:

A. Tiada pemisah -tiada dinding pemisah di antara bahagian -


bahagian dalam psu.
B. Sebahagian pemisah -sebahagian sahaja dipisahkan daripada
yang lain .
C. Sepenuhnya pemisah -semua bahagian diasingkan dari yang
lain.

Jenis mana yang kita mahukan bergantung kepada


keperluan,kesesuaian,tahap keselamatan dan harga yang perlu kita
bayar.jenis yang paling baik dan mahal ialah setiap kompartment
dalam psu diasingkan dengan dinding logam supaya apabila
berlaku percikan api elektrik bahagian lain tidak terlibat .

4. KEPERLUAN BILIK PAPAN SUIS UTAMA

Keperluan yang perlu ada di dalam bilik psu adalah bilik suis
hendaklah sentiasa menerima pengedaran udara yang baik .Selain
itu,semua pintu dan lubang udara dipasang dengan anti vermin
proof netting. Seterusnya mempunyai ruang kosong berkururan
menima 2.5 kaki di bahagian belakang dan menima 4.5 kaki di
bahagian hadapan .

4
Di samping itu haruslah dilenkapkan dengan alat pemadam api jenis
gas yang dibenarkan seperti co2 .Akhir sekali rajah skematik dan
tikar getah dengan sais yang sesuai (5mm x 3 kaki x saiz panel
suisbod )hendaklak dipaparkan di dalam bilik psu.

5. PERATURAN BERKAITAN PEMASANGAN PAPAN SUIS


UTAMA

 ORANG KOMPETEN
I. PERATURAN 111(M/S 180)-
Tiada seorang pun kecuali orang kompeten atau yang bertindak
dibawah kawalan orang kompeten ,boleh mengusahakan untuk
menjalankan apa -apa kerja pembaikan ,penggantian ,penservisan
atau pembersihan apa -apa kelengkapan .

II. PERATURAN 112(5)(M/S181)


Tiada orang kompeten atau orang dibawah kawalan orang
kompeten boleh menhidupkan semula mana -mana suis sehingga
dia pasti bahawa semua orang sudah tiada pada litar berkenaan
dan telah diberi amaran bahawa litar itu akan dihidupkan .

 ARAHAN BERTULIS
III. PERATURAN 113 (M/S181)-Tiada kerja atau pengendalian
dibawah kawalan orang kompeten boleh dimulakan sehingga
ARAHAN BERTULIS telah dikeluarkan oleh orang kompeten itu
kepada orang dibawah kawalanya.

5
6. KOMPENEN-KOMPENENBERKAITAN PAPAN SUIS UTAMA

A. PENGASING(ISOLATOR)
Pengasing digunakan hanya untuk pengasingan tempatan
sahaja .Ianya tidak digunakan untuk mengawal kabel.Pengasing
adalah berlainan daripada suis dimana ianya dikehendaki di ‘off’
apabila litar berkenaan tiada membawa arus .tujuannya bagi
mempastikan yang bekalan tidak boleh dipulihkan sekiranya suis
kawalan di ‘on’yang boleh mendatangkan bahaya jikalau pada
ketika itu pengendali tidak menyangka litar -litar dihidup semula
atau pun pada ketika itu penyelenggaraan mekanikal sedang
dibuat.

6
B. PALANG BUS (BUSBAR)
Merupakan kepingan pengalir yang diperbuat dari campuran
tembaga serta bersalut.Selain itu digunakan untuk mengalir dan
mengagihkan bekalan daripada pemutus litar yang lain.Seterusnya
ketumpatan arus mestiah tidak melebihi 1.5A/sq.mm

7
C. SESENTUH TUKAR ALIH : (CHANGE OVER CONTACTOR)
Sesentuh tukar alih secara asasnya adalah sejenis
pengasing .Mengandungi dua set sesentuh tetapi dalam satu-
satu masa hanya satu sahaja boleh ditutup .setiap sesentuh
menerima bekalan dari punca yang berlainan.

8
D. PEMUTUS LITAR UDARA (ACB)

Sekiranya pemutus litar udara digunakan bersendirian tidak boleh


memberi apa-apa perlindungan kerana pemutus litar akan berfunsi
sebagai pengasing sahaja .Ia hendakalah dilenkapkan dengan
geganti beban lampau (o/c) dan geganti kerosakan bumi(E/F)dan
dibantu oleh alatubah arus(current transfomer(C.t).

9
E. JANGKA AMP(AMP METER)

 Mengukur pengunaan arus di psu


 Untuk arus yang besar c.t akan digunakan bagi menukar nilai
arus
 Kalau palang busbar bersaiz 500A maka alatubah arus 500/A
perlu digunakan
 Suis pemilih (A/S/S) digunakan bagi mengurangkan
pengunaan meter

10
F. BUS TIE/COUPLER

 Alat ini merupakan sebuah pengasing yang boleh


menghubungkan dua kumpulan palang bas yang
berasingan .Satu kumpulan palang bas mengawal sebahagian
beban manakala yang satu lagi mengawal sekumpulan beban
yang lain pula .saiz palang bas bas kedua dua kumpulan
tersebut hendaklah sama .

11
G. JANGKA VOLTAN (VOLT METER)

 Bersambung terus pada busbar melalui suis pemilih(V/S/S)


 Fius yang digunakan berkadar 6A bagi mengawal arus yang
masuk pada meter
 Memberi bacaan sehingga 500V
 Lampu penunjuk fasa (merah,kuning dan biru)dipasang selari
dengan meter voltan.

H. METER FAKTOR KUASA (POWER FACTOR METER)

 Menunjukan f.k untuk beban semasa


 Biasanya penyambungan dibuat satu fasa diambil pada arus
dan dua fasa lagi diambil dari voltan

12
I. LAMPU PENUNJUK (INDICATOR LAMP)

 Pemasangan lampu penunjuk digunakan untuk memudahakn


bagi mengetahui terdapatnya bekalan bagi setiap fasa .ia
biasanya disambung bersama fius kawalan /mcb dan volt
Meter.

J. SESENTUH (CONTACTOR)

 Sesentuh atau contactor terdiri daripada banyak jenis .ianya


selalu digunakan bersaa-sama dengan alat-alat seperti suis
masa (time switch),kapasitor bank ,motor -motor dan lain -lain
peralatan memandangkan sesentuh mempunyai keupayaan
memutus baban tersambung .

13
 Sesentuh mempunyai relay coil yang membuka dan menutup
suis. Ianya boleh didapati dalam perbagai -bagai sukatan arus
bergantung kepada peralatan yang digunakan.

K. ALAT UBAH ARUS(CURRENT TRANSFOMER)

 Alat ubah (current transfomer ) digunakan di dalam sesuatu


pemasangan adalah bagi mengelakan penempatan
ammeter ,faktor kuasa meter dan gegant terus kepada talian .

L. SUIS FIUS(LOW CURRENT)

 Suis fius adalah sesuatu tunggal terdiri daripada pengasing


bersiri dengan fius HRC .ianya tidak terasing dari litar apabila

14
suis di OFF kan,ia berbentuk SP&N dan TP &N dengan ukuran
piawai 15, A 20,A,30 A,45 A dan 60A.

M. FIUS SUIS (HIGH CURRENT)

 Fius suis merupakan pengasing dan jugak sebagai alat


perlindungan di mana fius .HRC ditumpatkan di dalam
pengasing membentuk sebagai daripada jalan pengalir
pengasing .Apabila di OFF kan fius terpisah dan palang
basbar .Keutamaan digunakan bagi mengawal beban yang
berbentuk TP&N dengan ukuran piawai 60A.100A.160A.200A.
300A,400A.500A.600A.800A.dan 1200A.

15
KESIMPULAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah dapat menyelesaikan


tugasan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tugasan ini
sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya
mengenai papan suis utama. Saya juga telah banyak mempelajari
tentang cara melakukan penyelengaraan psu dan kompenen -
kompenen yang terdapat di dalam psu serta penyambungan kabel
bawah tanah ini mengikut jenis peyambungan yang berbeza -
beza .Selain itu saya berharap dengan melaksanakan tugasan ini

16
dapat lah saya mengunakan ilmu ini untuk membantu saya untuk
pada masa akan datang.

RUJUKAN /LAMPIRAN

1. LAMAN WEB
 http://cec.uthm.edu.my/v3/index.php/kursus-pendek?id=80
 https://www.slideshare.net/mohdezuanatok/buku-papan-suis-
utama
 https://www.scribd.com/document/325589361/Msb-MAIN-
SWITCH-BOARD-PAPAN-SUIS-UTAMA
 http://kelaspw4merbok.blogspot.com/2017/10/papan-suis-
utama-voltanrendah.html

2. BUKU
 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 PERATURAN-PERATURAN

17
ELEKTRIK 1994, MDC PUBLISHER SDN BHD AKTA 447,448

18

You might also like