You are on page 1of 32

Pengenalan

Secara umumnya, pemasangan pusat kawalan motor voltan rendah bergantung kepada
jumlah motor yang akan di sambungkan kepadanya. Ada yang bersaiz kecil,
sederhana dan besar mengikut keperluan semasa.

Pemasangan pusat kawalan motor voltan rendah adalah satu komponen atau perkakas
pemasangan elektrik yang mula-mula sekali menerima bekalan elektrik sebelum ianya
diagihkan ke bahagian-bahagian lain beban motor. Ia menjadi pusat kawalan kepada
keseluruhan motor tersebut.

Di dalam pusat kawalan ini terdapat perkakas suis untuk tujuan kawalan dan
perlindungan. Bekalan masuk utama daripada MCCB di papan suis utama, boleh di
kawal iaitu ON atau OFF di dalam pusat kawalan utama motor. Alat dan komponen
perlindungan utama yang mengawal dan melindungi keseluruhan pemasangan motor
ditempatkan di sini.

Peranan, saiz fizikal dan fungsi pusat kawalan motor adalah bergantung kepada
keupayaan membawa arus bagi mengawal beban elektrik seperti motor-motor elektrik.
Umumnya komponen - komponen yang terdapat dalam “low voltage motor centre”
ialah:

A) Contactor

B) Auxiliary contact

C) Current transformer

D) MCCB

E) MCB

F) Lamp indicator

G) Jangka volt

H) Jangka ampiar
1
Gambarajah pusat kawalan motor voltan rendah (MCC)

Gambarajah menunjukkan bahagian dalam pusat kawalan motor voltan rendah (MCC)
2

Jenis - Jenis Pusat Kawalan Motor Voltan Rendah

Open Type Switch Board

Switch Board Open Type mempunyai bahagian pembawa arus terdedah dibahagian
hadapannya. Oleh itu, ianya tidak digunakan bagi pemasangan voltan rendah. Cuma ia
tertumpu bagi pemasangan voltan lampau rendah. Namun begitu, ianya mestilah
dipasang di bilik suis khas atau tertutup dan hanya orang yang bertanggungjawab
sahaja boleh mengendalikan papan suis ini.

Ruang bahagian hadapan dan belakang papan suis juga lantai tidak mempunyai
sebarang halangan supaya mudah dikendalikan. Semua bahagian yang hendak
dikendalikan mestilah mudah dimasuki. Semua konduktor yang terdedah perlu
dilindungi untuk mengelakkan kemalangan litar pintas.

Protected Type Switch Board

Iaitu di mana semua konduktor dilindungi dengan logam atau penutup lain sama ada
dari metal cubical panel atau dari rangka besi yang dipasang dengan suis gear metal
clad. Lazimnya ia mengandungi suis utama, pemutus litar dan busbar atau fius untuk
mengawal litar keluar. Kadar fius atau pemutus litar diselaraskan untuk mengawal
kabel yang disambungkan. Jika kael sub main berkadar 100 amp, maka kadar alat
pelindung lebihan arus mestilah tidak melebihi 100 amp.

Setiap litar mestilah dilindungi dari kuasa berlebihan dengan menggunakan alat
pemutus litar yang sesuai atau pemutus litar automatik. Ia mestilah berkeupayaan
beban berlebihan pada litar automatik. Ia mestilah berkeupayaan beban berlebihan
pada litar dan boleh memutuskan litar berkenaan kerap kali tanpa bahaya apabila
berlaku litar pintas. Walaupun alat pelindung berkeupayaan memutuskan litar dengan
cepat semasa berlaku litar pintas, ianya mestilah mempunyai ciri - ciri keupayaan
supaya tidak berfungsi semasa berlakunya beban lebih sementara.

3
Jenis - Jenis Papan Suis Utama Voltan Rendah (MCC)
4
Komponen - Komponen yang terdapat pada Pusat Kawalan Motor Voltan
Rendah (MCC)

Gambarajah MCCB dan MCB yang dipasang pada papan suis utama voltan rendah

Pemutus Litar Bekas Beracuan (MCCB)

Pemutus litar bekas beracuan merupakan sebuah perkakas suis voltan rendah yang
padu. Ianya menyambungkan dan memutuskan sebuah litar dalam keadaan biasa dan
juga luar biasa. Ketika keadaan luar biasa, litar terputur secara automatik MCCB telah
digunakan secara meluas di dalam pepasangan moden terutamanya dalam pusat
kawalan motor voltan rendah di loji perindustrian bagi menggantikan fius suis atau
suis pisau ( fused knife switches ). Piawaian yang sesuai untuk MCCB ialah B.S 4752,
yang mengandungi kesemua keperluan teknikal yang khusus.

Pemutus Litar Kecil (MCB)

Pemutus litar kecil ialah sebuah alat mekanikal yang padu digunakan untuk
menyambung dan memutuskan sebuah litar dalam keadaan biasa dan juga luar biasa,
seperti ketika arus lampu dan litar pintas. Dalam keadaan luar biasa litar terputus
secara automatik. Ia dicipta bagi menggantikan penggunaan fius yang tidak melebihi
60A.

MCB ditentukan di dalam BS 3871 yang mengaitkan tentang pemutus litar yang
mempunyai bekas tertutup rapat bagi tujuan perlindungan mekanisma dan ciri-ciri
masa/arus yang tidak boleh diubah ubah. Ianya khusus untuk digunakan bagi
perlindungan pepasangan elektrik perusahan, perdagangan dan kediaman. Piawaian
ini disabit dengan pemutus litar yang mempunyai kadaran voltan hingga ke 415 volt.
Kadaran arus hingga ke 100 ampiar.

Gambarajah meter ampiar yang dipasang pada papan suis utama voltan rendah.

Meter Ampiar

Meter ampiar juga penting untuk mengetahui arus semasa yang mengalir di dalam
sesuatu pemasangan. Untuk arus yang tidak melebihi 60A ampiar boleh disambung
terus kepada pengalir utama yang membawa arus beban. Bagi arus yang melebihi 60A
pula meter ampiar tidak boleh disambung terus kerana ia akan merosakkan meter,
oleh itu alatubah arus dengan nisbah yang sesuai hendaklah digunakan. Lazimnya
arus sekunder alat ubah arus hendaklah 5A.
6
Gambarajah meter faktor kuasa pada papan suis utama voltan rendah

Meter Faktor Kuasa (Power Factor Meter)

Diperlukan untuk mengetahui faktor kuasa sesuatu pemasangan motor.

Gambarajah lampu penunjuk pada papan suis utama voltan rendah

Lampu - Lampu Penunjuk (Indicator Lamp)

Untuk megetahui terdapatnya bekalan masuk dan juga operasi motor sebenar.

Gambarajah meter voltan pada papan suis utama voltan rendah

Meter Voltan (Volt Meter)

Meter voltan juga penting bagi mengetahui voltan yang mengalir masuk ke dalam
pusat sistem kawalan motor dan mengalir ke beban-beban utama seperti motor tidak
melebihi voltan asal yang dibenarkan 415V voltan rendah.
7

Geganti Pilihan Tambahan

- ELR (Earth Leakage Relay)

Disambung bersama gegelung pirau( shunt trip ) bersama MCCB untuk memberi
perlindungan arus bocor ke bumi.

- UVR – Under Voltage Relay


Disambung kepada gegelung pirau ( shunt trip ) untuk mengesan kejatuhan voltan
bekalan yang boleh menyebabkan kerosakan motor.

- SPR – Single Phasing Relay

Disambung kepada gegelung pelantik untuk mengesan kegagalan mana-mana fasa


dalam System yang boleh menyebabkan kerosakan motor.

- SPD – Surge Protection Device


Melindungi motor dari arus pusuan yang disebabkan pengalir kilat.
9
Gambarajah Susunatur dan Skematik bagi sebuah MCC

Gambarajah susunatur bagi sebuah pusat kawalan motor voltan rendah (MCC).

Gambarajah pusat kawalan motor voltan rendah yang terdapat di industri.


10
Gambarajah skematik papan suis utama dan panel kapasitor bank.

Penerangan gambarajah;

Kapasitor bank selalunya terdiri daripada beberapa langkah. Setiap langkah selalunya
mempunyai kadaran yang sama dan dikawal pula oleh satu penyentuh dan fius atau
MCCB.

Operasi penyentuh pula dikawal oleh sebuah Power Factor Regulator. PFR ialah satu
alat elektronik yang berfungsi untuk menentukan bilangan langkah kapasitor yang
perlu disambungkan kepada pemasangan pada bila - bila masa. Beban induktif
sentiasa berubah - ubah, oleh itu faktor kuasa juga berubah - ubah.
11

Pengiraan beban penuh;

Gambarajah pengiraan beban penuh bagi pemasangan papan suis utama dan kapasitor
bank.
12

Pemasangan Pusat Kawalan Motor Voltan Rendah (MCC)

Binaan

Pusat kawalan motor voltan rendah terdiri dari binaan rangka utama yang akan
menyokong berat segala peralatan yang terdapat di dalamnya. Kekuatan rangka
hendaklah minima 10G berbentuk U-section channel. Rangka yang baik adalah dari
jenis dengan saiz yang sesuai supaya tidak mengurangkan kekuatan mekanikalnya. Di
bahagian luaran sekeilingnya ditutup dengan kepingan logam dan tebal tertentu ( tebal
minima 14G di bahagian belakang dan tepi ).

Lokasi

Pusat kawalan motor voltan rendah hendaklah ditempatkan di tempat yang


mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
A) Berhampiran dengan penempatan beban tinggi motor bagi mengurangkan
perbelanjaan sub-mains dan kabel.

B) Terhindar daripada banjir atau dekat dengan punca-punca air

C) Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja-kerja operasi dan
senggaraan mudah dijalankan.

Saiz dan jenis kabel yang digunakan;

13
Penyediaan Tapak Papan Suis Agihan Voltan Rendah

A) Lokasi Papan Suis

a) Berhampiran dengan penempatan beban yang tinggi bagi mengurangkan


perbelanjaan submains dan kabel.

b) Terhindar dari banjir atau dekat dengan punca - punca air.

c) Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja - kerja operasi dan
senggaraan mudah dijalankan.

d) Ditempatkan di dalam bilik khas dan mempunyai pintu yang berkunci.

B) Keperluan Bilik Suis

a) Bilik suis hendaklah menerima pengedaran udara yang baik.

b) Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan anti vermin proff netting supaya
serangga tidak dapat masuk.

c) Ruang kosong berukuran minima 2.5 kaki dibahagian belakang dan minima 4.5
kaki dibahagian hadapan PSU untuk kerja - kerja senggaraan.

d) Mempunyai saluran - saluran yang mencukupi untuk kemasukan dan keluaran


kabel.

e) Bilik suis hendaklah dilengkapkan dengan alat pemadam api jenis gas yang
dibenarkan seperti CO2.

f) Lampu biasa, lampu kecemasan dan soket alir keluar dengan jumlah yang
mencukupi hendaklah disediakan di dalam bilik suis.

g) Rajah skema dan tikar getah dengan saiz yang sesuai hendaklah dipaparkan di
dalam bilik PSU.
15
Langkah - langkah Keselamatan Pemasangan dan Pengujian MCC

1. Bilik suis hendaklah terletak di tempat yang sesuai dari segi keselamatan dan
kedudukan beban - beban elektrik yang akan dipasangkan kepada Papan Suis Utama.

2. Saiz - saiz PSU dan kabel - kabel masuk dan keluar adalah mencukupi untuk
membawa beban elektrik yang telah dirancang dan juga pemasangan jangka - jangka
berkaitan yang disediakan untuk menunjukkan penggunaan beban, voltan dan
sebagainya.

3. Alat - alat perlindungan tersedia untuk menjaga keselamatan pepasangan dan juga
keselamatan pengendalian pepasangan semasa kerosakan.

4. Litar - litar akhir perlu disusun dan dibahagikan di papan - papan agihan supaya
bahagian yang rosak ataupun yang memerlukan penyenggaraan boleh diasingkan
daripada sistem elektrik dengan mudah dan senang hendak disenggarakan.

5. Peralatan - peralatan elektrik yang digunakan adalah dari jenis yang bermutu dan
telah diluluskan penggunaannya oleh Pejabat Ketua Pengarah Suruhanjaya Tenaga
Penempatan. Pepasangan - pepasangan elektrik perlulah dirancang dari segi
keselamatan pepasangan dan pengguna dengan mengambil perhatian tentang kelegaan
tempat kerja untuk menjalankan kerja - kerja penyenggaraan dengan mudah dan
selamat.
16
Sistem Pembumian

Pembumian merupakan sambungan yang dibuat antara logam papan suis dan bumi. Ia
bertujuan untuk memberi keselamatan kepada pengguna daripada bahaya renjatan
elektrik dimana arus rosak dapat mengalir terus kebumi dan memudahkan pelantikan
serta merta alat geganti rosak kebumi semasa berlaku kerosakan arus kebumi. Sistem
pembumian yang dijalankan adalah jenis sistem TN-S dimana pengalir bumi dari
papan suis disambungkan terus ke bahagian rangka papan suis.

Gambarajah sistem pembumian TN-S yang dipasang pada papan suis utama voltan
rendah.
17
Gambarajah sistem pembumian sedang dipasang pada papan suis utama.

Langkah - langkah;

a) Pasang kabel bumi daripada kabel bawah tanah voltan rendah ke tamatan bumi
yang terdapat pada bahagian badan papan suis utama.

b) Pastikan cable lug yang dipasang pada tamatan bumi dikunci dengan ketat/ kemas
pada tamatan bumi di bahagian badan papan suis utama.

c) Ambil dan catatkan bacaan rintangan bumi yang diambil menggunakan insulation
tester meter pada borang yang disediakan.
18
Rujukan

Internet

- https://www.slideshare.net/mobile/mohdezuanatok/buku-papan-suis-utama
19

You might also like