You are on page 1of 2

1

PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH


1 Pengenalan Papan suis utama voltan rendah 11kv/415v terdapat di dalam bilik sesebuah bangunan,kilang ataupun bandar yang di kenali juga sebagai pencawang berbangunan ( Indoor sub-station ). Ia merupakan lanjutan daripada pencawang utama. Pemasangan pencawang pengagihan ataupun dikenali pencawang voltan rendah hendaklah mengikuti piawaian sekurang-kurangnya mempunyai peralatan suis 11kv,pengubah penurun 11kv/415v dan peralatan fius atau peralatan voltan rendah. Pengaliran tenaga elektrik bermula daripada feeder 11kv yang di bekalkan daripada basbar 11kv. Feeder ini terdiri daripada pemutus litar voltan rendah,pengubah arus,pengubah penurun 11kv/415v dan peralatan suis yang lain atau pengasing. Kadaran voltan 415v sebagai bekalan voltan rendah akan di agihkan kepada pengguna melalui sistem satu fasa 240v dengan perlindungan suis. ( Merujuk kepada rajah 1.0 ) No 1 11 KV Basbar No 2

Pemutus Litar

Pengubah Arus Y Y 11kv/415v Pengubah Pengubah SW Y Y

415 / 240V

Rajah 1.1 Litar garis tunggal pengagihan secara ringkas

2 2 Keselamatan Keselamatan di dalam bilik suis amatlah di titikberatkan sewaktu mengendali perkakas ataupun papan suis utama. Oleh sebab itu undang-undang telah di kuatkuasakan oleh badan suruhanjaya tenaga dan lain-lain bertujuan untuk mengelakkan kemalangan jiwa ataupun harta benda. Perkara-perkara yang perlu diberi penekanan adalah : 2.1

Bilik papan suis utama hendaklah terletak di tempat yang sesuai dari segi keselamatan dan kedudukan beban-beban elektrik. 2.2

Saiz-saiz papan suis utama serta kabel-kabel hendaklah mencukupi untuk membawa beban bekalan yang di tetapkan serta pemasangan jangka-jangka berkaitan untuk menunjukkan penggunaan beban,voltan dan sebagainya.

2.3

Alat-alat perlindungan mencegah kebakaran serta manual keselamatan yang wajib pemasangan di setiap bilik papan suis utama 2.4

Litar-litar yang perlu di susun dan di bahagikan supaya memudahkan pengasingan litar/perkakas yang rosak atau sewaktu penyenggaraan.

2.5

Peralatan-peralatan elektrik yang bermutu tinggi serta di iktiraf oleh suruhanjaya tenaga. Pepasangan perlu di rancang dari segi keselamatan dan kelegaan tempat kerja.

2.5.1

Pelan skematik garis tunggal papan suis utama

2.6 Keperluan lain adalah seperti : a) Bilik papan suis hendaklah memerlukan pengedaran udara yang baik serta mempunyai alat ukur suhu bagi memantau bilik papan suis agar tidak terlalu panas. b) Pintu dan lubang udara hendaklah di pasang dengan netting bagi menghalang kemasukan serangga. Pencahayaan yang mencukupi dengan memasang lampu biasa dan kecemasan, juga soket alir keluar yang mencukupi.

c)

PERALATAN-PERALATAN DI DALAM

BILIK PAPAN SUIS VOLTAN RENDAH

6 3 Peranan papan suis utama voltan rendah Ditakrifkan sebagai satu kumpulan alat-alat atau perkakas suis yang bertugas menerima,mengubah,mengendali dan membahagikan bekalan kepada pengguna. Cara susunan alat-alat bilik papan suis utama voltan rendah adalah seperti : a) Pemutus litar minyak atau udara 33kv atau 11kv b) Alatubah voltan c) Basbar d) Panel pengecas bateri e) Panel pengatur voltan automatik f) Alatubah geganti g) Panel kawalan

Pemutus litar Udara ( A.C.B )

Pemutus litar udara (A.C.B) bertindak memutuskan serta membekalkan kuasa didalam litar dengan sesntuh utama berada dalam udara biasa. Pemutus litar udara tidak boleh digunakan bersendirian kerana ia berfungsi sebagai pengasing. Ia perlu di lengkapi dengan o/c relay dan E/F relay dan di bantu dengan Current Transformer Saiz pemutus litar udara yang paling kecil berkadaran 613 A, dan paling besar berkadaran sehingga 8000 A. Pemutus litar udara hendaklah berfungsi apabila berlaku arus lebih seperti yang ditetapkan iaitu: 100% terus menerus. 120% selama lima minit. (trip dalam masa 5minit) 150% terpelantik serta merta ( 1 second )

7 4.1 MCCB ( Moulded Case Current Breaker )

Alat yang digunakan untuk memutuskan litar sekiranya berlaku beban lebih/arus Bahagian rangka MCCB di perbuat dari bahan bukan logam( polyster resin)dan ia di pasang tetap. 4.2 Alatubah voltan Pengatur pengubah (Transformer tap changing ) biasa digunakan di dalam sistem pengendalian bilik pencawang utama. Ia di gunakan untuk mengawal voltan pada pendua atau keluaran. Kawalan voltan keluaran dilakukan dengan melaraskan jumlah lilitan pada pendua. Voltan keluaran pada bahagian pendua boleh di tambah dan di kurangkan dengan melaraskan lilitan pada bahagian pendua yang telah disediakan dalam rekabentuknya.

Tap changing

Alat ubah arus (C.T) C.T diperlukan untuk mendapatkan arus yang lebih kecil untuk tujuan permeteran dan perlindungan. Arus sebenar di bas bar di kecilkan mengikut nisbah tertentu supaya arus yang memasuki relay tidak melebihi 5A.

8 4.3 Basbar Basbar digunakan sebagai alat perantaraan yang menghubungkan peralatan elektrik yang terdapat dalam papan suis utama voltan rendah. Penyusunan basbar bergantung kepada keperluan pengagihan tenaga elektrik disesuatu tempat. Basbar yang digunakan adalah dari jenis basbar tunggal yang disambung pada kesemua penjana,pengubah dan feeder melalui pemutus litar dan suis pengasing.

Penjana

Basbar 11kv

Pemutus litar

Pengubah Pengasing Feeder 1 4.3 Litar Basbar Tunggal Feeder 2

4.4

Bank Kapasitor

Bank kapasitor perlu di pasang pada kadaran tertentu pada papan suis utama bertujuan untuk mengelakkan kejatuhan faktor kuasa iaitu tidak boleh kurang dari 0.85 seperti yang di tetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

PERALATAN-PERALATAN PERLINDUNGAN PADA PAPAN SUIS UTAMA

10 5 Fius kapasiti pemutus tinggi Fius kapasiti pemutus tinggi di reka untuk mengatasi arus litar pintas dengan lebih cepat dan selamat. Keutamaannya digunakan untuk mengawal beban yang berbentuk TP&N dengan kapasiti 60A,100A,160A,200A,300A,400A,500A, 600A,800A,dan 1200A.

5.1

Pemutus Litar Bocor Ke Bumi

a)

Pemutus litar kebocoran ke bumi digunakan untuk memutuskan litar sekiranya berlakunya kebocoran arus ke bumi. Terdapat 2 jenis pemutus litar bocor ke bumi iaitu : a) Kendalian Voltan b) Kendalian Arus Pemutus litar bocor ke bumi jenis kendalian voltan di gunakan untuk tempat yang mempunyai galangan sistem pembumian terlalu tinggi. Voltan kendalian tidak melebihi 50 volt. Pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus digunakan sekiranya memerlukan arus bocor ke bumi yang lebih sensitif dan putus pada nilai yang ditetapkan. Ia dapat dikendalikan dalam masa tidak melebihi 0.04 saat dengan arus kendalian maksimum ialah 0.25A (250mA) Meter Voltan

b)

5.2

Komponen yang bertindak mengukur beza upaya antara 2 titik dalam suatu litar dan disambungkan selari dengan bekalan. 11 5.3 Meter Ampere

Mengukur arus dalam litar atau dalam bahagian sesuatu litar dan di smbungkan bersiri dengan litar.

5.4

Meter Kilo Watt Jam

Bertindak mencatatkan jumlah tenaga yang di gunakan dengan meningkatkan skala sebanyak satu unit bagi setiap kilowatt yang di bekalkan. 5.5 Meter Faktor Kuasa

Kuasa dalam sesetengah litar A.U tidak boleh di dapati dengan mengkalikan arus dan voltan. Ini hanya akan memberi kuasa ketara atau volt ampere. Meter Faktor Kuasa akan memberi nisbah volt ampare dan ia hendaklah disambungkan selari dengan ukuran voltan.

12 5.6 Power Factor Regulator (PFR) Alat untuk mengatur perjalanan bank kapasitor. Ia perlu di set sesuai dengan operasi dan selaras dengan arus bagi pengubah arus yang di gunakan.

5.7

Contactor Berfungsi sebagai suis bagi memberi bekalan dari busbar ke kapasitor bank.

5.8

Pengecas Bateri Berfungsi bagi MSB yang menggunakan bateri untuk menghidupkan janakuasa stand-by atau lain-lain.

13

PEMBUMIAN

Pembumian di dalam sesebuah bilik papan suis utama voltan rendah dijalankan bila semua pemasangan perkakas suis berkeupayaan tinggi ,papan suis,pengubah dan penyambung kabel telah selesai.Tujuan pembumian ialah untuk mendapat keterusan arus yang baik bila berlaku kebocoran elektrik. Pembumian asing bagi Neutral pengubah pengawal.

(Galvani 7/10 )

Pengubah/penurun P.S.U

R Y B

Tembaga (1' x 1/8' )

Paip keluli (10-20 ft) Rajah 6.0 Pembumian bilik papan suis utama secara ringkas

6.1

Pembumian ini di buat pada semua rangka logam pada papan suis,pengubah, unit suis keupayaan tinggi dan unit penymbung. Semua rangka dibumikan dengan menggunakan jalinan tembaga berukuran 1 x 1/8 inch yang diikatkan dengan nat di sekeliling bangunan dan bahagian rangka. Di samping itu ia juga menyambungkan perkakas suis , alat ubah dan papan suis voltan rendah kepada pembumian utama.Satu lagi pembumian pada punca Neutral di bushing voltan rendah dalam alatubah tersebut. Jalinan tembaga disekeliling bangunan akan di sambungkan kepada paip keluli (galvani 7/10 SWG)

Cth: Pemasangan pembumian dalam bilik L.V

15

PAPAN SUIS UTAMA

You might also like